documentm4

40
1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK CERDAS KBC 3023 TAJUK TUGASAN INDIVIDU KAJIAN KES NAMA : AMY NORHAFIKA BINTI IBRAHIM NO MATRIK : D20091034748 PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS SEMESTER : 3 SESI : 2009/2010 NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN KUMPULAN KULIAH : A

Upload: soh-hwee-loh

Post on 31-Oct-2014

34 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DocumentM4

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK

CERDAS

KBC 3023

TAJUK

TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN KES

NAMA : AMY NORHAFIKA BINTI IBRAHIM

NO MATRIK : D20091034748

PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS

SEMESTER : 3

SESI : 2009/2010

NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN

KUMPULAN KULIAH : A

Page 2: DocumentM4

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Perkembangan 4

2.1 Maksud Perkembangan

2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan

2.3 Ciri-Ciri Perkembangan Individu

2.4 Maksud Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Cerdas

2.4.1 Perkembangan Fizikal

2.4.2 Perkembangan Emosi

2.4.2.1 Teori Berkaitan Emosi

2.4.3 Perkembangan Sosial

3.0 Responden Kajian Kes 10

3.1 Latarbelakang Responden

3.2 Ciri-ciri Responden

3.2.1 Perkembangan Fizikal

3.2.2 Perkembangan Sosial dan Emosi

4.0 Intervensi 22

5.0 Rumusan Kajian 26

6.0 Penutup 27

Rujukan 29

Lampiran 30

Page 3: DocumentM4

3

1.0 Pengenalan

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat.

Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan

pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutamanya yang dikenali sebagai

pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi

kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas. Pelajar pintar

cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai

aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan

lebih sistematik dan berkesan maka suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang dikategorikan

mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelek yang

luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005). Oleh yang demikian,

kelebihan yang telah dikurniakan itu kepada golongan ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik-

baiknya agar dapat memberi sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. Hal ini

kerana golongan pintar cerdas dan berbakat ini dilihat sebagai salah satu asset negara yang

bernilai dan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mereka merupakan individu yang akan

menerajui ilmu sedia ada ke tahap yang lebih tinggi dan menembusi ilmu baru untuk faedah

tamadun dan generasi akan datang.

Keperluan remaja pintar cerdas dan berbakat yang berbeza daripada remaja biasa

menyebabkan bukan sahaja perkembangan pendidikan golongan ini diabaikan, bahkan keperluan

untuk penyesuaian sosial tidak dianggap sebagai satu ciri penting yang membezakan mereka

dengan kanak-kanak biasa (Ng & Sandiyao, 2005). Hal yang demikian disebabkan banyak pihak

beranggapan bahawa golongan ini tidak memerlukan bantuan akademik atau bimbingan kerjaya

(Lotta & Kruger, 2008). Tambahan pula, anggapan masyarakat yang merasakan golongan ini

merupakan golongan elit yang boleh menangani sendiri masalah yang dihadapi dan tidak

memerlukan program yang khusus ataupun peluang pembelajaran yang lebih maju (Delisle,

2003).

Page 4: DocumentM4

4

2.0 Perkembangan

2.1 Maksud Perkembangan

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak

dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan

Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang

berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan

kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa

dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan

berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan

sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta

bahasa.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif

serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut

Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara

perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan sama ada berbentuk struktur

kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan

semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat. Kesimpulannya perkembangan ialah aspek perubahan

yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah

melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel

sehingga akhir hayat organisma.

Disamping itu, D.S.Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai

perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma

dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Proses

perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi

daripada keturunan terdahulu. Bagi jenis organisma sifat umum jenis itu iaitu phylogenetik

adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar

serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan

pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Page 5: DocumentM4

5

2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor

persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri pewarisan yang dibawa oleh ibu bapa

kepada anak-anak. Ciri-ciri tersebut adalah seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-

lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai

penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita

sama ada pandai ataupun tidak. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan

manusia bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam

peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu.

Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu yang walaupun dalam peringkat

pertumbuhan yang sama tetapi ia juga berbeza dari segi fizikal, sosial dan emosi. Kajian ahli-ahli

psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar

perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang

menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu

sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada

nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak dilokus tertentu pada

kromosom iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma

dan juga sel ovum.

Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing

membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya

mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan iaitu percantuman sel sperma

dan sel ovum dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa

masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran antara kromosom daripada ibu dan bapanya

berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan

pada masa kelak. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas

ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo

(1962) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza dan perbezaan

itu biasanya diturunkan oleh genetik ibu bapa. Contohnya ibu bapa yang pintar cerdas akan

Page 6: DocumentM4

6

melahirkan anak pintar cerdas. Selain itu, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka

ibu bapa. Faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat, guru dan sekolah juga mempengaruhi perkembangan individu dalam

setiap peringkat pertumbuhannya.

2.3 Ciri-Ciri Perkembangan Individu

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan

seseorang itu ialah suatu proses yang berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Perubahan

tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat

kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke

arah tertentu serta dijangkakan. Contohnya orang tua berumur 80 tahun mengalami proses

perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dengan cucunya. Selain itu, perkembangan

juga merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara

perkembangan jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.

Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi.

Proses perkembangan tersebut akan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat

serta mengikut aturan semulajadi. Contohnya seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap

sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Perkembangan juga

selalunya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan

manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

Contohnya kanak-kanak yang dilahirkan dengan bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yang

dapat memupuk bakatnya itu maka dia tidak boleh mencapai potensinya untuk menjadi seorang

pelukis.

Perkembangan juga berlaku mengikut kepantasan yang berbeza iaitu walaupun

berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. Ibu bapa

memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak

dengan mendidiknya secara holistik seperti memberi makanan berkhasiat yang berkualiti,

mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal serta memberikan rangsangan yang

sesuai untuk membantu perkembangannya dari segi emosi dan sosial.

Page 7: DocumentM4

7

2.4 Maksud Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Cerdas

2.4.1 Perkembangan Fizikal

Perkembangan terbahagi kepada tiga iaitu perkembangan fizikal, emosi dan sosial.

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-

bahagian badan dan fungsi anggota badan. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami

perubahan dalam ketinggian, berat badan bertambah dan menjadi lebih kuat serta dapat

melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini

mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung ( Hurlock, 1978).

Misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-

pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka

merupakan satu faktor yang menpengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu.

Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih

berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga

dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor

persekitaran tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Kajian mendapati kanak-

kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsuaian

berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini

membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan

individu.

2.4.2 Perkembangan Emosi

Manakala emosi pula adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi iaitu perasaan yang

tenang dan berfikiran waras (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Emosi dan perasaan

seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan,

membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi

berasal dari perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Emosi akan

ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Selain itu, emosi

juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan

beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi (Mahmood Nazar Mohamad, 1992).

Page 8: DocumentM4

8

Kegagalan pelajar dalam bidang akademik serta berkelakuan yang tidak menepati norma

masyarakat adalah disebabkan oleh kekurangan salah satu bidang kecerdasan emosi iaitu

kecerdasan interpersonal. Hollin (1993) menyatakan bahawa salah satu kemahiran utama yang

perlu dipelajari sepanjang perkembangan seseorang kanak-kanak ialah membentuk kemahiran

komunikasi yang berkesan dengan orang lain. Kemahiran interpersonal ini merupakan satu

dimensi kecerdasan emosi yang dominan. Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan

naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Emosi juga adalah

kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku

tertentu atau cara dalam menyampaikan perasaan.

Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada

perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh

disebabkan ketakutan. Dalam istilah psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang

yang berkait rapat dengan tindak balas iaitu fizikal daripada sensitiviti perasaan dalaman dan

luaran iaitu pergaulan sosial. Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh

pengaruh luaran iaitu pergaulan sosial. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang

terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang

dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan dengan emosi.

2.4.2.1 Teori Berkaitan Emosi

Walgito (1997) mengemukakan tiga teori berkaitan emosi iaitu:

Teori Emosi Huraian

Teori Sentral Menurut teori ini, gejala berkaitan dengan kejasmanian

merupakan akibat dari emosi yang dialami oleh individu. Ini

bermakna individu mengalami emosi terlebih dahulu

seterusnya barulah mengalami perubahan-perubahan dalam

kejasmaniannya. Contohnya seseorang menangis kerana

merasa sedih dengan sesuatu perkara yang telah berlaku.

Teori Peniferal Teori ini dikemukakan oleh William James (1842-1910) yang

Page 9: DocumentM4

9

berasal dari Amerika Syarikat. Menurut teori ini, gejala-gejala

kejasmanian bukanlah akibat dari emosi yang dialami oleh

individu tetapi emosi yang dialami oleh individu merupakan

akibat dari gejala kejasmanian. Menurut teori ini, orang tidak

akan menangis kerana susah tetapi dia akan menjadi susah

jika menangis.

Teori Keperibadian Menurut teori ini, emosi merupakan sesuatu hak yang bersifat

peribadi, dimana peribadi ini tidak dapat dipisahkan dengan

jasmani dan psikologi.

2.4.3 Perkembangan Sosial

Menurut Syamsul Yusuf (2007) menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan

pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat diertikan sebagai

proses belajar untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat.

Perkembangan sosial juga merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-

kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat

serta budaya. Pendek kata, perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang

membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial

dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.

Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang

penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, persahabatan dan perhubungan

dengan rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi,

kepercayaan, nilai dan adat yang diamalkan oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga

mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,

mereka mempelajari cara menunjukkan emosi yang sesuai, cara mentafsir tingkah laku dan

pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks

budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai

bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal

dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Page 10: DocumentM4

10

3.0 Responden Kajian Kes

3.1 Latarbelakang Responden

Bahagian A Biodata Diri Responden

Nama : Hafiz Bin Ibrahim

Umur : 21 Tahun

Tarikh Lahir : 24 Jun 1989

Tempat Lahir : Perak

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Pendidikan Sekarang : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Dengan Kepujian

Semester : 5

Lepasan : Kolej Matrikulasi Perak

Hobi : Bermain Bola Sepak

Cita-Cita : Jurutera

Page 11: DocumentM4

11

Makanan Kegemaran : Nasi Ayam

Minuman Kegemaran : Teh O Ais

Kelebihan / Bakat : Aktif dalam bidang sukan (Olahraga)

Bahagian B Latarbelakang Keluarga Responden

Nama Bapa : Ibrahim Bin Awang

Pekerjaan Bapa : Pesara Tentera

Nama Ibu : Noraini Binti Abu Bakar

Pekerjaan Ibu : Suri Rumah

Jumlah Adik-Beradik : 3 orang

Anak Ke Berapa : Pertama

Bahagian C Latarbelakang Pendidikan Responden

Sekolah Rendah : Sek. Keb. Pengkalan Tentera (1996-2001)

Sekolah Menengah : SMKA Muadzam Shah, Pahang (2002-2004)

SM Teknik Taiping, Perak (2005-2006)

Matrikulasi/STPM : Kolej Matrikulasi Perak (Sesi 2007/2008)

Universiti : Universiti Tun Hussein Onn (Semester 5)

Tiada satu konsep yang khusus untuk mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat.

Ianya sentiasa berubah dari semasa ke semasa malah bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi

juga merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan akademik, pemikiran kreatif dan

produktif, kepimpinan, seni tampak dan lakonan serta keupayaan psikomotor. Responden yang

telah saya pilih untuk kajian saya pada kali ini ialah Hafiz Bin Ibrahim. Sebelum saya memilih

pelajar ini, saya telah mengenalpastinya melalui beberapa ujian, pencapaiannya dan temubual

guru, ibu bapa serta rakan-rakannya. Beliau merupakan seorang penuntut disalah sebuah

Page 12: DocumentM4

12

universiti yang terdapat di Malaysia iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang

menyambung dalam bidang kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Peringkat Ijazah Sarjana

Muda yang kini berada di semester kelima.

Semasa beliau berada di sekolah rendah lagi beliau memiliki bakat dari segi kemahiran

kinestatik iaitu aktif dari segi kesukanan. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau sering mendapat

tempat pertama apabila memasuki acara yang berunsurkan sukan dan pernah mewakili sekolah

terutamanya dalam bidang olahraga seperti acara larian, lompatan dan permainan bola sepak

serta sepak takraw. Selain daripada aktif bersukan beliau juga seorang yang cemerlang dalam

bidang akademik iaitu semasa berada di sekolah rendah beliau sering mendapat keputusan yang

cemerlang iaitu mendapat tempat pertama di dalam kelas. Beliau juga bijak terutamanya dalam

bidang matematik. Hal ini kerana sejak kecil lagi beliau amat meminati nombor-nombor atau

perkara yang memerlukan pengiraan.

Hal ini terbukti apabila beliau hanya mencongak sahaja untuk mengira sesuatu tanpa

menggunakan kalkulator. Disamping itu, beliau juga merupakan antara pelajar yang mempunyai

kepimpinan apabila beliau pernah dilantik sebagai ketua kelas semasa berada di sekolah rendah

lagi. Tambahan pula, dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana sahaja kerana

bapanya merupakan pesara tentera dan ibunya pula seorang suri rumahtangga sepenuh masa.

Walaubagaimanapun, ibu bapanya amat menitikberatkan soal pelajaran anak-anak mereka kerana

menurut bapanya pencapaian akademiklah yang akan membantu memperoleh masa depan yang

cerah. Dia dilahirkan pada 24 Jun 1989 di Perak dan merupakan anak sulung daripada tiga orang

adik-beradik yang mana beliau mempunyai seorang adik perempuan yang sekarang ini berumur

20 tahun serta seorang adik lelaki berumur 14 tahun. Kesemua adik-beradiknya masih lagi

belajar yang ketika ini sedang menuntut di salah sebuah universiti di Malaysia dan ada yang

masih belajar di sekolah.

Perbincangan berkaitan dengan pengaruh genetik dan persekitaran genetik dalam

menentukan individu itu menjadi pintar cerdas ataupun tidak memang sudah lama berlaku.

Peratus punca pintar cerdas boleh dilihat pada pembahagian berikut iaitu 50% berpunca daripada

baka manakala persekitaran individu dan keluarga masing-masing sebanyak 23%. Setiap anak

akan mewarisi beberapa ciri-ciri daripada ayah dan ibunya. Dalam konteks ini, Hafiz memiliki

Page 13: DocumentM4

13

persekitaran keluarga yang positif untuk membantunya menjadi seorang pintar cerdas iaitu dari

segi fizikal dalam menjadi sebagai seorang atlit dalam acara larian. Hal ini disebabkan oleh

latarbelakang keluarga ayahnya yang juga merupakan seorang pelari yang hebat semasa di usia

muda. Bakat yang ada pada ayahnya telah diwarisi oleh anak sulungnya. Jika dibandingkan

ketiga-tiga orang anaknya, hafiz mempunyai bakat yang lebih menonjol berbanding adik-adiknya

yang lain.

Selain itu, ibunya pernah mengatakan bahawa bakat yang ada dalam diri anaknya telah

lahir sejak kecil lagi. Hal ini dapat dibuktikan apabila dia telah banyak memenangi pelbagai

hadiah semasa berada di bangku sekolah lagi. Namun dia tidak mahu menyambung pelajaran

sebagai seorang atlit di Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia kerana lebih berminat dalam

kejuruteraan elektrik. Namun bakat tersebut tidak akan terkubur begitu sahaja kerana dia juga

masih aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan di universiti

tersebut.

3.2 Ciri-ciri Responden

3.2.1 Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak atau digelar sebagai budak kecil adalah digolongkan dalam golongan manusia

muda iaitu seseorang yang masih belum mencapai akil baligh. Perkembangan kanak-kanak ialah

kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental

seseorang bayi menjadi orang dewasa. Peringkat remaja merupakan paling kritikal dalam

perkembangan manusia kerana mereka lebih bersifat sensitif mengenai sesuatu perkara. Secara

keseluruhannya perkembangan kanak-kanak hinggalah remaja boleh dibahagikan kepada tiga

peringkat iaitu bayi, kanak-kanak dan remaja. Setiap peringkat perkembangan adalah melalui

aspek-aspek seperti perkembangan fizikal, emosi dan sosial. Ibu bapa dan guru perlulah

mengetahui dan memahami tiap-tiap perkembangan dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya

untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Peringkat bayi bermula sejak seseorang dilahirkan hinggalah ke umur dua tahun. Bayi

yang baru dilahirkan mula bergerak secara reflex iaitu seperti menghisap dan menggerakkan

Page 14: DocumentM4

14

tangan atau kakinya apabila kita mengusiknya. Dalam masa seminggu dilahirkan keupayaan

melihat dan mendengar adalah terbatas. Bayi selalunya menangis akibat cepat lapar dan dahaga.

Badannya juga begitu sensitif dengan keadaan iklim di sekelilingnya. Selepas satu bulan bayi

dilahirkan, biasanya akan mengalami pertumbuhan fizikal yang pesat. Seterusnya pada usia

empat bulan, berat badan bayi telah meningkat dua kali ganda. Bahagian kepala pula telah

bertambah keras dan apabila meningkat umur setahun, beratnya telah meningkat tiga kali ganda.

Bayi yang berusia dua bulan telah dapat meniarap dan mengangkat dagu secara perlahan-

perlahan. Semasa usia tiga bulan, otot mata bayi sudah dapat melihat dan membezakan warna

seperti warna yang gelap dan cerah. Ketika itu juga, bayi sudah pandai menunjukkan senyuman

mengikut situasi tertentu.

Apabila mencapai usia tujuh bulan, kebanyakan bayi sudah pandai duduk sendiri dan

boleh memegang sesuatu. Bayi seterusnya akan melalui peringkat merangkak semasa berumur

lapan hingga sepuluh bulan dan akan cuba berdiri dan berjalan pada umur 11 bulan. Bayi juga

boleh meminum air sendiri iaitu dengan menggunakan gelas atau sudu. Selain itu, bayi yang

sudah mencapai umur satu tahun empat bulan biasanya sudah boleh berjalan dengan baik dan

banyak membuat aktiviti melompat, berlari dan memanjat apabila pergerakan badannya

bertambah stabil dan seimbang. Seterusnya ketika berusia 18 bulan bayi boleh bermain

bersendirian jika diberi alat-alat permainan yang sesuai. Oleh itu, secara keseluruhannya

perkembangan fizikal dan motor bayi berlaku secara tersusun dan berperingkat-peringkat.

Peringkat kanak-kanak boleh dikatakan satu peringkat yang menyeronokkan dan

kadangkala boleh menyusahkan ibu bapa kerana kanak-kanak menjadi aktif, kreatif, nakal dan

susah dikawal pergerakan mereka. Peringkat perkembangan ini kebanyakan berlaku kepada

kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, mereka banyak

mendapat kemahiran motor kasar yang baru disebabkan berani untuk mencuba sesuatu. Oleh

sebab perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini berlaku dengan lebih cepat maka ibu

bapa haruslah berwaspada tentang tingkah laku mereka kerana mereka bagitu terdedah dengan

sebarang kemalangan di dalam rumah mahupun di luar rumah.

Manakala pada peringkat lewat kanak-kanak pula, perkembangan fizikalnya boleh

dikatakan perlahan sehinggalah mereka memasuki akil baligh. Keadaan bentuk tubuh kanak-

Page 15: DocumentM4

15

kanak mulai berubah dari segi ketinggian dan berat badan. Semasa kanak-kanak memasuki alam

persekolahan, otot mata dan tangan telah menunjukkan persefahaman yang baik dan bersedia

untuk belajar dengan segala aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh

kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki.

Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan dapat dikawal dengan sempurna. Pada peringkat

remaja pula, perkembangan psikomotor remaja lelaki boleh dikatakan mengalami perubahan dari

segi bentuk fizikal yang begitu cepat terutama semasa berusia 14 hingga 16 tahun. Mereka

mempunyai selera makan yang baik dan bentuk badannya juga bertambah keras serta kelihatan

lebih besar daripada remaja perempuan. Mereka juga kelihatan lebih tinggi dan mencapai tahap

maksimumnya ketika berusia 18 tahun.

Pertemuan saya dengan ibunya telah merungkai sedikit sebanyak ciri-ciri perkembangan

awal beliau. Antara ciri-ciri awal yang dapat dilihat padanya ialah semasa awal kelahirannya.

Menurut ibunya iaitu Pn Noraini binti Abu Bakar anaknya dilahirkan secara normal dan tiada

apa-apa komplikasi yang berlaku semasa proses kelahiran. Beliau juga seorang yang sihat tubuh

badan iaitu tidak mengalami sebarang komplikasi sebelum, semasa mahupun selepas kelahiran.

Selain itu, koordinasi pergerakan bermula dengan baik sejak bayi lagi dan perkembangan semasa

kecil adalah sama seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi prosesnya berlaku dengan lebih

cepat. Contohnya semasa berusia 6 bulan beliau sudah pandai berdiri dengan sendiri dan ketika

berumur 9 bulan sudah pandai berjalan.

Pertumbuhan tubuh badan beliau juga adalah mengikut proses yang sebenar iaitu

berbadan tegap dan bertubuh tinggi serta beliau juga mempunyai antibodi yang kuat seperti

sangat sukakan aktiviti mencabar dan lasak. Namun pada peringkat bayi lagi beliau telah

menampakkan ciri-ciri pintar cerdas apabila dia mengenali ahli keluarga yang terdekat seperti

bapa dan ibunya lebih awal. Jika seseorang yang tidak dikenalinya cuba mendukungnya dia akan

menangis sehinggalah ibu dan bapanya sendiri yang mengambilnya untuk didukung kerana dia

tidak mudah untuk membiasakan diri dengan orang lain serta masa yang diambilnya untuk serasi

adalah agak lama.

Menurut ibunya lagi semasa kecil anaknya itu jarang menangis jika terdapat orang yang

menemaninya di sebelah, namun jika tiada orang disisinya dia akan menangis. Cara tangisannya

Page 16: DocumentM4

16

seolah-olah tidak mahu ditinggalkan keseorangan. Hal ini menunjukkan dia peka dengan

keadaan disekelilingnya. Selain itu, beliau juga sudah fasih bertutur ketika berusia setahun 8

bulan. Hal ini terbukti apabila kanak-kanak pintar cerdas sememangnya dapat bertutur dalam

bahasa dan ayat yang kompleks semasa baru berusia lebih kurang 2 tahun. Beliau pula dilihat

sudah fasih bertutur sebelum berusia 2 tahun lagi. Kebolehan ini berbeza dengan pelajar-pelajar

lain yang hanya mampu mengucap dan menggunakan beberapa patah perkataan serta rangkaian

ayat mudah sahaja.

Disamping itu, pada usia 4 tahun lagi, minat membacanya telah kelihatan kerana beliau

begitu gemar membaca tanda-tanda jalan ketika ayahnya memandu kereta atau suka membaca

tulisan yang terdapat pada pembungkus makanan dan tulisan-tulisan yang terdapat disekitarnya.

Menurut ibunya sejak kecil lagi beliau telah menampakkan kematangan dalam pemikiran serta

mempunyai sikap suka mencuba sesuatu perkara yang baru. Hal ini terbukti kerana kanak-kanak

pintar cerdas mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini menyebabkan mereka ini sentiasa

berfikir berkaitan pelbagai perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab musabab kejadian

sesuatu perkara. Kanak-kanak ini juga sentiasa mempunyai idea-idea baru dan suka

berimaginasi. Mereka ini sentiasa berfikir dan mencari-cari cara yang terbaik bagi merealisasikan

imaginasi itu.

Menurut pandangan ahli psikologi seperti Gardner, Renzulli, Clark dan Sousa (2003)

dalam psikomotor pula mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai tahap

mengkagumkan dalam aktiviti fizikal adalah kanak-kanak yang mampu mengikut rentak dan

irama dengan mudah seperti menari. Selain itu, kanak-kanak ini juga sangat suka bersukan

terutamanya aktiviti sukan yang berbentuk lasak dan mereka kelihatan sangat bertenaga apabila

melakukan sesuatu aktiviti kesukanan fizikal serta mempunyai bentuk tubuh badan yang sesuai

dengan aktiviti berbentuk fizikal samada dari segi kesukanan mahupun tarian. Mereka ini

selalunya mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang sangat luar biasa dalam aktiviti fizikal

berbanding rakan sebayanya.

Manakala dalam teori Kazimierz Dabrowski menjelaskan bahawa individu pintar cerdas

adalah mengalami perkembangan psikomotor yang besar, selalu bergerak-gerak, sangat suka

bercakap mengenai sesuatu perkara dan tidur lebih sedikit berbanding kanak-kanak yang lain.

Page 17: DocumentM4

17

Berdasarkan kajian kes saya, menurut ibunya beliau selalunya akan terjaga daripada tidur lebih

awal berbanding waktu tidur bagi bayi yang normal disebabkan terdapat bunyi bising yang

menganggunya dan hanya beberapa jam sahaja masa beliau tidur dan perkara ini berlarutan

sehingga beliau meningkat remaja.

Hal ini terbukti apabila beliau juga mempunyai kecerdasan kinestatik iaitu aktif dalam

bidang kesukanan serta psikomotor yang baik sehingga membolehkan beliau memasuki segala

pertandingan yang berbentuk fizikal terutamanya aktiviti sukan lasak. Sejak dari tadika lagi

beliau menyertai pelbagai jenis sukan termasuklah acara larian, pertandingan bola sepak, lompat

jauh dan bukan hanya memasuki pertandingan itu sahaja tetapi berjaya menjadi johan bagi

keseluruhan pertandingan yang disertainya. Bakat yang beliau miliki itu diteruskan lagi sampai

ke peringkat sekolah menengah dan universiti. Selain itu, bentuk badannya yang tegap dan sihat

daripada sebarang penyakit mempengaruhinya dalam melakukan aktiviti tersebut sehingga

berjaya.

3.2.2 Perkembangan Sosial dan Emosi

Pada peringkat bayi, perkembangan sosioemosinya ialah bayi selalunya mengharapkan kasih

sayang daripada ahli keluarga. Bayi akan merasa gembira dan tidak kesunyian jika ibu bapa

sering mendampinginya. Bagaimanapun, bayi lebih rapat atau dapat membezakan di antara ahli

keluarganya dan orang lain. Semasa berusia empat hingga enam bulan, bayi biasanya melihat ibu

bapanya atau pengasuhnya dengan penuh perhatian. Bayi juga selalu mengikut bunyi yang

ringkas dan meniru perbuatan mudah yang dilihat serta bayi juga akan merasa puas sekiranya

selalu diajak bercakap. Bayi juga kadang-kadang menunjukkan reaksi marah atau mudah merasa

tersinggung jika kehendaknya dibantah oleh ahli keluarganya. Sekiranya ibu bapa terlalu

memberikan senyuman kepada anak-anak, biasanya mereka akan merasa dihargai dan dimiliki.

Selain itu, bayi juga merasa takut sekiranya mendengar sesuatu bunyi yang kuat di luar daripada

kebiasaan atau berada dalam kegelapan.

Bayi yang berusia setahun dan ke atas biasanya lebih banyak menumpukan perhatian

kepada rangsangan di luar serta menunjukkan minat kepada perkara-perkara tertentu. Contohnya

bayi akan merasa gembira apabila di ajak bersiar-siar di luar daripada kawasan rumah. Manakala

kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun banyak menghabiskan masa bermain

Page 18: DocumentM4

18

dengan rakan-rakan sebaya. Semasa bermain, sekiranya kanak-kanak dengan tidak sengaja

menyakitkan hati kawannya, biasanya mereka tidak meminta maaf. Kanak-kanak yang berada

dalam kumpulan rakan sebaya banyak mendapat kebaikan kerana mereka dapat meniru

perbuatan yang difikirkan baik. Sekiranya berlaku perselisihan faham, mereka akan mengambil

masa yang cepat untuk menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat ini juga sudah

menunjukkan sikap cemburu antara adik-beradik sekiranya ibu bapa mereka tidak menunjukkan

layanan dan keadilan yang sempurna.

Semasa remaja, banyak berlaku perubahan dari segi fizikal dan fisiologikal. Perubahan

tersebut secara tidak langsung boleh mempengaruhi personaliti dan tingkah laku. Mereka

menganggap perhubungan dengan rakan sebaya adalah lebih penting daripada ibu bapa. Pada

umumnya pada peringkat ini, remaja melahirkan perasaan ingin bebas dan membentuk

personaliti yang tersendiri. Mereka juga tidak suka dikongkong dan diganggu oleh keluarga atau

orang yang tertentu. Mereka menganggap semua remaja sudah mempunyai kematangan mental

dan emosi. Oleh itu, dalam kehidupan seharian sukar bagi ibu bapa untuk memberi nasihat dan

bimbingan yang sepatutnya kepada anak-anak remaja mereka.

Selain itu, menurut Gardner, Renzulli, Clark dan Sousa (2003) iaitu memiliki ciri

kepimpinan turut dilihat sebagai salah satu domain yang boleh mengenalpasti seseorang kanak-

kanak pintar cerdas. Seorang kanak-kanak dikatakan pintar cerdas dalam domain kepimpinan

sekiranya mereka menonjolkan ciri-ciri kepimpinan seperti berkebolehan merangsang dan

membangkitkan semangat orang lain dalam sesuatu perkara serta mudah berinteraksi dengan

orang lain disamping memiliki kemahiran sosial yang tinggi. Kanak-kanak ini juga mudah

merasa empati terhadap perasaan orang lain seperti berkebolehan mendengar serta merasai apa

yang dirasai oleh seseorang yang menghadapi masalah. Mereka juga berkebolehan memberi

arahan dengan jelas dan mengamalkan kepimpinan yang telus serta bertanggungjawab dalam

mengkoordinasi tugasan dalam beberapa orang individu.

Ahli psikologi itu juga berpendapat bahawa sosial-emosi adalah salah satu domain yang

penting dalam melihat ciri kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini. Kanak-kanak yang

mempunyai kecerdasan dalam sosial emosi adalah kanak-kanak yang didapati sangat

menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan

Page 19: DocumentM4

19

dan adakalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil.

Kanak-kanak ini juga akan sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin

melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau

menangguhkan kerja serta sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja

untuk diri sendiri malah untuk orang lain.

Disamping itu, ibunya juga mengatakan bahawa anaknya itu mempunyai kemahiran

berfikir yang hebat serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua daripadanya.

Kelebihan ini membolehkan beliau menyesuaikan diri dengan mudah bersama golongan orang

yang lebih tua daripadanya. Hal ini jelas dilihat apabila beliau lebih kerap menjadi ketua apabila

berada di dalam kumpulan bagi melakukan tugasan yang telah diberikan baik daripada pensyarah

mahupun guru kelas. Semasa berada di bangku sekolah rendah lagi beliau sering dilantik sebagai

ketua kelas dan apabila berada di sekolah menengah pula beliau telah menjadi ketua pengawas di

sekolahnya itu memandangkan beliau memiliki bakat kepimpinan yang tinggi sehingga

menyebabkan semua guru disekolahnya inginkan beliau menjadi ketua bagi setiap organisasi

atau persatuan yang disertainya di sekolah tersebut.

Tambahan pula dia juga cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Menurut

ibunya, ketika dia masih kecil lagi dia telah mendapat ramai kawan baru memandangkan

pekerjaan bapanya iaitu sebagai seorang anggota tentera yang pasti akan sentiasa berpindah dari

satu negeri ke negeri yang lain. Hal ini jelas kelihatan apabila dia cepat mengenali kawan baru

dan boleh bermain bola sepak bersama-sama dengan mereka dalam satu kumpulan walaupun

ketika itu dia merupakan satu-satunya pemain yang paling muda di dalam kumpulan tersebut dan

dia juga mampu untuk berkawan dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Pada zaman kanak-kanak lagi dia mempunyai ramai kawan kerana dia mudah bergaul

dan mempunyai kemahiran bersosial yang agak tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya

dengannya. Hal ini dapat dilihat apabila dia bukan sahaja bergaul dengan rakan-rakan yang

tinggal berdekatan dengan kawasan rumahnya malah ada yang tinggal agak jauh dari rumahnya.

Tambahan pula, semasa kecil lagi dia mampu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih tua

daripadanya. Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh rakan baiknya yang berkawan dengannya

sejak kecil lagi. Selain itu, walaupun dia mudah bersosial dengan orang lain tapi apabila berada

Page 20: DocumentM4

20

dengan kanak-kanak seusia dengannya dia kurang bersosial disebabkan mereka tidak memiliki

minat atau hobi yang sama dengannya sehingga membuatkan dirinya bosan.

Berdasarkan temubual dan kaedah pemerhatian, saya dapati responden seorang yang

memiliki sifat sensitif dan sangat empati tentang sesuatu perkara. Berdasarkan teori Kazimierz

Dabrowski mengatakan bahawa seorang pintar cerdas itu akan memiliki sifat empati, mudah

merasa empati dan hiba apabila berhadapan dengan sesuatu kejadian yang berlaku ke atas

dirinya. Empati bermaksud kebolehan memahami atau menyelami emosi dan perasaan orang

lain. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menjumpai seekor kucing yang sangat kotor dan

kelaparan ditepi jalan maka beliau akan membawa pulang kucing tersebut ke rumahnya untuk

membersihkan kucing tersebut supaya kelihatan comel. Beliau berasa sangat kesian melihat

kucing tersebut dan sanggup membawa pulang ke rumahnya.

Mungkin sesetengah orang hanya akan bercakap tentang kesian sahaja apabila melihat

kucing itu tetapi beliau sangat empati tentag keadaan kucing tersebut. Disamping itu, beliau juga

mempunyai sifat sensitif yang mendalam iaitu menurut ibunya semenjak kecil lagi beliau akan

mudah terasa hati apabila ibunya marah kepadanya atau kurang memberi perhatian kepadanya

dan dia menganggap ibunya tidak sayang dan tidak mahu mempedulikan dirinya tetapi

sebaliknya ibunya sangat sayang kepadanya dan mungkin ibunya terlalu sibuk untuk

menguruskan adik-adiknya yang lain sehingga kadangkala mengabaikan dirinya.

Semasa kecil juga beliau suka merajuk dan menangis apabila ayahnya tidak membeli

barang permainan yang disukainya dan beliau juga sanggup tidak mahu bercakap dengan

ayahnya selagi barang permainan tersebut tidak dibeli. Melalui temu ramah saya dengan bekas

gurunya, saya dapati bahawa beliau mempunyai potensi ketika berada di dalam kelas tetapi dia

lebih berbakat dalam bidang kesukanan. Beliau juga mementingkan kesempurnaan tentang

sesuatu perkara kerana menurut gurunya beliau tidak akan menghantar sesuatu projek atau

tugasan yang diberikan olehnya selagi tugasan tersebut tidak menepati ciri-ciri atau kehendak

yang beliau inginkan dan kadangkala tugasan yang diberikan tersebut memakan masa yang agak

lama untuk dihantar kepada gurunya.

Selain itu, beliau juga memiliki sifat kesempurnaan atau keyakinan yang terlalu tinggi

terhadap dirinya. Perfektionis secara ringkasnya bermaksud permintaan yang tinggi terhadap

Page 21: DocumentM4

21

hasil kerja dirinya dan juga orang lain dimana ianya sama seperti yang digambarkan oleh

jangkaan diri yang tinggi oleh Freud semasa zaman remaja. Hal ini dapat dilihat dengan tingkah

laku mereka yang selalu memperbetulkan hasil kerja yang sedia ada. Disebabkan jangkaan hasil

yang terlalu tinggi ini, mereka selalu tidak puas hati dengan hasil atau pencapaian mereka

sendiri. Walaupun hasil itu sudah dianggap baik bagi orang lain. Mereka mungkin selalu

bertangguh kerja sehingga ke saat akhir disebabkan belum mendapat idea yang baik lagi pada

pandangan mereka sendiri.

Beliau sering menjangka terlalu tinggi terhadap pencapaiannya dalam sesuatu

peperiksaan atau ujian yang diberikan oleh guru kepadanya bahkan beliau sendiri sangat sukar

atau tidak dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut maka hal ini

akan membawa tekanan kepada dirinya dan kadangkala beliau akan menyalahkan orang lain di

atas kesilapan itu serta beliau juga akan duduk bersendirian di dalam rumah tanpa mahu

bercakap dan berinteraksi mengenai masalah yang beliau hadapi kepada ibu bapanya sendiri,

rakan-rakan dan guru.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

dan berbakat dalam kehidupan seharian mereka. Justeru itu, langkah-langkah atau intervensi

yang berkesan perlulah disediakan oleh semua pihak dalam menangani masalah yang dihadapi

mereka. Walaupun terdapat banyak masalah sosioemosi yang berlaku terhadap mereka bermula

dari peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja tetapi terdapat juga sifat dan sikap yang positif yang

telah ditunjukkan oleh mereka dimana sikap tersebut dapat dijadikan teladan dan ikutan kepada

kanak-kanak normal yang lain contohnya sikap empati tentang sesuatu perkara iaitu dapat

memahami dan menyelami perasaan orang lain serta sikap keadilan yang perlu dipupuk supaya

tidak terdapat masyarakat yang akan dihina dan disisir oleh masyarakat lain.

Page 22: DocumentM4

22

4.0 Intervensi

Terdapat pelbagai cara atau pendekatan yang boleh dilakukan oleh semua pihak termasuklah

guru-guru, ibu bapa mahupun dirinya sendiri dalam mengatasi atau mengurangkan masalah yang

dihadapi oleh responden. Bagi responden saya iaitu Hafiz yang memiliki masalah dari segi sosial

dan emosi yang berlebihan daripada remaja-remaja normal yang lain atau sebaya dengannya dan

dengan itu saya akan memberinya sedikit tips atau cara-cara untuk mengurangkan masalah yang

beliau hadapi bagi meringankan penderitaan beliau. Antara langkah-langkah yang ingin saya

lakukan adalah dengan berjumpanya dan memberi nasihat supaya saya dapat mengenalpasti

dengan lebih terperinci lagi masalah yang dialaminya. Sesi perjumpaan ini saya dapat gunakan

dengan menyusun strategi bagi menangani masalah beliau dan secara tidak langsung dapat

meringankan penderitaan yang dihadapinya oleh beliau apabila masalah itu diluahkan kepada

seseorang yang dirasakan boleh dipercayai.

Salah satunya adalah dengan menggalakkan beliau untuk menyertai persatuan sukarela

atau organisasi yang membuka keahlian kepada semua. Hal ini kerana apabila beliau menjadi

ahli dalam persatuan yang terbuka atau menyumbang sebagai sukarelawan maka beliau boleh

menemui individu yang pelbagai termasuklah individu yang memiliki minat atau hobi yang sama

dengannya. Pelbagai ini bermaksud dari segi umur, profession, personaliti, minat, kelebihan dan

kekurangan. Kepelbagaian ini juga memungkinkan mereka mendapat persahabatan yang

berkekalan dan mempelajari dari orang lain dalam menyeimbangkan kebolehan mereka. Maka

disitulah beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dengan orang lain

disebabkan individu tersebut mempunyai minat yang sama dengannya.

Selain itu, apabila beliau terjumpa dengan orang yang sama taraf dengannya maka beliau

dapat berkongsi maklumat dan hobi yang sama dengan individu tersebut sekaligus mereka

berdua boleh menjadi sahabat yang baik atau lebih dikenali sebagai sure shelter. Antara contoh

aktiviti atau persatuan yang boleh disertainya ialah seperti Program Rakan Muda yang

dianjurkan oleh satu badan sukarela di bawah Kementerian Belia dan Sukan dimana program ini

disediakan khas untuk para remaja atau golongan belia dalam mengisi masa lapang dan sekaligus

dapat mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah atau tidak

sihat. Persatuan ini juga menyediakan pelbagai aktiviti fizikal yang lasak dan menguji ketahanan

Page 23: DocumentM4

23

diri seperti jungle trekking, flying fox dan camping. Memandangkan beliau juga seorang yang

meminati bidang sukan yang berbentuk lasak maka amatlah sesuai jika beliau menyertainya.

Disamping itu, program Rakan Muda ini juga membolehkan beliau untuk membina

kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat luar kerana kebanyakan aktiviti yang sering

dianjurkan adalah menjadi sukarelawan dalam menolong golongan miskin dengan melakukan

kerja amal seperti membersihkan rumah mereka dan secara tidak langsung emosinya seperti

sikap terlalu mementingkan kesempurnaan dan sering bersifat sensitif dapat dikurangkan. Hal ini

kerana situasi yang dialaminya dan dilihat daripada kerja amal tersebut dapat dijadikan

pengajaran kepadanya kerana setiap manusia yang dilahirkan tidak semestinya sempurna dan

mempunyai kelemahan serta kekurangan mengikut keadaan seseorang individu tersebut.

Selain itu, setiap aktiviti yang dianjurkan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan

kecil maka setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang ketua dimana ketua tersebut dilantik

mengikut kebijaksanaannya atau kepandaian dalam memberi serta merancang sesuatu strategi

supaya ianya berjalan dengan lebih baik lagi. Memandangkan sifat kepimpinan yang beliau

miliki sejak dari sekolah lagi maka sifat tersebut dapat beliau gunakan dalam memimpin

kumpulannya apabila beliau menyertai program tersebut dan secara tidak langsung boleh

meningkatkan lagi kemahiran tersebut kerana ianya tidak hanya berlaku dalam kumpulan yang

kecil sahaja tetapi juga melibatkan kumpulan yang besar.

Persatuan Rakan Muda juga merupakan antara salah sebuah persatuan sukarelawan yang

amat terkenal dinegara ini kerana persatuan tersebut aktif dalam melahirkan generasi yang

berguna serta berminda kelas pertama melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Bakat kinestatik

iaitu aktif dalam bidang sukan olahraga dapat digilapkan lagi apabila beliau memasuki persatuan

rakan muda tersebut kerana program tersebut menyediakan ramai pelatih-pelatih yang

berkemahiran dalam melatih remaja-remaja yang mempunyai minat yang mendalam dalam

aktiviti yang berbentuk kesukanan. Kebanyakan remaja yang dilatih oleh pelatih-pelatih tersebut

berjaya dalam bidang tersebut sehingga terkenal di luar negara dan mereka ini juga dapat

memasuki sukan-sukan yang dianjurkan oleh negara luar. Jika beliau mengikut cadangan saya

iaitu untuk memasuki program ini semasa cuti semester pengajiannya bermula atau

meneruskannya maka segala bakat yang beliau miliki tidak akan terkubur begitu sahaja.

Page 24: DocumentM4

24

Selain itu, saya juga akan membantu responden saya dalam menangani masalah

sosioemosinya dengan memberinya kaunseling dalaman iaitu saya akan mencari seorang

kaunselor yang terkemuka atau berpengalaman dalam sesi kaunseling dimana terdapat pelbagai

program yang terkandung dalam sesi kaunseling tersebut. Saya berpendapat bahawa, beliau amat

memerlukan sokongan kaunseling dimana melalui kaunseling tersebut beliau dapat membina

motivasi dalaman yang lebih ke arah positif. Melalui sesi kaunseling ini juga beliau dapat

meluahkan perasaan mengenai apa yang beliau rasakan. Oleh yang demikian, perkhidmatan

kaunseling diperlukan dengan harapan dapat memenuhi keperluannya seperti refleksi kendiri,

interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa, pengurusan tekanan dan pengawalan kendiri

(Moon, Kelly & Feldhusen 1999, Johnsen 2001).

Melalui sesi kaunseling tersebut, kaunselor akan menggunakan kreativiti iaitu terapi seni

dalam menangani masalah sosiemosinya. Pertama sekali, kaunselor akan memilih dan

mengenalpasti teori atau model dalam terapi seni yang bersesuaian untuk membantu beliau yang

berhadapan dengan masalah penyesuaian sosioemosi. Terapi seni juga dapat dilakukan sebagai

suatu teknik yang boleh digunakan sama ada dalam sesi kaunseling individu atau kaunseling

kelompok (McEacher, 2001). Seni visual seperti melukis, melakar, mewarna dan membentuk

dilihat sebagai suatu strategi kreatif yang berupaya membantunya dalam meluahkan fikiran, idea

dan perasaan yang terpendam di dalam dirinya itu. Bidang kaunseling dan psikoterapi dilihat

sebagai salah satu pendekatan yang berkesan dalam mendekati dan memahami mereka (Samuel

& Desbie, 2003).

Selain itu, menurut Orton (1996) menyatakan bahawa seni merupakan medium yang

boleh diaplikasikan kepada sifat kreatif manusia yang menyediakan jalan keluar untuk perluahan

diri terutama kepada individu yang menghadapi masalah penyesuaian sosiemosi. Memandangkan

beliau seorang yang sensitif dengan apa yang berlaku dipersekitaran maka perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling secara professional amat diperlukan. Melalui sesi kaunseling ini juga

beliau akan dilatih berdasarkan penggunaan Teori Kepintaran Emosi oleh Goleman (1995).

Dalam sesi kaunseling itu juga, kaunselor akan menggunakan Teori Perkembangan Psikososial

Erik Erikson dalam memahami masalah penyesuaian sosioemosi beliau serta akan membantu

beliau membina hubungan dan interaksi sosial dengan masyarakat persekitarannya.

Page 25: DocumentM4

25

Teori ini juga akan difahami oleh kaunselor kerana melalui teori ini kaunselor akan

mendapat gambaran krisis yang tidak dapat dielakkan berlaku dalam diri mereka di sepanjang

proses kehidupan yang dilaluinya sehingga ke peringkat dewasa. (Geldard dan Geldard, 2008).

Teori ini memberi penekanan kepada kemunculan diri, pencarian identiti diri dan hubungan

dengan individu lain dalam kajian yang melihat permasalahan manusia menghadapi konflik

dalam setiap tahap perkembangan yang dilalui dan setiap perkembangan tersebut mempunyai

emosi positif dan negatif. Dalam teori ini juga, Erikson telah memperkenalkan lapan tahap

perkembangan psikososial di mana tahap-tahap ini bermula dari masa bayi dilahirkan, kemudian

melalui zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah ke zaman tua.

Masalah sosioemosi yang dihadapi oleh beliau seperti mementingkan kesempurnaan,

mudah terangsang, sensitiviti, mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap keadilan,

mementingkan minat atau hobi yang sama dan bersifat empati menyebabkan beliau sukar untuk

berinteraksi dengan rakan sebayanya (Yoo & Moon, 2006) maka beliau memerlukan sesi

kaunseling untuk mengurangkan sifat negatif yang dihadapinya itu dimana aktiviti yang akan

dijalankan dalam sesi kaunseling tersebut akan bersifat lebih ke arah membentuk serta membina

hubungan di antara rakan sebayanya dan orang lain. Hal ini disebabkan kebanyakan remaja

pintar cerdas dan berbakat berkecenderungan menjadi lebih matang dari usia sebenar dan

menghadapi lebih sedikit masalah berkaitan emosional berbanding remaja biasa.

Disamping itu, kaunseling keluarga juga akan diberikan kepada ahli keluarganya dimana

kaunselor akan memberi nasihat terutamanya ibu bapa beliau iaitu mengenai masalah sosiemosi

yang dihadapi oleh anaknya dan pelbagai strategi yang akan dirancang untuk dilakukan oleh ibu

bapanya semasa berada di rumah bagi mengurangkan masalah tersebut. Hal ini juga dapat

menolong ibu bapa beliau dalam memahami ciri-ciri personaliti remaja pintar cerdas dan

berbakat memandangkan kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui atau mempunyai ilmu dalam

mendidik anak-anak sebegini. Antara strategi tersebut ialah memberi perhatian yang sewajarnya

dan memahami minat yang disukainya serta sentiasa membina kemahiran berinteraksi antara ahli

keluarga dan masyarakat yang berada disekitar tersebut.

Page 26: DocumentM4

26

5.0 Rumusan Kajian

Daripada penilaian dan kajian yang saya telah lakukan ke atas responden saya iaitu Hafiz, saya

dapati beliau mempunyai masalah sosioemosi yang lebih bersifat negatif berbanding sifat positif

yang ada di dalam dirinya itu. Saya telah mengkaji beliau daripada perkembangan fizikal, sosial

dan emosi bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja. Tujuan kajian ini dijalankan

adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh beliau dan seterusnya saya

akan merancang beberapa strategi atau langkah-langkah yang diperlukan bagi mengurangkan

penderitaan yang dihadapi olehnya. Terdapat pelbagai kaedah yang dijalankan semasa kajian ini

dilakukan antaranya ialah melalui pemerhatian, temu bual dan penilaian supaya saya dapat

memperoleh informasi yang lebih tepat dan spesifik mengenai masalah yang dihadapinya itu.

Menurut ibunya, tahap perkembangan fizikalnya iaitu bermula daripada bayi sehingga

remaja adalah kelihatan normal sama seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya tetapi

pertumbuhan badan dan pergerakan otot-ototnya iaitu boleh berjalan dengan sendiri semasa bayi

adalah mempunyai perkembangan yang begitu cepat berbanding kanak-kanak normal yang lain.

Namun beliau mempunyai masalah dari segi perkembangan sosioemosi iaitu termasuklah

bersikap terlalu sensitif, mementingkan kesempurnaan, empati dan dalam hal yang melibatkan

perhubungan beliau akan mencari sahabat yang sama hobi dan minat dengannya. Jika hal ini

tidak ditangani dengan lebih awal lagi maka beliau akan menjadi seorang yang sukar untuk

berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain.

Justeru itu, setelah saya mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh responden

kajian kes saya maka intervensi yang berkesan telah saya sediakan iaitu adalah melalui

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, merancang pelbagai program yang dapat membantu

remaja pintar cerdas dan berbakat tersebut dalam menghadapi masalah sosioemosi. Saya juga

berharap segala intervensi yang telah saya berikan kepadanya dapat mengurangkan masalah yang

dihadapinya dan sekaligus dapat mengembangkan bakat yang dimiliki olehnya jika beliau dapat

mengawal sifat-sifat negatif tersebut. Ibu bapa juga perlulah memainkan peranan penting dalam

mendidik anak-anak pintar cerdas dan berbakat memandangkan mereka memiliki sifat yang

berbeza berbanding kanak-kanak yang lain serta memerlukan perhatian yang secukupnya.

Page 27: DocumentM4

27

6.0 Penutup

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas

berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan

dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan

membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan

dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala

persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian

nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza

dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak,

remaja, dewasa dan seterusnya.

Kesimpulannya, secara holistik, kestabilan personaliti, emosi, kognitif dan tingkah laku

pelajar pintar cerdas adalah penting bagi menjamin keseimbangan sesuatu program pendidikan

yang dirangka untuk mereka. Oleh itu, perancangan untuk mewujudkan satu prosedur sokongan

psikologi dan sosial yang sistematik merupakan satu keperluan yang amat kritikal untuk

disediakan pada setiap fasa pelaksanaan. Pelajar ini perlu dibimbing dalam segala aspek

berkaitan dalam hidup mereka agar dapat mengimbangi tahap kepintaran atau kecerdasan

intelektual mereka supaya dilengkapi dengan kestabilan mental dan emosi serta tidak menyalahi

norma-norma sosial masyarakat umum.

Pelajar pintar cerdas adalah sekolompok individu yang bukan sahaja berfikir secara

berbeza tetapi juga memiliki perasaan berbeza jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka.

Sehubungan itu, mereka terdedah kepada pelbagai isu sosio-emosi dalam kehidupan. Antara isu

sosio-emosi itu ialah perasaan sensitif dan rasa keterasingan melampau, tahap daya saing dan

kesempurnaan yang tinggi, kesukaran berinteraksi dalam membina perhubungan dengan ahli

keluarga dan rakan sebaya, pemilikan konsep kendiri serta kemahiran sosial yang rendah.

Hakikat ini secara tidak langsung berpotensi memberikan tekanan kepada kehidupan seharian

mereka. Anggapan bahawa pelajar sebegini tidak menghadapi masalah dalam semua perkara

hanyalah mitos sahaja.

Page 28: DocumentM4

28

Hal ini bermaksud sebagai manusia biasa, mereka juga mengalami pasang surut dari

pelbagai aspek dalam kehidupan. Secara fitrahnya, mereka turut memerlukan pelbagai jenis

sokongan bagi membantu mereka menjalani kehidupan secara normal. Sekiranya tekanan yang

mereka alami itu mampu ditangani dengan baik, pelajar pintar cerdas ini akan berupaya

menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial kehidupan dan seterusnya menjalani kehidupan

mereka dengan harmoni dan selesa. Bagaimanapun, jika mereka gagal maka berkemungkinan

kelebihan tersebut akan disia-siakan iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang negatif

contohnya penglibatan dalam gejala kurang sihat sebagai reaksi kepada pemberontakan emosi

yang mereka alami.

Justeru itu, dalam sesebuah organisasi atau institusi pendidikan yang terlibat secara

langsung dalam menguruskan program untuk pelajar pintar cerdas, keperluan menyediakan

elemen sokongan emosi dan sosial yang baik adalah sangat tinggi bagi memastikan usaha

melahirkan generasi pelajar pintar cerdas yang seimbang dalam aspek intelek, emosi dan sahsiah

mampu dicapai sebaik mungkin. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah

diperlukan bagi membantu mereka dalam menghadapi masalah tersebut kerana secara

lahiriahnya masalah itu adalah bersifat semulajadi disebabkan kelebihan yang telah mereka

miliki dan kesannya mereka terpaksa mengawal emosi tersebut daripada terus berlaku sehingga

memudaratkan diri mereka sendiri.

Page 29: DocumentM4

29

Rujukan

Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crow, L.D. Crow, A (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Gardner Heward (1983), Frames of Mind- The Theory of Multiple Intelligence. New York :

Basic Books.

Lotta C. Corissa & Kruger A. Erica. (2008). Counseling the gifted and talented. Dlm. Hardin L.K

Coleman & Christine Yeh. (pyt). Handbook of school counseling, 531-561.

Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa

dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

McDougall, W. (1928). Emotion and feeling distinguished. Dalam Strongman, K. T. (1973). The

Psychology of emotion. Great Britain : The Garden City Press Ltd.

Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan Publications

& Distributions Sdn. Bhd.

Moon M. Sidney, Kelly R. Kevin & Feldhusen F. John. (1997). Specialized Counseling Services

for Gifted Youth and Their Families : A Needs Assessment. Gifted Child Quarterly

41(1).

Ng. Senfa & Sandiyao Sebestian (2005). Masalah Sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas.

Masalah Pendidikan.

Shaffer, D.R. (1996). Developmental Psychology : Childhood and adolescence (4th

ed). Cole :

Brooks.

Sousa, D. A. 2003. How the gifted brain learns. Corwin Press Inc : USA.

Yoo Eun Jin & Moon M. Sidney. (2006). Counseling needsof gifted students : an analysis of

intake forms at a university – based counseling center. Gifted Child Quartely. 50 (1) : 52-

61.

Page 30: DocumentM4

30

LAMPIRAN

Page 31: DocumentM4

31

Student Observation

Fine Motor Development

Student’s Name : _________________________________________________

To the teacher : Use this form several times throughout the year. On the line beside the

appropriate item, write the date on which you assessed the child’s level of development.

_______ Follows top-to-bottom progression.

_______ Follows left-to-right progression.

_______ Folds paper into halves.

_______ Folds paper into quarters.

_______ Folds paper into diagonals.

_______ Uses crayon or pencil with control within a defined area.

_______ Controls brush and paint.

_______ Uses scissors with control to cut a straight line.

_______ Uses scissors with control to cut a curved line.

_______ Connects a dotted outline to make a shape.

_______ Pastes using one finger.

_______ Holds a pencil correctly.

_______ Works a previously unseen puzzle of ten or more pieces.

_______ In drawing a person, includes a major body part and features.

_______ Traces objects.

_______ Copies a pattern from board to paper.

Page 32: DocumentM4

32

_______ Writes basic strokes.

Social and Emotional Development

Student’s Name : _____________________________________________________

To the teacher : Use this form several times throughout the year. On the line beside the

appropriate item, write the date on which you assessed the child’s level of development.

Sensitivity

Takes action to help someone in need :

_______ N: Is not aware of others’ needs.

_______ D: Sees others’ needs but is not sure what to do.

_______ A: Sees others’ needs and attempts to respond.

_______ O: Sensitive to others’ needs and responds with appropriate action.

Shows nonverbal awareness of others’ needs :

_______ N: Is not aware of others’ needs.

_______ D: Sees others’ needs but is not sure what to do.

_______ A: Sees others’ needs and attempts to respond.

_______ O: Sensitive to others’ needs and responds with appropriate action.

Key To Letter Symbols

N : Not yet evidenced A : Age-appropriate

D : Developing O : Outstanding

Page 33: DocumentM4

33

Shows sensitivity in these ways :

_______ Uses emphatic statements.

_______ Has a sense of justice.

_______ Has high expectations of self.

_______ Has high expectations of others.

Page 34: DocumentM4

34

CONTOH SENARAI SEMAK UNTUK RESPONDEN

Interpersonal Communication Skills Inventory

Purpose

This Interpersonal Communication Skills Inventory is designed to provide individuals with some

insights into their communication strengths and potential areas for development. By answering

each question candidly, an individual will receive a profile that displays their level of

competence in four key communication areas. This inventory is intended to be viewed only by

the individual who completes it.

How to Complete the Inventory

To complete this inventory, read each statement carefully and honestly assess how often the

particular statement applies to you. For instance, in Section I - question number 1, if you

sometimes find it difficult to talk to other people, you would place a check mark in the

"Sometimes" column for question number 1. And for question 2, if others often tend to finish

sentences for you when you are trying to explain something; you would check the "Usually"

column and so on until you have completed all questions in all four sections of the inventory.

Page 35: DocumentM4

35

SECTION I

USUALLY SOMETIMES SELDOM

1. Is it difficult for you to talk to other

people?

/

2. When you are trying to explain something,

do others tend to put words in

your mouth, or finish your sentences

for you?

/

3. In conversation, do your words usually

come out the way you would like?

/

4. Do you find it difficult to express your

ideas when they differ from the ideas of

people around you?

/

5. Do you assume that the other person

knows what you are trying to say, and

leave it to him/her to ask you

questions?

/

6. Do others seem interested and attentive

when you are talking to them?

/

7. When speaking, is it easy for you to

recognize how others are reacting to

what you are saying?

/

8. Do you ask the other person to tell you

how she/he feels about the point you

are trying to make?

/

9. Are you aware of how your tone of

voice may affect others?

/

10. In conversation, do you look to talk

about things of interest to both you and

the other person?

/

SCORE: SECTION I TOTAL: 24

Page 36: DocumentM4

36

SECTION II

USUALLY SOMETIMES SELDOM

11. In conversation, do you tend to do

more talking than the other person

does?

/

12. In conversation, do you ask the other

person questions when you don’t

understand what they’ve said?

/

13. In conversation, do you often try to

figure out what the other person is

going to say before they’ve finished

talking?

/

14. Do you find yourself not paying

attention while in conversation with

others?

/

15. In conversation, can you easily tell

the difference between what the

person is saying and how he/she may

be feeling?

/

16. After the other person is done

speaking, do you clarify what you

heard them say before you offer a

response?

/

17. In conversation, do you tend to finish

sentences or supply words for the

other person?

/

18. In conversation, do you find yourself

paying most attention to facts and

details, and frequently missing the

emotional tone of the speakers’

voice?

/

19. In conversation, do you let the other

person finish talking before reacting

to what she/he says?

/

20. Is it difficult for you to see things

from the other person’s point of

view?

/

SCORE: SECTION II TOTAL : 26

Page 37: DocumentM4

37

SECTION III

USUALLY SOMETIMES SELDOM

21. Is it difficult to hear or accept

constructive criticism from the

other person?

/

22. Do you refrain from saying something

that you think will upset

someone or make matters worse?

/

23. When someone hurts your feelings,

do you discuss this with him/her?

/

24. In conversation, do you try to put

yourself in the other person’s

shoes?

/

25. Do you become uneasy when

someone pays you a compliment?

/

26. Do you find it difficult to disagree

with others because you are afraid

they will get angry?

/

27. Do you find it difficult to

compliment or praise others?

/

28. Do others remark that you always

seem to think you are right?

/

29. Do you find that others seem to get

defensive when you disagree with

their point of view?

/

30. Do you help others to understand

you by saying how you feel?

/

SCORE: SECTION III TOTAL: 23

Page 38: DocumentM4

38

SECTION IV

USUALLY SOMETIMES SELDOM

31. Do you have a tendency to change the

subject when the other person’s feelings

enter into the discussion?

/

32. Does it upset you a great deal when

someone disagrees with you?

/

33. Do you find it difficult to think clearly

when you are angry with someone?

/

34. When a problem arises between you and

another person, can you discuss it

without getting angry?

/

35. Are you satisfied with the way you

handle differences with others?

/

36. Do you sulk for a long time when

someone upsets you?

/

37. Do you apologize to someone whose

feelings you may have hurt?

/

38. Do you admit that you’re wrong when

you know that you are/were wrong about

something?

/

39. Do you avoid or change the topic if

someone is expressing his or her feelings

in a conversation?

/

40. When someone becomes upset, do you

find it difficult to continue the

conversation?

/

SCORE: SECTION IV TOTAL: 15

Page 39: DocumentM4

39

Interpersonal Communication Inventory Scoring Key Instructions: Go back and look over your responses to each question. In front of each question,

write the appropriate score using the table below.

For example, if you answered “Seldom” to Question 1, you would get 3 points. Write the

number 3 in front of Question 1 on the inventory. Proceed to score all other questions.

Each section contains 10 questions. After scoring all questions, go back to Section 1. Total the

score of Section 1 and put that number on the line “Score Section 1 Total.” Proceed to total all

scores for all other sections.

Enter your score here: ________

SCORING KEY

Question Usually Sometimes Seldom Question Usually Sometimes Seldom

1 0 1 3 21 0 1 3

2 0 1 3 22 3 1 0

3 3 1 0 23 3 1 0

4 0 1 3 24 3 1 0

5 0 1 3 25 0 1 3

6 3 1 0 26 0 1 3

7 3 1 0 27 0 1 3

8 3 1 0 28 0 1 3

9 3 1 0 29 0 1 3

10 3 1 0 30 3 1 0

11 0 1 3 31 0 1 3

12 3 1 0 32 0 1 3

13 0 1 3 33 0 1 3

14 0 1 3 34 3 1 0

15 3 1 0 35 3 1 0

16 3 1 0 36 0 1 3

17 0 1 3 37 3 1 0

18 0 1 3 38 3 1 0

19 3 1 0 39 0 1 3

20 0 1 3 40 0 1 3

Page 40: DocumentM4

40

Interpersonal Communication Profile Interpretation: Look at your score for each section as one indication of the degree to which you

effectively communicate. Plot your scores on the table below using an “X” for each section

score.

Draw a line to connect them column to column. This will create a profile of your strengths and

opportunities for improvement.

Scores in the 1 > 15 range indicate areas of your communication skills that need improvement.

Scores in the 16 > 21 range indicate areas of communication skills that need more consistent

attention.

Scores in the 22 > 30 range indicate areas of strength or potential strength.

Area (s) of Strength: SECTION 1, SECTION II AND SECTION III

Area (s) of Improvement: SECTION IV

Score Section I Total

Sending Clear Messages

Score Section II Total

Listening

Score Section III Total

Giving and Getting

Feedback

Score Section IV Total

Handling Emotional

Interactions

30 30 30 30

29 29 29 29

28 28 28 28

27 27 27 27

26 X 26 26 26

25 25 25 25

X24 24 24 24

23 23 X23 23

22 22 22 22

21 21 21 21

20 20 20 20

19 19 19 19

18 18 18 18

17 17 17 17

16 16 16 16

15 15 15 X 15

14 14 14 14

13 13 13 13

12 12 12 12

11 11 11 11

10 10 10 10

9 9 9 9

8 8 8 8

7 7 7 7

6 6 6 6

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1