makmal pemonitoran drug terapeutik …h.usm.my/pharmacy/images/bukutdmlaters2019.pdfpegawai sains...

16
MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK (UPDT) JABATAN FARMASI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA HUBUNGI KAMI www.h.usm/pharmacy 097673000 ext 3429

Upload: others

Post on 06-Jun-2020

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK (UPDT)

JABATAN FARMASI

HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HUBUNGI KAMI

www.h.usm/pharmacy

097673000 ext 3429

Page 2: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

PENASIHAT

Pn Norita Abdul Hamid @ Jusoh

PENGERUSI

Tn Roslli Tuan Yusoff

AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN

Mohd Hasrul Hisham Semail En. Muhammad Azwan Hassan

En. Rozaimie Mohamad

PENERBIT Hospital Universiti Sains Malaysia

PENGHARGAAN Hospital Universiti Sains Malaysia

Jabatan Farmasi Unit Penerbitan

1

ED

ITO

RIA

L

Page 3: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

KA

ND

UN

GA

N

Mukasurat Editorial…………………………………………………1 Kandungan……………………………………………..2 Prakata Ketua Jabatan………………………………..3 Prakata Pengarah Makmal...…………………………4 Prakata Pengurus Kualiti……………………...……...5 Carta Organisasi Jabatan farmasi…………………...6 Struktur Organisasi Unit……………………………….7 Struktur Organisasi MS ISO 15189:2014……………8 Pengenalan……………………………………………..9 Fungsi………………………………………………….10 Kualiti…………………………………………………11-12 Waktu Perkhidmatan…………………………………12 Garis Panduan……………………………………….13-14

2

Page 4: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam

ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Aktiviti utama Unit Pemonitoran Drug Terapeutik (UPDT) ialah men-

gukur paras drug di dalam darah pesakit dan seterusnya mengesyorkan

pelarasan dos yang terbaik supaya kesan terapeutik maksima drug berke-

naan diperolehi dengan cepat tanpa risiko toksisiti. Kewujudan faktor-faktor

seperti julat terapeutik ubat yang sempit, kemungkinan berlaku interaksi ubat

dengan ubat lain, tindakbalas pesakit yang berbeza-beza dan sebagainya

menuntut perkhidmatan ini diadakan dengan sempurna. Peranan ini perlu

bagi mencapai matlamat perawatan terbaik kepada seseorang pesakit.

Walau bagaimanapun, akibat daripada beberapa kekangan hanya

paras ubat-ubat terpilih sahaja yang boleh diukur dan dibuat pemantauan.

Untuk medapatkan keputusan serta interpretasi yang tepat pula beberapa

perkara terutamanya maklumat mengenai pesakit dan dos ubat serta

ketepatan langkah pensampelan darah amat penting. Justeru, buku pan-

duan ini diharap dapat memastikan semua keperluan-keperluan berkenaan

dipatuhi. Tambahan pula penyebaran maklumat seperti ini sangat diga-

lakkan dalam proses pengurusan sistem kualiti berasaskan standard an-

tarabangsa. Semoga melalui usaha ini urusan perawatan pesakit akan men-

jadi lebih lancar, cekap dan berkesan.

3

PRAKATA KETUA JABATAN

Pn Norita Abdul Hamid @ Jusoh Ketua Pegawai Farmasi

Jabatan farmasi

Hospital Universiti Sains Malaysia

16150 Kubang Kerian, Kelantan.

Page 5: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

Assalamu’alaikum wbrth.,

Bismillahir-Rahmanir-Rahim, awal kata untuk mengangkat

kebesaran Allah swt dan sanjungan untuk Rasullulah saw semoga

dengan Nya dilimpahi keberkatan ke atas apa yang hamba Nya

lakukan di dunia ini.

Buku Panduan Perkhidmatan UPDT ini disediakan sebagai inisiatif

untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada unit-unit dan

wad-wad di Hospital USM agar mereka mendapat maklumat yang

tepat mengenai perkhidmatan pemonitoran drug, disamping ianya juga

menyenaraikan keperluan-keperluan untuk memohon perkhidmatan

yang dijalankan oleh UPDT. Melalui panduan ini diharapkan

perkhidmatan yang ditawarkan akan lebih efision dan memudahkan

kedua-dua pihak samada pelanggan dan pemberi perkhidmatan serta

meningkatkan lagi kualiti dan imej UPDT selaras dengan akreditasi MS

ISO 15189:2014 bagi lima jenis perkhidmatannya iaitu pemonitoran drug

Amikasin, Gentamisin, Vankomisin, Phenytoin dan ValproaicAcid

.

Panduan ini juga akan meningkatkan hasrat dan iltizam kami

untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan demi

mencapai tahap KPI yang telah diwar-warkan. Penghargaan dan

ucapan terima kasih tak terhingga juga kepada semua pihak yang

terlibat dalam penerbitan panduan ini, semoga usaha murni ini menjadi

sumbangan yang baik di dunia dan di akhirat.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum wbrth.

4

PRAKATA PENGARAH MAKMAL Tn Roslli Tuan Yusoff Timbalan Pengarah (Farmasi)

Jabatan Farmasi

Hospital Universiti Sains Malaysia

16150 Kubang Kerian,Kelantan

Page 6: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

Assalamualaikum wbrt.,

Segala pujian kepada Allah SWT. Dan selawat

dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Mudah-

mudahan Allah cucuri rahmat dan hidayah-Nya ke atas

kita semua.

Panduan ini ditulis atas kesedaran bahawa pent-

ingnya khidmat pelanggan dengan memberikan gam-

baran yang jelas tentang perkhidmatan asas yang dise-

diakan dalam satu sumber rujukan dan maklumat-

maklumat asas perkhidmatan Therapeutic Drug Monitor-

ing (TDM) di Unit Pemonitoran Drug Terapeutik (UPDT),

HUSM.

Saya berharap, semoga sedikit sebanyak

maklumat dalam buku ini dapat memberi panduan kepa-

da pelanggan dan dapat menghasilkan khidmat pelang-

gan yang berkesan juga berkualiti.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitannya.

“PERKHIDMATAN CEMERLANG PELANGGAN GEMILANG”

Wassalam.

5

Mohd Hasrul Hisham Semail Pegawai Farmasi

Jabatan Farmasi

Hospital Universiti Sains Malaysia

PRAKATA PENGURUS KUALITI

Page 7: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

Jabatan Farmasi

6

Carta Organisasi

En Mohd Roslan Muhammad Jamil (UF54)

Ketua Unit Unit Pendispensan Aseptik Dan

Radiofarmasi

En Mohd. Hanif Abdul Rahman (UF54)

Ketua Unit Unit Pentadbiran Dan Kewangan

Pn Hjh Noryati Muhammad Nur (UF54) Ketua Unit

Unit Stor Farmaseutikal

Tuan Roslli Tuan Yusoff (UF54) Ketua Unit

Unit Pemonitoran Drug Terapeutik Dan Penyediaan Farmaseutikal

Pn Hjh Zainon binti Omar (UF54)

Ketua Unit Unit Kawalan Inventori Dan Stor

Pn Hjh Khairul Bariah binti Jo-han (UF54) Ketua Unit

Unit Farmasi Klinikal & Maklumat

Puan Azrina Ariff (UF54) Ketua Unit

Unit Farmasi Bekalan Wad

Pn Hjh Asmalailey Mohamad (UF54)

Ketua Unit Unit Farmasi Pesakit Luar

Prof. Dato’ Dr Ahmad Sukari bin Halim

Pengarah Kampus

Pn Hjh Norita Abdul Hamid @ Jusoh (UF54)

Ketua Pegawai Farmasi

Page 8: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang
Page 9: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang
Page 10: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

Unit Pemonitoran Drug Terapeutik (UPDT) atau pun Therapeutik Drug

Monitoring (TDM) mula beroperasi pada 1984 dengan perkhidmatan yang

ditawarkan adalah menganalisa paras drug dalam darah pasakit.

Terdapat 13 jenis drug yang dilakukan dimakmal Unit Pemonitoran

Drug Terapeutik iaitu Vancomycin1, Amikacin2 , Gentamicin3 , Phenobarbi-

tone4 , Phenytoin5 , Theophylline6, Valproic Acid7, Digoxin8, Carbamazepine9,

Cyclosporine10 , Salicylate11, Methotrexate12 , dan Acetaminophen13. Antara

drug-drug yang pernah dilakukan analisis adalah Lamotrigine, Steroid

(Prednisolone), Dexamethasone dan hydrocortise.

Unit Pemonitoran Drug Terapeutik terdiri daripada seorang Pegawai

Farmasi, seorang Penolong Pagawai Sains Kanan C32, 3 orang Penolong

Pegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem-

bantu Makmal Kanan C22, seorang Pembantu Makmal C17 dan seorang

Pembantu Rendah Awam H11.

Piagam Pelanggan

Melayan pelanggan dengan baik dan mesra.

Setiap ujian paras drug dalam darah untuk spesimen yang diterima bagi

kesemua drug yang dimonitor disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 2

jam 15 minit (dalam waktu pejabat).

Semua laporan keputusan ujian drug dalam darah dibuat dengan

lengkap, jelas dan terperinci.

Objektif Kualiti

Setiap ujian paras drug dalam darah untuk spesimen yang diterima bagi

kesemua drug yang dimonitor disiapkan dalam tempoh tidak melebihi

2 jam 15 minit (dalam waktu pejabat).

Semua laporan keputusan ujian drug dalam darah dibuat dengan

lengkap, jelas dan terperinci.

9

PENGENALAN

Page 11: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

Fungsi Menganalisa kandungan drug dalam darah.

Sejarah Perkhidmatan Unit Pemonitoran Drug Terapeutik

Unit Pemonitoran Drug Terapeutik telah ditubuhkan pada tahum 1984 oleh Dr Rusli

Ismail, seorang pesyarah di Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) manakala pega-

wai farmasi pula ialah En Shukur Tahir serta dibantu oleh beberapa orang Pemban-

tu makmal yang diambil secara berperingkat mengikut keperluan perkhidmatan.

Unit Pemonitoran Drug Terapeutik merupakan pelopor kepada perkhid-

matan Terapeutik Drug Monitoring di Malaysia. Pada masa berkenaan UPDT, meru-

pakan satu-satunya unit yang telah menawarkan perkhidmatan pemantauan

paras ubat kepada pesakit di Malaysia, sebelum ia turut ditawarkan kepada hos-

pital-hospital lain.

Antara pegawai-pegawai Farmasi yang pernah berkhidmat di Unit Pemonitoran

Drug Terapeutik:

1. En. Shukor Tahir (1984 –1986)

2. En. Abd Fatah Ab. Rahman (1985– 1990 )

3. En. Syed Azhar Syed Sulaiman

4. En. Jamaluddin Awang

5. YM Tn Roslli Tn Yusoff

6. En. Azman Mat (1995– 2002)

7. En. Md Hanif Ab Rahman (2003—2005 )

8. En. Dellemin Che Abdullah ( 2006—2018)

9. Y/M Tuan Rossli Tuan Yusoff (2019– sekarang)

Jenis Drug yang dimonitor

Terdapat 13 jenis drug yang dilakukan dimakmal Unit Pemonitoran Drug

Terapeutik iaitu Vancomycin1, Amikacin2, Gentamicin3, Phenobarbitone4 , Pheny-

toin5 , Theophylline6, Valproic Acid7, Digoxin8, Carbamazepine9, Cyclosporine10 ,

Salicylate11, Methotrexate12, dan Acetaminophen13.

Akademik

Terlibat secara langsung didalam program pembelajaran pelajar

Penyelidikan

Selain aktiviti rutin, UPDT juga menjalankan R&D dengan menggunakan

p e ra l a ta n H P LC. K e gi a ta n i n i b e r tu j u a n u n tu k m e nca r i

dan menambah drug-drug baru yang boleh ditawarkan kepada Pihak pengguna.

10

Page 12: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

11. Kualiti

Makmal Unit Pemonitoran Drug Terapeutik amat mementingkan kualiti

perkhidmatan yang diberikan atas dasar kewajipan dan tanggungjawab

yang

diamanahkan. Kualiti perkhidmatan dapat dinilai melalui:

a. Aktiviti-aktiviti penyediaan spesimen pesakit untuk ujian

b. Proses ujian

c. Pemprosesan maklumat

d. Laporan ujian & EQA

Kualiti perkhidmatan juga termasuklah aktiviti diperingkat wad atau

klinik iaitu;

a. Komunikasi sebelum dan selepas proses ujian.

b. Pengisian borang permohonan dengan lengkap.

c. Penghantaran spesimen mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

d. Aktiviti-aktiviti sokongan lain (sistem maklumat makmal, pentadbiran)

Perkhidmatan berkualiti dapat ditingkat lagi dengan kerjasama da-

ripada wad, klinik dan juga semua staf Unit Pemonitoran Drug Terapeutik

yang terlibat yang cekap dan berkesan. Makmal Unit Pemonitoran Drug

Terapeutik sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

melalui;

a. Pembelajaran berterusan dan latihan kepada kakitangan

b. Penilaian dan penambahbaikan proses kerja dan perkhidmatan.

c. Mengemaskini kaedah ujian dan alatan.

d. Pengawasan dan penilaian kualiti tatacara melalui program-

program kawalan Mutu Dalaman dan Luaran.

11.2 Kualiti keputusan-keputusan ujian makmal

11.2.1 Persijilan MS ISO 15189:2014

11.2.2 Kawalan Mutu Dalaman (Internal Quality Control)

Penyeliaan kualiti secara rutin merangkumi prosedur

yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan makmal

di dalam proses menganalisis dan mengeluarkan

keputusan ujian makmal dengan cepat dan tepat.

Kawalan mutu perkhidmatan sentiasa diawasi dan

dinilai.

11

Page 13: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

12. Kecemerlangan yang telah dicapai oleh Unit Pemonitoran Drug

Terapeutik sejak ditubuhkan adalah:

1. Memperolehi MS ISO 9001: 2008 tahun 1998

2. Naib Johan Innovasi Minggu Kualiti HUSM 1999

3. Makmal terbaik Kampus Kesihatan tahun 2007

4. Memperolehi MS ISO 15189:2007 tahun 2010

13. Waktu Perkhidmatan

Makmal Unit Pemonitoran Drug Terapeutik menyediakan perkhid-

matan 24 jam mengikut pembahagian masa seperti berikut;

Waktu Pejabat

Atas Panggilan (luar waktu pejabat)

Hari Waktu

Ahad — Khamis Selepas 4.55 petang

Jumaat, Sabtu dan

Kelepasan Am

24 Jam

Hari Waktu

Ahad — Khamis 8.10 pagi — 4.55 petang

12

Page 14: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

14. Garis Panduan

14.1 Panduan Perkhidmatan

a. Ujian Unit Pemonitoran Drug Terapeutik disediakan untuk

pesakit wad dan klinik HUSM.

b. Pesakit dari hospital dan klinik kerajaan, hospital dan klinik

swasta dan pusta-pusat kesihatan lain boleh juga mengguna

kan perkhidmatan ini melalui rundingan terlebih dahulu di anta

ra Pegawai Perubatan pesakit berkenaan dengan Pegawai

di Jabatan Farmasi. (Melalui USAINS)

c. Sampel yang diterima akan diproses dan keputusan ujian

dikeluarkan setelah disahkan oleh Pegawai Farmasi.

d. Pemohon dikehendaki mengisi borang atas talian/manual

dengan betul dan lengkap bagi memudahkan lagi proses ujian

dilakukan.

14.2 Panduan Permohonan

14.2.1 Ujian Rutin

a. Ujian yang tidak memerlukan temujanji.

b. Boleh dihantar pada waktu pejabat atau luar waktu

pejabat (‘on-call’)

14.2.2 Ujian “URGENT” (SEGERA)

a. Ujian yang disegerakan oleh sebab kecemasan

sahaja.

b. Boleh dihantar pada waktu pejabat atau luar waktu

pejabat (‘on-call’)

14.3 Panduan Mengisi Borang Permohonan Ujian

Semua borang permohonan ujian makmal Unit Pemonitoran

Drug Terapeutik perlu di isi dengan lengkap dengan maklumat

seperti berikut;

a. Maklumat pesakit.

b. Nama doktor yang memohon.

c. Jenis sampel dan ujian yang dipohon.

d. Prosedur yang telah dilalui oleh pesakit (pre

atau post).

e. Rawatan yang sedang diberikan.

f. Ringkasan sejarah klinikal pesakit yang berkaitan

g. Masa, waktu dan tarikh sampel diambil.

13

Page 15: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

14.4 Panduan Penyediaan dan Penghantaran Spesimen

a. Ambil darah pesakit secara aseptik dan guna tiub

penghantaran spesimen yang betul.

b. Sebatian darah dengan antikoagulan dalam tiub yang

mengandungi antikoagulan, untuk mengelakkan darah

beku (‘clotted’). Bagi kes Cyclosporin sahaja.

c. Spesimen perlu dihantar segera ke makmal.

d. Dilarang menyimpan spesimen koagulasi di dalam peti

sejuk sebelum dihantar.

14.5 Kriteria - kriteria penolakan sampel (Reject)

1. Maklumat pesakit pada borang dan sampel tidak sa-

ma seperti berikut:

i. Nombor pendaftaran pesakit (R/N)

ii. Nama pesakit

iii. Jenis ujian

Nota : Sekiranya pihak pemohon tidak dapat dihubungi

dan maklumat tidak dapat disahkan maka sampel akan

ditolak

2. Bekas sampel yang tidak memenuhi kriteria berikut:

i. Plain/ Bullet Tube untuk ujian TDM selain Cyclosporine

ii. EDTA Tube (untuk ujian TDM Cyclosporine)

3. Sampel leaking dan/ atau bekas sampel pecah.

4. Isipadu sampel yang diambil tidak mencukupi (< 0.5ml)

5. Sampel hemolisis

(Rujuk pada Carta Gambar Sampel Hemolisis Makmal

TDM)

6. Tempoh masa sampel yang diambil hingga dianalisa

melebihi dari 24jam.

14.6 Panduan Pengambilan Keputusan Ujian Makmal

Keputusan ujian makmal boleh diambil dari ‘pigeon

hole’ (manual) di makmal.

14

Page 16: MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK …h.usm.my/pharmacy/images/BUKUTDMLATERS2019.pdfPegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem bantu Makmal Kanan C22, seorang

GAMBAR @ UPDT