manual numerasi bertulis mnbsk_sjkc_sjkt

Upload: linda-oma

Post on 06-Jul-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Manual Numerasi Bertulis MNBSK_SJKC_SJKT

    1/7

    MNBSK

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

    MANUAL

    INSTRUMEN NUMERASI BERTULISSARINGAN 3 (SK / SJKC / SJKT)

    SEPTEMBER 2010

    Manual Numerasi BertulisSaringan 3 – SK/SJKC/SJKT/KAPTahun 1 (2010)

  • 8/17/2019 Manual Numerasi Bertulis MNBSK_SJKC_SJKT

    2/7

    MNBSK

    KAEDAH PELAKSANAAN

      Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 29 Ogos hingga 3 September

    2010 

      Murid-murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 mesti menduduki

    saringan ini 

      Guru perlu membantu murid memahami tugasan item 

      Murid ditaksir secara telus dan jujur

      Guru mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang

    Prestasi Individu yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen

    Numerasi Bertulis  Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-

    dua item yang mengukur konstruk tersebut.

    TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

    Selepas Saringan 3, murid yang menguasai kesemua 12 konstruk

    dikategorikan telah menguasai asas numerasi. Murid ini akan meneruskan

    pembelajaran di kelas arus perdana. Murid yang tidak menguasai kesemua12 konstruk itu boleh dikesan dan dikenal pasti pada konstruk mana mereka

    berada melalui proses saringan. Maklumat ini dapat membantu guru

    membuat diagnosis mengapa seseorang murid gagal menguasai mana-

    mana konstruk dan seterusnya program LINUS dapat dilaksanakan sebelum

    saringan seterusnya dibuat pada Tahun 2.

    Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 3 akan menduduki

    Saringan 1 Tahun 2 yang akan diadakan pada 28 Februari – 4 Mac 2011.

    Proses diagnosis dan program LINUS dilaksanakan oleh guru kerana

    hanya guru yang layak dan wajar melaksanakan tugasan tersebut. Guru perlu

    menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk

    memastikan semua 12 konstruk dikuasai.

    2

    Manual Numerasi BertulisSaringan 3 – SK/SJKC/SJKT/KAPTahun 1 (2010)

  • 8/17/2019 Manual Numerasi Bertulis MNBSK_SJKC_SJKT

    3/7

    MNBSK

    PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 2 (BERTULIS)

    Soalan 1

    Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

      Guru membaca tugasan item

      Murid memadankan bentuk yang sama

      Murid menguasai tugasan ini jika memadankan bulan sabit dengan

    bulan sabit , bintang dengan bintang dan heksagon dengan

    heksagon

    Soalan 2

    Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

      Guru membaca tugasan item

      Murid memadankan angka yang sama

      Murid menguasai tugasan ini jika memadankan angka 7 dengan 7 ,

    9 dengan 9 dan 6 dengan 6

    Soalan 3

    Konstruk 2 : Keupayaan membilang

      Guru membaca tugasan item

      Murid membilang objek dan membulatkan angka mengikut bilangan

    objek

      Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan angka 8 (bintang)

    dan 7 (bulan sabit)

    Soalan 4

    Konstruk 2 : Keupayaan membilang

      Guru membaca tugasan item

      Murid membilang dan menandakan pada petak yang mempunyai 6

    ekor burung

      Murid menguasai tugasan ini jika menandakan √  pada petak yang

    menunjukkan bilangan 6 ekor burung

    Soalan 5 

    Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

      Guru membaca tugasan item

      Murid melihat angka dan membilang objek dalam setiap petak

      Murid memadankan bilangan objek dengan angka yang diberi

      Murid menguasai tugasan ini jika memadankan gambar lilin dengan

    angka 9

    3

    Manual Numerasi BertulisSaringan 3 – SK/SJKC/SJKT/KAPTahun 1 (2010)

  • 8/17/2019 Manual Numerasi Bertulis MNBSK_SJKC_SJKT

    4/7

    MNBSK

    Soalan 6

    Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

      Guru membaca tugasan item

      Murid membilang objek dalam setiap petak

      Murid membulatkan nombor yang sepadan dengan bilangan objek

      Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan nombor 6

    Soalan 7 

    Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

      Guru membaca tugasan item

      Murid membulatkan hari yang tertinggal

      Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan hari

    Tuesday / Selasa  

    Soalan 8

    Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

      Guru membaca tugasan item

      Murid melihat gambar dan menandakan √  pada waktu yang betul

    dalam gambar.

      Murid menguasai tugasan ini jika dapat menandakan √  pada petak

    night / malam 

    Soalan 9

    Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

      Guru membaca tugasan item

      Murid membulatkan jawapan yang betul 

      Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan angka 9  

    Soalan 10

    Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

      Guru membaca tugasan item

      Murid membulatkan jawapan yang betul

      Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan angka 4

    .

    .

    4

    Manual Numerasi BertulisSaringan 3 – SK/SJKC/SJKT/KAPTahun 1 (2010)

  • 8/17/2019 Manual Numerasi Bertulis MNBSK_SJKC_SJKT

    5/7

    MNBSK

    Soalan 11

    Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

    wang Malaysia

      Guru membaca tugasan item

      Murid memadankan operasi dengan jawapan

      Murid menguasai tugasan ini jika memadankan operasi dengan

    30 sen 

    Soalan 12

    Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

    wang Malaysia

      Guru membaca tugasan item

      Murid menulis jawapan yang betul di dalam petak

      Murid menguasai tugasan ini jika menulis angka 6 di dalam petak

    yang disediakan 

    Soalan 13

    Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

      Guru membaca tugasan item

      Murid menandakan √  pada petak yang betul

      Murid menguasai tugasan ini jika menandakan √ pada petak penselyang lebih pendek 

    Soalan 14

    Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

      Guru membaca tugasan item

      Murid menandakan √  pada petak yang betul

      Murid menguasai tugasan ini jika menandakan √  pada

    petak pemadam 

    Soalan 15

    Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

    dan sebaliknya

      Guru membaca tugasan item

      Murid melengkapkan ayat matematik di petak yang disediakan.

      Murid menguasai tugasan ini jika menulis angka 2 pada petakyang disediakan 

    5

    Manual Numerasi BertulisSaringan 3 – SK/SJKC/SJKT/KAPTahun 1 (2010)

  • 8/17/2019 Manual Numerasi Bertulis MNBSK_SJKC_SJKT

    6/7

    MNBSK

    Soalan 16

    Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

    dan sebaliknya

      Guru membaca tugasan item

      Murid melengkapkan ayat matematik di petak yang disediakan

      Murid menguasai tugasan ini jika menulis angka 3 dan 6 pada

    petak yang betul

    Soalan 17

    Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

      Guru membaca tugasan item

      Murid melengkapkan ayat matematik pada petak yang disediakan

      Murid menguasai tugasan ini jika menulis “+” dan angka 8 di dalam

    petak yang betul

    Soalan 18Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

      Guru membaca tugasan item

      Murid melengkapkan ayat matematik di dalam petak

    yang disediakan

      Murid menguasai tugasan ini jika menulis “-“ dan angka 4 di dalam

    petak yang betul

    Soalan 19

    Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa danukuran panjang

      Guru membaca tugasan item

      Murid membulatkan hari yang betul

      Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan hari Sunday /  Ahad 

    6

    Manual Numerasi BertulisSaringan 3 – SK/SJKC/SJKT/KAPTahun 1 (2010)

  • 8/17/2019 Manual Numerasi Bertulis MNBSK_SJKC_SJKT

    7/7

    MNBSK

    Manual Numerasi BertulisSaringan 3 – SK/SJKC/SJKT/KAPTahun 1 (2010)

    7

    Soalan 20

    Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan

    ukuran panjang

      Guru membaca tugasan item

      Murid menulis jawapan di dalam petak yang disediakan

      Murid menguasai tugasan ini jika menulis 3 di dalam petak

    yang disediakan