lovin_' u bg kt p2u

Upload: kelabk

Post on 08-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    1/153

    Haruno Hana

    1

    HIASAN dalaman rumah agam

    itu diperhatikannya dengan

    rasa kagum. Rumah yang

    berkonsepkan klasik Perancis itu benar-benar membuatkan

    dia terpegun.

    Warna ungu lembut dan putih melatari dinding

    rumah itu.

    Perhiasan-perhiasan rumah yang mahal menghiasi

    rumah agam itu.

    Sebuah kolam air terjun arca kristal berbentuk dewijelita sedang memeluk seekor burung phoenix di ruang

    tengah rumah agam itu menarik perhatiannya.

    Perlahan-lahan, dia menapak mendekati kolam itu.

    Air turun dari sekeliling rambut dewi itu memenuhi kolam

    yang berukir indah itu. Dia menarik senyum.

    Cik Kinimoto?Sapaan seseorang mematikan lamunannya. Dia

    segera menoleh ke belakang. Seorang gadis berambut paras

    bahu berdiri di belakangnya. Gadis itu tersenyum manis.

    Bab1

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    2/153

    Lovin' You

    2

    Sila ikut saya. Puan Tezuka hendak bertemu

    dengan cik. Kata gadis itu.

    Dia mengangguk. Langkah gadis itu diikutinya.

    Jantungnya berdegup kencang.

    KIRA membetulkan ikatan tali lehernya. Butler di Haru

    Mansion merangkap pembantunya, Pak Cik Ozu setiamenunggu di dalam bilik.

    Lelaki tua itu hanya diam tidak bersuara.

    Dengar kata ada pembantu baru, betul ke? tanya

    Kira.

    Kot hitam disarung ke badan. Dia duduk

    berhadapan dengan cermin besar. Membetulkan gayarambutnya. Setelah berpuas hati, dia berpaling menghadap

    Pak Cik Ozu.

    Ya. Mak Cik Ono minta tempatnya diganti sempena

    ketiadaan dia ke Hokkaido. Cucu saudaranya akan bekerja

    secara sambilan di sini, terang Pak Cik Ozu.

    Kening Kira hampir bercantum.

    Bekerja sambilan? Budak tu masih belajar ke?

    tanya Kira.

    Dia mencapai sebiji epal merah yang berada di

    dalam bakul buah-buahan yang terletak di atas meja. Dia

    menggigit epal itu lalu dikunyah perlahan. Beg sandang

    diletak di bahu. Kira berjalan keluar dari bilik.

    Pak Cik Ozu mengangguk sambil menuruti langkah

    Kira.

    Dia sebaya dengan Tuan Muda Kira atau muda

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    3/153

    Haruno Hana

    3

    setahun, pak cik tak pasti. Tapi, gadis tu dah pindah masuk

    dalam rumah ni.

    Boleh ke budak tu buat kerja? tanya Kira lagi.

    Mak Cik Inoue dah aturkan jadual untuk dia.

    Lagipun, kehadiran gadis tu sekadar memenuhi permintaan

    Mak Cik Ono. Puan pun dah setuju. Kalau diikutkan hati

    puan, puan tak nak gadis tu bekerja. Cukuplah hanya tinggal

    di sini sementara Mak Cik Ono tiada. Tapi, Mak Cik Ono tak

    setuju. Dia nak cucu saudaranya itu bekerja juga.

    Dia belajar di mana? tanya Kira. Epal merah itu

    digigit lagi.

    Kalau tak salah pak cik, sekolah yang sama dengan

    tuan muda. Hanami International High School (HIHS).

    Erk? Kira merasakan epal itu tersekat di

    kerongkongnya. Dia terbatuk-batuk. Wajah Pak Cik Ozudipandangnya serius.

    A apa? Dia sekolah kat situ jugak? Tanyanya

    tidak percaya.

    Teragak-agak lelaki tua itu mengangguk.

    Kira menepuk dahi. Bala....

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    4/153

    Lovin' You

    4

    M

    ANAmereka berdua ni?

    Kotomi melihat

    jam tangannya. Hampir

    pukul sembilan pagi. Sebentar lagi, kelas masakan akan

    bermula. Namun, kelibat dua orang sahabat karibnya masih

    belum kelihatan. Kebiasaannya, mereka berempat akan

    bertemu di Dewan Besar ini.

    Buku dan ail dicapai dari lokar. Pintu lokar ditutup

    lantas dikunci. Sebaik sahaja Kotomi ingin memusingkan

    badannya ke kanan, dia terlanggar seseorang. Buku danailnya jatuh di atas lantai. Pantas matanya mencari siapa

    yang dilanggarnya tadi. Alamak! Putera sekolahnya!

    Maa... maa, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?

    tanya Kotomi cemas. Dia menghulurkan tangannya ingin

    membantu budak lelaki itu berdiri, namun tangannya ditepis

    kasar.

    Budak lelaki itu segera bangun dan bercekak

    pinggang di hadapan Kotomi.

    Gila! Tingginya mamat ni. Aku ni paras dada dia

    Bab2

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    5/153

    Haruno Hana

    5

    aje, desis hati Kotomi. Dia terpaksa mendongak. Wajah budak

    lelaki itu ditenungnya.

    Maa, saya betul-betul tak sengaja. Saya benar-

    benar minta maa, ulang Kotomi. Berulang kali dia tunduk

    memohon maa.

    Kau ingat aku ni patung ke? Senang-senang aje

    kau nak langgar?

    Sinis budak lelaki itu bertanya.

    Kotomi tergamam.

    Saya minta maa, saya tak sengaja, kata Kotomi

    lagi.

    Wajah merah padam lelaki itu tidak berani

    dipandangnya. Dia merenung kasut hitam yang tersarung di

    kaki.

    Senang-senang aje kau nak minta maa. Kau

    memang sengaja buat macam ni, kan? Dasar perempuan

    murahan!

    Sarkastik budak lelaki itu menuturkan ayat tanpa

    nada.

    Darah Kotomi naik ke pipinya. Tanpa sebarang

    amaran, tangannya ringan menarik tali leher budak lelaki itu.

    Hampir terjatuh budak lelaki itu dibuatnya.

    Hoi! Gila ke?

    Dahi budak lelaki itu ditunjal kuat. Kemudian kaki

    budak lelaki itu dipijak sekuat hati.

    Hoi! marah budak lelaki itu. Dahinya dipegang.

    Terhincut-hincut dia menahan sakit di kaki.

    Oi, jangan ingat saya terlanggar awak, awak boleh

    cakap macam-macam pada saya, tau? Tolong jaga sikit mulut

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    6/153

    Lovin' You

    6

    awak tu! Dasar putera bongkak! Awak ingat awak jadi pujaan

    ramai, saya takut ke? marah Kotomi.

    Buku dan ail yang tergeletak di atas lantai dikutip.

    Dia segera berlalu pergi, meninggalkan budak lelaki itu.

    Sebelum sempat dia keluar dari Dewan Besar itu, budak lelaki

    itu memanggilnya kembali. Kotomi lekas berpaling.

    Ada apa? Kotomi bertanya dengan kasar.

    Mahu sahaja dia menampar budak lelaki itu. Dia

    memang pantang dihina sebegitu. Lebih-lebih lagi oleh kaum

    lelaki. Dalam kelembutan dan kesabaran yang dimilikinya, itu

    tidak bermaksud dia akan berdiam diri jika dihina dengan

    panggilan perempuan murah.

    Hoi, budak kecik! Jangan biar aku jumpa lagi

    dengan kau! Kalau tidak, teruk kau aku kenakan! Marah

    budak lelaki itu.Kotomi menjelirkan lidahnya. Tanpa berkata apa-

    apa lagi, dia segera meninggalkan budak lelaki itu yang masih

    terjerit-jerit memanggilnya.

    KIRA menghempaskan begnya ke atas meja. Toma, Shin

    dan Hiro yang leka bermain PSP menoleh ke arahnya. Kira

    mendengus kuat.

    Kenapa ni? Nampak marah semacam aje? tanya

    Shin. Dia mengambil tempat duduk di sisi Kira.

    Toma dan Hiro turut berdiri berhadapan dengan

    Kira.

    Masing-masing hairan melihat wajah masam Kira.

    Aku jumpa perempuan gila tadi, kata Kira tanpa

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    7/153

    Haruno Hana

    7

    berdolak-dalih. Peristiwa tadi masih segar berputar di kotak

    memorinya.

    Perempuan gila? Maksud kau kumpulan Si Yui

    yang tergila-gilakan kau tu ke? tanya Hiro.

    Bukan.

    Habis tu?

    Perempuan gila tu langgar aku. Dah la otak aku

    tengah serabut masa tu, aku tengking dia. Dia minta maa.Aku tengking dia lagi. Lepas tu dia buat hal. Ada ke patut

    perempuan tu tunjal dahi aku? Dahlah kuat, dia pijak pulak

    kaki aku. Geram betul aku dengan budak tu, terang Kira.

    Dia menggosok dahinya yang masih terasa sakit.

    Salah kau jugak. Budak tu dah minta maa, tapi

    kau tengking balik budak tu, mana budak tu tak bengang. Dia

    juniorkita ke? Toma mencelah.

    Aku rasa budak tu junior kita. Tengok badan dia

    kecik semacam aje. Rasa-rasanya tinggi dia paras dada aku

    aje, kata Kira lagi.

    Tubuh kecil molek gadis yang menyerangnya tadi

    terbayang di minda.

    Keciknya. Kau tu dahlah tinggi macam ziraah,kata Toma lagi.

    Hiro dan Shin ketawa.

    Kira turut tersenyum.

    Aku bukannya nak marah sangat budak tu pasal

    dia langgar aku. Tapi, yang aku geram sebab dahi dan kaki

    aku jadi mangsanya. Tak padan kecik, sakit gila dibuatnya,kata Kira lagi.

    Kalau kau jumpa dia lagi, kau nak buat apa? tanya

    Shin.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    8/153

    Lovin' You

    8

    Kira tersengih. Kau akan tahu nanti.

    NORI dan Ran mendekati Kotomi yang sedang mengelamun

    di tingkap. Bahu Kotomi ditepuk mesra.

    Kotomi segera menoleh.

    Korang rupanya. Kenapa? tanya Kotomi.

    Dia melempar pandangan ke luar tingkap,

    memerhatikan kolam air terjun yang terletak di taman

    sekolah. Beberapa orang pelajar sedang berada di taman itu

    bersama dengan kanvas putih dan alatan melukis. Mungkin

    para pelajar dari jurusan seni lukis, kirnya.

    Dari tadi lagi kita orang tengok kau termenung

    aje. Kenapa? Kau ada masalah? tanya Ran.Kotomi menggelengkan kepalanya.

    Tak ada apa-apalah. Jangan bimbang, kata Kotomi

    sambil mengukirkan senyum di bibir.

    Ini tahun kedua Kotomi belajar di sini. Jika nenek

    saudaranya tidak bermurah hati membiayai pelajarannya di

    sekolah elit ini, mungkin Kotomi tidak akan berada di sini.Nenek saudaranya bekerja sebagai ketua pembantu

    rumah di sebuah rumah orang kaya.

    Hampir kesemua pelajar yang bersekolah di sini

    berasal daripada golongan berada.

    Begitu juga dengan Nori serta Ran. Ibu bapa mereka

    merupakan ahli perniagaan yang berjaya.Sementara ibunya hanya bekerja sebagai pendandan

    rambut di Hokkaido.

    Walaupun begitu, kedua-dua sahabat karibnya

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    9/153

    Haruno Hana

    9

    menerima Kotomi seadanya tanpa mengambil kira latar

    belakangnya.

    Selama ibunya di Hokkaido, Kotomi tinggal di

    rumah nenek saudaranya. Namun kini, nenek saudaranya

    telah ke Hokkaido dan akan menetap di sana selama enam

    bulan. Kotomi akan tinggal dengan majikan neneknya dalam

    tempoh itu.

    Betul kau tak ada masalah? tanya Nori.

    Betul, aku tak ada masalah. Sekarang ni masa

    rehat, kan? Jom ke kae. Aku dah lapar ni. Kata Kotomi.

    Wajahnya diceriakan. Dia memaut lengan kedua-dua

    sahabatnya itu, berjalan keluar dari kelas.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    10/153

    Lovin' You

    10

    K

    OTOMI, kamu dah siap?

    panggil Mak Cik Inoue dari

    luar pintu.

    Pintu dibuka. Kotomi keluar dari bilik itu. Seragam

    hitam putih tersarung di tubuh kecilnya.

    Mak Cik Inoue tersenyum.

    Baju tu memang sesuai dengan kamu, puji Mak

    Cik Inoue.

    Gaun hitam paras peha pembantu rumah itu

    memang sesuai dengan Kotomi. Tambahan pula, Kotomi

    mengikat satu tocang di sebelah kanan kepalanya. Apron

    putih dipakai.

    Mak Cik Inoue? tegur Kotomi.

    Ya?

    Kenapa gaun ni paras peha? Siap ada legging

    hitam paras betis lagi. Saya tengok gaun pembantu rumah

    yang lain paras betis semuanya, tak macam saya pun? tanya

    Kotomi.

    Bab3

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    11/153

    Haruno Hana

    11

    Dia merasakan pertanyaan itu sesuatu yang

    melucukan, namun dia tidak dapat menahan dirinya daripada

    bertanyakan soalan itu. Benar, kesemua pembantu rumah

    yang lain diperhatikannya memakai sut paras betis, tetapi

    kenapa dia berbeza? Ada sesuatu ke?

    Puan sendiri yang pilih baju ni. Kalau nak tahu,

    tanyalah puan. Tapi, mak cik tengok baju ni sesuai dengan

    kamu. Lagipun kamu masih lagi remaja, jawab Mak Cik

    Inoue.Dia menggosok lembut kepala Kotomi. Kotomi

    dipandangnya dengan perasaan kasih.

    Kotomi mengangguk.

    Bila mak cik nak kenalkan saya dengan yang lain?

    tanya Kotomi.

    Mari, semua dah menunggu kamu di dapur. Jom,ajak Mak Cik Inoue.

    Tangan Kotomi ditarik. Mereka berdua menuju ke

    dapur. Sepanjang perjalanan, Kotomi melihat keadaan rumah

    agam itu. Mewah, tetapi tiada kedengaran gelak ketawa

    penghuninya.

    Mak Cik Inoue telah memberitahunya, rumah agamini dipanggil Haru Mansion. Ada sepuluh buah bilik, lima

    buah bilik tetamu, sebuah perpustakaan, sebuah gimnasium,

    dua ruang tamu, sebuah galeri dan dua kolam renang di

    rumah ini. Itu tidak termasuk dengan taman bunga ros yang

    diusahakan oleh Puan Masashi. Kawasan bilik pembantu

    rumah terletak di bahagian selatan rumah agam itu.

    Perpustakaan, gimnasium serta galeri terletak di bahagianutara manakala ruang tamu digabung dan terletak di ruang

    tengah Haru Mansion. Arca dewi kristal yang dilihatnya

    tempoh hari menandakan sempadan dua ruang tamu itu.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    12/153

    Lovin' You

    12

    Kotomi, selamat datang ke Haru Mansion, ucap

    Mak Cik Inoue.

    Pintu berukir indah di hadapannya dibuka.

    Kesemua pembantu rumah sudah berkumpul di dapur.

    Kotomi tergamam. Dia tidak menyangka hanya

    seramai ini pembantu rumah di Haru Mansion. Dua orang

    gadis mendekati Kotomi.

    Selamat berkenalan, Kotomi. Kita sudah berjumpa

    semalam. Saya Miyuki. Ini adik kembar saya, Fuyuki, sapa

    gadis itu.

    Mereka berdua tunduk hormat kepada Kotomi.

    Begitu juga dengan Kotomi.

    Mereka berdua anak saya. Kotomi, kenalkan ini

    Mak Cik Nami, dia ketua tukang masak di sini. Michiko dan

    Seshuke merupakan pembantunya. Ini pula....

    Seorang demi seorang diperkenalkan kepada

    Kotomi. Mereka semuanya mesra dengan Kotomi, sedikit

    sebanyak melegakan Kotomi.

    Sedang mereka asyik berbual, pintu dibuka.

    Seorang lelaki tua masuk ke dapur. Lelaki tua itu kelihatan

    kemas bersut hitam.

    Kotomi, kenalkan. Ini Pak Cik Ozu, dia merupakan

    butler merangkap pembantu tuan muda kita. Pak Cik Ozu

    antara pembantu yang sudah lama bekerja di sini, sama

    seperti nenek saudara kamu, terang Mak Cik Inoue.

    Kotomi mengangguk. Dia mendekati lelaki tua itu.

    Apa khabar? Saya Kinimoto Kotomi, pembantubaru di sini. Sila beri tunjuk ajar, ujar Kotomi. Dia tunduk

    hormat di hadapan Pak Cik Ozu.

    Pak Cik Ozu tersenyum.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    13/153

    Haruno Hana

    13

    Panggil pak cik, Pak Cik Ozu. Pak cik dah lama

    kenal dengan nenek saudara kamu. Jangan bimbang, anggap

    aje kami semua ni macam keluarga kamu, pesan Pak Cik

    Ozu.

    Betul apa yang Pak Cik Ozu katakan tu. Lagipun,

    kami berdua ada, kata Fuyuki.

    Kedua-dua kembar itu memaut lengan Kotomi.

    Betullah tu. Hari-hari kamu kena usik dek kembar

    berdua tu. Kata Pak Cik Ozu lagi.

    Kotomi ketawa senang hati. Terima kasih, semua.

    AIR teh dituang ke dalam cawan, lantas dihulurkan kepada

    anak majikannya.Kira meletakkan majalah yang dibacanya di atas

    meja. Air teh yang dihulurkan oleh Pak Cik Ozu dihirup

    perlahan. Dia memerhati suasana taman bunga ros ibunya.

    Puan Masashi memang gemar menanam bunga, terutamanya

    bunga ros. Jika ibunya tiada masa, ibunya akan menyuruh

    tukang kebun menyelanggarakan taman itu. Pelbagai warna

    bunga ros dapat diperhatikan. Ros merah, kuning, merah

    jambu serta ros putih. Setiap hari, bunga ros itu akan dipetik

    dan diletakkan di dalam vas di ruang tamu. Bapanya tidak

    pernah menghalang minat ibunya itu.

    Tuan muda?

    Ya?

    Tuan muda dah jumpa dengan cucu saudara Mak

    Cik Ono tu? tanya Pak Cik Ozu.

    Kira menggeleng.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    14/153

    Lovin' You

    14

    Pak cik dah jumpa dengan budak tu? tanyanya.

    Tengah hari tadi. Kalau tuan muda nak jumpadengan dia, pak cik boleh tolong panggilkan.

    Tak perlulah, pak cik. Lagipun, budak tu sama

    sekolah dengan saya. Pak cik tau, kan? Saya tak suka kalau

    perkara tu terjadi dalam rumah ni. Dahlah jumpa kat rumah,

    kat sekolah pun kena jumpa juga ke? kata Kira.

    Dia melempar pandang ke arah taman bunga.

    Mustahil lelaki tua itu tidak mengetahui apa yang

    dimaksudkan olehnya, sedangkan Pak Cik Ozu merupakan

    orang yang paling memahami dirinya. Bukan bapanya. Bukan

    juga ibunya. Hanya kepada lelaki tua itulah dia mencurahkan

    segala perasaannya.

    Pak Cik Ozu mengangguk. Dia aham apa yang

    dimaksudkan oleh remaja itu. Sudah beberapa kali Kiramemberitahu masalah dia diganggu oleh pelajar perempuan

    di sekolah. Ke mana sahaja Kira melangkah, pasti ada

    beberapa orang pelajar perempuan yang mengikutnya. Setiap

    hari, pasti ada surat cinta yang diselit ke dalam lokar Kira.

    Kadang-kadang, ada juga pelajar yang berani meluahkan

    perasaannya di hadapan Kira. Namun, semuanya ditolak

    mentah-mentah oleh Kira. Kira cukup membenci sesiapayang mengganggunya seperti itu.

    Pak cik, panggil Kira perlahan. Matanya masih

    tertumpu pada taman bunga.

    Ya?

    Nampaknya, tak semua pelajar perempuan sama.

    Tadi, saya bertemu dengan seorang gadis yang berbeza.

    Apa maksud tuan muda? tanya Pak Cik Ozu penuh

    sabar. Dia memandang wajah anak muda itu.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    15/153

    Haruno Hana

    15

    Kira mengeluh.

    Memang pertemuan tadi menyakitkan hati, tapidia betul-betul berbeza. Semasa saya nak ke kelas tadi, gadis

    tu terlanggar saya. Memang saya yang salah sebab tengking

    dia walaupun dia minta maa, tapi saya memang tidak dapat

    tahan kemarahan saya tadi. Kesian pulak kat dia tu. Teruk

    kena tengking. Dia minta maa beberapa kali, tapi saya tetap

    tengking dia. Yang lucunya, dia tujah dahi saya sebab tak

    tahan kena tengking. Kaki saya pula yang dipijaknya. Dia pulayang marahkan saya. Ada ke dia panggil saya putera

    bongkak? kata Kira. Dia ketawa kecil.

    Pak Cik Ozu masih senyap, membiarkan Kira habis

    bercerita.

    Biasanya, kalau saya marah pada pelajar

    perempuan, mereka akan minta maa balik pada saya. Malah,mereka tak berani nak kata apa-apa. Tapi, budak tu berani

    lawan saya balik. Selama tiga tahun saya belajar di situ, saya

    tak pernah lagi jumpa dengan gadis yang macam tu, kata

    Kira lagi. Ketawanya masih lagi berterusan. Wajahnya juga

    kelihatan ceria.

    Pak cik gembira bila tengok tuan muda macam

    ni, kata Pak Cik Ozu.

    Apa maksud pak cik? tanya Kira kehairanan. Dia

    mengangkat wajah, memandang seraut wajah tenang lelaki

    tua itu.

    Pak Cik Ozu mengukir senyum.

    Selama ini, pak cik tak pernah lihat wajah tuan

    muda segembira ini ketika bercerita tentang pelajarperempuan di sekolah tuan muda. Biasanya, tuan muda akan

    mengutuk mereka, tetapi hari ini tuan muda nampak

    gembira sangat, terang Pak Cik Ozu.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    16/153

    Lovin' You

    16

    Kira tergamam.

    Betul ke apa yang Pak Cik Ozu katakan? Tapi, gadisitu benar-benar berbeza. Aku harap aku akan bertemu lagi

    dengannya walaupun pertemuan akan datang akan

    menyakitkan hati.

    Pak cik masuk ke dalam dulu. Pak cik perlu ke

    dapur. Sekejap lagi pak cik akan datang lagi.

    Kira mengangguk. Tumpuannya kini pada taman

    bunga ros. Namun, ada sesuatu yang sedang bermain di

    kirannya ketika ini. Wajah gadis itu dan tingkah gadis itu

    bermain di kirannya.

    MIYUKI

    , nak tanya sikit boleh?Miyuki bangun daripada pembaringannya. Dia

    melihat ke arah Kotomi. Fuyuki masih lagi mengemas di

    dapur. Kini, hanya dia dan Kotomi sahaja yang berada di

    dalam bilik.

    Pada mulanya, hanya Miyuki dan Fuyuki yang

    tinggal di dalam bilik itu. Tetapi, ibu mereka tidak

    membenarkan Kotomi tinggal seorang diri di bilik sebelah,

    lantas kedua-dua kembar itu mempelawa Kotomi untuk

    tinggal sebilik dengan mereka.

    Apa dia? tanya Miyuki.

    Tadi, Mak Cik Inoue bawa saya melawat kawasan

    rumah ni. Ada sebuah bilik yang terletak berhadapan dengan

    taman bunga ros Puan Masashi. Mak Cik Inoue kata bilik itusentiasa berkunci, dan kita tidak dibenarkan mendekati bilik

    itu. Kenapa, Miyuki? soal Kotomi.

    Kita memang tak dibenarkan mendekati bilik itu.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    17/153

    Haruno Hana

    17

    Apatah lagi memasukinya. Sebenarnya, bilik itu kepunyaan

    tuan muda. Hanya Pak Cik Ozu sahaja yang dibenarkan

    masuk. Apa yang ada di dalam bilik tu, kami tak tahu. Tuan

    muda juga tidak membenarkan tuan dan puan masuk ke

    dalam bilik itu, kata Miyuki tanpa berselindung.

    Tapi, kenapa

    Kami tak tahu. Apa yang pasti, dulu ada seorang

    lelaki yang bekerja di sini sebagai tukang kebun pernah

    masuk ke dalam bilik itu. Selepas tuan muda dapat tahu,teruk lelaki tu kena marah. Tak lama kemudian, lelaki tu

    berhenti kerja, celah Fuyuki yang baru sahaja masuk ke

    dalam bilik. Dia memegang sepiring buah epal yang telah

    dipotong. Dia menghulurkan piring itu kepada Miyuki dan

    Kotomi.

    Lelaki tu tak beritahu ke apa yang ada dalam biliktu? tanya Kotomi lagi. Dia mengunyah potongan epal yang

    diberikan oleh Fuyuki.

    Fuyuki menggeleng.

    Sejak hari tu, tak ada siapa yang berani pergi dekat

    dengan bilik tu, kata Miyuki pula.

    Kotomi diam. Mindanya ligat berkir. Apa yang

    hebat sangat pasal bilik tu hinggakan tuan muda tak

    benarkan sesiapa pun mendekati bilik itu?

    Tak payah kirkan lagi pasal bilik tu. Esok kita

    kena ke kolej, Kotomi pula perlu ke sekolah. Tidurlah. Dah

    lewat ni, kata Fuyuki sambil melemparkan bantal peluknya

    ke arah Miyuki.

    Miyuki segera menepis.

    Orang nak tidur tak ada main lempar-lempar

    bantal, tau. Kata Miyuki berpura-pura marah.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    18/153

    Lovin' You

    18

    Sejurus kemudian, anak patung beruang Kotomi

    menjadi mangsa lemparan Miyuki. Anak patung itu tepat

    mengenai muka Fuyuki. Riuh bilik itu dengan gelak ketawa

    mereka bertiga.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    19/153

    Haruno Hana

    19

    B

    ETUL ke kamu tak nak

    tumpang tuan muda? Tak

    perlu kamu susah payah

    kayuh basikal ke sekolah, pujuk Mak Cik Inoue.

    Kotomi sudah bersiap untuk ke sekolah. Dari dia

    bersiap-siap di bilik sehinggalah dia bersedia untuk

    menunggang basikal, sudah berkali-kali wanita itu

    memujuknya untuk ke sekolah dengan tuan muda. Sudah

    berkali-kali juga dia menolak pelawaan wanita itu. Katanya,

    dia lebih selesa ke sekolah dengan menunggang basikalnya.Tak apalah, mak cik. Saya ke sekolah dulu, kata

    Kotomi.

    Mak Cik Inoue mencium dahi gadis itu sebelum

    Kotomi menunggang basikal keluar dari pekarangan Haru

    Mansion.

    Jarak HIHS dengan Haru Mansion hanyamengambil masa lima belas minit jika dia berbasikal. Jalan

    menuju ke HIHS juga lengang kerana sekolah itu terletak di

    dalam kawasan perumahan elit. Sebarang kemasukan ke

    Bab4

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    20/153

    Lovin' You

    20

    dalam kawasan perumahan ini akan dicatat. Kotomi

    menghidupkan MP3nya. Lagu Flower Lady dendangan

    kumpulan kegemarannya, Tohoshinki berkumandang di

    telinga. Dia menyanyi perlahan. Tanpa disedarinya, sebuah

    kereta sedang bergerak di belakangnya. Bunyi hon kereta

    menarik perhatiannya. Kotomi berhenti mengayuh basikalnya

    lantas menoleh ke belakang. Sebuah kereta Bentley hitam

    metalik berada di belakangnya. Kotomi mengerutkan dahi.

    Dia turun dari basikalnya.Siapa tu?

    Pintu kereta dibuka. Sesusuk tubuh yang

    dikenalinya keluar dari kereta mewah itu.

    Pak Cik Ozu!

    Pak Cik Ozu berjalan mendekati Kotomi.

    Kira yang berada di dalam kereta terkejut. Dia kenalbenar dengan gadis yang menunggang basikal itu. Itu gadis

    yang berani menengking dia kembali tempoh hari. Kakinya

    yang dipijak oleh gadis itu terasa berdenyut kembali.

    Budak kecik tu cucu saudara Mak Cik Ono ke? Gila!

    Kotomi nak ke sekolah ke? Kenapa tak pergi

    dengan tuan muda sekali? tanya Pak Cik Ozu.Tak perlulah, pak cik. Menyusahkan aje, balas

    Kotomi. Dia tidak menyedari tingkahnya itu diperhatikan

    oleh Kira yang masih berada di dalam kereta.

    Tak apalah. Pak cik hantar tuan muda ke sekolah

    dulu. Tunggang basikal baik-baik ye, Kotomi. Hati-hati,

    pesan Pak Cik Ozu.

    Kotomi mengangguk.

    Baiklah, pak cik. Saya pergi dulu, kata Kotomi.

    Dia kembali menunggang basikalnya.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    21/153

    Haruno Hana

    21

    Setelah Kotomi hilang dari pandangan barulah Pak

    Cik Ozu masuk kembali ke dalam perut kereta.

    Itu ke cucu saudara Mak Cik Ono? tanya Kira

    sebaik sahaja lelaki tua itu masuk ke dalam kereta.

    Pak Cik Ozu mengangguk. Namanya Kotomi. Pak

    cik harap tuan muda boleh berkawan dengannya.

    Kira senyum sinis. Pak cik jangan bimbang. Saya

    akan berkawan baik dengan budak tu nanti.

    Kira ketawa di dalam hati. Hanya dia sahaja yang

    aham maksud kata-katanya tadi. Gadis itu sudah ditemui.

    Dia akan melaksanakan rancangannya tak lama lagi.

    AKU dah jumpa budak tu!Shin mengalih pandang dari komik yang dibacanya.

    Toma dan Hiro masih setia menonton video klip

    ciptaan Hiro yang dimuat naik (upload) di dalam laptop.

    Sesekali, ketawa mereka berdua memecah suasana.

    Kelas mereka riuh dengan gelak ketawa pelajarnya.

    Jam baru sahaja menunjukkan pukul lapan empat puluh limapagi. Dua masa pertama hari ini ialah mata pelajaran

    Pendidikan Jasmani. Sebentar lagi, mereka perlu ke padang.

    Walaupun HIHS merupakan sekolah persendirian, namun

    mata pelajaran yang dibenci oleh kebanyakan pelajar itu

    masih lagi diteruskan.

    Kau jumpa dia kat mana?

    Kau ingat tak, aku ada beritahu korang semua

    pasal gadis yang menggantikan pembantu rumah aku tu?

    Takkanlah....

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    22/153

    Lovin' You

    22

    Memang dia! kata Kira tanpa menunggu Hiro

    menghabiskan ayatnya.

    Hiro mengerutkan dahinya.

    Toma menggeleng-gelengkan kepalanya.

    Ketiga-tiga sahabatnya tidak tahu apa yang patut

    dikatakan lagi.

    Oh... gadis tu patut menyesal sebab buat kau

    macam tu, kata Hiro setelah sekian lama mendiamkan diri.Aku sokong cakap Hiro. Gadis tu memang tak

    patut buat kau macam tu, kata Shin pula.

    Toma mengangguk.

    Kira tersengih. Korang jangan bimbanglah. Aku

    ada plan baik ni. Nak tahu tak?

    Mereka bertiga mendekati Kira.Waktu untuk Pendidikan Jasmani telah tiba,

    kesemua rakan sekelas mereka telah menuju ke bilik

    persalinan.

    Namun itu semua tidak dihiraukan oleh mereka

    berempat. Shin, Hiro serta Toma sedang khusyuk mendengar

    apa yang diperkatakan oleh Kira. Sesekali mereka berempat

    akan ketawa. Setelah Kira menghabiskan ayatnya, kesemua

    rakannya ketawa besar.

    Baik punya plan. Kau teruskanlah. Kami bertiga

    akan tolong kau laksanakan plan kau nanti kalau kau

    perlukan kami, kata Hiro.

    Kira tersengih. Terima kasih, semua.

    Tapi kau lupa satu perkara! celah Shin.

    Apa dia?

    Shin tersengih. Kalau kau nak kenakan budak tu

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    23/153

    Haruno Hana

    23

    berpada-padalah, jangan teruk sangat. Sekadar kejutkan dia

    aje.

    Kira diam sejenak. Dia sedang memikirkan sesuatu.

    Tiba-tiba, dia tersenyum. Aku rasa aku tahu apa patut aku

    buat kalau nak ikutkan konteks berpada-pada kau tu. Kau

    tak payah bimbanglah.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    24/153

    Lovin' You

    24

    KOTOMI keluar dari biliknya

    sebaik sahaja dia selesai

    membersihkan dirinya. Uniorm

    hitam putih itu tersarung di tubuhnya. Kotomi tersenyum

    puas. Dia perlu menemui Mak Cik Inoue dahulu sebelum

    dia memulakan tugasnya. Sementelah lagi dia tidak tahu apa

    yang patut dilakukan.

    Mak Cik Inoue, sapa Kotomi.

    Mak Cik Inoue sedang menyusun kuntuman bunga

    ros di ruang tamu. Beberapa kuntuman bunga ros sudahdigubah cantik oleh Mak Cik Inoue. Kamu dah makan?

    Kotomi mengangguk. Apa tugas saya, mak cik?

    Kamu pergi tolong Pak Cik Watabiki di rumah

    kaca. Dia tengah menyusun pasu dalam tu. Mungkin dia

    perlukan bantuan kamu, cadang Mak Cik Inoue.

    BaSebelum sempat dia menghabiskan ayatnya,

    seseorang telah mencelah percakapannya. Kotomi merasakan

    ada tangan yang diletakkan pada bahunya.

    Bab5

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    25/153

    Haruno Hana

    25

    Dia boleh tolong Pak Cik Ozu kemas bilik bacaan

    saya. Boleh, mak cik?

    Kotomi tergamam. Dia segera menoleh ke belakang.

    Dia terperanjat besar melihat Kira. Awak?

    Kira tersengih. Cengkamannya pada bahu Kotomi

    dikuatkan lagi. Kira menghadiahkan senyuman kepada

    Kotomi sebelum dia bercakap dengan Mak Cik Inoue.

    Jantung Kotomi semakin laju berdegup. Dia

    langsung tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi

    mangsanya tempoh hari merupakan anak majikan nenek

    saudaranya. Tidak!!! Mahu sahaja dia lari dari situ.

    Baiklah. Kotomi, kamu pergi tolong tuan muda,

    boleh? tanya Mak Cik Inoue, tidak menyangka bahawa ada

    sesuatu yang telah terjadi di antara mereka berdua.

    Errr emmm baik baiklah.

    Tanpa ada pilihan lain, Kotomi bersetuju.

    Mak Cik Inoue menghilang ke dapur.

    Hanya tinggal Kotomi dan Kira sahaja di ruang

    tamu.

    Budak kecil, sekarang ni kau pembantu di rumah

    ni. Aku akan minta dengan Mak Cik Inoue, kau akan jadi

    pembantu peribadi aku. Kau tentu gembira, boleh jumpa

    dengan aku sekali lagi, kan? kata Kira sarkastik. Dia

    memandang sinis ke arah Kotomi.

    Kotomi mendengus. Wajahnya dimasamkan.

    Namun, dalam hati tiada siapa yang tahu betapa takutnya dia.

    Dia tahu lelaki yang diserangnya tempoh hari merupakanpujaan gadis di sekolahnya, namun dia sama sekali tidak

    menyangka bahawa nenek saudaranya bekerja untuk keluarga

    Masashi. Apa yang dia tahu, anak majikan nenek saudaranya

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    26/153

    Lovin' You

    26

    turut belajar di sekolah yang sama dengannya. Salahnya juga,

    tidak ambil tahu nama keluarga majikan nenek saudaranya.

    Awak ingat saya pembantu di sini awak boleh ejek

    saya sesuka hati? Awak...

    Kira menyambar lengan Kotomi tanpa berkata

    sepatah pun. Dia menarik Kotomi menuju ke bilik bacaannya.

    Pintu bilik dibuka. Dia menolak Kotomi ke dalam.

    Lembut sikit boleh tak? marah gadis itu. Dia

    memegang lengannya yang ditarik kasar oleh Kira.

    Kira tersengih.

    Kau yang pijak kaki aku tempoh hari tu tak apa

    pulak? tanya Kira.

    Yang awak ejek saya tu kenapa? Tanggung

    sendirilah!

    Kotomi ingin keluar dari bilik itu, namun tangan

    kasar Kira sempat mencapai lengannya. Sekali lagi dia

    terdorong ke dalam bilik.

    Kira tidak melepaskan lengan Kotomi, tidak

    membenarkan gadis itu keluar dari bilik bacaannya.

    Kotomi merenung tajam ke arah Kira.

    Awak ni kenapa? marahnya.

    Sudah dua kali dia ditarik dengan kasar oleh Kira.

    Ikutkan hati, mahu sahaja dia menendang kaki budak

    sombong itu. Namun apabila mengenangkan nenek

    saudaranya bekerja dengan ibu bapa budak lelaki itu, dia

    terpaksa mengalah.

    Aku takkan lepaskan kau. Kau kena janji dulu,jangan nak lari lagi, gertak Kira. Dia menguatkan

    cengkamannya.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    27/153

    Haruno Hana

    27

    Kotomi mengaduh kesakitan. Yelah, yelah. Awak

    nak saya buat apa?

    Kira melepaskan pegangannya.

    Kotomi segera mengusap lengannya. Kulit

    lengannya kemerah-merahan akibat cengkaman Kira yang

    kuat.

    Simpati menguasai diri Kira apabila melihat lengan

    Kotomi yang kemerahan dek cengkamannya. Sakit ke?

    Lembut dia bertanya.

    Kotomi menggeleng. Apehal pulak dengan mamat

    ni? Nak buat baik dengan aku pulak tu.

    Awak nak saya buat apa? tanyanya malas.

    Dia malas mahu melayan perangai anak majikan

    nenek saudaranya itu. Kotomi melihat sekeliling bilik bacaankepunyaan Kira. Hatinya tercuit. Bilik bacaan ini memang

    cantik. Warna pastel biru melatari dinding. Langsir putih

    menghiasi tingkap dan pintu lungsur.

    Kau tolong aku buang barang yang dah lama ni.

    Bawa ke tempat pembakaran. Dah banyak kertas yang

    bertimbun dalam ni. Ikut aku.

    Tanpa banyak soal, Kotomi mengikut langkah Kira.

    Nampaknya, Kira dah berlembut dengan dia.

    Kira mengeluarkan beberapa buah kotak sederhana

    besar dari bawah meja belajarnya.

    Kotomi menjenguk isi kotak itu. Sebahagian besar

    isi kotak itu mengandungi nota-nota muzik. Terdapat not-not

    muzik yang terlakar di atas kertas-kertas itu. Kotomi dudukdi atas lantai bersebelahan dengan Kira.

    Awak nak buang semua not muzik ni? tanyanya.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    28/153

    Lovin' You

    28

    Kotomi mengambil sehelai daripada not muzik itu.

    Dia meneliti apa yang ditulis di atasnya.

    Kira mengalihkan tumpuannya dari bawah meja

    belajarnya. Dia baru sahaja ingin berkata sesuatu, namun apa

    yang sedang dilakukan oleh Kotomi menarik minatnya.

    Kotomi cuba menyanyikan lagu itu.

    Kira tersenyum. Dia menarik helaian kertas itu dari

    Kotomi.

    Kalau tak tahu nak nyanyi lagu ni, lebih baik

    jangan nyanyi langsung, usik Kira. Dia mengusap kepala

    Kotomi, seolah-olah Kotomi itu adiknya.

    Kotomi mencebik. Tangan Kira ditolak. Suka

    hatilah!

    Kira tersengih. Dah. Jangan kacau, tolong aku

    kemas kertas-kertas ni.

    Semua not muzik ni awak yang karang ke? tanya

    Kotomi.

    Tangan Kira berhenti secara mendadak. Pertanyaan

    Kotomi menyentap jantungnya.

    Kotomi mengerutkan dahinya. Kira seolah-olah

    terperanjat dengan pertanyaannya. Awak?

    Kira menggeleng. Dah, buat aje kerja tu. Tak payah

    banyak tanya. Aku nak keluar sebentar, jangan usik apa-apa

    kecuali barang-barang ni aje. Aku keluar dulu.

    Tanpa menoleh ke arah Kotomi, Kira segera keluar

    dari bilik bacaannya.

    Salah ke apa yang aku tanya? tanyanya sendirian.Kira yang berada di luar bilik sedang berdiri

    membelakangi pintu. Tapak tangannya menekup muka,

    naasnya sesak, dadanya berombak. Dia ingin memarahi

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    29/153

    Haruno Hana

    29

    dirinya sendiri kerana membiarkan Kotomi melihat semua

    not muzik itu. Namun itu salahnya juga, dia yang meminta

    Kotomi menolongnya. Muka Kira bertambah merah. Dia

    perlukan Pak Cik Ozu, sekarang juga!

    TUAN MUDA KIRA suruh Kotomi buat apa tadi? tanya

    Miyuki.Seperti biasa, mereka bertiga akan bersembang

    dahulu sebelum tidur.

    Kotomi mendongak memandang siling bilik.

    Patung beruangnya dipeluk erat.

    Dia minta tolong kemaskan barang dia. Tu aje,

    katanya perlahan.Peristiwa petang tadi masih terbayang di mindanya.

    Kira langsung tidak masuk semula ke dalam bilik bacaan

    setelah dia keluar. Kotomi hanya menyusun kembali kotak-

    kotak itu di tepi meja belajar dan meninggalkannya di situ

    begitu sahaja. Dia bimbang jika dia membakar kesemua isi

    kotak-kotak itu, mungkin masih ada benda lain yang masih

    belum diambil oleh Kira.

    Tak ada perkara lain? Tanya Fuyuki pula.

    Kotomi menggeleng. Selimutnya dibawa rapat ke

    dagu. Dia berpusing ke kiri dan menyembunyikan mukanya

    dengan patungnya.

    Miyuki dan Fuyuki hanya berpandangan sesama

    sendiri.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    30/153

    Lovin' You

    30

    K

    AU dah jumpa dengan

    budak tu? tanya Shin.

    Kira hanya

    mengangguk. Dia menekup muka ke meja.

    Shin mengalih pandang ke arah Toma dan Hiro,

    namun kedua-dua sahabatnya itu hanya mampu mengangkat

    bahu. Shin menepuk bahu Kira.

    Kau ada masalah? Biasanya kau ada masalah kalau

    kau macam ni. Ibu bapa kau ungkit pasal benda tu lagi?

    tanya Shin.

    Benda itulah yang sering menimbulkan masalah

    di dalam diri Kira sekali gus boleh merenggangkan hubungan

    Kira dengan kedua-dua ibu bapanya. Mereka bertiga sudah

    aham apa yang berlaku di dalam keluarga Kira.

    Bukan pasal benda tu, kata Kira. Dia mengangkat

    wajah dan memerhati ke luar tingkap.Habis tu?

    Aku minta tolong budak tu kemaskan barang aku,

    Bab6

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    31/153

    Haruno Hana

    31

    aku benarkan dia tengok kertas-kertas tu. Lepas tu, dia tanya

    aku sama ada aku yang karang not-not muzik. Aku rasa sakit

    hati, aku terbayang wajah bapa aku. Aku ingat kata-kata dia,

    aku rasa nak marah aje masa tu, katanya perlahan.

    Kau marahkan budak tu? tanya Toma.

    Kira menggeleng. Aku terus tinggalkan bilik tu

    dan tak cakap apa-apa. Aku tak dapat tahan perasaan aku

    masa tu. Aku betul-betul tak tahan.

    Kira menekup mukanya semula.

    Hiro mengeluh. Kau tak nak jumpa budak tu ke?

    Kira segera mendongak. Untuk apa?

    Mungkin kau rasa biasa aje, tapi aku rasa kau perlu

    jumpa dia. Dia tentu pelik kenapa kau senyap masa tu,

    mungkin dia kir kau marahkan dia. Sebelum ni, dia tentu

    tak kisah kalau kau marah atau mengamuk sebab kau bukan

    majikan dia lagi. Selepas dia bekerja dan tinggal di rumah

    kau tentu dia rasa tak selesa kalau kau marah dia. Kau selesa

    ke kalau kau tinggal serumah dengan orang yang bencikan

    kau? Mungkin itu apa yang budak tu rasakan sekarang.

    Hiro tersengih melihat muka Kira yang blur. Kita

    orang boleh tolong kau. Mari, kita ke kelas dia. Kita ke akultiseni. Kau pernah kata dia pelajar jurusan seni, kan?

    LOCENG berdering menandakan masuknya waktu rehat.

    Kebiasaannya, para pelajar akan menuju ke kae sekolah

    untuk memenuhkan perut masing-masing. Namun, ada jugasegelintir pelajar yang lebih selesa berada di kawasan taman

    sekolah.

    Seperti yang dijanjikan oleh Hiro, mereka berempat

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    32/153

    Lovin' You

    32

    akan pergi menemui Kotomi. Kira, Shin, Hiro serta Toma

    berjalan beriringan menuju ke bangunan akulti seni.

    Seperti biasa, pelajar-pelajar perempuan akan

    berhenti berjalan dan memerhatikan mereka berempat,

    terutamanya Kira. Walaupun dia menjadi tumpuan hampir

    kesemua gadis di sekolah itu, Kira tetap tidak mempedulikan

    mereka. Bahkan, dia sendiri tidak mempunyai kekasih. Begitu

    juga dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berempat lebih

    senang dengan status solo masing-masing.Itu kelas seni tahun kedua, kan?

    Kira mengangguk. Dia menjenguk ke dalam kelas.

    Hanya kelihatan beberapa orang pelajar di dalam kelas itu.

    Matanya mencari kelibat Kotomi. Di sudut kelas itu, dia

    melihat Kotomi sedang berdiri menghadap ke tingkap. Pintu

    kelas diketuk kuat. Ketukan yang kuat itu menarik perhatianpelajar yang berada di dalam kelas itu.

    Ada apa? tanya seorang pelajar perempuan sambil

    tersenyum manis.

    Rakan-rakannya mendekati. Satu kejutan buat

    pelajar kelas itu, putera sekolah menjenguk kelas mereka.

    Tentu ada sesuatu yang dicarinya.

    Tolong panggil Kotomi, boleh? tanya Kira tanpa

    menghiraukan lagak pelajar perempuan itu. Dia mengintai

    Kotomi yang tetap setia berada di hadapan tingkap itu,

    seolah-olah tidak mendengar langsung ketukan tadi.

    Kotomi? Errr dia

    Belum sempat pelajar perempuan itu menghabiskan

    ayatnya, Kira segera memanggil Kotomi. Dia dapat mengagak

    apa yang akan dikatakan oleh pelajar perempuan itu.

    Kotomi! panggilnya lantang.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    33/153

    Haruno Hana

    33

    Kotomi tersentak. Dia menoleh ke belakang dan

    melihat ke arah pintu. Kira?

    Mari ke sini, arah Kira.

    Kotomi mencebik. Dia berjalan menuju ke pintu

    kelas.

    Kumpulan pelajar perempuan itu kelihatan

    terkejut, namun mereka tidak berkata apa-apa.

    Kotomi mendongak, mencari wajah Kira. Perbezaanketinggian mereka yang ketara memaksa dia mendongak.

    Ada apa? tanyanya perlahan.

    Kira menoleh ke belakang, mengangguk sedikit ke

    arah rakan-rakannya. Ketiga-tiga sahabatnya mengangguk

    aham. Mereka bertiga menjarakkan diri dari Kira, memberi

    sedikit ruang bagi mereka berdua bercakap.

    Pasal semalam. Aku.

    Awak marahkan saya ke? tanya Kotomi.

    Kira tersentak. Betul apa yang dikatakan oleh Hiro.

    Nampaknya Kotomi sedang memikirkan peristiwa semalam.

    Kira tersenyum.

    Bukan. Aku tak marahkan kau, cuma ada masalah

    sikit semalam. Kertas-kertas tu masih ada dalam bilik ke?

    tanyanya.

    Kotomi mengangguk. Saya tak berani buang,

    manalah tau ada benda yang awak tak ambil lagi.

    Kira ketawa. Dia menarik hidung Kotomi.

    Kotomi mendengus.

    Bagus betul budak kecil ni. Petang ni, tolong aku

    macam semalam. Boleh?

    O.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    34/153

    Lovin' You

    34

    Tolong, ye? pujuk Kira. Dia membuat mimik

    muka kasihan.

    Hampir ketawa Kotomi dibuatnya. Dia menahan

    diri dari menghamburkan tawanya.

    Okey. Tapi, dengan satu syarat! katanya

    bersemangat.

    Kira mengangkat keningnya. Apa?

    Berhenti layan saya macam budak kecil, kataKotomi.

    Kira ketawa.

    Yang tu tak boleh janji. Tapi, jangan lupa. Aku

    boleh adu pada Mak Cik Inoue kalau kau tak nak tolong aku,

    ugut Kira.

    Serentak dengan itu, kaki kanannya ditendang olehKotomi. Hoi!

    Kotomi tersenyum puas. Padan muka. Saya akan

    tolong awak nanti. Okey?

    Kira mengerutkan keningnya.

    Takkan setiap kali aku nak minta tolong, kau nak

    tendang aku? tanya Kira tak percaya.

    Shin, Toma serta Hiro yang berdiri di belakangnya

    sudah tidak dapat menahan ketawa. Gelak ketawa mereka

    menarik perhatian Kira.

    Kenapa korang ketawa?

    Mereka bertiga berjalan mendekati Kira.

    Kita orang tabik kat Kotomi. Sebelum ni mana adabudak perempuan layan kau macam manusia biasa. Kotomi,

    Kira banyak menyusahkan awak ke? tanya Toma. Dia

    tersengih lebar.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    35/153

    Haruno Hana

    35

    Mungkin?

    Sudahlah, waktu rehat dah nak habis. Kotomi,balik nanti tunggu kat taman. Kita jumpa kat sana, jangan

    balik jalan kaki pulak, pesan Kira. Mukanya berkerut

    menahan kesakitan.

    Yelah, tuan muda, balas Kotomi dengan nada

    mengejek lalu terus masuk ke dalam kelasnya semula.

    Mulut Kira terlopong. Tidak percaya Kotomi pergi

    begitu sahaja. Dia boleh pergi macam tu aje? Sia-sia aje aku

    datang minta maa.

    Hiro ketawa. Dia menepuk bahu Kira. Sekurang-

    kurangnya dia bukan macam budak perempuan lain. Dia

    layan kau macam manusia biasa, bukannya macam putera

    mahkota.

    Bukannya senang kau nak cari budak perempuanmacam tu. Tapi, nampaknya masalah akan timbul nanti. Kau

    kenalah pandai nak hapuskan masalah tu, kata Shin pula.

    Dia mengerling jam tangannya sebelum menoleh ke arah

    Kira.

    Yui dan kawan-kawannya tentu tak akan lepaskan

    Kotomi macam tu aje. Mereka tentu marah sebab kau rapat

    dengan Kotomi. Yelah, selama ni kau jauhkan diri dari semua

    budak perempuan kat sekolah ni, bila kau kenal Kotomi kau

    rapat dengan dia. Mana tak angin Si Yui tu. Kata Shin lagi.

    Kira hanya mendiamkan diri. Baginya, apa yang

    dikatakan oleh Shin itu benar. Selepas ini, Kotomi pasti akan

    menghadapi masalah kerananya. Pasti. Dan dia mesti

    menghalang sesuatu yang buruk menimpa gadis itu. Walaudengan apa cara sekalipun.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    36/153

    Lovin' You

    36

    JAM sudah menunjukkan pukul

    dua setengah petang. Hampir lima

    belas minit Kotomi menunggu

    Kira di taman. Dia mengeluh. Jam di tangan dikerlingnya

    lagi. Dia menggetap bibir. Kakinya yang terjuntai dari meja

    batu itu digerakkan berulang kali.

    Mana mamat ni? Dah lama aku tunggu, dia tak

    muncul-muncul lagi. Menyusahkan orang betul, bisiknya

    sendirian.

    Matanya liar melihat sekeliling taman itu, cubamencari kelibat Kira di kalangan pelajar yang berada di

    taman.

    Kalau aku balik jalan kaki, dia marah pulak.

    Susah, susah... bisiknya lagi.

    MP3 dikeluarkan lalu dipasang. Lagu Crazy Love

    bermain di telinganya. Sekali lagi lagu Tohoshinki menjadipilihannya. Kotomi merupakan peminat setia kumpulan

    asing dari Korea Selatan itu. Hampir kesemua lagu yang

    terkandung di dalam MP3nya merupakan lagu daripada

    Bab7

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    37/153

    Haruno Hana

    37

    kumpulan itu. Tidak kiralah lagu berbahasa Jepun atau

    Korea.

    Kawasan taman itu semakin lengang. Kebanyakan

    pelajar sudah pulang ke rumah, namun masih ada segelintir

    pelajar yang berada di sekolah. Kebanyakan daripada mereka

    menyertai aktiviti kelab. Kelab yang berlainan akan

    mengadakan aktiviti mereka pada hari yang berlainan.

    Beberapa minit sudah berlalu. Kotomi mengerling

    sekali lagi pada jam di tangannya. Dia mengeluh kuat.

    Baik aku pulang. Lantaklah dia nak marah aku ke

    tak, bebel Kotomi.

    Beg sandang dicapai. Dia melompat dari meja batu

    itu. Baru sahaja dia melangkah pergi, Kotomi terdengar

    namanya diseru oleh seseorang. Dia menoleh. Baru nak

    muncul?Kira berjalan selamba menuju ke arahnya.

    Kotomi mencebik. Dia menguis rumput dengan

    hujung kasutnya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia

    mencabut kasutnya dan melempar tepat pada muka lelaki itu.

    Kenapa lambat? tanya Kotomi sebaik sahaja Kira

    berdiri di hadapannya.Kira tersengih.

    Maa, aku jumpa Cikgu Sumaragi tadi. Pasal

    estival sekolah musim bunga bulan depan, jelasnya.

    Festival sekolah? Kenapa?

    Cikgu minta tolong uruskan bahagian pementasan.

    Cikgu Sasakura nak buat teater, jadi Cikgu Sumaragi mintatolong. Aku jadi ketua bahagian pementasan. Kau nak

    berlakon ke? usik Kira.

    Kotomi pantas menggeleng laju. Tak nak!

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    38/153

    Lovin' You

    38

    Siapa pembantu awak? tanya Kotomi lagi.

    Kaulah.Erk?

    Aku dah beritahu Cikgu Sumaragi dan Cikgu

    Sasakura. Kau akan tolong aku dan kau juga akan reka

    kostum untuk teater tu. Nak tak?

    Nak! Laju Kotomi menjawab.

    Kira ketawa. Kepala Kotomi diusap lembut.Aku pernah lihat lakaran esyen kau. Cikgu

    Sasakura tak cakap lagi apa tajuk untuk pementasan teater

    tu. Dia nak jalankan uji bakat selepas ini, terang Kira.

    Mereka berdua berjalan menuju ke pintu pagar

    sekolah. Bentley hitam sudah menunggu di situ.

    Awak tak nak berlakon? tanya Kotomi.Kira menggeleng.

    Sekarang ni pun aku dah jadi perhatian pelajar

    perempuan sekolah ni, kalau aku jadi hero teater tu tentu

    lagi popular aku. Katanya sambil tersenyum.

    Perasan!

    Kira ketawa besar.Kotomi mencebik.

    Pak Cik Ozu yang menunggu di luar kereta

    tersenyum. Gembira melihat perubahan Kira.

    KAMU semua nampak tak? Aku tak percaya!

    Mio menggeleng. Begitu juga dengan rakan-

    rakannya yang lain.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    39/153

    Haruno Hana

    39

    Yui menggetap bibir. Dua wajah gembira yang

    diperhatinya benar-benar membuatkan dia menyampah.

    Terutamanya wajah gadis itu yang tersenyum riang.

    Putera kita dah ada kekasih ke? kata Nami

    sedih. Dia memeluk beg sandangnya.

    Azumi menggeleng. Takkanlah. Entah-entah budak

    tu orang gaji rumah dia.

    Ye ke? Tapi, mereka berdua nampak gembira

    betul, kata Nami lagi.

    Janganlah kir macam tu! Aku ada rancangan, kita

    siasat siapa budak tu dan tanya dia sendiri! Kata Yui

    bersemangat. Dia memandang ke arah semua rakannya.

    Azumi dan Hyun mengangguk. Setuju!

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    40/153

    Lovin' You

    40

    BEBERAPA buah kotak

    sederhana besar diletakkan di

    kawasan pembakaran. Kotomi

    mengeluh kuat. Dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Dia

    mendongak. Matahari masih setia memancarkan sinarnya.

    Kotomi melabuhkan punggungnya di atas rumput yang

    tumbuh menghijau. Sedang dia seronok mengelamun, dia

    merasakan sesuatu yang sejuk ditekapkan di pipinya. Kotomi

    segera mendongak. Wajah Kira menyapa matanya.

    Apa? tanyanya malas.Kira tersenyum. Setin jus oren yang sejuk

    ditujukan kepada Kotomi.

    Kotomi mencapai tin minuman itu lantas

    meneguknya rakus. Tekaknya telah lama kering. Sebaik

    sahaja dia pulang ke Haru Mansion dan mandi, dia terus ke

    bilik bacaan Kira untuk memulakan tugasnya. Kotomi juga

    tidak sempat makan apatah lagi minum.

    Terima kasih, ucap Kira.

    Untuk apa?

    Bab8

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    41/153

    Haruno Hana

    41

    Tolong aku kemaskan semua ni.

    Walau apa pun, saya kena laksanakan juga apayang awak arahkan. Awakkan tuan muda saya, katanya

    perlahan. Kotomi menguis rumput dengan hujung kasutnya.

    Kira menjentik dahi Kotomi.

    Apa? tanyanya marah. Dia mengusap dahinya

    yang pedih dijentik oleh Kira.

    Jangan cakap macam tu, budak kecil. Nanti adayang kena jentik sekali lagi. Suka betul cakap macam tu.

    Kira ketawa.

    Kotomi mendengus. Dia mendongak ke atas. Langit

    hari ini kelihatan biru jernih tanpa dilitupi awan. Matahari

    juga bersinar terang. Angin bertiup lemah menyapa pipinya.

    Kau tak nak sertai acara pentas ke? tanya Kira.

    Kotomi menggeleng. Saya lebih suka kerja di

    belakang pentas. Saya bukannya jenis orang yang boleh

    berdepan dengan khalayak ramai. Baru berdiri atas pentas

    dua saat, sedar-sedar aje dah terbaring di atas soa.

    Kau boleh cuba.

    Tak nak!

    Betul ke? Nanti aku datar nama kau untuk acara

    nyanyian, usik Kira.

    Tak nak! Kotomi memeluk lututnya,

    menyembunyikan wajahnya daripada pandangan Kira.

    Kira menarik lengannya.

    Betul ke? Kau tak nak jadi duet aku untuk

    nyanyian? Kalau kau nak, aku akan datar nama kita berdua,

    usiknya lagi.

    Kotomi pantas menggeleng.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    42/153

    Lovin' You

    42

    Tingkah Kotomi hampir membuatkan Kira ketawa.

    Tak nak! Saya cakap tak nak, tak naklah.Kira ketawa.

    Budak ni nak aku pengsan atas pentas ke?

    gumamnya perlahan, namun dapat ditangkap oleh telinga

    Kira.

    Kira ketawa di dalam hati.

    Jom, ajak Kira tiba-tiba.Kotomi mengalih pandangannya ke arah Kira.

    Dahinya berkerut.

    Ke mana? tanyanya. Nak ajak aku ke mana pulak

    ni?

    Ke dapur. Kau belum makan lagi, kan?

    Sebaik sahaja Kira menghabiskan ayatnya, Kotomisegera tersenyum lebar. Perutnya sudah lama menyanyi

    sumbang sejak dia pulang dari sekolah lagi. Kotomi

    mengangguk. Jom!

    Kira ketawa di dalam hati. Dia benar-benar selesa

    berdampingan dengan gadis bertubuh kecil itu.

    Mereka sama-sama menuju ke dapur.

    MAK CIK INOUE mengeluarkan sebiji kek coklat lembap

    dari peti sejuk. Kek itu dihidangkan di atas meja. Pisau

    diambil dan dia memotong kek itu lantas diletakkan di atas

    piring.Kira segera mencapai piring itu dan menyuap kek

    itu ke dalam mulutnya.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    43/153

    Haruno Hana

    43

    Tuan Muda Kira dah lama tak makan kek yang mak

    cik buat, betul tak? tanya Mak Cik Inoue sambil tersenyum.

    Kira mengangguk. Saya betul-betul sukakan kek

    ni, tapi saya tak sampai hati nak suruh mak cik buatkan saya

    kek ni.

    Kalau tuan muda nak makan, cakap aje pada mak

    cik. Bukannya susah nak buat kek ni. Kotomi, kamu pandai

    buat kek atau pastri?

    Mak Cik Inoue mengalihkan pandangannya ke arah

    Kotomi pula.

    Kotomi tercengang seketika. Lambat-lambat dia

    mengangguk.

    Kamu pandai buat kek apa?

    Errr... kek buah-buahan segar, kek strawberi dan

    kek keju. Tapi, saya lebih suka buat kek keju, kata Kotomi

    gembira.

    Esok tolong mak cik buat kek, boleh?

    Erk?

    Kira yang diam sahaja dari tadi menyampuk, tak

    payahlah mak cik. Nanti tak pasal-pasal pulak saya masuk

    hospital sebab kena cirit-birit.

    Dia tersenyum sinis.

    Kotomi menggetap bibir.

    Tuan muda, tak elok tuan muda cakap macam tu,

    tegur Mak Cik Inoue.

    Wanita itu bimbang sekiranya Kotomi terasa hati

    walaupun dia tahu anak muda sekadar ingin bergurau.

    Tak ada apa-apalah, mak cik. Lebih baik mak cik

    buat sendiri aje kek tu. Saya tak nak masuk hospital esok.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    44/153

    Lovin' You

    44

    Tuan muda, tegur Mak Cik Inoue lagi.

    Kira tersenyum.Betullah apa yang saya cakap. Mak cik nak ke

    masuk hospital sebab kek budak kecil ni? Dahlah kecil, entah-

    entah kek yang dia buat tu masam ke, terlampau manis ke.

    Kita mana tahu, kutuk Kira lagi.

    Awak!

    Apa? tanyanya selamba.Kira buat bodoh. Dia terus menyuap kek ke

    mulutnya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

    Kotomi melihat kek yang masih belum dimakannya.

    Sesuatu terlintas di dalam kepalanya. Kotomi tersenyum

    sinis. Dia terus mencapai piring dan....

    APAyang berlaku? tanya Fuyuki tiba-tiba. Dia memandang

    ke arah kembarnya.

    Miyuki berhenti daripada melakukan kerjanya.

    Kenapa, Fuyuki? tanyanya.

    Aku dengar macam ada suara orang menjerit. Dari

    dapur agaknya, kata Fuyuki.

    Sebentar tadi, dia mendengar suara orang menjerit.

    Tetapi, dia tidak dapat mengagak suara siapakah itu.

    Mungkin ada orang menjerit sebab jumpa tikus

    atau lipas kut? teka Miyuki.

    Tikus dan lipas ada ke menghuni kat rumah ni?Sepanjang berbelas-belas tahun kita tinggal kat sini, tak

    pernah lagi aku jumpa binatang-binatang tu, kata Fuyuki

    lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    45/153

    Haruno Hana

    45

    berkerut seribu. Pelik! Dan dalam masa yang sama dia juga

    kehairanan.

    Betul jugak cakap kau. Balas Miyuki.

    Mereka berdua sama-sama menoleh ke belakang,

    melihat ke arah dapur.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    46/153

    Lovin' You

    46

    K

    OTOMI, mari ikut kami ke

    bilik persediaan kra

    tangan. Cikgu Sasakura

    panggil, ajak Nori.

    Kotomi mengangguk. Fail yang berisi lukisannya

    disimpan ke dalam beg. Dia bangun dari duduknya lalu

    berjalan ke pintu kelas.

    Nori dan Ran sudah menunggunya di hadapan

    kelas.

    Cikgu Sasakura nak buat apa untuk kelas nanti?tanyanya.

    Ran mengangkat bahu.

    Tak pasti. Tapi, kelmarin aku nampak Cikgu

    Sasakura bawa masuk guni berisi kapas dalam kelas

    persediaan. Cikgu nak ajar buat anak patung agaknya, kata

    Ran.Anak patung?

    Patung beruang agaknya? teka Nori.

    Bab9

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    47/153

    Haruno Hana

    47

    Mungkin. Lagipun, kita patut masuk silibus tu

    dalam bulan ni, kata Ran.

    Pintu bilik persediaan kra tangan itu dibuka.

    Kotomi terkejut.

    Kira sedang bercakap dengan Cikgu Sasakura di

    dalam bilik itu. Dia cuba mengawal raut wajahnya. Peristiwa

    semalam menjengah mindanya.

    Baiklah, Masashi. Awak boleh pulang ke kelassekarang. Kalau ada apa-apa, saya akan cari awak, kata Cikgu

    Sasakura.

    Kira mengangguk. Sebelum Kira keluar dari bilik

    itu, dia sempat mengerling ke arah Kotomi.

    Kotomi berpura-pura memandang perhiasan kaca

    yang terletak elok di atas meja gurunya.

    Tanpa berkata apa-apa, Kira keluar dari bilik itu.

    Pintu ditutup rapat.

    Hari ni cikgu akan ajar kamu semua buat anak

    patung kain. Tolong cikgu bawa semua peralatan ni ke kelas

    kra tangan, boleh?

    Baik.

    Mereka bertiga mengusung kotak sederhana besar

    yang berisi tiga guni seperti mana yang dikatakan oleh Ran.

    Kotomi menjenguk ke dalam kotak itu. Dua bekas

    plastik turut berada di dalam kotak itu. Kelihatan butang-

    butang berwarna hitam berada di dalam bekas itu.

    Ada apa-apa lagi yang perlu kami tolong? tanya

    Kotomi.

    Cikgu Sasakura menggelengkan kepalanya. Tak

    ada. Kamu tolong bawa semua tu ke kelas, ye? Terima kasih.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    48/153

    Lovin' You

    48

    Mereka bertiga mengangguk. Belum sempat mereka

    keluar dari bilik itu, nama Kotomi dipanggil.

    Kotomi menoleh. Ada apa, cikgu?

    Cikgu ada perkara nak beritahu kamu. Nori, Ran,

    kamu berdua boleh pergi dulu, kata Cikgu Sasakura.

    Mereka berdua mengangguk.

    Kotomi mendekati Cikgu Sasakura.

    Masashi beritahu cikgu, dia nak kamu jadipembantu dia untuk bekerja di belakang pentas. Betul ke?

    tanya Cikgu Sasakura. Wajah Kotomi dipandang lembut.

    Kotomi mengangguk.

    Cikgu setuju. Sepanjang dua tahun cikgu jadi guru

    kamu, kamu memang pandai mereka kostum. Cikgu rasa,

    cikgu nak buat pementasan muzikal Beauty and The Beast.Apa pendapat kamu? tanya Cikgu Sasakura. Dia

    mengeluarkan sebuah buku dari laci mejanya. Buku itu

    diserahkan kepada Kotomi.

    Cerita dongeng tu bagus juga. Tapi, cikgu kena

    cari pelajar yang pandai menari, berlakon dan menyanyi

    kalau cikgu nak buat pementasan muzikal. Bukan senang nak

    cari pelajar yang berbakat macam tu, kata Kotomi.

    Betul juga kata kamu. Macam nilah, kita buat

    pementasan Puteri Salji. Cerita dongeng ni memang popular

    di Jepun. Kamu boleh rujuk buku atau Internet.

    Tapi, cerita dongeng Puteri Salji terdapat dalam

    pelbagai versi. Cikgu nak cerita dongeng yang mana satu?

    tanya Kotomi.Kamu tahu cerita dongeng Puteri Salji yang mana

    keikhlasan pemuda tu berjaya mencairkan hati Puteri Salji

    yang dingin di akhir cerita?

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    49/153

    Haruno Hana

    49

    Kotomi mengangguk.

    Cikgu Sasakura tersenyum. Kita guna ceritadongeng tu untuk pementasan nanti. Cikgu akan berbincang

    dengan kamu nanti. Kamu boleh mulakan lakaran untuk

    teater tu sekarang. Tengah hari esok, cikgu akan jalankan uji

    bakat. Datang ke Dewan Hanami pukul dua, cikgu perlukan

    kamu. Boleh?

    Baiklah, cikgu. Kotomi tunduk hormat sebelum

    keluar dari bilik itu.

    KIRA berbaring di atas katilnya. Sudah beberapa kali dia

    mengubah posisinya di atas katil. Dia resah. Peristiwa

    petang kelmarin sudah beberapa kali menjengah mindanya.

    Peristiwa itu betul-betul membuatkan dia kagum dan...

    marah terhadap Kotomi. Dia bernasib baik hanya Mak Cik

    Inoue sahaja yang berada di dapur ketika itu. Jika tidak dia

    tidak tahu apa yang akan dilakukannya. Kira ketawa kecil.

    Argh!!!

    Kira menekup mukanya. Krim kek telah menjadi

    topeng di mukanya.

    Kotomi ketawa. Dia menjilat krim yang masih

    berada di jarinya.

    Mak Cik Inoue terkejut. Terkejut dengan tindakan

    berani Kotomi.

    Kau gila ke? marah Kira.

    Dia segera menuju ke singki. Paip dibuka. Air yang

    mencurah keluar segera ditadah. Berulang kali dia

    menggosok mukanya. Tuala yang dihulur oleh Mak Cik Inoue

    segera diambil.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    50/153

    Lovin' You

    50

    Kotomi menekup mulut, menahan tawa.

    Kalau awak rasa awak nak ejek saya, baik awak kirsepuluh kali sebelum awak lakukannya. Padan muka, pesan

    Kotomi. Dia menjelirkan lidahnya sebelum berlari keluar dari

    dapur.

    Mak Cik Inoue terpanar, tidak berani berkata apa-

    apa.

    Gila, gumam Kira berulang kali.

    Budak tu spesies apa? Sebelum ni belum ada

    seorang pun yang berani buat aku macam ni. Dahlah aku ni

    majikan dia, tak sedar diri betul budak tu! Desis hatinya.

    Errr tuan muda? Tuan muda tak apa-apa? tanya

    Mak Cik Inoue teragak-agak.

    Kira mengangguk sekilas.

    Saya masuk dalam bilik dulu. Kata Kira perlahan

    sebelum berjalan keluar dari dapur.

    Mak Cik Inoue mengangguk. Ba baik.

    KOTOMI meletakkan jarumnya di atas meja sebelummeneliti jahitannya pada patung beruang itu. Dia melihat

    jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul satu lima

    belas minit pagi. Hanya dia yang masih berjaga. Miyuki

    dan Fuyuki sudah lama dibuai mimpi. Lampu bilik telah

    dipadamkan. Hanya sinaran lampu meja yang bersebelahan

    dengan katil Kotomi sahaja yang melimpahkan sinar di bilik

    itu.

    Kotomi mengeluh. Dari semalam lagi dia tidak

    bertegur sapa dengan Kira dek perbuatannya kelmarin.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    51/153

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    52/153

    Lovin' You

    52

    memeluk lututnya erat. Dia menggigil. Bunyi tapak kaki

    keluar dari bilik itu menarik perhatiannya. Dia mengangkat

    sedikit wajahnya namun dia tidak dapat mengecam siapakah

    yang keluar dari bilik itu.

    Siapa tu?

    Susuk tubuh itu hilang di dalam kegelapan.

    Selepas memastikan tiada orang berhampiran

    dengan tempat persembunyiannya, Kotomi segera melangkah

    menuju ke biliknya. Dia terus menghela naas lega selepas

    pintu biliknya ditutup. Kotomi berbaring di atas katil.

    Selimut ditarik menutupi tubuh, anak patung beruangnya

    didakap erat. Dia termenung panjang. Alunan merdu piano

    tadi kembali mengusik telinganya. Alunan irama itu sungguh

    merdu. Dia tidak dapat menakannya. Perlahan-lahan,

    matanya dipejamkan. Kotomi terlelap.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    53/153

    Haruno Hana

    53

    K

    OTOMI, Cikgu Sasakura

    panggil! laung rakan

    sekelasnya.

    Aaa okey! Okey! Sebentar! balasnya tergesa-

    gesa.

    Buku-bukunya dimasukkan ke dalam beg. Teleon

    bimbitnya disimpan ke dalam poket vest hitam yang

    dipakainya. Kotomi berlari-lari anak menuju ke pintu kelas.

    Maa, cikgu. Saya.

    Cikgu Sasakura ketawa. Tak ada apa-apalah.Kebetulan cikgu baru habis mengajar kelas tahun pertama,

    cikgu terus ke sini. Mari, kita ke dewan.

    Kotomi mengangguk. Dia berjalan menuruti

    langkah gurunya itu.

    Cikgu lupa nak beritahu kamu, Setsuna akan

    terlibat dalam persembahan pentas, jadi kamu akanbekerjasama dengan dia, kata Cikgu Sasakura.

    Kotomi mengangkat wajahnya. Setsuna?

    Bab10

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    54/153

    Lovin' You

    54

    Cikgu Sasakura mengangguk.

    Kotomi terdiam. Dia kenal siapa Setsuna. Lelaki itumerupakan pelajar tahun ketiga jurusan perleman. Namun

    apa yang lebih menarik, Setsuna merupakan salah seorang

    bintang remaja yang semakin meningkat naik. Dia juga

    merupakan pewaris tunggal kepada syarikat perkapalan milik

    datuknya. Selain Kira, Setsuna juga merupakan pujaan gadis

    di sekolahnya. Dia mengeluh.

    Kenapa Kotomi? tanya Cikgu Sasakura yangmendengar keluhannya.

    Kotomi tersengih.

    Entah. Saya rasa lain macam mungkin sebab

    Setsuna terlibat sama. Diakan penyanyi popular, manalah tau

    kalau dia tak suka bekerjasama dengan saya nanti, katanya.

    Kamu tak perlu bimbang. Cikgu kenal Setsuna.Dia bukannya jenis orang yang sombong. Tapi, mungkin

    sebab dia suka bersendirian... orang lain kir dia tu sombong.

    Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang dia untuk punya

    ramai peminat, kan? kata Cikgu Sasakura.

    Oh heh heh.

    Pintu Dewan Hanami dibuka. Mereka berduamenuju ke belakang pentas. Di situ sudah ramai pelajar yang

    berkumpul untuk menjalani sesi uji bakat. Dari pengamatan

    Kotomi, kebanyakan pelajar perempuan mahupun lelaki yang

    datang untuk sesi uji bakat kebanyakannya dari kelas tarian

    atau muzik. Dia perasan, sebaik sahaja dia masuk bersama-

    sama Cikgu Sasakura, ada sekumpulan gadis yang

    memandangnya dengan tajam. Apehal pulak dengan merekatu? Tak pernah tengok orang ke?

    Kotomi?

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    55/153

    Haruno Hana

    55

    Kotomi menoleh ke belakang sebaik sahaja dia

    terdengar namanya dipanggil. Dia terkejut. Kira! Apehal?

    Ikut aku. Cikgu Sumaragi nak jumpa, kata Kira

    perlahan. Dia segera berlalu sebelum sempat Kotomi berkata

    apa-apa.

    Kotomi mencebik. Nak gaduh dengan aku lagilah

    tu!

    Di hujung ruang, Cikgu Sumaragi sudah

    menantinya bersama Cikgu Sasakura. Kotomi menyapa

    kedua-duanya gurunya itu sebelum mengambil tempat di sisi

    Kira.

    Cikgu Sumaragi menghulurkan lima helai kertas

    bercetak kepada Kira dan Kotomi. Kotomi segera meneliti

    apa yang tercatat di atas kertas itu.

    Kamu akan tolong Kira laksanakan tugas dia.Tentang kostum pulak, cikgu dah minta tolong kawan kamu.

    Nori dan Ran akan tolong kamu siapkan kostum tu. Sekarang

    ni sesi uji bakat akan bermula, kamu boleh ikut cikgu. Mari,

    ajak Cikgu Sumaragi setelah memberikan penerangan.

    Mereka berdua mengangguk.

    Okey, semua! Sila ke hadapan pentas, umumCikgu Sasakura.

    Kelompok pelajar tadi mengikut guru muda itu

    menuju ke hadapan pentas.

    Kotomi dan Kira turut menuju ke sana. Mereka

    turun dari pentas, duduk di tempat duduk penonton bersama

    guru-guru mereka.

    Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Sekarang ini uji bakat akan dijalankan untuk mencari watak

    utama.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    56/153

    Lovin' You

    56

    Kotomi ketawa di dalam hati. Beberapa orang

    pelajar kelihatan terlalu kaku, sesetengah pula kelihatan

    terlalu menghayati lakonan mereka. Seronok jugak tengok

    uji bakat ni!

    Tanpa dia sedari, Kira asyik mengerling ke arahnya

    sejak uji bakat bermula lagi. Namun Kira tetap senyap.

    Kotomi menggosok matanya. Tanpa berkata apa-apa

    dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke tempat

    duduk penonton di hujung dewan. Dia mengeluarkan bukunotanya serta pensel. Dia mula melakar kostum untuk Puteri

    Salji dan pengembara itu. MP3 dipasang. Lagu Stand by U

    berkumandang di telinga. Mata pensel menari di atas kertas.

    Kotomi asyik dengan dunianya tanpa menyedari ada

    seseorang duduk di sisinya.

    Kotomi?Senyap.

    Kotomi? Suaranya dikuatkan sedikit.

    Senyap.

    Dia mengeluh. Fon telinga ditarik dari telinga

    Kotomi.

    Kotomi terkejut. Apesaltiba-tiba senyap aje ni? Diamenoleh ke sisinya. Kira duduk tenang di sebelahnya. Tangan

    kanannya memegang on telinga putih milik gadis itu.

    Kotomi mencebik. Tanpa berkata apa-apa, dia terus merampas

    kembali on telinga itu. Sebaik sahaja on itu selamat berada

    di telinganya dia terus bangun dari duduknya, berjalan

    menuju ke belakang pentas. Di situ, dia duduk di atas sebuah

    meja yang terletak berhampiran dengan sebuah almari.

    Kakinya terjuntai ke bawah. Kotomi menyambung rekaannya

    kembali.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    57/153

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    58/153

    Lovin' You

    58

    JAM di tangan menunjukkan pukul lima petang. Sudah

    lima belas minit dia keluar dari Dewan Hanami menuju

    ke bangunan sekolah. Sengaja dia keluar awal dari dewan

    itu untuk mengelakkan diri daripada Kira. Dia juga perlu

    ke Dewan Besar. Dewan Besar yang terletak di bangunan

    pertama sekolah itu menempatkan lokar para pelajar. Pintu

    pagar utama sekolah terletak bertentangan dengan bangunan

    itu. Kebiasaannya, pintu yang menghubungkan Dewan Besar

    dengan bangunan sekolah akan dibuka demi memudahkanpelajar memasukinya.

    Kotomi memerhati sekeliling bangunan sekolah.

    Sepi. Kebanyakan pelajar yang mempunyai aktiviti kelab

    sudah pulang. Mungkin hanya pelajar yang terlibat dengan

    pementasan itu sahaja yang masih berada di dalam sekolah

    ini.

    Senyap semacam aje. Dahlah sekolah ni besar, baik

    aku cepat, katanya sendirian.

    Kotomi menguatkan cengkaman pada beg

    sandangnya dan mempercepatlan langkahnya. Namun, ada

    sesuatu yang membuatkan dia berhenti tanpa dia sedar.

    Simoni.

    Bunyi simoni kedengaran dari sisinya. Kotomimenoleh ke kanan. Bilik piano! Alunan simoni merdu itu

    menarik perhatiannya. Tombol pintu dicapai, tetapi ada

    sesuatu yang menghalang niatnya. Dia teringatkan peristiwa

    semalam. Masih jelas terngiang di telinganya alunan merdu

    semalam. Dia mengeluh.

    Siapa yang berada di dalam bilik tu? Tapi, bilik tu

    bilik Kira. Mungkin dia, tapi.... takkan dia tak tidur lagi lewat

    malam semalam?

    Cik?

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    59/153

    Haruno Hana

    59

    Ha? Kotomi mendongak. Sesusuk tubuh berdiri di

    hadapannya.

    Cik buat apa kat sini? Cik nak masuk ke? tanya

    pelajar lelaki itu.

    Errr awak. Fikirannya kabur.

    Saya Setsuna. Kita ada bertemu tadi di belakang

    pentas, kata pelajar lelaki itu.

    Riak wajah Kotomi berubah terkejut. Pipinyamemerah. Ma maa. Saya sebenarnya... errr....

    Setsuna mengukir senyum. Dia keluar dari bilik

    piano itu dan menutup pintu. Dia berdiri menghadap gadis

    kecil itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam

    poket seluar.

    Kinimoto Kotomi emmm awak tak kisah

    kalau saya panggil awak Kotomi? Walaupun kita baru kenal?

    tanya Setsuna. Pandangannya tertumpu pada tanda nama

    yang dipinkan di atas lencana sekolah.

    Oh! Okey. Saya tak berniat nak mengganggu,

    cuma awak ke yang bermain piano tadi?

    Spontan Kotomi bertanya. Dia menggaru kepalanya

    yang tidak gatal. Sebaik sahaja dia melontarkan soalan itu,dia merasakan mahu sahaja dia membenamkan mukanya ke

    dalam air. Pipinya bertambah merah. Kenapalah aku tanya

    soalan tu? Hesy! Bodohnya!

    Setsuna ketawa. Haah. Awak nak ke mana

    sebenarnya? Dah lewat petang ni.

    Saya nak ke Dewan Besar. Saya pergi dulu. Maakalau mengganggu, kata gadis itu seraya mengangguk kecil.

    Dia baru sahaja mengatur langkah sebelum namanya

    dipanggil kembali.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    60/153

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    61/153

    Haruno Hana

    61

    Wanita itu merupakan guru yang bertanggungjawab

    terhadap bilik sakit sekolah. Dia mencatat sesuatu di dalam

    ail sebelum kembali menghadap Kotomi.

    Saya tak pasti, tapi saya jumpa satu kotak yang

    berisi katak dan tikus mati yang masih berdarah berdekatan

    dengannya, kata Setsuna.

    Macam mana kamu boleh ada dekat dengan dia?

    tanya Cikgu Inari lagi.

    Saya berada di dalam bilik piano masa tu. Kami

    juga sempat bercakap sebentar sebelum dia ke Dewan Besar.

    Saya baru aje nak kunci pintu bilik piano masa saya dengar

    dia menjerit, terangnya.

    Peristiwa tadi kembali menerjah ke minda Setsuna.

    Dia baru sahaja ingin mengunci pintu bilik piano apabila dia

    terdengar jeritan Kotomi. Mengesyaki sesuatu yang burukterjadi, dia bergegas ke Dewan Besar. Alangkah terkejutnya

    dia sebaik sahaja melihat Kotomi terduduk di atas lantai

    sambil menggigil ketakutan. Sebuah kotak kecil yang telah

    terbuka penutupnya ada di sisinya. Begitu juga dengan

    beberapa ekor bangkai tikus dan katak yang masih berdarah

    ada di dalam kotak tersebut.

    Cikgu perlu teleon penjaganya. Kamu tahu dia

    tinggal dengan siapa?

    Apa yang saya dengar, dia sekarang tinggal bersama

    Kira. Cikgu nak teleon Kira ke?

    Ya.

    Tak payahlah, cikgu. Biar saya hantar dia pulang.

    Saya tinggal satu taman perumahan dengan Kira.

    Baguslah kalau macam tu. Biar cikgu tolong papah

    dia ke kereta.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    62/153

    Lovin' You

    62

    Baik.

    KIRA melihat jam di dinding. Tujuh setengah malam. Dia

    mengeluh. Kotomi masih belum pulang dari sekolah. Pada

    mulanya, dia menjangkakan gadis itu sudah pulang ke

    Haru Mansion, apatah lagi Kotomi sudah keluar dari Dewan

    Hanami lebih awal daripadanya.Kira berjalan menuju ke tingkap. MP3 dikeluarkan.

    Dia tersenyum. Teringat akan Kotomi yang telinganya

    sentiasa tersumbat dengan earphone kerana mendengar lagu.

    Butang play ditekan. Schuberts Serenade kedengaran di

    telinganya.

    Kira menyukai simoni. Schuberts Serenade

    merupakan kegemarannya selain daripada karya Mozart dan

    Beethoven.

    Tuan muda?

    Kira menoleh ke belakang. Pak Cik Ozu berdiri di

    belakangnya. Ada apa, pak cik?

    Kotomi masih belum pulang. Tuan muda tahu dia

    ke mana?

    Kira menggeleng.

    Jangan risau, budak tu tentu pulang nanti. Kita

    tunggu aje, katanya.

    Dia kembali menghadap tingkap. Ada kereta

    berhenti di hadapan pagar rumahnya. Dahi Kira berkerut.

    Siapa tu, pak cik?

    Kira mengecilkan matanya, cuba mengecam dua

    susuk tubuh yang berdiri menghadap rumahnya. Dia terkejut.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    63/153

    Haruno Hana

    63

    Tanpa berkata apa-apa, dia segera keluar dari rumahnya,

    menuju ke pagar. Memang sah! Kotomi! Di sisinya seorang

    pelajar lelaki berdiri. Dia kenal pelajar lelaki itu. Langkahnya

    dipercepatkan.

    Kenapa kau pulang lewat? tanyanya kasar sambil

    berjalan.

    Kotomi terkejut. Dia memandang ke arah Kira.

    Kira mendekati Kotomi dan Setsuna. Matanya

    mencerlung tajam.

    Kotomi senyap, menunduk memandang tanah.

    Maa, aku tak nak masuk campur. Tapi, dia ada

    masalah tadi, kata Setsuna.

    Ye ke? Kira bersuara tanpa perasaan.

    Kau masuk ke dalam dulu. Tunggu kat ruangtamu, arahnya.

    Kotomi mengangguk. Dia mengambil begnya dari

    tangan Setsuna, berjalan masuk ke dalam rumah. Dia masih

    lemah. Peristiwa tadi masih menghantuinya.

    Kenapa dengan dia? tanya Kira sebaik sahaja

    Kotomi masuk ke dalam rumah. Nada suaranya mendatar.

    Dia mengalih pandang ke arah Setsuna.

    Dia terkejut. Ada pelajar letakkan kotak berisi

    bangkai katak dan tikus yang masih berdarah di dalam

    lokarnya. Aku yang jumpa dia tadi, terang Setsuna.

    Apa?

    Setsuna mengangguk. Aku rasa tu kerja peminat

    kau. Mungkin mereka cemburu kau rapat dengan dia.

    Senyap.

    Aku balik dulu. Lebih baik kau jaga dia dengan

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    64/153

    Lovin' You

    64

    baik lepas ni. Kita tak tahu kalau kejadian macam ni akan

    berlaku lagi, pesan Setsuna.

    Dia menepuk bahu Kira sebelum berjalan pergi.

    Kira mengangguk. Dia menoleh ke belakang, ke

    arah rumahnya. Dia berjalan masuk dengan tergesa-gesa.

    Kotomi sedang menunggu di ruang tamu. Pak Cik

    Ozu dan Mak Cik Inoue ada di sisinya. Fuyuki dan Miyuki

    turut berada di situ.

    Kau tak apa-apa? tanyanya lembut.

    Kotomi tergamam. Dia mengangkat wajah, melihat

    ke arah Kira. Perlahan-lahan, dia mengangguk.

    Kira mengeluh. Mak Cik Inoue, bawa Kotomi

    masuk bilik. Lepas dia mandi dan makan, saya akan jumpa

    dia di bilik.

    Mak Cik Inoue mangangguk. Baik, tuan muda.

    Fuyuki dan Miyuki memegang bahu Kotomi,

    menyokongnya agar tidak jatuh. Mak Cik Inoue menuruti

    mereka.

    Pak Cik Ozu masih di situ, menemani Kira yang

    kelihatan gelisah.

    Kira meraup wajahnya.

    Apa yang dah berlaku, tuan muda? Pak cik dah

    tanya pada Kotomi, tapi dia tak nak cakap apa-apa.

    Salah saya.

    Maksud tuan muda?

    Mungkin ni perbuatan pelajar perempuan sekolahsaya. Pak cikkan tahu, mereka akan buat apa sahaja untuk

    mendekati saya, malah untuk menghapuskan gadis yang

    rapat dengan saya, katanya perlahan.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    65/153

    Haruno Hana

    65

    Bahaya bagi Kotomi.

    Ya.

    MULAI sekarang, kalau kau nak ke mana-mana pastikan

    ada orang yang temankan kau. Aku risau kalau perkara

    macam ni akan terjadi lagi. Esok tak payah ke sekolah.

    Rehat dulu di rumah. Cikgu Inari dah beri kebenaran,arah Kira yang berada di dalam bilik Kotomi.

    Mak Cik Inoue dan Pak Cik Ozu yang turut berada

    di situ menganggukkan kepala masing-masing.

    Pucat di wajah Kotomi sudah berkurangan.

    Bibirnya juga sudah merah kembali.

    Tak ada apa-apalah. Tadi saya cuma terkejut aje,kata Kotomi.

    Dia mengukirkan senyuman yang paling manis. Dia

    tidak mahu sesiapa pun bimbang akan dirinya.

    Kotomi. Suara Kira bergetar.

    Betul. Jangan bimbang, kata Kotomi lagi.

    Walau ke mana kau nak pergi, pastikan kauberteman. Ini arahan aku. Aku akan beritahu Nori dan Ran

    esok. Kau ke sekolah dengan aku. Jangan tunggang basikal

    lagi. Nak keluar dari rumah ni pun pastikan ada orang

    temankan. Kalau bukan Fuyuki atau Miyuki, aku yang akan

    temankan kau. Faham? tegas Kira.

    Mana boleh! bantah Kotomi.

    Muktamad! putus Kira.

    Kira berjalan keluar dari bilik itu. Wajahnya tegang.

    Pak Cik Ozu menuruti langkahnya.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    66/153

    Lovin' You

    66

    Mak Cik Inoue memeluk bahu Kotomi. Dia

    menepuk-nepuk lembut bahu gadis itu.

    Ikut aje apa yang tuan muda arahkan. Dia

    bimbangkan keselamatan kamu. Kalau apa-apa terjadi pada

    kamu, macam mana kami nak beritahu pada nenek saudara

    kamu, mak kamu? Tentu Kotomi tak nak mereka bimbang,

    kan? pujuk Mak Cik Inoue. Wajah Kotomi dipandang

    lembut.

    Emmm.

    Sudahlah, pergi tidur. Ikut kata tuan muda, ye?

    Kotomi mengangguk perlahan. Dia membaringkan

    diri di atas katil. Selimut ditarik.

    Mak Cik Inoue mengucup dahi Kotomi sebelum

    keluar dari bilik itu. Lampu dipadamkan, hanya lampu meja

    sebelah katil Kotomi sahaja yang masih melimpahkansinarnya. Pintu bilik ditutup.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    67/153

    Haruno Hana

    67

    B

    ETUL ke apa yang kau

    cakap ni? Shin bangun

    dari duduknya sebaik sahaja

    Kira selesai bercakap. Wajah Kira dipandang cemas.

    Toma dan Hiro yang pada asalnya sedang

    bertanding bola keranjang satu lawan satu di tengah

    gelanggang, turut berlari mendekati mereka berdua.

    Kira dan Shin baru sahaja berehat di luar

    gelanggang sebelum Kira menceritakan apa yang berlaku

    kepada mereka bertiga.Sekarang merupakan waktu rehat. Kebiasaannya,

    mereka berempat akan ke gelanggang bola keranjang. Mereka

    akan bermain bersama-sama rakan sekelas yang lain, tetapi

    hari ini Kira memilih untuk bermain bersama rakan-rakan

    karibnya sahaja. Ada perkara yang perlu diceritakan kepada

    mereka bertiga.

    Siapa hantar dia pulang semalam? tanya Hiro.

    Setsuna.

    Apa kau cakap?

    Bab11

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    68/153

    Lovin' You

    68

    Kira mengangguk. Dia duduk sambil menengadah

    ke langit. Langit biru yang terbentang luas menenangkan

    hatinya. Dia mengeluh.

    Korang gaduh tak semalam?

    Kira menggeleng. Dia cuma cakap apa yang

    berlaku pada Kotomi aje. Seolah-olah, dia tak kenal aku pun.

    Kira menggelengkan kepalanya berulang kali. Tidak

    mahu mengingati peristiwa yang terjadi di antara dia dengan

    Setsuna.

    Pada mulanya, Setsuna merupakan sahabatnya juga

    walaupun dia tidak satu kumpulan dengan mereka berempat.

    Sahabat sejak di menengah rendah. Mereka sama-sama

    mempunyai impian. Namun, kerana peristiwa itulah,

    hubungan mereka menjadi renggang. Peristiwa yang

    menyebabkan dia tidak lagi bertegur sapa dengan Setsuna.Salahnya. Dia cemburukan Setsuna yang sudah mencapai

    impiannya dan disertai dengan galakan keluarganya,

    sedangkan dia... impiannya ditentang hebat oleh ibu bapanya

    sendiri. Impiannya sejak kecil.

    Sudahlah. Berbalik pada Kotomi pulak. Habis tu,

    kau suruh Kotomi buat apa lepas tu? tanya Toma termengah-

    mengah. Naasnya semput. Tuala yang dihulur oleh Kira

    diambil lalu dilap di muka. Peluh merintik dari dahinya.

    Hari ni dia tak datang sekolah. Aku dah pesan,

    kalau nak pergi ke mana-mana, ajak kawan-kawan dia. Aku

    tak nak perkara sama berlaku lagi. Apa yang berlaku semalam

    itu pun dah buat aku risau, apatah lagi kalau perkara lain

    turut berlaku.Tapi, betul ke Si Yui dengan geng dia yang

    lakukan? Kita tak ada bukti, kata Hiro pula sesudah

    meneguk air mineral. Dia menyapu mulut dengan belakang

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    69/153

    Haruno Hana

    69

    tangannya sebelum menyambung, lagipun, belum tentu itu

    perbuatan mereka. Hampir semua pelajar perempuan kat

    sekolah ni minat kau, kita tak boleh agak yang mana satu.

    Shin mengangguk. Apa yang kau cakap tu betul.

    Tapi, kan kita semua tahu. Si Yui tu memang obses dengan

    Kira. Sejak dari hari pertama dia mendatar di sekolah ini.

    Hiro ketawa. Korang ingat tak masa pendataran

    pelajar baru tahun lepas? Lawak gila! Aku boleh ketawa

    sampai terguling bila ingat pasal tu.

    Ketawa Hiro semakin kuat. Dia menekan perutnya,

    menahan tawa.

    Toma dan Shin turut menyertai Hiro. Berdekah-

    dekah mereka ketawa.

    Kira tersengih lucu. Sudahlah korang. Aku dah tak

    nak ingat. Buat malu aje.

    Aku tak boleh bayangkan kalau aku ni Yui. Boleh

    dia buat muka selamba cakap kat Kira yang dia suka Kira.

    Dah la rambut dia tertumpah smoothies aku, cakap pulak kat

    khalayak ramai. Hari pertama sekolah pulak tu. Yang paling

    memalukan masa Kira... kata-kata Toma terhenti, disambung

    oleh Kira.

    Masa aku curah susu atas kepala dia dan cakap,

    baik kau pergi bandingkan muka kau dengan mangkuk

    tandas dulu sebelum kau cakap kau suka aku dan nak aku

    jadi teman lelaki kau.

    Malu wo! Dah la depan orang ramai, lepas tu kau

    suruh dia bandingkan muka dia dengan mangkuk tandas.

    Padanlah dengan muka dia. Aku tengah tension

    masa dia cakap benda tu. Nasiblah, kata Kira sambil ketawa

    sinis.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    70/153

    Lovin' You

    70

    Tapi, Yui tu comel jugak, komen Toma.

    Kau nak ke? Ambillah, aku tak nak perempuanmacam dia.

    Kira bangun dari duduknya. Beg sukan digalas ke

    bahu. Dia mencapai tuala dan botol air sebelum mula

    mengatur langkah.

    Tak nak aku. Aku nak letak mana Si Kaori tu?

    Aku... wei, kau nak ke mana tu? laung Toma sebaik sahaja

    dia menyedari Kira sudah berlalu pergi ke bangunan sekolah.

    Shin dan Hiro turut mengambil barang-barang

    mereka sebelum menyertai Kira.

    Ke bilik mandi. Masa rehat dah nak habis! Laung

    Kira kembali.

    KOTOMI mana?

    Kira berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar

    pertanyaan itu. Dia menoleh ke belakang. Wajahnya berubah.

    Apa kaitan dia dengan kau? tanya Kira dingin.

    Langsung tidak memandang muka pemuda itu. Kedua-duatangannya diseluk ke dalam poket seluar.

    Setsuna tersenyum.

    Dia dah jadi kawan aku. Lagipun, aku risau kalau

    sesuatu macam tu berlaku lagi padanya. Kotomi budak baik.

    Aku boleh nampak walaupun aku baru kenal dia, kata

    Setsuna.

    Dia tak ke sekolah hari ni.

    Boleh aku melawat dia?

    Apa maksud kau?

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    71/153

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    72/153

    Lovin' You

    72

    JAMBANGAN bunga ros putih itu

    dicium berulang kali. Kotomi

    mengukir senyum kepada orang

    yang memberikan jambangan ros itu. Lesung pipitnya

    terserlah. Kedua-dua matanya bulat bersinar.

    Terima kasih, ucapnya.

    Setsuna tersenyum.

    Awak suka? Saya tak tau nak pilih bunga yang

    mana satu, kata Setsuna sambil ketawa.

    Kotomi tersenyum lagi. Nasib awak baik. Saya

    memang sukakan ros putih.

    Kotomi membawa Setsuna ke ruang tamu. Hari ini

    dia cuma memakai t-shirt putih lengan panjang dan seluar

    jean paras lutut sahaja. Mak Cik Inoue melarang dia memakai

    uniformnya, alasan Mak Cik Inoue hari ini dia perlu berehat.

    Kotomi hanya menurut sahaja perintah wanita itu.Sebentar, saya nak ke dapur. Tunggu ye? kata

    Kotomi.

    Bab12

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    73/153

    Haruno Hana

    73

    Setsuna mengangguk. Baiklah.

    Kotomi segera berlari menuju ke dapur.Setsuna menggelengkan kepalanya sambil ketawa

    kecil. Lucu melihat tingkah Kotomi. Dia bangun dari soa

    empuk itu, berjalan menuju ke dinding. Dia melihat bingkai

    gambar berwarna keemasan yang tergantung di dinding itu.

    Kesemua ahli keluarga Masashi berada di dalam gambar itu.

    Tuan Muda Setsuna?

    Setsuna menoleh. Wajah Pak Cik Ozu menggamit

    pandangan. Setsuna tersenyum lantas tunduk hormat. Lama

    kita tak jumpa, pak cik.

    Pak Cik Ozu mengangguk. Hampir dua tahun.

    Sejak...

    Sejak hari tu potong Setsuna perlahan.

    Pak Cik Ozu mengeluh. Lelaki tua itu mengangguk

    setuju.

    Suasana sepi sejenak. Mereka berdua membisu.

    Kenapa tuan muda ke sini?

    Pak Cik Ozu memecahkan kesunyian antara

    mereka. Dia mahu tahu keadaan Setsuna setelah sekian lama

    mereka tidak berjumpa. Sejak hari itu. Tuan muda dah....

    Setsuna menggeleng. Dia tahu apa yang ingin

    dikatakan oleh lelaki tua itu.

    Bukan, pak cik. Saya datang jenguk Kotomi. Saya

    baru aje kenal dia, terang Setsuna.

    Pak Cik Ozu mengangguk.

    Pak cik?

    Pak Cik Ozu mendongak. Memandang tepat ke arah

    wajah anak muda itu.

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    74/153

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    75/153

    Haruno Hana

    75

    Setsuna mengangguk.

    Tuan muda?Ya?

    Pak cik nak minta tolong. Jika Tuan Muda Kira

    benar-benar tidak dapat mencapai impiannya, pak cik harap

    Tuan Muda Setsuna akan tetap berada di sisinya, kata Pak

    Cik Ozu perlahan.

    Baiklah, pak cik.Kedua-duanya berdiam diri. Di dalam kesepian itu,

    mereka tidak menyangka ada orang lain yang mendengar

    perbualan mereka.

    Kotomi turut diam. Sudah lama dia bersembunyi di

    sebalik dinding. Pada mulanya dia mahu menyertai mereka

    berdua, tetapi sebaik sahaja mendengar dengan teliti apa yang

    dikatakan oleh Setsuna, dia segera bersembunyi.

    Apa maksud Setsuna? Dia kawan baik Kira ke?

    Impian yang tak tercapai? Impian apa?

    LANGKAH diatur perlahan menuju ke dapur. Kotomimengeluh. Tekak yang haus memaksa dia meredah kegelapan

    rumah besar itu untuk ke dapur. Nasibnya kurang baik,

    bekas yang dikhaskan untuk menyimpan air di dalam

    biliknya telah kehabisan air. Miyuki terlupa bahawa malam

    ini gilirannya untuk mengisi air. Selang dua hari, mereka

    akan bergilir-gilir mengisi air di dalam bekas itu. Mungkin

    kerana keletihan menjalankan aktiviti-aktiviti di universitimembuatkan gadis itu terlupa.

    Apalah malang nasib aku ni? Dahlah rumah ni

    besar, tengah-tengah malam pulak tu!

  • 8/7/2019 Lovin_' U bg kt P2U

    76/153

    Lovin' You

    76

    Kotomi masuk ke dapur tanpa membuka lampu.

    Dia membuka pintu peti sejuk, mengambil sebotol besar air

    mineral yang disimpan di dalam peti sejuk tersebut. Gelas

    dicapai. Tegukan demi tegukan masuk ke dalam mulutnya.

    Kotomi tersenyum lega. Dia kembali menyimpan botol air

    mineral itu.

    Eh?

    Kotomi menoleh ke pintu dapur. Simoni yang

    didengarnya tempoh hari kedengaran lagi. Kotomi tergamam.Sudah lama dia melupakan peristiwa te