mabel-guna jari pun boleh

Upload: nurul-huda

Post on 10-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P & P )BIOLOGI

TINGKATAN EMPATBAB/TAJUK : PEMBAHAGIAN SEL ( PERINGKAT MITOSIS )

KAEDAH GUNA JARI PUN BOLEH [ SATU KAEDAH INGAT CARA KREATIF EMPAT PERINGKAT MITOSIS ] OLEH

MABLE CHRISTIE AMEN ANAK BABASEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKUN

SG.ASAP, 96900 BELAGA,SARAWAK

2012

PENGHARGAANTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana berkatnya saya mampu menyempurnakan kajian tindakan dan Inovasi ini.Terima kasih diucapkan kepada En.Raja Manikam , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun dan kepada pihak Pentadbir keseluruhannya atas sokongan dan bimbingan serta penduan mengenai kajian tindakan dan inovasi yang diberikan kepada kami Guru SMK Bakun .Tidak dilupakan juga kerjasama dan sokongan rakan guru yang turut membantu dengan memberi pendapat, panduan serta berkongsi idea sepanjang tempoh kajian ini dijalankan

Akhir kata , sekalung terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kajian tindakan ini.ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Sains 1 di dalam subtopik Pembahagian Sel iaitu Peringkat Mitosis. Seramai 22 orang pelajar 4 Sains 1, SMK Bakun dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian Topikal/Ujian Bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mengingati proses yang berlaku dalam setiap peringkat Mitosis .Murid mengenali mata pelajaran Biologi sebagai salah satu mata pelajaran yang boleh lulus dengan mudah kalau balajar tetapi apa yang ramai tidak sedar adalah jika pembelajaran ini tidak disertakan dengan teknik yang betul, maka A itu tidak mungkin dicapai.Daripada pengalaman sebagai seorang guru Biologi, saya mendapati antara punca kegagalan untuk mencapai kecemerlangan adalah disebabkan oleh kegagalan murid mengingat istilah dan konsep asas Sains bagi setiap subtopik. Ini juga adalah ekoran daripada kegagalan guru itu sendiri untuk memberi penekanan terhadap penggunaan bina ayat kreatif serta kaedah ingat cara kreatif semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Dalam konteks ini, saya mendapati menggunakan pelajar sendiri sebagai Bahan bantu mengajar atau Model dan menggalakkan pembinaan ayat kreatif untuk mengingat nama peringkat Mitosis berkeupayaan untuk menarik perhatian murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung..Berasaskan kepada pengamatan terhadap potensi penggunaan kaedah ini terhadap pencapaian murid, saya mengambil keputusan untuk membuat satu kajian tindakan ke atas kaedah tersebut.1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUAnalisa keputusan Peperiksaan Pertengahan Penggal Kedua dan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 untuk kelas 4 Sains 1 didapati pelajar 4 Sains 1 mengulangi kesilapan yang sama dalam subtopik yang sama iaitu Mitosis. Tajuk Mitosis merupakan salah satu daripada banyak tajuk dalam mata pelajaran Biologi yang memerlukan murid mengingatkan banyak fakta. Berdasarkan kepada Learning Outcome tajuk berkenaan, murid perlu tahu mencurahkan isi kandungan pelajaran ini semula dalam bentuk penerangan dan juga mengenalpasti peringkat proses Mitosis berdasarkan rajah. Apabila melibatkan penerangan (explain), kata kunci adalah antara elemen penting yang perlu dituliskan di dalam jawapan. Kaedah pengajaran saya yang selalunya berfokus kepada rajah dan penerangan mahukan aktiviti berkumpulan semata-mata didapati tidak dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenalpasti kata kunci yang diperlukan.

Murid selalunya tiada masalah untuk memahami konten di dalam mata pelajaran Biologi tetapi bermasalah dalam menyampaikan semula maklumat berkaitan kerana mereka cuba menghafal ayat-ayat tanpa memberi fokus kepada kata kunci. Akibatnya ayat yang dihasilkan kabur maknanya.Saya mengajar di kelas 4 Sains 1 bagi mata pelajaran Biologi. Bermula pada bulan September 2012. Masalah utama bagi pelajar saya ialah sukar mengingati fasa fasa yang berlaku dalam proses mitosis dalam Topik pembahagian sel

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku pelajar yang terpaksa diulang ulang penerangan tentang proses yang berlaku selain latihan yang diberi tidak dapat dijawab dengan baik dalam kelas semasa saya mengajar.

Sekiranya pelajar diminta untuk berbincang dalam kumpulan kecil dan membentangkan hasil perbincangan setiap fasa, pelajar jadi lebih keliru dan tidak dapat menyatakan fasa yang berlaku dengan terma yang tepat.

Analisis yang didapati daripada soal jawab murid ialah tidak dapat mengenalpasti proses yang berlaku dalam setiap fasa, tidak dapat menunjukkan jaringan spindle fibre dan chromosom dengan tepat.

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujian

i) tidak dapat mengenalpasti perbezaan fasa dalam Prophase , Metaphase, Anaphase dan Telophase.Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar adalah kerana mereka tidak dapat membayangkan dan melihat proses yang berlaku secara realiti di depan mata.

Walaupun saya telah menayangkan video yang melibatkan proses yang berlaku di dalam sel ini, pelajar masih belum berjaya menjadikan ianya suatu bahan bantu yang berguna dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran

(a)Mengenalpasti fasa dalam Mitosis

(b)Memahami proses yang berlaku dalam setiap fasa.Jika perkara ini tidak ditangani ia akan menjadi lebih teruk, murid akan terus tidak minat untuk mempelajari Subtopik seterusnya iaitu Meiosis

Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah dalam kertas 2 SPM kerana soalan ini sering menjadi soalan wajib dijawab dalam kertas 2.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba menggunakan bahan coloured modelling clay dalam menjadikan fasa yang berlaku dalam Mitosis lebih realistik dan menarik. Kajian ini difokuskan untuk subtopik Mitosis

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap Subtopik Mitosis

3.1 OBJEKTIF KHUSUS

3.1.1 Meningkatkan daya ingatan pelajar menamakan empat fasa mitosis

3.1.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan proses-proses yang berlaku dalam setiap fasa bagi Peringkat Mitosis

3.2.3. Menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menguasai subtopik Mitosis

4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 22 orang pelajar daripada kelas 4 Sains 1.

BILANGAN PELAJAR LELAKIBILANGAN PELAJAR PEREMPUAN

813

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN.

5.4.1 PELAKSANAAN TINDAKAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh lima minggu. Semasa saya

menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan bab 5 Pembahagian Sel. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk membimbing pelajar menggunakan kaedah jari dalam subtopic ini. Pelajar telah menjalani ujian Pos 1 sebelum menggunakan Kaedah menggunakan Guna Jari pun boleh , pelajar diminta memenuhkan borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah P&P bagi subtopic Mitosis menggunakan Guna jari pun boleh . Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatka maklumat secara temubual.

5.4.2 PEMERHATIAN KAJIAN Berdasarkan pemerhatian saya aktiviti menggunakan keadeh jari dan penggunaan kata kunci untuk mengingat peringkat Mitosis berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam subtopik Fasa Mitosis .Pelajar berlumba lumba hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan percubaan dari negeri negeri lain. Saya berasa lebih seronok, dan puas dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar 4 Sains 1KesimpulanPembelajaran menggunakan kata kunci dan kaedah Guna Jari pun boleh pada keseluruhannya berkesan dalam subjek sains dari aspek peningkatan prestasi dan motivasi murid dilokasi kajian. Kajian ini boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain dalam sains yang berasaskan kepada konsep permodelan. Pemahaman konsep sains yang diasaskan dari teori-teori yang pelbagai memerlukan pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi.Guru-guru sains perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru sains seharusnya mempunyai keyakinan untuk mencuba pelbagai kaedah, strategi atau model dalam pengajaran bagi meningkatkan outcomes dan keberkesanan pengajaran.Kepelbagain pembelajaran murid dalam satu kelas juga perlu diambil kira oleh para pendidik oleh itu kaedah ini perupakan salah satu alternatif yang boleh diaplikasikan. 6.0 BIBLIOGRAFI

1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

2. Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Guru Sebagai Penyelidik. PTS Professional Publishing.3. Bhashah bin Abu Bakar (2007).Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah.Edisi Pertama. Syarikat Miharja Sdn. Bhd.4. Keogh.B., Simon. S., Naylor. S., Maloney. J & Downing. B. (2008). Puppets and Engagement In Science.International Journal of Science Education.Jld 30,1229-1244.LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2Peringkat

GambarajahPenerangan

PROFASA

kromosommemendek, menebaldanjelaskelihatan. kromosom tersusun secara rawak di dalam nukleus.- kromosombereplikasidan

mengalamipenduaan

ia kelihatan terdiri daripada dua benang seiras, iaitu kromatid. - nukleus mengecut,gentian gelendungmula terbentuk. - profasa berakhir dengan membran nukleus dan nukleolus terurai. - Sentriol berada di kutub bertentangan.

METAFASAbermula dengan pembentukan gelendong. - gelendung kelihatan berpunca daripada kutub bertentangandan melaluiSentromer.

setiap kromosom tersusun di satu barisan tengah sel, iaitusatah khatulistiwa./plat Metafasa - kromatid kembar masih terikat diSentromer.-Metafasa berakhir apabila sentromer mula membahagi

ANAFASA Kedua-dua kembar kromatid berpisah pada sentromer Kedua-dua kromatid ditarik ke arah kutub bertentangan

TELOFASA Bermula apabila dua set kromosom sampai ke kutub sel bertentangan Kromosom mula membuka lilitan dan menjadi bebenang tunggal semula

Kromosom kurang jelas

Gentian gelendong hilang

KAJIAN TINDAKANTAJUK : COLOURED MODELLING CLAY MENINGKATKAN DAYA INGATAN

PELAJAR TENTANG SUBTOPIK EMPAT FASA MITOSIS

( BIOLOGI TINGKATAN 4 ) OLEH

MABLE CHRISTIE AMEN ANAK BABASEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKUN

SG.ASAP, 96900 BELAGA,SARAWAK

2012

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

ABSTRAK11.0 PENDAHULUAN1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

(PENYATAAN MASALAH )

2.1 TINJAUAN MASALAH

2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF UMUM

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN5.0 PERSOALAN KAJIAN

6.0 DEFINISI ISTILAH7.0 BATASAN KAJIAN8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 LATAR BELAKANG MURID

9.0 PELAKSANAAN KAJIAN9.1 PROSEDUR KAJIAN

9.1.1 PEMERHATIAN

9.1.2 UJIAN PRA DAN UJIAN POS

9.1.3 SOAL SELIDIK

9.2 PELAKSANAAN TINDAKAN

9.2.1 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

9.2.2 PENILAIAN

10.0 REFLEKSI KAJIAN11.0 KESIMPULAN

12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

13.0 BIBLIOGRAFIABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Tulin di dalam subtopik Mitosis. Seramai 22 orang pelajar 4 Sains 1, SMK Bakun, Sg.Asap dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mengingati proses proses yang berlaku dalam setiap fasa Mitosis. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar menggunakan kaedah Coloured Modeling Clay ( CMC ). Pelajar telah didedahkan kepada Kaedah ini selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh empat minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar menggunakan Kaedah ini kerana melibatkan mereka 100%. Learning by doing jelas menunjukkan pelajar lebih ingat dan faham proses Mitosis

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUSaya mengajar di kelas 4 Sains 1 bagi mata pelajaran Biologi. Bermula pada bulan September 2012. Masalah utama bagi pelajar saya ialah sukar mengingati fasa fasa yang berlaku dalam proses mitosis dalam Topik pembahagian selHal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku pelajar yang terpaksa diulang ulang penerangan tentang proses yang berlaku selain latihan yang diberi tidak dapat dijawab dengan baik dalam kelas semasa saya mengajar.Sekiranya pelajar diminta untuk berbincang dalam kumpulan kecil dan membentangkan hasil perbincangan setiap fasa, pelajar jadi lebih keliru dan tidak dapat menyatakan fasa yang berlaku dengan terma yang tepat.

Analisis yang didapati daripada soal jawab murid ialah tidak dapat mengenalpasti proses yang berlaku dalam setiap fasa, tidak dapat menunjukkan jaringan spindle fibre dan chromosom dengan tepat.

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujiani) tidak dapat mengenalpasti perbezaan fasa dalam Prophase , Metaphase, Anaphase dan Telophase.Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar adalah kerana mereka tidak dapat membayangkan dan melihat proses yang berlaku secara realiti di depan mata.

Walaupun saya telah menayangkan video yang melibatkan proses yang berlaku di dalam sel ini, pelajar masih belum berjaya menjadikan ianya suatu bahan bantu yang berguna dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka.2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran(a)Mengenalpasti fasa dalam Mitosis

(b)Memahami proses yang berlaku dalam setiap fasa.Jika perkara ini tidak ditangani ia akan menjadi lebih teruk, murid akan terus tidak minat untuk mempelajari Subtopik seterusnya iaitu MeiosisMurid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah dalam kertas 2 SPM kerana soalan ini sering menjadi soalan wajib dijawab dalam kertas 2.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba menggunakan bahan coloured modelling clay dalam menjadikan fasa yang berlaku dalam Mitosis lebih realistik dan menarik. Kajian ini difokuskan untuk subtopik Mitosis

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.2 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap Subtopik Mitosis

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.2.1 Meningkatkan daya ingatan pelajar menamakan empat fasa mitosis

3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan proses-proses yang berlaku dalam setiap fasa bagi Peringkat Mitosis

3.2.4. Menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menguasai subtopik Mitosis4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 22 orang pelajar daripada kelas 4 Sains 1.

BILANGAN PELAJAR LELAKIBILANGAN PELAJAR PEREMPUAN

813

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos ,pembentangan hasil individu dan soal selidik.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, pelajar perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang dijalankan.5.1.2 Ujian Pra dan Pos 1 ) UJIAN PRA ( 24/8/2012 SELASA )

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai subtopik Mitosis. Item Ujian Pra merupakan item Kertas 1 dan 2 Biologi- Koleksi Soalan Modul Intervensi Biologi dari Tahun 2007 sehingga Tahun 2011 dan juga soalan Ujian Diagnostik Biologi pada Tahun 2010. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya.

Beberapa aktivti susulan ( Pemulihan /Tindakan Susulan ) yang dilakukan untuk membincangkan topik yang sama dibuat seperti :

a) Aktiviti 1 : Penerangan powerpoint ( 1/9/2012- SELASA (0700 am -0820 am ))Langkah 1 : Guru menyediakan slaid slaid powerpoint yang menunjukkan fasa fasa dalam proses

Mitosis

Langkah 2 : Guru memberi penerangan tentang setiap proses yang berlaku dengan bantuan powerpoint

Aktiviti 2 : Tayangan video ( 3/9/2012 RABU(1310 pm -1340pm)Langkah 1 : Guru memuat turun video dari internet yang menunjukkan pergerakkan sel semasa Proses Mitosis dan Meiosis

Langkah 2 : Pelajar meneliti dan cuba mengingati proses yang berlaku dalam setiap fasa.2 ) UJIAN POS 1 ( 8/9/2012 SELASA ( 0700-0820 )Enam hari berikutnya Ujian POS 1 dijalankan kepada Kumpulan Sasaran untuk mengenalpasti pelajar yang masih bermasalah menjawab soalan berkaitan dengan fasa-fasa dalam Mitosis.Ujian POS 1 menggunakan Item yang sama dengan UJIAN PRA .3 ) UJIAN POS 2 ( 23 /9/2012 SELASA ( 0700 am- 0820 am )Sebelum Ujian Pos 2 dilaksanakan pada ( 23 /9/2012 SELASA / 0700 am- 0820 am , aktiviti berikut telah dijalankan:

Tarikh : 10/9/2012 -KHAMIS

5.1.3 Membuat Model menggunakan Coloured Modelling Clay.Dua waktu sesi P&P digunakan untuk aktiviti ini Tarikh: 16/9/2012 SELASA ( 0700-0820 ) & 17/9/2012 RABU ( 1310 pm 1340pm )

Pembentangan Individu

Tarikh: 16/9/2012 SELASA ( 0700-0820 ) & 17/9/2012 RABU ( 1310 pm 1340pm )

5.1.4 a) Pelajar dibahagi kepada 7 Kumpulan.Satu kumpulan diwakili oleh tiga orang pelajar.b) Setiap Kumpulan diberi tugasan untuk membuat satu fasa dalam Mitosis

c) Pelajar diminta membuat model mengikut fasa yang telah ditentukan menggunakan plastisin berwarna yang disediakan guru

d) Setiap kumpulan akan membuat pembentangan dan menerangkan proses yang berlaku pada setiap fasa

Lima hari selepas aktiviti Pembentangan menggunakan Kaedah Coloured Modelling Clay,UJIAN POS 2 dijalankan untuk menilai tahap penguasaan pelajar dalam subtopik ini.Item yang digunakan adalah Koleksi Item Kertas 1 dan Item Kertas 2 dalam Soalan Peperiksaan SPM 2008-2011 .UJIAN POS 2 dijalankan pada 23hb September 2012

5.1.5 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan subtopik Mitosis sebelum dan selepas Kaedah menggunakan Coloured Modelling Clay.5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.

5.2.1 Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati : Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menundukkan muka apabila guru menyoal.

Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang

sengaja dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar.

Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan .5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos.

Aktiviti 1 : Penerangan powerpoint ( Tarikh : ____________________ )Langkah 1 : Powerpoint disediakan berdasarkan nota didalam buku teks Biology tingkatan 4.Langkah 2 : Guru memudahcara dan menerangkan secara lengkap dalam setiap fasa.Refleksi :

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini penting bagi membolehkan pelajarmengetahui teknik menjawab soalan ini dengan bahasa dan terma yang betul di dalam peperiksaan. Namun proses ini agak membosankan pelajar dan masih ramai yang kurang focus.Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa pelajar mengantuk , kurangfaham , tidak menjawab soalan dengan tepat dan guru terpaksa mengulang beberapa kali setiap fasa yang terlibat. Aktiviti 2 : Tayangan video( Tarikh : _________________)Langkah 1 : Guru memuat turun video yang berkaitan.Langkah 2 : Guru menyusun video dan penerangan yang sesuaiRefleksi :

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini dapat membantu dalam memberigambaran sebenar yang berlaku di dalam sel semasa proses Mitosis dan Meiosis.Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa beberapa orang pelajardapat mengingati setiap fasa yang berlaku. Namun segelintir pelajar masih tidak mampu menyususn fasa danproses yang berlaku dengan betul.PERBANDINGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM UJIAN PRA DAN POS ADALAH SEPERTI BERIKUT :

GredBilangan Pelajar

UJIAN PRA

( Item Kertas 1 & 2)

Koleksi Soalan Modul Intervensi Biologi dari Tahun 2007 sehingga Tahun 2011 dan juga soalan Ujian Diagnostik Biologi pada Tahun 2010.

UJIAN POS 1

( Selepas Aktiviti Penerangan dan Power Point)

Pos 2

( Selepas Kaedah menggunakan Coloured Modelling Clay)

A

B

C

D

E

G

TH

0

1

1

1

2

16

02

2

3

3

1

9

15

2

5

4

2

3

0

Jadual 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra ,Pos 1 dan Pos 2

GREDMarkahTahap PencapaianUjian PraPeratus

( % )Ujian Pos 1Peratus

( % )Ujian Pos 2Peratus

(%)Perbezaan Peratus ( % )

Ujian Pos 1 & Pos 2

A80-100Cemerlang0029.52%523.81%14.29%

B70-79Baik14.76%29.52%29.52%0.00%

C60-69 memuaskan14.76%314.29%523.81%4.76%

D50-59Kurang memuaskan14.76%314.29%419.05%5.23%

E40-49Lemah29.52%14.76%29.52%4.76%

G0-39Sangat Lemah1676.19%942.8%314.29%-28.51%

TH--0014.76%000

Dapatan Ujian Pra dan Pos 1 serta Pos 2 menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang gagal tetapi dari segi kualiti bilangan pelajar yang mencapai gred A meningkat

Analisis Soal Selidik

Pelajar telah memberikan respons positif dan membina mengenai kaedah menggunakan Coloured Modelling Clay.. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar :-

Jadual 5: Dapatan Soal Selidik 1

No.

Pertanyaan

Setuju

( %)

Tidak

Setuju

( % )

1

Penerangan Power Point dapat membantu saya mengingat apa yang diajar oleh guru.

5

23.81%

16

76.19%

2

Menggunakan Coloured Modelling Clay dapat membantu saya fikir semula dengan senang apa yang diajar oeh guru.

18

85.71%

3

14.29%

3

Tayangan video dapat membantu saya mempelajari sains.

7

33.33%

14

66.67%

4

Saya boleh ingat balik apa yang diajar oleh guru dengan lebih senang jika saya membuat sendiri model menggunakan Coloured Modelling Clay.19

90.48%

2

9.52%

5

Tayangan Video membantu saya suka sains.

7

33.33%

14

66.67%

6

Penerangan Power Point dapat membantu saya membuat ulangkaji.

7

33.33%

14

66.67%

7

Melibatkan diri dalam aktiviti membuat Model menggunakan Coloured Modelling Clay adalah cara mempelajari sains yang baik.

19

90.48%

2

9.52%

8

Saya suka aktiviti yang diperkenalkan guru iaitu membuat Model menggunakan coloured Modelling clay

20

95.24%

1

4.76 %

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1. Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, saya telah meminta pelajar 4 Sains 1 membawa plastisin berwarna semasa kelas Biologi kerana saya ingin memperkenalkan satu teknik P & P yang dapat membantu mereka mendapat keputusan yang lebih baik.

2. Sebelum saya membimbing pelajar membuat model berkenaan Peringkat Mitosis saya telah menerangkan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.

3. Saya juga telah menyentuh perihal kepentingan warna dalam kehidupan sebagaimana yang dinyatakan oleh Tony Buzan :-People are 80% more likely to remember what they read if its in colour.

4. Seterusnya saya membimbing pelajar membina membuat model. Sebelum itu saya telah mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar terlebih dahulu.

5. Pelajar diingatkan bahawa warna yang dipilih adalah selaras dengan kumpulan lain contohnya warna bagi kromosom adalah menggunakan plastisin berwarna merah,gentian fiber ( Kuning), sentriol ( hijau ),sentromer ( Biru ).

6. Pelajar membuat model di atas sekeping kertas putih ( rujuk lampiran ).

7. Pelajar menjalani Ujian Pos 1 dan Pos 2. Selepas ujian Pos 1 dan 2, saya dan pelajar akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.8. Setiap kali kelas Biologi, saya mengingatkan pelajar supaya membaca atau merujuk semula model-model yang telah dikumpulkan sesama kumpulan untuk mengukuhkan daya ingatan.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN.

5.4.1 PELAKSANAAN TINDAKAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh lima minggu. Semasa saya

menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan bab 5 Pembahagian Sel. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk membimbing pelajar membina model menggunakan plastisin berwarna. Pelajar telah menjalani ujian Pos 1 sebelum menggunakan Kaedah menggunakan coloured modelling clay, lima hari selepas kaedah dijalankan dan sebulan selepas itu. Selepas Ujian Pos 2, pelajar diminta memenuhkan borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah P&P bagi subtopic Mitosis menggunakan coloured Modelling Clay. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

5.4.2 PEMERHATIAN KAJIAN Berdasarkan pemerhatian saya aktiviti membuat model menggunakan plastisin berwarna berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam subtopik Fasa Mitosis .Pelajar berlumba lumba hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan percubaan dari negeri negeri lain. Saya berasa lebih seronok, dan puas dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar 4 Sains 1 5.4.3 PENILAIAN

Data dikumpulkan berdasarkan UJIAN PRA, UJIAN POS 1 dan UJIAN POS 2

1) PERBANDINGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM UJIAN PRA DAN POS

GredBilangan Pelajar

UJIAN PRA

( Item Kertas 1 & 2)

Koleksi Soalan Modul Intervensi Biologi dari Tahun 2007 sehingga Tahun 2011 dan juga soalan Ujian Diagnostik Biologi pada Tahun 2010.

UJIAN POS 1

( Selepas Aktiviti Penerangan dan Power Point Item yang sama dengan UJIAN PRA digunakan )

Pos 2

( Selepas Kaedah menggunakan Coloured Modelling Clay)

A

B

C

D

E

G

TH

0

1

1

1

2

16

02

2

3

3

1

9

15

2

5

4

2

3

0

KEPUTUSAN UJIAN PRA ,POS 1 DAN POS 2 PELAJAR TINGKATAN 4 SAINS 1

PELAJARUJIAN

BILNAMAPRAGREDPOS 1GREDPOS 2GRED

1ALICIA50D70B80A

2ANDRIAN KALANG35G36G37E

3AZAIRA LIA32G43D60C

4EMAI KUSIN26G50D66C

5EZRA KILLING BELONG32G51D67C

6GENEVIEVE GELAYANG70B81A86A

7JABESH TALAN36G38G60C

8JENNIFER DENNIS37G38G62C

9JERRY JATING34GTHTH38G

10JOCELYN ONEH LIAN35GG50D

11JONATHAN37G37G51D

12JOSHUA NELSON30G34G53D

13LYDIA LEE35G38G50D

14MADELINA KUDAM36G43E44E

15PETRUS JOHN33G33G35G

16

RACHEL UJANG40E58C72B

17RANTI BELAWAN23G33G38G

18ROSEZALVIA DENNIS

48D58C80A

19SAWIN ENGET60CAA

20SHYFRANELLY LONG40E58C70B

21TIMOTIUS LAING SAMAN33G70B80A

5.5 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian ini perlu diteruskan untuk Subtopik seterusnya iaitu Meiosis.Ini kerana kaedah membina model menggunakan Coloured Modelling Clay ini dapat membantu kefahaman pelajar mengenai proses yang berlaku dalam setiap Peringkat Mitosis.Saya cukup berpuas hati menggunakan kaedah ini kerana ia membantu menambahbaik kelemahan pelajar.Untuk penambahbaikan Guru mencari Kaedah yang lebih baik untuk membantu pelajar lebih faham dan ingat dengan mudah Peringkat Mitosis ini.Oleh sebab itu, suatu Inovasi P&P untuk Topik Mitosis ini telah dibuat dan ingin dilaksanakan semasa P&P.

KesimpulanPembelajaran menggunakan Model Coloured Modelling Clay pada keseluruhannya berkesan dalam subjek sains dari aspek peningkatan prestasi dan motivasi murid dilokasi kajian. Kajian ini boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain dalam sains yang berasaskan kepada konsep permodelan. Pemahaman konsep sains yang diasaskan dari teori-teori yang pelbagai memerlukan pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi.Guru-guru sains perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru sains seharusnya mempunyai keyakinan untuk mencuba pelbagai kaedah, strategi atau model dalam pengajaran bagi meningkatkan outcomes dan keberkesanan pengajaran.Kepelbagain pembelajaran murid dalam satu kelas juga perlu diambil kira oleh para pendidik oleh itu kaedah ini perupakan salah satu alternatif yang boleh diaplikasikan.

6.0 BIBLIOGRAFI

5. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

6. Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Guru Sebagai Penyelidik. PTS Professional Publishing.7. Bhashah bin Abu Bakar (2007).Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah.Edisi Pertama. Syarikat Miharja Sdn. Bhd.8. Keogh.B., Simon. S., Naylor. S., Maloney. J & Downing. B. (2008). Puppets and Engagement In Science.International Journal of Science Education.Jld 30,1229-1244.

Sentromer

SENTROMER

KROMOSOM

25