majlis peperiksaan malaysia - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/arahan pendaftaran...

12
APKC(P) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN STPM 2010 ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU 1 ARAHAN AM 1.1 Calon dinasihati supaya membaca arahan dan panduan ini dengan teliti sebelum mengisi borang Pendaftaran Kemasukan Calon Manual (Persendirian Individu) [PKC/M(P)]. Borang PKC/M(P) boleh didapati di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di mana calon ingin mengambil peperiksaan (rujuk alamat PPD) dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my atau mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my . 1.2 Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan perkhidmatan e-Banking. Pelanggan e-Banking Bank Islam sila layari www.bankislam.com dan pelanggan e- Banking CIMB Bank sila layari www.cimbbank.com , manakala bagi pelanggan bank lain sila layari www.cimbclicks.com dengan mengunakan aplikasi FPX. Jika menggunakan Kiriman Wang (Money Order), bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan dipalang AKAUN PENERIMA. 1.3 Borang PKC/M(P) yang telah lengkap diisi berserta salinan penyata e-Banking atau bayarannya hendaklah dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah di mana calon ingin mengambil peperiksaan. 1.4 Pendaftaran calon persendirian individu dibuat dalam disket komputer dengan menggunakan perisian Sistem Pendaftaran Calon Persendirian STPM (SPC3STPM VERSI 2.0). JPN/PPD boleh mendapatkan perisian ini melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebarang masalah tentang pengendalian SPC3STPM VERSI 2.0 ini hendaklah dirujuk kepada Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat MPM melalui telefon atau e-mel di alamat [email protected] atau [email protected] .

Upload: phamdung

Post on 19-Mar-2018

291 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

APKC(P)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN STPM 2010

ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN

CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU

1 ARAHAN AM

1.1 Calon dinasihati supaya membaca arahan dan panduan ini dengan teliti sebelum mengisi borang Pendaftaran Kemasukan Calon Manual (Persendirian Individu) [PKC/M(P)]. Borang PKC/M(P) boleh didapati di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di mana calon ingin mengambil peperiksaan (rujuk alamat PPD) dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my atau mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my.

1.2 Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan perkhidmatan e-Banking. Pelanggan e-Banking Bank Islam sila layari www.bankislam.com dan pelanggan e-Banking CIMB Bank sila layari www.cimbbank.com, manakala bagi pelanggan bank lain sila layari www.cimbclicks.com dengan mengunakan aplikasi FPX. Jika menggunakan Kiriman Wang (Money Order), bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan dipalang AKAUN PENERIMA.

1.3 Borang PKC/M(P) yang telah lengkap diisi berserta salinan penyata e-Banking atau bayarannya hendaklah dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah di mana calon ingin mengambil peperiksaan.

1.4 Pendaftaran calon persendirian individu dibuat dalam disket komputer dengan menggunakan perisian Sistem Pendaftaran Calon Persendirian STPM (SPC3STPM VERSI 2.0). JPN/PPD boleh mendapatkan perisian ini melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebarang masalah tentang pengendalian SPC3STPM VERSI 2.0 ini hendaklah dirujuk kepada Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat MPM melalui telefon atau e-mel di alamat [email protected] atau [email protected].

Page 2: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

2

2 SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM 2010 2.1 Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa

Malaysia* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

(a) Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya

(b) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

(c) Malaysia Certificate of Education

(d) Federation of Malaya Certificate of Education

(e) Cambridge School Certificate

(f) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)

(g) SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat

(i) sekurang-kurangnya gred 6C bagi tiga mata pelajaran, atau

(ii) sekurang-kurangnya gred 6C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran

2.2 Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalam para 2.1 di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.

2.3 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

* Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Malaysia boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Malaysia yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Malaysia peringkat peperiksaan SPM.

** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE.

Page 3: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

3

3 MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2010 seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Kod Mata Pelajaran Kod Mata Pelajaran Kod Mata Pelajaran

900 Pengajian Am 931 Usuluddin *956 Further Mathematics T

910 Bahasa Malaysia 940 Sejarah **958 Computing

911 Bahasa Cina 942 Geografi #960 Physics

912 Bahasa Tamil 944 Ekonomi #962 Chemistry

913 Bahasa Arab 946 Pengajian Perniagaan #964 Biology

920 Literature in English 948 Perakaunan 966 Sains Sukan

922 Kesusasteraan Melayu *950 Mathematics S ***970 Seni Visual

930 Syariah *954 Mathematics T

4 PEMILIHAN MATA PELAJARAN

4.1 Calon hendaklah mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

4.2 Dalam sekali pengambilan peperiksaan, calon tidak boleh mengambil

(a) lebih daripada lima mata pelajaran termasuk mata pelajaran Pengajian Am

(b) mata pelajaran atau kertas yang tidak dibenarkan oleh sukatan pelajaran

5 BAYARAN PEPERIKSAAN @

5.1 Bayaran asas RM55.00

5.2 Bayaran untuk setiap mata pelajaran RM35.00 satu mata pelajaran

Catatan : * (1) Mata pelajaran 950 tidak boleh diambil bersama dengan 954 atau 956.

(2) Mata pelajaran 956 hanya boleh diambil bersama dengan 954.

** Mata pelajaran 958 hanya ditawarkan kepada calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta yang dibenarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sahaja.

*** Calon persendirian individu dikehendaki mengambil kertas 1, 2, dan 4.

# Kertas 1 dan 2 mesti diambil. Calon sekolah kerajaan dikehendaki mengambil kertas 3. Calon sekolah swasta boleh memilih untuk mengambil kertas 3 atau kertas 4 tertakluk kepada kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon persendirian individu, calon mengulang, dan calon yang mengambil Physics, Chemistry, dan Biology di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil kertas 4.

@ Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (calon jenis 1) sahaja yang dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan STPM.

Page 4: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

4

6 BORANG PENDAFTARAN KEMASUKAN CALON MANUAL (PERSENDIRIAN INDIVIDU) [PKC/M(P)]

Setiap calon persendirian individu yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM dikehendaki mengisi borang Pendaftaran Kemasukan Calon Manual (Persendirian Individu) PKC/M(P). Cara memperoleh borang seperti yang dinyatakan pada para 1.1, halaman 1.

7 CARA MENGISI BORANG PKC/M(P) (lihat contoh pada halaman 10)

Gunakan pena mata bola berdakwat HITAM/BIRU apabila mengisi borang PKC/M(P).

8 NOMBOR KAD PENGENALAN

8.1 Nombor kad pengenalan hendaklah diisikan dalam borang PKC/M(P).

8.2 Jika anda pemegang kad pengenalan lama, isikan nombor kad pengenalan anda dalam petak 1 hingga petak 8 sahaja.

8.3 Jika anda pemegang kad pengenalan baru (12 angka), isikan petak 3 hingga petak 16 sahaja.

8.4 Bagi pemegang kad pengenalan yang mempunyai dua abjad dipangkalnya, tuliskan abjad yang pertama sahaja di petak pertama, misalnya RX tuliskan R sahaja.

Nota: Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menggunakan nombor kad pengenalan yang sama semasa menduduki peperiksaan kelak.

9 NOMBOR PUSAT DAN ANGKA GILIRAN CALON

9.1 Bagi calon persendirian individu, nombor pusat akan diisikan oleh PPD.

9.2 Angka giliran calon akan ditetapkan oleh MPM. Angka giliran calon ini akan diberitahu melalui slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) yang akan dihantar kelak.

10 ALAMAT CALON SEMASA MENDAFTAR

10.1 Calon hendaklah menulis alamat yang betul dan tepat semasa mengisi borang PKC/M(P).

10.2 Alamat yang digunakan oleh calon semasa mengisi borang mestilah alamat yang terkini yang boleh dihubungi.

10.3 MPM tidak akan bertanggungjawab jika bahan/dokumen yang dihantar dengan menggunakan alamat yang dinyatakan oleh calon tidak sampai.

11 PENYERAHAN BORANG PKC/M(P) DAN BAYARAN

11.1 Borang PKC/M(P) bagi calon persendirian individu yang dihantar dengan tangan hendaklah diserahkan kepada PPD dengan menyertakan bahan yang berikut:

(a) Bukti kelayakan (sijil asal sahaja)

Page 5: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

5

(b) Kad Pengenalan

(c) 3 salinan slip e-Banking seperti yang berikut:

(i) Salinan Pertama untuk kegunaan MPM

(PPD hendaklah menghantar salinan pertama terus ke MPM bersama-sama dengan borang STPM/PP)

(ii) Salinan kedua untuk simpanan PPD sebagai bukti pendaftaran

(iii) Salinan ketiga untuk simpanan calon

Atau

Secara kiriman wang (Money Order) atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Nama dan nombor kad pengenalan calon hendaklah ditulis dibelakang kiriman wang tersebut

(d) Dua sampul surat berukuran 23 cm x 10 cm yang beralamat sendiri dan bersetem 50 sen.

11.2 Pendaftaran calon yang dibuat melalui pos hendaklah menepati perkara yang berikut:

(a) Borang PKC/M(P) hendaklah dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah di mana calon bercadang mengambil peperiksaan dan BUKAN kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.

(b) Borang PKC/M(P) disertakan dengan bahan yang diperlukan dalam para 11.1 (a) – (d) di atas. Walau bagaimanapun, bagi bahan 11.1 (a) dan (b), hanya memadai dihantar salinannya yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

11.3 Calon diingatkan tentang perkara yang berikut:

(a) Borang PKC/M(P) yang tidak lengkap diisi atau tanpa salinan sijil-sijil SC/SPM/MCE/SPVM/GCE dan salinan kad pengenalan yang disahkan atau tanpa salinan penyata e-Banking / bayaran akan ditolak.

(b) Majlis Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, dan PPD tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kehilangan borang PKC/M(P) melalui pos.

(c) Jika bayaran pendaftaran perlu dibuat menggunakan wang pos/kiriman wang, bayaran tersebut mestilah dibuat atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

11.4 Calon hendaklah menentukan bahawa semua butiran diri yang diisikan dalam borang PKC/M(P) adalah betul.

Page 6: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

6

12 CALON ISTIMEWA

12.1 Calon yang kurang upaya dari segi penglihatan seperti buta, buta warna, rabun, atau ketidakupayaan dari segi anggota/spastik atau ketidakupayaan dari segi pendengaran seperti kurang dengar/pekak atau ketidakupayaan dari segi pertuturan seperti sengau atau ketidakupayaan yang lain, hendaklah memberitahu Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri sebelum 29 April 2010. Segala butiran ketidakupayaan, peribadi, dan mata pelajaran yang diambil hendaklah diberitahu dengan jelas dan lengkap. Isikan borang STPM/K11.1 atau STPM/K13(Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan.

12.2 Borang STPM/K11.1 dan STPM/K13(Pindaan 2006) boleh diperoleh dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, atau dengan mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my.

13 TARIKH PENDAFTARAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN

Sila rujuk kalendar Peperiksaan STPM 2010 pada halaman 9.

14 PERKARA-PERKARA PENTING TENTANG PEPERIKSAAN STPM

14.1 Penyata Pendaftaran Peperiksaan STPM (STPM/PP)

(a) Calon akan menerima slip STPM/PP selepas kemasukan data dalam SPC3STPM VERSI 2.0 daripada borang PKC/M(P) oleh PPD.

(b) Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada slip STPM/PP seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, dan alamat adalah betul.

(c) Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip STPM/PP tersebut dan memulangkannya kepada PPD untuk dibetulkan. Calon diminta mengesahkan slip STPM/PP yang telah dibetulkan.

14.2 Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC)

(a) Butiran pendaftaran akan diberitahu kepada calon melalui slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon 1 (LPKC/1). Slip LPKC/1 ini akan dihantar kepada semua calon.

Calon juga boleh menyemak butiran tentang pendaftaran dengan membuat semakan melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip INFOSTPMjarakNo. Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 36363.

Jika calon ingin mengemas kini alamat, pindaan boleh dibuat melalui SMS dengan menaip SEMAKSTPMjarakNo. Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 36363.

(b) Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada LPKC/1 seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, mata pelajaran dan kertas yang diambil.

Page 7: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

7

(c) Calon dikehendaki membuat pindaan pada slip LPKC/1 jika terdapat kesilapan pada slip yang berkenaan dan memulangkannya kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) selewat-lewatnya 30 Jun 2010. Calon yang membuat pembetulan akan diberi slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon 2 (LPKC/2) bagi menggantikan LPKC/1.

(d) Calon akan menggunakan slip LPKC/1 atau LPKC/2 sebagai tiket untuk mengambil peperiksaan kelak.

(e) Calon bertanggungjawab menentukan bahawa semua butiran dalam borang pendaftarannya betul.

14.3 Menukar Kertas atau Mata Pelajaran atau Menambah Mata Pelajaran

(a) Jika seseorang calon telah mendaftar untuk sesuatu kertas atau mata pelajaran, tetapi ingin menukar kertas/mata pelajaran itu dengan yang lain, bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan.

(b) Bagi calon yang ingin menambah mata pelajaran yang telah didaftarkan, bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan di samping bayaran sebanyak RM35.00 bagi setiap mata pelajaran yang ditambah.

(c) Calon yang ingin menukar kertas atau mata pelajaran atau menambah mata pelajaran perlu mengisi borang STPM/K14 yang boleh diperoleh dari Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, atau dengan mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my.

14.4 Perpindahan Pusat Peperiksaan

(a) Perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke satu pusat peperiksaan yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Bayaran untuk perpindahan pusat ialah RM50.00. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan. Borang permohonan perpindahan pusat (STPM/K14) peperiksaan boleh diperoleh dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, atau dengan mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my. Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ialah 30 Jun 2010. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

(b) Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan hendaklah menyemak status permohonan mereka melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my atau melalui SMS. Untuk menghantar SMS, taip INFOSTPMjarakNo. Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 36363 sebelum 5 Oktober 2010.

Page 8: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

8

(c) Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaannya mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baru dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran seperti yang tercatat pada dalam LPKC/2 bukannya LPKC/1. Calon dikehendaki menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia tidak lewat dari 1 Oktober 2010 jika masih belum menerima LPKC/2.

14.5 Penarikan Diri

Calon yang menarik diri daripada peperiksaan tidak akan dikembalikan yuran peperiksaannya kecuali calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan hendaklah dikemukakan) atau calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian hendaklah dikemukakan oleh warisnya). Calon yang ingin menarik diri daripada menduduki peperiksaan perlu mengisi borang STPM/K14 yang boleh diperoleh dari Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, atau dengan mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my.

14.6 Penangguhan Peperiksaan

Calon yang ingin menangguhkan peperiksaannya hendaklah mengemukakan permohonannya dengan memberikan sebab dan menyertakan bukti kepada Majlis Peperiksaan Malaysia sebelum tarikh peperiksaan bermula.

14.7 Jadual Waktu Peperiksaan

(a) Jadual Waktu Peperiksaan akan dikirimkan kepada calon selewat-lewatnya 30 hari sebelum hari peperiksaan bermula. Jika calon tidak menerima apa-apa maklumat hingga tarikh tersebut, calon hendaklah menghubungi Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mendaftar.

(b) Calon juga boleh menyemak dan mencetak Jadual Waktu Peperiksaan STPM dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my.

14.8 Keputusan Peperiksaan

Keputusan peperiksaan calon persendirian individu akan dihantar melalui pos oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip STPMjarakNo. Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 36363.

14.9 Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan

Rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan akan dikenakan bayaran RM50.00 bagi satu kertas. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah dua minggu selepas tarikh keputusan peperiksaan STPM 2010 diumumkan.

Page 9: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

9

KALENDAR PEPERIKSAAN STPM 2010

PERKARA TARIKH

Tarikh Pendaftaran Dibuka 11 Januari 2010

4 Februari 2010 (Calon Sekolah Kerajaan sahaja)

Tarikh Pendaftaran Ditutup 1 April 2010

(Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu)

Satu minggu selepas

keputusan memasuki IPTA diumumkan (Calon yang gagal memasuki IPTA)

Calon dikehendaki mengemukakan kad permohonan

memasuki IPTA sebagai bukti.

Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab

21, 22, 23 September 2010

dan 27, 28, 29 September 2010

Tarikh Peperiksaan Bertulis

22 November – 14 Disember 2010

NOTA:

TARIKH-TARIKH YANG TERCATAT DALAM KALENDAR PEPERIKSAAN STPM 2010 ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA.

Page 10: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

10

CONTOH MENGISI BORANG PENDAFTARAN KEMASUKAN CALON MANUAL (PERSENDIRIAN INDIVIDU) [PKC/M(P)]

Page 11: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

11

Page 12: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - spp.jpnns.gov.myspp.jpnns.gov.my/downloads/Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon... · PEPERIKSAAN STPM 2010 ... SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh

12

HALAMAN KOSONG