majlis peperiksaan malaysia -...

8
1 APKM(SI) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MUET TAHUN 2010 ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON SEKOLAH/INSTITUSI 1 PENDAFTARAN CALON 1.1 Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat dalam disket komputer dengan menggunakan perisian Sistem Pendaftaran MUET (SPMUET VERSI 4.0) yang dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (rujuk alamat Jabatan Pelajaran Negeri di halaman 8). Sebarang masalah tentang pengendalian SPMUET VERSI 4.0 ini hendaklah dirujuk kepada Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat MPM melalui telefon atau e-mel di alamat [email protected] atau [email protected] . 1.2 Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan pegawai yang dilantik menjadi Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk mengurus pendaftaran kemasukan calon sekolah/institusinya. 1.3 SUP hendaklah mendapatkan butiran pendaftaran calon dengan menggunakan borang Pendaftaran Masuk Manual (Sekolah/Institusi) [MUET/M(SI)](rujuk para 3) yang boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my . Borang MUET/M(SI) calon sekolah/institusi hendaklah disimpan di pejabat/sekolah/institusinya. 1.4 Bayaran untuk ujian ini ialah RM60.00 (Ringgit: Enam Puluh Sahaja) bagi seorang calon. Bayaran bagi semua calon sekolah/institusi hendaklah dibuat melalui satu draf bank/cek sekolah/cek institusi/kiriman wang (money order) sahaja atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia dan dipalang AKAUN PENERIMA SAHAJA.

Upload: vunhu

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

1

APKM(SI)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MUET TAHUN 2010

ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON SEKOLAH/INSTITUSI

1 PENDAFTARAN CALON

1.1 Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat dalam disket komputer dengan menggunakan perisian Sistem Pendaftaran MUET (SPMUET VERSI 4.0) yang dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (rujuk alamat Jabatan Pelajaran Negeri di halaman 8). Sebarang masalah tentang pengendalian SPMUET VERSI 4.0 ini hendaklah dirujuk kepada Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat MPM melalui telefon atau e-mel di alamat [email protected] atau [email protected].

1.2 Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan pegawai yang dilantik menjadi Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk mengurus pendaftaran kemasukan calon sekolah/institusinya.

1.3 SUP hendaklah mendapatkan butiran pendaftaran calon dengan menggunakan borang Pendaftaran Masuk Manual (Sekolah/Institusi) [MUET/M(SI)](rujuk para 3) yang boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my. Borang MUET/M(SI) calon sekolah/institusi hendaklah disimpan di pejabat/sekolah/institusinya.

1.4 Bayaran untuk ujian ini ialah RM60.00 (Ringgit: Enam Puluh Sahaja) bagi seorang calon. Bayaran bagi semua calon sekolah/institusi hendaklah dibuat melalui satu draf bank/cek sekolah/cek institusi/kiriman wang (money order) sahaja atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia dan dipalang AKAUN PENERIMA SAHAJA.

Page 2: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

2

1.5 Pengetua hendaklah menghantar bahan yang berikut kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

(a) Data Rumusan Kemasukan Calon [MUET/R3(SI)]

Data ini hendaklah dihantar melalui disket bagi sekolah/institusi yang tidak mempunyai kemudahan e-mel dan melalui disket serta e-mel bagi sekolah/institusi yang mempunyai kemudahan e-mel. Disket hendaklah dihantar melalui pos berdaftar.

(b) Bayaran pendaftaran calon berserta penyata bayaran yang dihasilkan daripada perisian SPMUET VERSI 4.0 [rujuk halaman terakhir MUET/R3(SI)].

2 SYARAT KEMASUKAN UNTUK MENDUDUKI MUET

Calon dibenarkan menduduki MUET tanpa dikenakan sebarang syarat.

3 BORANG PENDAFTARAN MASUK MANUAL (SEKOLAH/INSTITUSI) [MUET/M(SI)]

3.1 Setiap calon sekolah/institusi yang mendaftar untuk MUET hendaklah mengisi borang Pendaftaran Masuk Manual (Sekolah/Institusi) [MUET/M(SI)].

3.2 Cara Mengisi Borang MUET/M(SI) (Lihat contoh pada halaman 7)

(a) Gunakan pena mata bola berdakwat HITAM/BIRU apabila mengisi borang MUET/M(SI).

(b) Nyatakan ujian, sama ada Pertengahan Tahun 2010 atau Akhir Tahun 2010.

(c) Nombor Kad Pengenalan

(i) Nombor kad pengenalan hendaklah diisikan dalam borang MUET/M(SI).

(ii) Jika anda pemegang kad pengenalan lama, isikan nombor kad pengenalan anda dalam petak 1 hingga petak 8 sahaja.

(iii) Jika anda pemegang kad pengenalan baru (12 angka), isikan petak 3 hingga petak 16 sahaja.

(iv) Bagi pemegang kad pengenalan yang mempunyai dua abjad dipangkalnya, tuliskan abjad yang pertama sahaja di petak pertama, misalnya RX tuliskan R sahaja.

Nota: Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menggunakan nombor kad pengenalan yang sama semasa ujian kelak.

Page 3: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

3

(d) Nombor Pusat dan Angka Giliran Calon

(i) Bagi calon sekolah dan calon institusi, nombor pusat akan diisikan oleh Pengetua sekolah/institusi.

(ii) Angka giliran calon akan dihasilkan semasa proses pendaftaran calon dengan menggunakan perisian SPMUET VERSI 4.0. Angka giliran calon yang terhasil itu tidak boleh dipinda atau ditukar.

(e) Penyerahan Borang MUET/M(SI) dan Bayaran

(i) Calon sekolah dan calon institusi hendaklah menyerahkan borang MUET/M(SI) yang telah diisi berserta bayaran kepada Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

(ii) Calon hendaklah memastikan bahawa semua butiran yang diisikan dalam borang MUET/M(SI) adalah betul.

4 PERKARA-PERKARA PENTING TENTANG MUET

4.1 Tarikh Pendaftaran dan Tarikh Ujian

Sila rujuk kalendar MUET 2010 pada halaman 6.

4.2 Calon Istimewa

(a) Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada semua Pengetua sekolah/institusi di negeri masing-masing secara bertulis supaya menghantar semua jenis permohonan bagi Kes Istimewa ke Jabatan Pelajaran Negeri sebelum 8 Februari 2010 bagi MUET Pertengahan Tahun 2010 dan sebelum 25 Jun 2010 bagi MUET Akhir Tahun 2010.

(b) Jika terdapat calon yang kurang upaya dari segi penglihatan seperti buta, rabun, atau ketidakupayaan dari segi anggota/spastik atau ketidakupayaan dari segi pendengaran seperti kurang dengar/pekak atau ketidakupayaan dari segi pertuturan seperti sengau atau ketidakupayaan yang lain, Pengetua sekolah/institusi dikehendaki mencatatkan segala butiran ketidakupayaan, peribadi, dan kertas yang terlibat hendaklah diberitahu dengan jelas dan lengkap dengan mengisi borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan.

(c) Pengetua sekolah/institusi boleh mendapatkan borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, atau dengan mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my.

4.3 Slip Pendaftaran SPMUET

(a) Butiran pendaftaran calon akan diberitahu kepada calon oleh SUP sekolah/institusi melalui slip pendaftaran SPMUET VERSI 4.0.

(b) Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada slip pendaftaran SPMUET VERSI 4.0 seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, dan alamat.

Page 4: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

4

(c) Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip tersebut dan memulangkannya kepada SUP sekolah/institusi masing-masing untuk dibetulkan. Calon diminta mengesahkan slip pendaftaran yang telah dibetulkan.

4.4 Slip Daftar MUET (MUET/D)

(a) Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon melalui Slip Daftar MUET (MUET/D). Slip Daftar MUET (MUET/D) akan dihantar kepada calon selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh ujian. Jika calon tidak menerima MUET/D, sila hubungi Pengetua sekolah/institusi di mana calon mendaftar untuk mengambil ujian ini.

(b) Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor kad pengenalan dan ejaan nama. Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip MUET/D tersebut dan memulangkannya kepada Pengetua sekolah/institusi masing-masing untuk diserahkan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) sebelum ujian pertama bermula. Pembetulan hanya akan dibuat pada slip keputusan MUET yang akan dikeluarkan kelak.

(c) Calon juga boleh menyemak butiran tentang pendaftaran dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my atau membuat semakan tentang pendaftaran melalui SMS dengan menaip INFOMUET<jarak> No. Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 39003.

4.5 Perpindahan Pusat Ujian

Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Bayaran untuk perpindahan pusat ialah RM25.00. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan. Borang permohonan perpindahan pusat ujian (MUET/C2) boleh diperoleh dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, atau dengan mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my. Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ujian ialah 2 Mac 2010 bagi MUET Pertengahan Tahun 2010 dan 10 Ogos 2010 bagi MUET Akhir Tahun 2010.

4.6 Penarikan Diri

Calon yang menarik diri daripada ujian tidak akan dikembalikan yuran ujiannya kecuali calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hendaklah dikemukakan) atau calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian hendaklah dikemukakan oleh warisnya).

Calon yang ingin menarik diri daripada menduduki peperiksaan perlu mengisi borang MUET/C4 yang boleh diperoleh dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, atau dengan mencetak borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my.

Page 5: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

5

4.7 Penangguhan Menduduki MUET

Permohonan untuk penangguhan menduduki MUET tidak akan dilayan.

4.8 Keputusan MUET

Keputusan MUET bagi calon sekolah dan calon institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui Jabatan Pelajaran Negeri. Calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak> No. Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 39003.

Page 6: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

6

KALENDAR MUET 2010

(a) TARIKH PENDAFTARAN

PERKARA MUET

PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN

PENDAFTARAN DIBUKA

11 Januari 2010

17 Mei 2010

PENDAFTARAN DITUTUP

28 Januari 2010

(Semua Jenis Calon)

16 Jun 2010

(Semua Jenis Calon)

28 Januari 2010

(Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2009)

22 Julai 2010

(Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET

Pertengahan Tahun 2010)

Calon dikehendaki mengemukakan slip keputusan

MUET Pertengahan Tahun 2010 sebagai bukti.

TARIKH TUTUP PERPINDAHAN PUSAT

UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010

(b) TARIKH UJIAN

KERTAS MUET

PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN

800/2 SPEAKING

3, 4, 5 Mei 2010

dan

10, 11, 12 Mei 2010

12, 13, 14 Oktober 2010

dan

18, 19, 20 Oktober 2010

800/1 LISTENING

800/3 READING COMPREHENSION

800/4 WRITING

}

} 24 April 2010

}

}

} 13 November 2010

}

Page 7: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

7

CONTOH MENGISI BORANG PENDAFTARAN MASUK MANUAL (SEKOLAH/INSTITUSI) [MUET/M(SI)]

Page 8: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA - …files.uppipgmkpp.webnode.com/200000228-9659d9753c/APKM_SI_201… · UJIAN 2 Mac 2010 10 Ogos 2010 (b) ... MUET PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN 800/2

8