lontaran

33
Lontar peluru. PENGENALAN Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti- aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan

Upload: rohayu-abd-ghani

Post on 01-Feb-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sukan olahraga balapan

TRANSCRIPT

Page 1: Lontaran

Lontar peluru.PENGENALAN

Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.

Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Page 2: Lontaran

PERALATAN

Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran

dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan

peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang

disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang

halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini,

peserta serta pegawai pertandingan harus juga

memberikan perhatian pada keselamatan sama ada

kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun

orang ramai.PELURU

Berat Peluru1. DEWASA 7. 265 kg2. WANITA 4. 005 kg3. REMAJA 4. 000 kg

110 - 130 mmPeralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah

banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan

Page 3: Lontaran

acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru.Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.

FASA – FASA LATIHAN

Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu :

1. Fasa Persediaan2. Fasa Gelungsuran3. Fasa Lontaran4. Fasa Pemulihan

Fasa Persediaan ( Preparation )

Page 4: Lontaran

1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran

2. Peluru dipegang dengan cara yang betul

3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada

dalam keadaan selesa

KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN1. Latihan Bebanan

Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik.

Page 5: Lontaran

Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan :

I. Daya tahan otot – lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali)

II. Kekuatan otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali).

III. Kuasa otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas).

IV. Kelenturan otot – lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali).Objektif

I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki.

II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki.III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik.IV. Membina kelajuan.V. Meningkatkan fleksibiliti.VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.

Sistem TenagaI. Melibatkan sistem tenaga ATP – PC dan ATP – LA secara

dominan.II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.

Kekerapan

Page 6: Lontaran

I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Merejam Lembing

Pengenalan

     Merejam atau membaling lembing merupakan acara balingan yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak purba lagi. Pada ketika itu, orang menggunakan lembing untuk memburu aerta sebagai senjata dalam peperangan. Dalam sukan, merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius. Matlamat acara ini sebagai sekan ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang ditetapkan.

     Sebagai sukan juga, merejam lembing turut menjadiacara dalam Sukan Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. Hingga kini, merejam lembing adalah salah satu acara balingan yang paling penting di dalam sukan olahraga, khususnya dalam acara padang. Acara ini disertai oleh lelaki dan perempuan. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan terjatuh yang dicapai oleh seseorang peserta.

Kelengkapan

a) Lembing        Kelengkapan utama bagi acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman. Lembing yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian

Page 7: Lontaran

lembing terdiri daripada kepala, grip dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. BAhagian kepala diperbuat daripada besi yang berukuran 25-33 cm. Bahagian grip berukuran antara 15-16cm untuk lelaki dan 14-15cm untuk perempuan dan lelaki di bawah umur 18 tahun. Pada bahagian inilah letaknya pusat grativiti lembing. Berat minimum lembing untuk lelaki ialah 800g manakala untuk perempuan dan lelaki bawah 18 tahun ialah 600g.

b) Gelanggang              Gelanggang atau kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Ia hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai.Padang bola atau stadium terbuka sesuai digunakan sebagai gelanggang. Kawasan ini hendaklah mengandungi keperluan-keperluan berikut:* Kawasan larian yang panjangnya tidak melebihi 36.5m dan 4m lebar.* Penanda arc- yang merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan  rejaman dan tidak boleh dipijak oleh peserta.* Kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 dan beriarak 8m dari penanda  arc ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak dihadkan, asalkan bersesuaian  dengan taraf atau prestasi peserta-peserta.

c) Kasut

     Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang mempunyai enam paku di bahagian hadapan tapak dan dua paku di bahagian tumit. Spike yang digunakan untuk acara-acara lain boleh digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu dalam keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.

Cara-cara Membuat Lembing

a) Memegang Lembing

     Sebelum mempelajari cara merajam lembing, seseorang perejam lembing hendakhlah terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta. Umumnya, terdapat tiga acara memegang lembing yang biasa diamalkan. Jurulatih hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini, terutama kepada meraka yang baru meceburkan diri.* Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari  lain.* Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari  kelengkeng.* Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadang-kadang  disebut cara ladam kuda.

b) Peringkat-peringkat Merejam Lembing

     Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat berlari, peringkat transisi, peringkat melepas dan peringkat mengundurkan diri.Peringkat Berlari

1) Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang   disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing.2) Lembing diletakkan pada bahu dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah

Page 8: Lontaran

   membengkok ke hadapan.3) Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4-12 langkah pada kelajuan   sederhana atau perlahan.

Peringkat Transisi

1) Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan.2) Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang.3) Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah.4) Peserta mendarat di belakang penanda arc dengan menggunakan tumit kanan serta   membawa berat badan ke belakang.

Peringkat Melepas

1) Peserta membuka langkah seluas mungkin.2) Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan   berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat.3) Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetapi jangan menyentuh   atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh melompat   menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan.4) Lepaskan lembing pada sudut 30-40 daripada padang sekuat yang boleh dengan   memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang.

Peringkat Berundur

1) Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing   mendarat.2) Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang   daripada penanda arc. Jangan sekali-kali beredar  ke hadapan melepasi penanda   arc.3) Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.

Undang-undang Dan Peraturan

1) Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Semasa merejam, lembing   haruslah berada di atas bahu. Cara memegang dan kedudukan lembing di atas bahu   bergantung pada keselesaan peserta.2) Peserta akan diberikan enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada   lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan   diberikan kepada setipa peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman   paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberikan tiga rejaman   lagi.3) Semasa membuat rejaman, peserta harus berlari dalam kawasan yang ditetapkan   dan lembing yang direjam hendaklah mendarat di dalam kawasan yang diberikan.   Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar

Page 9: Lontaran

   kepala lembing menyentuh tanah dahulu.4) Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum   mendarat. Apabila keluar daripada kawasan merejam, peserta hendaklah keluar   dari bahagian belakang. Rejaman dikira batal jika peserta berjalan ke hadapan   dan terpijak penanda arc walaupun lembing mendarat dengan sempurna.5) Peserta yang berjaya membuat rejaman paling jauh dikira pemenang, dengan   syarat dia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh rejamannya sempurna.   Jika terdapat dua peserta atau lebih yang mencapai jarak yang sama, mereka   akan diberikan peluang membuat rejaman penentuan dan sebarang jarak yang   melebihi peserta lain dikira pemenang.6) Terdapat empat orang pengadil atau pegawai yang mengadili acara ini. Pengadil   1 memastikan sama ada peserta memijak penanda arc atau tidak. Pengadil 2   memastikan peserta memegang lembing dengan betul atau tidak. Pengadil 3 dan 4   akan mengenal pasti pendaratan lembing.7) Pengukuran dibuat pada tempat terdekat kepada titik di mana kepala lembing   mendarat dengan garisan, dengan menggunakan pita pengukur. Dalam pertandingan   antarabangsa, pengukuran dibuat menggunakan alat elektronik.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

CAKERA

Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu,

dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat

tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada

kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian

tengah, asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati

berat yang ditetapkan.

Page 10: Lontaran

Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera

yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan

cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:

Bil Perkara/bahagian Lelaki Wanita

1 Berat keseluruhan untuk

pertandingan

2.0kg(minimum) 1.0kg(minimum)

2 Ketebalan bahagian

tengah cakera

40-46mm 37-39mm

3 Diameter piring atau

kawasan rata pada tengah

cakera

50-57mm 50-57mm

4 Diameter keseluruhan

cakera

218-221mm 180-182mm

5 Ketebalan logam pada

sekeliling cakera

12.0mm 12.0mm

Bulatan lemparan

            Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta

lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah

diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras

dengan kawasan sekeliling.

Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan lain yang tidak

licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada

diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar. Diameter

bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala

garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus

setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua

belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

Page 11: Lontaran

Kawasan lemparan

            Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan

dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat sekolah,

kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh

dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan

lemparan cakera.

            Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton.

Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan pada jarak

tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh seperti

50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu

kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan

kepada para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod

baru.

Kurungan keselamatan

            Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa acara

lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah diambil. Langkah yang

paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan dikawasan membuat lemparan.

Page 12: Lontaran

Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan

cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.

            Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang

menyokong  jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan

lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus

daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.

            Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan,

kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan terjatuh

di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan

itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

            Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-kadang negeri

sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana teknik lemparan yang

dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan badan, yang tidak mudah

menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya. Alas an lain mungkin kerana jarak

lemparan yang dilakukan agak dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun,

adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.

1.3 : Arah pergerakan dan pendaratan cakera

Page 13: Lontaran

Pita pengukur

            Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh jarak

lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita

pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali

lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke

bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan

lemparan itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa,

alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan

demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.

Pegawai pertandingan

Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan

untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal

ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan lemparan, atau cakera yang 

gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera

mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera

di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh

peserta.

 Undang-undang dan peraturan

1.    Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan yang

ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

2.    Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan lapan peserta

yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka

akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang

peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan seorang, dan

lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan.

3.    Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan pertandingan untuk

melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

4.    Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak lemparan paling jauh

dan yang sah.

5.    Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan hendaklah bermula

daripada kedudukan statik.

Page 14: Lontaran

6.    Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau menyentuh

kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.

7.    Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan yang

disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan lemparan.

8.    Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta,walaupun

jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.

9.    Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan

kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10.  Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut

dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya

11.  Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi setiap

peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan satu

lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira

pemenang.

12.  Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk dari segi

pakaian dan peralatan yang digunakan.

13.  Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat

kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira

14.  Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara ini.

 PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

            Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh

yang  boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta

dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan sector yang

bersudut 40 darjah di hadapan bulatan.

            Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang

seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil

perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.

            Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut

pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di

udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk “bulan punama” apabila dilempar,

sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan

Page 15: Lontaran

cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara “memotong udara” akan

kuarng rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.

            Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru

hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat

membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan sperti kaki,

lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

 KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA

          Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani latihna

melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah

tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan dan

pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga

keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.

(a)  Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.

(b)  Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak menunggu di keliling atau

berhampiran bulatan lemparan atau di mana pelajar lain membuat percubaan.

(c)  Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di

belakangnya dekat bulatan atau hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan

lemparannnya.

(d)  Amalkan prinsip keselamatan iaitu “ semua melempar, semua memungut” jika latihan berkumpulan

diamalkan oleh pelajar.

(e)  Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak

dibenarkan pelajar membalin cakera kepada peserta yan menunggu gilirannya.

KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN

Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu yang

mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini.

Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh bagi menentukan pemenang dalam

sesuatu pertandingan. Bagaimanapun, anggapan ini tidaklah benar, kerana dalam melakukan

lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya, adalah penting. Kaedah yang betul dan cara

yang sempurna akan menghasilkan jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga jika seseorang itu

membuat lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak akan memperoleh

jarak yang diharapkan.

            Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan tegap atau

bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini. Sebenarnya hal ini

tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta tetapi penggunaan teknik dan cara

Page 16: Lontaran

yang betul oleh seseorang pesrta. Ini bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan

yang dibuat.

            Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan

beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik, kelajuan pelepasan dan

sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera juga bergantungkepada pertalian di

anatara kelajuan pusingan badan serta kekuatan hayunan tangan. Cara membuat lemparan yang

sama boleh dilakukan oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun teknik lemparan yang

berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering mempengaruhi jarak atau jauh

lemparan yang dibuat. Sebagai pesrta dalam acara lontaran, seseorang itu harus dapat melakukan

cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan yang dijalankan.

            Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam acara lempar

cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan. Kedua-dua aspek ini harus

dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada pada peringkat rendah ataupun tinggi dan

sama ada lelaki ataupun wanita.

 CARA MEMEGANG CAKERA   

          

            Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui

menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang tidak

betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan jarak yang jauh, malah boleh

membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. Untuk mendapatkan pemegangan yang betul,

peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat mengikut jantina pada

umur peserta kerana saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.

            Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah boleh

menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan yang

betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum lemparan

sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau cara pengangan yang sesuai dan

selesa mengikut kemampuan tangannya.

Page 17: Lontaran

CARA PEGANGAN 1

            Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan

cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada bahagian

tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta

juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberikan pengawalan. Kedudukan jari-jari pada

sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan lain. Bagi memastikan

pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta boleh menghayun-hayunkan

cakera beberapa kali ke hadapan dank e belakang, sambil jari-jari cuba mendapatkan cengkaman

terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang

dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera

dan bukan pada jarak lemparan.

CARA PEGANGAN 2

            Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama tadi.

Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan tapak

tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian

berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah bercantum,

manakala jari manis dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya secara

keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang

cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan

dank e belakang beberapa kali, dan diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta

hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan cara ini.

CARA PEGANGAN 3

            Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi masalah

kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini,

masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang mempunyai jari yang sagak pendek. Peserta

hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera, dengan menutup dua pertiga sahaja

daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada

sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian

Page 18: Lontaran

lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan

jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua di atas.

            Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah menghayun-

hayunkan tangannya ke hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti dengan melakukan

lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara ini.

            Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah selesa dan

kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi peserta membuat lemparan.

Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan perhatian kepada cara melakukan

lemparan pula.

FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA

Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

(a)  Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

(b)  Fasa hayunan awalan

(c)  Fasa lemparan

(d)  Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

Rajah 1.7 : Teknik lemparan berdiri pusing – Rangkaian satu setengah putaran

9.0 TEKNIK LEMPARAN

            Setelah peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah seterusnya ialah

melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan, terdapat dua

teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan ataupun

antarabangsa. Pertama ialah teknik berdiri tetap atau gaya static atau disebut juga sebagai gaya 90

darjah, dan kedua ialah teknik berpusing, yang dilakukan bersama pusingan kaki. Terdapat

perbezaan yang ketara antara kedua-dua teknik ini.

Page 19: Lontaran

            Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam

acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik berdiri juga banyak digunakan

oleh waniat. Dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga pringkat sekolah, hamper semua peserta

menggunakan teknik lemparan ini. Teknik ini memenag mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki

dan hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta berdiri di

kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan sedikit badannya. Tangan yang

memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa  kali ke hadapan dan ke belakang untuk

mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan awal. Peserta akan melemparka cakera setelah

betul-betul sudah bersedia untuk berbuat demikian, tanpa memusingkan kaki atau badannya.

            Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak digunakan pada

peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan cara ini latihan berterusan yang

banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik lemparan ini mampu menghasilkan jarak yang lebih

jauh dan lebih menarik ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan

yang bersistem dan ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan pelempar cakera

menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara kita, masih belum

dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga dengan sebilangan besar

peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga masih belum dapat menggunakan teknik

lemparan ini.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK 

     

     Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalAh penting baginya menyiapkan

diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan. Persediaan sebelum membuat

lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan tangan bersama cakera sebagai persediaan

serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera. Kedudukan peserta semasa berdiri

di dalam kawasan pelepasa hendaklah kemas dan selesa untuk mendapatkan kesinambungan

badan ketika membuat lemparan.

            Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan,

peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan.

Aturan berikut boleh dijadikan penduan dalam melakukan lempara gaya statik ini.

1.    Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2.    Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut,

terutama lutut kaki belakang. Dengan demikian peserta badara pada kedudukan separuh cangkung.

3.    Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng memegang cakera,

sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera.

Page 20: Lontaran

4.    Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada aras

bahu untuk mengawal serta menimbangkan  pusingan badan.

5.    Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang cakera

ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi

mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.

6.    Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi, siku

tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan.

Ketika yang sama, kedua-dua belah peserta diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum sambil

muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera.

7.    Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan melemparkan ke

hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.

8.    Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di kawasan

pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah

belakang melepas garisan tengah bulatan.KEBAIKAN TEKNIK

1.    Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa yang singkat.

2.    Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi hayunan yang dilakukan.

3.    Cakera mempunyai peluang yang lebih untuk mendarat di kawasan pendaratan yang disediakan.

4.    Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang banyak, yang jarak

lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau tidak.

5.    Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak membahayakan.

KEBURUKAN TEKNIK

1.    Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan serta hayunan yang

sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini.

2.    Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan ketiadaan lonjakan badan

dan hayunan tangan.

Page 21: Lontaran

3.    Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada peserta ataupun penonton.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING

            Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera pada

tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah cuba meghayun-

hayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan awal. Sebenarnya melempar

cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan sedia di dalam kawasan lemparan.

Kedududkan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan teknik lemparan

statik.          

            Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan

lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam lemparan

teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 ¾ pusingan sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu

peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi

terhadap acara ini.

            Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing. Perlu

diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan

panduan untuk peserta wanita.

1.    Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi arah

kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki

belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea rah sisi kakan badan, manakala tapak kaki kiri

dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu

berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2.    Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai persediaan awal

untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan peserta akan

berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera.

3.    Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang terus

memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan

baru,mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara

atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan

yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah

memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang

rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.

Page 22: Lontaran

4.    Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan badan ke hadapan

bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di

belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan

membuat lemparan dengan berkesan.

5.    Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna peserta kini

bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah

hamper sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak

menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan

pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera.

Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke arah

bahu.

6.    Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan

yang dibuat. Sebagai panduan, berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.

a.    Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas kaki

kanan secara menjengket.

b.    Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada terkena atau

terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu.

c.    Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat dengan

selamat.

7.    Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera mendarat di kawasan

penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang bulatan.

8.    Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan teknik

badan berpusing ini.

KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN PUSING

1.    Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi pusingan

badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh.

2.    Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan yang

membanggakan.

3.    Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan daripada

pembaziran tenaga.

Page 23: Lontaran

4.    Member kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak

menggunakan teknik lemparan ini.  

KEBURUKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING

1.    Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan.

2.    Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan lemparan

yang dibuat.

3.    Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.

4.    Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.

 PRINSIP ASAS LEMPAR CAKERA

1.    Peserta sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini termasuk dari segi fizikal,

kemahiran, ;teknik dan mental peserta.

2.    Mempunyai minat dan keinginan untuk Berjaya dalam acara ini dengan meletakkan suatu matlamat

tertentu untuk dicapai menerusi penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan.

3.    Dapat menggunakan teknik lemparan yang terbaik dan berkesan dengan tujuan dapatkan jarak

sejauh mungkin.

 Gaya seorang peserta lempar cakera

Page 24: Lontaran

  Pergerakan lengkap lempar cakera

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

(a)  Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit

(b)  Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam

cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.

(c)  Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia

bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan

cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2

Page 25: Lontaran

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a)  Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di

hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

(b)  Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan

pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

(c)  Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki

dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.

(a)  Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke

belakang dan ke depan bahu kiri.

(b)  Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah

kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

(c)  Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.

(d)  Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

Page 26: Lontaran

(e)  Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan

sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian

beransur laju.

(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan

tanpa memegang cakera.

Latihan 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

(a)  Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan

cakera.

(b)  Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan

bulatan.

(c)  Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki

kanan menolak kuat atas tanah.