majlis mesyuarat disambung pada pukul 2.30 petang yang ......

Click here to load reader

Post on 13-Feb-2018

217 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PETANG HARI RABU, 10 JAMADILAWAL 1435 / 12 MAC 2014 265

    Majlis Mesyuarat disambung

    pada pukul 2.30 petang

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

    Bismillahir Rahmanir Rahim,

    Assalamualaikum Warahmatullahi

    Wabarakatuh dan selamat petang. Ahli-

    Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis

    Mesyuarat Negara ini masih lagi

    membincangkan Rang Undang-Undang

    (2014) Perbekalan, 2014/2015

    di peringkat Jawatankuasa. Maka, bagi

    membolehkan Rang Undang-Undang itu

    dapat dibincangkan satu per satu

    Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini

    ditangguhkan dulu dan kita akan

    bersidang semula selaku Jawatankuasa

    sepenuhnya. Terima kasih.

    (Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

    (Mesyuarat bersidang sebagai

    Jawatankuasa)

    Yang Berhormat Pengerusi:

    Bismillahir Rahmanir Rahim, Ahli-Ahli

    Yang Berhormat, Mesyuarat

    Jawatankuasa bersidang semula dan

    masih lagi membincangkan tajuk-tajuk

    di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Semasa Mesyuarat Jawatankuasa

    yang telah diadakan pada sebelah

    pagi tadi seramai 9 orang Ahli Yang

    Berhormat Yang Dilantik telah

    memberikan ucapan dan

    mengemukakan pertanyaan. Maka,

    untuk menjawab soalan-soalan yang

    diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat

    yang berkenaan, saya akan memberi

    peluang kepada Yang Berhormat

    Menteri-Menteri Kabinet untuk

    menjawab. Saya persilakan Yang

    Berhormat Menteri Pembangunan untuk

    memberikan ucapan. Terima kasih.

    Yang Berhormat Menteri

    Pembangunan: Terima kasih Yang

    Berhormat Pengerusi. Bismillahir

    Rahmanir Rahim, Assalamualaikum

    Warahmatullahi Wabarakatuh. Kaola

    cuma ingin merujuk kepada persoalan

    yang dikemukakan oleh Yang Berhormat

    Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin

    pada 10 Mac 2014 dan kaola selaku

    Timbalan Pengerusi Authority Monetary

    Brunei Darussalam (AMBD) dan bagi

    mewakili AMBD mengambil maklum

    mengenai soalan yang ditimbulkan iaitu

    mengenai sewa beli kenderaan

    bermotor dan juga kekhuatiran yang

    diutarakan oleh Yang Berhormat itu

    apabila kenderaan yang ditarik balik dan

    dijual oleh pihak syarikat kewangan.

    Kenderaan tersebut seringkali dijual

    dengan harga jualan yang lebih murah

    dan adakalanya separuh daripada harga

    jualan yang ditetapkan oleh syarikat

    kewangan berkenaan.

    Untuk makluman jua, terdapat beberapa

    peruntukan dalam perintah sewa beli

    2006 yang bertujuan untuk melindungi

    penyewa sekiranya keretanya ditarik

    balik. Antara lainnya:

    1. Bab 17 (1) (a) (i) memberikan

    penyewa peluang untuk

    mendapatkan kembali kereta yang

    ditarik balik dalam tempoh masa dua

    minggu penarikan tersebut dengan

    meneruskan ataupun melunaskan

    pembayaran ansuran yang

    tertunggak; dan

  • PETANG HARI RABU, 10 JAMADILAWAL 1435 / 12 MAC 2014 266

    2. Bab 17 (1) (a) (ii) juga memberikan

    penyewa peluang untuk

    mengarahkan syarikat kewangan

    untuk menjual kereta tersebut

    kepada orang yang diperkenalkan

    olehnya yang bersedia untuk terus

    membayar jumlah yang tertunggak.

    Oleh itu, bagi mengelakkan kerugian

    yang berpunca dari kemerosotan

    nilai kereta yang berterusan, maka,

    adalah dinasihatkan supaya penyewa

    mengambil langkah segera untuk

    memastikan bahawa dalam tempoh dua

    minggu dari tarikh penarikan kereta

    tersebut atau lebih awal lagi mencari

    pembeli yang bersedia untuk terus

    membayar jumlah yang tertunggak.

    Hanya apabila penyewa gagal untuk

    melaksanakan peluang ini, maka hak

    penjualan berpindah kepada syarikat

    kewangan sebagai pemilik yang sah.

    Hakikat keadaan pasaran semasa bagi

    kereta terpakai memerlukan penjualan

    segera kereta terpakai tersebut

    bagi mengelakkan kemerosotan nilai

    disebabkan oleh penurunan harga

    pasaran ataupun kerosakan, kecurian

    dan risiko-risiko yang lain. Maka,

    mengambil kira risiko tersebut, kereta

    terpakai itu pada lazimnya terpaksa

    dijual pada harga yang rendah yang

    dikira boleh menarik pembeli. Ini boleh

    menjejaskan kepentingan penyewa

    seperti yang dinyatakan oleh Yang

    Berhormat tersebut.

    Sehubungan dengan itu juga, pihak

    berkuasa telah pernah mengeluarkan

    arahan kepada semua syarikat

    kewangan untuk mengenakan bayaran

    pendahuluan tunai sebanyak 12.5%

    daripada harga kenderaan yang

    diluluskan. Arahan ini masih berjalan

    dan bertujuan untuk memastikan

    mereka yang membeli kereta benar-

    benar berkemampuan.

    Oleh yang demikian, pihak Authority

    Monetary Brunei Darussalam (AMBD)

    ingin mengingatkan dan menasihatkan

    orang ramai supaya sentiasa berbelanja

    secara berhemah berdasarkan

    kemampuan dan tidak membebankan

    diri dan keluarga. Walau bagaimanapun,

    mengambil kira keprihatinan Yang

    Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji

    Nudin tadi terhadap orang ramai

    mengenai dengan isu-isu sewa beli

    kereta terpakai ini pihak AMBD akan

    meneliti langkah-langkah yang

    bersesuaian untuk memastikan

    kepentingan orang awam akan sentiasa

    diambilkira dalam polisi ataupun

    undang-undang dan peraturan-

    peraturan yang berjalan sekarang.

    Sekian, terima kasih Yang Berhormat

    Pengerusi.

    Yang Berhormat Pengerusi: Saya

    persilakan Yang Berhormat Pehin Orang

    Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang

    Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim,

    Menteri Kewangan II (Kedua),

    di Jabatan Perdana Menteri.

    Yang Berhormat Menteri

    Kewangan II (Kedua): Terima kasih

    Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir

    Rahmanir Rahim, Assalamualaikum

    Warahmatullahi Wabarakatuh. Kaola

    nampak-nampaknya akan menjawab

    kira-kira 20 buah soalan yang

  • PETANG HARI RABU, 10 JAMADILAWAL 1435 / 12 MAC 2014 267

    dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang

    Berhormat di sebelah sana. Terlebih

    dahulu, kaola ingin mengucapkan

    berbanyak-banyak terima kasih dan

    penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang

    Berhormat di sebelah sana yang telah

    mencadangkan dan memberikan

    beberapa saranan dan soalan yang

    ditimbulkan terutamanya pada petang

    semalam dan jua pagi ini yang meliputi

    bidang tugas jabatan-jabatan di bawah

    Jabatan Perdana Menteri seperti Jabatan

    Perancangan dan Kemajuan Ekonomi,

    Jabatan Perkhidmatan Pengurusan,

    Jabatan Perkhidmatan Awam,

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,

    Jabatan Audit, Jabatan Adat Istiadat

    Negara yang di bawah kendalian kaola.

    Insya-Allah, jika diizinkan kaola akan

    menjawab soalan ini, bukannya

    mengikut sequence pertanyaan, tetapi

    mengikut isu-isu yang ditimbulkan.

    Mungkin juga kaola akan menjawab

    secara 2 in 1 atau 3 in 1 soalan-soalan

    tersebut kerana soalan-soalan ini bukan

    lagi beranak tetapi bercucu. Jadi, ia

    kait-mengait. Mula-mula, kaola kalau

    diizinkan akan menjawab soalan yang

    dikemukakan oleh Yang Berhormat

    Awang Haji Zulkipli bin Haji Abd. Hamid

    mengenai dengan Jabatan Perancangan

    dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), sama

    ada JPKE menyediakan program

    komunikasi dan jua mengenai program

    pembangunan sumber tenaga manusia.

    Terlebih dahulu, diucapkan sekali

    lagi terima kasih kepada Yang

    Berhormat Awang Haji Zulkipli bin Haji

    Abd. Hamid yang mengemukakan

    mengenai dengan Wawasan Negara

    2035 dan pembangunan sumber tenaga

    manusia tersebut.

    Bagi menjawab soalan ini, pemberigaan

    Wawasan Negara 2035, memang

    saya bersetuju perlu ada penglibatan

    yang lebih mendalam para belia dalam

    merealisasikan matlamat wawasan

    berkenaan. Secara umumnya, beberapa

    agensi Kerajaan turut sama telah

    dan akan menyumbang dalam

    memberigakan Wawasan Negara 2035

    termasuk agensi media Kerajaan melalui

    media cetak dan elektronik. Misalnya,

    Kementerian Kebudayaan, Belia dan

    Sukan melalui program-program yang

    telah dibentuk seperti Program Khidmat

    Bakti Negara, Wawasan Negara 2035

    telah berjaya disalurkan kepada para

    belia dan generasi muda. Bagi JPKE,

    jabatan tersebut telah pun menyediakan

    program komunikasinya yang bertujuan

    untuk memberikan kefahaman mengikut

    matlamat Wawasan Negara 2035.

    Perancanaan kemajuan jangka panjang

    dan Rancangan Kemajuan Negara

    pada orang ramai ini termasuklah

    memberikan taklimat kepada

    pegawai-pegawai Kerajaan khususnya,

    kepada pegawai-pegawai yang baru

    berkhidmat, jerayawara di sekolah-

    sekolah menengah, pemberigaan

    melalui media massa seperti Pelita

    Brunei, pemberigaan melalui Radio

    Televisyen Brunei (RTB) iaitu segmen

    Rancangan Kemajuan Negara (RKN)

    semasa siaran Berita Nasional dan

    dari masa ke masa memberikan

    taklimat atas jemputan agensi-agensi

    Kerajaan mahupun bukan Kerajaan.

    Secara realitinya, pelaksanaan Program

  • PETANG HARI RABU, 10 JAMADILAWAL 1435 / 12 MAC 2014 268

    Dana Sumber Manusia yang dimulakan

    pada tahun 2006 yang dikendalikan

    oleh Jabat