manual pengguna - ceodesa.myceodesa.my/aplikasi/image/manual-pengguna.pdfpadam k eluar b hantar...

12
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN ONLINE TARIKH KEMASKINI : MEI 2017

Upload: dinhxuyen

Post on 31-Mar-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

MANUAL PENGGUNA

PENDAFTARAN ONLINE

TARIKH KEMASKINI : MEI 2017

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

2 | 12

1. PENGENALAN................................................................................................................... 3

2. OBJEKTIF SISTEM .................................................................................................................. 3

3. PROSES KERJA ........................................................................................................................ 3

4. AKSES SISTEM ............................................................................................................4

5. PENDAFTARAN PENYERTAAN......................................................................................... 5

5.1 BUTANG TINDAKAN........................................................................................................ 5

5.2 BORANG PENYERTAAN ................................................................................................. 6

5.3 MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) .................. 8

...................................................................................................... 8

................................................... 9

......................................................................................... 10

................................................................................. 12

6. CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT PENYERTAAN ............................................ 12

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

3 | 12

1. PENGENALAN Manual ini merupakan panduan pendaftaran penyertaan pertandingan secara

online. Peserta hanya perlu melengkapkan maklumat penyertaan serta maklumat

Idea Perniagaan (IP) dan Pengembangan Perniagaan (PP) dalam bentuk Business

Modal Canvas BMC.

2.OBJEKTIF SISTEM Pendaftaran penyertaan secara online adalah bagi memudahkan peserta yang

terdiri daripada belia-belia warga Negara Malaysia membuat permohonan tanpa

mengemukakan Rancangan Perniagaan (RP) di peringkat awal.

3.PROSES KERJA

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

4 | 12

4. AKSES SISTEM

1. Layari www.ceodesa.my.

2. Klik pada PENDAFTARAN KLIK DI SINI.

3. Muka hadapan sistem akan dipaparkan.

4. Sebelum mendaftar projek, peserta hendaklah telah membaca dan memahami

syarat-syarat penyertaan dan cara-cara mengisi Business Canvas Model (BMC).

5. Terdapat DUA (2) butang seperti berikut :

Mendaftar projek buat pertama kali.

Mengemaskini maklumat projek kepada yang telah mendaftar menggunakan No

Penyertaan dan No Kad Pengenalan.

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

5 | 12

5. PENDAFTARAN PENYERTAAN

5.1 BUTANG TINDAKAN

Butang Tindakan :

Simpan

Batal

Padam

Keluar

Hantar Penyertaan

Kalendar

Simpan maklumat yang dimasukkan.

Membatalkan penyertaan dan keluar.

Memadam semua maklumat (reset) pada borang

untuk diisi semula.

Log keluar daripada sistem. Borang penyertaan masih belum dihantar.

Menghantar keseluruhan maklumat penyertaan

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

6 | 12

5.2 BORANG PENYERTAAN

1. Muka Hadapan Sistem > Klik Daftar Projek.

2. Borang penyertaan akan dipaparkan.

3. Pilih Kategori Penyertaan :

a. Pengembangan Perniagaan; ATAU

b. Idea Perniagaan.

4. Isi semua maklumat borang. Rujuk keterangan di bawah :

* MEDAN WAJIB DIISI.

MAKLUMAT PEMOHON

Nama Peserta * Masukkan nama penuh seperti mana didaftarkan di

dalam Kad Pengenalan.

No. Kad

Pengenalan *

Masukkan No Kad Pengenalan tanpa ‘-’.

Contoh : 980706054321

Jantina * Pilih salah satu : Lelaki atau Perempuan

Kaum * Pilih satu kaum daripada senarai.

Tarikh Lahir * Klik pada dan pilih Tahun, Bulan dan Hari

kelahiran.

Umur Dijana secara auto oleh sistem berdasarkan tarikh lahir

yang dimasukkan.

Alamat Surat

Menyurat *

1. Masukkan alamat

2. Masukkan Poskod

3. Pilih Negeri daripada senarai Negeri.

4. Pilih Daerah daripada senarai Daerah.

5. Pilih Parlimen daripada senarai Parlimen.

No Telefon 1. Masukkan No Telefon (talian tetap) ATAU/DAN

2. Masukkan No Telefon Bimbit (WAJIB)

Alamat Emel * Masukkan alamat emel untuk dihubungi.

Contoh : [email protected]

7 | 12

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

MAKLUMAT PROJEK

Cadangan Projek * Masukkan tajuk projek yang dicadangkan.

Cadangan Lokasi * 1. Masukkan maklumat lokasi projek yang

dicadangkan; dan

2. Pilih negeri lokasi cadangan projek

daripada senarai Negeri.

Nama Syarikat * 1. Masukkan nama syarikat (jika berkenaan);

dan

2. Masukkan No Pendaftaran Syarikat

Status Operasi Perniagaan

*

1. Jika perniagaan sudah beroperasi,

tandakan ( ) pada kotak yang

disediakan; dan

2. Masukkan maklumat Tempoh (Tahun dan

Bulan).

3. Jika tidak berkaitan, biarkan kosong.

Nilai Projek Cadangan * Masukkan nilai projek tanpa memasukkan

perkataan ‘RM’. Contoh 45000.80

Sektor * Tandakan pada kategori sektor. Boleh pilih

lebih daripada satu.

Dari manakah anda

mengetahui mengenai

Pertandingan RBC? *

Tandakan pada kategori yang berkenaan.

Boleh tanda lebih daripada satu. Jika Lain-lain,

sila nyatakan di ruang yang disediakan.

Adakah anda pernah

menghantar Rancangan

Perniagaan bagi

pertandingan RBC pada

tahun-tahun lepas? *

1. Sila pilih Ya atau Tidak daripada senarai.

2. Jika Ya, tandakan pada tahun

penyertaan.

4. Klik butang Simpan.

5. Mesej Ralat akan dipaparkan sekiranya terdapat maklumat wajib yang

tidak diisi.

6. Setelah berjaya, page Maklumat Perniagaan dan BMC akan dipaparkan.

8 | 12

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

5.3 MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

1. Terdapat dua belas (12) butang menu di sebelah kiri page. Rujuk

keterangan pautan setiap butang menu seperti di bawah :

Ke borang penyertaan untuk kemas kini maklumat (jika berkaitan).

Ke Maklumat Perniagaan.

Ke BMC > Rakan Utama

Ke BMC > Aktiviti Utama

Ke BMC > Sumber Utama

Ke BMC > Tawaran Nilai

Ke BMC > Perhubungan Pelanggan

Ke BMC > Saluran

Ke BMC > Segmen Pelanggan

Ke BMC > Struktur Kos

Ke BMC > Aliran Pendapatan

Untuk lihat BMC dan cetak (jika perlu)

2. Maklumat Perniagaan dan semua sembilan (9) maklumat BMC

adalah wajib diisi. Peserta bebas untuk mengisi Maklumat

Perniagaan atau BMC yang mana dahulu atau yang kemudian.

3. Setiap maklumat BMC memerlukan sekurang-kurang satu point

sehingga 10 point maksimum.

4. Setiap point hanya 50 aksara dibenarkan. Aksara terdiri daripada

alfanumerik (0-9, A-Z), simbol dan juga ruang kosong (space).

9 | 12

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

5. Sekiranya Maklumat Perniagaan dan/atau BMC tidak dapat

dilengkapkan pada satu-satu masa sebelum Tarikh Tutup, peserta

boleh kemaskini maklumat penyertaan. Rujuk Cara Mengemaskini

Maklumat Penyertaan.

6. Sekiranya peserta tidak menghantar penyertaan selepas Tarikh

Tutup, penyertaan peserta tidak akan diambil kira.

1. Klik butang menu Maklumat Perniagaan.

2. Terdapat dua (2) maklumat yang diperlukan iaitu :

a) Latar Belakang Perniagaan

- Ruangan ini WAJIB diisi jika peserta adalah di bawah

kategori Pengembangan Perniagaan.

- Jika peserta di bawah kategori Idea Perniagaan, sila

masukkan “Tidak Berkaitan” di ruang yang disediakan.

- Maksimum 250 patah perkataan.

b) Ringkasan Cadangan Projek

- Ruangan ini WAJIB diisi berdasarkan Business Model Canvas

(BMC) peserta.

- Maksimum 250 patah perkataan.

3. Isikan maklumat 2(a) dan 2(b) di ruang yang disediakan.

4. Klik butang Simpan.

5. Klik butang Keluar jika ingin keluar daripada sistem tanpa

menghantar borang penyertaan.

10 | 12

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

1. Gambaran keseluruhan BMC adalah seperti gambar rajah di

bawah :

Gambar Rajah Keseluruhan Business Model Canvas (BMC)

2. Klik butang menu Rakan Utama.

3. Isikan maklumat berkaitan di ruang yang disediakan.

4. Klik butang Simpan.

5. Baris kedua akan disediakan dan kotak untuk tindakan Hapus

diwujudkan di barisan maklumat yang telah disimpan.

6. Untuk hapuskan maklumat, klik pada kotak tindakan ( ) dan klik

butang Simpan.

7. Klik butang Batal untuk membatalkan kemasukan maklumat yang

belum disimpan.

11 | 12

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

8. Klik pada butang menu BMC yang lain untuk melengkapkan BMC

peserta.

9. Klik butang Keluar jika ingin keluar daripada sistem tanpa

menghantar borang penyertaan.

10. Setelah selesai mengisi kesemua 9 BMC, klik butang Hantar

Permohonan.

11. Sekiranya masih ada BMC yang belum diisi, mesej ralat akan

dipaparkan.

Anda perlu mengisi semua maklumat berkaitan Maklumat

Perniagaan dan juga Maklumat BMC.

Ok

12. Klik OK, sistem akan kembali ke page Maklumat Perniagaan dan

BMC.

13. Sekiranya Borang Penyertaan, Maklumat Perniagaan dan BMC

telah lengkap, page berikut akan dipaparkan :

Peringatan !!

Sila semak semua maklumat Borang Penyertaan, Maklumat Perniagaan dan 9

maklumat Business Model Canvas (BMC) yang dimasukkan. Penilaian akan

dilaksanakan berdasarkan maklumat yang telah dihantar. Penghantaran

penyertaan tidak boleh dipinda dan MUKTAMAD. Sila cetak Maklumat

Penyertaan dan BMC untuk rujukan/ semakan.

Adakah anda ingin menghantar penyertaan ini?

Kembali Hantar Penyertaan

14. Klik Tidak, sistem akan kembali ke page Maklumat Perniagaan dan

BMC.

15. Klik Hantar Penyertaan, page berikut akan dipaparkan :

Permohonan anda telah diterima. Berikut adalah maklumat penyertaan anda.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

SEKRETARIAT RBC

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

03-8891 5607 / 5622 / 5636

12 | 12

MANUAL PENGGUNA

CEODesa – Pendaftaran Online

1. Klik butang menu Papar dan Cetak BMC.

2. BMC dalam format PDF akan dipaparkan.

3. Gunakan butang tindakan di sudut atas kanan untuk cetak.

6. CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT PENYERTAAN

PERINGATAN!!

Peserta boleh mengemaskini maklumat penyertaan sekiranya :

a) Telah mendapatkan No Penyertaan; dan

b) Belum menghantar penyertaan.

1. Muka Hadapan Sistem > Klik butang Kemaskini Maklumat.

2. Borang Maklumat Penyertaan akan dipaparkan.

3. Kemaskini borang dan klik butang Simpan ATAU terus Klik butang Simpan

untuk ke page Maklumat Perniagaan dan BMC.

4. Page Maklumat Perniagaan dan BMC akan dipaparkan.

5. Kemaskini maklumat berkaitan dan klik butang Simpan.

6. Klik butang Keluar untuk keluar daripada sistem tanpa menghantar

penyertaan.

7. Klik butang Hantar Penyertaan jika telah melengkapkan dan berpuas hati

dengan maklumat penyertaan.