mahligai kaca

88
MAHLIGAI KACA cinta adalah kebahagiaan yang rapuh IBRAHIM NAWAWI 9/23/2008 Maria dah tak ada lagi. Sekarang Ika isteri Eddie. Macam mana Ika nak bahagia kalau setiap malam Eddie tidur, Eddie mimpikan Maria, dia setiap kali jaga, Eddie bayangkan Maria?

Upload: ibrahim-nawawi

Post on 08-Jun-2015

758 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mahligai Kaca

MAHLIGAI KACA

cinta adalah kebahagiaan yang rapuh

IBRAHIM NAWAWI

9/23/2008

Maria dah tak ada lagi. Sekarang Ika isteri Eddie. Macam mana Ika nak

bahagia kalau setiap malam Eddie tidur, Eddie mimpikan Maria, dia setiap

kali jaga, Eddie bayangkan Maria?

Page 2: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 2

1. EXT. RUMAH EDDIE / SIANG

Establish. Rumah besar tersergam indah di tanah tinggi.

Halaman yang luas dengan pohon-pohon rendang memagari

kawasannya.

Page 3: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 3

2. INT. DALAM SEBUAH BILIK / SIANG

MARIA sedang sarat mengandung. Dia masuk ke bilik yang

disediakan untuk anak yang bakal lahir. Ada baby cot,

permainan, anak patung, rocking horse dsb. dalam bilik itu.

Dindingnya dicat warna ceria. Maria melihat beberapa KLIP 5

(penyangkut) langsir telah jatuh. Maria ambil sebuah BANGKU

(stool) lalu meletaknya di tepi jendela. Dia memanjat stool lalu

memegang kain langsir.

Dia terpandang ke luar.

2A. DARI TINGKAP 10

Maria nampak KERETA suaminya menyusuri jalan berliku

untuk sampai ke rumah mereka.

2B. MARIA SENYUM

Dia sambung kerjanya untuk membetulkan langsir. Tangannya

memegang klip langsir dan mengangkat untuk menyangkutnya. 15

TAK SAMPAI. Maria terpaksa BERJENGKET.

Sambil itu dia menjeling semula ke luar.

2C. KERETA EDDIE

sudah masuk ke pekarangan rumah dan berhenti. EDDIE keluar

dari kereta. 20

2D. MARIA SENYUM

lagi. Sambung semula kerja. JENGKET lagi. Kakinya tak tetap

atas bangku. Bangku itu hampir saja terjungkit. Dan Maria

masih cuba hendak menyangkut klip langsir namun masih tak

sampai. Terangkat sebelah kakinya. Tapi bila meletak semula, 25

kakinya tak tepat jatuh atas bangku lalu tergelincir.

Maria BERPAUT pada langsir yang hendak dibetulkannya. Dan

LANGSIR itu BERKERUTUP bila direntap. Klipnya tanggal satu

persatu. Maria MENJERIT.

2E. EDDIE DI LUAR TERPERANJAT 30

Eddie yang sedang berjalan sambil menyemak beberapa surat

di tangannya angkat kepala untuk melihat ke arah rumah.

2F. DALAM BILIK BABY

Maria bergumpal dengan kain langsir yang mula dibasahi

darah. Dia mengerang-ngerang kesakitan. 35

2G. DI LUAR

pula, Eddie berlari ke arah PINTU DEPAN.

2H. DALAM BILIK BABY

Maria semakin lemah erangannya.

Page 4: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 4

Dan Eddie pun muncul di PINTU BILIK dan berhenti di situ.

Surat-surat terlepas dari tangan.

EDDIE:

Maria!

Maria berpaling sedikit. Dia cuba angkat tangannya, seolah-5

olah hendak melambai Eddie.

Eddie menerpa ke arah Maria. Dia terus melutut di sisi Maria.

Tapi kedua-dua tangan terbuka seperti menadah doa. Dia panik

benar.

Melihat wajah Maria yang kesakitan. 10

Melayangkan pandangan ke perut Maria kemudian ke kolam

darah di bawah pinggang Maria.

MARIA:

Eddie....

Tubuh Maria bergoncang. 15

Eddie yang terpaku tadi terus memeluk Maria. Dia angkat bahu

dan kepala Maria ke atas ribanya. Dia pun menangis tersedu-

sedu.

EDDIE:

Maria... kenapa jadi begini? 20

Maria mengangkat tangannya sedikit. Dan tangan itu segera

digenggam kemas oleh Eddie.

MARIA:

Eddie...

Mulut Maria kumat-kamit menyebut sesuatu. Tetapi tiada apa 25

yang kedengaran.

Ketika itu MAK TOM masuk ke bilik baby.

Dia berhenti belakang Eddie.

MAK TOM:

Ya Allah! Kenapa ni encik? 30

Kenapa dengan cik puan?

Eddie menoleh ke belakang. Matanya dah mula bengkak.

Bahunya terhinggut-hinggut.

FADE OUT

Page 5: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 5

3. ESTAB. KUALA LUMPUR / SIANG

Kuala Lumpur bandar metropolis yang megah. Kenderaan

berpusu-pusu. Dan orang ramai berlumba-lumba ke destinasi

masing-masing. Ada juga yang sedang menunggu bas atau

teksi. LRT melintas. 5

Page 6: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 6

4. IN CAR (VAN CREW PENGGAMBARAN) / SIANG

ZULIKHA duduk sebelah PEMANDU VAN.

Kawasan perniagaan yang agak lengang.

Zulikha buka handbag dan ambil purse.

Kepada pemandu.... 5

ZULIKHA:

Bang... kat depan sana nanti berhenti

sekejap ya?

Page 7: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 7

5. EXT. SATU TEMPAT DI BANDAR / SIANG

Depan kedai surat khabar (sidewalk stall).

Sebuah VAN pekerja produksi berhenti di seberang jalan.

Zulikha turun dari van. Dia berjalan ke kedai. Bila sampai, dia

berdiri sebelah Eddie yang sedia ada di situ. Dia memilih 5

beberapa batang cokelat.

Eddie sibuk dengan telefonnya. Belum dapat line.

MAMAK KEDAI:

Mau apa encik?

Tanpa memandang Eddie menjawab. 10

EDDIE:

Panadol.

Ketika itu Zulikha menoleh kepadanya. Eddie juga memandang

Zulikha. Zulikha senyum. Eddie balas sikit saja.

Kemudian Zulikha membayar harga cokelatnya. 15

Mamak tersenyum-senyum pandang Zulikha.

MAMAK KEDAI:

Saya selalu tengok cik keluar tv.

Eddie simpan telefon, menjeling Zulikha sekali lagi.

Dan matanya mengekori Zulikha yang hendak menyeberang 20

jalan.

MAMAK KEDAI:

Tadi cakap mau apa, encik?

Eddie tak layan kerana konsentrasinya kepada sebuah KERETA

yang datang dari arah kiri, sementara Zulikha di tengah jalan, 25

agak leka.

Eddie segera berlari ke arah Zulikha. Kereta tadi semakin

hampir dan membunyikan hon panjang.

Zulikha berpaling, tergamam, tapi Eddie sempat menarik badan

Zulikha dan kedua-dua jatuh atas rumput di tepi jalan. 30

Eddie menatap wajah Zulikha.

EDDIE:

Maria?

Zulikha agak keliru.

ZULIKHA: 35

Maria?

Eddie tersentak, sedar kesilapannya.

EDDIE:

Oh. Bukan. Maaf.

Page 8: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 8

Eddie tolong bangunkan Zulikha.

Sementara itu pemandu van Zulikha sudah sampai di situ.

PEMANDU VAN:

Ika? Awak tak apa-apa?

Zulikha hanya geleng-geleng. Matanya merenung Eddie yang 5

sudah berdiri.

Dan Eddie melangkah ke keretanya yang diletak bawah pokok

dekat situ.

PEMANDU VAN:

Nasib baik tak kena langgar. Apasal awak 10

khayal tadi?

Dekat keretanya Eddie menjeling arah Zulikha. Zulikha berjalan

dipimpin pemandu van ke arah van mereka.

EDDIE:

(Perlahan) Ika... 15

Page 9: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 9

6. INT. KORIDOR RUMAH EDDIE / SIANG

Eddie berjalan menyusur koridor. Sampai di pintu bilik (yang

berlakunya tragedi kemalangan Maria dulu), dia pun berhenti.

Dia tertunduk. Tangannya memegang tombol.

Page 10: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 10

7. INT. BILIK BABY / SIANG

Bilik itu suram ketika Eddie masuk. Cahaya mencuri masuk

melalui celah pintu. Bila Eddie menutup pintu bilik itu semakin

suram. Eddie berjalan ke tingkap dan menyebak langsir, hingga

bilik itu menjadi terang. 5

Eddie mengitari pandangan ke seluruh bilik itu. Ia kemas.

Barang-barang di situ tidak berubah tempat.

Kuda kayu yang kelihatan antik menarik perhatian Eddie. Dia

menekan kepala kuda itu dan melepasnya. Kuda kayu itu

berbuai-buai. 10

Eddie sudah tidak berminat pada kuda kayu itu lagi. Dia duduk

atas stool (yang digunakan oleh Maria semasa dia jatuh

kemalangan dulu). Dan Eddie menyandarkan belakangnya ke

dinding.

Di sebelah kanannya ada chestbox yang di dalamnya ada 15

permainan kanak-kanak. Dia membuka peti kayu itu.

Memasukkan tangan ke dalamnya. Dia keluarkan satu softtoy.

Menatapnya dan menyimpan semula. Kemudian Eddie

keluarkan pula permainan yang mengeluarkan muzik (yang

selalu digunakan untuk menidurkan bayi dalam cot). Dia 20

menarik tali dan melepaskannya. Alat itu mengalunkan muzik.

7A. INTERCUT

Mak Tom lalu sampai di bilik itu. Dia terdengar bunyi dari

dalam. Mak Tom berhenti seketika. Kemudian dia berlalu.

7B. CUTBACK TO EDDIE 25

Dia menyimpannya semula alat permainan tadi.

Sekali lagi Eddie keluarkan sesuatu dari peti. Ianya berupa

sebuah pasu bunga dari bahan seramik.

Dia membelek dan merenung pasu bunga itu.

7C. MEMORY FLASH 30

Air terjun. Eddie sedang berendam. Dan Maria hampiri dia.

Kemudian Maria menyimbah air ke muka Eddie. Eddie bingkas

dan mengejar Maria.

Maria lari naik ke tebing. Dia duduk atas rumput. Dan Eddie

pun duduk sebelahnya. Eddie merenungnya. Maria senyum 35

manja. Tersipu-sipu.

7D. CUTBACK TO PRESENT TIME

Eddie menyimpan pasu bunga itu. Kemudian bangun dan

berjalan ke satu dinding. Di situ ada sebuah potret, wajah

Maria. 40

Eddie merenung potret itu. Eddie sungguh sayu. Kesedihan

menyayat hatinya. Rindu.

Page 11: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 11

EDDIE:

Maria...

Terbayang imej wajah Maria hidup pada potret itu.

MARIA:

Eddie... 5

EDDIE:

Maria?

Imej tadi perlahan-lahan hilang.

EDDIE:

Maria! 10

Page 12: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 12

8. INT. PEJABAT KUMPULAN EHSAN / SIANG

Pejabat Eddie letaknya di kawasan komersil yang elit. Ia

merupakan ibu pejabat bagi KUMPULAN EHSAN, syarikat

induk yang memayungi banyak lagi anak-anak syarikat milik

Eddie. 5

RIZ sedang menunggu untuk bertemu dengan Eddie. Riz

seorang fashion designer. Pakaiannya kasual. Hari itu dia

membawa beg portfolio yang berisi design terbarunya untuk

ditunjukkan kepada Eddie.

Penyambut tetamu approach Riz yang duduk di sofa. 10

PENYAMBUT TETAMU:

Encik Ridzuan. Boleh jumpa Encik Zuraidi

sekarang.

RIZ:

Terima kasih. 15

Eddie pun bangun dan ditunjukkan jalan.

8A. INT. BILIK CHAIRMAN (EDDIE) / SIANG

Eddie berdiri tepi jendela, menyebak venetian blind untuk

melihat view pencakar langit di luar.

Bilik PINTU DIKETUK Eddie tidak menoleh. 20

EDDIE:

Masuk...

Riz berjalan menghampiri meja nyatoh yang besar. Ketika itu

barulah Eddie memandangnya sambil melepaskan blind.

Eddie senyum kepada Riz. 25

EDDIE:

Encik Ridzuan?

Riz mengangguk. Eddie menghulur tangan dan disambut. Eddie

isyaratkan Riz duduk.

EDDIE: 30

Sila duduk.

Dan Riz pun duduk. Dan Eddie sendiri pun duduk di kerusinya.

EDDIE:

Kopi?

Riz senyum. 35

RIZ:

Ya, terima kasih.

Eddie picit buzzer intercom dan memanggil.

Page 13: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 13

EDDIE:

Suzy. Dua kopi ke pejabat saya.

(Kemudian kepada Riz,) tengok apa yang

awak nak tunjukkan kepada saya.

Riz meletak beg portfolio atas meja nyatoh itu dan membuka 5

zipnya.

EDDIE:

Rekaan awak mestilah asli, unik, menarik

dan kalau boleh berunsurkan ketimuran.

Riz senyum sambil menghulur beberapa lakaran fesyen atas 10

kertas bersaiz A3.

EDDIE:

Sebab, awak tahulah tujuan saya panggil

awak ke sini, saya cuba nak meneroka

pasaran global. 15

RIZ:

Encik Zuraidi tengok dan nilaikanlah

sendiri hasil kreativiti saya...

Eddie meneliti lakaran fesyen yang di tangannya.

Tiba-tiba pintu diketuk dan Eddie mendongak pantas. 20

Di pintu FARIQ menjenguk.

FARIQ:

Sekejap, bos.

Dan Fariq pun masuk tanpa dijemput, menjinjing beberapa

folder. Meletak folder-folder atas meja depan Eddie. 25

Eddie tiba-tiba naik marah.

EDDIE:

(Marah) Awak tak nampak ke saya sedang

sibuk?

Fariq, usia awal 40an, agak nerdy dengan cermin mata tebal. 30

Memakai kemeja dan talileher serta berkot. Dia ialah pengurus

operasi di syarikat itu, dan akauntan peribadi kepada Eddie.

Kerana kedudukan yang tinggi dalam syarikat, gaji yang

lumayan dan personal access (tinggal dalam kawasan rumah

Eddie), dia tak kisah kalau sesekali dimarah, ditengking. 35

EDDIE:

(Kepada Riz) Maaf, ya, sebentar.

Eddie menyemak folder yang dibawa oleh Fariq tadi dan

menandatangan beberapa dokumen.

Page 14: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 14

FARIQ:

Saya nak bagi tahu tentang freight dari

Denmark tu-

EDDIE:

(Menyinga) Jangan bagitau saya kalau 5

awak masih belum dapat selesaikan

masalah tu. Dan jangan datang pada saya

dengan apa-apa masalah. Saya bayar awak

gaji dan saya bayar gaji kepada ramai

pekerja. Takkan semua masalah nak 10

ditambunkan pada saya?

Eddie campak folder ke badan Fariq dan Fariq terpaksa

menangkapnya. Yang jatuh dikutipnya.

EDDIE:

Keluar! Saya tak ada masa nak layan awak 15

sekarang.

Fariq berjalan pantas ke pintu. Sebelum keluar dia menjeling

Eddie, tapi wajahnya tertunduk. Malu ada, geram pun ada.

Eddie cuba bertenang. Peluh merenik di dahinya.

Riz pula nampak resah sedikit. 20

Eddie tidak memandang Riz. Picit kepalanya yang nak

migraine.

EDDIE:

Di mana kita tadi?

Riz masih terdiam. 25

EDDIE:

Errr... macam ni. Awak buat appointment

dengan setiausaha saya untuk datang buat

presentation. Setkan satu tarikh.

RIZ: 30

Presentation?

Eddie tenung wajah Riz.

EDDIE:

Ya... saya dah tengok lakaran awak, tapi

tak bawa apa-apa makna pada saya. Awak 35

datang balik nanti bawa model untuk

memperagakan rekaan awak ini.

Riz cuba senyum.

RIZ:

Ya saya faham. 40

Riz bangun dan hulur tangan kepada Eddie tapi tidak disambut

kerana Eddie memang tidak memandang.

Page 15: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 15

RIZ:

Terima kasih.

Eddie menjeling dan mengangguk. Riz berjalan ke pintu.

Page 16: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 16

9. INT. BANGUNAN PEJABAT STUDIO MONA / SIANG

Mona sedang berjalan kelam kabut dengan Riz di sebelahnya.

Riz membawa beg portfolio dan Mona ada beberapa helai

pakaian dalam sarung plastik di tangannya.

Mereka dah sampai ke pintu pejabat Mona. 5

9A. INT. BILIK PEJABAT MONA / SIANG

Mona letak pakaian yang dibawanya atas meja. Riz pun letak

beg portfolionya atas meja itu. Riz duduk.

Telefon berbunyi dan Mona tangkas menjawabnya.

MONA: 10

Ya! (Pause) Siapa? (Pause) Datang pejabat

ni jumpa dengan Farah untuk temuduga.

(Pause) Petang ni pun boleh. (Pause) Ha...

yalah!

Mona letak telefon semula. Dia pandang Riz. 15

RIZ:

Aku nak pakai empat orang model kau

untuk presentation tu.

Mona semak diari.

MONA: 20

Semua budak-budak aku ada assignment

pada tarikh yang kau nak tu. Tapi, aku

boleh bagi budak baru. Kau boleh pilih

sendiri.

Mona angkat telefon semula dan picit satu butang. 25

RIZ:

Ada yang ada pengalaman? Tak nak jalan

tergedik-gedik pula.

Mona angkat tangan sikit, sebab dia sibuk di telefon.

MONA: 30

Farah. Kalau ada orang telefon nak cakap

dengan saya, tanya dulu urusan apa. Kalau

nak minta kerja, awak sendiri yang

uruskan.

Letak telefon, kembali kepada Riz. 35

MONA:

Ada juga. Tengoklah nanti.

Riz angguk. Mona keluarkan handset dari handbag dan

mendail. Riz tengok jam di tangan.

Page 17: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 17

RIZ:

Jom. Aku belanja makan tengah hari.

Riz hendak bangun.

Mona, telefon melekap di telinga, bercakap dengan Riz.

MONA: 5

Ai! Baru sampai dah nak pergi makan?

Lagipun aku ada hal ni.

Panggilannya telefonnya dijawab.

MONA:

Ha! Kat mana ni? (Pause) Apa? Dah 10

sampai? (Pause) Ha? Depan pintu?

(Pandang pintu) Masuklah, masuk!

Riz duduk semula, pintu dibuka dan masuk Zulikha.

ZULIKHA:

Hai Kak Mona! 15

Mona pula bingkas. Riz pusing badan ke belakang. Nampak saja

Zulikha dia terus bangun dengan pantas. Dia merenung Zulikha

dari atas ke bawah buatkan Zulikha tak senang hati. Mona pun

hairan.

MONA: 20

Kenapa kau pandang dia macam tu?

RIZ:

Yang ini siapa? Boleh bagi aku pakai dia?

ZULIKHA:

Haaah? Pakai? Apa ni? 25

Mona pun terkejut juga. Tapi kemudiannya dia senyum.

MONA:

Ini adik sepupu akulah, Riz. Bukan model

aku.

MONA: 30

(Kepada zulikha) Ika... ini kawan akak,

pereka fesyen. Riz namanya. Dia nak pakai

model akak untuk memperagakan rekaan

terbarunya. Bukan pakai apa.

Zulikha hulur tangan pada Riz. Bersambut. 35

ZULIKHA:

Zulikha. Panggil saja Ika.

RIZ:

Ridzuan.

Mona menghampiri Zulikha dan berdiri sebelahnya. 40

Page 18: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 18

RIZ:

(Kepada Mona pula) Aku sanggup bagi

tawaran yang tinggi pada dia.

MONA:

Kau gila! 5

RIZ:

Aku betul-betul ni. (Kepada Ika) Macam

mana kalau saya belanja awak makan

tengah hari? Kita boleh berbincang

tentang tawaran tu. 10

MONA:

Jangan harap!

Zulikha hanya mampu sengih.

MONA:

(Kepada Zulikha) Jom Ika. Pergi makan. 15

Mereka pun melangkah ke pintu.

Riz terpinga-pinga. Di pintu Zulikha menoleh kepada Riz,

senyum

ZULIKHA:

Ok! Saya terima tawaran tu! 20

Riz tersentak. Kaku. Kemudian.

RIZ:

Kalau macam tu... esok-

Zulikha sudahpun keluar.

RIZ: 25

(sambung) boleh mula berlatih.

Page 19: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 19

10. INT. BILIK PEJABAT EDDIE / SIANG

BG MUSIC mengiringi 4 MODEL parading.

Eddie duduk bersandar di kerusi empuk, expressionless. Fariq

berdiri dengan fail di tangan. DUA lagi pegawai memerhati

dengan excitement. 5

Riz berdiri sebelah Fariq, bagi cue.

Sementara Mona di luar, beri arahan kepada model-modelnya.

Masuk satu-satu, catwalking

Model pertama – Eddie hanya angguk. Fariq buat catatan. Riz

jeling tengok respons Eddie. 10

Model kedua – Eddie menjuih bibir, macam tak minat.

Mona melepaskan model ketiga. Sementara itu beri perangsang

kepada Zulikha sebagai model terakhir.

MONA:

Jangan gugup. Buat selamba saja... OK? 15

Zulikha angguk.

Model ketiga – berpusing dan lentok liuk.

Eddie tunduk dan pejam mata. Too much for him.

EDDIE:

Ok! Cukup... cukup. 20

Riz tahan Mona dari lepaskan Zulikha.

RIZ:

Encik Zuraidi... seorang saja lagi.

EDDIE:

Saya rasa rekaan awak perlu diperbaiki 25

lagi...

FARIQ:

Saya rasa rekaan Encik Ridzuan ni

menarik....

Eddie tenung Fariq, membuatkan Fariq menggelabah. 30

RIZ:

Mungkin model-model saya ni tak dapat

menggayakannya dengan betul.

Eddie tergelak sikit.

RIZ: 35

Rekaan yang keempat ni lebih baik

daripada semua yang tadi.

Eddie pandang Fariq. Kemudian pandang pegawai-pegawainya.

Mereka mengangguk-angguk.

Page 20: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 20

Eddie sambil lewa....

EDDIE:

Yalah... yalah!

Riz beri signal kepada Mona.

Mona angguk pada Zulikha. 5

MONA:

Sekarang... Ika.

Zulikha berkawad masuk.

Fariq melopong. Fail di tangannya hampir terjatuh.

Pegawai-pegawai yang duduk di settee terangguk-angguk dan 10

senyum.

Eddie mengimbas pandangan. Pandangan keduanya lebih

tajam. Bukan pakaian Zulikha yang menarik minatnya. Tetapi

wajah Zulikha.

10A. MEMORY FLASH 15

Yang memperaga pakaian di depannya bukan Zulikha, tetapi

Maria. Melirik senyum.

10B. CUTBACK

Bayangan Maria hilang. Zulikha meneruskan rutinnya.

EDDIE: 20

Dah... dah!

Eddie berdiri. Wajahnya masih tak beremosi.

Riz matikan cd player. Dan Zulikha terpaku di tengah bilik yang

luas itu. Dia semacam panik.

Eddie menghampiri Zulikha. Bila dekat barulah dia merenung 25

pakaian Zulikha (tapi sebenarnya merenung susuk tubuh

Zulikha).

Wajah Zulikha berkerut. Macam teringatkan sesuatu.

Kemudian dia senyum.

ZULIKHA: 30

Awak?

Riz terkejut. Bulat matanya.

Tapi Eddie senyum. Angguk.

EDDIE:

Siapa nama awak? 35

ZULIKHA:

Zulikha...

Eddie mengangguk slowmo...

Page 21: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 21

EDDIE:

Ya... saya ingat! Ika!

Mona dan Riz main signal. Mona angkat kening ‘apa hal?’ dan

Riz angkat bahu ‘ntah!’.

Eddie berpaling kepada Riz. 5

Melangkah, angkat jari...

EDDIE:

Ridzuan... baiklah... saya beli semua

rekaan awak!

Riz senyum melebar. Model-modelnya melompat-lompat sikit 10

sambil tepuk tangan.

Pegawai-pegawai Eddie juga bangun dan tepuk tangan.

Fariq merenung Ika dengan ekor mata. Bila Ika

memandangnya, dia terus tunduk.

Page 22: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 22

11. MONTAGE

11A. BACKGROUND – KL CITY ATAU BOTANICAL GARDEN

Zulikha bergaya untuk jurufoto fesyen, change of clothes,

poses. Move, snap and still.

Ika dalam set penggambaran iklan. 5

11B. SERIES OF MAGAZINE ADS, COVERS AND NEWSPAPER

CUTTING

Dengan gambar-gambar Zulikha.

Iklan syampu, iklan sabun, iklan baju, etc.

Berita: ZULIKHA JADI DUTA FESYEN MALAYSIA, IKA DAPAT 10

KONTRAK 1 JUTA, IKA SEMAKIN LARIS, ZULIKHA TERBANG

KE PARIS, IKA MENANG ANUGERAH SRI ANGKASA

11C. ATAS DEK FERI

Zulikha, Mona dan Riz.

11D. MANDI LAUT 15

Zulikha dan Mona.

11E. SUAP AISKRIM

Zulikha dan Riz.

11F. EXT. TEPI PANTAI / SIANG

Zulikha lepak atas beach mat. Pakai kaca mata hitam. Riz terus 20

duduk sebelah Zulikha. Ada majalah di tangannya. Beri pada

Zulikha.

RIZ:

Baca muka surat enam puluh empat.

11G. ZULIKHA SELAK HALAMAN MAJALAH 25

11H. MUKA SURAT 64 – ARTICLE BERGAMBAR IKA

END OF MONTAGE

Page 23: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 23

12. TANGAN MEMEGANG GUNTING

memotong gambar Zulikha dari majalah.

Tangan itu melekapkan gambar ke dinding dengan cellotape,

dekat gambar-gambar Zulikha yang lain, foto, dari majalah dan

dari akhbar. 5

Tangan sama membalut hadiah. Tambah riben dan bunga.

Page 24: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 24

13. INT. PEJABAT MONA / SIANG

Ika duduk di kerusi Mona sambil membaca majalah. Depannya

ada bungkusan.

Sekejap kemudian Mona masuk. Pleasantly surprise nampak

Zulikha ada di situ. 5

MONA:

Aik? Dah ada di sini?

Zulikha senyum.

MONA:

Kau kata tengah sibuk berlakon? 10

ZULIKHA:

Hari ini tak ada penggambaran.

MONA:

Bangun! Akak nak duduk situ.

Zulikha pun bangun dan berubah tempat. 15

ZULIKHA:

Sombongnya.

Mona duduk di kerusinya dan mula sibuk dengan handbag,

keluarkan handset.

MONA: 20

Siapa yang sombong? Aku ke kau? Kau

sejak dah bergelar pelakon wanita terbaik

ni, nak telefon akak pun susah.

ZULIKHA:

Memang sibuk Kak Mona. 25

Tangan Mona subconsciously bermain dengan bungkusan

hadiah di depannya.

Dan Mona merenung bungkusan itu.

MONA:

Eh? Ini apa pula ni? 30

Zulikha angkat bahu.

ZULIKHA:

Untuk Ika, tapi tak tahu siapa yang beri.

MONA:

Riz kot? 35

Zulikha tergelak.

MONA:

Dia sukakan kau.

Page 25: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 25

Mona pegang bungkusan.

MONA:

Buka?

ZULIKHA:

Buka la. 5

Mona pun mengoyak bungkusan hadiah. Di dalamnya ada

sebatang cokelat. Melihat itu Zulikha hendak merebutnya.

Mona melarikan tangannya yang memegang cokelat itu.

MONA:

Kongsi ya? 10

Dan mereka pun makan cokelat itu.

MONA:

Oh ya! Yang itu untuk kau.

Zulikha menjeling arah yang ditunjuk oleh Mona.

SEJAMBAK BUNGA MAWAR. 15

ZULIKHA:

O... Riz....

MONA:

O Riz ke atau siapa?

ZULIKHA: 20

Siapa?

Mona angkat bahu.

MONA:

Tak ada kad.

ZULIKHA: 25

Riz la tu.

Page 26: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 26

14. ESTABLISH PLUSH APARTMENT HOUSE / MALAM

14A. INT. RUANG TAMU APARTMEN ZULIKHA / MALAM

Zulikha bersantai di ruang tamu yang penuh kusyen lembut.

Dia duduk atas lantai meninggikan lutut.

Ruang tamu itu dihias secukupnya. Ada home theater. 5

Magazines.

Tunjuk bouquet. Seberkas surat-surat dari peminat.

Zulikha memegang bungkusan hadiah. Tak ada notes atau kad.

Membukanya. Bungkusan itu kurus panjang. Selepas kertas

pembalut dikoyak, ada jewellery case. Zulikha buka case, dan 10

ada

14B. KALUNG MUTIARA

di dalamnya.

14C. ZULIKHA TERKEJUT BESAR

Cepat-cepat menutup semula case. Campak case ke sisi. 15

Memeluk lutut sambil merenung case itu. Kebingungan.

Page 27: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 27

15. EXT. LOKASI PENGGAMBARAN / SIANG

Crew teknikal dan production sibuk prepare set.

Zulikha sedang di touch up.

Seorang budak penghantar membawa bouquet yang agak

besar. Mencari-cari seseorang dalam set. 5

Dia terus menuju ke arah Zulikha.

BUDAK PENGHANTAR:

Kak Ika?

Zulikha agak terperanjat.

ZULIKHA: 10

Ya?

Budak itu keluarkan voucher dan buku rekodnya untuk disain

oleh Ika.

BUDAK PENGHANTAR:

Tolong sain di sini... 15

Ika pun sain.

Budak penghantar beri bouquet kepada Zulikha.

ZULIKHA:

Daripada siapa ni?

BUDAK PENGHANTAR: 20

Tak tau. Saya tukang hantar je.

Budak penghantar nak beredar.

Ketika itu di background kereta Riz pun sampai.

ZULIKHA:

Macam mana awak tahu saya ada kat sini? 25

BUDAK PENGHANTAR:

Saya pergi ke studio Puan Mona tadi, dia

kata Kak Ika ada kat sini.

Zulikha angguk.

Riz sudah sampai di situ. Senyumnya panjang. 30

RIZ:

Hai... apa khabar?

Zulikha masam aja.

RIZ:

Kenapa muncung ni? 35

ZULIKHA:

Awak pengecut la!

Page 28: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 28

Riz terkejut.

ZULIKHA:

Cakap depan-depan tak berani.

RIZ:

Apa maksud Ika? 5

ZULIKHA:

Faham-faham sendiri sudahlah!

Director mengangkat loud hailer.

DIRECTOR:

Stand by. Two minutes! 10

Makeup artist cepat-cepat mengelap dahi dan hidung Zulikha

dengan tisu.

ZULIKHA:

Ika takkan cakap dengan awak lagi!

RIZ: 15

Errr... Riz nak jemput Ika pukul lapan

nanti. Kita makan malam.

Zulikha tenung Riz. Kemudian beredar ke arah co-actor yang

tengah semak script last minute.

Riz beredar dari situ, menuju ke kereta. Kereta hitam cross 20

frame perlahan-lahan. Sebaik saja dilihat oleh Riz, kereta itu

menambah kelajuannya.

Page 29: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 29

16. EXT. OPEN AIR FOOD COURT / MALAM

No food, only drinks on the table.

No words, only silence in the air.

RIZ:

Kenapa Ika macam ni? Diam dari tadi. 5

ZULIKHA:

Hadiah-hadiah yang Ika terima tu... semua

Riz yang beri, bukan?

Riz tunduk kemudian angkat mata saja. Geleng. Dia tak senyum

pun. 10

RIZ:

Bukan. Tapi... Riz memang ada hadiah nak

beri pada Ika.

Riz keluarkan sebuah bungkusan kecil cenonet dari poket jaket.

Dan teragak-agak menghulurnya kepada Zulikha. 15

Zulikha pandang saja, tapi tak ambil.

Dia bangun dan meninggalkan Riz ternganga.

Page 30: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 30

17. IN CAR / SIANG

Not the black car, another car.

Eddie dalam perjalanan pulang. Keretanya dipandu oleh Amat.

Fariq sebelah Amat. Eddie duduk di belakang. Dia sedang

menatap majalah bisnes. 5

Dalam satu ruangan yang dibacanya, ada artikel tentang

Zulikha.

17A. TERPAMPAR WAJAH ZULIKHA DI DADA MAJALAH.

17B. PELUH MERENIK

di dahi Eddie. Dia agak gelisah. Renung ke depan untuk 10

mengagak berapa jauh dari rumah.

17C. FARIQ MENJELING KE BELAKANG

Nampak gelagat Eddie. Fariq senyum brutal.

17D. EDDIE

mengipas-ngipas badannya dengan majalah. Dia tanggal tali 15

leher dan butang kot.

Page 31: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 31

18. EXT. RUMAH EDDIE / SIANG

Kereta Eddie menjalar memasuki pekarangan rumahnya.

Parking sebelah kereta hitam Eddie. Bila kereta itu berhenti

Eddie pun keluar dan berlari masuk ke dalam rumah.

Page 32: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 32

19. INT. BILIK PEJABAT EDDIE / SIANG

Eddie masuk bilik tanpa menutup pintu. Dia terus ke mejanya.

Mencari-cari sesuatu. Membuka laci, menyelerakkannya,

mencari sesuatu. Dalam laci yang lagi satu dia jumpa botol ubat

yang kosong. Dia membuka botol, menuang isinya dan 5

menadah tangan, tapi apa pun tak keluar. Botol itu

dijatuhkannya ke lantai.

Dia menggigil-gigil. Tubuhnya dibasahi peluh. Dia mengetap

giginya. Dia terus duduk di lantai, bersandar ke dinding. Dia

memeluk lututnya macam kesejukan atau ketakutan. 10

Masuk Mak Tom tergesa-gesa. Fariq pun masuk juga.

MAK TOM:

Kenapa ni, Encik Eddie?

Mak Tom macam sedang memujuk. Mak Tom nampak botol

ubat yang kosong dekat kaki Eddie. 15

Mak Tom jeling Fariq.

MAK TOM:

Encik Fariq... ubatnya dah habis. Encik

Fariq mesti turun ke klinik sekarang juga.

Fariq angguk. 20

FARIQ:

Ya...

Dia akur dengan permintaan Mak Tom. Dan tergesa-gesa dia

keluar.

Setelah Fariq keluar, Mak Tom hampiri Eddie dan menyentuh 25

bahu Eddie.

MAK TOM:

Eddie... kenapa ni?

Tutur katanya lembut, keibuan.

Tapi Eddie menjelingnya dengan wajah yang menakutkan. 30

Page 33: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 33

20. EXT. PEKARANGAN RUMAH EDDIE / SIANG

Semasa Fariq hendak membuka pintu kereta hitam, terdengar

suara Eddie melolong. Dia tersentak sedetik, kemudian senyum

melebar.

Page 34: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 34

21. EXT. LORONG BELAKANG / SIANG

Lokasi penggambaran.

Scene perkelahian di lorong. Dua pelakon lelaki sedang

berentap.

Pengarah tengok monitor. Zulikha duduk sebelahnya. 5

PENGARAH:

Cut!

Pelakon-pelakon bersurai. Pengarah berbincang dengan

cameraman dan conti person.

Crew lain mengemaskan peralatan. 10

Mona enter frame. Terus bertemu Zulikha.

MONA:

Ika! Ada orang nak jumpa kau!

Zulikha berpaling dari arah Mona datang.

21A. DI HUJUNG LORONG 15

ada sebuah kereta hitam. (Kereta hitam ni refers to the same

car throughout this script).

21B. CUTBACK

ZULIKHA:

Siapa? 20

MONA:

Ikut sajalah...

Zulikha approach Director. Director dah dengar dan dah tahu.

DIRECTOR:

Five minutes! 25

Zulikha beredar dengan Mona.

21C. KERETA HITAM

Eddie memandang opposite side.

Mona dan Zulikha semakin menghampiri. Zulikha was-was.

MONA: 30

Encik Zuraidi...

Eddie berpaling.

Menyirap darah Zulikha. Dia terkejut. Dia senyum. Eddie

senyum.

Zulikha tersipu-sipu. Mona tersengih-sengih. 35

Page 35: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 35

MONA:

Zulikha... Encik Zuraidi ni nak berkenalan

dengan kau.

Dan Mona meninggalkan mereka berdua.

Zulikha serba salah. Tapi sengih semula. 5

Eddie tunduk sambil berjalan menyusur keretanya. Dia

tersenyum-senyum kambing. Begitu juga Zulikha.

Bila dekat dengan Zulikha, dia hulur tangan untuk bersalam.

EDDIE:

Panggil saya Eddie... 10

Page 36: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 36

22. JAMBANGAN BUNGA YANG BESAR (STUDIO MONA)

Reveal Mona dan Zulikha membelek-beleknya.

ZULIKHA:

Wow! Cantiknya....

Zulikha nampak kad yang terlekat pada jambangan bunga itu. 5

Ambil dan baca.

ZULIKHA:

“Semoga perkenalan berpanjangan.”

Hmmm... dah tersangat kreatif ler tu!

MONA: 10

Dari siapa?

ZULIKHA:

Eddie....

Terkebil-kebil mata Mona melihat Zulikha mengangkat dan

memeluk jambangan bunga itu sambil memejamkan matanyer. 15

Page 37: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 37

23. EXT. JALANRAYA PINGGIR BANDAR / SIANG

Riz sedang memandu (IN CAR). Nampak sebuah kereta hitam

di tepi jalan. Seorang lelaki berdiri bersandar pada kereta

sambil bercakap melalui handset.

Bila Riz hampir baru dia cam lelaki itu Eddie. 5

REVERSE Eddie kelihatan sedang marah ke dalam telefon.

Tamatkan panggilan. Berpusing pula ke arah keretanya

menendang-nendang tayar kereta semasa Riz melepasi tempat

dia berdiri itu.

Page 38: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 38

24. EXT. WARUNG / MALAM

Riz sedang minum teh. Nampak kereta hitam lalu. Riz meneguk

teh. Kemudian dia menung. Meninggalkan duit atas meja dan

berlari ke keretanya. Dia mengekori kereta hitam itu.

Page 39: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 39

25. EXT. JALANRAYA / MALAM

Riz sedang memandu (IN CAR). Kelihatan cemas.

25A. PAPAN TANDA

apartmen mewah tempat Zulikha tinggal

25B. KERETA RIZ 5

masuk ke kawasan apartment itu.

25C. IN CAR

Riz nampak kereta hitam itu parking di bahu jalan. Riz

berhenti. Menepuk-nepuk stereng. Beberapa ketika kemudian

dia pun keluar dari kereta. 10

25D. KERETA HITAM

Riz menyusuri kereta itu. Berhenti di tepi tingkap untuk

mengintai ke dalam. Tak ada orang.

Riz dongak pandang bangunan apartmen.

Dia tunduk berfikir sambil petik jari. 15

Kemudian dia berlari ke main entrance.

Page 40: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 40

26. INT. KORIDOR KE APARTMEN ZULIKHA / MALAM

Dekat lif. Eddie keluar dari lif. Wajahnya merenik peluh. Berlari

ke pintu apartmen Zulikha. Beberapa meter dari pintu dia

berhenti.

26A. PINTU ITU RENGGANG 5

Riz melangkah perlahan-lahan dan berhati-hati. Sampai di

pintu dia memegang tombol dan menolak daun pintu,

melebarkan renggangnya.

Page 41: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 41

27. INT. APARTMEN ZULIKHA / MALAM

Int. suram saja, tak banyak lampu dipasang.

Follow Zulikha keluar dari bilik air dengan memakai robe dan

rambut berbungkus tuala. Dia berjalan masuk ke bilik.

OBJECTIVE CAM menghampiri pintu bilik. 5

27A. RIZ BERADA DI MUKA PINTU

Pintu itu terbuka luas.

Riz pandang tepat ke depan.

RIZ:

Hoi! Buat apa tu? 10

27B. BCU LELAKI MISTERI

yang memakai ski mask. Berpaling pantas ke kamera. Bulat

matanya.

27C. KAKI LELAKI MISTERI

berlari ke arah pintu. Bertembung dengan Riz yang masih di 15

pintu. Kaki saja ya, up to the waist, tak nampak wajah.

Assuming lelaki itu menumbuk Riz. DUSYUM! DUSYUM!

Kemudian Riz terkulai.

INTERCUT TO

27D. INT. BILIK TIDUR ZULIKHA 20

Zulikha masih dalam robe dan kepala berserban tuala. Gincu

terlepas dari tangan dan jatuh atas meja solek.

27E. CUTBACK TO RIZ

Riz terlentang di muka pintu dan di background lelaki

berpakaian serba hitam dan memakai ski mask semakin jauh 25

berlari dan hilang di selekoh.

27F. SUDUT LAIN

Eddie tidak bergerak-gerak. (LOW)

Zulikha enter frame. Merendahkan badan. Pegang bahu Riz.

Tarik supaya nampak wajah Riz. Kemudian dia MENJERIT. 30

FADE OUT

Page 42: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 42

28. INT. RUANG TAMU ZULIKHA / MALAM

Zulikha merawat Riz yang berdarah mulutnya serta lebam. Dia

guna sapu tangan.

Riz duduk atas karpet, bersandar ke sofa dan kakinya lurus.

Mona pun ada di situ duduk atas sofa. Dia menggeleng kepala. 5

MONA:

Betul ke apa kau cakap ni, Riz? Kau

nampak sendiri orang tu?

RIZ:

Aku tak tengok mukanya. Kan aku bagi 10

tau tadi, dia pakai topeng.

MONA:

Kalau kau tak nampak mukanya, macam

mana kau tahu dia Eddie?

RIZ: 15

Aku cam sangat kereta Eddie sebab aku

dah ikut dia berbulan-bulan.

Zulikha terperanjat.

ZULIKHA:

Hah? Buat apa Riz ikut dia? 20

RIZ:

Sebab kereta hitam tu selalu mengekori

Ika. Dah hadiah-hadiah yang Ika dapat tu?

Dari siapa? Bukan Riz yang beri.

MONA: 25

Hadiah-hadiah tu Eddie yang beri. Dia

peminat Ika dah lama.

ZULIKHA:

Yang masuk ke sini tadi bukan Eddie lah.

Ika dah telefon rumahnya. Mak Tom, 30

orang gajinya, kata Eddie sedang tidur.

RIZ:

Riz rasa Mak Tom cuba menyembunyikan

sesuatu dari kita. Riz rasa Eddie tu...

mereng! 35

Zulikha menonyoh bibir Riz yang bengkak itu dengan sapu

tangan. Riz TERJERIT kesakitan.

ZULIKHA:

Awak yang gila.

Riz merentap sapu tangan dari tangan Zulikha. 40

Page 43: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 43

Riz merenung wajah Zulikha dengan marah. Tanpa berkata

apa-apa lagi dia bangun, menghempas sapu tangan ke lantai

dan meninggalkan kedua-dua wanita itu di situ.

Page 44: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 44

29. INT. RUMAH EDDIE / SIANG

29A. INT. PEJABAT EDDIE

Eddie ambil pil dan menelannya. Minum air dari gelas yang

sedia ada di situ.

29B. INT. BILIK BABY / SIANG 5

Eddie merenung potret Maria di dinding bilik baby. Menjelma

imej wajah Maria.

ECHO MARIA:

Eddie...

EDDIE: 10

Maria. Eddie minta maaf. Eddie terlalu

sayang dan rindukan Maria. Tapi...

sekarang sudah sampai waktunya Eddie

buat satu keputusan. Keputusan yang

akan mengubah hidup Eddie. 15

29C. PINTU PEJABATNYA TERBUKA

masa Eddie lalu di situ. Fariq keluar dari situ. Di tangannya ada

beberapa folder. Bila ternampak Eddie dia terkejut besar.

EDDIE:

Ha! Fariq! Kau masih ada di sini? 20

Fariq gugup dan folder di tangan hampir saja terlucut.

FARIQ:

Saya... saya ambil fail-fail ni, tuan. Untuk

dibawa ke pejabat.

Eddie angguk. Senyum. 25

Fariq tunduk tak konfiden. Berpaling sikit dan menjeling.

Kemudian dia berlalu pantas.

Page 45: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 45

30. EXT. TAMAN DALAM KAWASAN RUMAH EDDIE / SIANG

Eddie berdiri memandang jalan berliku di lereng bukit untuk

sampai ke rumahnya.

Kemudian dia seluk poket seluar dan keluarkan handset. Picit

satu butang dan lekap ke telinga. Tunggu panggilan dijawab. 5

EDDIE:

Hai! Buat apa tu? (Pause)

Malam ini lapang tak? (Pause)

Siap-siap dalam pukul lapan, saya akan

jemput awak. (Pause) 10

Dan Eddie menyimpan semula telefonnya.

Kemudian dia seluk poket yang satu lagi. Keluarkan satu bekas

kecil berbentuk hati dan berwarna merah hati.

Dia buka bekas itu.

30A. SEBENTUK CINCIN BERLIAN 15

Page 46: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 46

31. EXT. SIDEWALK CAFE / SIANG

Establish dulu. Kemudian closer to subject.

Ika dan Mona sedang enjoy capuccino.

MONA:

Bagitaulah apa pengumuman penting tu! 5

Zulikha nampak sungguh riang.

ZULIKHA:

Ika dan Eddie lama berkawan, kan....

MONA:

Ya... betul.... 10

ZULIKHA:

Dan kami dah saling memahami hati budi

masing-masing.

MONA:

Ha-a... jadi? 15

Zulikha nampak teroncat-loncat sikit.

ZULIKHA:

Jadi... malam tadi dia bawa Ika keluar

makan malam di restoran yang paling

eksklusif. 20

MONA:

Lalu apa yang terjadi?

Zulikha panjangkan tangan ke depan untuk menunjukkan

cincinnya.

ZULIKHA: 25

Ika dapat ini!

Mona pegang jari Zulikha. Tenung cincin itu.

Kemudian dia tenung wajah Zulikha.

MONA:

Dia melamar kau? 30

Zulikha angguk macam ayam sedang mematuk.

Page 47: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 47

32. EXT. NATURE PARK / SIANG

Zulikha dan Mona duduk atas rumput bawah pokok. Zulikha

mencucuk-cucuk tanah dengan ranting kayu.

ZULIKHA:

Eddie kata dia jatuh cinta dengan Ika... 5

pandang pertama.

MONA:

Bila tu?

ZULIKHA:

Ingat tak masa Ika hampir dilanggar 10

kereta dulu. Eddielah yang

menyelamatkan Ika.

32A. MEMORY FLASH

Peristiwa Eddie menyelamatkan Zulikha dari dilanggar kereta.

32B. CUTBACK TO PRESENT TIME 15

ZULIKHA:

Sebab itulah masa dia mula-mula nak

berkenalan dengan Ika dulu, Ika rasa

macam pernah jumpa.

Zulikha tergelak. 20

ZULIKHA:

Walaubagaimanapun... Ika pun sama

tertarik dengan dia. Lepas tu selalu keluar

dengan dia. Pernah ajak Ika pergi

melancong ke luar negeri, tapi Ika tolak. 25

Mona angkat kening.

ZULIKHA:

Ika suka dia bukan sebab dia banyak duit.

MONA:

Yalah tu! 30

ZULIKHA:

Betul! Ika suka dia sebab Ika suka

karekter dia. He is a perfect gentleman.

Romantik, penyayang....

MONA: 35

Tapi kau kenal dia betul-betul ke? Masih

ada ibu bapa ke? Dah ada isteri ke...?

Zulikha angguk.

Page 48: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 48

ZULIKHA:

Dia dah ceritakan segala-galanya. Dia

anak tunggal mewarisi kekayaan bapanya.

Ibu bapanya meninggal dalam

kemalangan kapalterbang. 5

MONA:

Dia dah kahwin?

ZULIKHA:

Dia pernah kahwin. Tapi isterinya

meninggal dengan anak dalam 10

kandungan. Kira-kira lima tahun lalu.

Mona merenung Zulikha. Interested dengar cerita yang macam

tu.

ZULIKHA:

Hidupnya penuh dengan tragedi. Sebab 15

itulah perasaannya selalu tertekan. Tapi

dia tak sakit jiwa macam yang Riz tuduh

tu.

MONA:

Yalah. Kalau dia sakit jiwa, macam mana 20

dia nak jaga empayarnya.

ZULIKHA:

Ha-a, kan? Macam-macam perniagaan

yang dia buat.

ZULIKHA: 25

Sekarang dia tak mahu Ika jadi model atau

pelakon lagi... tak mahu Ika bahan

tontonan awam. Dia mahu Ika menjadi

miliknya sahaja.

Mereka terdiam seketika. 30

MONA:

Jadi kau memang sedia lah menjadi isteri

orang kaya tu?

Zulikha angguk.

ZULIKHA: 35

Ya, Kak Mona.

MONA:

Kalau begitu, akak doakan hidup kau

bahagia nanti.

ZULIKHA: 40

Terima kasih, Kak Mona.

Page 49: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 49

Zulikha merapati Mona dan memeluknya.

Page 50: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 50

33. EXT. SEBUAH TEMPAT DALAM BANDAR / SIANG

Tempat yang tak sesuai untuk berdating.

Dan Riz duduk sendirian macam orang kebingungan. Dia

kelihatan tidak terurus.

Di satu sudut kelihatan Mona mencari-cari. Nampak Riz dan 5

menghampiri.

MONA:

Mengapa nak jumpa aku kat sini? Kat kafe

tak boleh ke? Atau pun kat pejabat aku?

Riz tidak menoleh memandang Mona. Dia cuma angkat tangan 10

sikit.

MONA:

Apa yang kau rungsing sangat ni, cuba

bagitau aku?

Dan Mona pun duduk sebelah Riz. 15

RIZ:

Aku tak tau macam mana nak cakap. Tapi

aku ambil berat tentang Ika.

MONA:

Ika kata tak ada peminat misteri yang bagi 20

hadiah lagi. Habis, kau nak risaukan apa

lagi?

RIZ:

Aku takut dia tersalah pilih. Eddie tu sakit.

Ramai orang kata macam tu. Kalau dia 25

kahwin dengan Eddie, dia akan sengsara.

MONA:

Mengarutlah semua tu, Riz. Kau sengaja

tak mahu Ika kahwin dengan Eddie.

RIZ: 30

Itu bukan isunya, Mona.

MONA:

Aku tahu, kau pun cintakan dia.

Riz mengeluh kasar.

MONA: 35

Riz. Ika dah buat keputusannya. Dia pilih

Eddie. Apa lagi yang kita boleh buat? Kau

terpaksa melepaskannya.

Riz mengeluh lagi. Kali ini lebih kasar. Dia bangun dan berjalan

tanpa pandang belakang. 40

Page 51: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 51

34. SERIES OF MEDIA REPORTS

Dari majalah dan akhbar.

AKHBAR: HARTAWAN FESYEN MENJADI PILIHAN IKA

MAJALAH: ZURAIDI AKHIRI ZAMAN DUDA PILIH PELAKON

TERKENAL 5

AKHBAR: PASANGAN PALING PANAS

POJOK: LAGI CERITA ARTIS KAHWIN JUTAWAN

Page 52: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 52

35. EXT. PEKARANGAN RUMAH EDDIE / SIANG

Kereta pengantin meluncur ke porch. Di situ sudah ada Fariq,

Mak Tom, Pak Din, Don dan Amat sedang menunggu dengan

berpakaian cantik dan senyum yang lebar.

Amat bukakan pintu Eddie dan Fariq bukakan pintu Zulikha. 5

Eddie dalam tuxedo keluar. Amat sungguh gembira bersalaman

dengan bosnya.

Eddie pusing kereta untuk ke pintu Zulikha.

Pintu itu dibuka oleh Fariq. Dan Fariq senyum kepada Zulikha.

Zulikha masih belum keluar, balas senyum Fariq. 10

Eddie hulur tangan pada Zulikha yang menyambutnya.

Zulikha pun keluar. Bersilang siku berjalan dengan Eddie ke

pintu depan.

Di situ Zulikha bersalam dengan Mak Tom.

EDDIE: 15

Ini Mak Tom. Dia tinggal dengan Eddie

semenjak Eddie kecil lagi.

Seterusnya Eddie memperkenalkan yang lainnya.

EDDIE:

Ini Pak Din, tukang kebun. Ini pula Amat, 20

pemandu Ika nanti. Yang ini Don,

pengawal peribadi Ika. Dan Fariq ni

pembantu khas saya.

Selesai Ika bersalam dengan semua orang.

EDDIE: 25

Jom. Eddie tunjuk bilik kita.

Mereka pun jalan berpimpin tangan masuk ke dalam rumah

diekori yang lain-lainnya.

Page 53: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 53

36. INT. RUMAH EDDIE / SIANG

Eddie membuka pintu bilik pejabatnya.

EDDIE:

Ini pejabat saya di rumah. Kadang-kadang

urusan perniagaan dibuat di pejabat ini, 5

kalau saya tak turun ke Kuala Lumpur.

Eddie tarik tangan Zulikha.

EDDIE:

Mari! Tengok bilik pula.

Tapi Ika berminat pada pintu bilik yang tertutup. Bilik baby. 10

Dia berhenti di situ.

ZULIKHA:

Ini bilik siapa?

Wajah Eddie berubah.

EDDIE: 15

Ada benda-benda yang Ika tak perlu ambil

tahu.

Zulikha tersentak sikit.

EDDIE:

Jom! 20

Eddie menarik tangan Zulikha lagi dan mereka berlalu.

Page 54: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 54

37. INT. BILIK TIDUR / MALAM

Lampu tidur memberi secukup cahaya untuk menampakkan

Zulikha duduk depan meja solek.

Eddie yang baring membelakangi Zulikha mendengus.

Kemudian terlentang. Tangannya meraba tilam. Zulikha tak ada 5

di situ. Dia angkat kepala dan lihat Zulikha memandangnya.

Zulikha senyum. Eddie berpusing pula hingga hampir

meniarap. Dia melambai Zulikha.

Zulikha ketawa kecil. Zulikha berlari melompat ke atas tilam.

Eddie mendengus lagi. 10

EDDIE:

Hmmm... tidurlah!

37A. LATER THAT NIGHT

Eddie sedang tidur. Kelihatan resah di wajahnya. Peluh mula

merenik. 15

37B. MIMPI EDDIE

Visual yang distorted.

Sebuah kapal terbang. BUNYI JET yang bising.

Potret Maria. GELAK TAWA MARIA.

ECHO MARIA: 20

Eddiiiieeee!

Pasu kaca jatuh ke lantai slow mo dan berderai. Disusuli

JERITAN MARIA

37C. CUTBACK

Eddie mengigau. 25

EDDIE:

Maria... Maria...

Terkejut dari tidur. Dia sendiri terjerit sedikit.

Zulikha membuka mata dan berpaling memandang Eddie.

ZULIKHA: 30

Kenapa Eddie?

Muka Eddie dibasahi peluh. Dia menggeleng.

ZULIKHA:

Eddie mimpi lagi, ya?

Page 55: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 55

38. INT. BILIK TIDUR / SIANG

Dari dalam bilik tidurnya Zulikha nampak kedua-dua kereta

Eddie keluar dan menuruni bukit. Di taman, Pak Din pula

sedang menyiram pokok bunga.

Page 56: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 56

39. INT. DEPAN PINTU BILIK BABY / SIANG

Zulikha cuba memutar tombol tapi tak bergerak.

Terdengar suara Mak Tom berdehem.

Zulikha terperanjat dan pandang Mak Tom keluar dari bilik

tidur utama, membawa bakul berisi pakaian dah pakai. Mak 5

Tom senyum padanya.

ZULIKHA:

Mak Tom.

Mak Tom berhenti untuk melayan Zulikha.

ZULIKHA: 10

Apa ada dalam bilik ni?

MAK TOM:

Tak ada apa sangat. Cuma barang-barang

budak saja.

ZULIKHA: 15

Barang-barang budak?

MAK TOM:

Dulu... encik belikan barang-barang untuk

persediaan anaknya yang nak lahir. Tapi...

dah ajal... tak sempat. 20

Zulikha mengangguk tanda faham.

ZULIKHA:

Siapa yang kemaskan bilik ini?

Susah Mak Tom nak jawab.

MAK TOM: 25

Mak Tom, cik puan.

ZULIKHA:

Tak apa... hari ini biar Ika yang bersihkan.

Mak Tom serba salah. Mak Tom angguk berat dan dia pun

berlalu sambil berlenggang kangkung. 30

FADE OUT

Page 57: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 57

40. INT. BILIK BABY / SIANG

From inside. Zulikha buka pintu dan pandang ke dalam bilik.

Nampak kelibat Mak Tom yang memegang serangkai anak

kunci. Di tangan Zulikha ada feather duster. Setelah jeling Mak

Tom, Zulikha pun melangkah masuk ke dalam bilik itu. 5

Mengitari pandangan sekitar bilik itu. Tiada apa yang

menariknya, kecuali...

40A. POTRET MARIA

40B. ZULIKHA

menatap potret itu. 10

ECHO ZULIKHA:

Ini agaknya Maria. Cantik juga... patutlah

susah dia nak melupakannya.

Setelah sambung mencuit itu sikit, ini sikit, Zulikha pun keluar

dari bilik itu. 15

Page 58: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 58

41. INT. RUANG TAMU / MALAM

Eddie menempeleng Zulikha sampai terduduk.

EDDIE:

Dah lupa ke? Dah lupa ke saya cakap... ada

benda-benda yang Ika tak perlu tahu. 5

ZULIKHA:

Apa salahnya Ika masuk bilik itu? Lagipun

Eddie juga yang cakap, rumah Eddie,

rumah Ika juga.

Eddie terkam Ika dan cekak rambutnya. 10

MAK TOM:

Tuan... tolonglah tuan... jangan buat cik

puan macam tu! Bukan salah dia...

Pak Din dan Amat turut menjadi saksi, melihat Eddie naik

minyak. Kecut saja mereka. Jauh di satu sudut, Fariq dan Don. 15

Eddie pantas berpaling kepada Mak Tom.

EDDIE:

Memang betul! Saya dah bagi arahan...

bilik tu jangan sesiapa pun masuk.

ZULIKHA: 20

Tak ada apa pun dalam bilik tu-

Eddie pantas berpaling dan angkat tangan untuk menabuh

Zulikha.

Zulikha tekup muka dan menjerit.

Eddie tak jadi melempang Zulikha. 25

EDDIE:

Sebab awak dah langgar peraturan. Saya

tak benarkan awak keluar dari kawasan

rumah ini! Berkuatkuasa hari ini!

Page 59: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 59

42. EXT. TAMAN / SIANG

Zulikha keluar dari rumah ke taman. Membawa diari dan

telefon.

Dia duduk di kerusi bawah payung. Kemudian dia menulis

sesuatu ke dalam diari. 5

ECHO ZULIKHA:

Sudah dua bulan aku bergelar isteri. Isteri

kepada seorang lelaki yang kacak dan

kaya. Memang itulah impianku sejak kecil.

Memang benar kata-kata Kak Mona dulu. 10

Aku tidak ketemu bahagia di mahligai ini.

Aku lebih bahagia semasa aku menjadi

orang biasa dulu.

Ya... dulu aku bebas. Seperti burung.

Terbang riang di angkasa. Kini aku 15

terkurung... dalam sangkar...

Zulikha bergenang airmata.

Tiba-tiba telefon berdering. Zulikha mengangkatnya dan

menjawab.

ZULIKHA: 20

Ei... Kak Mona! Ala... kenapa lama tak

telefon? Kat mana ni?

42A. EXT. TEPI PANTAI / SIANG

Mona bersama Riz.

MONA: 25

Akak kat Port Dickson. Ada hari keluarga.

Sambil tu ada sesi fotografi juga. Kau apa

khabar tuan puteri?

42B. INTERCUTTING

ZULIKHA: 30

Ika sihat. Tapi bosanlah, Kak Mona. Ika

rasa nak berlakon baliklah.

MONA:

Eh jangan. Nanti laki kau marah.

Zulikha terdiam seketika. 35

ZULIKHA:

Eddie tu semakin peliklah perangainya,

Kak Mona.

MONA:

Pelik macam mana tu? 40

Page 60: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 60

ZULIKHA:

Entah la, kak. Tak tau nak cakap macam

mana. Dia macam nak kurung Ika aja kat

sini.

Macam dia ingat Ika nak lari dari dia aje. 5

MONA:

Mengarutlah kau, Ika. Itu tanda dia sayang

kau... takut kau diapa-apakan orang. Takut

kau kena culik.

ZULIKHA: 10

Sayang memang sayang, Kak Mona. Tapi

yang Ika tak tahan tu... malam-malam dia

selalu bermimpi dan menjerit sebut nama

Maria, isterinya yang dah mati tu.

Mona pula terdiam. 15

ZULIKHA:

Eh, Kak Mona! Riz sihat ke?

MONA:

Dia ada kat sebelah akak ni. Kau nak

cakap dengan dia ke? 20

ZULIKHA:

Nak! Nak!

Mona serahkan telefon kepada Riz. Tapi Riz mencebik dan

bangun lalu meninggalkan Mona terkebil-kebil.

MONA: 25

Ika.

ZULIKHA:

Hai... Riz. (Tukar nada) O...!

MONA:

(Sayu) Dia tak nak cakap dengan kau la. 30

Ada orang melambai-lambai Mona.

ZULIKHA:

Tak apalah kak. Kirim salam saja kat dia.

MONA:

Yalah. A... Ika. Ada orang panggil akak ni. 35

Kau tu kalau senang-senang, telefonlah

akak, ya?

ZULIKHA:

Yalah.

Page 61: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 61

Zulikha menamatkan panggilan. Dia termenung. Membaca

catatan di diarinya tadi. Kemudian sambung menulis.

ECHO ZULIKHA:

Aku rasa Eddie tu semakin teruk

penyakitnya.... 5

Zulikha menutup diari dan meletak pen atasnya.

Dia ambil semula telefon dan mendail.

Melekap telefon ke telinga dan menunggu.

ZULIKHA:

Assalamualaikum, mak! Ika ni! 10

42C. DALAM RUANG TAMU

Mak Tom mengintai Zulikha dari sebalik langsir. Kemudian

melepaskan langsir. Geleng kepala sambil meninggalkan

tempat itu.

Page 62: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 62

43. INT. RUMAH EDDIE / SIANG

43A. PINTU PEJABAT EDDIE

Ika berjalan melewati pintu pejabat Eddie. Sebaik saja dia

lepas. Pintu itu berdentum. Zulikha terjerit kecil dan pantas

menoleh ke belakang. 5

Fariq yang keluar dari bilik itu.

Zulikha mengurut dadanya.

Fariq merenung dada Zulikha. Kemudian pandang wajah

Zulikha. Kemudian menuruni pandangannya hingga ke betis

Zulikha. Sekali lagi dia pandang wajah Zulikha dan senyum. 10

ZULIKHA:

Apa awak buat dalam pejabat Eddie?

FARIQ:

Saya ambil pen ini.

Fariq menunjukkan pen yang dimaksudkan. 15

ZULIKHA:

Bila awak balik? Bukankah awak keluar

dengan Eddie tadi? Awak balik kerana nak

ambil pen itu saja ke?

FARIQ: 20

Saya disuruh Tuan Zuraidi membeli

ubatnya dan hantar pulang.

ZULIKHA:

Mana ubatnya?

FARIQ: 25

Dah saya simpan di dalam.

ZULIKHA:

Awak masuk pejabat ni sebab nak simpan

ubat, atau nak ambil pen?

FARIQ: 30

Dua-dua sekali cik puan. Pen ini pun dia

yang suruh ambil.

Zulikha senyum. Fariq tertunduk sekejap.

FARIQ:

Puan Zulikha... 35

Pause.

ZULIKHA:

Ya... apa?

Page 63: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 63

Farq gelabah. Giliran Zulikha pula memandang Fariq dari atas

ke bawah. Fariq pun berlalu dengan tergesa-gesa.

43B. DALAM BILIK YANG BERTAMPAL GAMBAR ZULIKHA

Dinding yang sama. Ada meja kecil. Tangan meletak pen. Dan

ubat dalam plastik jernih. 5

Ubat itu kemudian diangkat semula dan dimasukkan ke dalam

bakul sampah di kaki meja.

Page 64: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 64

44. INT. BILIK TIDUR / MALAM

Zulikha berbaring di katil. Keluarkan diari dari bawah bantal

dan mencatat sesuatu.

ECHO ZULIKHA:

Sekarang sudah empat bulan aku 5

terkurung di mahligai kaca....

Tiba-tiba Eddie masuk.

Cepat-cepat Zulikha menyembunyikan diari ke bawah bantal.

EDDIE:

Buat apa tu, sayang? 10

Zulikha senyum manja.

ZULIKHA:

Tak ada apa-apa. Tunggu Eddie la.

Eddie naik ke katil dan baring di sebelah Zulikha.

EDDIE: 15

Kalau Ika boleh bersabar... bulan depan

Eddie nak ajak Ika ikut ke New York.

Zulikha terbangun.

ZULIKHA:

Ye ke? Nak ikut! 20

EDDIE:

Itupun ada syarat-syaratnya nanti.

Eddie memicit hidung Zulikha.

EDDIE:

Selamat malam. 25

Page 65: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 65

45. EXT. TAMAN / SIANG

Eddie sedang berdiri sambil memegang beberapa helai

dokumen in loose sheets.

Fariq paling dekat dengannya. Don di suatu sudut berpeluk

tubuh. 5

Zulikha keluar dari ruang tamu ke taman.

Bila nampak Zulikha, Eddie jadi berang. Melambungkan kertas

di tangannya. Fariq si balaci memungut kertas satu persatu dan

mengemaskan semula.

Eddie terus bergegas ke arah Zulikha. 10

EDDIE:

(Marah) Lima bulan kita kahwin. Lima

bulan... masih belum apa-apa lagi?

Eddie mencekak rambut Zulikha. Fariq hanya memandang.

ZULIKHA: 15

Apa ni Eddie, sakitla!

EDDIE:

(Jerit) Kau mandul ke?

Ika mula ketakutan. Dia geleng-geleng-geleng.

EDDIE: 20

Kau makan ubat ke?

Ika pejam mata, macam nak menangis.

Peluh merenik di dahi Eddie. Dia cuba tenang semula.

Melepaskan Zulikha. Zulikha berlari masuk ke ruang tamu

semula. 25

45A. INT. RUANG TAMU / SIANG

Zulikha menangis tersedu-sedu, duduk atas sofa, menekup

muka pada tempat letak tangan.

Tidak lama kemudian tangan Eddie mengusap rambut Zulikha.

Eddie duduk sebelah Zulikha. Menyentuh bahu wanita itu. 30

Goncang sikit.

EDDIE:

(Lembut) Maafkan Eddie, Ika. Eddie tak

bermaksud nak menyakitkan Ika.

Zulikha tegakkan tubuh, pusing memandang Eddie. Kemudian 35

meletakkan kepala ke bahu Eddie.

Eddie membelai rambut Zulikha.

Page 66: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 66

EDDIE:

Ingat janji Ika tak? Sebelum kita kahwin

dulu?

Ika mengangguk.

EDDIE: 5

Eddie nak ingatkan lagi. Ika janji... Ika...

nak lahirkan anak-anak yang comel untuk

Eddie.... kan?

Ika mengangguk.

EDDIE: 10

Baik. Esok... ikut Amat... Don... pergi klinik

di bandar. Buat ujian sekali lagi. Faham?

Ika mengangguk.

EDDIE:

Faham? 15

Ika menjeling Eddie.

ZULIKHA:

Faham....

Page 67: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 67

46. EXT. DEPAN KEDAI DI KL / SIANG

Zulikha dengan Mona. Sebab tergesa-gesa, mereka bertemu di

situ saja.

MONA:

Kau cubalah pujuk dia. Ikut saja apa cakap 5

dia.

ZULIKHA:

Ika rasa buat masa ini dia tak boleh bawa

berbincang. Cepat sangat naik angin.

Mula-mula dulu tak gitu. 10

MONA:

Kau kata dia makan ubat. Ubat apa?

ZULIKHA:

Ubat penenang. Fariq yang selalu belikan

ubat itu. 15

Muncul Don berjalan pantas dari sebalik bangunan. Bila

nampak Zulikha baru dia berasa lega dan memperlahankan

langkahnya. Zulikha melihatnya.

ZULIKHA:

Sihitam tu dah jumpa Ika. 20

Mona berpaling.

MONA:

Kau baliklah dulu sebelum suami kau

marah.

Zulikha mengangguk. Pegang tangan Mona berpusing tapi 25

macam enggan melepaskan tangan Mona.

Page 68: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 68

47. EXT. PORCH / SIANG

Eddie berjalan mundar-mandir, resah. Sesekali menjeling pintu

pagar.

Kereta Zulikha muncul masuk, barulah Eddie berhenti

melangkah. 5

Kereta itu berhenti depan porch dan Zulikha keluar. Keluar

dari pintu depan ialah Fariq. Dia melihat Eddie menarik tangan

Zulikha.

EDDIE:

Pergi mana, hah? 10

ZULIKHA:

Bandar, macam Eddie suruh.

EDDIE:

Bandar? Bandar maksud saya, bawah sini

saja. Awak pergi Kuala Lumpur. Siapa 15

benarkan awak pergi Kuala Lumpur?

Zulikha jeling Amat.

Amat yang berdiri sebelah kereta, tunduk.

EDDIE:

Jumpa siapa? Jumpa jantan tu ya? 20

ZULIKHA:

Jantan mana? Ika tak jumpa jantan mana

pun.

EDDIE:

Jantan mana lagi, bekas kekasih awaklah. 25

ZULIKHA:

Apa?

Zulikha geleng kepala.

Eddie sondol dahi Zulikha dengan jari-jarinya.

EDDIE: 30

Awak belum jawab soalan saya!

ZULIKHA:

Ika tak tahu siapa yang Eddie maksudkan.

EDDIE:

Awak pergi Kuala Lumpur jumpa siapa? 35

ZULIKHA:

Jumpa kakak pupu saya, Mona. Lama tak

jumpa, saya rindu padanya.

Page 69: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 69

Fariq merenung Eddie.

EDDIE:

Tak boleh. Tanpa kebenaran saya, tak

boleh. Jumpa emak awak sekalipun.

Faham? 5

ZULIKHA:

Eddie... tolonglah bertimbang rasa sikit....

EDDIE:

Timbang rasa? Saya tak mahu awak bebas

macam awak sebelum kahwin dulu. 10

Sekarang awak isteri saya. Saya tahu awak

nak berlakon semula. Tak boleh. Faham?

ZULIKHA:

Eddie....

EDDIE: 15

Dan Mona itu yang ajar awak jadi model.

Dia yang galakkan awak jadi pelakon. Saya

tak suka.

ZULIKHA:

Kalau Ika tak jadi model, tak jadi pelakon, 20

Eddie pun tak kenal Ika. Edi pun tak nak

kan Ika, bukan?

EDDIE:

Dulu lain sekarang lain. Ingat! Jumpa

Mona lagi, kalau dia nak rampas awak 25

dari saya, saya akan buat sesuatu! Saya

akan buat sesuatu!

Eddie bergegas masuk ke dalam rumah. Fariq tak lepas

memandangnya. Ika pula terus berlari ke taman.

Page 70: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 70

48. INT. MEJA MAKAN / MALAM

Supper. Eddie makan dengan Ika. Tiada perbualan. Eddie asyik

merenung Ika.

48A. INT. BILIK TIDUR / MALAM

Mereka duduk di atas katil. Ika memeluk lutut. Eddie kakinya 5

atas lantai.

EDDIE:

Begini... bila seorang lelaki mengahwini

seorang perempuan, dia mahu bukan

sekadar seorang isteri, tetapi juga ibu 10

kepada anak-anaknya. Faham?

Ika mengangguk.

EDDIE:

Dan Ika masih muda, masih ada banyak

masa, tak mahu terburu-buru, bukan? 15

Ika mengangguk lagi.

EDDIE:

Tapi Eddie dah tiga puluh lebih. Eddie nak

juga lihat anak-anak membesar. Sebab itu

Eddie tak mahu bertangguh. Faham? 20

Ika angguk lagi.

EDDIE:

Ika ada masalah dengan itu?

Ika geleng-geleng.

Dan Zulikha pun merebahkan tubuhnya ke tilam. 25

Eddie memandang. Langsung hilang selera. Terus bangun dan

meninggalkan bilik tidur.

Page 71: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 71

49. INT. BILIK TIDUR / SIANG

Cahaya pagi mencuri masuk. Pintu bilik tidur diketuk bertalu-

talu.

Zulikha masih bergumpal dalam selimut.

Pintu diketuk lagi. Menyusul suara Mak Tom. 5

MAK TOM

Cik Puan! Cik Puan! Cepat buka pintu!

Zulikha terkejut dan bingkas. Dia mengheret selimut ke pintu.

Membuka pintu.

ZULIKHA: 10

Ada apa Mak Tom? Eddie ke?

MAK TOM:

Telefon. Hal penting. Tentang kakak cik

puan, Mona.

ZULIKHA: 15

Siapa yang telefon?

MAK TOM:

Seorang lelaki.

Zulikha melepaskan selimut dan terus berlari keluar bilik.

49A. INT. RUANG TAMU / SIANG 20

Hampir dengan telefon dia menyebut nama Riz berulang kali.

Kemudian mengangkat gagang.

ZULIKHA:

Riz? Apa yang dah berlaku?

Page 72: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 72

50. EXT. DEPAN RUMAH MONA / SIANG

Kereta peronda. Anggota polis. Pintu rumah terbuka. Ambulan

keluar dari pekarangan dengan bunyi siren. Riz di luar

keretanya.

RIZ: 5

Riz ada depan rumah Mona.

50A. INTERCUTTING

ZULIKHA:

Itu bunyi siren. Kenapa dengan Kak

Mona? 10

RIZ:

Mona dah meninggal dunia.

Zulikha terkejut besar.

ZULIKHA:

Kak Mona dah mati? Macam mana? 15

RIZ:

Dia dibunuh. Ada orang masuk rumah dia

malam tadi dan bunuh dia!

ZULIKHA:

Jangan bergurau, Riz. 20

RIZ:

Di mana suami Ika?

Zulikha jeling ke belakang. Kemudian meninjau ke luar.

ZULIKHA:

Dia dah keluar. 25

RIZ:

Ika. Dengar cakap Riz. Ika mesti keluar

dari rumah itu.

ZULIKHA:

Mengapa Ika mesti keluar dari rumah ini? 30

Zulikha berfikir sejenak.

ZULIKHA:

Riz tuduh suami Ika pembunuh?

Riz tidak menjawab. Hanya tunduk.

ZULIKHA: 35

Dia bukan seorang pembunuh. Malam tadi

dia ada bersama Ika.

Page 73: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 73

RIZ:

Ada orang nampak keretanya dekat-dekat

sini malam tadi.

ZULIKHA:

Bohong! 5

RIZ:

Dan Ika baru bangun tidur. Sekarang dah

pukul berapa?

Zulikha pandang jam grenpader.

50B. PUKUL 11:25 10

RIZ:

Ika dah diberi makan ubat tidur.

Zulikha panik macam nak menangis. Tiba-tiba semuanya make

sense.

RIZ: 15

Ika... masih ada di situ?

ZULIKHA:

Ya... ya....

RIZ:

Tak payah kemas apa-apa. Buat biasa saja. 20

Jangan bagitau sesiapa apa-apa. Ika?

ZULIKHA:

Ya, ya!

RIZ:

Lepas makan tengah hari, pukul satu 25

setengah, keluar ikut jalan taman. Turun

sampai ke jalan raya. Riz tunggu di situ.

Faham?

ZULIKHA:

Ya... faham. Faham! 30

Zulikha meletak telefon. Dia jadi tak tentu arah. Berlari semula

ke bilik. Tak nampak Mak Tom ada dekat-dekat situ

memandangnya.

Page 74: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 74

51. EXT. SLOPE / SIANG

Zulikha menuruni bukit. Dia membawa hanya beg kecil. Dia

tergelincir. Tapi sempat berpaut pada pohon kecil. Dia

merenung ke atas, kelihatan pagar rumah Eddie. Menung

sejenak. 5

ECHO ZULIKHA:

Maaf Eddie. Bukan Ika tidak

percayakanmu. Tapi Ika benar-benar

keliru sekarang.

Ika pun meneruskan penurunannya. 10

Di bawah kereta Riz sedang menunggu. Riz menjengukkan

kepalanya. Melambai kepad Zulikha. Zulikha segera berlari ke

kereta. Pintu kereta sedia dibuka oleh Riz. Ika terus masuk, dan

menutup pintu ketika Riz sudah menggerakkan kereta itu.

51A. KERETA RIZ 15

menuruni bukit dengan laju.

Page 75: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 75

52. IN CAR

Ika merenung Riz. Dan Riz menjeling sekali. Kemudian

menjeling cermin pandang belakang.

ZULIKHA:

Riz pasti apa yang kita lakukan ni betul? 5

RIZ:

Dengar sini, Ika. Suami awak tu gila. Saya

dah pernah lihat sendiri macam mana

kalau dia naik angin.

Zulikha mendengus. 10

RIZ:

Dialah orang yang mengintip dan

mengekori Ika sebelum Ika kahwin

dengan dia dulu. Dia juga yang memberi

hadiah-hadiah kepada Ika. Dia seorang 15

yang obsesif. Dia sanggup lakukan apa

saja tak kira buruk atau baik.

ZULIKHA:

Mungkin dia obsesif sebab dia takut

kehilangan Ika. Dulu dia kehilangan Maria. 20

RIZ:

Dia juga seorang posesif. Sebab itu dia

kurung Ika. Dan dia sanggup membunuh

untuk itu!

Riz menjeling Zulikha yang memandang ke luar. 25

RIZ:

Orang yang memecah masuk apartmen

Ika dulu... orang yang mencederakan Riz...

ialah Eddie.

ZULIKHA: 30

Mana Riz tahu?

RIZ:

Macam mana dia boleh masuk apartmen

Ika dengan mudah? Sebab dia ada kunci...

itulah sebabnya. 35

Zulikha berpaling kepada Riz.

RIZ:

Dia pemilik apartmen tu!

Zulikha ternganga.

ZULIKHA: 40

Betul ke?

Page 76: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 76

RIZ:

Ya. Syarikat yang menguruskan sewaan

apartmen itu beri maklumat kepada polis.

Eddie ada beberapa unit apartmen lagi di

situ. 5

Zulikha terdiam.

Di hadapan mereka kelihatan sebuah kereta hitam, kereta

Eddie, menuju ke arah mereka.

RIZ:

Alamak! 10

52A. KERETA EDDIE SEMAKIN HAMPIR

kemudian berselisih.

Kereta Eddie terlajak ke hadapan, sebelum dibrek. Kemudian

kereta itu berpusing lalu mengejar kereta Riz.

52B. KEJAR MENGEJAR 15

52C. KERETA EDDIE MEMINTAS KERETA RIZ

dan memaksa kereta Riz berhenti.

52D. EXT. JALAN LERENG BUKIT / SIANG

Riz sudah panik. Memegang stereng. Ika memandangnya.

ZULIKHA: 20

Apa kita nak buat ni? Kalau Eddie yang

bunuh Mona, tentu dia akan bunuh kita

berdua.

Riz tidak menjawab.

Don dan Fariq keluar dari kereta. Tapi Eddie tiada. 25

Fariq ada pistol di tangan. Dia ke pintu Riz. Don pula ke pintu

Zulikha.

Fariq letak pistol ke telinga Riz.

FARIQ:

Keluar! 30

Riz dan Zulikha keluar.

FARIQ:

Don! Kau bawa perempuan itu ke kereta!

Don ikut arahan Fariq. Dia kilas tangan Zulikha. Paksa Ika

berjalan. 35

ZULIKHA:

Aduh! Sakitlah...

Fariq pula tolak muncung pistol ke belakang Riz.

Page 77: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 77

FARIQ:

Jalan!

Arah yang dimaksudkan ialah menjauhi kereta-kereta itu.

ZULIKHA:

Fariq! Kau nak bawa Riz ke mana? 5

FARIQ:

(Senyum) Saya cuma ikut arahan, cik

puan....

ZULIKHA:

Arahan? 10

Zulikha jenguk ke dalam kereta Eddie, tak ada Eddie di situ.

ZULIKHA:

Mana Eddie?

FARIQ:

Dia di Kuala Lumpur. Dia arahkan kami 15

balik untuk menghalang kau lari dari

rumah.

Kemudian berubah menjadi garang. Letak pistol ke kepala Riz.

FARIQ:

Dan kau... cuba nak menggagalkan aku... 20

aku akan ajar kau. JALAN!

Dan Riz disondol dengan pistol, memaksa dia berjalan terus.

ZULIKHA:

Riz!

Tapi Zulikha ditolak keras ke dalam kereta oleh Don. 25

52E. EXT. DI TEBING CERUN / SIANG

Riz melutut menghadap cerun, kedua-dua tangan di udara.

Fariq di belakangnya masih mengacu pistol.

FARIQ:

Kau dengar sini. Aku cuma hendak 30

melindungi majikan aku. Aku boleh

tembak kau dan buang mayat kau. Tapi...

Fariq menjeling dekat kakinya ada sepotong kayu yang sebesar

kayu besbos. Dia pungut kayu itu.

FARIQ: 35

Aku ada rancangan lain!

Fariq angkat kayu tinggi dan menghayun ke kepala Riz.

CUT TO BLACK

Page 78: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 78

53. EXT. RUMAH EDDIE / SIANG

Eddie baru sampai dengan kereta lain dengan Amat,

pemandunya.

Dia bergegas masuk ke dalam rumah.

53A. INT. PEJABAT EDDIE DI RUMAH / SIANG 5

Tangan Ika terikat di bangku. Begnya ada atas meja. Pipi dan

matanya lebam. Don dan Fariq berdiri sedang menunggu Eddie.

Eddie masuk, mukanya merah menahan marah. Tapi bila

melihat Zulikha dia menjadi sayu.

EDDIE: 10

Lepaskan dia... lepaskan dia...

Farid dan Don berpandangan. Fariq teragak-agak.

FARIQ:

Tapi dia...

EDDIE: 15

Dia isteri aku!

Fariq melepaskan ikatan Zulikha.

Eddie menghampiri Zulikha, membantu Zulikha berdiri.

Zulikha protes. Eddie pegang kepala Zulikha.

EDDIE: 20

Apa mereka buat pada kau?

Dia pantas berpaling kepada Fariq.

EDDIE:

Apa kau dah buat pada isteri aku, hah?

Fariq tertunduk. 25

EDDIE:

Syuuu... syuuu... maafkan Eddie, Ika.

Kemudian Eddie melepaskan Zulikha. Dia berjalan mundar-

mundir, tunduk dan berfikir. Berhenti dan bercakap kepada

Don. 30

EDDIE:

Kau dengan Amat pergi cari lelaki yang

melarikan Ika tadi. Bawa dia ke sini.

Kemudian kepada Fariq.

EDDIE: 35

Aku BELUM jadi seorang pembunuh.

Kalau aku mahu jadi pembunuh,

engkaulah orang yang pertama aku

bunuh.

Page 79: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 79

Fariq tercengang.

Don lekas-lekas keluar.

FARIQ:

Tapi tuan....

Eddie merenung tajam. 5

FARIQ:

Perempuan ini... dia merancang hendak

membunuh tuan. Sebab dia tahu, kalau

tuan mati semua harta tuan akan jatuh ke

tangannya. 10

Ika terperanjat besar.

Fariq pergi ke meja. Buka zip beg Ika dan

53B. MENABURKAN ISINYA

Ada beberapa helai pakaian dan alat-alat keperluan wanita.

Ada diari, pil perancang. 15

Eddie pandang Zulikha. Zulikha tertunduk.

53C. EDDIE TERTARIK DENGAN DIARI

Dia ambil diari dan menyemak lambaran demi lambaran

sambil membaca sepintas lalu.

Dia menjadi terlalu marah lalu membaling diari ke kepala 20

Zulikha tapi Zulikha sempat mengelak.

EDDIE:

Sekarang aku dah tak kenal siapa kau

lagi... isteri aku atau musuh aku.

Zulikha kehairanan. 25

ZULIKHA:

Tapi Eddie... Fariq bohong! Ika tak pernah

merancang hendak membunuh Eddie.

Pandang kiri kanan.

EDDIE: 30

Mana Mak Tom? Fariq. Pergi cari Mak

Tom!

Fariq segera keluar.

Eddie memicit kepalanya. Dia menjerit.

EDDIE: 35

Aaahhh! Pening!

Page 80: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 80

53D. EDDIE

segera ke laci, ambil ubat, pegang antara jari hantu dengan ibu

jari.

EDDIE:

Aku perlu ubat penenang yang lebih kuat 5

dari ini. Aku hairan ubat ini dah tak beri

kesan lagi.

Eddie menelan ubat itu. Dia pejam mata.

Kemudian bercakap kepada Ika.

EDDIE: 10

Aku cuba berikan kau kebahagiaan dan

kemewahan seperti yang pernah idamkan.

Tapi ini pula balasan kau? Kau sanggup

hendak membunuh aku untuk merebut

harta aku. 15

IKA:

Tidak! Ika tak pernah merancang nak

bunuh Eddie. Bagi Ika, kemewahan tak

penting lagi. Tapi kebahagiaan, ya.

Eddie respon dengan menjeling. 20

ZULIKHA:

Apa yang Eddie baca dalam diari tu cuma

menyatakan perasaan Ika yang bosan,

sebab Eddie kurung Ika di rumah ini.

Eddie memicit kepalanya. 25

ZULIKHA:

Eddie keterlaluan. Eddie terlalu posesif.

Dan Eddielah yang sebenarnya tidak

menghargai Ika. Sebab walaupun dah

hampir setengah tahun Ika jadi isteri 30

Eddie, Eddie masih tidak mahu

melupakan Maria.

Eddie merenung Ika dengan tajam.

ZULIKHA:

Maria dah tak ada lagi. Sekarang Ika isteri 35

Eddie. Macam mana Ika nak bahagia kalau

setiap malam Eddie tidur, Eddie

mimpikan Maria, dia setiap kali jaga,

Eddie bayangkan Maria?

Eddie cuba tenangkan fikirannya. Dia geleng kepala. 40

Page 81: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 81

EDDIE:

Entahlah. Aku tak tahu apa yang berlaku

kadang-kadang. Fikiran Eddie makin lama

makin berkecamuk. Ubat yang Eddie

makan.... 5

Eddie berhenti bicara. Terpandang pil perancang atas meja. Dia

mengambilnya. Merenungnya. Memaling wajah kepada Zulikha.

Kali ini dia betul-betul marah.

EDDIE:

Apa ni? Hah? Pil perancang? 10

Ika tertunduk.

EDDIE:

Patutlah kau tak hamil-hamil. Kau

memang tak mahu beri aku anak. Zulikha!

Nyaris aku terpedaya dengan lakonan 15

kau!

Dia berjalan pantas menjauhi Zulikha. Tapi patah balik lalu

menangkap rambut Zulikha.

ZULIKHA:

Eddie! 20

EDDIE:

Memang kau pandai berlakon. Aku yang

bodoh! Kau memang seorang pelakon.

Kau memang nak bunuh aku!

53E. EDDIE 25

mendekatkan mulutnya ke telinga Zulikha dan mengulangi

dengan bisikan yang kasar.

EDDIE:

Kau memang nak bunuh aku!

ZULIKHA: 30

Eddie!

EDDIE:

Kau tahu ke mana aku pergi pagi tadi?

Aku pergi jumpa doktor. Aku bertanya

masalah yang aku hadapi. Kenapa ubat 35

aku tidak berkesan lagi. Dia dia minta

untuk melihat ubat apa yang aku makan.

Ika terhinggut-hinggut menangis. Eddie masih tidak

melepaskannya.

Page 82: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 82

EDDIE:

Kau tau apa aku dapat tahu? Aku dapat

tahu ubat yang aku makan itu sebenarnya

racun! Ada orang menukarkan ubat aku

dengan racun! Tapi siapa? Pak Din, Amat? 5

Tak mungkin. Mak Tom? Fariq? Kau?

Sekarang aku tahu siapa. Kau!

Ika teresak-esak. Geleng kepala.

EDDIE:

Kau menangis. Tadi semasa kau lari 10

dengan teman lelaki kau, kau ketawa.

Sebab kau sangka aku dah mati. Kau nak

tengok mayat aku di hospital.

Eddie menolak Ika hingga tersasar ke meja.

EDDIE: 15

Tapi aku belum mati!

Eddie menempeleng Ika.

Slowmo Ika jatuh ke lantai. Eddie ambil kristal dari atas meja.

Angkat tinggi untuk menghempas ke kepala Ika.

53F. LEDAKAN PISTOL 20

53G. MATA EDDIE TERBELIAK

kemudian mukanya berkerut. Kristal terlepas dari tangan dan

jatuh ke lantai. Dia meraba-raba dadanya. Dia tersembam dekat

Zulikha. Bajunya dibasahi darah. Dia menggelupur seketika

kemudian senyap. 25

53H. ZULIKHA

menekup mulut dengan tangan.

53I. DI PINTU,

Fariq berdiri dengan pistol di tangan. Dia yang menembak

Eddie dari belakang. 30

Page 83: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 83

54. INT. RUANG TAMU / SIANG

Zulikha duduk atas settee. Peluk tubuh. Matanya bengkak

menangis. Fariq berdiri depannya.

FARIQ:

Aku bunuh dia untuk selamatkan kau. 5

Betul?

Zulikha merenung Fariq. Kemudian angguk.

FARIQ:

Itulah yang akan kita beritahu polis nanti.

Zulikha angguk. 10

Fariq kemudian duduk sebelah Zulikha.

FARIQ:

Zulikha!

Zulikha menjeling sedikit.

FARIQ: 15

Anggaplah ini satu peluang. Peluang

untuk mendapat kekayaan.

Zulikha mula tak senang.

ZULIKHA:

Apa kau cakap ni? 20

FARIQ:

Bila Eddie mati, semua kekayaan jatuh ke

tangan kau. Hartanya. Simpanannya.

Syarikat-syarikatnya. Dan insurans yang

bernilai dua juta yang khusus aku beli... 25

untuk kau.

Fariq melengkarkan tangan ke bahu Zulikha.

Dia senyum.

FARIQ:

Dan ia tak mungkin berlaku tanpa 30

perancangan.

Zulikha memindahkan tangan Fariq dari bahunya.

FARIQ:

Aku sebagai perancang, mahukan

bahagian aku! 35

Zulikha bingkas dan berdiri depan Farid.

ZULIKHA:

Jadi kaulah yang menukarkan ubat Eddie?

Fariq juga berdiri.

Page 84: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 84

FARIQ:

Ya! Akulah yang masuk ke apartmen kau.

Akulah yang membunuh Mona dan Mak

Tom.

ZULIKHA: 5

Mak Tom? Kau bunuh Mak Tom? Kenapa

kau bunuh Mak Tom?

FARIQ:

Sebab Mak Tom bantu kau lari. Dan Mak

Tom tahu banyak perkara. 10

ZULIKHA:

Kau takkan selamat, Fariq.

FARIQ:

Oh.... Semua orang tahu Eddie tak suka

Mona ganggu kebahagiaannya dengan 15

kau. Dan Mak Tom dibunuhnya kerana

terlalu marah sebab benarkan kau masuk

ke bilik rahsia itu.

ZULIKHA:

Kau nak aku bersubahat dalam jenayah 20

kau ni?

FARIQ:

Bukan setakat bersubahat. Aku...

Fariq menghampiri Zulikha lalu memegang bahu Zulikha.

FARIQ: 25

Aku mahu kau jadi isteri aku pula. Kau

tahu Zulikha... aku cintakan mu sejak mula

lagi. Sebelum kau berkenalan dengan

Fariq. Akulah yang memberi kau hadiah-

hadiah dan bunga tu! 30

ZULIKHA:

Kau gila, Fariq. Aku masih sayangkan

suami aku. Kau bunuh dia. Kalau kau tak

aniayakan dia, mungkin dia tak sakit

macam tu. Dan kalau dia tahu aku sedang 35

mengandungkan zuriatnya, tentu dia

gembira.

FARIQ:

Apa? Kau mengandung?

Zulikha melepaskan diri dari Fariq lalu gostan beberapa tapak. 40

Page 85: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 85

FARIQ:

Perempuan jahanam! Kau rosakkan juga

rancangan aku.

Zulikha pun lari ke pintu. Fariq mengejarnya.

Page 86: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 86

55. DI LUAR

Zulikha tak tahu mana nak pergi. Nampak sebuah bangunan

yang menempatkan bilik-bilik pekerja. Zulikha lari ke

bangunan itu. Masuk ikut satu pintu yang tidak dikunci. Ianya

bilik Fariq. 5

Page 87: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 87

56. INT. BILIK FARIQ / SIANG

Ika menutup pintu dan mengunci selaknya. Dia benar-benar

ketakutan. Kemudian barulah dia pandang dalam bilik itu.

Tertarik kepada satu dinding. Dia pergi ke dinding itu. Penuh

ditampal gambar dirinya dari keratan akhbar dan majalah. 5

PINTU DITENDANG-TENDANG dari luar.

Ika terkejut.

Pintu pun terbuka. Fariq angkat pistol di tangan acu pada

Zulikha. Zulikha menyusur dinding menjauhi Fariq.

Dia rebah lemah. Bertimpuh. Menekup mukanya. 10

Dua das tembakan kedengaran. Fariq tumbang.

Kedengaran tapak-tapak kaki. Dua orang anggota polis muncul.

Seorang memeriksa mayat Fariq. Seorang lagi memungut pistol

Fariq.

Riz menerpa masuk lalu memeluk Zulikha. 15

Page 88: Mahligai Kaca

Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002 88

57. DI PEKARANGAN RUMAH EDDIE / SIANG

Kereta peronda, ambulan, beberapa buah, (remember, 3

bodies). Aktiviti di situ.

Tunjuk Amat, Don, turut berada di situ.

Di suatu sudut yang sunyi Riz memimpin Zulikha. 5

END