manual pengguna modul pk1
Post on 21-Jul-2015
281 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 1 -36
MANUAL PENGGUNA
SISTEM PENGOPERASIAN DATA
SECARA ONLINE
e-Operasi
BAGI
GURU PK 1
MODUL PENDAFTARAN
&
MODUL GURU, MODUL ENROLMEN,
MODUL SEKOLAH
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 2 -36
KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
1.0 Skrin Utama 1.1 Skrin Daftar Masuk
1.2 Skrin Lupa Kata Laluan
1.3 Skrin Tukar Kata Laluan
2.0 Paparan bagi Skrin Guru PK 1
2.0 Skrin Maklumat Guru
2.1.1 Skrin Cetakan Maklumat Guru
2.1.2 Skrin Hantar Laporan
2.1.3 Skrin Kemaskini Maklumat Guru
2.1.4 Skrin Lapor kepada PPD
2.1.5 Skrin Kemaskini Maklumat Peribadi
2.1.6 Skrin Kemaskini Maklumat Pasangan
2.1.7 Skrin Kemaskini Maklumat Akademik
2.1.8 Skrin Kemaskini Maklumat Ikhtisas
2.1.9 Skrin Kemaskini Maklumat Perjawatan
2.1.10 Skrin Kemaskini Maklumat Sejarah
Perkhidmatan
2.1.11 Skrin Kemaskini Maklumat Latihan
/Kursus
2.2 Skrin Semakan Data Guru
2.3 Skrin Carian Guru
2.4 Skrin Cetakan Nama Guru
2.5 Skrin Senarai Jawatan Dalam Kumpulan
3.0 Skrin Maklumat Enrolmen
3.1 Skrin Tambah Kelas
3.2 Skrin Input / Edit Enrolmen
3.3 Skrin Rumusan Enrolmen
4.0 Skrin Maklumat Sekolah
3
4 - 5
6
7
8
9 - 10
11
12 - 13
14
15
16 - 17
18
19
20
21
22
21 22
23
24 -25
26 -27
28
29 30
31
32
33
34
35 - 36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 3 -36
Paparan utama e-Operasi
Paparan 1.0 Skrin Utama
1. Untuk membolehkan Guru PK1 membuat pengemaskinian data melalui e-Operasi, Guru PK1 perlu membuat proses pendaftaran melalui sistem.
2. Klik PENDAFTARAN BARU pada Paparan 1.0 untuk membuat proses daftar diri.
3. Sekiranya Guru PK1, sudah ada Login ID dan Katalaluan, sila isikan maklumat pada Profail Login dan klik butang Login.
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 4 -36
Paparan bagi Skrin Daftar Masuk
Paparan 1.1 Skrin Daftar Masuk
4. Skrin bagi Daftar Masuk adalah seperti Paparan 1.1.
5. Guru PK1 dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Daftar Masuk. Maklumat Nama, No. Kad Pengenalan, No. Gaji dan No.Fail JPN perlulah
sama seperti maklumat yang terdapat didalam data EMIS.
6. Pastikan ID Pengguna dan Kata Laluan ditaip dalam huruf besar atau huruf kecil atau campuran huruf dengan nombor.
IDPENGGUNA : Maklumat yang digunakan sebagai identiti diri
untuk memasuki sistem. Panjang yang diperlukan
adalah 6 hingga 16 aksara.
KATA LALUAN : Maklumat yang digunakan sebagai kunci untuk
memasuki sistem. Panjang yang diperlukan adalah
6 hingga 16 aksara.
7. Sila lihat contoh dibawah.
ID Pengguna dan Kata Laluan.
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 5 -36
FAUDZIAH faudziah
FAUDZIAH87 faudziah35
FAUDZIAH_58 faudziah_58
FDZ_557 fdz_5557
F 575859
8. Pastikan ID Pengguna dan Kata Laluan tidak kurang dari 6 aksara. Jika tidak memenuhi syarat, sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut :
Kata Laluan Tidak Boleh Kurang Dari 6 Aksara.
9. Pengesahan Kata Laluan bermaksud pengguna dikehendaki memasukkan semula KATA LALUAN yang sama dalam ruangan Pengesahan Kata Laluan.
Jika Pengesahan Kata Laluan adalah salah, maka sistem akan mengeluarkan
mesej seperti berikut :
Kata Laluan Dan Pengesahan Kata Laluan Tidak Sama.
Sila Cuba Lagi.
10. Sila pastikan maklumat Soalan Keselamatan, Jawapan dan Tarikh Lahir perlu diisikan. Jika tidak diisi, maka sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut:
Sila Masukkan Jawapan Anda
Sila Masukkan Tarikh Lahir Anda
11. Guru PK1 dikehendaki memasukkan semua maklumat di atas dan tekan butang Simpan.
a. Sekiranya maklumat Guru PK1 tiada, sistem akan memaparkan mesej seperti dibawah :-
Maklumat Tiada Dalam Rekod Kami
Sila hubungi pegawai yang berkaitan untuk maklumat lanjut.
b. Sekiranya maklumat Guru PK1 telah didaftarkan, sistem akan memaparkan mesej seperti dibawah :-
Maklumat Telah Didaftar.
Sila ke Menu Profail Login Untuk Masuk Sistem.
c. Sekiranya maklumat pengesah berjaya didaftarkan., sistem akan memaparkan mesej seperti dibawah :-
Tahniah Pendaftaran Anda Berjaya
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 6 -36
Paparan bagi Skrin Terlupa Kata Laluan
Paparan 1.2 Skrin Lupa Kata Laluan
12. Klik Lupa Kata Laluan seperti di paparan 1.2 untuk membuat proses sekiranya lupa kata laluan.
13. Guru PK1 dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Lupa Kata Laluan dan menekan butang HANTAR.
a. Sekiranya maklumat Guru PK1 tidak tepat, sistem akan memaparkan mesej seperti dibawah :-
Maklumat Tidak Tepat. Sila Hubungi Pentadbir Sistem di JPN
b. Sekiranya maklumat Guru PK1 tepat, sistem akan memaparkan katalaluan seperti dibawah :-
ID Pengguna : ********* Kata Laluan : *********
Sila Log in Dengan Kata Laluan pada Skrin Profail Login.
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 7 -36
Paparan bagi Skrin Tukar Kata Laluan
Paparan 1.3 Skrin Tukar Kata Laluan
14. Klik pada Tukar Kata Laluan . Sistem akan memaparkan skrin seperti di paparan 1.3 untuk membuat proses tukar kata laluan.
15. Guru PK1 dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Tukar Kata Laluan dan menekan butang HANTAR.
a. Sekiranya katalaluan baru dan pengesahan katalaluan tidak sama, sistem akan memaparkan mesej seperti dibawah :-
Kata Laluan Baru dan Pengesahan Kataluan Tidak Sama. Sila Cuba Lagi
b. Sekiranya maklumat pengesah tidak tepat, sistem akan memaparkan katalaluan seperti dibawah :-
Harap Maaf Kata Laluan Salah... Cuba Lagi
c. Sekiranya maklumat pengesah tepat, sistem akan memaparkan katalaluan seperti dibawah :-
Pertukaran Kata Laluan Berjaya,
Sila Gunakan Kata Laluan Baru Bagi Laluan Masuk Sistem
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 8 -36
Paparan bagi Skrin Guru PK1
Paparan 2.0 Skrin Guru PK 1
16. Skrin utama Guru PK 1 adalah seperti di paparan 2.0 di mana sistem akan memaparkan Nama Penuh Guru PK 1, No. Kad Pengenalan, Jawatan dan
Kod Sekolah.
17. Sila klik pada menu MAKLUMAT GURU.
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 9 -36
Paparan bagi Skrin Maklumat Guru
Paparan 2.1.0 Skrin Maklumat Guru
18. Skrin akan memaparkan sub menu dan maklumat utama sekolah dalam menu Maklumat Guru.
19. Terdapat 5 sub menu dalam menu Maklumat Guru.
a) Kemaskini Maklumat Guru - kemaskini data guru b) Semakan Data Guru - semak data guru c) Carian Guru - tambah guru di sekolah d) Cetakan Nama Guru - Cetak maklumat guru e) Senarai Jawatan Dalam Kumpulan - Paparan senarai guru dalam
jawatan kumpulan
20. Klik pada sub menu Kemaskini Maklumat Guru.
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 10 -36
Paparan Skrin Kemaskini Maklumat Guru
Paparan 2.1 Skrin Maklumat Guru
21. Sistem akan memaparkan senarai guru yang memerlukan pengemaskinian di sekolah Guru PK1.
22. Sila semak senarai nama guru di sekolah Guru PK1 bersama nombor kad pengenalan dan jawatan guru.
23. Sekiranya ruang Pengemaskinian menunjukkan status YA, ia bermaksud data guru tersebut telah dikemaskini oleh Guru PK 1. Jika status TIDAK, Guru PK 1
perlu mengemaskini maklumat guru di sekolah tersebut.
24. Jika ruang Ralat No kp berstatus YA, maka nombor kad pengenalan (No KP) guru tersebut ralat di pangkalan data e-operasi. Guru PK 1 perlu memaklumkan
kepada PPD untuk mengemaskini maklumat Nokp guru.
25. Ruang Cetakan digunakan untuk membolehkan guru data mencetak maklumat guru secara individu.
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 11 -36
Bersambung
Paparan 2.1.1 Skrin Cetakan Maklumat Guru
26. Semua maklumat guru yang dipilih akan dipaparkan di cetakan. Guru PK 1 perlu klik butang pencetak untuk mencetaknya. Cetakan ini perlu diedarkan kepada
guru supaya mereka memastikan maklumat mereka tepat dan sahih.
27. Guru PK1 perlu mendapatkan perakuan dari guru. Kemudian Guru PK1 perlu hantar kepada Pegawai Pengesah iaitu Pengetua/Guru Besar di sekolah supaya
maklumat guru mendapat pengesahan dari mereka.
28. Sekiranya ada data yang perlu dikemaskini, maka Guru PK 1 perlu mengemaskininya.
29. Klik pada BACK di tetingkap pelayar ( Window Browser) untuk ke skrin utama Kemaskini Maklumat Guru.
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)
MS 12 -36
Bersambung
Paparan 2.1.2 Skrin Hantar Laporan
30. Apabila Guru PK 1 klik