malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … filetan sri dato' seri abd. khalid bin...

29
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 13 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 27 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1252-L49708 Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan (b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran Perhimpunan BERSIH 3.0. 2. PR-1252-L50103 Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumbalas Kerajaan terhadap cadangan yang terkandung dalam interim Report of International Fact-Finding Mission On Elections in Malaysia. 3. PR-1252-L49767 Datuk Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah langkah Kerajaan mengisytiharkan 154 butiran terdiri daripada 24 objek tapak, 10 objek ketara, 111 objek tidak ketara dan 9 tokoh Warisan Kebangsaan Negara mampu memartabatkan pembangunan seni warisan negara serta memupuk semangat kenegaraan. 4. PR-1252-L49697 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bukti dakwaan beliau bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pihak Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan.

Upload: truongbao

Post on 08-Apr-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 13 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 27

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1252-L49708 Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam

negara; dan (b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran

Perhimpunan BERSIH 3.0. 2. PR-1252-L50103

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumbalas Kerajaan terhadap cadangan yang terkandung dalam interim Report of International Fact-Finding Mission On Elections in Malaysia.

3. PR-1252-L49767

Datuk Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah langkah Kerajaan mengisytiharkan 154 butiran terdiri daripada 24 objek tapak, 10 objek ketara, 111 objek tidak ketara dan 9 tokoh Warisan Kebangsaan Negara mampu memartabatkan pembangunan seni warisan negara serta memupuk semangat kenegaraan.

4. PR-1252-L49697

Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bukti dakwaan beliau bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pihak Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan.

AUM DR 13/6/2012

2

5. PR-1252-L50880 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kedutaan negara kita dalam menangani rakyat Malaysia yang berada di luar negara sering memutar belit fakta dan memberi persepsi yang salah terhadap negara sendiri.

6. PR-1252-L49939

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah kuota subsidi benih padi yang diagihkan kepada pengeluar benih padi di seluruh negara dari 2005 sehingga 2012 dan siapa atau syarikat manakah yang telah menerima bantuan subsidi ini.

7. PR-1252-L49294

Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah peranan National Institute Biotechnology of Malaysia dalam meningkatkan kualiti R&D yang dijalankan oleh penyelidik tempatan dan apakah bidang-bidang utama yang boleh membantu mempercepatkan pencapaian NKEA.

8. PR-1252-L49834

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan kesihatan seluruh negara serta pertambahan peruntukan kesihatan negara berbanding dengan yang ada sekarang hanya 4.3% daripada KDNK.

9. PR-1252-L50615

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) apakah usaha terkini Kerajaan bagi mentransformasikan

minda masyarakat supaya program Kitar Semula mencapai sasaranya menjelang 2020; dan

(b) apakah respons masyarakat serta kejayaan pengguna 5

buah mini incinerator yang telah dilaksanakan di negara ini.

10. PR-1252-L50961

Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah peminjam PTPTN di kalangan siswazah IPTA/IPTS yang disenarai hitam serta implikasi kepada peminjam yang disenarai hitam oleh pihak Kerajaan.

AUM DR 13/6/2012

3

11. PR-1252-L50588 Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan setakat mana liberalisasi separuh (partial liberalisation) Dasar Cabotage dapat menepati matlamatnya serta keberkesanannya dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

12. PR-1252-L49370

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pencapaian dan status terkini pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) setelah dua tahun dilaksanakan dan apakah halangan dalam melaksanakan dasar tersebut.

13. PR-1252-L50423

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian yang menyelesaikan isu bantahan terhadap pemandu lori kontena yang membantah kenaikan harga terhadap lori kontena oleh pengurus depot. Bagaimanakah Kementerian mengelakkan isu ini daripada berulang.

14. PR-1252-L49643 Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kesediaan Kementerian memberi insentif menarik kepada rakyat yang menderma darah lebih 20 kali sebagai membalas usaha murni kepada mereka yang memerlukannya.

15. PR-1252-L49791 Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti politik menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

16. PR-1252-L50139 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) apakah status hasil siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti

dalam perjanjian tukar saham antara MAS dan AirAsia Berhad; dan

(b) apakah faktor utama yang menyebabkan pembatalan

penukaran saham tersebut. 17. PR-1252-L50020

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah bayaran pampasan petani-petani Chui Chak yang tertunggak sekian lama dapat diselesaikan bayarannya.

AUM DR 13/6/2012

4

18. PR-1252-L50006 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah subsidi dan kos sebenar untuk menubuhkan “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.

19. PR-1252-L49485

Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) apakah kadar perbandingan di antara bilangan murid dan

bilangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Kebangsaan seluruh negara; dan

(b) berapakah kos sebenar ditanggung oleh Kerajaan untuk

tujuan tersebut. 20. PR-1252-L49299

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Sivik menjadi mata pelajaran wajib untuk Penilaian Berdasar sekolah (PBS). Di Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat tidak menawarkan mata pelajaran ini kerana kekurangan guru dan kemudahan. Perkara ini juga baru dimaklumkan. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkara ini.

21. PR-1252-L50671

Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Wawasan 2020 telah tercapai buat masa ini.

22. PR-1252-L50943 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab mengapa banyak perumahan SPNB di Sabah menghadapi kelewatan dan berhenti kerja. Bilakah pembeli boleh dapat hakmilik tanah secara individu atau hak milik strata mereka dan sama ada mereka boleh membentuk jawatakuasa pemastautin mereka sendiri untuk mengurus perumahannya.

23. PR-1252-L49201 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah rakyat Malaysia yang berada di dalam tahanan di

luar negara atas tuduhan kesalahan pengedaran dadah (keldai dadah) mengikut pecahan jantina serta negara dimana mereka ditahan dan didakwa; dan

(b) jenis usaha untuk membantu mereka misalnya khidmat

guaman.

AUM DR 13/6/2012

5

24. PR-1252-L50828 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Kesetaraan Gender sebagai penambahbaikan kepada undang-undang anti diskriminasi yang sedia ada serta memperketatkan pelaksanaan Akta Gangguan Seksual bagi mengelakkan jenayah dan gangguan terhadap wanita daripada terus berlaku.

25. PR-1252-L49409 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan yang dilaksanakan sehingga sekarang ini dalam melaksanakan pelbagai usaha integrasi di antara rakyat di Sabah dan Sarawak dengan rakyat di Semenanjung dan langkah-langkah untuk menaikkan taraf hidup mereka supaya perbezaan kehidupan rakyat antara dua wilayah ini dihapuskan.

26. PR-1252-L50748 Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah penonton berita RTM 1, RTM 2, TV 3, NTV 7, CNN, BBC dan Al-Jazeera di Malaysia pada tahun 2011.

27. PR-1252-L50632 Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah slot “prime time” jam 8 malam masih diperlukan untuk siaran berita memandangkan slot itu boleh dijual kepada penerbit program dan mendatangkan hasil yang lebih.

28. PR-1252-L49440

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan kepada media cetak dan media elektronik yang menyiarkan bahan lucah yang berunsur fitnah. Nyatakan berapakah kes yang telah dibawa ke mahkamah.

29. PR-1252-L49322 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan berkaitan Insurans Kenderaan Bermotor 1Malaysia bagi golongan yang berpendapatan rendah.

30. PR-1252-L49888 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes keracunan arsenic setiap tahun mulai 2008-2012.

31. PR-1252-L49425 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan jangka panjang bagi tapak Kem Askar di kawasan Skudai.

AUM DR 13/6/2012

6

32. PR-1252-L49339 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Akta Kerja 1955 perlu dikaji semula untuk dipinda supaya selari dengan keadaan semasa.

33. PR-1252-L50022 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) langkah-langkah konkrit Kerajaan dalam memastikan

pengawalan dan pembanterasan penyeludupan minyak diesel bersubsidi di negara ini; dan

(b) cadangan atau usaha Kementerian dalam memastikan

penggunaan minyak petrol dan diesel bersubsidi di negara ini mampu dinikmati oleh rakyat yang benar-benar memerlukannya.

34. PR-1252-L49484

Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapakah perkhidmatan komunikasi melalui telefon bimbit tergendala sementara semasa perhimpunan Bersih 3.0. Nyatakan apakah siasatan ada dijalankan dan apakah benar bahawa ia sengaja disekat untuk memutuskan hubungan komunikasi antara orang ramai yang berhimpun.

35. PR-1252-L50282 Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa peruntukan untuk menyedia bekalan air luar bandar di Mukah, Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

36. PR-1252-L50289 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah cadangan polis terhadap pemuda-pemuda yang terlibat dalam pembunuhan Peguam Balasunderam a/l Govindasamy pada 16/11/2010. Pemuda-pemuda tersebut adalah ditahan di bawah Ordinans Darurat tetapi akan dilepaskan kerana ordinan ini telah dimansuhkan.

37. PR-1252-L49166 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah peruntukan dan bantuan Kerajaan disalurkan kepada PBT di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2008 hingga 2012 dan khususnya kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi tempoh yang sama.

AUM DR 13/6/2012

7

38. PR-1252-L49266 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan projek meminjam "Panda" dari Negara China:-

(a) adakah projek ini masih diteruskan. Jika ia, bilakah ia

dapat dilaksanakan; dan (b) nyatakan kesan-kesan positif baik pun dalam

perdagangan ataupun perhubungan dua hala akibat daripada projek ini.

39. PR-1252-L49903

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan

untuk menangani masalah kekurangan ruang parkir yang makin ketara di pejabat-pejabat Kerajaan; dan

(b) apakah garis panduan tetap yang digunakan oleh

Kerajaan untuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat pengurusan parkir yang menguruskan parkir di pejabat-pejabat Kerajaan pada masa kini.

40. PR-1252-L49618

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah pelaburan asas dan pelaburan tambahan FELDA

dalam Twin Rivers Technology dan Kumpulan IFFCO; dan

(b) kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat tersebut

antara tahun 2009-2011. 41. PR-1252-L49178

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan sebab untuk kegagalan sistem saliran air dan hujan dalam bandar Kuala Lumpur dan apa tindakan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah tersebut.

42. PR-1252-L49739

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai penduduk terdiri daripada orang asing yang memiliki dokumen kerakyatan Malaysia khasnya di Sabah yang diluluskan oleh Kabinet. Apakah tindakan Kerajaan terhadap buku "Projek I/C di Sabah" yang diterbitkan oleh MD Mutalib dan Dr. Chong Eng Leong tentang pemalsuan kad pengenalan.

AUM DR 13/6/2012

8

43. PR-1252-L51005 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap peruntukan “Hak Perumahan” (Housing Rights) seperti yang termaktub di dalam peruntukan Hak Asasi Manusia Universal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR) terutama berkaitan Economic, Social, Cultural Rights (ESCR).

44. PR-1252-L50121 Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah e-kiosk dan menara telekomunikasi baru yang telah disediakan di daerah Kulai Jaya di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) semenjak pelancarannya pada tahun 2010.

45. PR-1252-L49850

Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan Orang Kurang Upaya diambil bekerja dalam sektor awam dan swasta, sama ada Kementerian sudah mencapai sasaran selaras dengan dasar Kerajaan.

46. PR-1252-L50386

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sebab Maju Expressway (MEX) akan diberikan

kebenaran untuk menjual konsesi Lebuh Raya KL-Putrajaya kepada EP Manufacturing Bhd; dan

(b) sama ada Kerajaan boleh mengambil alih MEX dengan

kos RM400 juta mengikut perjanjian konsesi. 47. PR-1252-L50650

Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi meningkatkan peranan beliau bagi menentukan masa depan negara khususnya dari segi inisiatif pembabitan, penyertaan dan pengupayaan belia.

48. PR-1252-L50722

Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sebab-sebab SJKC Bukit Serdang, SJKC Sungai Long dan SJKC Kajang Utama dikategori sebagai sekolah bantuan kerajaan walaupun tapak sekolah-sekolah tersebut adalah milikan Kerajaan Pusat.

49. PR-1252-L50853

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kelahiran anak luar nikah di kalangan orang Islam bagi tempoh 2007-2011 dan nyatakan langkah-langkah bagi membendung gejala ini dan keberkesanannya.

AUM DR 13/6/2012

9

50. PR-1252-L50911 Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan terdapat perancangan oleh Kementerian untuk membina rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat di Labuan bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan rakyat di Labuan.

51. PR-1252-L49231

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jenis dan bilangan kilang kimia di negara kita serta sumbangan terhadap ekonomi negara. Bagaimana operasi kilang kimia ini dikawal dan dipantau supaya tidak mencemarkan sumber air, udara dan alam sekitar.

52. PR-1252-L50660

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) sama ada Kementerian akan melaksanakan bayaran

sebanyak 6% cukai perkhidmatan ke atas kad pra-bayar (prepaid card) pada masa kelak. Jika ya, apakah sebab; dan

(b) berapakah kes aduan diterima oleh SKMM dan

berapakah kes siasatan telah dijalankan terhadap blogger, portal online berita dan sebagainya sejak tahun 2005 sehingga kini.

53. PR-1252-L49809

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa Kerajaan enggan memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang dilahirkan di Malaysia dan tidak pernah ke luar negara sungguhpun mereka telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

54. PR-1252-L50347

Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bila tarikh sebenar Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu akan dibuka untuk kegunaan pengguna jalan raya.

55. PR-1252-L50297

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) apakah perbezaan antara minyak subsidi dan minyak

biasa (tanpa subsidi) di pasaran sekarang selain daripada harga; dan

(b) sejauh manakah pemantauan/penangkapan dibuat

terhadap penyeludupan.

AUM DR 13/6/2012

10

56. PR-1252-L49426 Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha Kerajaan di dalam pembangunan sesi persekolahan satu sesi (pagi sahaja) memandangkan terdapat masalah di kalangan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dua sesi (pagi dan petang) pada ketika ini.

57. PR-1252-L50124

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rancangan dan tindakan polis bagi memerangi kegiatan-kegiatan kongsi gelap khususnya yang melibatkan kes-kes serius seperti pembunuhan dan pergaduhan secara berkumpulan.

58. PR-1252-L50892

Tuan Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik purata gaji graduan muda mengikut bidang kerjaya. Adakah analisis dibuat bagi mengkaji gaji-gaji graduan supaya ia selaras mengikut kadar inflasi negara.

59. PR-1252-L49217

Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit ekoran tahap hutang negara yang tinggi dan terus meningkat dalam tempoh yang berterusan dan sekiranya berlaku penurunan apakah pula kesannya ke atas ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang.

60. PR-1252-L50031

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Projek Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang dengan nilai pelaburan sebanyak RM120 bilion sebagai sebahagian Program Transformasi Ekonomi mampu membawa impak dan perubahan besar kepada taraf sosioekonomi rakyat terutama di Johor.

61. PR-1252-L49784

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa tidak ada hakim Malaysia yang berketurunan India di Mahkamah Persekutuan walaupun terdapat hakim-hakim tersebut di Mahkamah Rayuan yang layak untuk memegang pangkat sebagai hakim di Mahkamah Persekutuan.

62. PR-1252-L50070

Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang kaedah ataupun panel pakar-pakar yang bebas bagi memantau produk-produk yang diimport dari China di mana bahan-bahan yang digunakan mungkin memudaratkan kesihatan pengguna .

AUM DR 13/6/2012

11

63. PR-1252-L50794 Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan semangat kerja dan profesionalisme anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menghadapi cabaran jenayah dan provokasi masa kini.

64. PR-1252-L50095

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan di Sabah, banyak rumah guru adalah dalam keadaan uzur dan memerlukan pembaikan, bolehkah Kementerian memberi lebih banyak tumpuan terhadap masalah ini supaya guru-guru dapat memberi perhatian terhadap tanggungjawab mereka dengan perasaan lebih gembira daripada diganggu oleh perkara mengenai kesihatan mereka.

65. PR-1252-L50322

Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan butiran terperinci jumlah kutipan tol oleh PLUS di antara plaza tol Sungai Besi dan Seremban sejak mula beroperasi dan apakah Kerajaan bersedia menghapuskan kutipan tol di antara Seremban dan Kuala Lumpur memandangkan jajaran lebuh raya ini adalah yang paling lama di Lebuhraya Utara Selatan.

66. PR-1252-L50226

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci berkenaan kaedah pelaksanaan Tabung Khas yang diumumkan baru-baru ini bagi pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah serta Projek Insentif Luar Bandar yang diwujudkan bagi pembinaan dan menaik taraf surau sekolah.

67. PR-1252-L50926

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kos MAS untuk “uplift” seramai 35,000 penumpang-penumpang AirAsia X Sdn Bhd (AAX) di bawah Perjanjian “Re-Accommodation” yang bertarikh 28-3-2012 dan sehingga Mei 2012, berapakah jumlah bayaran yang telah dibuat oleh AirAsia/AAX Sdn Bhd :-

(a) kenapa MAS mengenakan tambang teramat rendah dan

di bawah harga pasaran termasuk semua cukai ke destinasi tertentu di bawah RA sedangkan MAS dalam keadaan “PARAH”; dan

(b) kenapakah MAS tidak batalkan RA semasa AAX gagal

membayar RM31 juta “deposit” pada atau sebelum 31-3-2012 yang dimana AAX perlu melunaskannya mengikut undang-undang dibawah RA dan mengapa MAS masih meneruskan “uplifting” penumpang-penumpang tersebut.

AUM DR 13/6/2012

12

68. PR-1252-L49529 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan projek-projek tebatan banjir di kawasan-kawasan yang mudah mengalami banjir kilat setiap kali selepas hujan sepanjang beberapa tahun lalu sehingga menimbulkan ketidak yakinan penduduk ke atas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora.

69. PR-1252-L50605

Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berdasarkan komentar dalam laman sosial, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan caj dan pakej yang ditawarkan oleh syarikat Telco melalui sistem pascabayar. Apakah pihak Kementerian bercadang untuk menilai semula pakej dan caj yang merugikan pengguna dalam sistem pascabayar tersebut.

70. PR-1252-L50643

Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejuah manakah penyertaan pengusaha restoran makanan Cina dan India dalam penyediaan Menu Rakyat 1Malaysia dan nyatakan sasaran bilangan restoran di seluruh negara yang menyediakan menu berkenaan bagi tahun ini.

71. PR-1252-L50463

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) maksud pihak Kerajaan apabila YAB. Perdana Menteri

mengumumkan Kelantan sebagai negeri termiskin dalam satu majlis di negeri Sabah; dan

(b) adakah lawatan YAB. Perdana Menteri ke Kelantan yang

agak kerap kebelakangan ini bertujuan merancang untuk membawa negeri itu keluar dari masalah ini.

72. PR-1252-L50775

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Majlis Ekonomi Negara telah mempersetujui cadangan memberi status Pelabuhan Bebas (free port) kepada Pulau Pinang dan Hub Kewangan Antarabangsa (international financial hub) kepada Seberang Perai, apa kesan cadangan tersebut terhadap ekonomi Negeri Pulau Pinang dan seluruh negara.

73. PR-1252-L49168

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Pulau Pinang memenuhi kriteria untuk status bandaraya dan bilakah permohonan daripada Kerajaan Negeri akan diluluskan untuk status bandaraya kepada Pulau Pinang.

AUM DR 13/6/2012

13

74. PR-1252-L49537 Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes penipuan yang dilaporkan melibatkan sidiket antarabangsa yang menyamar sebagai pegawai Kerajaan sejak tiga tahun lepas dan berapa daripada kes tersebut telah berjaya diselesai. Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini.

75. PR-1252-L50409

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian dan usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap konflik di Syria.

76. PR-1252-L50261

Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi membanteras ceti haram yang semakin berleluasa dalam masyarakat yang menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia terjebak dengan hutang malah membahayakan keselamatan mereka.

77. PR-1252-L50188

Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program yang disasarkan untuk membasmi kemiskinan kaum India, Orang Asli dan Bumiputera minoriti.

78. PR-1252-L49606

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan-rancangan yang dilancarkan oleh Kementerian untuk membantu golongan nelayan di Sabah dan Tawau masing-masing sejak 2008 hingga sekarang.

79. PR-1252-L50037

Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah paras gaji minima yang baru diumumkan itu memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan bersesuian dengan paras kemiskinan yang sedia ada.

80. PR-1252-L49748

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pendirian dan rancangan Kerajaan berhubung cadangan penubuhan sekolah kebangsaan dengan pengantar Bahasa Inggeris. Apakah Kerajaan berhasrat menggubal dasar dan Akta Pendidikan 1996 untuk tujuan itu.

81. PR-1252-L50225

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah terdapat peraturan yang membolehkan pihak

polis menggunakan kekasaran fizikal terhadap OKT yang sewaktu ditahan reman; dan

AUM DR 13/6/2012

14

(b) jika ya di bawah peruntukan manakah ia diguna pakai dan pada keadaan manakah ia diperlukan.

82. PR-1252-L49550

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keputusan siasatan Bank Negara Malaysia dalam aliran keluar wang haram yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan Global dan mengapa Kerajaan tidak mengambil tawaran GFI untuk membantu dalam siasatan.

83. PR-1252-L50326

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan berapa anggota DBKL telah dihantar ke perhimpunan Bersih 3.0 pada 28.4.2012 dan kos yang terlibat.

84. PR-1252-L49664

Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai status program J-Qaf di peringkat sekolah menengah yang ditangguhkan akibat kekurangan guru dan mengapa masalah sedemikian berlaku serta kesannya terhadap pelajar akibat daripada perkara ini.

85. PR-1252-L50402

Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kajian yang telah dibuat berkenaan kesan teknologi telekomunikasi baru terhadap masyarakat di Malaysia.

86. PR-1252-L50497

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) kepincangan dalam sistem biometrik dan kad berlepas

serta menjelaskan mengapa berlakunya salah faham di antara Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen dalam isu ini; dan

(b) Standard Operating Procedure (SOP) dalam

perlaksanaan prosedur kad berlepas dan sistem biometrik di pintu masuk-pintu masuk negara.

87. PR-1252-L49252

Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk memansuhkan pengutipan tol dan sebaliknya menaikkan cukai jalan kenderaan mengikut (cubic centimeters - cc) dan tahun pembuatan kenderaan.

AUM DR 13/6/2012

15

88. PR-1252-L50209 Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kesan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi akibat daripada tindakan segelintir penyokong Bersih 3.0 yang menggunakan Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk berkumpul bagi aktiviti yang berbaur politik.

89. PR-1252-L50652

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan masa penyiapan dan nama laporan kajian semula keadaan keseluruhan pendidikan di negara ini. Apakah kelebihan dan kekurangan dalam bidang pendidikan.

90. PR-1252-L50434

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) status pelaksanaan gaji minimum bagi pekerja dalam

industri; dan (b) kejayaan latihan dan penempatan siswazah yang

menganggur. 91. PR-1252-L49964

Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan keberkesanan program sejuta komputer 1Malaysia. Adakah ia menepati sasaran yang ditetapkan. Perincikan peningkatan yang telah dicapai mengikut sasaran yang dicadangkan/diutarakan.

92. PR-1252-L49402

Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membangunkan pelancongan di Sandakan sebagai pintu gerbang kehidupan liar di Borneo.

93. PR-1252-L49565

Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tindakan lanjutan Kerajaan terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan tujuh orang kuncu-kuncunya selepas Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (Kuala Lumpur War Crime Tribunal) memutuskan mereka bersalah kerana melakukan “Jenayah Seksaan dan Jenayah Perang”.

94. PR-1252-L50677

Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiasat pembabitan syarikat bernama Terasasi Sdn. Bhd. yang ditubuhkan di Malaysia dan seterusnya di Hong Kong dalam penerimaan wang Euro 36 juta berkenaan dengan pembelian dua kapal selam Scorpene.

AUM DR 13/6/2012

16

95. PR-1252-L50978 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan nilai projek-projek Kerajaan Persekutuan terbengkalai mengikut negeri-negeri dari tahun 2007-2012:-

(a) adakah Kementerian menyenarai hitam syarikat atau

termasuk individu di syarikat tersebut; dan (b) senaraikan projek kerajaan persekutuan bagi Daerah

Muar dari 2007-2012 dan nilai projek. 96. PR-1252-L49384

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mempelopori bidang penternakan ulat sutera bagi menghasilkan bahan mentah tempatan untuk mengurangkan kos dalam pembuatan songket dan sutera supaya pengusaha tempatan tidak terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah tersebut kesan bencana alam yang menimpa negara pengeksport seperti Jepun dan China.

97. PR-1252-L49935

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rancangan Kerajaan membanteras kegiatan judi haram secara online melalui jalur lebar semakin hari semakin serius. Nyatakan juga akta-akta yang dikuatkuasakan untuk memerangi jenayah ini.

98. PR-1252-L49958

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan jumlah hutang negara yang semakin meningkat yang kini berjumlah lebih kurang RM456 bilion.

99. PR-1252-L49586

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelaburan untuk projek minyak dan gas di Sabah dan jangkaan manfaat yang dijana apabila semua projek berkenaan beroperasi sepenuhnya kelak.

100. PR-1252-L50533

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang Jalan Tun Sambathan di bawah Projek Little India. Nyatakan juga tempoh pengekalan laluan bas menerusi Jalan Sultan Abdul Samad dan jumlah sekolah dan tempat-tempat ibadat yang terkesan.

AUM DR 13/6/2012

17

101. PR-1252-L50547 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibiayai oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk pembangunan projek-projek di Malaysia semenjak ia ditubuhkan. Senaraikan beberapa pembangunan atau projek yang memberi impak besar terus kepada rakyat khasnya rakyat di akar umbi.

102. PR-1252-L49684

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan kelas Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara dan nyatakan kanak-kanak yang mengikuti pendidikan di Tabika Kemas berkenaan serta bilangan guru Tabika berkenaan khususnya bagi mengukuhkan pendidikan masyarakat luar bandar.

103. PR-1252-L50369

Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah peruntukan kepada MADA untuk petani menghadiri program Rural Tranformation Centre (RTC) pada 4 Mei 2012 di Kota Bharu Kelantan.

104. PR-1252-L50122

Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Baharu.

105. PR-1252-L49807

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan akan menubuhkan pusat kemahiran KEMAS di Parlimen Limbang untuk kawasan utara Sarawak dan selatan Sabah.

106. PR-1252-L49636

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang diambil terhadap rakyat Malaysia

yang mengadakan himpunan haram di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi baru-baru ini; dan

(b) adakah Kerajaan sudah mengenal pasti dalang-dalang

dan mereka yang terlibat dengan himpunan haram itu. Jika ada sila berikan nama dan butiran mereka dan apakah himpunan haram itu akan atau telah memberi kesan kepada urusan ibadah haji dan umrah; dan apakah tindakan atau sikap Kerajaan Arab Saudi dalam isu ini.

AUM DR 13/6/2012

18

107. PR-1252-L49990 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semasa letupan loji Petronas di Terengganu, mangsa-mangsa kebakaran dibayar gantirugi oleh PERKESO. Selain daripada PERKESO adakah Kerajaan Terengganu atau Petronas memberi saguhati kepada mangsa-mangsa tersebut.

108. PR-1252-L49868

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak kapal sokongan luar pesisir (OSV) yang diperlukan untuk industri minyak dan gas negara, berapa yang didaftarkan di Malaysia dan nyatakan berapa banyak yang dimiliki Bumiputera dan berapa banyak yang dimiliki bukan Bumiputera.

109. PR-1252-L49503

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan semenjak tahun 2008, berapa banyakkah permohonan yang telah dipohon untuk mendapatkan status kewarganegaraan yang diterima dan berapa banyakah permohonan diluluskan atau permohonan ditolak. Jika permohonan ditolak, nyatakan sebabnya.

110. PR-1252-L49433

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menerima kehadiran pasukan pemerhati luar negara sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini memandangkan Malaysia telah pun menghantar pasukan pemerhati ke Myanmar pada April lalu bagi memantau proses mengundi di negara itu bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bebas.

111. PR-1252-L49712

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan Persekutuan untuk menyelaraskan program penebatan banjir di negeri Selangor. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk negeri Selangor bagi tahun 2011 dan 2012 dan berapakah jumlah yang telah disalurkan bagi suku tahun pertama 2012.

AUM DR 13/6/2012

19

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Sumber Manusia

* Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 ______________________________________________________________ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

AUM DR 13/6/2012

20

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (12 Jun, 2012) [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

4. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

5. PR-1252-U49220 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pelbagai program tajaan kerajaan seperti program 1Azam, telah banyak memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan disenaraikan dalam senarai e-kasih. Program eredikasi kemiskinan ini telah melangkau jauh dalam meningkatkan ekonomi masyarakat terutama sekali masyarakat luar bandar". Dan mengambil maklum bahawa senarai e-kasih yang ada pada ketika ini hanya mendaftarkan kebanyakkannya, ketua isi rumah tetapi tidak mendaftarkan isi rumah, misalnya anak-anak mereka. Dan mengambil maklum bahawa, satu daripada syarat utama untuk memohon untuk mengikuti program 1Azam, pemohon hendaklah dari kalangan mereka yang telah didaftarkan dalam senarai e-kasih. Dan mengambil maklum juga bahawa faktor-faktor ini telah menghadkan peluang-peluang bagi isi rumah senarai e-kasih, bagi mengikuti program eredikasi kemiskinan tajaan Kerajaan seperti program 1Azam. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan agar dapat memberikan kelonggaran syarat kemasukan bagi program erediksi kemiskinan tajaan Kerajaan, misalnya program 1Azam, agar kumpulan sasar ini dapat mengikuti program tersebut dan sekali gus merealisasikan hasrat Kerajaan menjadikan negara sifar kemiskinan menjelang tahun 2020. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

AUM DR 13/6/2012

21

6. PR-1252-U49224 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa daripada 10 kawasan pemuliharaan utama (Priority Conservation Area-PCA) yang terdapat dalam kawasan Rantau-ECO Marin (Marine Ecoregion) di Lautan Sulu dan Lautan Suluwesi, 3 kawasan yang dimaksudkan terletak di negeri Sabah yang dilabelkan sebagai kawasan merah, yakni kawsan yang terkaya dengan kepelbagaian hidupan marin"Dan mengambil maklum bahawa, antara lain kepelbagaian hidupan marin ini adalah merangkumi 3500 spesis ikan, terumbu karang, 7 spesis penyu, dolphine dan paus.Dan mengambil maklum bahawa Taman Marin Tun Mustapha di Banggi Kudat, Trusan Kinabatangan, di Sandakan dan Darvel Bay di Tawau merupakan nadi utama hidupan dan ekosistem marin di negara ini. Dan mengambil maklum bahawa, aktiviti perikanan dan ekonomi telah secara perlahan mengancam kepelbagaian ekomarin ini dan memerlukan usaha konkrit untuk pemuliharaan dan penjagaan.Maka Dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, untuk menjadikan ketiga-tiga kawasan ini sebagai kawasan pemuliharaan bagi melindungi sistem eko dan bio marin kawasan ini." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

7. PR-1252-U50665

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperbincangkan langkah-langkah dan peruntukan tahunan yang diperlu untuk memastikan keselamatan negara. Bahawa Dewan juga memperbahaskan cara-cara yang diperlukan untuk menentukan langkah-langkah tersebut tidak boleh disalahgunakan." (Menteri Dalam Negeri)

8. PR-1252-U50666

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendiskusikan keadaan dadah di Malaysia termasuk matlamat untuk mencapai tahap bebas dadah pada 2015. Bahawa Dewan juga mendebatkan kaedah yang berkesan untuk membanteraskan wabak dadah di negara ini." (Menteri Dalam Negeri)

AUM DR 13/6/2012

22

9. PR-1252-U49764 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan dan menetapkan dengan seriusnya mengenai ketetapan rakyat khasnya di Sabah agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan dengan pengeluaran dokumen kerakyatan Malaysia kepada rakyat-rakyat asing yang bermastautin di Sabah secara berleluasa sehingga telah mengakibatkan pertambahan penduduk yang begitu tinggi dengan kadar mencecah 390% dalam masa 40 tahun (1970-2010) demi kedaulatan Negara" (Perdana Menteri)

10. PR-1252-U49765

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dan menetapkan supaya harga runcit barangan keperluan harian dapat diseragamkan agar semua rakyat mendapat manfaat konsep 1Malaysia tanpa ada perbezaan baik di Wilayah Persekutuan mahupun di negeri-negeri. Sayugia, dengan keadaan yang ada pada masa kini, jelas tidak mencerminkan keseragaman taraf hidup yang sama rata dengan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian bersama diutamakan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

11. PR-1252-U49766

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dengan seriusnya supaya kelulusan senantiasa diutamakan dalam semua bidang pelaksanaan serta pendapatan khasnya kepada pemimpin atasan memandangkan terlalu rendah kepada rakyat biasa dan golongan sederhana. Perbezaan ruang yang jauh ketara dalam kedudukan pemimpin dengan pendapatan tinggi dapat dilihat jurang perbezaannya maka hal ini haruslah diguna sebagai kayu ukuran taraf kehidupan seseorang." (Perdana Menteri)

12. PR-1252-U49895

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Pilihanraya Kerajaan Tempatan hendaklah dipulihkan semula bagi melengkapi sistem demokrasi di Malaysia dan mengembalikan hak rakyat untuk memilih perwakilan sendiri dalam Kerajaan Tempatan". (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

AUM DR 13/6/2012

23

13. PR-1252-U49523 Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa gaji minima untuk setiap pekerja patut dan tidak boleh kurang dari RM1,100 setiap bulan dan Kementerian Sumber Manusia perlu implemantiskannya dengan kadar segera." (Menteri Sumber Manusia)

14. PR-1252-U49458

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengaji semula kadar bayaran insuran ke atas kenderaan motorsikal yang sedia ada bagi meringankan beban hidup masyarakat terutamanya di luar bandar kerana motorsikal merupakah sesuatu kemudahan yang diperlukan."

(Menteri Kewangan)

15. PR-1252-U49459

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengkaji semula dasar Pasar Larut Malam dan lain aktiviti dalam usaha mengekalkan keperluan tubuh manusia yang memerlukan waktu malam untuk beristirehat dan siang hari bekerja." (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

16. PR-1252-U49460 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengadakan satu mekanisme untuk menghalang warga bukan negara dari menikmati subsidi ke atas barangan seperti beras, gula, minyak masak dan bahan api."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

AUM DR 13/6/2012

24

17. PR-1252-U49461 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta pihak pengendali Touch & Go mengadakan lorong tambahnilai di laluan Plaza Tol bagi kemudahkan pengguna tanpa ke pejabat atau agen Stesyen Minyak. Melalui agen dikenakan caj 50 sen bagi setiap top-up manakala di pejabat pula menyusahkan pengguna."

(Menteri Kerja Raya)

18. PR-1252-U49972

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat membahaskan adakah kandungan dan kualiti alat solek/kosmetik serta pil-pil pelangsingan badan yang pelbagai jenama dari dalam dan luar negara yang dijual di pasaran kini diluluskan oleh pihak berkuasa". (Menteri Kesihatan)

19. PR-1252-U49973

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan sejauh manakah berkesannya kempen hari Sabtu Tanpa Beg Plastik di pasaraya-pasaraya terhadap pengurangan penggunaan beg plastik dan kesedaran orang ramai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengakibatkan ancaman terhadap alam sekitar". (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

20. PR-1252-U49974

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan untuk memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum untuk menjawat jawatan di dalam sektor awam untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan."

(Perdana Menteri)

AUM DR 13/6/2012

25

21. PR-1252-U49976 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengadakan satu mata pelajaran tambahan di sekolah yang mengajar mengenai agama, adat istiadat, budaya serta cara hidup semua kaum di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya dapat memupuk rasa saling hormat menghormati antara kaum dan isu-isu perkauman dapat dihindari." (Menteri Pelajaran)

22. PR-1252-U49978

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan Wifi di seluruh negara dengan harga yang rendah atau berpatutan supaya semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dapat menggunakan internet dan menambahkan pengetahuan mereka." (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

23. PR-1252-U49979

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan mendesak pengusaha-pengusaha stesen minyak untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan menbekalkan gas bagi mengalakkan lebih ramai orang menggunakan gas bagi kenderaan mereka yang mana ini dapat mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

24. PR-1252-U49982

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan bahawa kesemua rakyat yang mempunyai kad OKU (Orang Kurang Upaya) boleh mendapatkan bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat secara automatik dan limit minima bantuan kewangan dapat ditambah kepada RM 500 sebulan memandangkan kosa sara hidup yang semakin hari semakin meningkat."

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

AUM DR 13/6/2012

26

25. PR-1252-U49987 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menubuhkan kursus atau kelas khas bagi ahli-ahli sukan di negara ini untuk mendidik mereka berintegriti, mempunyai nilai budaya yang tinggi, mempunyai semangat patriotik, kesukanan dan tanggungjawab untuk membasmi isu rasuah sukan." (Menteri Belia dan Sukan)

26. PR-1252-U49989

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu perubahan iklim dan pemanasan global dan cara-cara untuk mengatasinya serta kesannya terhadap alam sekitar dan kehidupan." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

27. PR-1252-U49993

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan kehadiran pekerja asing di negara ini memandangkan gaji minima sekarang adalah RM 900 dan warga Malaysia sanggup bekerja dengan gaji minima tersebut. Kehadiran pekerja asing kini tidak terkawal menyebabkan peluang pekerjaan warga tempatan tergugat dan masalah sosial dan jenayah oleh pekerja asing meningkat." (Menteri Sumber Manusia)

28. PR-1252-U50790

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara sebagai syarat untuk meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." (Menteri Pertahanan)

AUM DR 13/6/2012

27

29. PR-1252-U49264 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan melarang anasir/golongan yang mengamalkan ajaran sesat, budaya, amalan serta tabiat songsang daripada menjadi ahli Dewan Rakyat:

1. Sebagai negara Islam yang mengamalkan nilai-nilai murni

sudah tiba masanya Perlembagaan negara kita diperkukuhkan lagi demi masa depan anak-anak kita.

2. Ancaman budaya songsang adalah benar dan nyata. Jika dilihat

di beberapa negara Barat, golongan yang mengamalkan budaya songsang telah menerap masuk ke dalam sistem pentadbiran negara dan mencorak dasar Kerajaan.

3. Mungkin sudah ada masyarakat Barat yang sanggup dipimpin

oleh golongan gay atau lesbian tetapi apakah kita di Malaysia sanggup.

4. Saya mencadangkan agar ahli Dewan Rakyat memandang

serius ancaman budaya songsang ini dan membuat ketetapan serta apa-apa pindaan undang-undang yang perlu untuk melarang anak-anak kita daripada dilanda musibah di masa hadapan.

5. Saya tidak ingin merujuk pada mana-mana individu, yang hidup

ataupun yang belum mati, tetapi kita tidak boleh membiarkan Dewan Rakyat yang mulia dicemarkan golongan yang songsang.

6. Saya pasti bukan saja Islam, malah semua agama yang diiktiraf

di dunia ini melarang amalan-amalan songsang yang diterma sebagai - LGBT .

7. LGBT adalah ancaman kepada masyarakat Malaysia yang

beragama dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang diwarisi turun-temurun.

8. Saya pasti tidak ada satu pun bangsa di dalam negara kita ini

yang ingin dipimpin oleh golongan songsang ini. 9. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota Dewan Rakyat,

yang dipilih rakyat untuk menjaga kepentingan masyarakat serta keselamatan negara ini, menyokong usul untuk memperkukuhkan teras kita sebagai sebuah negara yang bertamadun. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

AUM DR 13/6/2012

28

30. PR-1252-U50169 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 dimana Negara-negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut." (Menteri Luar Negeri)

31. PR-1252-U50171

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya.Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)." (Menteri Sumber Manusia)

32. PR-1252-U50172

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siasatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis.Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalah gunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar Suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi." (Perdana Menteri)

AUM DR 13/6/2012

29

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1.

13.6.2012 (Rabu)

1.

YB Tuan John Fernandez (Seremban)

1.

Isu Wang Sebanyak RM10 juta yang Dihantar oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Melalui Money Changer ke Negara lain.

1.

YAB Perdana Menteri

2. 13.6.2012 (Rabu)

2. YB Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

2. MRT Corp Perlu Mengekalkan Bangunan-bangunan Lama Jalan Sultan Semasa melaksanakan Projek Pembinaan Jajaran MRT Sg Buloh-Kajang.

2. YAB Menteri Kewangan