makmal air pusat pbapp menang anugerah ......11/12/2017: makmal air pusat pbapp menang anugerah...

4
11/12/2017: Makmal Air Pusat PBAPP Menang Anugerah Kecemerlangan IKM 2017 / Page 1 of 2 11 Disember 2017 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP). MAKMAL AIR PUSAT PBAPP MENANG ANUGERAH KECEMERLANGAN IKM 2017 Anugerah Institut Kimia Malaysia (Institut Kimia Malaysia) mengiktiraf akreditasi MS ISO/IEC 17025: 2005 dan kecekapan makmal air PBAPP dalam kerja-kerja analitikal. PULAU PINANG, Isnin (11/12/2017): Makmal Air Pusat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd menerima “Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM 2017” dari Institut Kimia Malaysia (IKM) pada 8/12/2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Anugerah IKM merupakan anugerah khas kepada makmal yang “mematuhi akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 dan yang telah mencapai kecekapan dalam amalan kerja analitikal”. Makmal air pusat PBAPP diakreditasi mengikut MS ISO/IEC 17025:2005, Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), untuk ujian air mentah, air hendap dan air terawat. IKM memutuskan untuk memberikan anugerah kepada PBAPP selepas selesai pengauditan di situ pada 7/11/2017. Terletak di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Seberang Prai Utara, Makmal Air Pusat merupakan sebahagian daripada kerja-kerja Pakej 12 loji rawatan yang dibuka secara rasmi oleh YAB Tuan Lim Guan Eng pada 3/6/2016. Pada tahun 2016, purata penggunaan air terawat di Pulau Pinang adalah 827 juta liter sehari (MLD). LRA Sungai Dua, loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang dan Malaysia (dengan kapasiti rawatan maksimum 1,228 MLD), menghasilkan lebih daripada 80% air terawat yang digunakan di Pulau Pinang setiap hari.

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 11/12/2017: Makmal Air Pusat PBAPP Menang Anugerah Kecemerlangan IKM 2017 / Page 1 of 2

    11 Disember 2017 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP). MAKMAL AIR PUSAT PBAPP MENANG ANUGERAH KECEMERLANGAN IKM 2017 • Anugerah Institut Kimia Malaysia (Institut Kimia Malaysia)

    mengiktiraf akreditasi MS ISO/IEC 17025: 2005 dan kecekapan makmal air PBAPP dalam kerja-kerja analitikal.

    PULAU PINANG, Isnin (11/12/2017): Makmal Air Pusat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd menerima “Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM 2017” dari Institut Kimia Malaysia (IKM) pada 8/12/2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Anugerah IKM merupakan anugerah khas kepada makmal yang “mematuhi akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 dan yang telah mencapai kecekapan dalam amalan kerja analitikal”. Makmal air pusat PBAPP diakreditasi mengikut MS ISO/IEC 17025:2005, Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), untuk ujian air mentah, air hendap dan air terawat. IKM memutuskan untuk memberikan anugerah kepada PBAPP selepas selesai pengauditan di situ pada 7/11/2017. Terletak di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Seberang Prai Utara, Makmal Air Pusat merupakan sebahagian daripada kerja-kerja Pakej 12 loji rawatan yang dibuka secara rasmi oleh YAB Tuan Lim Guan Eng pada 3/6/2016. Pada tahun 2016, purata penggunaan air terawat di Pulau Pinang adalah 827 juta liter sehari (MLD). LRA Sungai Dua, loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang dan Malaysia (dengan kapasiti rawatan maksimum 1,228 MLD), menghasilkan lebih daripada 80% air terawat yang digunakan di Pulau Pinang setiap hari.

  • 11/12/2017: Makmal Air Pusat PBAPP Menang Anugerah Kecemerlangan IKM 2017 / Page 2 of 2

    Mempunyai seramai 13 orang kakitangan, termasuk dua ahli kimia, makmal pusat menguji 12 parameter prestasi kualiti air untuk memastikan LRA Sungai Dua menghasilkan air terawat yang mematuhi parameter Program Jaminan Kualiti (QAP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PBAPP dan Jabatan Kesihatan bersama-sama membuat persampelan dan menguji kualiti air terawat yang dibekalkan di Pulau Pinang, pada setiap minggu di loji rawatan dan setiap bulan di saluran paip air. Pada tahun 2016, sebanyak 3,157 sampel air terawat telah diuji. Keputusan ujian menunjukkan bahawa air terawat Pulau Pinang melebihi prestasi parameter yang ditetapkan oleh KKM untuk E-coli + baki klorin, bakteria E-coli, kekeruhan, baki klorin dan aluminium. Terima kasih. Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP). __________________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa but Syed Feisal Barakbah

    Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]