makro 1&2

Click here to load reader

Upload: hazryle

Post on 28-Jun-2015

524 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

makroekonomi

TRANSCRIPT

Bab 1 : PEMBOLEHUBAH MAKRO Pendapatan Negara / Keluaran NegaraPendapatan Negara Pendapatan Negara ialah jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun. Ia meliputi sewa, bunga bersih, upah, untung, dan pendapatan perusahaan persendirian. Keluaran Negara Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara. Kepentingan Kajian Pendapatan Negara / Keluaran Negara Petunjuk taraf hidup rakyat. Petunjuk pertumbuhan ekonomi negara. Petunjuk keberkesanan dasar ekonomi kerajaan. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara. Memberikan gambaran tentang

y y y y

keadaan peluang pekerjaan cara penggunaan faktor-faktor pengeluaran kadar pengangguran tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat.

Membolehkan unit perancang ekonomi mengambil tindakantindakan susulan.

Guna Tenaga dan PengangguranTenaga Buruh Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja. Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100% Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh Asal] x 100% Guna Tenaga Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara. Punca-punca pengangguran: Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang. Guna Tenaga = Tenaga Buruh Jumlah Penganggur Jumlah Penganggur Pertambahan guna tenaga bererti 1. Jumlah Penganggur menurun. 2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat. 3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll. Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100% Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga Asal] x 100% Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti 1. Kadar pengangguran menurun. 2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat. Pengangguran Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan. Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak mendapatkan pekerjaan. Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100% Penurunan kadar pengangguran bererti 1. kadar guna tenaga meningkat Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang. Kadar Pengangguran Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%. 1. Penggantian buruh dengan mesin. 2. kemunduran industri. 3. kemelesetan ekonomi dll.

2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat 3. pencapaian ekonomi meningkat. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk pengangguran geseran sahaja. Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran 1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara sentiasa meningkat. 2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi. 3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan kemakmuran masyarakat dan kebajikan penduduk.

1. lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh. 2. kenaikan kos pengeluaran. 3. kenaikan harga import. Kesan Inflasi terhadap ekonomi: 1. 2. 3. 4. 5. Menaikkan harga barangan eksport. Penurunan kuasa beli wang. Penurunan taraf hidup masyarakat. Penurunan pendapatan benar individu. Meningkatkan kos hidup masyarakat.

Kadar Inflasi dan Indeks Harga 1. Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat harga umum. 2. IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas perbandingan) ditetapkan sebagai 100. Jika IH tahun baru = 105, kadar inflasi = [(IH tahun baru IH tahun asal) / IH tahun asal] x 100% = 5/100 x 100% = 5%. Kepentingan Kajian Inflasi 1. Mengukur kestabilan tingkat harga umum. 2. Mengukur perubahan kos hidup.

InflasiDefinisi Inflasi Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh dan berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum. Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara. Punca-punca Inflasi:

Imbangan PembayaranImbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan aliran wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara. Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu dengan negara lain dalam setahun. Imbangan Pembayaran = Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan Kepentingan Kajian Imbangan Pembayaran Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara dengany

Pertumbuhan EkonomiPertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi. KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas. Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah sekolah dll. Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan pertambahan output dalam negara berkenaan) atau Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru KNK benar tahun asal) / KNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk pertambahan output di luar negara)

menambahkan rizab pertukaran asing negara.

Kurangan (Defisit) dalam imbangan pembayaran merugikan negara kerana :y y y

mengurangkan rizab pertukaran asing negara. menjejaskan kestabilan nilai mata wang. mengurangkan kegiatan ekonomi negara.

Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomi melalui kawalan langsung dll.

Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan pengaruh kesan inflasi. Kepentingan Kajian Pertumbuhan Ekonomi Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin bertambah. Pertumbuhan Kebajikan 1. Kenaikan taraf hidup masyarakat. 2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila pertambahan Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk). 3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas. 4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru PPK benar tahun asal) / PPK benar tahun asal] x 100%

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan 1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan taraf hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi peratus pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun. 2. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran (KDNK benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup masyarakat seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.

Bab 1 : DASAR MAKRO Matlamat Dasar Makroekonomi MalaysiaTerangkan tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia. [6] Tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia ialah: 1. Mencapai tingkat guna tenaga penuh o Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang daripada 5%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi. o Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya. o Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi. o Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan KNK potensi.

o

Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan inflasi yang terkawal dan berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran.

3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi o Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat. o Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. o Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat

Matlamat Dasar MakroekonomiMencapai Tingkat Guna Tenaga Penuh Guna tenaga penuh merujuk kepada : 1. keadaan di mana jumlah pengangguran adalah minimum dan jumlah pendapatan negara adalah tinggi. 2. keadaan di mana kadar pengangguran berada pada paras yang sangat rendah, iaitu kurang daripada 4%. 3. keadaan di mana semua faktor pengeluaran digunakan. Pencapaian tingkat guna tenaga penuh bererti : 1. keluaran negara akan mencapai tahap maksimum. 2. kebajikan masyarakat akan mencapai tahap maksimum

2. Mencapai kestabilan tingkat harga umum o Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi masalah kenaikan harga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%. o Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat.

3. Sumber ekonomi digunakan dengan cekap dan tiada pengangguran.

Kepentingannya:y y y y

Mengekalkan Kestabilan Tingkat Harga Umum Tingkat harga umum perlu berada pada paras stabil dan kadar inflasi kekal rendah dan terkawal. Kenaikan harga atau inflasi : 1. mengurangkan pendapatan benar/ menjejaskan kuasa beli wang. 2. menjejaskan eksport negara. 3. menjejaskan pertumbuhan ekonomi. 4. menurunkan tingkat kebajikan masyarakat. Kejatuhan harga atau deflasi :

meningkatkan taraf kebajikan penduduk, mewujudkan banyak peluang pekerjaan, mengatasi masalah pengangguran, mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Membaiki Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran diperbaiki dengan menambahkan jumlah eksport dan mengurangkan jumlah import. Imbangan pembayaran lebihan/ positif/ lebih baik : 1. menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. 2. meningkatkan rizab pertukaran asing sesebuah negara. Imbangan pembayaran defisit/ negatif/ merosot : 1. mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara.

1. menjejaskan tingkat pelaburan. Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Berterusan Pertumbuhan ekonomi menunjukkan kenaikan KDNK benar. Pertumbuhan ekonomi perlu mencapai kadar yang memuaskan dari tahun ke tahun dengan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Bentuk Dasar MakroekonomiDasar sebelah permintaan Dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui : Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi. Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi. Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran. Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan. Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.

Dasar Kewangan (Monetary Policy) Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk mengawal penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi. Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi. Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan mengembang, iaitu menambahkan penawaran wang dan mengurangkan kadar bunga dalam pasaran bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran. Dasar Kawalan Langsung Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga, kadar upah, eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan mengawal inflasi. Contohnya, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga maksimum ke atas barangan kawalan tertentu bagi mengatasi masalah inflasi. Dasar sebelah penawaran Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang

mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi penawaran dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi. Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar kerajaan melalui pencukaian dan galakan pelaburan yang cuba meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi meningkatkan penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi. Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu. Contoh dasar sebelah penawaran ialah insentif pengecualian cukai kepada pengeluar dan penurunan cukai import bagi input pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akan meningkatkan penawaran agregat. Kesannya, harga menurun dan pendapatan bertambah.

Bab 2 : KONSEP PNDPTN NGR Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)Definisi KDNK Keluaran dalam negara kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Penghitungan KDNK KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara. KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut milik negara itu atau milik negara asing. KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di negara itu (BL).

Keluaran Negara Kasar (KNK)Definisi KNK Keluaran Negara Kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Penghitungan KNK KNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau di luar negara. KNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran negara itu bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran beroperasi di negara itu atau di negara asing. KNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara itu dan juga di negara asing (YL). KNK = KDNK + PFBLN PFBLN merupakan nilai bersih pendapatan faktor milik negara setelah ditolak pendapatan faktor asing dalam negara.

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar NegaraPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Yb) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara nilai pendapatan faktor milik negara yang diterima daripada negara asing dengan nilai pendapatan faktor asing dalam negara. Yb merujuk kepada pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara ditolak dengan pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara.

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (YB) = Pendapatan Faktor Dari Luar Negara (YL) Bayaran Faktor Ke Luar Negara (BL) Apabila pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (YB) adalah postitf. Ini bermaksud KNK melebihi KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika yang banyak membuat pelaburan di luar negara.

Sebaliknya, jika pendapatan faktor pengeluaran milik negara lain yang digunakan di dalam negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (YB) adalah negatif. Ini bermaksud KNK kurang daripada KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara kurang maju yang banyak menerima pelaburan dari luar negara. KNK = KDNK + YB = KDNK + YL BL KDNK = KNK YB = KDNK YL + BL YB bernilai positif akan menyebabkan KNK melebihi KDNK. YB bernilai negatif akan menyebabkan KNK kurang daripada KDNK

Pendapatan negaraPendapatan Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Pendapatan Negara menunjukkan jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran barangan yang poduktif. Ia meliputi pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat, dan pendapatan perusahaan persendirian.

Konsep Nilai BersihSusut nilai Susust nilai merupakan keusangan nilai yang dialami barang modal.

Keluaran Negara Bersih (KNB)Definisi KNB Keluaran negara bersih ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai. Penghitungan KNB Nilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar.

KNB ditakrifkan sebagai KNK yang telah ditolak susut nilai (elaun penggunaan modal): KNB = KNK Susut Nilai Barang modal seperti mesin dan komputer digunakan untuk menambahkan daya pengeluaran dan jumlah keluaran. Apabila barang modal lama digunakan ataupun sudah rosak melalui masa, daya pengeluarannya dan jumlah keluaran negara akan berkurangan. KNB ialah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya. Penolakan susut nilai barang modal dalam perakaunan pendapatan negara akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang keluaran negara.

CTL CTL ialah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kerajaan secara tak langsung. Ia termasuk cukai eksport, cukai import, cukai perkhidmatan dll. CTL meningkatkan harga pasaran. SUB SUB ialah bantuan kewangan kepada pengeluar industri muda dan industri utama dalam negara. SUB mengurangkan harga pasaran. Kos Faktor (KF) Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada faktor-faktor pengeluaran; harga barangan yang belum dipasarkan. KF belum dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan belum ditolak subsidi (SUB).

Harga Pasar dan Kos FaktorHarga Pasar (HP) Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran. HP telah dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan telah ditolak subsidi (SUB).

KDNKHP = KDNKKF + CTL SUB KNKHP = KNKKF + CTL SUB KNBHP = KNBKF + CTL SUB KDNKKF = KDNKHP CTL + SUB KNKKF = KNKHP CTL + SUB KNBKF = KNBHP CTL + SUB

Jika kerajaan tidak bercampur tangan dalam istem pasaran bebas, maka tidak wujud CTL dan SUB, maka KDNKHP = KDNKKF KNKHP = KNKKF KNBHP = KNBKF

Indek harga bagi tahun asas, IH0 = 100. Ini bermakna tingkat harga umum tidak berubah. Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum (P) melalui masa kerana ia dikira mengikut harga tetap pada tahun asas. Ia hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah keluaran (Q). Penghitungan pendapatan negara mengikut harga tetap ialah penghitungan pendapatan negara benar, iaitu jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara. Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf hidup rakyat. Y0 = IH0 IH1 Y1 IH1 dinamakan pendeflasi atau pendeflator Semasa inflasi, IH1 > IH0. Semasa kemelesetan ekonomi, IH1 < IH0.

Pendapatan NominalPendapatan Nominal (Y1) Y1 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun semasa. Pendapatan negara mengikut harga semasa. Ia dipengaruhi oleh perubahan dalam kuantiti keluaran (Q) dan perubahan dalam tingkat harga umum (P).

Pendapatan BenarPendapatan Benar (Y0) Y0 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun asas. Pendapatan negara mengikut harga tetap. Tahun asas ialah satu tahun yang dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.

Keluaran Negara Nominal dan BenarKeluaran Negara Nominal Keluaran negara nominal ialah jumlah nilai keluaran negara yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun semasa. Nilai Keluaran Negara nominal diperoleh dengan mendarabkan kuantiti keluaran negara dengan harga keluaran. Keluaran Negara Benar Keluaran Negara Benar ialah jumlah nilai keluaran negara yang diukur berdasarkan nilai harga suatu tahun asas. Nilai Keluaran Negara benar diperoleh dengan mengukur nilai keluaran negara bagi tahun semasa pada nilai harga tetap suatu tahun asas tertentu. Nilai Keluaran Negara Benar tidak dipengaruhi oleh kenaikan tingkat harga umum.Rumus Mengira Keluaran Negara Benar

Tahun

Keluaran Negara Nominal (RM juta)

Indeks Harga Pengguna

Keluaran Negara Benar (RM juta) (600/100) 100 = 600 (750/120) 100 = 625

1

600

100

2

750

120

Keluaran Negara Benar telah meningkat sebanyak [(625 600)/600] 100% = 4.17% pada tahun 2. Ini menunjukkan pertambahan dalam kuantiti barangan dan bukannys kenaikan tingkat harga umum.

Keluaran Negara Benar = (Indeks harga tahun asas / Indeks harga tahun semasa) Keluaran Negara NominalKaedah Jadual Menghitung Keluaran Negara Benar

Konsep Pendapatan IndividuPendapatan Persendirian / Perseorangan (PP) Pendapatan Persendirian / Perseorangan ialah jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif. Ini termasuk Pendapatan Faktor seperti sewa, bunga bersih, upah dan gaji, untung kepada pengusaha dan pendapatan perusahaan persendirian. Bayaran Pindahan (bayaran bukan atas sumbangan faktor pengeluaran produktif) seperti bayaran pencen, biasiswa, zakat, elaun pengangguran. elaun suri rumah, bunga atas pinjaman kerajaan, dan bunga atas pinjaman pengguna. Bunga atas modal (bunga bersih) yang diguna pakai dalam penghitungan pendapatan negara tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna kerana kedua-dua bunga ini bukan bertujuan untuk membuat pelaburan / tabungan, iaitu tidak menyumbang kepada tambahan keluaran negara. Namun kedua-dua jenis bunga ini perlu dicampurkan dalam akaun PP kerana merupakan pendapatan kepada individu yang telah mengeluarkan pinjaman kepada pihak-pihak berkenaan.

Pendapatan negara mengambil kira untung yang dibahagikan (dividen dll), untung yang tidak dibahagikan (rizab syarikat dll), dan cukai keuntungan syarikat. Namun begitu, hanya untung yang dibahagikan (keuntungan kepada individu yang menyumbangkan modal) akan diambil kira dalam penghitungan PP. Untung yang tidak dibahagikan dan cukai keuntungan syarikat ditolak daripada akaun PP kerana tidak dibayar kepada individu yang telah menyumbangkan modal dalam perniagaan firma untuk tujuan perbelanjaan semasa. Caruman KWSP bukan Pendapatan Persendirian kerana caruman ini tidak boleh digunakan oleh individu selagi tidak dikeluarkan. Hubungan Antara Pendapatan Negara dengan Pendapatan Persendirian: Pendapatan Negara = Pendapatan persendirian + Untung tidak dibahagikan + Cukai keuntungan syarikat + Caruman KWSP Bayaran pindahan Bunga atas pinjaman kerajaan Bunga atas pinjaman pengguna

Pendapatan Persendirian = Pendapatan Negara + Bayaran pindahan + Bunga atas pinjaman kerajaan + Bunga atas pinjaman pengguna Untung tidak dibahagikan Cukai keuntungan syarikat Caruman KWSP

Pendapatan Boleh Guna (Yd)Pendapatan Boleh Guna ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara setelah ditolak cukai pendapatan perseorangan. Pendapatan Boleh Guna boleh digunakan untuk perbelanjaan dan tabungan. Pendapatan Boleh Guna ialah Pendapatan Perseorangan yang dapat dibelanjakan oleh isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan selepas ditolak cukai pendapatan perseorangan dalam satu jangka masa tertentu. Rumus Menghitung Pendapatan Boleh Guna Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan Perseorangan Cukai Pendapatan Perseorangan Menghitung Pendapatan Boleh Guna Dengan Kaedah Jadual

Butiran Upah dan gaji Bunga bersih Sewa Pendapatan perusahaan persendirian Dividen Untung tidak dibahagikan Cukai keuntungan syarikat Pendapatan Negara (+) Bayaran Pindahan (+) Bunga pinjaman kerajaan (+) Bunga pinjaman pengguna () Untung tidak dibahagikan () Cukai keuntungan syarikat () Caruman KWSP

RM juta 640 260 100 120 140 80 150 1,490 500 200 150 140 80 150

Pendapatan Perseorangan 1,970 () Cukai pendapatan perseorangan 1,120 Pendapatan Boleh Guna 850 Berdasarkan jadual, Pendapatan Negara hanya mengambil kira pendapatan yang diterima oleh faktor produktif sahaja, iaitu sebanyak RM1,490 juta. Pendapatan Perseorangan mengambil kira semua pendapatan yang sebenarnya diterima oleh penduduk tanpa mengira sama ada pendapatan tersebut diterima daripada faktor produktif atau faktor tidak produktif, iaitu sebanyak RM1,970 juta. Pendapatan Boleh Guna sebanyak RM850 juta diperoleh dengan menolak cukai pendapatan perseorangan (RM1,120 juta) daripada Pendapatan Perseorangan (RM1,970 juta).

Pendapatan Per KapitaPendapatan Per Kapita (PPK) Pendapatan Per Kapita ialah pendapatan purata pendudukpenduduk dalam sebuah negara pada tahun tertentu. Rumus Mengira Pendapatan Per Kapita Pendapatan per kapita bagi sesebuah negara diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang sama. Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk Sebagai contoh, jika pendapatan negara M pada satu tahun berjumlah RM1,000,000 dan jumlah penduduk ialah 1,000 orang, maka Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk = RM1,000,000 / 1,000 = RM1,000

Kelemahan Pendapatan Per Kapita sebagai Pengukur Taraf Kebajkan 1. Ia tidak mengambil kira corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat. Walaupun pendapatan per kapita benar meningkat, taraf hidup rakyat tidak meningkat jika corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat adalah tidak setara. 2. Ia tidak mengambil kira kualiti barang. Jika pendapatan per kapita benar meningkat tetapi kualiti barang jatuh, maka pertumbuhan kebajikan (taraf hidup) masyarakat akan jatuh. 3. Ia tidak mengambil kira kesan luaran yang negatif. Jika pendapatan per kapita benar meningkat, pertumbuhan kebajikan masyarakat akan jatuh jika berlaku masalah pencemaran dalam ekonomi. Kesan luaran yang negatif akan merosakkan alam sekitar dan menjejaskan taraf hidup masyarakat.

Berdasarkan contoh, pendapatan per kapita negara M bernilai RM1,000, bermaksud pendapatan purata bagi setiap penduduk pada tahun itu ialah RM1,000 setahun.

Keluaran Negara Kasar (KNK) Benar Per KapitaDefinisi Jumlah nilai keluaran berdasarkan harga tetap bagi setiap penduduk dalam sesebuah negara. KNK Benar per kapita = KNK benar / Jumlah penduduk KNK benar per kapita dihitung dengan membahagikan nilai KNK benar dengan jumlah penduduk sesebuah negara bagi satu tahun tertentu. Contoh: KNK nominal = RM10,000 juta Indeks harga semasa = 110 Jumlah penduduk =15 juta KNK benar = 10,000 100/110 = RM9090.9 juta KNK benar per kapita = RM9090.9 juta/15 juta = RM606.06 Tujuan menghitung KNK benar per kapita 1. Menggambarkan taraf hidup rakyat sesebuah negara. Semakin tinggi KNK benar per kapita, semakin tinggi taraf hidup rakyat negara tersebut.

2. Membandingkan taraf hidup antara negara.

3. Menggambarkan pertumbuhan kebajikan masyarakat dari tahun ke tahun.

Kadar Pertumbuhan Kebajikan Masyarakat = KNK benar per kapita1 KNK benar per kapita0 KNK benar per kapita0

di mana, KNK benar per kapita1 = KNK benar per kapita pada tahun semasa KNK benar per kapita0 = KNK benar per kapita pada tahun sebelumnya

Rumus-Rumus PentingKNKkf = KDNKhp + PFBLN CTL + Subsidi KNBhp = KDNKhp + PFBLN Susut nilai

Bab 2 : KAEDEH PRHITUNGAN PNDPTN NEGARAKaedah Keluaran Kaedah keluaran ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua firma dalam ekonomi. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK. Kaedah Pendapatan Kaedah pendapatan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan pendapatan faktor yang diterima oleh semua faktor pengeluaran. Perakaunan berasaskan Pendapatan Negara. Kaedah Perbelanjaan kaedah perbelanjaan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan semua perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.

Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa setahun. Untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh sektor-sektor ekonomi .

Di Malaysia, hanya Kaedah Keluaran (nilai ditambah) dan Kaedah Perbelanjaan diamalkan dalam penghitungan pendapatan negara.

Konsep Nilai Ditambah Dalam kes pengiraan nilai ditambah (tanpa barang import)

Nilai Ditambah = Nilai Barang AkhirKeluaranKeluaranNilai Keluaran (RM)Nilai ditambah (RM)Barang

Dalam kes pengiraan nilai ditambah (dengan barang import) Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir Nilai Barang Import Nilai Keluaran (RM) 100 200 300 600 Nilai ditambah (RM) 100 100 = 0 200 100 = 100 300 200 = 100 200

Jenis Keluaran Jenis Keluaran Barang Perantaraan Barang Perantaraan Barang Akhir Jumlah (RM) Keluaran Nilai Keluaran (RM) 100 200 300 600 Nilai ditambah (RM) 100 0 = 100 200 100 = 100 300 200 = 100 300 Barang Import Barang Perantaraan Barang Akhir Jumlah (RM)

Keluaran

Gandum Tepung gandum Roti

Gandum Tepung gandum Roti

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM300 (100 + 100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir, iaitu roti bernilai RM300. Nilai barang perantaraan (barang yang perlu diproses selanjutnya) tidak dicampurkan untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali.

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM200 (100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir tolak nilai barang import (gandum), bernilai RM200 (300 100). Nilai barang import (barang yang dibeli dari negara asing) ditolak kerana kaedah keluaran hanya mengambil kira nilai keluaran dalam negara sahaja. Nilai ditambah dihitung untuk mengelakkan maslah pengiraan dua kali yang menjejaskan ketepatan data pendapatan negara.

Jadual Menunjukkan Penghitungan Pendapatan Negara Melalui Kaedah KeluaranSektor RM juta 1,200 800 1,500 1,000 700 800 600 500 1,800 900 800 1,000

Penghitungan Pendapatan Negara Dengan Kaedah KeluaranDi Malaysia, keluaran negara mengambil kira sumbangan nilai ditambah 10 sektor ekonomi mengikut 3 kategori : Sektor Utama Pertanian, perhutanan, dan perikanan. Perlombongan dan kuari. Sektor Peringkat Kedua Perkilangan/ pembuatan pembinaan Sektor Peringkat Ketiga (Perkhidmatan) Elektrik, gas dan air. Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran. Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan. Perkhidmatan kerajaan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain. Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi dalam negara bagi setahun dinamakan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp). Penghitungan KDNKhp adalah mengikut harga tetap (KDNK benar). KDNKhp Malaysia diperoleh apabila nilai ditambah semua sektor ekonomi dijumlahkan, kemudian ditolak bayaran perkhidmatan bank dan ditambah cukai import.

Pertanian, perhutanan dan perikanan Perlombongan dan kuari Perkilangan Pembinaan Elektrik, air dan gas Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan Perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran Kewangan, insurans dan hartanah Perkhidmatan awam Perkhidmatan lain Tolak: Bayaran perkhidmatan bank Campur: Cukai import keluaran Dalam Negara Kasar mengikut harga pasaran (KDNKhp)

10,000

Berdasarkan jadual, nilai KDNKhp sebanyak RM10,000 merupakan Pendapatan Negara bagi tahun berkenaan.

Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai barang perantaraan dalam sektor kewangan. Item ini ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali. Cuti import merupakan cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran bagi barangan keluaran. Item ini ditambah dalam penghitungan KDNKhp.

Kaedah Pendapatan (Bayaran Faktor)Konsep Kaedah PendapatanPendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua pendapatan faktor di sesebuah negara untuk tempoh setahun. Ini termasuk 1. Gaji dan upah kepada buruh termasuk gaji bulanan, komisen, bonus dll. 2. Sewa kepada tanah termasuk sewa kebun, sewa kilang, sewa rumah dll. 3. Bunga bersih kepada modal termasuk faedah tabungan di bank perdagangan dan faedah sumbangan modal dalam perniagaan. Tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna. 4. Keuntungan kepada pengusaha syarikat. 5. Pendapatan perusahaan persendirian kepada pengusaha kecil termasuk milikan perseorangan, perkongsian dan koperasi. Bayaran pindahan tidak diambil kira kerana tidak bersifat produktif, iaitu tidak menyumbangkan sebarang barang dan perkhidmatan dalam kegiatan ekonomi. Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf ). Kaedah Pendapatan jarang digunakan di sesetengah negara (termasuk Malaysia) kerana masalah pengumpulan maklumat.

Kelebihan Kaedah Keluaran1. Dapat mengesan punca keluaran negara mengikut sektor ekonomi. 2. Dapat membandingkan pencapaian setiap sektor ekonomi berdasarkan peratus sumbangannya kepada KDNK negara itu. 3. Dapat menghitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan data KDNK benar.

Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)Konsep Kaedah PerbelanjaanPendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk : 1. Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (G) 2. Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (C) 3. Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan ke atas mesin dan jentera. (I) 4. Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta ke atas mesin dan jentera. (I) 5. Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)( i) 6. Eksport Bersih (Xn) = Eksport Import 7. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara YB = YL BL Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) KNKhp = C + I + G + X M + i + Y B

BAB 2 : DATA KELUARAN MLYSIA Terangkan tiga kegunaan data pendapatan negara..........[6]Tiga kegunaan data pendapatan negara ialah

Alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor ekonomi Dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran, sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat diukur. Berdasarkan sumbangan setiap sektor, kepentingan setiap sektor terhadap pertumbuhan ekonomi negara dapat ditentukan. Di samping itu, data pendapatan negara juga dapat menunjukkan kadar pertumbuhan jumlah keluaran setiap sektor dari tahun ke tahun, iaitu sama ada meningkat atau merosot berbanding dengan tahun sebelumnya. Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi Dengan membandingkan data pendapatan negara benar antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya, kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur. Sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi meningkat, ini bermakna kegiatan ekonomi negara tersebut semakin baik. Sebaliknya, jika kadar pertumbuhan ekonomi menurun, ini bermakna kegiatan ekonomi negara tersebut merosot. Setiap negara akan berusaha untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan menjalankan dasar-dasar tertentu.

Asas membuat perancangan ekonomi Data pendapatan negara pada masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi sesebuah negara. Maklumat ini dapat digunakan sebagai asas untuk membuat ramalan tentang kadar pertumbuhan ekonomi yang akan dicapai pada masa depan, perkembangan pelaburan dan eksport serta jangkaan pertumbuhan guna tenaga.

Perubahan Struktur Ekonomi MalaysiaKajian perubahan struktur ekonomi Malaysia perlu dibuat berdasarkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia melalui masa. Berkaitan dengan perkembangan guna tenaga di Malaysia, kadar pengangguran adalah pada paras yang rendah dan terkawal. Sektor pembuatan dan perkhidmatan bukan kerajaan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan guna tenaga di Malaysia sejak tahun 1980-an. Malaysia mampu mengharungi cabaran perkembangan ekonomi global yang semakin menurun sejak awal tahun 2001 kerana struktur ekonomi yang lebih pelbagai (diversified). Malaysia tidak semata-mata bergantung pada industri elektronik untuk menjana pertumbuhan. Asas sektor pembuatan Malaysia kini lebih luas. Selain itu, ekonomi Malaysia telah maju ke arah kegiatan berasaskan pengetahuan sebagai punca pertumbuhan baru. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah meletakkan asas bagi membawa negara ke arah perkembangan dalam era ke-21. Meskipun persekitaran luaran kian sukar, asas struktur ekonomi Malaysia masih kukuh dengan pertumbuhan ekonomi mulai tahun 2002 dijana oleh sektor domestik melalui peningkatan penggunaan dan pelaburan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan mahupun sektor pertanian dan perhutanan dll.

Struktur Ekonomi MalaysiaSektor Utama Merangkumi sektor-sektor pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan, dan perlombongan yang mengeluarkan bahan mentah. Sektor Peringkat Kedua Terdiri daripada sektor perkilangan dan pembinaan yang memproses bahan mentah untuk menjadi barang separuh siap atau barang siap. Sektor Peringkat Ketiga Merangkumi pelbagai sektor perkhidmatan seperti elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perkhidmatan kerajaan dll.

Sumbangan Sektor UtamaStatus Sumbangan Sumbangan sektor utama kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia telah semakin berkurangan semenjak tahun 1970. Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pertanian dan perhutanan adalah rendah, iaitu sebesar 4.4% dan 0.5% sahaja mengikut RRJP1 (1971-1990) dan RRJP2 (1991-2000) masing-masing. Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan 3.5%.

pembekalan makanan kepada rakyat tempatan serta sumber bahan mentah yang penting kepada pertumbuhan sektor perindustrian dalam negara.

Sumbangan Sektor Peringkat KeduaStatus Sumbangan Sumbangan Sektor Peringkat Kedua (terutamanya sektor perkilangan) kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia telah semakin bertambah semenjak tahun 1970 dan telah menjadikannya sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa kini. Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pembuatan (perkilangan) adalah tinggi, iaitu sebesar 10.3% mengikut RRJP1 (1971-1990) dan 10.4% mengikut RRJP2 (1991-2000). Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (20012010) dianggarkan lebih rendah, ialah 8.3% kerana kemerosotan ekonomi Malaysia khasnya sektor kecil elektronik mulai awal tahun 2001. Peningkatan dalam sumbangan sektor pembuatan tidak dapat dielakkan kerana tingkat pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang lebih stabil dan lebih tinggi.

Sebab-Sebab Kemerosotan sumbangan sektor utama1. 2. 3. 4. 5. Ketidakstabilan harga komoditi utama. Daya pengeluaran yang rendah. Keupayaan menyerap guna tenaga yang rendah. Pendapatan yang lebih rendah. Kepupusan sumber asli.

Penurunan sumbangan sektor pertanian tidak dapat dielakkan kerana ketidakstabilan harga komoditi utama, kehausan sumber asli, dan daya pengeluaran yang lebih rendah. Namun begitu, Malaysia menegaskan dasar pembangunan seimbang dan bersepadu dalam sektor-sektor perkilangan dan pertanian untuk mencapai ekonomi yang lebih saksama. Ini kerana sektor pertanian adalah sangat penting sebagai sumber utama

Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor Peringkat Kedua1. 2. 3. 4. 5. Kestabilan harga barang perkilangan. Daya pengeluaran yang tinggi. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi. Pendapatan yang lebih tinggi. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.

Sebab-Sebab Sumbangan Sektor Perkilangan Terhadap KDNK Malaysia Semakin Meningkat1. Dasar Galakan Industri Berasaskan Eksport Berlakunya perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan sektor perkilangan berorientasikan eksport, contohnya industri makanan, minuman dan tembakau kesan dasar galakan industri berasaskan eksport yang diperkenalkan pada tahun 1970-an. 2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri Berat Berlaku perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan pesat industri berat dan elektronik kesan pelan induk perindustrian dan dasar industri berat yang diperkenalkan pada tahun 1980-an. 3. Dasar Galakan Pelaburan Asing dan Perkembangan Pesat Sektor berasaskan Elektrik dan Elektronik Berlaku perkembangan sektor perkilangan disebabkan pertumbuhan pesat sektor berasaskan pertumbuhan pesat sektor berasaskan elektrik dan elektronik pada tahun 1990 an kesan dasar galakan pelaburan asing dan perkembangan pesat sektor berasaskan elektrik dan elektronik.

Faktor-Faktor Perkembangan Sektor Perkilangan Di Malaysia1. Galakan Kerajaan Galakan Pelaburan seperti pengecualian cukai pendapatan dan cukai input dan kemudahan infrastruktur. 2. Kestabilan Politik dan Ekonomi Ini menggalakkan pelaburan terutamanya dalam sektor perkilangan yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi. 3. Pertambahan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Kemasukan FDI yang banyak ke sektor perkilangan meningkatkan keupayaan pengeluaran dan jumlah keluaran. 4. Perkembangan Industri Sokongan Sokongan institusi kewangan telah menambahkan modal pinjaman kepada sektor perkilangan. Perkembangan jaringan pengangkutan yang baik juga menggalakkan perkembangan sektor perkilangan.

Kebaikan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan1. Keluaran Negara dan Pendapatan Negara meningkat dengan lebih cepat. Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat. 2. Peluang pekerjaan bertambah dan Pengangguran berkurangan. Sektor perkilangan dapat menyerap ramai guna tenaga. 3. Eksport negara meningkat. Peningkatan mendadak eksport barang elektronik dan elektrik serta tekstil. 4. Ekonomi negara menjadi lebih stabil. Harga barang perkilangan lebih stabil berbanding harga komoditi utama. 5. Kemasukan Teknologi moden Perpindahan teknologi asing akibat pertambahan pelaburan asing.

Keburukan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan1. Berlakunya defisit akaun semasa. Bayaran pendapatan pelaburan asing dan bayaran import barangan meningkat. 2. Inflasi mungkin berlaku. Inflasi tolakan kos akibat kenaikan upah ketika guna tenaga penuh. 3. Kemasukan pekerja asing yang banyak. Permintaan tenaga buruh yang banyak menyebabkan sektor perkilangan mengambil ramai pekerja asing atas dasar meminimumkan bayaran upah.

Sumbangan Sektor Peringkat KetigaStatus Sumbangan Sumbangan sektor peringkat ketiga kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia tetap merupakan sumbangan terbesar semenjak tahun 1970, iaitu di sekitar 40%-48% pada ahun 1970-2000. Peningkatan dalam sumbangan sektor perkhidmatan tidak dapat dielakkan kerana tingkat pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang lebih stabil dan lebih tinggi.

Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor Peringkat Ketiga1. 2. 3. 4. 5. Kestabilan harga barang perkhidmatan. Daya pengeluaran yang tinggi. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi. Pendapatan yang lebih tinggi. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.

BAB 2 : MASALAH PRHITUNGAN PNDPTN NGR

Masalah Penentuan Harga BarangHarga barang cenderung berubah dari semasa ke semasa dan berbeza antara tempat dalam sesebuah negara. Jadi, sukar untuk menentukan harga barang yang tepat bagi menghitung nilai keluaran yang disumbangkan oleh setiap sektor dalam ekonomi.

Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor perkhidmatan adalah tinggi, iaitu sebesar 8% dan 8.3% mengikut RRJP1 (19711990) dan RRJP2 (1991-2000) masing-masing. Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan 8.4%.

Masalah Pengumpulan MaklumatSemasa penghitungan Pendapatan Negara, masalah pengumpulan data cenderung timbul. Misalnya, nilai pertukaran barter, pendapatan daripada aktiviti haram dan data susut nilai sukar diperoleh. Oleh itu, data Pendapatan Negara tidak dapat dihitung dengan tepat. Sesetengah negara sedang membangun dan negara kurang maju tidak mempunyai maklumat tepat tentang kegiatan ekonomi mereka.

Masalah Pengiraan Kegiatan Haram1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif dianggap sebagai kegiatan haram, dan tidak dicampurkan dalam akaun pendapatan negara sesetengah negara. 2. Kegiatan haram ini termasuk pelacuran, perjudian,penanaman dan penjualan ganja dll.

Masalah pengiraan dua kali selalunya wujud kerana sukar untuk membezakan barang akhir dengan barang perantaraan. Jika nilai kedua-dua barang akhir dan barang perantaraan dicampurkan, ini akan berlaku masalah nilai pendapatan negara dibesarkan.

Masalah Pengiraan Kegiatan Yang Tidak Dibayar Dengan Wang1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif tidak dibayar dengan wang. Ini termasuk kegiatan gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter, penggunaan bangunan pemilik untuk tujuan pengeluaran atau perniagaan, bayaran upah dalam bentuk bukan wang, dan perkhidmatan suri rumah. 2. Kegiatan ekonomi seperti ini seharusnya diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara tetapi susah dilakukan.

Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan1. Bunga atas pinjaman kerajaan (satu bentuk bayaran pindahan) tidak boleh dicampurkan. 2. Perbelanjaan kerajaan keatas barang perantaraan tidak patut dicampurkan, contohnya bayaran upah kepada anggota tentera dan polis yang bertujuan melicinkan proses pengeluaran barangan.

Masalah Penentuan Nilai Perubahan Dalam Inventori1. Barang simpanan perusahaan terdedah kepada perubahan tingkat harga. Oleh itu, perubahan dalam inventori akan berlaku melalui masa. 2. Pembetulan nilai inventori perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah "lebih nlai" atau "kurang nilai" KNK. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir harga inventori dari semasa ke semasa.

Masalah Pengiraan Dua KaliKebanyakan barang perlu melalui beberapa proses pengeluaran sebelum menjadi barang siap atau barang akhir. Jadi, bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali, nilai barang perantaraan tidak harus dimasukkan dalam pengiraan Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran. Sebaliknya, hanya nilai barang akhir atau jumlah nilai ditambah sahaja yang perlu dimasukkan semasa mengira Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran.

Masalah Penentuan Susut Nilai1. Modal fizikal tetap seperti bangunan kilang, mesin dan kenderaan mengalami kerosakan dalam proses pengeluaran. 2. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir nilai susut nilai modal fizikal tetap. Ini menyulitkan pengiraan pelaburan bersih (iaitu pelaburan kasar susut nilai) dan seterusnya pengiraan Keluaran Negara Bersih.

Namun begitu, keluaran negara dan perbelanjaan negara juga boleh meningkat jika tingkat harga umum telah naik, sementara jumlah barangan tetap tidak berubah. Untuk menghapuskan kesan perubahan tingkat harga umum, pendapatan negara benar (pendapatan negara mengikut harga tetap) digunakan. Y0 = IH0 / IH1 x Y1 di mana Y0 = pendapatan negara benar Y1 = pendapatan negara mengikut harga semasa IH0 = indeks harga pengguna tahun asas IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa

BAB 2 : KELEMAHAN DLM MGGUNAKAN DATA PNDPTN NGR

Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui MasaPerbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa bertujuan untuk menentukan sama ada taraf hidup rakyat telah meningkat atau menurun melalui masa. Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat tidak diambil kira:1. Perubahan dalam tingkat harga umum Taraf hidup sesebuah negara akan meningkat apabila jumlah barangan yang dinikmati oleh rakyat bertambah. Ini ditunjukkan oleh kenaikan dalam nilai keluaran negara dan perbelanjaan negara. 2. Perubahan dalam jumlah penduduk Jika jumlah penduduk negara bertambah dengan kadar yang lebih besar daripada kadar kenaikan pendapa tan negara, taraf hidup rakyat akan menurun. Untuk menghapuskan kesan perubahan jumlah penduduk, pendapatan per kapita (PPK) digunakan. PPK =Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk

3. Perubahan dalam kualiti barang

Perbandingan nilai pendapatan negara antara dua tahun yang berlainan tidak menggambarkan perubahan dalam kualiti barang yang turut menmpengaruhi taraf hidup. Peningkatan kualiti barang pada lazimnya akan membawa kepada kenaikan tingkat harga umum. Dalam kes ini, peningkatan tingkat harga umum akibat peningkatan kualiti barangan tidak menjejaskan taraf hidup rakyat. Untuk mengatasi masalah perbandingan pendapatan negara melalui masa, perubahan tingkat harga umum akibat perubahan kualiti barang harus dipastikan.

5. Perubahan-perubahan lain Perubahan dalam jenis keluaran negara Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan barang pengguna akan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan senjata api tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana tidak memberi faedah/utiliti kepada pengguna secara langsung. Perubahan dalam masa kerja dan masa rehat pekerja Jika pertambahan keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa kerja pekerja, taraf hidup rakyat tidak meningkat. Jika penurunan dalam keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa rehat pekerja, taraf hidup rakyat tidak semestinya menurun. Perubahan dalam eksternaliti negatif Jika peningkatan dalam pendapatan negara turut mengakibatkan masalah pencemaran alam sekitar, menjejaskan kesejahteraan semulajadi dll, taraf hidup rakyat tidak naik.

4. Perubahan dalam pengagihan pendapatan Perubahan pendapatan negara melalui masa tidak menunjukkan sama ada pengagihan pendapatan menjadi lebih setara atau kurang setara. Pengagihan pendapatan yang lebih setara melalui masa bermaksud taraf hidup rakyat negara telah meningkat.

Masalah Perbandingan Pendapatan negara Antara Negara-NegaraPerbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara bertujuan membandingkan taraf hidup rakyat di antara negaranegara yang berlainan. Masalah Perbandingan Pendapatan Negara di antara negaranegara wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat negara maju dan kurang maju tidak diambil kira:1. Perbezaan dalam jumlah penduduk Perbandingan nilai pendapatan negara antara negara negara maju dan kurang maju adalah kurang tepat jika faktor jumlah penduduk tidak diambil kira. Ukuran Pendapatan Per Kapita (PPK) merupakan pengukur yang lebih tepat untuk membandingkan taraf hidup di antara negara-negara.

Negara kurang maju selalu membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran barang pengguna dan barang modal yang membawa manfaat kepada rakyat secara langsung. Nilai pendapatan negara yang rendah tidak semestinya bermakna taraf hidup rakyat adalah rendah. Perbandingan pendapatan negara harus men gambil kira perbezaan dalam komposisi keluaran.

3. Perbezaan dalam penaksiran butir-butir pendapatan negara Sesetengah negara mengambil kira pelacuran dan perjudian dalam penghitungan pendapatan negara. Sesetengah negara menganggapnya sebagai kegiatan haram. Sesetengah negara mengambil kira bayaran pindahan kerajaan sebagai komponen pendapatan negara tetapi negara-negara lain tidak.

2. Perbezaan dalam Komposisi Keluaran Negara maju seperti Amerika Syarikat membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran senjata api dan ujian angkasa lepas yang tidak memberi faedah/utiliti kepada rakyat secara langsung. Oleh itu, nilai pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna taraf hidup adalah tinggi.

Oleh itu, butir-butir pendapatan negara harus dikenalpasti apabila membuat perbandingan pendapatan negara di antara negara-negara.

4. Perbezaan Dalam tingkat harga umum Negara maju mempunyai tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara kurang maju. Keadaan ini menyebabkan negara maju mempunyai nilai pendapatan negara yang lebih tinggi daripada negara kurang maju. Untuk mengatasi masalah perbezaan tingkat harga umum, pendapatan negara benar harus dibandingkan.

6. Perbezaan dalam pengagihan pendapatan Perbezaan dalam pengagihan pendapatan harus diambilkira apabila membandingkan pendapatan negara di antara negara-negara.

7. Perbezaan dalam nilai mata wang Untuk mengatasi masalah ini, nilai pendapatan negara yang hendak dibandingkan harus dilakukan berdasarkan sebutan mata wang yang sama.

5. Perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang Kebanyakan kegiatan produktif di negara maju seperti membersihkan rumah, membasuh baju, dan memotong rumput dilakukan oleh pekerja yang diupah dengan wang. Ini meninggikan nilai pendapatan negara di negara maju. Kebanyakan kegiatan produktif di negara kurang maju dilakukan sendiri / tidak dibayar dengan wang. Ini merendahkan nlai pendapatan negara di negara kurang maju. Untuk membuat perbandingan taraf hidup di antara negara-negara, perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang harus dikenalpasti.

8. perbezaan-perbezaan lain - Perbezaan dalam jumlah masa kerja dan masa rehat - Perbezaan dalam eksternaliti negatif - Perbezaan kestabilan politik dan sosial

Kelemahan KNK Mengukur Taraf Hidup RakyatMenurut ahli ekonomi, taraf hidup sesebuah negara dapat diukur dengan menggunakan KNK. Biasanya, negara yang mempunyai nilai KNK yang tinggi akan menikmati taraf hidup yang tinggi, dan sebaliknya, negara yang mempunyai nilai KNK yang rendah akan menikmati taraf hidup yang rendah. Namun, penggunaan nilai KNK untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara mempunyai beberapa kelemahan:

Perbezaan Corak Agihan PendapatanTaraf hidup penduduk sesebuah negara juga bergantung pada corak agihan pendapatan dalam negara tersebut. Agihan pendapatan yang lebih sama rata membolehkan KNK dikongsi dengan lebih saksama antara penduduk. Sebaliknya, agihan pendapatan yang tidak sama rata menyebabkan sebahagian besar KNK dinikmati segelintir penduduk sahaja. Jadi, negara yang mempunyai KNK yang tinggi tidak semestinya menggambarkan taraf hidup penduduk yang tinggi jika agihan pendapatan dalam negara tersebut adalah tidak sama rata.

Perbezaan Tingkat Harga UmumKenaikan KNK boleh disebabkan kenaikan tingkat keluaran atau kenaikan tingkat harga umum dalam sesebuah negara. Oleh itu, negara yang mengalami tingkat harga umum yang tinggi akibat masalah inflasi tidak semestinya menikmati taraf hidup yang tinggi walaupun nilai KNK negara tersebut lebih tinggi daripada negara lain. Oleh itu, untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara dengan lebih tepat, konsep KNK benar perlu digunakan. KNK benar = (Indeks harga tahun asas/Indeks harga tahun semasa) KNK nominal

Perbezaan Komposisi KNKTerdapat negara yang mengalami kenaikan KNK kerana menjalankan aktiviti yang tidak menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk seperti perjudian dan pelacuran. Oleh itu, bagi menjamin kenaikan KNK menyumbang kepada kenaikan taraf hidup penduduk sesebuah negara, komposisi KNK harus meliputi pendapatan daripada aktiviti yang memanfaatkan rakyat negara tersebut seperti perbelanjaan pembangunan.

BAB 2 : KEGUNAAN DATA PNDPTN NGR

Kegunaan Nilai Pendapatan Negara1. Mengukur Pendapatan Per Kapita (PPK) = Pendapatan negara / Jumlah penduduk

Kegunaan Data PPK1. Mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun. 2. Membandingkan taraf hidup negara bagi dua tempoh masa. 3. Membandingkan taraf hidup di antara negara itu dengan negara lain. 4. Dijadikan panduan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa bagi menentukan jumlah bantuan kewangan/ pinjaman kepada negara negara miskin.

2. Mengukur Pendapatan Negara Benar (Y0) = IH0 / IH1 x Y1 di mana Y0 = pendapatan negara benar Y1 = pendapatan negara mengikut harga semasa IH0 = indeks harga pengguna tahun asas IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa

Lain-LainKegunaan Data Kadar Pertumbuhan EkonomiMenentukan prestasi pencapaian ekonomi bagi sesuatu tempoh.

3. Mengukur Pertumbuhan Ekonomi = (KDNK benar2 KDNK benar1) / KDNK benar 1 x 100%

Kegunaan Data Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Keluaran4. Mengukur Pertumbuhan Kebajukan = (PPK benar2 PPK benar1) / PPK benar 1 x 100%

Menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan sebagai petunjuk perubahan ekonomi. Ini membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang sesuai demin mencapai matlamat ekonomi yang ditetapkan.

Kegunaan Data Pendapatan Boleh GunaPetunjuk saiz pasaran kepada para pelabur tempatan dan asing kerana ia menggambarkan kuasa beli negara berkenaan.

Lain-LainData pendapatan negara yang merangkumi KDNK, jumlah pelaburan swasta dan awam, perbelanjaan penggunaan swasta dan awam dll membolehkan kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahun-tahun akan datang.