mac 2011 28hb mac 2011 lawatan kerja y.bhg … -28-290311... · y.m tengku muhammad bin tengku...

5
MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG ENCIK AHMAD RIDZUAN BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH KIMIA MALAYSIA 28hb MAC 2011 Penari yang terlibat ialah En. Ephraim John, Pn. Alice Teo, En.Toomas Ijim, Pn.Listania Dousi Pn. Chrissiey Tsok Vui Ling, En.Hafizal Ag.Abdullah, En.Nerwneelder Laduing, En.Merit Yusof, Encik Abd. Gaur Kamar dan En.Roslih Mohd Yunus 28hb Mac 2011, Isnin Jabatan Kimia Malaysia, Caw. Negeri Sabah (Kota Kinabalu) telah menerima kunjungan Ketua Pengarah Kimia Malaysia Encik Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim, dalam siri sesi lawatan kerja beliau ke cawangan Kimia Malaysia. Kimia Sabah menjadi destinasi pertama yang dilawat oleh beliau selepas 50 hari dilantik sebagai Ketua Pengarah Kimia Malaysia. Sambutan ketibaan Ketua Pengarah disambut meriah dengan paluan kompang dan bunga manggar serta persembahan tarian tradisional Magunatip, iaitu tarian dari suku Murut yang menggunakan buluh sebagai pelengkap tarian. Tarian ini ditarikan oleh warga Kimia Sabah yang dipimpin dan dilatih oleh Puan Siti Faridah Mohd Yunus.

Upload: lamkhanh

Post on 24-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAC 2011 28hb MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG … -28-290311... · Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah turut sama-sama menyanyikan lagu patriotik, Negaraku, Sabah Tanah Airku dan

MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG ENCIK AHMAD RIDZUAN BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH KIMIA MALAYSIA

28hb MAC 2011

Penari yang terlibat ialah En. Ephraim John, Pn. Alice Teo, En.Toomas Ijim, Pn.Listania Dousi Pn. Chrissiey Tsok Vui Ling, En.Hafizal Ag.Abdullah, En.Nerwneelder Laduing, En.Merit Yusof, Encik Abd. Gaur Kamar dan En.Roslih Mohd Yunus

28hb Mac 2011, Isnin – Jabatan Kimia Malaysia, Caw. Negeri Sabah (Kota Kinabalu) telah menerima kunjungan Ketua Pengarah Kimia Malaysia Encik Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim, dalam siri sesi lawatan kerja beliau ke cawangan Kimia Malaysia. Kimia Sabah menjadi destinasi pertama yang dilawat oleh beliau selepas 50 hari dilantik sebagai Ketua Pengarah Kimia Malaysia. Sambutan ketibaan Ketua Pengarah disambut meriah dengan paluan kompang dan bunga manggar serta persembahan tarian tradisional Magunatip, iaitu tarian dari suku Murut yang menggunakan buluh sebagai pelengkap tarian. Tarian ini ditarikan oleh warga Kimia Sabah yang dipimpin dan dilatih oleh Puan Siti Faridah Mohd Yunus.

Page 2: MAC 2011 28hb MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG … -28-290311... · Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah turut sama-sama menyanyikan lagu patriotik, Negaraku, Sabah Tanah Airku dan

MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG ENCIK AHMAD RIDZUAN BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH KIMIA MALAYSIA

28hb MAC 2011

Y.Bhg Encik Ahmad Ridzuan Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia Malaysia, menandatangani buku Lawatan Rasmi ke Kimia Sabah setelah usai menyaksikan persembahan tarian tradisional yang dipersembahkan.

Encik Ahmad Nazri Bin Husain, mengetuai warga Kimia Sabah dalam lafaz ikrar Perkhidmatan Awam. Ketua Pengarah Kimia Malaysia, En. Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim dan Pengarah Khidmat Pengurusan Sumber Manusia (KPSM) Kimia Malaysia, Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah turut sama-sama menyanyikan lagu patriotik, Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Kimia Malaysia.

Pasukan Koir Kimia Sabah, di bawah pimpinan Puan Aisah Hj Abdul Sani menyanyikan dua buah lagu iaitu, Kimia Sabah (ciptaan dan olah lirik oleh En.Mohd Remie W) dan lagu Satu Malaysia.

Ucaptama dan amanat oleh Ketua Pengarah Kimia Malaysia

Page 3: MAC 2011 28hb MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG … -28-290311... · Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah turut sama-sama menyanyikan lagu patriotik, Negaraku, Sabah Tanah Airku dan

LAWATAN KERJA Y.BHG ENCIK AHMAD RIDZUAN BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH KIMIA MALAYSIA

MAC 2011 28hb MAC 2011

Encik Ahmad Ridzuan Ibrahim, menandatangani plat Perasmian Galeri Kimia Sabah. Plat tersebut merupakan pelengkap kepada perasmian galeri Kimia Sabah yang berada di aras 2, Kimia Sabah.

Ketua Pengarah Kimia Malaysia menerima cenderahati berupa gambar potret dan memori beliau di Kimia Sabah.

En. Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim dan Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah serta diiringi oleh En. Ahmad Nazri Bin Husain dan Pn. Susie Ong Jeok Chin melawat galeri Kimia Sabah yang menempatkan peralatan makmal yang lama dan tidak lagi digunakan serta ruang pameran galeri sejarah Kimia Sabah.

Kiosk Maklumat Kimia Sabah yang memuatkan informasi mengenai perkhidmatan analisis yang dijalankan oleh Kimia Malaysia dan Kimia Sabah serta aktiviti terkini Kimia Sabah turut menjadi perhatian Ketua Pengarah Kimia Malaysia. Kiosk tersebut menjadi medium alternatif kepada pihak awam untuk lebih mengenali Jabatan Kimia Malaysia.

Page 4: MAC 2011 28hb MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG … -28-290311... · Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah turut sama-sama menyanyikan lagu patriotik, Negaraku, Sabah Tanah Airku dan

LAWATAN KERJA Y.BHG ENCIK AHMAD RIDZUAN BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH KIMIA MALAYSIA

MAC 2011 28hb MAC 2011

Pn.Rosneh Bte Mani, Pemb. Tadbir (P/O) N17 yang dibantu oleh Pn.Malina Gasurat, Pemb. Am Pejabat, N1 telah memberi nafas baru dan pembaharuan dalam pengurusan stor di Kimia Sabah. Amalan 5S diterapkan agar pengurusan stor dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan teratur.

En. Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim dan Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah juga berkesempatan melawat Stor Kimia Sabah yang terdiri daripada Stor Alat Radas, Stor Alat Tulis, Stor Bahan Kimia dan Stor Bahan Kakisan .

Page 5: MAC 2011 28hb MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG … -28-290311... · Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah turut sama-sama menyanyikan lagu patriotik, Negaraku, Sabah Tanah Airku dan

MAC 2011 29hb MAC 2011 LAWATAN KERJA Y.BHG ENCIK AHMAD RIDZUAN BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH KIMIA MALAYSIA

29hb Mac 2011 – Selasa (petang), Satu sesi dialog diantara warga Kimia Sabah dan En. Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia Sabah, dan Pengarah KPSM Kimia Malaysia, Y.M Tengku Muhammad Bin Tengku Abdullah telah diadakan pada sebelah petang setelah selesai sesi lawatan pelanggan sempena Hari Bersama Pelanggan. Warga Kimia Sabah mengambil kesempatan untuk bertanyakan beberapa isu berkaitan pengurusan sumber manusia dan perkara yang melibatkan program serta aktiviti Kimia Malaysia. Sesi dialog ini turut memberi peluang kepada warga Kimia Sabah untuk memberikan beberapa saranan dan cadangan kepada pihak pengurusan tertinggi.

En.Abdul Gaur Hj Kamar, Pemb. Am Pejabat N4, mengutarakan soalan berkaitan Skim Perkhidmatan, Pembantu Am Pejabat di Kimia Malaysia.

En.Toomas Ijim, Pembantu Makmal C22, turut memberikan soalan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pengarah Kimia Malaysia.