manual pengguna - gsoil.jkr.gov.my · 5.0 laporan 5.1 prestasi kontraktor 6.0 cetakan (pdf) ......

55
MANUAL PENGGUNA JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA SISTEM PENGGILIRAN KONTRAKTOR PENYIASATAN TANAH (GSOIL) JABATAN KERJA RAYA UNTUK Sistem Penggiliran Kontraktor Penyiasatan Tanah (GSOIL) JABATAN KERJA RAYA VERSI 1.1

Upload: phamliem

Post on 14-Jun-2019

428 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

SISTEM PENGGILIRAN KONTRAKTOR PENYIASATAN TANAH (GSOIL)

JABATAN KERJA RAYA

UNTUK

Sistem Penggiliran Kontraktor Penyiasatan Tanah (GSOIL)

JABATAN KERJA RAYA

VERSI 1.1

Manual Pengguna GSOIL

2/55

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 AKSES SISTEM GSOIL

3.0 MODUL PENTADBIR

3.1 DAFTAR PENGGUNA

3.2 KEMASKINI PENGGUNA

3.3 DAFTAR KONTRAKTOR

3.4 KEMASKINI KONTRAKTOR

3.5 MODUL SELENGGARA

4.0 MODUL PENGGUNA ZON

4.1 DAFTAR PROJEK

4.2 PILIH KONTRAKTOR

4.2.1 PILIH ZON BERSEBELAHAN

4.3 KEPUTUSAN KONTRAKTOR

4.3.1 SETUJU

4.3.2 TOLAK DENGAN SEBAB TEKNIKAL

4.3.3 TOLAK TANPA SEBAB TEKNIKAL

4.4 STATUS PROJEK

5.0 LAPORAN

5.1 PRESTASI KONTRAKTOR

6.0 CETAKAN (PDF)

6.1 CETAK SEJARAH PEMILIHAN KONTRAKTOR

6.2 CETAK PRESTASI KONTRAKTOR (JKR.PK(P).10-1: Prosedur

Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan)

CATATAN

Bahagian Teknologi Maklumat, JKR | Hak cipta terpelihara

Keluaran dan edaran pertama pada Mac 2017

Keluaran dan edaran kedua pada Mei 2017

Keluaran dan edaran ketiga pada Mac 2019

Manual Pengguna GSOIL

3/55

1.0 PENGENALAN

Manual Pengguna ini adalah untuk rujukan dan panduan pengguna-pengguna

Sistem Penggiliran Kontraktor Penyiasatan Tanah (GSOIL), Jabatan Kerja Raya.

Sistem ini dibangunkan adalah untuk digunakan oleh Bahagian Siasatan Tanah,

Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) bagi memudahkan dan meningkatkan

integriti dalam pemilihan kontraktor S.I.

Sistem dan manual pengguna boleh di akses melalui Portal Rasmi Jabatan Kerja

Raya ( www.jkr.gov.my ) atau menaip url berikut : https://gsoil.jkr.gov.my dan

hanya pengguna yang telah didaftarkan oleh Pentadbir Sistem sahaja boleh

mengaksesnya. Bagi paparan terbaik, sistem ini stabil menggunakan pelayar

web Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Terdapat dua (2) modul peranan pengguna Sistem GSOIL iaitu:-

i) Bahagian Siasatan Tapak, CKG (Owner/Pentadbir Utama)

- urus pendaftaran pengguna, urus pendaftaran projek, urus

pendaftaran kontraktor dan urus laporan.

ii) Pengguna Zon

- urus pendaftaran projek.

Carta Alir

Daftar Projek Mengikut Zon

Membuat pendaftaran projek secara on-line melalui Sistem Penggiliran

Kontraktor SI

* Pemohon hendaklah mengemaskini maklumat dalam Sistem MyKJ

Pilih skop kerja

1) Tiada BH / BH <= 3 = Kontraktor Baru & Berpengalaman

2) Tiada BH / BH <= 3 + Special Test = Kontraktor Berpengalaman

3) BH >3 = Kontraktor Berpengalaman

1

2

3

4

5

6

Tindakan (Pengguna Zon)

PILIH KONTRAKTORPILIH

ZON SEBELAH

DAFTAR

MAKLUMAT KONTRAK

PROJEK TAMAT

TERIMA

LAPORAN AKHIR

&

DAFTAR

PRESTASI KONTRAKTOR

7

PILIH SKOP KERJA

DAFTAR PROJEK

KONTRAKTOR

TOLAK

TIADAADA

KONTRAKTOR

TERIMA

Pilih kontraktor

· Pilih kontraktor daripada senarai sedia ada yang dipaparkan.

· Jika TIADA pilihan kontraktor dipaparkan, Pilih zon sebelah yang terdekat

Isi keputusan kontraktor

· Terima, proses seterusnya

· Tolak, kembali ke proses 3 untuk pilih kontraktor lain

Daftar maklumat kontrak

· Tarikh inden, tarikh milik tapak dan tarikh siap kerja

Kemaskini maklumat kontrak

· Tarikh terima laporan akhir, kos sebenar, tarikh bayaran syor (oleh

HOPT)

· Isi borang prestasi kontraktor dan hantar

Proses Tamat

Rajah 1.0 : Carta Alir Sistem GSOIL

Manual Pengguna GSOIL

4/55

2.0 AKSES SISTEM GSOIL

Sebelum pendaftaran projek dilakukan, pengguna telah didaftarkan oleh

Pentadbir Sistem mengikut zon masing-masing. Berikut adalah langkah-langkah

untuk mengakses sistem.

Langkah 1 :

Sistem boleh di akses melalui dua (2) kaedah iaitu :-

i) Portal Rasmi Jabatan (www.jkr.gov.my → Aplikasi (Awam : Aplikasi

Perkhidmatan Teknikal) → Sistem Penggiliran Kontraktor Siasatan Tapak

(GSOIL))

ii) Menaip url berikut https://gsoil.jkr.gov.my

Rajah 2.0 : Cara akses sistem melalui portal

Manual Pengguna GSOIL

5/55

Rajah 2.1 : Cara akses sistem dengan menaip url

Langkah 2 :

Seterusnya skrin seperti di Rajah 2.2 akan dipaparkan. Masukkan No. Kad

Pengenalan & Kata Laluan Single Sign On (SSO).

Rajah 2.2 : Laman Log Masuk SSO

Manual Pengguna GSOIL

6/55

Langkah 3 :

Paparan berjaya log masuk seperti rajah 2.3.

Rajah 2.3 : Antaramuka berjaya log masuk & laman utama sistem

Terdapat empat (4) menu utama bagi Sistem GSOIL iaitu :

Bil Nama Menu Kegunaan

i Projek Pendaftaran Projek dan Senarai Projek mengikut zon

ii Kontraktor Pendaftaran Kontraktor dan Senarai Kontraktor mengikut Zon

iii Pengguna Pendaftaran Pengguna dan Senarai Pengguna semua Zon

iv Laporan Prestasi Kontraktor

* Nota: Menu Utama bagi Pentadbir Sistem

Manual Pengguna GSOIL

7/55

3.0 MODUL PENTADBIR

Antaramuka utama bagi Pentadbir dikelaskan seperti seperti rajah 3.0.

1. Nama & Pejabat : maklumat diambil dari Sistem MyKJ

2. Menu : Navigasi ke menu Projek, Kontraktor, Pengguna dan Laporan

3. Inbox : Senarai projek yang telah didaftarkan

4. Butang Log Keluar

Bagi Pentadbir terdapat empat (4) menu iaitu :

i) Projek

ii) Kontraktor

iii) Pengguna

iv) Laporan

Rajah 3.0 : Antaramuka utama bagi Pentadbir

** Bagi menu Projek dan Kontraktor, langkah-langkah diterangkan di bawah tajuk

Modul Pengguna Zon.

Manual Pengguna GSOIL

8/55

3.1 DAFTAR PENGGUNA

Hanya Pentadbir dibenarkan untuk mendaftar pengguna, menentukan peranan

pengguna dan membuat analisis laporan. Berikut adalah langkah-langkah untuk

daftar pengguna :

Langkah 1 :

Klik Pengguna > Daftar Pengguna. Senarai pengguna dari MyKJ akan

dipaparkan seperti rajah 3.1.1.

** Pastikan nama dan pejabat pengguna telah dikemaskini pada Sistem MyKJ

Rajah 3.1.1 : Antaramuka senarai pengguna dari Sistem MyKJ

Manual Pengguna GSOIL

9/55

Langkah 2 :

Masukkan No.KP atau nama pengguna di ruangan yang disediakan dan tekan

Enter. Senarai carian pengguna mengikut keyword dipaparkan. Rujuk rajah

3.1.2.

Rajah 3.1.2 : Senarai pengguna mengikut keyword carian

Contoh :

Nama pengguna : tay

Langkah 3 :

Pastikan nama pengguna ada dalam senarai. Pilih pengguna dan klik icon

berikut . Maklumat pengguna akan dipaparkan seperti rajah 3.1.3.

Manual Pengguna GSOIL

10/55

Rajah 3.1.3 : Antaramuka maklumat pengguna

Langkah 4 :

Tentukan peranan pengguna mengikut zon. Tick checkbox Pengguna Zon & pilih

zon. Rujuk rajah 3.1.4.

Rajah 3.1.4 : Tentukan peranan dan zon

Contoh :

Peranan : Pengguna Zon

Zon : Tengah

Manual Pengguna GSOIL

11/55

Langkah 5:

Klik butang Tambah. Jika Berjaya, nama pengguna ditambah dalam senarai

pengguna seperti rajah 3.1.5.

Jika pengguna telah wujud, paparan seperti rajah 3.1.6.

Rajah 3.1.5 : Pengguna yang Berjaya ditambah

Rajah 3.1.6 : Pengguna yang telah wujud

3.2 KEMASKINI PENGGUNA

Pentadbir boleh kemaskini peranan dan nyahaktif pengguna bagi ID pengguna

yang telah didaftarkan.

Langkah 1 :

Klik Pengguna > Senarai Pengguna. Senarai pengguna dipaparkan (rujuk rajah

3.2.1).

Manual Pengguna GSOIL

12/55

Rajah 3.2.1 : Senarai pengguna yang telah didaftarkan

Langkah 2 :

Pilih pengguna dari senarai dan klik icon . Maklumat pengguna akan

dipaparkan seperti rajah 3.2.2.

Rajah 3.2.2 : Antaramuka maklumat pengguna

Manual Pengguna GSOIL

13/55

Langkah 3 :

Kemaskini peranan : Tick Checkbox Pentadbir atau tukar zon pengguna

Nyahaktif pengguna : Tick Checkbox aktif

Rujuh rajah 3.2.3 untuk langkah ini.

Rajah 3.2.3 : Ruangan yang boleh dikemaskini untuk peranan

dan nyahaktif pengguna

Contoh :

Peranan sebelum : Tengah

Peranan dikemaskini : Selatan

ATAU

Aktif : Checkbox di Tick

Nyahaktif : Checkbox tidak Tick

Langkah 4 :

Klik butang Kemaskini. Senarai pengguna akan dikemaskini (rujuk rajah 3.2.4)

Rajah 3.2.4 : Senarai pengguna yang telah dikemaskini

Manual Pengguna GSOIL

14/55

3.3 DAFTAR KONTRAKTOR

Senarai kontraktor perlu didaftarkan terlebih dahulu dan boleh ditambah dari

masa ke semasa mengikut keperluan. Berikut adalah langkah-langkah untuk

daftar kontrakor :

Langkah 1 :

Klik Kontraktor > Daftar Kontraktor. Senarai kontraktor yang telah didaftarkan

akan dipaparkan seperti rajah 3.3.1.

Rajah 3.3.1 : Antaramuka senarai pengguna dari pelbagai zon

Manual Pengguna GSOIL

15/55

Langkah 2 :

Masukkan Nama Syarikat, Alamat, Poskod,No. Telefon,No. Fax, Email, Aktif,

Kod Zon,Kod Negeri, Kod Gred, Kod Kategori pada ruangan yang disediakan.

Utamakan pada ruangan yang bertanda *.

Rajah 3.3.2 : Antaramuka daftar kontraktor

Manual Pengguna GSOIL

16/55

Rajah 3.3.3 : Tentukan zon

Rajah 3.3.4 : Tentukan negeri mengikut alamat syarikat

Rajah 3.3.5 : Tentukan gred kontraktor

Rajah 3.3.6 : Tentukan kategori Kontraktor baru / berpengalaman

Manual Pengguna GSOIL

17/55

Langkah 3 :

Tekan butang simpan di bawah selepas melengkapkan maklumat syarikat di

ruangan yang disediakan.

Rajah 3.3.7 : Borang Pendaftaran Kontraktor yang telah lengkap diisi

Manual Pengguna GSOIL

18/55

Langkah 4 :

Jika berjaya menyimpan maklumat, nama syarikat ditambah dalam senarai

kontraktor seperti Rajah 3.3.8

Rajah 3.3.8 : Nama syarikat tertera pada senarai kontraktor

Manual Pengguna GSOIL

19/55

3.4 KEMASKINI KONTRAKTOR

Pentadbir boleh melaksanakan pengurusan maklumat kontraktor berdasarkan

prestasi semasa dan kehendak jabatan.

Langkah 1 :

Klik Kontraktor, pilih zon Kontraktor untuk dikemas kini

Rajah 3.4.1 : Paparan untuk memilih zon Kontraktor

Rajah 3.4.2 : Senarai Kontraktor mengikut zon yang dipilih

Manual Pengguna GSOIL

20/55

Langkah 2 :

Pilih kontraktor dari senarai dan klik icon . Maklumat kontraktor akan

dipaparkan seperti Rajah 3.4.3.

Rajah 3.4.3 : Antaramuka maklumat kontraktor

Manual Pengguna GSOIL

21/55

Langkah 3 :

Pentadbir boleh mengemas kini pada semua bahagian di dalam maklumat

kontraktor.

Contoh:

Kemaskini Kod Gred : Tukar G1 kepada G5

Kemaskini Kod Kategori : Tukar kategori Baru kepada Berpengalaman

Sedia Ada

Langkah 4 :

Klik butang simpan. Senarai kontraktor akan dikemaskini seperti Rajah 3.4.4.

Manual Pengguna GSOIL

22/55

Rajah 3.4.4 : Maklumat kontraktor yang telah dikemaskini

Manual Pengguna GSOIL

23/55

3.5 MODUL SELENGGARA

Modul selenggara dibangunkan khas untuk membuat pengurusan maklumat

terhadap aliran kerja-aliran kerja yang telah disahkan seperti :

i) Pendaftaran Projek

ii) Keputusan Kontraktor

iii) Status Projek

Langkah 1 :

Klik Projek > Senarai Projek. Paparan seperti Rajah 3.5.1, carian projek boleh

dilakukan berdasarkan tajuk atau rujukan projek.

Rajah 3.5.1 : Pentadbir boleh mencari projek berdasarkan Ruj. Projek

atau Tajuk

Manual Pengguna GSOIL

24/55

Langkah 2 :

Klik link Butiran Projek seperti Rajah 3.5.2.

Rajah 3.5.2 : Link Butiran Projek

Manual Pengguna GSOIL

25/55

Langkah 3 :

Butiran projek akan dipaparkan dan butang selenggara perlu diaktifkan daripada

Off kepada On seperti Rajah 3.5.4. Butang berwarna hijau akan diaktifkan,

bermaksud hanya aliran kerja yang telah disahkan sahaja yang dibenarkan untuk

pengurusan maklumat dilaksanakan seperti Rajah 3.5.4.

Rajah 3.5.3 : Paparan butiran projek sebelum diselenggara

Manual Pengguna GSOIL

26/55

Rajah 3.5.4 : Butang Selenggara yang diaktikan

Manual Pengguna GSOIL

27/55

Langkah 4 :

Klik butang selenggara dan paparan maklumat projek akan dipaparkan seperti

Rajah 3.5.5.

Rajah 3.5.5 : Borang Maklumat Projek dipaparkan

Manual Pengguna GSOIL

28/55

Langkah 5 :

Edit maklumat berkaitan > Klik Simpan. Maklumat baru yang telah diselenggara

akan dipaparkan seperti Rajah 3.5.6.

Rajah 3.5.6 : Maklumat baru yang telah diselenggara

Langkah 6 :

Aliran Kerja Keputusan Kontraktor boleh diselenggara jika aliran kerja telah

disahkan. Klik butang selenggara seperti Rajah 3.5.7 dan paparan borang seperti

Rajah 3.5.8.

Rajah 3.5.7 : Selenggara bagi Aliran Kerja Keputusan Kontraktor

Manual Pengguna GSOIL

29/55

Rajah 3.5.8 : Selenggara Tarikh Inden : Borang Aliran Kerja Keputusan

Kontraktor dipaparkan

Manual Pengguna GSOIL

30/55

Langkah 7 :

Edit maklumat berkaitan > Klik Simpan. Maklumat baru yang telah diselenggara

akan dipaparkan seperti Rajah 3.5.9.

Rajah 3.5.9 : Paparan Butiran Projek, maklumat yang telah diselenggara

selepas menukar tarikh inden

Manual Pengguna GSOIL

31/55

Langkah 8 :

Aliran Kerja Status projek boleh diselenggara jika aliran kerja telah disahkan. Klik

butang selenggara dan paparan borang seperti Rajah 3.5.10.

Rajah 3.5.10 : Tarikh Laporan Akhir yang dikemas kini

Langkah 9 :

Edit maklumat berkaitan > Klik Kemaskini. Maklumat baru yang telah

diselenggara akan dipaparkan di butiran projek seperti Rajah 3.5.11.

Rajah 3.5.11 : Tarikh Laporan Akhir yang dikemas kini

Manual Pengguna GSOIL

32/55

4.0 MODUL PENGGUNA ZON

Antaramuka utama bagi Pengguna Zon dikelaskan seperti seperti rajah 4.0.

1. Nama & Pejabat : maklumat diambil dari Sistem MyKJ

2. Menu : Navigasi ke menu Projek dan Kontraktor

3. Inbox : Senarai projek yang telah didaftarkan

4. Butang Log Keluar

Bagi Pengguna Zon terdapat dua (2) menu iaitu :

i) Projek

ii) Kontraktor

Rajah 4.0 : Antaramuka utama bagi Pengguna Zon

Manual Pengguna GSOIL

33/55

4.1 DAFTAR PROJEK

Berikut disertakan langkah-langkah untuk mendaftar projek :

Langkah 1 :

Pilih menu Projek > Pilih Daftar Baru. Borang pendaftaran dipaparkan.

Rujuk rajah 4.1.1.

Rajah 4.1.1 : Borang pendaftaran projek

Manual Pengguna GSOIL

34/55

Langkah 2 :

Lengkapkan Maklumat Projek. Klik Simpan. Butang aliran kerja Kemaskini

& Sah diaktifkan (rujuk rajah 4.1.2.)

Rajah 4.1.2 : Antaramuka butang aliran kerja aktif

Langkah 3 :

Klik butang kemaskini dan maklumat projek yang telah diisi dipaparkan.

Rujuk rajah 4.1.3.

Rajah 4.1.3 : Antaramuka daftar Maklumat Projek yang telah diisi

Manual Pengguna GSOIL

35/55

Maklumat projek yang telah diisi boleh dikemaskini selagi belum disahkan.

Berikut disenaraikan skop kerja yang telah didaftarkan dalam sistem.

- Skop kerja (kerja-kerja ujian lapangan) ditandakan warna hijau seperti

di bawah adalah merujuk kepada Special Test :

a. Dynamic Cone Penetration Test (DCP)

b. Inclinometer

c. Ground Settlement Marker (GSM)

d. Building Settlement Marker (BSM)

e. Parallel Seismic Detection Works

f. Geophysical Survey

i) Seismic Refraction Survey

ii) Multi-Channel Analysis of Surface Wave (MASW)

iii) 2-D Resistivity Profiling

Langkah 4 :

Klik butang sah jika maklumat telah tepat. Maklumat projek dipaparkan

pada butiran projek dan butang aliran kerja Pilih Kontraktor aktif (rujuk

rajah 4.1.4).

Rajah 4.1.4 : Butiran projek dan aliran kerja

Pilih Kontraktor dipaparkan

Manual Pengguna GSOIL

36/55

4.2 PILIH KONTRAKTOR

Kriteria paparan nama syarikat kontraktor adalah mengikut bilangan yang

dimasukkan pada skop kerja semasa pendaftaran projek. Berikut

dipaparkan kriteria yang berkaitan :

Bil Kriteria/Skop Kerja

Kategori Kontraktor

1 Pilih mana-mana satu dari Ranking Kerja-Kerja Ujian Lapangan

kontraktor berpengalaman

2 Pilih Borehole Lebih dari bilangan tiga (3)

3 Pilih kerja-kerja Ujian Lapangan selain Ranking (Special Test)

kontraktor baru & berpengalaman

4 Pilih Borehole 1-3 bilangan

5 Borehole 1-3 + ( mana-mana satu dari Ranking Kerja-Kerja Ujian Lapangan)

kontraktor berpengalaman

6 Borehole >3 + ( mana-mana satu dari Ranking Kerja-Kerja Ujian Lapangan)

7 Borehole 1-3 + ( mana-mana satu SELAIN dari Ranking Kerja-Kerja Ujian Lapangan

kontraktor baru & berpengalaman

8 Borehole >3 + ( mana-mana satu SELAIN dari Ranking Kerja-Kerja Ujian Lapangan

kontraktor berpengalaman

Manual Pengguna GSOIL

37/55

** Lanjutan daripada kriteria di atas, pengguna boleh membuat semakan

penggiliran kontraktor mengikut zon masing-masing pada menu kontraktor >

kontraktor <zon>. Contoh paparan seperti berikut :

Contoh :

Senarai Kontraktor Timur

Rajah 4.2 : Antaramuka senarai penggiliran kontraktor

Manual Pengguna GSOIL

38/55

Langkah 1 :

Klik butang Pilih. Dua (2) nama syarikat kontraktor dipaparkan (rujuk rajah

4.2.1).

Rajah 4.2.1 : Antaramuka Pilih Kontraktor

Langkah 2 :

Pilih salah satu nama syarikat kontraktor, isi tarikh surat hasrat > Klik

Simpan. Butang kemaskini & sah diaktifkan (rujuk rajah 4.2.2).

Rajah 4.2.2 : Antaramuka butang aliran kerja aktif

Manual Pengguna GSOIL

39/55

Langkah 3 :

Klik butang kemaskini untuk meminda maklumat atau klik butang sah

sekiranya maklumat tepat. Maklumat sejarah pemilihan kontraktor

dipaparkan pada butiran projek, PDF dan butang Daftar bagi aliran kerja

Keputusan Kontraktor aktif (rujuk rajah 4.2.3)

Rajah 4.2.3 : Butiran projek papar maklumat sejarah pemilihan kontraktor,

PDFdan butang aliran kerja seterusnya aktif

** Emel notifikasi akan dihantar kepada Pentadbir sekiranya Tarikh Surat

Hasrat atau persetujuan kontraktor tidak dikemaskini melebihi tempoh tiga

(3) hari bekerja dari tarikh pilih nama syarikat kontraktor.

Manual Pengguna GSOIL

40/55

4.2.1 PILIH ZON BERSEBELAHAN

Sekiranya tiada kontraktor yang disenarai pendek untuk kerja-kerja di zon

berkenaan, pengguna zon hendaklah membuat lantikan kontraktor

dengan memilih zon bersebelahan seperti rajah 4.2.4.

Rajah 4.2.4 : Antaramuka pilih zon bersebelahan

Langkah 1 :

Klik butang Pilih Zon dan paparan seperti rajah 4.2.5.

Rajah 4.2.5 : Paparan untuk pilih zon bersebelahan

Langkah 2 :

Klik simpan. Senarai kontraktor dipaparkan mengikut zon bersebelahan

yang dipilih.

Ulang langkah 1 – 3 pada item 4.2.

Manual Pengguna GSOIL

41/55

4.3 KEPUTUSAN KONTRAKTOR

Setelah nama syarikat kontraktor dipilih, kontraktor mempunyai tiga (3)

pilihan keputusan iaitu :

i) Setuju

ii) Tolak dengan sebab teknikal

iii) Tolak tanpa sebab teknikal

4.3.1 KEPUTUSAN KONTRAKTOR : SETUJU

Langkah 1 :

Klik butang Daftar dan paparan borang keputusan kontraktor seperti rajah

4.3.1.

Rajah 4.3.1 : Antaramuka keputusan kontraktor

Langkah 2 :

Pilih keputusan Setuju dan maklumat berikut perlu diisi (rujuk rajah 4.3.2).

Rajah 4.3.2 : Paparan borang bagi keputusan kontraktor jika setuju

Manual Pengguna GSOIL

42/55

Langkah 3 :

Klik butang Simpan dan maklumat pada butiran projek dikemaskini serta

butang aliran kerja Kemaskini & Sah diaktifkan

(rujuk rajah 4.3.3).

Rajah 4.3.3 : Antaramuka butang aliran kerja aktif

Langkah 4 :

Klik butang kemaskini sekiranya keputusan kontraktor masih perlu

dipinda.

Manual Pengguna GSOIL

43/55

Langkah 5 :

Klik butang Sah jika keputusan kontraktor telah muktamad. Maklumat

Kontrak dipaparkan pada butiran projek dan butang Daftar bagi aliran

kerja Status Projek aktif (rujuk rajah 4.3.4).

Rajah 4.3.4 : Papar maklumat kontrak pada butiran projek dan butang

aliran kerja seterusnya aktif

Manual Pengguna GSOIL

44/55

4.3.2 KEPUTUSAN KONTRAKTOR : TOLAK DENGAN SEBAB

TEKNIKAL

Langkah 6 :

Pilih keputusan Tolak Dengan Sebab Teknikal dan maklumat berikut perlu

diisi (rujuk rajah 4.3.5).

Rajah 4.3.5 : Paparan borang bagi keputusan kontraktor

jika tolak dengan sebab teknikal

Langkah 7 :

Ulang langkah 3 – 4.

Klik butang Sah jika keputusan kontraktor telah muktamad.

Pada butiran projek, keputusan kontraktor dan butang Pilih bagi aliran

kerja Pilih Kontraktor diaktifkan (rujuk rajah 4.3.6).

Rajah 4.3.6 : Maklumat yang dikemaskini pada butiran projek

Manual Pengguna GSOIL

45/55

Langkah 8 :

Ulang langkah 1 – 5 jika keputusan kontraktor adalah setuju.

Ulang langkah 6 – 8 jika keputusan kontraktor adalah tolak dengan sebab

teknikal.

Ulang langkah 9 – 11 jika keputusan kontraktor adalah tolak tanpa sebab

teknikal.

Manual Pengguna GSOIL

46/55

4.3.3 KEPUTUSAN KONTRAKTOR : TOLAK TANPA SEBAB

TEKNIKAL

Langkah 9 :

Pilih keputusan Tolak Tanpa Sebab Teknikal dan klik butang

simpan/kemaskini (rujuk rajah 4.3.7).

Rajah 4.3.7 : Paparan borang bagi keputusan kontraktor

jika tolak tanpa sebab teknikal

Langkah 10 :

Ulang langkah 3 – 4.

Klik butang Sah jika keputusan kontraktor telah muktamad. Pada butiran

projek, status pemilihan dikemaskini mengikut keputusan yang telah dipilih

dan butang Pilih bagi aliran kerja Pilih Kontraktor diaktifkan (rujuk rajah

4.3.8).

Rajah 4.3.8 : Maklumat yang dikemaskini pada butiran projek

Langkah 11 :

Ulang langkah 8.

Manual Pengguna GSOIL

47/55

4.4 STATUS PROJEK

Setelah kontraktor bersetuju untuk laksanakan kerja-kerja siasatan tapak,

maklumat atau status projek akan dipantau sehingga kerja siap.

Langkah 1 :

Klik butang Daftar pada aliran kerja Status Projek dan antaramuka status

projek akan dipaparkan seperti rajah 4.4.1.

Rajah 4.4.1 : Antaramuka status projek

Langkah 2 :

Isi Maklumat Tarikh Laporan Akhir, Kos Sebenar (Harga Termasuk GST),

Tarikh Bayaran Syor (Kepada HOPT) dan Penilaian Prestasi.

Manual Pengguna GSOIL

48/55

Langkah 3 :

Klik simpan dan butang Kemaskini, Cetak Prestasi dan Sah diaktifkan

(rujuk rajah 4.4.2)

Rajah 4.4.2 : Butang aliran kerja diaktifkan

Langkah 4 :

Klik butang kemaskini jika masih ada pindaan pada maklumat.

Klik cetak prestasi untuk melihat borang JKR.PK(P).10-1: Prosedur

Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan dalam bentuk PDF.

Langkah 5 :

Klik butang sah sekiranya maklumat tepat. Maklumat status projek,

maklumat prestasi kontraktor dan PDF dipaparkan pada butiran projek

serta status projek adalah selesai seperti rajah 4.4.3.

Rajah 4.4.3 : Maklumat status projek,maklumat prestasi kontraktor dan

PDF

Manual Pengguna GSOIL

49/55

** Emel notifikasi Kemaskini Status Projek akan dihantar kepada

Pentadbir sekiranya Status Projek tidak dikemaskini selama empat belas

(14) hari dari Tarikh Siap Kerja.

Manual Pengguna GSOIL

50/55

5.0 LAPORAN

Modul laporan hanya boleh diakses oleh Pentadbir Sistem. Modul ini bertujuan

menjana laporan prestasi kontraktor mengikut zon/negeri/gred/tahun laporan

akhir/markah dan laporan tersebut boleh di muat turun dalam format Excel.

5.1 PRESTASI KONTRAKTOR

Langkah 1 :

Klik menu Laporan > pilih Prestasi Kontraktor. Paparan adalah seperti

rajah 5.1.1.

Rajah 5.1.1 : Antaramuka laporan prestasi kontraktor

Langkah 2 :

Pilih kriteria mengikut zon, negeri, gred, tahun laporan akhir dan markah >

klik Cari dan laporan senarai kontraktor dijana mengikut kriteria yang

dipilih seperti rajah 5.1.2.

Contoh :

Zon : Timur

Negeri : Terengganu

Tahun Laporan Akhir : 2017

Markah : 4

Manual Pengguna GSOIL

51/55

Rajah 5.1.2 : Laporan prestasi kontraktor dijana mengikut kriteria yang

dipilih

Langkah 3 :

Klik butang Muat Turun Excel untuk menjana laporan dalam format excel

seperti rajah 5.1.3.

Rajah 5.1.3 : Muat turun laporan dalam format Excel

Langkah 4 :

Klik fail excel untuk melihat laporan yang telah dijana.

Manual Pengguna GSOIL

52/55

6.0 CETAKAN (PDF)

Cetakan dalam format PDF boleh diakses oleh Pentadbir Sistem dan Pengguna

Zon bagi dua (2) item berikut iaitu :

i. Maklumat Sejarah Pemilihan Kontraktor

ii. Prestasi Kontraktor

6.1 CETAK SEJARAH PEMILIHAN KONTRAKTOR

Langkah 1 :

Klik menu Projek > Senarai Projek . Senarai Projek dipaparkan seperti

rajah 6.1.1.

Rajah 6.1.1 : Antaramuka senarai projek

Manual Pengguna GSOIL

53/55

Langkah 2 :

Pilih projek berkaitan > klik Butiran Projek dan butiran projek dipaparkan

seperti rajah 6.1.2.

Rajah 6.1.2 : Butiran Projek

Langkah 3 :

Klik icon . PDF dipaparkan seperti rajah 6.1.3.

Rajah 6.1.3 : Cetakan (PDF) Sejarah pemilihan kontraktor

Manual Pengguna GSOIL

54/55

6.2 CETAK PRESTASI KONTRAKTOR

Langkah 4 :

Ulang langkah 1 – 2 dan butiran projek dipaparkan seperti rajah 6.1.4.

Rajah 6.1.4 : Butiran Projek

Langkah 5 :

Klik icon . PDF dipaparkan seperti rajah 6.1.5.

Rajah 6.1.5 : Cetakan (PDF) Prestasi Kontraktor

Manual Pengguna GSOIL

55/55

CATATAN