lompat tinggi

20
VENESSA TAN ZHI WEI DHAAYAALINY A/P PASUPATHY DHARSIGA A/P SELVARAJU OLAHRAGA: LOMPAT TINGGI

Upload: xiao-venessa

Post on 21-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah lompat tinggi

TRANSCRIPT

Page 1: LOMPAT TINGGI

VENESSA TAN ZHI WEIDHAAYAALINY A/P PASUPATHY

DHARSIGA A/P SELVARAJU

OLAHRAGA: LOMPAT TINGGI

Page 2: LOMPAT TINGGI

SEJARAH LOMPAT TINGGI

1887- Deperkenalkan kepada orang ramai dan ia mula

diminati ramai.

1896- Mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik.

Gaya gunting merupakan gaya yang pertama dipilih.

1940-an – Gaya timur merupakan gaya yang popular

1950-an – Gaya guling barat menjadi gaya yang popular

yang dicipta oleh M.F Horine

1968- Dck Fosbury menggunakan gaya lentang yang baru.

Page 3: LOMPAT TINGGI

REKOD-REKODREKOD DUNIA

Abad ke-19 - Rekod pertama dicatat oleh seorang peserta dengan pencapaian setinggi

1.68m.

Peserta Cuba, Javier Sotomayor melepasi palang yang setinggi 2.45 meter pada 27

Julai 1993 d Salamanca, Sepanyol.

Stefka Konstadinova dari Negara Bulgeria melepasi palang yang setinggi 2.09 meter

pada 30 Ogos 1981 di Rome, Itali

REKOD KEBANGSAAN

Nor Aishah Ismail melepasi palang yang setinggi 1.77 meter pada 15 Julai 1990 di KL.

Loh Kum Zee melepasi palang yang setinggi 2.24 meter pada 14 Disember 1995 di

Chiangmai, Thailand

Page 4: LOMPAT TINGGI

PERALATAN LOMPAT TINGGI

Tiang Lompat Tinggi

• Dua batang tiang diperlukan dan tiang-

tiang ini tidak boleh diubah-ubah

semasa pertandingan sedang

dijalankan.

• Kudua-dua tiang ini hendaklah

mempunyai alat bantuan khusus bagi

membolehkan tiang ditegakkan tanpa

mudah dijatuhkan.

Page 5: LOMPAT TINGGI

PERALATAN LOMPAT TINGGI Palang Lompat Tinggi

• Diperbuat sama ada daripada kayu, logam

ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk

bulat atau segitiga.

• Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak

kedua-dua tiang yang dipasangkan.

• Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi

alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah

mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

Page 6: LOMPAT TINGGI

Tilam Mendarat

• Kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau

pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat.

• Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul

selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah

boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

PERALATAN LOMPAT TINGGI

Page 7: LOMPAT TINGGI

Pita Pengukur

• Mengukur ketinggian lompatan yang

berjaya dilakukan oleh setiap peserta.

Ukuran hanya dibuat sekali sebelum

lompatan dimulakan selepas palang

dinaikkan.

• Kini, dalam acara lompat tinggi alat

pengukur elektronik digunakan bagi

menjadikan proses pengukuran dapat

dilakukan dengan cepat dan tepat.

PERALATAN LOMPAT TINGGI

Page 8: LOMPAT TINGGI

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat

fasa Pergerakan iaitu :

a) Penujuan – larian menghala ke palang

b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan

c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada

di udara dan di atas palang.

d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya

dengan tempat mendarat.

FASA LOMPATAN TINGGI

Page 9: LOMPAT TINGGI

GAYA LOMPAT TINGGI Gaya Gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan

melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang.

Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam

keadaan duduk berlunjur.

Page 10: LOMPAT TINGGI

Gaya Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90

darjah.

Semasa melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke

hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara

mengiring.

GAYA LOMPAT TINGGI

Page 11: LOMPAT TINGGI

Gaya guling barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya

gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat

dengan palang.

Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa

pelompat ‘berguling’ selari dengan palang untuk membuat

pelepasan.

GAYA LOMPAT TINGGI

Page 12: LOMPAT TINGGI

Gaya Pelana

Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat

menuju ke palang secara bersudut.

Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke

bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas

palang.

GAYA LOMPAT TINGGI

Page 13: LOMPAT TINGGI

Gaya Fosbury Flop

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968.

.Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan

membelakangkan palang.

Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi

digunakan semasa pelajaran atau latihan.

GAYA LOMPAT TINGGI

Page 14: LOMPAT TINGGI

LATIHAN ANSUR MAJU Aktiviti mendorong

a) Berjalan dengan lutut tinggi

b) Berlari dengan lutut tinggi

c) Berlari dalam bulatan

d) Berlari mengikut laluan angka lapan.

e) Melonjak

f) Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

Page 15: LOMPAT TINGGI

Latihan Lompatan

a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting.

b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’, kaki selari denagn palang.

c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’ serta kaki bersudut 45 darjah.

d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah

palang.

e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat.

f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.

g) Ulang (f) dengan papan anjal.

h) Menentukan titik semak.

i) Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

LATIHAN ANSUR MAJU

Page 16: LOMPAT TINGGI

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Pertandingan

Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan sebelah kaki.

Seorang peserta itu gagal sekiranya:

a) Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu

sendiri semasa melompat atau,

b) Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah

mencancang dan sama ada luar atau di antara tiang dengan mana-mana

bahagian badannya, sebelum melepasi palang. Walau bagaimanapun

sewaktu melompat, jika seseorang peserta itu menyentuh tempat mendarat

dengan kakinya, dan pada hemat hakim tidak akan memberi kelebihan

padanya, maka atas sebab ini lompatan tersebut tidak dianggap batal.

Page 17: LOMPAT TINGGI

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3

langkah terakhir.

Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa

membuka langkah semasa melencong.

Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak

penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.

Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula

melompat.

Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu

dekat dengan palang semasa melonjak.

Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.

Page 18: LOMPAT TINGGI

Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.

Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak

diselesaikan dengan cara melipat tumit.

Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak

membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.

Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan

menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

Page 19: LOMPAT TINGGI

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1. Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk

mengelak kecederaan.

2. Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk

mendarat selamat.

3. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak

bergoyang atau mudah jatuh.

4. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap

tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh

dan tidak menyekat peserta lompatan.

Page 20: LOMPAT TINGGI

TERIMA KASIH