luke dan sam

31
AKU JUGA INGINKAN DIA, TAPI BUKAN SEPERTI ORANG LAIN... (PART_1) Luke melihat dia lagi, kali ini di perhentian bas. Luke senyum, dia cuba membalasnya. Dia itu seorang gadis, Samantha namanya. Masih single dan tidak pernah lebih dari single. Dan lelaki itu bernama Luke, rakan pembelajaran Samantha sejak sekolah rendah lagi. Pernah menaruh harapan pada Samantha. Cuma tidak pernah berani meluahkannya. Dah tentu kerana Luke tiada keyakinan. Lagi-lagi apabila Samantha itu gadis paling cantik, indah di sekolah rendahnya, sekolah menengahnya juga kolej matrikulasinya. Dan Luke, hanya seorang lelaki klise didalam filem-filem. Tidak punya apa-apa. Hanya dihighlightkan untuk menjadi hero, barulah Luke muncul di cerita ini. Luke pasrah. Sampai mati pun dia mungkin tidak akan dapat cinta Samantha. Tapi semua orang tahu. Ini baru permulaan cerita. Dan ada satu lagi rahsia kehidupan Samantha yang hanya Luke dan Samantha tahu. Luke tahu kerana Luke rakan Samantha. Ya.. Rakan pemerhati. Sehingga Samantha sendiri tidak tahu yang Luke tahu akan rahsia hidupnya itu. Dan selepas ayat ini, semua orang akan tahu. Samantha hanya pernah bercinta sekali sahaja iaitu pada tahun tingkatan tiganya bersama mamat tingkatan lima. Dan hanya beberapa bulan, mereka bertukar kembali status dan sehinggalah hari ini. Sesiapa saja termasuklah lelaki bermuka Robert Pattinson, Fernando Torres mahupun ahli-ahli Super Junior yang melamarnya, dia tetap menolaknya dengan senyuman. Kerana itulah dia dilabel sebagai gadis impian umat manusia. Sedangkan dia hanya seorang gadis kebanyakan. Inginkan ikhlas. Di perhentian bas itu, pada ketika 11.40 pagi, sebelum kelas 12 tengahhari. Luke mendekati Samantha yang berada disitu. Luke menyapanya. Luke : Kenapa bersedih? Samantha : Tidak. Aku tidak bersedih. Luke : Ooo.. tapi kenapa menangis? Samantha : (mengesat air mata). Tidak. Aku tidak menangis Luke : Mm... Jadi, kenapa tidak senyum? Samantha : Aku dilamar lagi. Kali ke-72 dalam hidupku dan aku menolak lagi kali ke-71.

Upload: syamimhazeem

Post on 15-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cerita seronok2..

TRANSCRIPT

AKU JUGA INGINKAN DIA, TAPI BUKAN SEPERTI ORANG LAIN... (PART_1)

Luke melihat dia lagi, kali ini di perhentian bas. Luke senyum, dia cuba membalasnya. Dia itu seorang gadis, Samantha namanya. Masih single dan tidak pernah lebih dari single.

Dan lelaki itu bernama Luke, rakan pembelajaran Samantha sejak sekolah rendah lagi. Pernah menaruh harapan pada Samantha. Cuma tidak pernah berani meluahkannya. Dah tentu kerana Luke tiada keyakinan. Lagi-lagi apabila Samantha itu gadis paling cantik, indah di sekolah rendahnya, sekolah menengahnya juga kolej matrikulasinya.

Dan Luke, hanya seorang lelaki klise didalam filem-filem. Tidak punya apa-apa. Hanya dihighlightkan untuk menjadi hero, barulah Luke muncul di cerita ini. Luke pasrah. Sampai mati pun dia mungkin tidak akan dapat cinta Samantha. Tapi semua orang tahu. Ini baru permulaan cerita.

Dan ada satu lagi rahsia kehidupan Samantha yang hanya Luke dan Samantha tahu. Luke tahu kerana Luke rakan Samantha. Ya.. Rakan pemerhati. Sehingga Samantha sendiri tidak tahu yang Luke tahu akan rahsia hidupnya itu. Dan selepas ayat ini, semua orang akan tahu.

Samantha hanya pernah bercinta sekali sahaja iaitu pada tahun tingkatan tiganya bersama mamat tingkatan lima. Dan hanya beberapa bulan, mereka bertukar kembali status dan sehinggalah hari ini. Sesiapa saja termasuklah lelaki bermuka Robert Pattinson, Fernando Torres mahupun ahli-ahli Super Junior yang melamarnya, dia tetap menolaknya dengan senyuman.Kerana itulah dia dilabel sebagai gadis impian umat manusia. Sedangkan dia hanya seorang gadis kebanyakan. Inginkan ikhlas.

Di perhentian bas itu, pada ketika 11.40 pagi, sebelum kelas 12 tengahhari. Luke mendekati Samantha yang berada disitu. Luke menyapanya.

Luke : Kenapa bersedih?Samantha : Tidak. Aku tidak bersedih.Luke : Ooo.. tapi kenapa menangis?Samantha : (mengesat air mata). Tidak. Aku tidak menangisLuke : Mm... Jadi, kenapa tidak senyum?Samantha : Aku dilamar lagi. Kali ke-72 dalam hidupku dan aku menolak lagi kali ke-71.Luke : Kenapa? (terkejut dengan angka yang diucapkan Samantha)Samantha : Mereka tidak faham.Luke : Ya. Kamu ingin menghabiskan pelajaran dahulu baru menjalinkan hubungan cinta bukan?Samantha: Tidak, aku inginkan cinta tapi bukan dengan mereka.

Luke terkedu. Siapa yang diingini oleh Samantha. Lagipun Samantha telah menyebut perkataan 'tidak'sebanyak 4 kali dalam perbualan singkat itu.

Luke : Jadi, dengan siapa yang layak menyintai kamu?Samantha : Dengan hati mereka, bukan dengan jasad mereka.Luke : Tidak faham. (Kali ini Luke pula menyebut perkataan 'tidak').Samantha : Mereka menjadikan aku sebagai trofi. Bangga dengan trofi itu jika mendapatnya. Aku bukan begitu dan tak mahu jadi begitu.Luke : Oh.. begitu. Biarlah. Masih belum bertemu rezeki kamu. Senyumlah. Aku suka melihat kamu senyum walaupun sudah 13 tahun aku melihatnya berbanding kamu bermasam muka walaupun baru hari ini aku melihatnya.

Samantha masih bermasam muka. Tidak endah dengan pujukan Luke.

Luke : Senyumlah. Seperti mana kamu senyum ketika aku memberikan bunga semasa kamu menyanyi lagu "Power of Flower" di majlis jamuan akhir tahun tingkatan 4 dulu, ketika kamu gembira memainkan watak Snow White ketika darjah 6. Juga ketika kita sekelas berperang tepung ketika tingkatan 5. Aku mahukan senyuman itu.

Luke berjaya. Samantha mengukir senyuman.

Samantha : Lusa malam ada parti homecoming bukan? Sudah ada pasangan?Luke : Sudah. Emily, budak kelas aku.Samantha : Oh.. samalah. Kite jumpa kat sana, Ok?

Luke mengangguk. Dan Samantha berjalan pergi dari perhentian bas itu. Sementara Luke terus menunggu bas. Masih tidak faham apa tujuan Samantha duduk di perhentian bas itu tadi.

####################################################################################

AKU JUGA INGINKAN DIA, TAPI BUKAN SEPERTI ORANG LAIN... (PART_2)

Malam itu, Samantha berseorangan di perkarangan kolej, diluar dewan. Menunggu seseorang yang dia tidak tahu siapa. Kemudian hadir seorang pria, 'man in suit', cuba mempelawanya untuk menjadi pasangannya untuk malam itu. Samantha menerimanya, kerana katanya pada Luke, dia akan punya pasangan malam itu. Walhal keadaan sebenarnya adalah Samantha menang tiada pasangan.

Nama pria itu Zach. Sekelas dengan Samantha. Tiada sebab untuk Samantha menolak kerana pria itu rakan sekelas, sekuliah malah pernah satu kumpulan perbincangan semasa MUET. Zach, pria yang popular kerana kelurusannya, kebijakannya, ke'nerd'annya dan ketidaksosialnya. Untuk dia hadir ke parti itu sahaja membuatkan Samantha pelik. Tapi persetankan semua alasan. Yang penting dirinya punya pasangan malam itu.

Parti sudah bermula. Hingar-bingar mula menusuk telinga. MC mula menguasai majlis. Tapi Luke masih belum kelihatan. Samantha bungkam, kecewa juga. Kelihatan mata-mata liar sedang mengejarnya, mungkin kerana popularitinya tapi sebenarnya kerana dia bersama lelaki baru. Duga mereka teman istimewanya. Agak mengejutkan kerana semua tahu, Samantha; seorang gadis indah yang akan menolak sesiapa sahaja lelaki yang ingin masuk kedalam hatinya hadir dengan pasangan.

2,3 tapak kehadapan, ternampak Emily, melambai dan pergi kearahnya. Senyum dan bertanya,

Luke mane?

Emily balas senyuman. Tiada disini, tidak mahu pergi katanya.

Samantha bungkam lagi sekali dan kali ini lebih kecewa.

Malam itu, Samantha mendapat layanan istimewa, diberi penghormatan untuk memberikan persembahan langsung secara tiba-tiba. Dia turutinya, itu satu-satunya kehendak para pencintanya yang diturutinya. Diatas pentas kini, Samantha memegang mikrofon. Satu alunan lagu dilontarkan. Ia memang indah, testimoni setiap hadirin disitu.

Tapi senyumannya, kata-katanya, pergerakkannya malam itu kelihatan palsu.

Terserlah. Luke yang berada di sudut alat-alatan audio menyedarinya sambil mengeluh, kesal mungkin. Rasa bersalah juga, mungkin.

Lagu malam itu lagu 'Power of Flower', nyanyian asal Itou Shizouka. Kegemaran Luke. Baju malam itu berwarna biru. Juga warna kegemaran Luke. Dan baju itu adalah baju gaun biru ketika malam pesta remaja gembira tingkatan 4 lalu. Juga diakui kegemaran Luke.

Dan hati Samantha malam itu berwarna kelabu, kusam dalam duka. Meninggalkan parti tanpa kata-kata. Dan itu, bukanlah kegemaran Luke.

####################################################################################

AKU JUGA INGINKAN DIA, TAPI BUKAN SEPERTI ORANG LAIN... (PART_3)

"Luke, ko tak rasa apa-apa ke?" Timothy bertanya.

"Aku rasa nak demam hari ni. Semalam terlalu penat mungkin." Luke jawab sambil memasukkan bekas pensel ke dalam beg. Bersedia untuk pergi ke kuliah.

"Ooo.. tak nak ponteng kuliah ke?" Timothy soal.

"Tak nak." Jawab Luke pendek.

"Sam pun datang kuliah hari ni." Timothy cuba menuju ke point utama dengan menyebut perihal Samantha.

"Jadi, apa masalahnya?" Luke jawab selamba sambil tangannya terus mencari tali leher hitam yang dia tidak ingat dimana letaknya.

"Luke... Malam tadi ko hilang, tinggalkan Sam keseorangan, menyanyi seorang. Hatinya kosong malam tadi." Akhirnya Timothy malas ingin bermadah lagi. Terus menuju ke point utama.

"Aku ada, cuma dia je yang tak tahu. Kau pun tahu aku ada kat party tu kan. Lagipun malam tadi dia ada pasangan kan. Siapa namanya?.. Zach.. ya.. Zach. Budak kelas 1F04 tu." Luke menjawab, penuh cool.

"Luke.. Aku tahu ko masih sukakan Sam. Ko pun pernah cakap ini kat aku dulu. 'Sam, gadis yang akan aku cinta walau bagaimanapun.' Jadi apa makna malam tadi tu Luke?" Timothy cuba memulakan topik berat di pagi hari itu.

Luke memandang Timothy dengan muka tidak berminat, kemudian senyum dihujung bibir dan mengambil beg lalu keluar tanpa memakai tali leher. Tali leher itu berada di kepala katil, tempatnya seperti biasa. Cuma kali ini Luke tidak nampak, tidak seperti biasa. Tim masih didalam bilik Luke, kemudian dihalau oleh Shawn, roomate Luke yang ingin mengunci pintu kerana ingin ke kelas.

'Sam, gadis yang akan aku cinta walau bagaimanapun.'

Ayat itu masih terngiang dibenak pemikiran Timothy. Ayat yang disebut pada Timothy sejurus selepas persembahan 'Power of Flower' Samantha pada malam pesta remaja gembira dua tahun lalu.

Ini kuliah En.Raheem, lecturer fizik kumpulan kuliah 1F. Dan kini Luke dan Samantha duduk bersebelahan. Samantha yang duduk disebelah Luke sebenarnya kerana Samantha lewat datang dan hanya sebelah Luke sahaja yang kosong di bahagian belakang dewan kuliah tersebur. Untuk duduk di bahagian hadapan ketika lewat masuk kuliah adalah menempah malu namanya.

Telah ditakdirkan, memang kuliah En.Raheem antara yang terbosan pernah wujud di muka bumi ini sehingga pernah 3/4 jumlah kehadiran tidak hadir. Termasuk Luke dan Samantha. Tapi hari ini, keduanya fokus dan terus menyalin nota tentang stereocopic eye and lens yang diterang dengan nada mahu tak mahu oleh En.Raheem. Pada masa yang sama, Zach yang tidak pernah menghilangkan fokus pada En.Raheem, hari ini sering membiaskan pandangan pada Samantha. Sam's power of attraction. Sukar untuk dibendung. Dan sukar juga untuk didekati. Itu istimewa namanya.

Setelah habis kuliah, keduanya mengemas dan terus keluar dari dewan kuliah dan menuju ke kawan sekelas masing-masing. Keduanya bergerak dalam frekuensi yang sama. Frekuensi sama ini tidak bagus. Ia boleh menghasilkan resonans yang boleh meruntuhkan sebuah jambatan. Ia juga menyebabkan Luke dan Samantha bertentang mata dalam jarak 10 meter hasil tolehan kebelakang pertama mereka.

Dari mata, masing-masing menghantar mesej tersendiri. Mesej yang impaknya terus ke hati. Bukan luahan, bukan juga curhat. Tapi satu pesanan. Pesanan kepada hati masing-masing. Pesanan tentang persahabatan. Pesanan tentang perasaan. Pesanan tentang hala tuju mereka akan datang. Semuanya dihantar melalui gelombang frekuensi yang bertindihan dalam masa 3.91 saat. Message is delivered.

##################################################################################

AKU JUGA INGINKAN DIA, TAPI BUKAN SEPERTI ORANG LAIN... PART 4 Petang itu hujan lebat. Usai kelas yang bertimbun pada hari itu, Sam melangkah menuju ke tempat tunggu bas. Tempat yang sama Luke bertemu dengannya pada Part 1 tempoh hari.

Tetapi keadaannya berbeza. Luke sudah ada ditempat tunggu bas itu. Dan Sam melangkah lebih laju dengan payung yang berada ditangan menuju kearah Luke. Kemudian dia melabuhkan punggungnya berdekatan dengan Luke. Sangat dekat. Bahu kanan Luke dan bahu kiri Sam hanya dijarakkan dengan udara sepanjang 10.5 cm sahaja. Anggaran.

Luke memandang Sam dan diam.

Sam sambut pandangan Luke, kemudian diam.

Ada lebih kurang 5 orang lain ditempat tunggu bas itu. Masing-masing dengan hal masing-masing.

Bas sampai. Tiada orang turun, 5 orang naik. 20 saat kemudian bas itu berlalu pergi dalam rintik hujan lebat itu, meninggalkan Sam dan Luke yang enggan naik bas itu dan kekal diam sejak 5 minit yang lalu.

Tiba-tiba Luke bersuara.

Luke : Masih marah aku?Sam : Tiada sebab untuk marah kamu.Luke : Tak ada sebab? Bukan malam tadi aku tak munculkan diri ke?Sam : Kamu tak munculkan diri langsung tak ada kaitan dengan aku.Luke : Oh.. Okay.

Suasana kembali senyap. Hanya kedengaran rintik hujan lebat yang melanggar zink tempat tunggu bas tersebut. Bising dan senyap dalam satu masa.

Tiba-tiba Sam pula bersuara.

Sam : Kenapa ya? Aku mengharapkan dan menunggu sesuatu yang aku sendiri tahu benda tu takkan muncul. Dah lama sangat aku tunggu, tapi.

Terhenti disitu kata-kata Sam. Sam menundukkan kepala.

Sam : Orang takkan mudah mengubah perangai tapi yang boleh berubah hanya kita sendiri kan, Luke?

Luke terpinga. Dia nampak mata Sam yang berkaca dari tepi. Dalam hati dia memohon janganlah Sam menangis sebab Luke sendiri tiada idea apa yang dikatakan oleh Sam.

Ye. Jawab Luke pendek.

Luke, lepas ni, aku harap aku yang berubah. Kata Sam dengan suara sebak. Ye. Air mata Sam dah mengalir. Kurang lebat dari hujan yang mencucuri bumi itu.

Luke hanya nampak senyuman Sam dari tepi dengan pipi yang dibasahi air mata dari mata yang tertutup. Sam senyum selepas kata-kata tadi.

Lalu Sam membuka payung dan pergi dari tempat tunggu bas itu. Kali ini Luke tidak menyoal kenapa dari awal tadi Sam ke tempat tunggu bas itu. Tidak seperti di Part 1.

###################################################################################

AKU JUGA INGINKAN DIA, TAPI BUKAN SEPERTI ORANG LAIN... PART 5

Okay, kelas habis sampai disini. Kalau boleh buatlah mana-mana tutorial yang kamu suka. Kalau tak tahu nak buat, boleh jumpe saya kat kubikel saya. Kalau tak nak buat, itu pilihan kamu. Pn. Smith mengakhiri kelas tutorial kimia pada petang itu.

Selesai sudah kelas untuk hari itu. Luke mengemas meja dan beg, kemudian mengeluarkan Samsung Galaxy Tab 3 miliknya dan mengusap-usap paparan gajet itu. Sedang kawan-kawannya yang lain sibuk-sibuk ingin keluar dari kelas itu.

Emily secara tak dijemput duduk dikerusi sebelah Luke yang memang kosong sejak dari tadi.

Luke memandang Emily.

Kenapa ni? Tanya Luke sambil tangannya terus menekan paparan tab.

Kenapa dengan Sam? Dua tiga hari ni aku tengok dia lain la. Tanya Emily pula.

Kau kan duduk dekat dengan bilik dia. Kau mestilah lagi arif tentang dia daripada aku. Kata Luke, buat-buat cool.

Ye, memanglah. Tapi aku risau. Gembira dia dah tak macam gembira dia yang dulu. Nampak plastiknya. Macam ada benda yang ganggu emosi dia. Aku syak gangguan tu datang dari kau, Luke. Kata Emily.

Sesungguhnya kata-kata Emily itu memang mengejutkan Luke.

Luke pandang Emily. Luke berhenti bermain tab. Luke pegang kepala Emily. Luke senyum.

Mengarut. Mustahil aku yang ganggu emosi dia. Aku dah kenal dia 12 tahun. 12 tahun tau. Tak pernah sekalipun aku dapat buat gangguan emosi kat dia. Hehe. Kata Luke dengan penuh yakin.

Kau pernah cuba ke? Tanya Emily

Cuba apa? Tanya Luke kembali.

Cuba untuk dapatkan hati Sam la. Kata Emily dengan nada yang agak tinggi.

Mestilah. Setiap masa yang ada. Sampailah satu tahap aku berhenti. Tak mampu lagi berharap. Jawab Luke.

Bila kau berhenti? Tanya Emily.

Malam dinner hari tu. Dah tiba masa aku move on, Emily. Mungkin kejar hati kau pula. Hehe. Seloroh Luke.

Luke!! Buat sesuatu Luke. Sesuatu yang boleh buat Sam kembali macam dulu atau lebih happy dari dulu. Aku tau kau boleh buat Luke. Kata Emily, dengan tegas lalu pergi keluar dari kelas.

Tinggal Luke seorang didalam kelas itu, dengan gajet tab yang masih berada ditangannya.

#####################################################################################

MALAM REMAJA GEMBIRA (PART 1)

Untuk ke 100 juta kali, Luke menoleh kearah pintu utama dewan besar sekolah ini. Nampak beberapa orang pelajar lelaki sedang sibuk mengangkat meja-meja dan kerusi untuk disusun di dalam dewan. Luke pun berdiri membuat-buat sibuk dengan menolong mereka. Malam itu, malam istimewa untuk mereka, pelajar - pelajar tahun akhir sekolah itu. Malam Remaja Gembira; malam dimana, satu-satunya malam untuk mereka melupakan apa itu ulangkaji, masa depan, peperiksaan, warden, cikgu mungkin juga mak ayah. Yang perlu diingat adalah masa sekarang.

Majlis bermula. Bla.. bla.. bla.. dari pengerusi majlis, wakil pelajar, cikgu undangan. Luke malam itu, dengan tuxedo hitam pinjam merasakan dirinya cukup segak untuk hadir ke majlis tahunan ini. Dari sudut dia duduk itu, dia mengunci matanya ke satu sudut pandangan. Disudut itu, ada seorang gadis, namanya Samantha. panggilan, Sam. Dia memakai baju gaun biru muda. cantik, ayu, menarik semua yang memandangnya. Padan lah dengan status nya sebagai gadis idaman semesta.

Kini sudah masuk slot persembahan. Memang persembahan malam ini sangat istimewa. Sedang para pelajar hingar-bingar, secara tiba-tiba, keadaan menjadi senyap sunyi. Hanya bunyi krik.. krik.. yang tinggal. Semua pasang mata beralih ke atas pentas yang kini terdapat sebuah band dan seorang penyanyi berpakaian gaun biru. Sam.

Sam membetulkan mikrofon.

"Satu.. Dua.. Satu.. Dua.. "Sam mencuba mikrofon."Hehe.." Dia tergelak kecil."Lagu ini khas untuk semua yang kenal saya atau tidak. Dan semua kawan-kawan saya yang tak serik berkawan dengan saya. Terima lah. Power of Flower."

Gitar, bass, keyboard dan drum berbunyi serentak sebelum Sam memulakan nyanyian. Semua pasang mata melihat Sam. Siapa tak kenal Sam. Gadis ayu yang dipuja-puja, disanjung-sanjung, digoda-goda oleh segenap pelajar lelaki dan Sam dengan konstan akan menjawab maaf diikuti dengan penerangan ringkas untuk menenangkan hati sang pemujanya itu.

Gembira. Itu saja yang dirasakan oleh para pelajar lelaki disitu termasuklah Luke yang menggerakkan badan dan kaki menari mengikut rentak lagu. Dikala setiap orang ada pasangannya. Luke sendirian, menghayati irama dan terjemahkan dalam bentuk pergerakan solo. Tiba-tiba terdetik rasa bodoh. Tapi peduli apa, Sam yang menyanyi. Bukan orang lain.

Habis sudah persembahan menakjubkan itu. Majlis diteruskan dengan beberapa nyanyian dan semua lelaki asyik menari dengan perasaan puas, senyum lebar dapat melihat gadis idaman ramai mempersembahkan nyanyian. Semua orang dengan gelagat masing-masing.

Majlis malam itu hampir tamat. Jam menunjukkan tepat pukul 11. Satu poster diedarkan, dan seorang pelajar naik ke pentas dan menjerit.

Jom!! Lepas ini!! parti di rumah Johnson!!! Jeritnya dengan penuh semangat.

Dan semua orang dengan perlahan berkurangan. Masing-masing pergi ke parti seterusnya yang menawarkan lebih lagi. Yang tinggal hanyalah beberapa pelajar yang mengemaskan dewan. Sudah tentu lah mereka akan ke parti itu. Cuma lambat sedikit sahaja. Dan Luke, berjalan menuju ke perhentian bas. Dengan niat untuk tidak hadir ke parti liar itu.

####################################################################################

MALAM REMAJA GEMBIRA (PART 2)

Malam itu, usai malam remaja gembira. Masing masing bertolak pulang. Menuju ke destinasi seterusnya. Parti di rumah Johnson. Biasalah tu, untuk remaja remaja yang baru nak up macam tu, parti adalah yang terbaik bagi mereka. Tetapi Sam maseh di tempat tunggu bas menunggu sesuatu untuk menghantar dia pulang,

Luke menghampirinya dengan mengusung basikal. Lalu duduk di bangku tempat tunggu bas dan cuba memulakan perbualan dengan Sam.Luke : hi sam. Sam : hi.Luke : Masih tidak pulang?Sam : Belum lagi. Tunggu kawan.Luke : kawan? Untuk pergi ke rumah Johnson?Sam : Yup. Jangan beritahu ayah ye.Luke : (terkejut). Oh. Okay.Sam : Terima kasih Luke.

Luke memang sudah kenal lama dengan keluarga Sam, kalau dah setiap tahun dan setiap sekolah sama sejak kecil. Dan duduk pun di kawasan perumahan yang sama. Luke pun pernah hadir majlis keraian selamat hari jadi Sam beberapa kali. Memang la Luke telah dikenali oleh keluarga Sam.

Yang menjadi persoalannya, dah kenapa Sam ingin pergi parti tu, sedangkan semua orang tahu yang parti tu akan jadi seliar mungkin. Ah, Sam, sengaja menempah celaka. Luke risau, tapi risau lagi Luke tentang tuxedo pinjam nya itu. Dijaganya penuh rapi sejak mula malam remaja gembira tadi sehingga kini. Tidak ada setitik kesan degil yang ada walaupun dari kuah sepaghetti atau pun minuman koktel yang dijamahnya tadi. Takkanlah nak disia-siakan usaha menjaga itu dengan pergi ke parti johnson itu. Dah terang-terang jika pergi kesana akan tertumpah segala jenis alkohol, keju, kotoran degil pizza di tuxedo tu. Sia - sia.

Jadi, Luke pun kembali mengusung basikal nya melalui lorong-lorong gelap malam menuju ke kawasan perumahannya.

Social Anxiety. Luke bukan suka untuk pergi ke tempat-tempat sesak. Lagi-lagi jika tempat tu sesak dan bising, bingit, hatinya tidak boleh tenteram, rasa seperti dikemek-kemek oleh sebilangan tenaga, tiada perkatan gembira tercetak dikepalanya. Sebab itu, Luke tidak pernah kelihatan di mana-mana parti homecoming, thanksgiving, krismas dan kalau parti hari jadi pun, Luke akan singgah sekejap, beri hadiah, minum koktel barang 2 gelas sebelum tinggalkan tempat tu.

##################################################################################

MALAM REMAJA GEMBIRA PART 3

Sedang Luke tenang menaiki basikal bersiar-siar dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba telefon bimbit jenama Apple kepunyaannya berbunyi. Cepat-cepat Luke mengeluarkan telefon itu dan menyapu paparan telefon itu.

Luke : Hello.En. Beckett : Hello. En. Beckett ni.Luke : Ye En. Beckett. Ade ape ye call time-time camni?En. Beckett : Sam ada dengan kamu? Saya cuba call dia tapi tak dapat-dapat la.Luke : Oh. Sam. Dia pergi rumah Johnson, ada parti, kat west side sana.En. Beckett : Saya tak tahu la pulak dia nak pergi parti tu. Luke, kamu boleh tengok-tengokkan Sam tak. Risau pulak saya.Luke : Mmm. Okay.

Panggilan dimatikan.

Barulah Luke mula terfikir, kenapa lah dia jawab okay dengan begitu selamba sedangkan dari tadi lagi dia cuba mengelak untuk pergi ke parti itu. Tapi bila En. Beckett suruh tengokkan Sam, dia terus patuh. Tak tahulah sama ada takut dengan ayah Sam yang juga seorang Sheriff yang digeruni di kediaman itu ataupun memang Luke risau dengan Sam dan ini adalah alasan untuk dia pergi menjenguk Sam.

Terpaksalah Luke mengayuh basikalnya menuju ke rumah Johnson walaupun Luke tahu, dia makin menjauh dari perumahan dia untuk menuju ke rumah Johnson. Tapi Luke tekad, nak tengok apa keadaan di parti itu.

30 minit kemudian, kelihatan Luke di perkarangan rumah Johnson. Memang mudah untuk mencari rumah yang sedang buat parti. Tengok sahaja di perkarangan rumah itu. Bermacam jenis kereta berjenama tersadai. Cadillac, Mustang, Chevrolet, Fiero dan kebanyakannya adalah buatan tahun 1980-an.

Luke tongkat basikal. Berjalan dengan tenang menuju ke rumah Johnson. Tujuannya satu. Mencari Sam.

#####################################################################################

MALAM REMAJA GEMBIRA PART 4

Hey Luke! Tak sangka, kau pun ada kat sini. Jom, kat dalam ada pizza. Lepas ni kita wat beer bong. Yeah! kata Tim dengan gaya separuh sedar. Pengaruh alkohol. Meskipun kandungan alkohol dalam beer murah tu sedikit. Kesannya kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan alkohol sangat tinggi.

Tim memaut tangannya pada Luke lalu dibawanya ke dalam rumah.

Hey Luke! Tiba-tiba Carla menegurnya.

Hei kawan-kawan, tengok siapa yang datang ni, Luke. Becketts Guardian Angel. Haha. Dah dah. Bayar kat aku siapa-siapa yang bertaruh Luke tak datang tadi Kata Carla dengan nada yang kuat sambil kepalanya bergoyang bagai hendak tercabut dari soket lehernya. Alkohol.

Luke hanya diam. Aku pun korang buat taruhan kata hati kecil Luke. Pelik dengan gelagat rakan-rakannya itu. Kebanyakan perangai mereka tidak mungkin akan dapat dilihat disekolah. Siapa sangka Carla pengawas sekolah yang strict tu juga mempunyai perangai yang sama dengan pelajar lain.

Hey Tim, aku tak nak lama-lama kat sini. Aku nak tau kat mana Sam. Tu je. En. Beckett suruh aku tengokkan dia. Luke cuba sedaya upaya untuk keluar dari tempat tu secepat mungkin.

Dia ada dalam rumah ni, kau carilah sendiri. Kata Tim lalu pergi meninggalkan Luke kemudian menjerit sesuatu perkataan yang Luke tidak ambil tahu.

Dalam kepala Luke dah keluar pelbagai teori. Bagaimana jika Sam bersama lelaki lain dalam bilik? Bagaimana jika Sam berada dalam kolam dihadapan semua lelaki.

Jahanam Luke! Apa yang kau fikir ni. Kata Luke kepada diri sendiri.

Luke terus mencari dalam rumah. Tempat pertama yang dia cari, dalam setiap bilik. Keputusannya tiada. Di bahagian kolam air juga tiada. Ruang tamu, tiada. Laman rumah juga tiada. Dan apabila Luke menaiki tangga ke tingkat dua untuk periksa bilik buat kali kedua. Sam keluar dari tandas sambil mengelap mulutnya dan merenung Luke yang berada dihadapannya dengan mata yang kuyu.

Kemudian keluar Jeremy yang juga seorang penyerang pasukan bola sepak sekolah dari pintu tandas itu. Luke mula gelisah. Apa yang mereka buat didalam. Apa? Apa?

Luke, bawa Sam ni balik. Dia tak boleh toleransi langsung dengan alkohol. Nasib baik aku sempat bawa dia masuk tandas ni. Kalau tak, habis satu rumah ni dia muntahkan. Jeremy mula berkata-kata selepas nampak Luke merenungnya dari tadi.

Tengok ni, dia muntah atas benda ni. Kata Jeremy sambil mengelap trofi kasut emas yang dimenanginya tempoh hari.

Tolong aku papah dia keluar. Kata Luke kepada Jeremy. Sam ketika itu hanya boleh berdiri longlai sambil memegang kepala yang masih pening-pening.

Luke dan Jeremy memapah Sam keluar dari rumah. Parti masih berjalan. Tim masih bersama beer bong, Carla hanya tinggal bikini sahaja dan berada di tepi kolam. Johnson, menyertai Tim bersama beer bong dia. Luke hanya tersenyum.

Luke mengayuh basikal, bersama Sam yang berada dibelakangnya. Sam memeluk erat Luke, Luke memegang tangan Sam, takut-takut Sam terlepas pelukan lalu jatuh ditengah jalan.

Inilah 45 minit paling bahagia buat Luke semasa zaman sekolahnya. Lagi-lagi apabila Sam berkata.

Luke, terima kasih

Dalam keheningan malam itu. Hati Luke begemerlapan seperti bunga api mekar di udara. Meletup-letup sambil mengeluarkan percikan cahaya yang indah.

###############################################################################

OH! HALLOWEEN. PART 1

Malam Halloween, pihak kolej memang suka buat majlis-majlis gembira untuk pelajar-pelajarnya. Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada satu majlis gembira seperti makan malam, parti dan sebagainya. Hari ini, giliran Halloween pula menjadi alasan untuk pihak kolej membuat majlis.

Malam ini meriah. Bermula dari terbenam matahari. Pintu pagar kolej dibuka. Membolehkan kanak-kanak sekolah rendah dan pertengahan dari kawasan perumahan berdekatan masuk ke dalam kawasan kolej untuk trick or treat. Setiap pelajar akan berada di kelas masing-masing untuk melayan karenah kanak-kanak yang datang. Memang itu adalah resmi kolej itu.

Malam warna-warni, setiap pelajar memakai kostum mereka sendiri. Sebut sahaja kostum apa, semua ada. Dah tentu-tentu, setiap ahli Justice League dan The Avenger ada di situ.

Kelas 1F02, kelas Luke. Kelihatan Emily dengan watak Gwen Stacy nya. Berambut blonde, high cut boot, short skirt, blouse, glass specs dan lab coat. Dia memang cantik malam itu. Sambil melayan karenah kanak-kanak yang singgah di kelas nya.

Di kelas 2F10, Timothy, dengan kostum Countryman. Cowboy hat, boot, jeans overall dan gitar, sedang membuat persembahan country kepada para tetamu nya. Disitu ada Luke yang hanya senyum. Luke lebih selesa di kelas itu sebab kebanyakan kenalannya memang dari kelas itu.

Di kelas 1F04, Zach, dengan suit green lanternnya. Baju warna hijau berlengan hitam, berlogo Green Lantern didada, dengan penutup mata hijaunya. Tidak lupa juga, dia membawa lantern dan juga ring, punca kuasa Green Lantern. Dia bangga dengan kostum itu. Malah dapat menceriakan kanak-kanak yang ada. Dikelasnya memang riuh, dengan pelajar lelaki yang suka kenakan Zach. Tapi Zach tidak ambil kisah. Keyakinan dia tinggi sejak majlis makan malam bersama Sam tempoh hari.

Ada Snow White masuk ke kelas 1F04, diikuti dengan tiga orang kerdil dan seorang putera raja. Semua memandang kearah mereka untuk mengecam. En. Raheem dan isteri rupanya, manakala anak mereka dikostumkan dengan pakaian orang kerdil. Kreatif juga En. Raheem ni. Tak seperti kelas nya yang membosankan.

Hey Zach, Green Lantern ha? Sapa En. Raheem.

Hehe. Zach hanya tersenyum sambil menunjukkan kuasanya kepada anak-anak En. Raheem.

Beckett mana? Tanya En. Raheem kepada Zach.

Tak tahu. Jawab Zach pendek.

Ye, Sam tidak kelihatan di kelasnya, 1F04 dan juga dimana-mana.

#####################################################################################

OH! HALLOWEEN PART 2

Jam sekarang pukul 9.30 malam. Tinggal 30 minit untuk bermulanya parti Halloween tahun ini. Bertempat di dewan besar kolej. Malam ini pasti bingit, memandangkan ini adalah parti terakhir sebelum bermulanya peperiksaan akhir. Setiap pelajar tidak akan melepaskan peluang ini.

9.50 malam, kelas-kelas sudah hampir siap dikemaskan. Semua isi kelas bekerjasama mengemas kelas yang digunakan untuk trick or treat tadi. Oleh kerana kostum yang pelbagai, mereka bekerjasama tak ubah seperti Superhero bersatu menyelamatkan dunia.

9.55 malam, kebanyakan pelajar sudah berada didalam dewan besar. Terdapat beberapa pensyarah dan tutor yang berada disitu, tidak lupa kepada putera raja En. Raheem, Snow White dan anak-anak mereka. Tiga orang kerdil itu sedang bermain dengan seorang puteri. Berambut blonde, bertocang satu, berbaju gaun turquoise bercorak snow flake, berkasut tumit tinggi turquoise, eye shadow ungu, berkulit putih pucat, tetapi tetap melemparkan senyuman paling indah untuk tiga orang kerdil itu.

Elsa of Arandelle, atau nama sebenarnya Samantha Beckett sedang asyik melayan anak-anak En. Raheem yang tak reti duduk diam.

Tepat jam 10 malam, lampu dipadam, hanya tinggal satu lampu yang menuju ke arah rostrum, dimana disitu ada pengetua kolej yang ingin memberi ucapan dengan lagak George Washington. Berjubah dan memakai periwig, rambut palsu yang dipakai oleh hakim di mahkamah.

My friend. Listen. Pengetua kolej memulakan ucapan.

Lets party. Yeah!! Pengetua mengakhiri ucapan dengan mengangkat cawan berisi beer membuat toast perasmian untuk parti malam ini.

Yeah!! Sahut anak muda yang berada dibawah pentas.

Kemudian pengetua kolej tidak lagi kelihatan di dalam dewan tersebut. En. Raheem sekeluarga juga.

Elsa, Gwen Stacy dan beberapa rakan-rakan mereka yang lain seperti Jill Valentine, Princess Leia, Countess of Britain dan Zombie sedang sibuk bergurau senda, bergosip antara mereka sambil melihat banyak pasangan sedang menari di tengah-tengah dewan tersebut.

Emily toleh kiri kanan, melihat ke arah pelajar-pelajar lelaki yang berkumpul. Tidak ada susuk menyerupai Luke. Dia hanya nampak Luke sekali imbas sahaja malam ni. Itu pun tadi semasa sibuk-sibuk ingin setup dan kemas kelas. Kostum apa yang Luke pakai pun dia tidak perasan.

Luke tidak kelihatan didewan ini. Sama macam dinner tempoh hari. Emily mengeluh. Huh.

##############################################################################

OH! HALLOWEEN PART 3

Aturcara malam ini tidak teratur. Siapa yang hendak buat persembahan dipersilakan. Tapi tidak sangka akan ada persembahan teater parodi Walking Dead. Dan beberapa persembahan lagu telah berlalu. Tiba masa lagu instrumental dan kemudian akustik, hanya untuk menari bersama pasangan.

Sam tiada pasangan, jadi dia capai sahajalah tangan siapa-siapa yang ingin menari dengannya. Mula-mula dengan Iron Man, kemudian dengan C3PO. Sampai masa Green Lantern mengajaknya menari, dia menolak. Penat katanya.

Persembahan seterusnya adalah dari Kumpulan Rocketeer. Dipersilakan. Umum pengacara majlis.

Muncul diatas pentas, seorang countryman dengan gitar akustiknya, seorang lanun juga dengan gitar akustiknya dan Abraham Lincoln dengan kapaknya. Bertopi tinggi, rain coat paras lutut, bow tie, baju kemeja dari kurun ke 19, kasut hitam dan jambang hitam.

Saya adalah Abraham Lincoln, pemburu vampire. Katanya sambil mengacukan kapaknya kepada Edward Cullen yang ada disitu sambil tersenyum sinis.

Malam ini, Presiden Amerika Syarikat ke 16 ini ingin tujukan lagu ini kepada seseorang yang dia sayang. Katanya lagi sebelum mendapat boo yang kuat dari penonton.

Haha. Chill, chill. Terimalah, To be with you dari Mr. Big. Kata Abraham Lincoln sambil menenangkan audien.

Countryman mula memetik gitar dan Si Lanun mengikutnya. Diikuti dengan suara karaoke dari Abraham Lincoln.

Sam dibawah tersenyum riang, dengan perasaan hatinya yang diusik. Dia pandang sahaja Abraham Lincoln yang berada diatas pentas sambil tangannya memegang gelas plastic berisi beer. Emily menghampirinya.

Senyum je. Suka la tu. Kata Emily sambil tersenyum kepada Sam.

Sam hanya menyambut senyuman Emily itu tanpa berkata apa-apa.

I'm the one who wants to be with you,Deep inside I hope you feel it too,Waited on a line of greens and blues,Just to be the next to be with you.

Abraham Lincoln ulang rangkap itu 3 kali dengan matanya dikunci kepada Elsa of Arendelle di bawah.

Elsa of Arendelle hanya tersenyum.

Selesai persembahan itu. Abraham mencapai mikrofon.Hey Elsa of Arendelle. Do you wanna build a snow man? Katanya sebelum kumpulan Rocketeer turun dari pentas.

Abraham Lincoln terus menuju kearah Elsa.

Come on lets go and play Jawab Elsa of Arendelle. Pendek.

#####################################################################################

OH! HALLOWEEN PART 4

Persembahan The Rocketeer tamat untuk malam itu. Berakhir dengan satu tepukan gemuruh. Lagu To Be With You nyanyian asal Mr. Big itu adalah satu-satunya lagu yang dibawa oleh The Rocketeer. Selepas malam ini, rasanya The Rocketeer pun tidak wujud lagi kerana band itu adalah projek mini Luke untuk memikat lagi sekali, mungkin untuk kali terakhir hati Sam.

Luke menghabiskan sisa-sisa masa di parti berada disamping Sam. Dia cukup berlagak cool dengan suit kurun ke 19 dan kapak Styrofoam nya yang kadang-kadang diacukan ke mana-mana vampire yang ada disamping Puteri Elsa of Arendelle.

Mata-mata dari kostum lain hanya mampu memandang sahaja. Ada juga yang berbisik-bisik yang Sam ini memang tiada taste. Parti tempoh hari, dia dengan Zach, parti kali ini dia dengan lelaki yang tidaklah kacak, pandai dan berbadan atlit pun tidak, lelaki kebanyakan. Tidak sesuai, itu fikir mereka.

Tapi pada pandangan Tim, inilah pencapaian terbaik Luke dengan perempuan setakat ini. Heh. Luke mana pernah suka perempuan lain selain dari Sam.

Emily pula, berada di satu sudut, hanya tersenyum melihat gelagat Luke dan Sam, sambil jarinya dimain-mainkan di mulut cawan beer nya, berhampiran dengan teman-teman sorority nya.

Parti Halloween sudah tamat. Masing-masing mula beredar dari dewan besar kolej meninggalkan ahli-ahli jawatankuasa parti dimana mereka perlu mengemas dewan.

Luke dan Sam mengambil angin malam kolej sejurus keluar dari dewan itu. Mereka menuju ke arca dua bilah gading gajah, betul-betul dihadapan bangunan pentadbiran kolej. Seberang jalan dari dewan besar kolej itu.

Sekarang ini hanya mereka berdua. Sam duduk di kerusi panjang dan Luke duduk ditembok berketinggian 1m yang dijadikan dekorasi landskap depan pejabat pentadbiran.

Kenapa bawa aku ke sini? Sam memulakan bicara.

Kita kan yang jalan sendiri kesini. Jawab Luke sambil tersenyum sinis.

Dua-dua kembali senyap.

Maafkan aku Luke, aku baru perasan yang aku akan rasa janggal tanpa kau disisi. Sam bersuara.

Ha? Kenapa? Tanya Luke.

Sejak kecil kan kita bersama, sejak pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan kolej ini. Kita sentiasa sama. Dan kau sentiasa ada. Sejak dari mula, semasa aku hilang pemadam di pra-sekolah, semasa aku gemuruh ketika membuat persembahan di sekolah rendah, semasa aku hilang upaya di parti rumah Johnson selepas malam prom, kau sentiasa ada untuk aku, Luke. jelas Sam.

Tapi bila kau tiba-tiba senyap. Macam cuba mengelakkan diri dari aku. Aku rasa kosong Luke. Rasa kosong sangat. Memanglah kau selalu senyap dengan aku. Tapi senyap kali ini lain macam Luke. Aku tak mampu.. tiba-tiba Luke menutup bibir Sam dengan jari telunjuk nya. Ala-ala cerita romantik. Terpengaruh mungkin.

Luke memegang tangan Sam dan mengarahnya berdiri. Kini masing-masing berdiri berhadapan.

Maafkan aku Luke kalau aku tak mampu berubah seperti yang kau mahu, tapi tolong jangan elakkan diri dari aku lagi. Sambung Sam dengan mata yang berkaca.

Sejurus habis sahaja kata-kata Sam itu, Luke terus menekap bibirnya ke bibir Sam. Tanpa notis. Pengaruh cerita romantik.

Malam itu, dihadapan arca dua bilah gading itu, Abraham Lincoln telah mencium Elsa of Arendelle.

Samantha Beckett, aku tidak akan tinggalkan kamu lagi. Jawab Luke, tenang.

#####################################################################################

FLASHBACK

Pagi itu, keadaan cuaca sangat baik. Keadaan di Pra-sekolah juga baik.

Cikgu Jennifer masuk ke kelas dengan seorang budak lelaki. Pelajar baru kelas itu.

Selamat pagi semua. Cikgu Jennifer menyapa semua pelajar yang yang berada didalam kelas tersebut.

Baiklah. Kita ada pelajar baru hari ni. Silakan, perkenal diri kepada kelas. Kata Cikgu Jennifer kepada pelajar lelaki itu.

Mmm. Nama saya Lucas Antonio Sanchez. Panggil saja Lucas Kata budak lelaki itu.

Ok Lucas. Ambil tempat duduk awak Duduklah mana-mana kerusi yang kosong. Cikgu Jennifer memberi arahan kepada Lucas.

Lucas duduk ditempat kosong disebelah seorang budak perempuan comel. Budak perempuan comel itu hanya tersenyum memandang Lucas dan kemudian menyambung mewarna gambar princess Disney di buku mewarna miliknya.

Hari ni kita belajar menulis ABC ye. Kata Cikgu Jennifer dengan suara yang gembira,

Beberapa ketika kemudian. Budak perempuan comel itu mencari-cari sesuatu didalam kotak penselnya. Setelah kecewa tidak jumpa apa yang dicarinya. Dia memandang Lucas dengan tersipu-sipu sambil berkata.

Awak ada pemadam lebih tak? Pemadam saya hilang la.

Lucas yang memandang budak perempuan comel itu dari tadi dengan gentleman nya berkata.

Ada, nah. Lucas membelah pemadamnya dan bagi separuh bahagian kepada budak perempuan comel itu.

Terima kasih. Sambil tersenyum.

Ini pemadam siapa ni? Kata Cikgu Jennifer mengangkat pemadam bergambar Pocahontas.

Semua murid pandang kearah Cikgu Jennifer.

Saya punya cikgu, Kata budak perempuan comel itu sambil angkat tangan.

Tapi takpelah cikgu. Luke dah bagi pemadam dia yang lebih kat saya. Sambung budak perempuan comel itu sambil tunjuk kearah Lucas.

Nama dia Lucas sayang, bukan Luke Tersenyum Cikgu Jennifer memandang budak perempuan comel itu.

Nama dia Luke la cikgu, tengok ni. Budak perempuan comel itu menunjukkan perkataan LUC yang ada pada pemadam yang terbelah itu.

Cikgu Jennifer hanya tersenyum. Melihat gelagat budak perempuan comel itu sambil memandang bahagian pemadam terbelah yang lagi satu diatas meja Lucas yang bertulis AS.

Jadi kamu dah bagi pemadam kamu kepada dia ni ye Luke? Soal Cikgu Jennifer kepada Lucas.

Ye. Lucas jawab, pendek.

Dah ucap terima kasih? Soal Cikgu Jennifer kepada budak perempuan comel itu pula.Terima kasih Luke. Ucap budak perempuan comel itu sambil tersenyum. Padahal tadi memang dia dah ucap terima kasih pada Luke.

----------------------------------

Habis sesi prasekolah pada pagi itu. Masing-masing keluar dari kelas dengan terburu-buru mencari ibubapa ataupun ingin duduk di kerusi hadapan bas sekolah.

Tetapi budak perempuan comel itu tenang menuju kearah Lucas yang sedang sibuk mengemas beg sekolahnya.

Lucas berhadapan dengan budak perempuan comel itu sekarang ini.

Nama saya Samantha Beckett, panggil je Sam. Bye Luke, jumpa lagi esok.

Lalu budak perempuan comel itu pun pergi dari pandangan Luke.

Luke pulang rumah keriangan dan tidak sabar untuk berjumpa dan bermain dengan kawan baru (Sam) keesokan harinya.

############################################################################