makanan melayu tradisional

16
Siti Humaira’ (2C1) MAKANAN MELAYU TRADISIONAL

Upload: siti-humaira

Post on 13-May-2015

7.440 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makanan Melayu Tradisional

Siti Humaira’ (2C1)

MAKANAN MELAYU TRADISIONAL

Page 2: Makanan Melayu Tradisional

MAKANAN MELAYU TRADISIONAL• Makanan Melayu terkenal kerana rasanya yang pedas dan lauknya yang berempah.

Jikalau di perhatikan secara teliti, makanan Melayu banyak dipengaruhi makanan negara-negara jiran seperti India dan China. Pada waktu dahulu, Asia Tenggara didatangi ramai peniaga-peniaga dari negeri India, China dan juga negeri-negeri Arab yang datang dengan tujuan untuk berdagang. Mereka memperkenalkan makanan tradisional mereka dan makanan ini mempengaruhi makanan Melayu sekarang.

Page 3: Makanan Melayu Tradisional

RENDANG

Page 4: Makanan Melayu Tradisional

RENDANG• Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan

utamanya dan disediakan dengan santan, lada,bawang, daun kunyit, daun lima purut dan kerisik.

• Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi,pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

• Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap.

• Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya.

• Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

Page 5: Makanan Melayu Tradisional

RESEPI RENDANG• Bahan-bahan ( 5-6 orang )

• 1kg daging- potong kecik-kecik

• 2 peket kecik rempah kurma

• 1/4 cawan kerisik

• 1 biji kelapa-ambik santannya

• garam

• gula melaka / gula

• sedikit air asam jawa

• BAHAN KISAR

• 2 labu bawang besar

• 5 ulas bawang putih

• 5 batang serai

• 1-1/2cm halia

• 1-1/2cm lengkuas

• 15-20 biji cili kering

• BAHAN MAYANG

• 3 helai daun limau purut

• 1 helai daun kunyit

Cara-caraTumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Page 6: Makanan Melayu Tradisional

LONTONG

Page 7: Makanan Melayu Tradisional

LONTONG

• Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.

• Lontong biasanya dihidangkan dengan satay, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.

• Kerana dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa.

Page 8: Makanan Melayu Tradisional

RESIPI LONTONG• Resepi Sayur lodeh

• 1/2 biji kobis

• 1 biji karot

• 1 biji terung

• 20 btg kacang panjang1 keping tempe (menggunakan packing dalam plastik) – dipotong dan di goreng sebentar.

• 4 biji kentang (dikopek dan dipotong kecil)

• 1 paket suhun (50 g)1 paket tauhu kering/ fo chu (50 g)

• 100 g udang basah1 1/2 kelapa parut (ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat)

• garam secukup rasa

Bahan kisar1 sudu besar udang kering1 labu bawang besar3 ulas bawang besar3/4 inci halia3/4 inci lengkuas1 batang serai4 biji cili merah1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan1. Semua sayur-sayuran di bersihkan dan dipotong kecil-kecil.2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.3. Masukkan santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Page 9: Makanan Melayu Tradisional

NASI LEMAK

Page 10: Makanan Melayu Tradisional

NASI LEMAK• Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama

sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

• Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir.

• Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain.

• Oleh kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk memebekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.

Page 11: Makanan Melayu Tradisional

RESIPI NASI LEMAK• Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

• 12 ulas bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)8-10 sudu besar cili kisar2 cawan air1 keping gula MelakaSedikit belacanSedikit asam jawaSedikit ikan bilis (dikisar)Garam dan gula secukup rasaMinyak masak

• Bahan-bahan (Nasi)

• 3 cawan beras2 cawan santan pekat3 cawan air3-4 hirisan halia2-3 helai daun pandanSedikit garam

Cara-cara1) Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak

ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.

2) Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.

3) Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat (30-60 minit).

4) Masukkan garam dan gula secukup rasa.5) Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan

santan, air, garam, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.

6) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.

Page 12: Makanan Melayu Tradisional

MEE REBUS

Page 13: Makanan Melayu Tradisional

MEE REBUS

• Mee rebus adalah sebuah hidangan mee yang masyhur di Indonesia, Malaysia, dan Singapura.

• Hidangan ini diperbuat dari mee telur kuning, yang juga digunakan dalam mee Hokkien, dengan kari yang agak pedas manis. Kari diperbuat dari kentang, serbuk kari, air, kacang soya masin, udang kering, dan kacang tanah. Hidangan ini dihiasi dengan telur rebus, calamansi limes, spring onions, Chinese celery, green chillies, tauhu goreng (tau kwa), bawang merah goreng dan tauge. Sesetengah tempat makan menghidangnya dengan daging lembu, walaupun jarang ditemukan di pusat gerai, atau menambah kicap gelap pada mi apabila dihidang. Hidangan ini juga datang dengan satay.

• Pada masa lepas, mi rebus dijual oleh penjaja bergerak yang membawa dua bakul ke atas tiang. Satu bakul mengandungi dapur dan pot air masak, dan yang lain ramuan untuk hidangan.

• Di sesetengah kawasan, oleh kerana situasi tempatan, suatu kepelbagaian mirip Mi rebus ini digelar Mi Jawa

Page 14: Makanan Melayu Tradisional

RESIPI MEE REBUS• Bahan-bahannya

• 2 kilo mee kuning, dicelur

• 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel

• 4 biji keledek, direbus dan dikisar

• 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar

• 3 ulas bawang putih, dikisar

• 3 biji bawang merah, dikisar

• 1 inci halia, dikisar

• 1/2 cawan udang kering, dikisar

• 3 batang serai, dititik

• 1 inci lengkuas, dititik

• 5 sudu makan rempah kari daging

• garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

• minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering1/2 cawan udang kering, dikisar80g tepung gandum¼ camt serbuk kunyitgaramair secukupnyaminyak untuk menggoreng

Bahan Hiasantahu yang digoreng, dipotong kecildaun sup, dimayangbawang gorengtelur rebus, dibelah dualada hijau, dipotong bulattaugeh, dicelurlimau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang KeringCampurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk KuahPanaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidangHidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Page 15: Makanan Melayu Tradisional

Terima Kasih :)

Page 16: Makanan Melayu Tradisional

CREDITS • http://bb2008-malyanah.blogspot.sg/2008/07/makanan-tradisional-melayu.html

• http://www.spicybuddha.com/malaysian-recipes/beef-rendang-recipe /

• http://arie-meidy.blogspot.sg/2012/05/one-of-original-food-in-indonesia.html

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Rendang

• http://www.myresipi.com/top/detail/133

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontong

• http://www.worldhalalquest.com/2010/09/jurong-east-sri-west-coast-nasi-ambeng.html

• http://singaporelocalfavourites.blogspot.sg/2009/10/how-to-cook-lontong-recipe.html

• http://www.ifood.tv/photo/lontong-kari

• http://www.potretkasih.com/tag/resipi-kuah-lontong /

• http://www.maameemoomoo.com/blog/2011/03/08/nasi-lemak /

• http://ss3singapore.wordpress.com/overseas-e-l-f-2/guide-to-singapore-pt-5-of-8 /

• http://autobizz.com.my/forum/forum/Food-/1087-Malaysia-Food--- Nasi-lemak.html

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Mi_rebus

• http://www.pigpigscorner.com/2010/02/mee-rebus-for-rasa-malaysia.html

• http://www.singaporefoodrecipes.com /

• http://sparklette.net/food/katrina /