manual hots.docx

Upload: akula-dia

Post on 06-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL HOTS / KBATMAC 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL HOTS / KBATSAINS UPSR

PendahuluanMalaysia sedang melalui suatu transisi yang akan menentukan masa depan negara ini. Perjalanan menuju status negara maju menjelang tahun 2020 ini memerlukan kita mengubah status ekonomi dan sosial supaya menjadi lebih berdaya saing. Kita telah berubah daripada sebuah negara pertanian dan perlombongan kepada sebuah negara perindustrian daripada tahun 1980 ke tahun 2000.Sejak pertengahan tahun 1990 negara kita sudah mula mengalami transformasi kearah ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan yang dipacu oleh ilmu pengetahuan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi atau singkatannya ICT.Kadar transformasi ini menjadi pantas sejak isu Y2K, dimana banyak organisasi membuat pelaburan yang signifikan dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi. Ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dipacu oleh ICT menghasilkan model baru dalam dunia perniagaan. Model-model perniagaan dan komunikasi yang sedia ada menjadi usang atau agak ketinggalan, kesannya ialah, manusia mula mencipta kaedah baru untuk meneruskan keberlangsungan hidup . Pada masa yang sama terdapat perubahan pendapat cara murid belajar daripada teori behaviorisma kepada kognitivisma dan kemudiannya konstruktivisma. Kaedah baru ini dicipta dengan ilmu pengetahuan seperti kemahiran menaakul, kemahiran menyelesaikan masalah yang memerluka pemikiran kritis dan kreatif supaya murid mampu menjadiinovatif dalam menyelesaikan masalah harian. Kesemuanya ini mengubah cara murid diajar dan ditaksir. Peranan KPM juga ialah menyediakan modal insan untuk menghadapi Abad ke 21 ini.Bagi memenuhi kerperluan Abad ke 21 ini yang menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi satu transformasi dalam kurikulum dan pentaksrian telah dilakukan. Maka dengan ini, Kementerian Pelajaran sedang mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Disamping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.Dua bidang yang telah dikenalpasat untuk merealisai aspirasi ini ialah memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.Sehubungan dengan itu, Kementerian telah melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kedua-dua elemen ini diharapkan dapat menyemai KBAT.

Pada masa yang sama , KPM juga mengambil bahagian dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International School Assessment (PISA) .Kedua-dua program pentaksiran ini adalah sebagai penanda aras untuk mengetahui prestasi murid kita di peringkat antara bangsa dalam pendidikan. PISA1. menguji penggunaan pengetahuan dan kemahiran praktikal berdasarkan kepada pendapat bahawa perolehan literasi adalah proses pembelajaran sepanjang hayat 2. mengukur real-life skills yang berkaitan dengan bacaan, matematik dan sains dengan fokus kepada kehidupan seharian dan dalam bidang di mana sains digunakan seperti kesihatan, bumi dan persekitaran, dan teknologi 3. menyediakan perbandingan dalam sistem dan antara negara yang mengambil bahagian, manakala,

TIMSS pula:

1. mengukur keupayaan murid dari segi apa yang hendak diajar, apa yang sebenarnya diajar dan apa yang sebenarnya dipelajari 2. menambah baik pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains 3. menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid 4. menyediakan data tentang trend dalam pencapaian metamatik dan sains

Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS pada 1999, 2003, 2007 dan 2011 yang melibatkan murid dalam satu kelasTingkatan 2 (gred 8) di 150 buah sekolah yang dipilih secara rawak.TIMSS adalah anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) yang memberi fokus kepada isi kandungan kurikulum.TIMSS menguji yang apa yang hendak diajar dan apa yang dipelajari oleh murid, maklumat

daripada ujian ini adalah untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.Ujian ini ditadbirkan 4 tahun sekali iaitu pada tahun1995, 1999, 2003, 2007, 2011.PISA pula diduduki oleh murid pada 2009 dan 2012 yang melibatkan murid berumur 15+ di 165 buah sekolah yang dipilih secara rawak .Ujian ini dianjukakan oleh The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Kandungan ujian ini memberi fokus kepada aplikasi kurikulum dalam kehidupan harian untuk menguji kesediaan murid memasuki alam dewasa. Soalan-soalan adalah berdasarkan situasi kehidupan sebenar. Tiga domain iaitu Matematik, Sains dan Bacaan diuji oleh program ini dan ditadbir tiga tahun sekali iaitu pada 2000, 2003, 2006, 2009, 2012. Kedudukan Malaysia dalam TIMSS dan PISA adalah agak membimbangkan. Bertitik tolak daripada masalah ini, satu model dibangunkan untuk memandu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan supaya pembelajaran berlaku dalam bilik darjah bagi melahirkan murid yang mempunyai aras berfikir yang tinggi dan bersedia menghadapi TIMSS dan PISA pada masa akan datang. Modul ini mengabungjalinkan kurikulum, pengajaran dan pentaksiran.

Rasional menggabungkan pengajaran , pembelajaran dan pentaksiran.

Black dan Williams(1994) memperkenalkan pentaksiran sebagai alat untuk meningkat keberkesanan pengajaran guru di bilik darjah supaya pembelajaran berlaku. Pentaksiran ini dikenali sebagai pentaksiran formatif, yang bermaksud pentaksiran yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dimana murid diberi tugasan untuk diselesaikan. Dalam masa yang sama guru memberi maklumbalas kepada murid untuk menyelesaikan maslah tersebut. Murid juga menjalankan pentaksiran kendiri iaitu menilai hasil kerja mereka berdasarkan kriteria yang dimuatkan dalam alat mentaksir yang dikenali sebagai rubrik atau skala pentaksiran (rating scale). Kriteria ini memandu murid dan juga guru untuk menghasilkan sesuatu produk seperti karangan, laporan kajian eksperimen sains dan persembahan sesebuah pementasan.Kriteria ini juga menjadi senarai semak yang memandu guru mentaksir murid semasa melakukan sesuatu tugasan seperti persembahan pentas. Pentaksiran formatif dijadikan alat untuk meningkatkan keberkesanan guru mengajar adalah kesan daripada perubahan pendapat menganai cara murid belajaryang dibincangkan di sesi seterusnya.

Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan adalah teori Behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong Behaviorisme adalah B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidakmementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian danimej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya. Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep ataukemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman. Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan. Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran. Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukanya kefahaman murid.

Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumattersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai.

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang

mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertianpembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut:Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi daripada teori ini ialah :1. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid2. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah3. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.4. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripad aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif5. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajaranya dengan sifat asas pengethauan tersebut.

Perubahan cara pengajaran ini merubah kaedah pembelajaran dibilik darjah yang mempunyai ciri berikut:1. murid digalakkan bertanya dan berdialog dengan guru2. pembelajaran adalah satu proses yang sama penting dengan ahsil pembelajaran3. menyokong pembelajaran secara koperatif4. menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid5. memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar6. menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian atau eksperimen7. mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea8. mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid dan 9. menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Berdasarkan teori baru dalam pembelajaran, iaitu perubahan yang berlaku di dalam bilik darjah maka kaedah pentaksiran juga berubah. Pakar pentaksiran seperti Richard Stiggins mengkategorikan hasil pembelajaran yang dijadikan standard pembelajaran berdasarkan lima kategori iaitu;

Kategori ini dijadikan panduan untuk membina kurikulum sesuatu program persekolahan, kategori ini juga dijadikan panduan untuk membina standard prestasi.ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja mengkategorikan prestasi murid selepas melalui sesuatu program pembelajaran. Guru menggunakan kategori ini untuk mengajar dan membina tugasan untuk mentaksir murid mereka. Ini manjadikan pengajaran dan pentaksiran berjalan seiringan atau bersepadu dalam bilik darjah. Pentaksiran bukan hanya berlaku dihujung sesuatu pengajaran tetapi boleh juga berlaku semasa proses PdP.Murid diberi peluang untuk menyoal dan guru memberi maklum balas untuk pengukuhan. Selain daripada itu modal pembelajaran seperti penyelesaian masalah yang memerlukan murid menaakul dengan menganalisis banyak digunakan dalam sesi PdP.Ini adalah untuk menyediakan murid menghadapi alam perkerjaan di dalam situasi dunai sebenar selepas meninggalkan bangku sekolah.

Berdasarkan perubahan teori pembelajaran dan kaedah pengajaran seperti penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif dan inkuiri penemuan berdasakan situasi dunia sebenar telah menjadi rujukan kepada pakar pentaksiran dalam membina soalan-soalan atau item ujian untuk PISA dan TIMSS.

Oleh itu adalah penting untuk menyediakan satu model pengajaran dan pentaksiran yang boleh dijadikan panduan oleh guru untuk mengajar dan mentaksir semasa proses PdP. Manual ini juga boleh digunakan oleh guru sebagai persediaan untuk murid menghadapai TIMSS dan PISA kerana soalan-soalan yang dibekalkan dipenghujung sesuatu sesi pengajaran adalah berdasarkan model TIMSS dan PISA. Bahagian yang seterusnya membincangkan konsep konstruk ,kemahiran befikir aras tinggi (KBAT) dan Standard Prestasi yang mempunyai hubungkait dengan soalan-soalan TIMSS dan PISA.

CONTOH STANDARD ATAU HASIL PEMBELAJARAN KBAT

INKUIRI / MENGEKSPERIMEN

KENALPASTI MASALAH - ANALISIS

BINA OBJEKTIF KAJIAN - SINTESISMENGUMPUL MAKLUMAT

BINA HIPOTESIS

KENALPASTI PEMBOLEHUBAH

MERANCANGKAN EKSPERIMEN

MENJALANKAN EKSPERIMEN

MENGUMPUL MAKLUMAT

INFERENS

LAPORAN

TAKSONOMI OBJEKTIF PENDIDIKANTAKSONOMI BLOOMKATA KERJA PROSES

MENGAPLIKASIMenggunakan bahan/idea/strategi/konsep/prinsip/teori dalam situasi baru

Merekod Menghitung Mengira Menunjuk cara Mengubahsuai Menjana idea Menjalankan Menggunakan Mengitlak Menjelas dengan contoh Mengganggar Membina Membuat urutan Mempraktikkan Membezakan

MENGANALISISMengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami dan membuat perhubungan antara komponen Mencerakinkan Memilih Mencirikan Menaakul Membezakan Mengasingkan Membuat andaian Menyelesaikan masalah Membuat urutan Membuat kesimpulan Mengawal pembolehubah Menggunakan perhubungan ruang dan masa Menyusun mengikut keutamaan Menjelaskan melalui contoh Membuat kajian Menterjemahkan Mengeksperimen Menghitung

MENILAIMewajarkan keputusan atau tindakan yang telah diambil atau pun menilai idea/bahan/maklumat/kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik. Mengkritik Mentafsir Menyokong Merumuskan Menguji Membuat keputusan Membahas

MEREKACIPTAMenggabungkan idea/komponen dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea/ struktur baru.

Menggabungkan Merancang Membina Merangkakan Merekabentuk Mencipta Mengkonsepsikan Menganalogi Membuat gambaran mental Berkomunikasi Membuat hipotesis Mendefinisikan secara operasi Menambahbaik

ANALISA KONTRUKS ITEM HOTS (KBAT) SAINS UPSR (BAHAGIAN A) TAHUN 2010-2012UPSRTAHUNNO SOALANJUMLAHSOALAN HOTS/KBAT

PENGETAHUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN

20101,3,4,12,13,14,20,21,23,24,27,30

7,11,17,19,22,25,28,295,182,8,10,15-6,9,16,2610(33.3%)

20112,7,9,23,283,11,12,17,18,19,21,22,25,27

13,20,24,295,6,8,10,14,15,16,26,30-1,415(50.0%)

20121,2,6,9,18,21,27,303,4,5,7,8,12,14,15,16,2220,24,26,2917,23,2513,1910,11,2812(40.0%)

Catatan:Item HOTS/ KBAT merangkumi konstruk Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian

CONTOH ITEM HOTS (KBAT) SAINSUPSR 20101.Diagram 1 shows a situation in a habitat.Rajah1 menunjukkan situasi dalam satu habitat.

Diagram 1Rajah 1

What will happen if all rats are poisoned by the farmer?Apakah yang akan berlaku sekiranya semua tikus diracun oleh petani?I The number of grasshoppers decreases Bilangan belalang berkurangII The harvesting production of paddy increases Hasil tuaian padi bertambahIII The number of snakes increases Bilangan ular bertambahIV The sources of food for the owl decreases Sumber makanan bagi burung hantu berkurang

ANALISISJAWAPAN :CA I and II I dan IIB I and III I dan IIIC II and IV II danIVD III and IV III danIV

2.Table 1 shows the change in water temperature over time.Jadual1 menunjukkan perubahan suhu air dengan masa.

Table 1Jadual 1

Which of these statements are correct about the change in water temperature?Pernyataan manakah yang betul tentang perubahan suhu air itu?I The water gains heat Air menerima habaII The water becomes cooler Air semakin sejukIII The water becomes warmer Air semakin panasIV The water loses heat Air kehilangan haba

PENILAIANJAWAPAN :CA I and II B I and III I dan II I dan IIIC II and IV D III and IV II dan IV III dan IV

3.What is the best way to prevent mosquitoes from breeding in the pond outside the house?Apakah langkah terbaik untuk mengelakkan nyamuk daripada membiak di dalam kolam di luar rumah?

A Put fish into the pond Masukkan ikan ke dalam kolam itu

B Pour insecticide into the pond Tuang racun serangga ke dalam kolam itu

APLIKASIJAWAPAN :AC Burn mosquito coil near the pondBakar lingkaran ubat nyamuk di tepi kolam itu

D Cover the pond surface with a fishing net Tutup permukaan kolam itu dengan jaring ikan

UPSR 20111.Diagram 1 shows chicks in a coop.Rajah 1menunjukkan anak-anak ayam dalam sebuah reban.

Diagram 1RajahThe chicks become weak after two days.Which of the following can solve this problem?Anak-anak ayam itu menjadi lemah selepas dua hari. Antara yang berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah ini? IMove some chicks into another coopAlihkan beberapa ekor anak ayam ke dalam reban lain

IIPut the chicks in a bigger coopLetakkan anak-anak ayamitu ke dalam reban yang lebih besar

IIIPut more chicks into the coopLetakkan lebih banyak anak-anak ayam ke dalam reban itu

IVSupply more water in the coopBekalkan lebih banyak air ke dalam reban itu

AI and III danIIBI and IIII danIII

CII and IVII danIVDPENILAIANJAWAPAN :AIII and IVIII danIV

2.The following information compares the time taken by three pupils to finish a 100 metres event.Maklumat berikut membandingkan masa yang diambil oleh tiga orang murid untuk menamatkan acara 100 meter.The time taken by Rizal is shorter than Siva and Fitri.Masa yang diambil oleh Rizal lebih singkat berbanding Siva dan Fitri.

The time taken by Fitri is longer than Rizal and Siva.Masa yang diambil oleh Fitri lebih lama berbanding Rizal dan Siva.

Which bar chart represents the information above?Carta palang manakah yang mewakili maklumat di atas?

ANALISISJAWAPAN :B

3.Diagram shows two men trying to move a boat to the seashore.Rajah menunjukkan dua orang lelaki cuba untuk menggerakkan sebuah perahu ke pantai.

Diagram 1Rajah 1What is the best way to make the work easier?Apakah cara terbaik untuk memudahkan kerja itu?APull the boat with ropeTarikperahuitudengntali

BUse a trolley to carry the boatGunakan troli untuk membawa perahu itu

CPut rollers under the boatLetakkan penggolek di bawah perahu itu

DAPLIKASIJAWAPAN :CPush the boat with the help of another manTolak perahu itu dengan bantuan seorang lelaki lain

CONTOH ITEM LOTS MENJADI HOTS (KBAT) SAINSDARIPADA ITEM LOTS1.Diagram 1 shows four types of seeds.Rajah 1 menunjukka nempat jenis biji benih.

Diagram 1Rajah 1

The following are characteristics for seeds in group S and group T.Berikut ialah ciri-ciri biji benih dalam kumpulan S dan kumpulanT.

Which of the following have been correctly classified into group S and group T?Antara yang berikut, yang manakah telah dikelaskan dalam kumpulan S dan kumpulanT denganbetul?

MENJADI ITEM HOTS (KBAT)2.The following is an information.Berikut adalah satu maklumat.

I was not broken even fell down from a higher place. Then, l was floating and brought away with the helps of X. After some time, l was germinated and started a new life at a new place.Saya tidak pecah walaupun jatuh dari tempat yang tinggi. Kemudian, saya terapung-apung dan dibawa jauh dengan pertolongan X. Tidak berapa lama kemudian, saya telah mula bertunas dan memulakan kehidupan di tempat yang baru.

Based on the above information, what is X?Berdasarkan maklumat di atas, siapakah X?

AWaterAirBWindAngin

CAnimalsHaiwanDExplosive mechanism

PENILAIANJAWAPAN :AMekanisma letupan

DARIPADA ITEM LOTS2.Diagram 2 shows a floor partly covered with tiles of the same size.Rajah2 menunjukkan lantai yang sebahagiannya ditutupi dengan jubin-jubin yang sama saiz.

Diagram 2Rajah 2How many more tiles are needed to cover up the whole floor?Berapakahbilangan jubin lagi yang diperlukan untuk menutup seluruh lantai itu?A 30 B 25C 20 D 15

MENJADI ITEM HOTS(KBAT)2.

Abu wants to order a piece of glass to cover the surface of his rectangle deskinshape. Arrange accordingly in the correct sequence for the steps Abu should takes to get the accurate measurement of the glass befote makes the order?

Abu hendak menempah sekeping kaca bagi mengalas permukaan mejanya yang berbentuk segi empat tepat. Susun mengikut urutan yang betu llangkah-langkah yang patut diambil oleh Abu untuk mendapat ukuran yang tepa sebelum membuat tempahan kaca itu? WRecord the measure of the area of the desk surfaceCatat ukuran luas permukaan meja itu

XCount the amount of the tiles used to cover the desk surfaceHitung jumlah jubin yang menutupi permukaan meja

YTake certain amount of the 1 cm x 1 cm in size mosaicsAmbil sejumlah mozek berukuran 1 cm x 1cm

ZPut the mosaicsone by one on the surface of the desk until completely coveredLetakka nmozek satu persatu pada permukaan meja sehingga sepenuhnya tertutup.

APENILAIANJAWAPAN :CW,X,Y,Z

BZ,Y,W,X

CY,Z,X,W

DX,W,Z,Y

DARIPADA ITEM LOTS3.What is the meaning of speed?Apakah maksud laju?

A The ability of an object to move Kebolehan suatu objek bergerak

B The time taken when an object moves Masa yang diambil apabila objek bergerak

C The distance travelled by a moving object Jarak yang dilalui oleh objek yang bergerak

D A measurement of how fast an object moves Satu ukuran kepantasan pergerakan objek

MENJADI ITEM HOTS (KBAT)3.Table 1 shows the record of the speed of four objects S,T,U and V.Jadual1 nenunjukkan catatan kelajuan empat objek S, T, U dan V.ObjectObjekDistance travelledJarak dilaluiTime takenMasa diambilSpeedKelajuan

S100 m20 second20 saat100 m/s100 m/s

T100 km1 hour 1 jam100 km/h100 km/j

U50 km30 minutes 30 minit100 km/h100 km/j

V400 m1 minutes 1 minit400 m/m400 m/m

Table 1Jadual 1

PENILAIANJAWAPAN :BA The ability of an object to move Kebolehan pergerakan suatu objek

B The distance travelled over a certain time Jarak yang dilalui dalam suatu masa

C The time taken in a certain distance Masa yang diambil dalam satu jarak yang dilalui

D The distance travelled and the time recorded of an object Catatan jarak yang dilalui dan masa yang diambil oleh sesuatu objek

DARIPADA ITEM LOTS4.Diagram 3 shows three different constellations.Rajah3 menunjukkan tiga buruj yang berbeza.

Diagram 3Rajah 3Which of the following correctly represents S, T and U?Antara yang berikut, yang manakah mewakili S, T dan U dengan betul?

MENJADI ITEM HOTS(KBAT)4.

A compass of the fisherman boat was having a problem. Which of the following constellations in diagram 3, could become a guide if the boat is moving to the north.

Kompas sebuah bot nelayan telah mengalami masalah. Antara buruj-buruj dalam Rajah 3, yang manakah boleh dijadikan sebagai panduan jika bot itu menuju ke utara?

Diagram 3Rajah 3AS and TS dan T

BU and V

APLIKASIJAWAPAN :CU dan V

CS and US dan U

DT and VT dan V

DARIPADA ITEM LOTS5.Which structure is the most stable?Struktur manakah yang paling stabil?

MENJADI ITEM HOTS (KBAT)5.A group of pupils was assigned to create a few structures by using the shapes as in Diagram 4. Which of the following structures is the most stable?Sekumpulan murid telah ditugaskan mereka cipta beberapa buah struktur dengan menggunakan bentuk-bentuk seperti Rajah 4. Di antara struktur-struktur berikut, yang manakah paling stabil?

Diagram 4Rajah 4

MENCIPTAJAWAPAN :C

DARI ITEM LOTS6.Diagram 5 shows an experiment.Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen.

Diagram 5Rajah5Why the balloon changes its size when the bottle in container X is moved into container Y?Mengapakah belon berubah saiz apabila botol di dalam bekasX dipindahkan kedalam bekasY? ABalloon becomes coldBelon menjadi sejuk

BHeat is released to the airHaba telah dibebaskan ke udara

CAir expands when heatedUdara mengembang apabila dipanaskan

DAir contracts when cooledUdara mengecut apabila disejukkan

MENJADI ITEM HOTS (KBAT)6The following diagram is an experiment about the expansion and contraction of air.Which of the following is correct Rajah berikut adalah satu eksperimen tentang pengembangan dan pengecutan udara.Antara berikut, manakah yang betul.

AB

CD

PENILAIANJAWAPAN :B

DARI ITEM LOTS7.Which tool is the most suitable to measure activities that take a short time?Alat manakah yang paling sesuai untuk mengukur aktiviti yang mengambil masa yang pendek?

MENJADI ITEM HOTS (KBAT)7.A pupilis asked to measure the time taken for the 100 ml of water to boil. Which of the following tool is the most suitable to be used.Seorang murid diminta untuk mengukur masa yang diambil bagi 100 ml air untuk mendidih. Antara alat berikut yang manakah paling sesuai untuk digunakan.

APLIKASIJAWAPAN :C

3.Diagram 6 shows the human breathing system.Rajah 6 menunjukkan system pernafasan manusia.

Diagram 6Rajah 6Which is the correct sequence of the passage of air during exhalation?Urutan manakah yang betul bagi pengaliran udara semasa menghembus nafas? ANoseWindpipeLungs

HidungSaluran pernafasanParu-paru

BMouthWindpipeLungs

MulutSaluran pernafasanParu-paru

CWindpipeLungsMouth

Saluran pernafasanParu-paruMulut

DLungsWindpipeNose

Paru-paruSaluran pernafasanHidung

Which is the correct sequence of the passage of air during exhalation?Manakah yang betul bagi pengaliran udara semasa menghembus nafas? AB

C

DPENILAIANJAWAPAN :C

HOTS / KBAT IALAH KEUPAYAAN UNTUK MENGAPLIKASI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN MENILAI DALAM MEMBUAT PENAAKULAN DAN REFLEKSI BAGI MENYELESAIKAN MASALAH, MEMBUAT KEPUTUSAN, BERINOVASI DAN BERUPAYA MENCIPTA SESUATUMENCIPTA IALAH PROSES YANG MENGGUNAKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN UNTUK MENGHASILKAN SUATU REKACIPTA YANG BARU SEPERTI KAEDAH DAN MODELMENILAI IALAH PROSES MENGHASILKAN SESUATU FAKTA, KESIMPULAN, DAPATAN ATAU PRODUK BERDASARKAN MAKLUMAT YANG TELAH DIANALISISMENGAPLIKASI IALAH KEBOLEHAN MENGGUNAKAN PENGETAHUAN UNTUK MENGHASILKAN SESUATU YANG BARU SEPERTI MENJALANKAN EKSPERIMEN DAN MEMBUAT BINAAN

MENCIPTAMENILAIMENGANALISISMENGAPLIKASIMENGANALISIS IALAH PROSES MENGASINGKAN SESUATU MAKLUMAT KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN STRATEGI PEMUPUKAN ELEMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI SEKOLAHKajian dan Pemantauan Pelaksanaan PBSLP telah menjalankan beberapa kajian dan pemantauan pelaksanaan PBS seperti berikut:

Kajian Rintis SPPBSKajian Rintis SPPBS telah dilaksanakan di 11 buah sekolah rendah di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya pada Januari 2011. 9 Guru Setiausaha Peperiksaan (SUP) dan 13 guru Matematik Tahun 1 telah menjadi subjek kajian. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai kebolehgunaan sistem aplikasi PBSDapatan kajian menunjukkan bahawa guru boleh menggunakan SPPBS tetapi perlu ditambahbaik supaya lebih efisien.b. Kajian Penilaian Aplikasi SPPBSKajian Penilaian Aplikasi SPPBS telah dijalankan ke atas 156 pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, 4320 Setiausaha Peperiksaan Sekolah Rendah dan 156 pegawai Pusat Kegiatan Guru dari seluruh negara pada Mei Jun 2011. Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kebolehgunaan sistem di pelbagai lokasi.Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat pusat yang menghadapi masalah capaian internet dan penambahbaikan sistem perlu dilaksana agar lebih mesra pengguna.

c. Kajian Penataran PBSSampel kajian terdiri daripada 895 guru sekolah rendah Tahun 1 seluruh negara. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpul maklumat dengan menggunakan soal-selidik. Tujuan kajian ialah untuk mengkaji keberkesanan program penataran PBS.Dapatan kajian ialah guru menunjukkan pemahaman yang sederhana tinggi terhadap konsep PBS tetapi kurang berkeyakinan untuk menyampaikan maklumat mengenai PBS kepada guru lain di sekolah. Guru bersetuju bahwa latihan yang komprehensif dan mencukupi mesti diberikan kepada semua pelaksana. Guru juga bersetuju bahawa pelbagai kaedah pentaksiran akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.d. Kajian Kesediaan Pelaksanaan PBSKajian Kesediaan Pelaksanaan PBS yang dijalankan pada Julai 2011 telah melibatkan 1738 orang guru di 500 buah sekolah seluruh Malaysia. Kajian bertujuan mendapatkan maklum balas tentang tahap kesediaan guru Tahun 1 melaksanakan PBS dan dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif. Hasil kajian kesediaan pelaksanaan PBS menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru melaksanakan PBS adalah sederhana. Mereka menghadapi kesukaran pada peringkat awal kerana kurang faham tentang PBS.e. Kajian Impak PBSKajian Impak PBS telah dilaksanakan ke atas 70 orang guru di 11 buah sekolah rendah seluruh negara pada April 2012. Kaedah kualitatif telah digunakan dengan rekabentuk multicase multisite melalui temubual. Tujuan kajian ialah mendapatkan maklumat tentang keberkesanan PBS.Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru dapat mengenalpasti kebolehan murid dengan terperinci berpandukan standard prestasi yang lengkap, dapat memberi fokus terhadap kebolehan murid menguasai standard pembelajaran dan suasana pembelajaran menjadi bertambah ceria. Namun, mereka merasakan terbeban dengan PBS kerana terpaksa mengurus perekodan dan penyimpanan evidens yang mengambil masa yang lama. Begitu juga dengan SPPS yang sukar diakses kerana talian terlalu sesak.f. Pemantauan Pelaksanaan PBSLP telah menjalankan pemantauan di 30 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia pada Mac 2012. Hasil dapatan pemantauan menunjukkan bahawa pihak sekolah mulai faham dan dapat melaksanakan PBS mengikut prosedur. Guru didapati telah memahami penggunaan DSP dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tiada tekanan peperiksaan. Murid lebih aktif dalam PdP dan kreatif. Ibu bapa yang pada mulanya kurang yakin dengan PBS telah mulai menerima PBS. Namun masih terdapat sekolah yang memerlukan bimbingan dalam pelaksanaan PBS.

2PRINSIP PEMBINAAN DAN PENILAIAN ITEM PENTAKSIRANKajian dan Pemantauan Pelaksanaan PBSLP telah menjalankan beberapa kajian dan pemantauan pelaksanaan PBS seperti berikut:

Kajian Rintis SPPBSKajian Rintis SPPBS telah dilaksanakan di 11 buah sekolah rendah di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya pada Januari 2011. 9 Guru Setiausaha Peperiksaan (SUP) dan 13 guru Matematik Tahun 1 telah menjadi subjek kajian. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai kebolehgunaan sistem aplikasi PBSDapatan kajian menunjukkan bahawa guru boleh menggunakan SPPBS tetapi perlu ditambahbaik supaya lebih efisien.b. Kajian Penilaian Aplikasi SPPBSKajian Penilaian Aplikasi SPPBS telah dijalankan ke atas 156 pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, 4320 Setiausaha Peperiksaan Sekolah Rendah dan 156 pegawai Pusat Kegiatan Guru dari seluruh negara pada Mei Jun 2011. Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kebolehgunaan sistem di pelbagai lokasi.Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat pusat yang menghadapi masalah capaian internet dan penambahbaikan sistem perlu dilaksana agar lebih mesra pengguna.

c. Kajian Penataran PBSSampel kajian terdiri daripada 895 guru sekolah rendah Tahun 1 seluruh negara. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpul maklumat dengan menggunakan soal-selidik. Tujuan kajian ialah untuk mengkaji keberkesanan program penataran PBS.Dapatan kajian ialah guru menunjukkan pemahaman yang sederhana tinggi terhadap konsep PBS tetapi kurang berkeyakinan untuk menyampaikan maklumat mengenai PBS kepada guru lain di sekolah. Guru bersetuju bahwa latihan yang komprehensif dan mencukupi mesti diberikan kepada semua pelaksana. Guru juga bersetuju bahawa pelbagai kaedah pentaksiran akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.d. Kajian Kesediaan Pelaksanaan PBSKajian Kesediaan Pelaksanaan PBS yang dijalankan pada Julai 2011 telah melibatkan 1738 orang guru di 500 buah sekolah seluruh Malaysia. Kajian bertujuan mendapatkan maklum balas tentang tahap kesediaan guru Tahun 1 melaksanakan PBS dan dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif. Hasil kajian kesediaan pelaksanaan PBS menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru melaksanakan PBS adalah sederhana. Mereka menghadapi kesukaran pada peringkat awal kerana kurang faham tentang PBS.e. Kajian Impak PBSKajian Impak PBS telah dilaksanakan ke atas 70 orang guru di 11 buah sekolah rendah seluruh negara pada April 2012. Kaedah kualitatif telah digunakan dengan rekabentuk multicase multisite melalui temubual. Tujuan kajian ialah mendapatkan maklumat tentang keberkesanan PBS.Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru dapat mengenalpasti kebolehan murid dengan terperinci berpandukan standard prestasi yang lengkap, dapat memberi fokus terhadap kebolehan murid menguasai standard pembelajaran dan suasana pembelajaran menjadi bertambah ceria. Namun, mereka merasakan terbeban dengan PBS kerana terpaksa mengurus perekodan dan penyimpanan evidens yang mengambil masa yang lama. Begitu juga dengan SPPS yang sukar diakses kerana talian terlalu sesak.f. Pemantauan Pelaksanaan PBSLP telah menjalankan pemantauan di 30 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia pada Mac 2012. Hasil dapatan pemantauan menunjukkan bahawa pihak sekolah mulai faham dan dapat melaksanakan PBS mengikut prosedur. Guru didapati telah memahami penggunaan DSP dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tiada tekanan peperiksaan. Murid lebih aktif dalam PdP dan kreatif. Ibu bapa yang pada mulanya kurang yakin dengan PBS telah mulai menerima PBS. Namun masih terdapat sekolah yang memerlukan bimbingan dalam pelaksanaan PBS.

3KERANGKA KONSEP PEMBINAAN ITEM HOTS/KBATHierarki ItemSangat subjektifMengikut perubahan semasaRespons terbuka

Pandangan individuIdea individuRespons terhadKemahiran BerfikirKemahiran intelekKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Memerlukan pemikiran yang meluas dan mendalamBerfikir proses mental10Tiada siapa berfikir dengan sempurna atau berfikir terlalu lemah sepanjang masa

34HOTS / KBATMenghafal sesuatu perkara tidak sama dengan berfikir tentang sesuatu perkara.Menghafal sesuatu boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu. Berfikir boleh dilakukan dalam bentuk perkataan / gambaran / renunganApabila seseorang menghafal dan memberi maklumat itu semula tanpa perlu berfikir itu yang dinamakan robot.Dia melakukan apa yang telah diprogramkan. 33HOTS memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat / fakta / idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Mesti memahaminya, menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman baru Menggunakannya seperti mana kita sentiasa mahukan penyelesaian yang baru kepada setiap permasalahan / peristiwa baruPerlukah kita mengajar pelajar untuk berfikir?Tidakkah manusia berfikir secara spontan walaupun tidak diajar kemahiran berfikir secara eksplisit?Tidakkah proses berfikir itu berhasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran?HOTSSkop yang luasFaktaBermaknaStimulusRespons muridCIRI ITEM HOTS / KBATPengetahuan asas sebagai keperluanTidak spesifik dan merentasi mata pelajaranKandungan bebas / hubungkaitBoleh ditaksir dan mencabarSituasi baruBukan lazim bagi muridMemberi maklumat secukupnya kepada calonKepelbagaianBoleh melibatkan lebih daripada satu jawapanc. Kemudahan dan prasarana ICT yang kurang memenuhi spesifikasi:-Capaian internet yang lambat; -Peralatan ICT di sekolah yang lama tidak seiring dengan keperluan penggunaan ICT semasa;-Pergerakan guru keluar dari sekolah untuk mendapatkan akses internet.d. Pengurusan evidens - Beban tugas guru untuk merekod prestasi murid dalam SPPBS; - Sistem fail.

17ISU DAN CABARANKefahaman Guru Kemahiran Guru Kesediaan MuridInstrumen PentaksiranPenataran PBS9. LP telah menjalankan penataran PBS kepada Jurulatih Utama bagi setiap mata pelajaran iaitu:-1,237 Jurulatih Utama (JU) KSSR dan PBS Tahun 1 -2,647 JU KSSR dan PBS Tahun 2 1,759 JU Tingkatan 14,144 JU Tahun 3880 JU KSSR Pendidikan Khas10. LP juga telah memberi pendedahan PBS kepada pegawai-pegawai di Bahagian KPM, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Majlis Guru Besar, Pemimpin- Pemimpin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) dan Pengurus syarikat Program Penutur Jati.

Latihan PBS11. LP dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Pembanguna Kurikulum (BPK) dan Bahagian KPM yang lain telah menjalankan pelbagai latihan dan kursus berkaitan PBS seperti berikut: - Latihan Pembinaan Item PBS Tahun 1, 2 dan 3 - Latihan Penggunaan SPPBS akademik sekolah rendah telah diberikan kepada 4,443 orang Setiausaha Peperiksaan (SUP), 32 JPN, 143 PPD dan 27 PKG. Manakala seramai 2942 SUP, 68 JPN, 208 PPD dan 40 PKG telah menerima Latihan Penggunaan SPPBS akademik sekolah menengah rendah di 144 daerah seluruh negara. - Latihan PAJSK kepada 4123 PPD, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penyelaras Sukan.

12.LP telah melaksanakan taklimat pengoperasian dan penjaminan kualiti PBS kepada 3299 Pegawai JPN, PPD, Pengetua dan Guru Besar di seluruh Malaysia mengikut tujuh zon pada Mei 2012. Taklimat diadakan bertujuan menyampaikan maklumat mengenai pengoperasian dan penjaminan kualiti PBS serta mendapatkan maklum balas berkaitan isu-isu pelaksanaan PBS.

21ISU DAN CADANGAN TINDAKANIsu dan Cabaran Pelaksanaan PBS16.Isu-isu berkaitan pelaksanaan PBS telah dikumpul melalui program penjaminan kualiti, lawatan pemantauan, dialog, penilaian selepas penataran, e-mel, panggilan telefon, soal selidik dan kajian. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut:Kesediaan sekolah untuk melaksanakan PBS:-sikap guru yang tidak mahu menerima perubahan dan masih mahu berpegang pada sistem peperiksaan sedia ada;-guru tidak mendapat latihan berkaitan PBS; -pihak pentadbir sekolah yang kurang memberi sokongan kepada guru dalam pelaksanaan PBS.b. Kemahiran guru yang kurang mantap-Guru mengajar menggunakan standard prestasi dan bukannya standard kurikulum (masih mengamalkan teaching to the test).-Guru kurang mahir membina item Pentaksiran Sekolah;-Guru masih kurang jelas tentang sistem pengumpulan evidens;-Guru keliru dengan arahan yang berbeza tentang pelaksanaan PBS daripada pelbagai pihak iaitu KPM, JPN, PPD dan Guru Besar; - Ketirisan dan kecairan maklumat pelaksanaan PBS berlaku menyebabkan guru kurang jelas dengan pelaksanaan PBS yang dihasratkan.

22ISU DAN CADANGAN TINDAKANIsu dan Cabaran Pelaksanaan PBS16.Isu-isu berkaitan pelaksanaan PBS telah dikumpul melalui program penjaminan kualiti, lawatan pemantauan, dialog, penilaian selepas penataran, e-mel, panggilan telefon, soal selidik dan kajian. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut:Kesediaan sekolah untuk melaksanakan PBS:-sikap guru yang tidak mahu menerima perubahan dan masih mahu berpegang pada sistem peperiksaan sedia ada;-guru tidak mendapat latihan berkaitan PBS; -pihak pentadbir sekolah yang kurang memberi sokongan kepada guru dalam pelaksanaan PBS.b. Kemahiran guru yang kurang mantap-Guru mengajar menggunakan standard prestasi dan bukannya standard kurikulum (masih mengamalkan teaching to the test).-Guru kurang mahir membina item Pentaksiran Sekolah;-Guru masih kurang jelas tentang sistem pengumpulan evidens;-Guru keliru dengan arahan yang berbeza tentang pelaksanaan PBS daripada pelbagai pihak iaitu KPM, JPN, PPD dan Guru Besar; - Ketirisan dan kecairan maklumat pelaksanaan PBS berlaku menyebabkan guru kurang jelas dengan pelaksanaan PBS yang dihasratkan.

23