malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara...

35
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 30 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1312-L56107 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pembinaan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di kawasan Parlimen Lipis akan mula dilaksanakan kerana difahamkan projek PR1MA yang akan dilaksanakan ini merupakan lokasi terawal di Pahang yang akan melaksanakan projek tersebut dan ia merupakan satu rahmat kepada penduduk terutama golongan miskin untuk memiliki kediaman selesa. 2. PR-1312-L56473 Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bila usaha untuk meningkatkan capaian telekomunikasi khususnya tanpa wayar di Kuala Krai akan dicapai sepenuhnya. 3. PR-1312-L55789 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hasil cadangan penggabungan dua pengeluar kereta nasional iaitu Proton Holdings Berhad (PROTON) dengan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang dikatakan boleh meningkatkan daya saing industri automotif Negara. 4. PR-1312-L55871 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah mekanisme dalam membantu syarikat- syarikat kecil dalam melaksanakan skim gaji minimum dan sejauh mana mekanisme itu beroperasi.

Upload: truongthu

Post on 06-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 30 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 21

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1312-L56107 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pembinaan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di kawasan Parlimen Lipis akan mula dilaksanakan kerana difahamkan projek PR1MA yang akan dilaksanakan ini merupakan lokasi terawal di Pahang yang akan melaksanakan projek tersebut dan ia merupakan satu rahmat kepada penduduk terutama golongan miskin untuk memiliki kediaman selesa.

2. PR-1312-L56473

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bila usaha untuk meningkatkan capaian telekomunikasi khususnya tanpa wayar di Kuala Krai akan dicapai sepenuhnya.

3. PR-1312-L55789

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hasil cadangan penggabungan dua pengeluar kereta nasional iaitu Proton Holdings Berhad (PROTON) dengan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang dikatakan boleh meningkatkan daya saing industri automotif Negara.

4. PR-1312-L55871 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah mekanisme dalam membantu syarikat-syarikat kecil dalam melaksanakan skim gaji minimum dan sejauh mana mekanisme itu beroperasi.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

2 AUM DR 30/9/2013

5. PR-1312-L55253

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memberikan sedikit rasional kepada tindakan Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) menubuhkan sebuah anak syarikat bernama VESTIGO PETROLEUM baru-baru ini. Apakah bidang tumpuan anak syarikat PCSB yang baru ini. Apakah ia tidak menyebabkan crowded effect kepada syarikat-syarikat tempatan yang turut terlibat dalam bidang dan industri yang sama.

6. PR-1312-L56350 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan dan langkah Kementerian untuk meningkatkan kualiti pendidikan serta mengawal caj kutipan yuran sekolah "International Schools" di negara ini supaya kebajikan pelajar-pelajar sekolah terjamin.

7. PR-1312-L56745 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan efektif Kerajaan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dan mengurus hutang negara sekiranya pertumbuhan GDP tidak mencapai seperti yang disasarkan.

8. PR-1312-L56010 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) bilangan anggota RELA yang terdapat di setiap negeri dan

syarat kelayakan menyertai RELA serta latihan khas yang diberi sebelum mereka menjalankan tugas; dan

(b) elaun yang diberikan kepada anggota RELA dan jumlah elaun

yang diberi sejak 2008.

9. PR-1312-L56151 Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa ramai penglibatan PKS dari awal sehingga ke hari ini dalam program-program kementerian dan apakah rancangan dan usaha-usaha kementerian bagi membantu usahawan-usahawan ini agar lebih berdaya saing.

10. PR-1312-L55287 Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menubuhkan universiti di kawasan Parlimen Temerloh.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 3

11. PR-1312-L56648 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah pihak Kementerian membuat pemantauan dan tinjauan mengenai kemasukan ramai tenaga kerja asing profesional terutama daripada Filipina dan Indonesia dalam sektor minyak dan gas di Bandaraya Miri sehinggakan ramai anak tempatan berkelulusan universiti merasa tidak senang hati kerana sukar mendapat kerja di Pejabat Konsultasi Kejuruteraan Industri Minyak Miri kerana tenaga kerja asing lebih murah berbanding orang tempatan.

12. PR-1312-L56327

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) kenapa Mahkamah Syariah masih lagi diletakkan di bawah

Jabatan Perdana Menteri dan tidak di bawah suatu Suruhanjaya Mahkamah Syariah seperti mana yang berlaku di Mahkamah Sivil sesuai dengan pindaan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan; dan

(b) apakah Perdana Menteri tidak bercadang untuk mewujudkan

Mahkamah Rayuan Khas Syariah.

13. PR-1312-L55933 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan pelatih kemahiran yang telah dilahirkan oleh Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Pusat Giat Mara sehingga kini dan nyatakan sejauh manakah latihan kemahiran ini telah membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja negara serta setakat manakah kelulusan kemahiran pelatih-pelatih ini mencapai tahap dunia.

14. PR-1312-L55303 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sikap dan pendirian Kerajaan Malaysia dalam isu pergolakan politik yang sedang melanda Republik Mesir sekarang ini.

15. PR-1312-L56518

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan penjelasan berhubung cadangan menyediakan gelanggang futsal di kawasan Parlimen Kangar, dan keperluan gelanggang baru pada masa ini adalah sebanyak 42 buah.

16. PR-1312-L56198

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kos untuk melaksanakan sistem penilaian berasaskan sekolah.

17. PR-1312-L56254

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah ekonomi semasa iaitu penurunan nilai ringgit dan nilai matawang negara-negara Asean akan menimbulkan krisis ekonomi seperti pada tahun 1997 dan 1998.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

4 AUM DR 30/9/2013

18. PR-1312-L57006

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) adakah YTL perlu membayar sewa untuk tapak Unipole di

sekolah-sekolah terlibat; dan (b) apakah kos yang perlu dibayar oleh sekolah-sekolah tersebut

kepada YTL untuk kemudahan program 1BestariNet ini. 19. PR-1312-L55583

Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan. Jika tidak, kenapa.

20. PR-1312-L56115

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bila Kerajaan Persekutuan bercadang untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan tekanan dalam kos sara hidup rakyat apabila perlaksanaan GST ini dikuatkuasakan.

21. PR-1312-L55113

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengenai penguatkuasaan terhadap harga barang-barang keperluan harian seperti harga ayam segar yang tinggi (RM15/kg) dan harga petrol/diesel yang tidak seragam, seperti di Punan Bah RM13 segelen, di Pekan Belaga hanya RM9.60 segelen walaupun harga barang-barang tersebut telah ditetapkan harga siling.

22. PR-1312-L56828

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan guru terlatih yang mempunyai kelulusan dalam bidang penulisan jawi. Berapakah statistik murid Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang celik jawi dari 2008-2013.

23. PR-1312-L55157 Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan selepas penangguhan pengharaman penggunaan Pukat Buaya pada 1 Julai 2012:-

(a) bilakah pihak Kementerian akan menguatkuasakan

pengharaman penggunaan Pukat Buaya; dan (b) adakah Jabatan Perikanan bercadang untuk mengadakan

syarat pukat yang digunakan oleh nelayan-nelayan supaya tidak merosakkan ekosistem dan mengancam sumber laut.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 5

24. PR-1312-L55193 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Borang 2 di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2003 (Undi Pos), Akta Pilihan Raya 1958 akan dipinda kerana penerima undi pos perlu catatkan identiti mereka di samping nombor siri kertas undi di borang tersebut dan undi mereka tidak lagi sulit.

25. PR-1312-L56562 Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah wajar Kerajaan memiliki loji nuklear bagi menampung peningkatan permintaan tenaga yang kini lebih 90 peratus dijana daripada sumber bahan api yang semakin berkurangan seperti gas asli dan arang batu.

26. PR-1312-L56588 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dan jenis subsidi setiap tahun dan strategi untuk mengurangkannya. Apakah sifat-sifat penyelewengan dan jumlah pembaziran yang dianggarkan.

27. PR-1312-L55709

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan projek baru di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Kesihatan dan nyatakan jumlah pelaburan serta peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan dan sejauh manakah projek-projek baru ini mampu meningkatkan tahap kesihatan rakyat negara ini.

28. PR-1312-L56375

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memulihkan kembali "issuer default rating" ( IRD ) ke atas sektor swasta yang terjejas daripada dapatan (findings) Fitch Ratings seperti Malayan Banking Bhd. dan Telekom Malaysia Bhd.

29. PR-1312-L55418

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah bekalan diesel yang tidak mencukupi di pasaran. Apakah tindakan perisikan terhadap penyeludupan diesel dan bagaimana masalah ketirisan subsidi diesel dapat dibendung.

30. PR-1312-L56015

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membatalkan Seksyen 22 kepada Akta RELA 2012 sebagai respon kepada ketidakpuasan hati warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia dalam penggunaan pangkat Tentera Darat yang dilihat tidak sepadan dengan kaedah latihan yang dilalui oleh anggota RELA. Pangkat pegawai pula ditauliahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

6 AUM DR 30/9/2013

31. PR-1312-L55476

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan pantai yang menghubungkan Bandar Lahad Datu dan Bandar Sri Perdana untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

32. PR-1312-L55909

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan satu persatu pengajaran yang diperoleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) daripada pengendalian Pilihan Raya Umum ke-13.

33. PR-1312-L57020

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kurikulum yang digunakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan adakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk menaikkan taraf IKBN dari Institut kepada Kolej agar graduan lepasan IKBN memiliki kemahiran yang terkini dan berdaya saing serta mengikut kehendak industri dan pasaran semasa.

34. PR-1312-L55781

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hasil keputusan siasatan "blackout" di Sarawak pada 27 Jun 2013 dan meminta melampirkan laporan siasatan dengan sepenuhnya. Di Sungai Bidut Sibu selalunya mengalami "blackout" dan juga masalah "Low Voltage", bilakah Kerajaan akan menaiktarafkan bekalan elektrik di sana.

35. PR-1312-L55087 Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimana Kerajaan dapat membantu menyelesaikan krisis politik Mesir memandangkan Pertubuhan Negara Islam (OIC) sukar untuk menyelesaikannya kerana perbezaan dasar luar negeri dan pendirian yang agak berbeza di antara satu sama lain.

36. PR-1312-L56234 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dari manakah sumber kewangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membeli Mandarin Purpose Sdn. Bhd. yang benilai RM42 juta.

37. PR-1312-L56538 Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta PERDANA MENTERI menyatakan lanjutan daripada tragedi kemalangan bas di Genting Highlands baru-baru ini, apakah tindakan yang berkesan yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan piawai keselamatan kenderaan pengangkutan awam (seperti bas) sentiasa dipelihara dalam tahap yang baik untuk menjaga keselamatan orang ramai.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 7

38. PR-1312-L56116 Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan sedar tentang kejadian tembak menembak pada 11 dan 12 Disember 1948 di Batang Kali yang dilakukan oleh Second Battalion of the Scots Guards yang telah mengorbankan 24 nyawa warga Malaysia. Apakah langkah yang diambil atau pendirian Kerajaan Persekutuan dalam insiden hitam ini.

39. PR-1312-L56958 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keberkesanan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah serta kesannya terhadap pembelajaran dan pengajaran terhadap guru dan pelajar.

40. PR-1312-L55215

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah dalam negara dari tahun 2000 hingga 2013. Apakah usaha Kerajaan mengatasi masalah jenayah senjata api yang semakin berleluasa dalam negara serta usaha membanteras penyeludupan senjata api ke dalam negara.

41. PR-1312-L56781

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia (RM) terhadap semua janji projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan tunai lainnya yang diberi oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh 10 Julai 2013 hingga 24 Julai 2013 di kawasan Dewan Undangan Negeri N.01 Kuala Besut.

42. PR-1312-L55644 Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menstabilkan harga getah pada paras yang tinggi bagi memastikan taraf hidup 120,023 orang pekebun kecil getah terus terpelihara.

43. PR-1312-L55783 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa Pilley College Sibu tidak diberi kelulusan untuk mengambil pelajar asing, dan apakah kriteria untuk menjadikan satu kolej kepada kolej universiti. Bilakah Pilley College boleh menjadi satu kolej universiti memandangkan University College of Technology Sarawak sudah diisytiharkan sebagai kolej universiti sebelum ia siap dibina.

44. PR-1312-L56548

Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengapa kempen kibarkan Jalur Gemilang tidak meluas dan tiada bendera dibekalkan sebagai mana dahulu dan apakah pendirian dan tindakan Kementerian dalam menghadapi pengkhianat negara yang menghina Jalur Gemilang.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

8 AUM DR 30/9/2013

45. PR-1312-L55916

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjual Malaysia Airlines kepada swasta seperti yang disarankan oleh pihak tertentu. Adakah sebab-sebab utama MAS mengalami kerugian setiap tahun sedangkan Air Asia yang juga diterajui oleh anak Malaysia berjaya dalam bidang ini.

46. PR-1312-L55667 Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan setiap kali tibanya sambutan Hari Kemerdekaan negara, Kementerian dilihat terpaksa bersusah payah berkempen supaya rakyat menyambutnya, tetapi ia masih lagi dingin dan hambar. Apakah punca sebenar perkara ini berlaku.

47. PR-1312-L55149

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) kenapa ada Pertubuhan Cina masih mempertikaikan mengenai

Kesempurnaan Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional (PPPN) (2013-2025). Apakah semasa penggubalan PPPN dahulu, tidak dijemput wakil mereka bagi sama-sama membincangkannya; dan

(b) apakah jaminan Kerajaan bahawa akan terus wujud asimilasi

dan perpaduan kaum apabila PPPN ini dilaksanakan. Apakah ada usaha untuk mewujudkan sekolah satu aliran bagi tujuan perpaduan kaum.

48. PR-1312-L55934

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada terdapat perancangan Kementerian untuk membina rumah mampu milik di kawasan Parlimen Puchong dan jika tidak, mengapa.

49. PR-1312-L55752

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan amaun pampasan yang Kementerian terpaksa bayar kepada dua syarikat dalam proses pengambil alihan AES. Apakah prinsip pengiraan pampasan ini dan berapakah kos sebenarnya untuk memasang sistem AES ini.

50. PR-1312-L56837 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua[ Batu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian siasat dengan teliti jika pihak ibu bapa di Sekolah S.K. Seri Pristina berpuas hati dengan penyelesaian yang dikemukakan oleh Kementerian. Berapakah jumlah pelajar yang telah menukar sekolah dari tarikh 23 Julai 2013.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 9

51. PR-1312-L55788 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan faktor-faktor utama yang menyebabkan kerugian berterusan syarikat penerbangan utama negara MAS sehingga timbul banyak gesaan untuk menswastakannya; dan rasional keputusan Kerajaan untuk tidak menswastakan MAS.

52. PR-1312-L56740

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah efektif untuk mengawal kualiti Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan mengekang kilang-kilang ijazah daripada bercambah.

53. PR-1312-L56170

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jika perintah larangan atas buku yang ditulis oleh Bernard Sta Maria dan bertajuk The Golden Son of the Kadazan ditarik balik berikutan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

54. PR-1312-L56980

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah tindakan khusus Kementerian untuk mengatasi masalah

kemalangan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas seperti kejadian kemalangan bas di KM15 Jalan Cameron Highlands pada 20 Disember 2010 secara total bagi memastikan kualiti dan kebertanggungjawaban syarikat pengangkutan awam (dan pemandu) dapat ditingkatkan untuk menjamin keselamatan rakyat yang menggunakan perkhidmatan darat yang popular ini; dan

(b) adakah undang-undang dan "standard" pengangkutan awam di

Malaysia, khususnya bas, mampu menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada penumpang.

55. PR-1312-L56381

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) setakat ini bagaimanakah sambutan rakyat terhadap Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini; dan

(b) apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh di semua peringkat pengajian.

56. PR-1312-L55404

Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos pembaikan untuk membaik pulih kuarters Kerajaan dari tempoh 2003 sehingga kini bagi setiap negeri.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

10 AUM DR 30/9/2013

57. PR-1312-L55596

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada mana-mana pihak disiasat, diambil tindakan dan dituduh di mahkamah berkaitan dengan salah guna kuasa, pembaziran dan kegagalan pematuhan peraturan Kewangan/Perbendaharaan seperti yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Jika tidak, mengapa.

58. PR-1312-L56599

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada kesan Dasar Gaji minimum telah membawa kesan yang memuaskan atau sebaliknya.

59. PR-1312-L55236

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang penternakan ikan hiasan Arowana. Apakah dasar Kementerian terhadap industri ini.

60. PR-1312-L56251

Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa unit Perumahan Rakyat telah diperuntukkan di Sarawak pada Tahun 2012 dan 2013. Berapa peratus telah selesai didirikan.

61. PR-1312-L55900 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan peminjam yang disenarai hitamkan dan berjaya dikeluarkan di bawah CCRIS dan CTOS setakat 31 Ogos 2013 serta perbandingannya dengan angka tahun-tahun sebelumnya.

62. PR-1312-L55802

Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kesalahan-kesalahan yang dihukum dengan sebatan rotan. Berapa sebatan dan bagaimana kaedah sebatan dilakukan.

63. PR-1312-L55892

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan Menteri Kabinet, Ketua Menteri, dan Menteri Besar yang telah mengisytiharkan harta melebihi RM1 juta, RM10 juta, RM100 juta dan RM1 bilion mengikut pengisytiharan harta terkini yang dihantar kepada beliau.

64. PR-1312-L55928

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah tembakan yang berlaku dari tahun 2000 sehingga sekarang dan berapakah kes yang telah diselesaikan di mana penembak telah dijalankan hukuman.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 11

65. PR-1312-L56717 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebab sebenar "cost overruns" dan kelewatan pembukaan KLIA2 hingga mengakibatkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) terpaksa menerbitkan sukuk bernilai RM 1 bilion dan apakah penerbitan sukuk kepada MAHB dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.

66. PR-1312-L56983

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) apakah dasar-dasar baharu dan langkah-langkah strategik yang

akan diambil Kerajaan untuk memastikan industri automotif tempatan terus kukuh dan dapat bekerjasama dengan pengeluar global untuk memperluaskan pasaran antarabangsa dan meningkatkan tahap daya saing mereka di peringkat antarabangsa; dan

(b) adakah dasar-dasar percukaian import dan jualan kenderaan

yang sedia ada mampu mengimbangi kesan persaingan ke atas pengeluar automotif tempatan.

67. PR-1312-L56873

Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan perkembangan berhubung gesaan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia melalui cadangan YAB Perdana Menteri supaya semua anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan persidangan khas untuk membantu bagi mencari penyelesaian secara aman berhubung krisis berdarah yang melanda Mesir.

68. PR-1312-L56902 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah guru mengikut aliran sekolah (SK, SJK, SBP dan sebagainya) dan berapakah bilangan guru yang sedang menanti penempatan.

69. PR-1312-L56630 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik peminjam mengikut bangsa, jantina dan negeri yang tidak membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setakat 16 September 2013 dan jumlah pinjaman yang terbabit. Apakah cara penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah pinjaman PTPTN tidak dibayar.

70. PR-1312-L55691

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan dengan pemberian Kad Pekerja Asing (IPAS) kepada 1.4 Juta pekerja Bangladesh.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

12 AUM DR 30/9/2013

71. PR-1312-L56227

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) Perdana Menteri mengumumkan tarikh operasi Malindo pada

September 2012 walaupun lesen perkhidmatan udara hanya diluluskan pada Februari 2013; dan

(b) Lesen Malindo diluluskan walaupun paid-up capital syarikat

hanya RM1 juta, dan ibu syarikatnya, NADI tidak menyampai penyata kewangan sejak 2007.

72. PR-1312-L55486

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana institusi pengajian tinggi yang menawarkan program undang-undang yang tidak diiktiraf oleh Majlis Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) layak diberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar mereka.

73. PR-1312-L56369

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan setiap

tahun kepada mana-mana Kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional dan bagaimanakah peruntukan itu disalurkan; dan

(b) bagi kawasan Parlimen yang tidak dimenangi oleh BN, adakah

peruntukan juga diberikan dan jika ya, kepada siapakah peruntukan itu disalurkan.

74. PR-1312-L55767

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rancangan Kerajaan untuk mengimplimentasikan "Disability Convention" dan adakah Kerajaan akan mendesak firma bas untuk mengamalkan sistem pengangkutan "disability friendly".

75. PR-1312-L56231

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan syarikat firma kewangan antarabangsa mana yang dilantik menjadi arranger hutang 1MDB.

76. PR-1312-L56707

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha Kerajaan dalam mempertingkatkan serta mempelopori ekonomi masyarakat luar bandar terutamanya di daerah Kinabatangan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 13

77. PR-1312-L55335 Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah jalan raya Southern Ring Road di Sandakan sudah dicadangkan, diluluskan, ditolak, dijalankan ataupun dibatalkan. Jelaskan sebab ia masih belum dibina sehingga hari ini, selepas hampir 20 tahun dicadangkan, dan apakah status projek/cadangan ini.

78. PR-1312-L56345

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah sebab sebenar Kementerian bercadang untuk mengimport 1.4 juta orang pekerja asing daripada Bangladesh dan apakah rancangan Kementerian untuk menempatkan jumlah buruh asing yang begitu ramai demi menjaga keselamatan sosial masyarakat kita.

79. PR-1312-L56762

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah wajar Bank Negara menurunkan tempoh bayaran pinjaman peribadi dari 20 tahun kepada 10 tahun yang akan membebankan kakitangan Kerajaan berpendapatan rendah untuk memiliki keperluan.

80. PR-1312-L56679

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah peranan pemantau harga masih relevan sedangkan segelas air minuman di Jalan Alor masih dijual pada harga RM0.70.

81. PR-1312-L55635

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam menghapuskan peranan orang tengah dalam bidang pertanian. Apakah perancangan pihak Kementerian dalam menjadikan Parlimen Kuala Selangor sebagai pusat pertanian dan perikanan moden.

82. PR-1312-L56540

Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh Kementerian dalam mengekang kenaikan harga rumah dan kegiatan spekulasi harga di Malaysia dan khususnya di Pulau Pinang.

83. PR-1312-L55979

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah ada perancangan untuk mengkaji dan meminda Akta Kerajaan Tempatan yang berkaitan bagi membolehkan kakitangan bertukar atau ditukarkan atau dipinjamkan daripada satu majlis daerah atau perbandaran dengan yang lain di dalam negeri berkenaan atau seluruh negara.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

14 AUM DR 30/9/2013

84. PR-1312-L55876

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berdasarkan kepentingan apakah seramai 1.4 juta warga Bangladesh akan diberi Kad Pekerja Asing (IPAS) sedangkan telah terbukti mereka banyak menimbulkan masalah sosial bahkan telah mengancam keselamatan negara.

85. PR-1312-L55804

Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menghukum dengan sebatan rotan kepada orang-orang yang didapati bersalah mengambil dadah.

86. PR-1312-L55292 Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan maklum balas yang telah diberikan oleh guru-guru sepanjang pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

87. PR-1312-L56606

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kadar penyakit respiratori (asma, bronkitis dan lain-lain) di kawasan Gelang Patah, Johor Bahru dan kawasan-kawasan di sekitarnya memandangkan Loji Jana kuasa Arang Batu Tanjung Bin yang terbesar di Asia Tenggara terletak di lokasi berdekatan dan loji sedemikian selalu dikaitkan dengan risiko penyakit respiratori yang tinggi untuk penduduk berdekatan.

88. PR-1312-L55750

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh Malaysia Airlines (MAS) dalam tempoh lima tahun yang lepas dan juga mengapa MAS tidak akan diswastakan bila mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata MAS tidak akan untung selagi berada dalam kawalan Kerajaan.

89. PR-1312-L55959

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes rasuah dan jenayah kolar putih (jenayah komersial) yang melibatkan sektor swasta dan jumlah dakwaan yang telah dibuat.

90. PR-1312-L56018

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos kereta kebal PT91(Main Battle Tank - MBT) yang dibeli dari negara Poland. Berapakah bilangannya dan berapakah kos senggaraan setiap tahun serta nama firma penyelenggara.

91. PR-1312-L56319

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah rancangan wujud bagi membina bangunan meletak kereta di Hospital Umum Sarawak dan apakah jangkaan siap bangunan tersebut.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 15

92. PR-1312-L56939 Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai dakwaan "Economist" luar negara bahawa defisit negara makin meningkat dan akan menurunkan nilai ringgit, serta membawa "multiplier effects" ke atas ekonomi negara. Adakah Kementerian setuju dengan pandangan itu dan apakah langkah Kementerian bagi mengurangkan defisit tersebut.

93. PR-1312-L55749

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah subsidi diesel yang dibelanjakan bagi tempoh lima tahun lepas dan jumlah dijangka dalam tempoh lima tahun akan datang. Berapa banyakkah diesel telah di seludup setiap tahun. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menangani penyeludupan diesel dan kekurangan diesel di negara ini.

94. PR-1312-L56730

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sejauh mana peranan Kerajaan dalam membantu Amanah

Ikhtiar Malaysia dalam membantu meningkatkan pendapatan isi rumah daripada keluarga miskin; dan

(b) berapakah jumlah pembiayaan yang telah diberikan mengikut

negeri dan daerah dan apakah statistik terkini bantuan yang telah diberi mengikut skim.

95. PR-1312-L56437

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah benar bahawa statistik pelbagai kes jenayah yang

disimpan PDRM sukar diakses oleh pihak awam dan pihak NGO; dan

(b) adakah benar dakwaan bahawa kesukaran dalam akses statistik

dikatakan telah menghalang usaha NGO dalam mengenal pasti dan menangani isu-isu tertentu.

96. PR-1312-L55210

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah hasil petroleum minyak dan gas yang dikeluarkan di kawasan perairan Kelantan serta kawasan bertindih sekitarnya sejak tahun 1990 hingga 2013 mengikut jumlah hasil telaga minyak dan gas yang telah dan sedang beroperasi.

97. PR-1312-L55558 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hasil siasatan berhubung dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di sebuah hospital Kerajaan di Pulau Pinang dan tindakan-tindakan yang akan diambil terhadap insiden tersebut.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

16 AUM DR 30/9/2013

98. PR-1312-L56910

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk merombak prosedur siasatan pemilikan harta dengan melakukan pindaan terhadap Seksyen 36 Akta SPRM.

99. PR-1312-L55766

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan cadangan Kerajaan untuk mengatasi kegiatan jenayah di kalangan belia India memandangkan 71% anggota kumpulan jenayah datang daripada kaum India.

100. PR-1312-L56558

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memupuk kesedaran budaya menjaga kesihatan di kalangan murid dan ibu bapa bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan pelajar yang semakin meningkat dan membimbangkan.

101. PR-1312-L55328

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah sesetengah kuasa atau bidang kuasa Kementerian akan dipindahkan (devolved atau delegated) kepada negeri Sabah, dan apakah jangka masa dan langkah-langkah untuk mencapainya. Berapakah peratus daripada semua kontrak pembekalan perkhidmatan untuk sekolah yang telah dianugerahkan kepada mereka yang bukan penduduk Sabah.

102. PR-1312-L55569

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan liputan 4G-LTE di seluruh negara setakat ini. Apakah pencapaian "roll-out" bagi Puncak Semangat khususnya yang telah diberi lebihan blok spektrum 4G-LTE berbanding pelesen-pelesen SKMM yang lain.

103. PR-1312-L56386

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini terhadap individu atau kumpulan yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam 31 Ogos lalu.

104. PR-1312-L55991

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah kementerian sedar masalah suami isteri yang menjadi guru yang ditempatkan di sekolah berasingan yang berjauhan sehinggakan suami isteri dan justeru itu, keluarga tersebut perlu hidup berasingan dan menyebabkan peningkatan perbelanjaan bagi keluarga para guru tersebut kerana terpaksa menampung perbelanjaan dua isi rumah. Apakah tindakan yang sewajarnya sedang diambil oleh Kementerian agar masalah ini boleh dielakkan sama sekali.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 17

105. PR-1312-L55509 Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan kerja-kerja penambakan tanah dalam Sungai Terengganu bagi projek "cadangan mereka bentuk, membina dan menyiapkan double road frontage fasa 2 dari Pasar Payang ke Taman Shah Bandar" yang dimulakan pada 30 Disember 2012 tidak akan menyebabkan berlaku banjir pada penduduk bandar memandangkan kelebaran (width) Sungai Terengganu di antara Seberang Takir dan Shah Bandar Tanjung semakin kecil setelah kerja-kerja penambakan dimulakan sejak 2005.

106. PR-1312-L55726

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah kedudukan terkini mengenai taraf dwi-kerakyatan rakyat

yang bermastautin di negara Thailand dan Malaysia; dan (b) langkah-langkah penyelesaian yang diambil untuk memastikan

hanya satu kerakyatan sahaja diberikan.

107. PR-1312-L56748 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-

(a) sejauh mana persiapan atlet-atlet negara pada Sukan

Komanwel 2014 di Glasgow sehingga Jun 2013; dan (b) berapakah sasaran emas yang bakal dimenangi pada Sukan

Komanwel yang akan datang ini. 108. PR-1312-L55231

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan impak dan kesan Fitch Rating menurunkan "sovereign credit rating" Kerajaan Malaysia dan langkah-langkah yang akan diambil untuk memulihkan "credit rating".

109. PR-1312-L56044

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membeli lebih banyak Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) melalui 1MDB dan mengapakah 1MDB membeli IPP yang tempoh konsesi hampir tamat dengan harga yang dianggap tinggi.

110. PR-1312-L55379 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang akan timbul jika pekerja-pekerja asing tidak berminat lagi bekerja di Malaysia.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

18 AUM DR 30/9/2013

111. PR-1312-L56620

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah pencapaian pihak Kerajaan dapat membantu warga emas dan orang kurang upaya yang hidup melarat mengalami kemiskinan tegar dapat meneruskan kehidupan seperti manusia biasa dengan pemberian bantuan sara hidup oleh kementerian.

112. PR-1312-L56175

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan reformasi perundangan negara khasnya langkah semakan menyeluruh ke atas undang-undang represif seperti Akta Hasutan 1948, Akta Pertubuhan 1966, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta SOSMA 2012 dan sebagainya.

113. PR-1312-L56509

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) rasional dan keperluan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel

tetapi harga petrol RON97 dikekalkan; dan (b) kesan kenaikan harga petrol dan diesel itu terhadap

kemungkinan gelombang inflasi. 114. PR-1312-L55960

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pendaftaran perkahwinan dan penceraian di Malaysia. Langkah-langkah memudahkan bagi proses ke atas birokrasi pada calon-calon pengantin baru yang menyukarkan mereka untuk persediaan perkahwinan bagi pasangan-pasangan Islam.

115. PR-1312-L57014 Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jumlah dan butiran syarikat korporat Malaysia termasuk GLC yang mempunyai pinjaman dan bon dalam mata wang Amerika Syarikat dan apakah risiko terhadap situasi fiskal sekiranya kerajaan perlu bail out pinjaman-pinjaman tersebut.

116. PR-1312-L56703

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan cadangan Kerajaan dalam usaha discentralisation kuasa Jabatan Pendidikan di negeri-negeri terutama di negeri Sabah.

117. PR-1312-L55218

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab bagi peningkatan sehingga 83% KDNK dalam Hutang Isi Rumah dan sama ada langkah-langkah yang diumumkan oleh BNM pada 5 Julai 2013 memberikan impak negatif kepada permintaan domestik (domestic demand).

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 19

118. PR-1312-L56037 Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membentangkan kertas berkenaan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) untuk dibahas di dalam Persidangan Dewan Rakyat dan bagaimanakah Kerajaan dapat memastikan kepentingan rakyat dan negara dilindungi dalam perjanjian ini.

119. PR-1312-L55452

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran lepasan sekolah menengah (tertiary education) di luar negara. Nyatakan mengikut tahap pendidikan dan negara. Nyatakan juga jumlah pelajar negara asing yang melanjutkan pelajaran lepasan sekolah menengah dalam negara ini, mengikut tahap pendidikan tertiary dan warga negara.

120. PR-1312-L56729

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan harga rumah tidak terus melonjak naik.

121. PR-1312-L55050

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat kenyataan supaya MAS dijual sedangkan Perdana Menteri membuat kenyataan sebaliknya.

122. PR-1312-L56963 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sejauh manakah perancangan kejuruteraan tanah bagi pembangunan di kawasan tanah tinggi terutama di kawasan Parlimen Setiawangsa telah melalui tapisan dan penilaian daripada Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Wilayah Persekutuan.

123. PR-1312-L55354

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapa pembaharuan lesen runcit stesen minyak di Sabah memakan masa yang lama hingga berbulan-bulan di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah. Sedangkan pembaharuan lesen runcit stesen minyak hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

124. PR-1312-L56528

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berhubung kegiatan gangsterisme yang semakin berleluasa di Malaysia di mana kejadian tembak-menembak semakin kerap berlaku pada masa ini.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

20 AUM DR 30/9/2013

125. PR-1312-L56899

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kampung Tanjung Tokong akan diwartakan sebagai kampung warisan Melayu serta apakah langkah-langkah yang akan diambil dalam masa terdekat untuk tujuan tersebut.

126. PR-1312-L55239

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berikan 5 punca utama kematian bagi rakyat Malaysia dalam 3 tahun terakhir ini. Minta diberikan juga jumlah kematian bagi tiap-tiap satu punca.

127. PR-1312-L55832

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai pelantikan Pegawai Daerah yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Tindakan pelantikan seperti ini adalah tidak sejajar dengan ketulenan konsep dan semangat federalisme. Adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai hasrat untuk mengalihkan kuasa pelantikan Pegawai Daerah itu kepada Kerajaan negeri. Jika tidak, kenapa.

128. PR-1312-L56275

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan dan tindakan Kerajaan dalam mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di seluruh Lembah Klang.

129. PR-1312-L56833 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status dan perkembangan bangunan PPR Sri Terengganu dan bilakah bangunan ini dijangka siap. Bilakah kali terakhir PPR Sri Kelantan dinaiktaraf.

130. PR-1312-L56876 Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan statistik terkini tahap penerimaan dan kefahaman rakyat Malaysia terhadap Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pendekatan yang digunakan bagi memastikan gagasan ini diterima dalam konteks menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

131. PR-1312-L55383

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah peruntukan yang diterima oleh negeri Perak dalam 5 tahun yang lepas daripada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

132. PR-1312-L56782

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan susulan Kerajaan terhadap saranan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen untuk Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, supaya menambah baik dan mengkaji keperluan mengubah sistem pilihan raya Malaysia ketika ini yang berasaskan sistem majoriti mudah (first past the post).

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 21

133. PR-1312-L56527 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pecahan kes 'scratch and win' yang diadu ke Tribunal Pengguna di antara tahun 2011-Ogos 2013. Apakah Kementerian akan membuat pindaan terhadap undang-undang untuk menangani kes 'scratch and win' yang telah menipu ramai orang.

134. PR-1312-L55176

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peranan dan pencapaian yang dimainkan oleh Institut Sosial Malaysia dalam membangunkan profesionalisme pegawai-pegawai Kementerian dalam memberi perkhidmatan yang berkesan dan cemerlang bagi kepada pembangunan masyarakat berpendapatan sederhana dan pembaikan taraf sosial mereka.

135. PR-1312-L56079

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) setakat ini, berapa tambahan nilai kontrak daripada empat

projek mega negara iaitu Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) Sungai Buloh dan Pusat Pameran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kepada syarikat Bumiputera; dan

(b) apakah peranan Unit Teraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

dalam mengenal pasti inisiatif peruntukan khas Bumiputera dalam usaha untuk mewujudkan peluang kepada syarikat-syarikat Bumiputera bagi menyertai projek-projek mega berkenaan.

136. PR-1312-L56645

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) sejak 3 tahun lepas, berapa kes jenayah siber yang telah

dicatatkan di seluruh Malaysia; dan (b) adakah pengguna internet mempunyai perlindungan daripada

penipuan secara online seperti penipuan jualan produk di laman web forum lowyat, mudah.my, lelong.com.my, ebay.com.my serta laman wed jualan kupon murah seperti mydeal.com dan groupon.

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

22 AUM DR 30/9/2013

137. PR-1312-L55190

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa tiga individu , iaitu Abdul Latiff bin Mohd Wahin (K/P 511012-08-6249), Mohammad Amin bin Amaran (K/P 710313-08-5639) dan En. Laidi bin Shara (K/P 630519-08-6389) dilantik sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semasa Pilihanraya Umum ke-13 walaupun mereka bergiat aktif dan memegang jawatan di dalam parti UMNO.

138. PR-1312-L56301

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha realistik dan serius untuk mempromosikan Pulau Aman sebagai destinasi pelancong setelah sekian lama dianaktirikan serta program atau projek dan perbelanjaan yang akan diperuntukkan baginya.

139. PR-1312-L56912

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kesahihan dan justifikasi Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang kononnya diperakui oleh universiti terbaik di dunia sedangkan selama ini, UEC dilihat langsung tidak menepati objektif dan inti pati Dasar Pendidikan Negara.

140. PR-1312-L55557

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa LPKP Sarawak agar menambah keberkesanan penguatkuasaan.

141. PR-1312-L55074

Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kementerian akan membina Klinik Ibu dan Kanak-kanak di kawasan Jagoi, Bau, Sarawak.

142. PR-1312-L57042 Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan Kolej Komuniti di kawasan Parlimen Tuaran seperti mana yang dirancang iaitu 1Parlimen 1Kolej Komuniti.

143. PR-1312-L56140

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesahihan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) yang mengambil kira kes membabitkan rusuhan, demonstrasi, pergaduhan antara kaum, konflik dan isu sensitif yang dibincangkan di media sosial serta media tradisional yang dikatakan dijangka lebih baik jika berbanding dengan tahun lepas, sedangkan kes-kes macam ini dilihat kian meningkat di negara ini.

144. PR-1312-L55162

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan terhadap tanah dan bangunan Pejabat Kerajaan di Jalan Duta setelah banyak yang telah berpindah ke tempat lain.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 23

145. PR-1312-L55617 Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah mekanisme yang dirancang oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang semakin membimbangkan di seluruh negara terutamanya di kawasan bandar.

146. PR-1312-L55820

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapa Seksyen 25 (1), Akta Warisan Negara 2005 tidak digunakan untuk mewartakan Taman Merdeka Negara / Tunku Park di sebelah Stadium Negara dan Stadium Merdeka sebagai tapak warisan negara.

147. PR-1312-L55422

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan nelayan yang berhak sahaja mendapat elaun sara diri. Begitu juga dengan subsidi minyak di mana nelayan menjual minyak daripada skim subsidi minyak nelayan tidak berlaku.

148. PR-1312-L55543

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah rumah teres yang dibina oleh Pemaju Swasta dalam tahun 2010, 2011 dan 2012 dengan memberi pecahan harga jualan di bawah RM50,000, RM51,000, RM100,000, RM101,000, RM150,000, RM151,000, RM200,000, RM201,000, RM300,000, RM300,001, RM500,000 dan lebih daripada RM500,000.

149. PR-1312-L57080 Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menggalakkan semua panggung wayang di seluruh Malaysia melaungkan lagu Negaraku sebelum wayang dimulakan walaupun selepas bulan Merdeka, contoh seperti negara jiran kami Thailand untuk memupuk semangat patriotik.

150. PR-1312-L57064

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan punca tiada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mencapai kedudukan lima bintang dalam Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) yang telah dilaksanakan semenjak 2008 lagi dan nyatakan langkah Kerajaan bagi melahirkan PBT yang berprestasi tinggi dari segi tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.

151. PR-1312-L55843 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab tidak meluluskan cadangan pembentukan polis bantuan di negeri Selangor bagi membanteras jenayah yang semakin berleluasa, sedangkan bilangan anggota polis yang ditugaskan tidak cukup untuk memantau jenayah untuk menjamin keselamatan rakyat.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

24 AUM DR 30/9/2013

152. PR-1312-L56094

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh mana kemajuan pelaksanaan projek Pan-Borneo menghubungkan Sabah dan Sarawak, dan apakah ia boleh dipercepatkan penyiapannya memandangkan ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.

153. PR-1312-L56466 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa pengiktirafan ijazah perubatan dari Shanghai Medical College of Fudan dan Medical School of Shanghai Jiao Tong University yang diwartakan dalam Gazette P.U.(A) 149/2013 dihadkan dengan tempoh 3 tahun (29.3.2013-29.3.2016) sahaja.

154. PR-1312-L56077

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan susulan yang akan diambil ke atas pemandu-pemandu bas yang telah banyak di saman kerana memandu secara berbahaya untuk mengelakkan tragedi yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands daripada berulang.

155. PR-1312-L56480

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kandungan "silver nitrate" dalam dakwat kekal di PRK Kuala Besut baru-baru ini.

156. PR-1312-L57057

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah status rasmi dan terkini mengenai tuntutan Filipina ke atas negeri Sabah.

157. PR-1312-L55063

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) apakah Kerajaan mempunyai cadangan menambah baik

Jabatan Perpaduan Negara; dan (b) apakah Kerajaan berpuas hati dengan tahap perpaduan kaum

dalam negara ini, dan nyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memelihara serta meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat.

158. PR-1312-L55719

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Kerajaan dalam menentukan perpaduan antara kaum di negara ini dapat dipertingkatkan lagi.

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 25

159. PR-1312-L56809 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah tindakan akan diambil terhadap Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita memetik Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi pada bulan Ramadhan lalu. Begitu juga terhadap Bernama dan New Straits Times berhubung laporan klip video Hari Raya membabitkan seorang pelatih anjing. Jika tidak kenapa.

160. PR-1312-L55058

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) pencapaian Kementerian sehingga sekarang dalam usaha

membantu golongan kurang berkemampuan ; dan (b) program terkini dalam menyelesaikan isu kemiskinan dan

senaraikan jumlah serta kategori golongan miskin mengikut negeri.

161. PR-1312-L56763 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peluang dan meneliti semula pendidikan untuk anak-anak Asli kumpulan Negrito yang tinggal di kawasan pedalaman masih tidak bersekolah kerana dokumen dan akses di samping mereka tidak ada berpendapatan dalam kategori miskin tegar.

162. PR-1312-L55674 Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha untuk memastikan kebersihan persekitaran seperti di taman-taman dan tepi jalan dijaga. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan kempen kebersihan di peringkat Kebangsaan.

163. PR-1312-L56247 Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa yang telah diperuntukkan untuk memperbaiki kemudahan BALB di kawasan Parlimen Mukah .

164. PR-1312-L55070

Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Jabatan Bomba dan Penyelamat boleh membina sebuah balai bomba kecil di kawasan Batu Sapi yang dapat membantu meminimumkan kehilangan harta benda akibat kebakaran yang memusnahkan rumah-rumah kayu yang banyak terdapat di kawasan ini.

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

26 AUM DR 30/9/2013

165. PR-1312-L56468

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) apakah perbezaan di antara terma-terma negosiasi yang terkini

berbanding dengan terma-terma negosiasi US FTA terdahulu yang gagal disepakati; dan

(b) jika Kerajaan tidak bersetuju dengan terma-terma US FTA yang terdahulu maka atas faktor apakah Kerajaan bersetuju untuk menyambung semula negosiasi ini.

166. PR-1312-L56597

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada kuasa-kuasa tertentu yang boleh membantu Pengarah Pelajaran Sabah membantu Kementerian Pendidikan dalam soal delivery system diturunkan kepada Pengarah Pelajaran Sabah atau belum.

167. PR-1312-L56013

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) sama ada pembinaan Balai Bomba akan dipertimbangkan di

kawasan Sibu Jaya, Upper Lanang atau kawasan di Parlimen Lanang dan Sibu; dan

(b) sama ada Kementerian dapat menambahbaikkan jentera dan

peralatan di Balai Bomba Sibu memandangkan terlalu banyak kes kebakaran berlaku baru-baru ini.

168. PR-1312-L56167

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah perubahan dasar bagi memaknakan kemerdekaan selepas 56 tahun merdeka.

169. PR-1312-L56790

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan pelajar cemerlang yang memperoleh CGPA 4.0 tetapi tidak dipilih mengikut kursus pilihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Apakah kriteria pemilihan yang ditetapkan, sebab mereka gagal dipilih dan apakah kedudukan status dan permohonan pelajar cemerlang ini sekarang.

170. PR-1312-L56328

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) jumlah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berserta jumlah

tenaga sukarelawan mengikut pecahan jantina dan umur ; dan

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 27

(b) apakah kementerian tidak berhasrat untuk menukar status Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

171. PR-1312-L55865

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan hasil sebarang kajian yang dibuat untuk mengenal pasti sebab-sebab penurunan respons rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan kemerdekaan beberapa tahun terakhir ini dan apakah pendekatan Kementerian supaya sambutan kemerdekaan lebih bermakna.

172. PR-1312-L56362

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapakah Kementerian tidak mengeluarkan kenyataan pendirian yang tegas menolak rampasan kuasa oleh tentera di Mesir pada 3 Julai 2013.

173. PR-1312-L55237

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah standard "operation procedure" (SOP) berkenaan penyelenggaraan Jalan Miri-Marudi yang telah dilaksanakan dengan kaedah Strategi Lautan Biru baru-baru ini.

174. PR-1312-L55591

Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan sebagai sebuah full-fledged university yang menawarkan kursus dalam bidang-bidang yang kritikal ke atas ekonomi Labuan seperti minyak dan gas, logistik dan maritim.

175. PR-1312-L56582

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan sekiranya Kementerian ingin mengambil alih operasi AES daripada Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd. Apakah Kementerian bercadang mengurangkan harga saman AES dan mengkaji semula semua lokasi AES.

176. PR-1312-L56797

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapa dari 99 permohonan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) untuk memperbaiki lif, tangki air dan kabel elektrik yang dihantar melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebanyak 53 kes dan Majlis Perbandaran Seberang Perai, 46, hanya satu kes sahaja diluluskan. Berikan senarai semua kes yang dikemukakan negeri-negeri lain termasuk senarai lulus atau sebaliknya dan kos terlibat.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

28 AUM DR 30/9/2013

177. PR-1312-L56966

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) 3 Badan Berkanun dan 29 Syarikat Berkaitan Kerajaan yang

terlibat dengan pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan sebanyak RM143.11 bilion sehingga 31 Disember 2012 serta projek-projek terlibat; dan

(b) keuntungan kepada Kerajaan atas tunggakan tidak langsung (contingent liability) oleh badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan tersebut.

178. PR-1312-L56177

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jikalau Projek Empangan Kaiduan akan dilaksanakan di Daerah Penampang/Daerah Papar.

179. PR-1312-L56179

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan data jenayah semasa, langkah mengatasinya, penjelasan Kerajaan mengenai peningkatan jenayah dan manipulasi data jenayah indeks dan bukan indeks.

180. PR-1312-L56403

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status penyiasatan kes tembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam.

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 29

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan

Tambahan (2013) 2013 (D.R. 7/2013) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (26 September, 2013) [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 8/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

9. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

30 AUM DR 30/9/2013

10. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian

Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

12. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

13. PR-1312-U56793 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian secara tegas untuk tidak bersetuju dengan apa jua kaedah menumbangkan Kerajaan selain dari kaedah demokrasi. Pada masa yang sama memainkan peranan penting untuk meminta bantuan OIC dan komuniti antarabangsa bagi mengembalikan Mohamad Morsi kepada jawatan Presiden Mesir ataupun mendesak Kerajaan Mesir mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat demi mengekang dan menghentikan keganasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang sedang berlaku."

( Kementerian Luar Negeri )

14. PR-1312-U56794

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa agar diwujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mencapai persetujuan semua pihak agar Kalimah Allah hanya boleh digunapakai di dalam konteks agama Islam dan tidak boleh dibahas secara terbuka untuk kepentingan politik mana-mana pihak."

( Perdana Menteri )

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 31

15. PR-1312-U55173 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai golongan belia di negara ini terutama sekali dari golongan graduan yang masih tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan. Dan mengambil maklum juga, bahawa kebanyakan golongan graduan ini sedang menghadapi masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman mereka terutama sekali pinjaman perbadanan tabung pendidikan negara-PTPTN dan berisiko untuk disenaraihitamkan dalam sistem CRISS. Dan mengambil maklum juga bahawa, walaupun terdapat banyak program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan, seperti Majlis Amanah Rakyat-MARA, Yayasan Inovasi Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan, namun masih ramai lagi kalangan belia kita yang tidak mengetahui mengenai dengan program tersebut, mungkin kerana kurangnya sebaran mengenai program tersebut. Dan mengambil maklum juga bahawa, ramai golongan belia di negara ini mempunyai minat ataupun hobi yang boleh dimanfaatkan secara positif bagi tujuan pengkomersilan sekiranya dikembangkan di mana sekali gus dapat menjana pendapatan negara. Maka, bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia terutama sekali golongan graduan, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi program keusahawanan berorientasikan minat atau hobi golongan belia tersebut, serta promosi terus kepada golongan sasar melalui pengkalan data Kerajaan terutama sekali pengkalan data para graduan."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Idustri )

16. PR-1312-U55107

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum kebelakangan ini ramai orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya kerana dengan mudah boleh memperolehi senjata api. Dan perasaan takut menghantui rakyat. Dewan ini menggesa pihak polis untuk menumpukan kepada isu ini agar suatu penyelesaian dapat diambil untuk membanteras kegiatan tembak-menembak ini. 125 syor-syor oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan kadar segera."

( Kementerian Dalam Negeri )

17. PR-1312-U56596

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membahaskan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan peranan Malaysia di dalam perundingannya."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

32 AUM DR 30/9/2013

18. PR-1312-U56602

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbincangkan perkembangan perhubungan kaum sejak Kemerdekaan Malaysia."

( Perdana Menteri )

19. PR-1312-U56986

Tuan Surendran a/l K. Nagarajan [ Padang Serai ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini telah mengambil perhatian bahawa tempoh notis berkenaan pertanyaan-pertanyaan (questions) menurut Peraturan 22(2) selama 14 hari bekerja sebelum mesyuarat dimulakan adalah tempoh yang terlalu panjang, tidak munasabah dan membantutkan keberkesanan sesi pertanyaan-pertanyaan sebagai suatu cara bagi memastikan akauntabiliti Kerajaan kepada Dewan ini; dan meminta Kerajaan membawa usul untuk meminda Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memendekkan tempoh notis kepada 2 hari sebelum hari bila mana pertanyaan itu akan dijawab."

( Perdana Menteri )

20. PR-1312-U55499

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (PAPA) untuk menaikkan fi pengambilan pekerja kepada RM6700 oleh majikan dan RM1800 oleh pekerja domestik. Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Kerajaan Malaysia-Indonesia, yang menetapkan fi tetap pada RM4,511; RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pekerja domestik jelas menunjukkan agensi pekerjaan mengaut keuntungan yang tinggi melalui pemerdagangan ini. Ia akan membawa kepada tangga gaji yang rendah kepada pekerja domestik untuk sekurang-kurangnya 6-9 bulan. Ianya juga bercanggah dengan Akta Pekerjaan (Artikel 24-8) yang menghalang majikan menolak gaji sehingga 50% dan bercanggah dengan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia di mana sekiranya gaji tidak dibayar untuk tiga bulan atau lebih, maka majikan boleh didakwa kerana eksploitasi."

( Kementerian Dalam Negeri )

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 33

21. PR-1312-U55500 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar segala projek pembangunan yang dibina di kawasan Bukit Gasing dihentikan agar hakisan tanah dan penduduk di kawasan pinggir bukit tidak hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun.”

( Kementerian Wilayah Persekutuan )

22. PR-1312-U56272

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasatan."

( Kementerian Dalam Negeri )

23. PR-1312-U56273

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

( Kementerian Pendidikan )

24. PR-1312-U56886

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan Malaysia selaku anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa agar membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya semua pelaku jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Mesir sekarang ini didakwa ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa."

( Kementerian Luar Negeri )

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

34 AUM DR 30/9/2013

25. PR-1312-U56893

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa Kerajaan meningkatkan usaha diplomatik di kalangan anggota ASEAN agar muafakat dapat dicapai untuk menangani krisis pencemaran alam sekitar yang kerap berulang setiap tahun. Kerajaan juga mengarahkan Pejabat Pendakwa Raya untuk mengkaji dan mengambil tindakan undang-undang dan seterusnya dibicarakan di mahkamah apabila berlaku isu pencemaran alam sekitar yang melintasi sempadan antarabangsa".

( Kementerian Luar Negeri )

26. PR-1312-U56896

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbahaskan komitmen Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi kepada petrol, bahan-bahan api, makanan dan barang-barang keperluan asas pada tahap yang memuaskan supaya inflasi dapat dikawal dengan berkesan".

( Kementerian Kewangan )

Page 35: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengurangkan kesesakan jalan raya di antara Bandar Lahad Datu dengan Bandar Sri Perdana. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan jalan

AUM DR 30/9/2013 35

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.

30.9.2013 (Isnin) 30.9.2013 (Isnin)

1. 2.

YB Datuk Madius Tangau (Tuaran) YB Puan Teo Nie Ching (Kulai)

1. 2.

Meminta kerajaan menyelesaikan Masalah Bekalan Elektrik Akibat Sistem Penjanaan Elektrik yang Tidak Mampan dan Sistem Transmission yang di takuk lama. Masalah Banjir Kilat di Kawasan Batu 19-Batu 21, Kulai

1. 2.

YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar