malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · dan bagaimanakah punca kuasa dan pelaksanaan...

19
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 5 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 47 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L02641 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai rancangan untuk memisahkan peranan Pendakwa Raya Negara dengan Peguam Negara, dan bagaimanakah punca kuasa dan pelaksanaan ini dapat dilaksanakan. 2. PR-1412-L02811 Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kedudukan semasa ranking global Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara dan apakah ukuran yang digunakan bagi mengenal pasti prestasi pendidikan tinggi negara. 3. PR-1412-L02590 Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah pusat dan kos perbelanjaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) mengikut tahun sejak ia diwujudkan. Adakah PI1M akan diteruskan. 4. PR-1412-L02279 Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Lapangan Terbang Pengkalan Chepa berpotensi dijadikan Bandaraya Aeropolis pada masa hadapan. Apakah Kerajaan bersetuju bahawa Kerajaan sebelum ini telah mendiskriminasikan Kelantan dalam soal pembangunan infra seperti yang berlaku kepada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 5 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

47

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02641

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai rancangan untuk memisahkan peranan Pendakwa Raya Negara dengan Peguam Negara, dan bagaimanakah punca kuasa dan pelaksanaan ini dapat dilaksanakan.

2. PR-1412-L02811

Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kedudukan semasa ranking global Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara dan apakah ukuran yang digunakan bagi mengenal pasti prestasi pendidikan tinggi negara.

3. PR-1412-L02590

Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah pusat dan kos perbelanjaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) mengikut tahun sejak ia diwujudkan. Adakah PI1M akan diteruskan.

4. PR-1412-L02279

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Lapangan Terbang Pengkalan Chepa berpotensi dijadikan Bandaraya Aeropolis pada masa hadapan. Apakah Kerajaan bersetuju bahawa Kerajaan sebelum ini telah mendiskriminasikan Kelantan dalam soal pembangunan infra seperti yang berlaku kepada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

2 AUM DR 5/12/2018

5. PR-1412-L01599

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital Kerajaan terutamanya penggunaan wad kecemasan untuk kes-kes bukan kecemasan.

6. PR-1412-L02414

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada benar atau tidak bahawa Lebuh Raya Pan Borneo akan dibuat “single-lane traffic" dan bertahap jalan R3 dari Kuching hingga ke Sabah, dan laluan ke Sabah sama ada menerusi Brunei atau by-pass Brunei, dan sudahkah dibincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah, kalau belum, bila.

7. PR-1412-L02835

Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani isu bilangan golongan gelandangan yang semakin bertambah sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

8. PR-1412-L02213

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan strategi dan mekanisme pihak Kementerian dalam meningkatkan kepantasan jalur lebar Malaysia kini dengan kos separuh daripada harga semasa sekarang dan apakah makluman syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia berkenaan cadangan Kerajaan.

9. PR-1412-L01981

Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

10. PR-1412-L01472

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan dapatkah Kementerian

menyambung bekalan elektrik ke Kampung Bulantak yang terletak di Teluk Brunei dan yang juga satu-satunya sahaja kampung yang belum dibekalkan bekalan elektrik dari grid.

AUM DR 5/12/2018 3

11. PR-1412-L02193

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan dan insentif Kerajaan Persekutuan baharu untuk menggalakkan kepulangan golongan profesional asal Malaysia dari luar negara.

12. PR-1412-L02111

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang lambakan produk kesihatan yang tidak berdaftar dan meragukan.

13. PR-1412-L02720

Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan senarai daerah-daerah yang belum mempunyai

kompleks sukan terutamanya bagi daerah yang besar terdiri lebih dari dua parlimen dan apakah usaha Kementerian dalam melaksanakan dasar satu daerah satu kompleks sukan sebelum tahun 2020. Sejauh manakah dasar ini dilaksanakan.

14. PR-1412-L02307

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat

memperkenalkan Hari Pembangkang (Opposition Day) seperti yang dilaksanakan di Parlimen UK.

15. PR-1412-L02466

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan hasil kajian WWF-Malaysia

menunjukkan populasi Harimau Malaya semakin tergugat. Ancaman ini berpunca antaranya daripada pemburuan haram terutamanya daripada pemburu dari negara jiran. Apakah tindakan segera yang diperlukan untuk menangani ancaman ini.

16. PR-1412-L02573

Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan jumlah Rakyat Anak Negeri Sarawak yang memohon jawatan di pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan berjaya mendapat tawaran berkhidmat di Jabatan dan Agensi yang mereka pohon dalam tahun 2018 berbanding dengan dalam tahun 2017 dan 2016.

4 AUM DR 5/12/2018

17. PR-1412-L01976

Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan dasar serta strategi pelaksanaan membandarkan kawasan-kawasan luar bandar dan nyatakan program-program yang bakal dilaksanakan dalam usaha mempertingkatkan lagi kesejahteraan kehidupan penduduk luar bandar.

18. PR-1412-L01504

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan :-

(a) apakah bantuan atau insentif Kerajaan kepada pekebun kecil getah berikutan kejatuhan harga dan apakah usaha untuk menstabilkan harga komoditi ini ; dan

(b) adakah Kementerian berusaha serta membuat kajian tanaman lain sebagai alternatif kepada kelapa sawit dan getah.

19. PR-1412-L02691

Tuan Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan harga-harga rumah yang tinggi dan

semakin meningkat di Sabah menyebabkan rakyat berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah. Berapa banyak rumah di bawah pembiayaan Persekutuan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Kos Rendah yang akan dibina di Sabah pada tahun 2019, di mana akan dibina dan berapakah peruntukan terlibat.

20. PR-1412-L01885

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang diambil

oleh Kementerian bagi memastikan tiada manipulasi dan penipuan bagi pembayaran cukai SST oleh pengilang dan kelemahan-kelemahan lain sistem SST terdahulu yang masih belum selesai.

21. PR-1412-L01611

Dato' Sri Dr. Santhara [ Segamat ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah arah tuju Kerajaan dalam merombak Dasar Kerajaan (affirmative action) bagi kaum minoriti asal dan asli dalam memperkukuhkan dan memberangsangkan khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan juga perjawatan dalam perkhidmatan Awam.

AUM DR 5/12/2018 5

22. PR-1412-L02624

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan projek-projek Kementerian untuk memastikan sistem perparitan dan saliran ditambah baik termasuklah menambah baik masalah ban-ban pecah serta mendap di kawasan Kota Samarahan.

23. PR-1412-L01548

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mekanisma yang digunakan untuk

menentukan gaji minima RM1050 yang dilihat sangat tidak relevan dengan kos sara hidup hari ini.

24. PR-1412-L02146

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah pembayaran kepada kontraktor Bumiputera khususnya kelas F yang belum dibayar bagi projek-projek yang telah disiapkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

25. PR-1412-L01956

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini Hospital Tangkak yang akan dinaiktarafkan di tapak baru di “new township” sepertimana dinyatakan Menteri di dalam hansard pada 1 Disember 2008.

26. PR-1412-L01833

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci bagaimana Kerajaan Persekutuan membuat bayaran balik cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang tertunggak kepada peniaga dan langkah-langkah untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada Kerajaan akibat tunggakan bayar balik cukai input GST.

27. PR-1412-L02375

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini jawatankuasa untuk mengkaji Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), adakah terdapat pindaan terhadap akta tersebut. Sekiranya kerajaan berhasrat menggantikan akta tersebut dengan akta baharu, bilakah jangkaan tempoh masa akta baharu tersebut akan dibentangkan.

6 AUM DR 5/12/2018

28. PR-1412-L02362

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapa banyakkah subsidi Kerajaan bagi Ron 95 dan Diesel setelah Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan.

29. PR-1412-L01567

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan

mengenai pasukan bomba sukarela yang telah ditubuhkan di kawasan-kawasan pedalaman dan jauh dari stesen bomba dan berapa banyak pasukan ini di seluruh negara dan di mana. Adakah pasukan ini berkesan dan bagaimana untuk memperbaiki perkhidmatan ini.

30. PR-1412-L02449

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah hala tuju Kementerian dalam memastikan pembekalan air bersih dan elektrik dinikmati oleh seluruh rakyat pedalaman dan luar bandar terutamanya di negeri Sarawak.

31. PR-1412-L02079

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah wang yang perlu dibelanjakan oleh pihak Kerajaan bagi pengurusan sisa plastik dan apakah situasi semasa pencemaran botol plastik di perairan laut dan sungai di Malaysia.

32. PR-1412-L02515

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah

Kementerian menetapkan garis panduan kepada setiap pemaju perumahan agar setiap projek yang akan dibangunkan tidak akan mengakibatkan bencana seperti banjir kilat di kawasan sekelilingnya.

33. PR-1412-L02744

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah manfaat yang diperoleh dari Skim Perlindungan Kesihatan B40 dalam mendapatkan khidmat rawatan kesihatan yang berkualiti; dan

(b) apakah jaminan Kementerian terhadap Skim Perlindungan Kesihatan B40 ini tidak akan menghadapi masalah kekangan kewangan dalam tempoh jangka masa panjang.

AUM DR 5/12/2018 7

34. PR-1412-L01679

Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perbezaan kes pembelian rumah yang membabitkan Menteri Kewangan pada ketika ini dengan bekas Menteri Besar Selangor di mana kes pembelian rumah Menteri Kewangan digugurkan oleh pihak pendakwaraya.

35. PR-1412-L01632

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme yang difikirkan oleh Kementerian

untuk memastikan para pengendali restoran serta kedai makan menurunkan caj perkhidmatan agar tidak membebankan rakyat dan pada masa yang sama tidak menjejaskan perniagaan mereka.

36. PR-1412-L01719

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah indeks dan jenayah bukan indeks

mengikut negeri dan Kawasan Parlimen.

37. PR-1412-L02325

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah status program MyBeras kepada golongan miskin sepertimana dirancang Kerajaan dahulu dalam usaha untuk meringankan beban mereka.

38. PR-1412-L02004

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah drastik diambil untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, berikutan berulang kembali kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata dari selatan negara jiran.

39. PR-1412-L02738

Dato' Sivarraajh Chandran [ Cameron Highlands ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status Program Amanah Saham 1Malaysia - AS1M dan TEKUN. Adakah program ini akan diteruskan oleh kerajaan bagi membantu Kaum India keluar dari kepompong kemiskinan terutamanya golongan B40.

8 AUM DR 5/12/2018

40. PR-1412-L02609

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah Kementerian untuk menyeimbangkan kemasukan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi Awam di masa akan datang sekali gus merapatkan jurang yang terlalu ketara di sesetengah universiti.

41. PR-1412-L02133

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

menyatakan kesan terkini perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China kepada ekonomi Malaysia.

42. PR-1412-L02630

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk melaksanakan kesemua rekomendasi dalam RCI mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.

43. PR-1412-L02866

Tuan Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan prosedur dan garis panduan serta syarat yang lebih jelas bagi sesiapa yang mahu meninggalkan Islam (murtad) bagi memudahkan pengeluaran “Surat Murtad”.

44. PR-1412-L(5)00024

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah pakej jalur lebar yang dapat disediakan oleh Kerajaan bagi golongan OKU dan apakah rancangan Kementerian untuk mengurangkan beban golongan OKU untuk mendapat perkhidmatan jalur lebar.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

AUM DR 5/12/2018 9

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula pertimbangan ke atas Rang Undang-undang

Perbekalan 2019 (D.R.21/2018) dan Usul Anggaran Perbelanjaan

Pembangunan 2019 seperti berikut :-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang

sebanyak tidak lebih dari lima puluh enam bilion tujuh ratus juta ringgit

(RM56,700,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan

bagi tahun 2019, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan

yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 24 Tahun 2018, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang

berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di

ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”

Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis ( 5 Disember, 2018 )

2. ( D.R.24/2018 ) Rang Undang-undang Kewangan 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

3. ( D.R.22/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

4. ( D.R.23/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

5. ( D.R.30/2018 ) Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

10 AUM DR 5/12/2018

6. ( D.R.31/2018 ) Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

7. ( D.R.28/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

8. ( D.R.29/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

9. ( D.R.25/2018 ) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Pendidikan ]

10. ( D.R.26/2018 ) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Pendidikan ]

11. ( D.R.27/2018 ) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2018 [ Menteri Pendidikan ]

"

12. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu.

AUM DR 5/12/2018 11

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

14. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 bilion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma-terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12 AUM DR 5/12/2018

15. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

16. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

17. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-­kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 5/12/2018 13

18. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

20. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

14 AUM DR 5/12/2018

21. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan." [ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 5/12/2018 15

22. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain." [ Menteri Pembangunan Usahawan ]

23. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan

16 AUM DR 5/12/2018

produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia." [ Menteri Sumber Manusia ]

24. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan." [ Menteri Pendidikan ]

25. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 5/12/2018 17

26. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

27. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28. PR-1412-U(27)026 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan kerana ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Hal demikian kerana dalam Konvensyen ini istilah “diskriminasi kaum” adalah terlalu luas di mana pemberian keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk diskriminasi. Kerajaan telah menjelaskan bahawa ratifikasi Konvensyen ini boleh dibuat dengan pengecualian tanpa melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada. Hakikatnya, komitmen dalam sesebuah Konvensyen antarabangsa seperti ICERD pastinya akan mendesak dan menekan negara kelak untuk membuat pindaan undang-undang yang selari dengan pendirian Konvensyen ini untuk menghapus sebarang bentuk diskriminasi kaum. Justeru, penjelasan umum yang lebih spesifik serta perbahasan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan bertindak untuk mengesahkan Konvensyen tersebut kerana ia mampu melibatkan implikasi yang besar kepada negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18 AUM DR 5/12/2018

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2018

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST. 111 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Lembaga Totalisator Malaysia Bagi Tahun 2017

4 Disember 2018

ST. 112 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Amanah Negara Bagi Tahun 2017

4 Disember 2018

AUM DR 5/12/2018 19

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 05.12.2018 (Rabu)

1. YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam (Sungai Siput)

1. Kelewatan Penyempurnaan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Di Tapak Baharu SJK(T) Ladang Sungai Reyla

1. YB Menteri Pendidikan

2. 05.12.2018 (Rabu)

2. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang)

2. Banjir di Kawasan Lanang

2. YB Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)