majlis perbandaran ampang jaya · a) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada...

21
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor. 1. Nama Jawatan : PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional Taraf Jawatan : Tetap Kekosongan Jawatan : 1 Min Mak Gred dan Jadual Gaji : J41 RM 2,529.00 RM 9,643.00 Elaun : i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00 ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00 iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM300.00 Syarat Lantikan : 1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: a) i) Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM 2,529.00); atau ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 RM2,529.00); atau …2/ JAWATAN KOSONG

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

    Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun

    pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap /

    Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri

    Selangor.

    1. Nama Jawatan : PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

    Taraf Jawatan : Tetap

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : J41 RM 2,529.00 RM 9,643.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM300.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf

    oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

    (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM 2,529.00); atau

    ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang geografi, ekonomi,

    sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh

    Kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam

    bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan

    yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 RM2,529.00); atau

    …2/

    JAWATAN KOSONG

  • - 2 -

    iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta ijazah sarjana atau

    diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau

    bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

    institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

    setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,736.28); atau

    iv) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta ijazah sarjana atau diploma

    lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar tau bidang-bidang

    lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,943.84).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    2. Nama Jawatan : AKAUNTAN

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Kekosongan Jawatan : 2

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : WA41 RM 2,820.00 RM 9,585.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM300.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan

    daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM 2,819.63); atau

    …3/

  • - 3 -

    ii) Lulus peperiksaan akhir Badan – badan Ikhtisas Perakaunan yang

    diiktiraf oleh Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 RM2,819.63); atau

    iii) Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia

    (MIA).

    (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,819.63).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    3. Nama Jawatan : ARKITEK LANDSKAP

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : J41 RM 2,529.00 RM 9,643.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM300.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan

    daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

    setaraf dengannya

    (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM 2,529.00).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    …4/

  • - 4 -

    4. Nama Jawatan : PEGAWAI TADBIR

    Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

    Taraf Jawatan : Tetap

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : N41 RM 2,080.00 RM 9,546.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM300.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

    b) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

    institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

    Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki kelayakan akademik

    dalam bidang Kesetiausahaan serta Pengurusan Pejabat serta mempunyai

    sekurang-kurangnya minimum tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang

    Kesetiausahaan dan Pengurusan Pejabat.

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    3) Deskripsi Tugas :

    1. Memantau pelaksanaan dasar Jabatan dan Bahagian MPAJ supaya

    mencapai KPI yang ditetapkan.

    …5/

  • - 5 -

    2. Membantu YDP memantau pengurusan aduan-aduan yang diterima

    daripada orang awam supaya diambil tindakan dan berjaya diselesaikan

    oleh setiap Jabatan/ Bahagian yang berkenaan.

    3. Melaporkan kepada YDP isu-isu terkini yang berlaku melibatkan

    kepentingan penduduk dalam kawasan pentadbiran MPAJ dari masa

    ke semasa.

    4. Melaporkan kepada YDP isu-isu dalaman Jabatan / Bahagian yang

    melibatkan kepentingan dan kebajikan pekerja dari masa ke semasa.

    5. Menyelaraskan dan memastikan Jadual mesyuarat / temujanji / program

    yang melibatkan YDP sentiasa dikemaskini dan teratur.

    6. Mengetuai semua urusan pentadbiran Pejabat Yang Dipertua.

    7. Menjadi pegawai perantara di antara Pejabat YDP dengan pegawai

    Jabatan MPAJ atau lain-lain agensi.

    8. Menyelaras nota mesyuarat yang melibatkan YDP.

    9. Menyelaras dan menyediakan kertas / nota maklumbalas dan jawapan-

    jawapan kepada soalan Dewan Undangan Negeri yang melibatkan

    Jabatan / Bahagian di MPAJ.

    10. Mengurus dan merekodkan surat-menyurat Pejabat YDP.

    11. Menyelaras kunjungan hormat tetamu orang awam / kenamaan dengan

    YDP.

    12. Melayani orang ramai yang berurusan dengan Pejabat YDP.

    13. Menyelaras dan menguruskan Majlis-Majlis rasmi.

    14. Menyelaraskan teks ucapan YDP.

    15. Menyelaraskan sesi sidang akhbar, temubual (wawancara), perutusan,

    sesi fotografi dan rakaman YDP dengan Pegawai Perhubungan Awam

    MPAJ yang melibatkan pihak media massa / wartawan / pemberita.

    16. Menyelaras majlis-majlis lawatan dan taklimat (pengangkutan dan tempat

    penginapan) yang melibatkan YDP.

    17. Mengurus dan memantau perancangan harian (jadual harian) YDP.

    18. Menguruskan bil-bil utiliti, kebersihan dan kekemasan Pejabat YDP.

    19. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

    …6/

  • - 6 -

    5. Nama Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Kekosongan Jawatan : 4

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : W29 RM 1,498.00 RM 5,678.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

    institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

    setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

    ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

    institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

    setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

    iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan

    harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,851.28).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    …7/

  • - 7 -

    6. Nama Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

    Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : FA29 RM 1,549.00 RM 5,684.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang

    diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan

    yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM 1,549.00); atau

    ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh

    Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf

    setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

    iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat

    yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau

    iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh

    Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    …8/

  • - 8 -

    7. Nama Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

    Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan Dan Kesihatan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Kekosongan Jawatan : 5

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : U29 RM 1,797.00 RM 5,753.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00 ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00 iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM 350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh

    Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan

    yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM 1,797.00).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    8. Nama Jawatan : PENOLONG JURUTERA

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 2

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : JA29 RM 1,549.00 RM 5,701.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00 ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00 iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM 350.00

    …9/

  • - 9 -

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    (a) i) Sijil dalam bidang kejuruteraan (M&E dan Awam) yang diiktiraf oleh

    Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

    setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00); atau

    ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan (M&E dan Awam) yang diiktiraf

    oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,935.02).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    9. Nama Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

    Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 5

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : N19 RM 1,352.00 RM 4,003.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

    …10/

  • - 10 -

    ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang dikitiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang dikitiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    10. Nama Jawatan : JURUFOTOGRAFI

    Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat Dan Seni

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

    Taraf Jawatan : Tetap

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : B19 RM 1,360.00 RM 4,032.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi

    dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan

    menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

    b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

    …11/

  • - 11 -

    c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

    d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    11. Nama Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER

    Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Tetap

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : FT19 RM 1,377.00 RM 4,052.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh

    Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

    …12/

  • - 12 -

    ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang dikitiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang dikitiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    12. Nama Jawatan : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Kekosongan Jawatan : 2

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : J19 RM 1,377.00 RM 4,052.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem

    Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan

    yang diiktiraf setaraf dengannya.

    …13/

  • - 13 -

    Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:

    A0/A1 : RM1,435.12

    A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24

    B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    13. Nama Jawatan : PEMBANTU KEMAHIRAN

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 2

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : H19 RM 1,377.00 RM 4,052.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh

    Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

    ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

    …14/

  • - 14 -

    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa

    Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

    iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24): atau

    v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa

    Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan

    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    14. Nama Jawatan : PEMBANTU PENILAIAN

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : W19 RM 1,353.00 RM 4,005.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    …15/

  • - 15 -

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik

    pada peringkat peperiksaan tersebut.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

    ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    15. Nama Jawatan : PEMBANTU KESIHATAN AWAM

    Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : U19 RM 1,360.00 RM 4,052.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    …16/

  • - 16 -

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan).

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00); atau

    ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang

    diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,418.12).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    16. Nama Jawatan : PEMBANTU PENGUATKUASA

    Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan Dan Pertahanan Awam

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Kekosongan Jawatan : 10

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : KP19 RM 1,360.00 RM 4,052.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    iv) Elaun Kritikal : RM300.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    (a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

    …17/

  • - 17 -

    ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya

    berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan

    telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod

    perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan

    menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

    iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

    b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti

    berikut :

    i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi

    wanita tanpa bersepatu;

    ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi

    wanita;

    iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat

    19 hingga 26;

    iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm

    ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki

    sahaja);

    v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji

    berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin

    mata;

    vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

    vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal

    perubatan yang berdaftar.

    2) Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii) atau 1(a)(iv) hendaklah

    memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa

    Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau

    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    …18/

  • - 18 -

    17. Nama Jawatan : PEMBANTU OPERASI

    Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 1

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : N11 RM 1,216.00 RM 2,983.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.); atau

    ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan

    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen

    memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan

    Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P).

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan

    Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    …19/

  • - 19 -

    18. Nama Jawatan : PEMANDU KENDERAAN

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak

    Kekosongan Jawatan : 7

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : H11 RM 1,218.00 RM 2,939.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

    ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh

    Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam

    tempoh percubaan (P)); dan

    iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara

    kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

    Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen

    Memandu:

    Lesen D : RM1,264.15

    Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30

    Lesen F/H : RM1,356.45

    Lesen G/I : RM1,402.60

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan

    Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    …20/

  • - 20 –

    19. Nama Jawatan : PEMBANTU AWAM

    Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Kekosongan Jawatan : 10

    Min Mak

    Gred dan Jadual Gaji : H11 RM 1,218.00 RM 2,939.00

    Elaun :

    i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00

    ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

    iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

    Syarat Lantikan :

    1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

    2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya

    Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan

    Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

    dengannya oleh Kerajaan.

    PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

    a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1

    (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat

    turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu

    www.mpaj.gov.my

    b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

    i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

    ii. Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;

    iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat

    pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan

    Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara -

    (jika berkenaan);

    …21/

    http://www.mpaj.gov.my/

  • - 21 -

    iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang

    berkenaan);

    v. Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan

    vi. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas

    kiri sampul surat permohonan.

    c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan

    kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat

    melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama

    rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan

    LNPT yang terkini).

    d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan

    Ujian Kecergasan (Fitness) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

    PENTING:

    i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

    ii. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

    iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan

    dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak

    berjaya.

    iv. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

    v. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan

    disertakan dengan setem RM1.30 sen.

    vi. Satu borang untuk satu jawatan sahaja.

    vii. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040/7037.

    Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

    YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

    KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4 MENARA MPAJ

    JALAN PANDAN UTAMA PANDAN INDAH

    55100 KUALA LUMPUR (U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

    Diiklankan pada : 02 NOVEMBER 2020 (ISNIN)

    Tarikh tutup permohonan pada : 16 NOVEMBER 2020 (ISNIN)

    KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR