lompat tinggi

34
LOMPAT TINGGI

Upload: pei-ni

Post on 18-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

peralatan lompat tinggi

TRANSCRIPT

LOMPAT TINGGI

LOMPAT TINGGISejarah Bermula semasa Olimpik pada zaman Greece.Rekod pertama acara lompat tinggi adalah pada abad ke-19, di Scotland dengan pencapaian lebih daripada 1.68m.Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting iaitu dengan lonjakan kaki yang jauh dari palang.Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Namun gaya ini tidak digalakkan sama sekali kepada para peserta.Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish- American M.F Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6 5 5/8 (1.97m) pada 1895.Gaya Timur merupakan gaya yang mula digunakan oleh Sweeny dan kemudiannya dituruti oleh orang-orang Pantai Timur Amerika. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Pada tahun 1912, Gaya Guling Barat diperkenalkan oleh warga Amerika iaitu M.F Horine dengan lompatan setinggi 6 kaki 7 inci. Kemudian gaya ini ditiru oleh semua peserta Amerika Barat.Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana.Gaya kelana dan gaya guling barat merupakan gaya saintifik dan lebih berkesan kepada peserta.Pada tahun 2012, Kavee Alagan, 20, berjaya melakukan lompatan setinggi 2.21m, mengatasi rekod lima tahun 2.19m jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang dicipta semasa Sukma Terengganu 2008.Rekod Dunia (Lelaki)Ketinggian (m)NamaTarikhTempat2.45Javier Sotomayor 27 July 1993Salamanca, SpainRekod Dunia (Wanita)Ketinggian (m)NamaTarikhTempat2.09Stefka Kostadinova30 August 1987RomeRekod Asia (Lelaki)Ketinggian (m)NamaTarikhTempat2.39Zhu Jianhua10 June 1984 Lausanne, SwitzerlandMutaz Essa Barshim23 August 2012Stuttgart, GermanyRekod Asia (Wanita)Ketinggian (m)NamaTarikhTempat1.99Marina Aitova13 July 2009Athens, GreeceRekod Malaysia (Lelaki)Ketinggian (m)NamaTarikhTempat2.21Kavee AlaganTahun 2012Kuantan, PahangRekod Malaysia (Wanita)Ketinggian (m)NamaTarikhTempat1.75Nor Aishah IsmailTahun 1988Kuala LumpurPERALATANAcara lompat tinggi memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua peralatan disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

1. Tiang Lompat TinggiDua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan.

Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

2. Palang Lompat TinggiPalang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

3. Kawasan MendaratPada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segi empat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

4. Pita PengukurPita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

UKURANKawasan mendaratKawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal.Pita pengukurPita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

Tiang lompat tinggiTiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.Palang lompat tinggiPanjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

Fasa Lompatan Tinggi Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :Penujuan larian menghala ke palangLonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badanLayangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Gaya Lompat TinggiTerdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting,gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

a) Gaya gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

b) Gaya TimurPelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

c) Gaya guling baratPenujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

d) Gaya PelanaGaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

e) Gaya Fosbury FlopGaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

PERATURAN-PERATURANPertandinganGiliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.

Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.a)Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.b)Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan.

3. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.4. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

5. Seorang peserta gagal jika:Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana aski peserta tersebut ketika melompat.Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut dengan sebarang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.

7. Sebatang pengukur ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peserta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.NOTA: Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.9. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

29PISMP AMBILAN JAN 2011 BC(A)Landas Lari Dan Kawasan Melompat11. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah berukuran 25 m.12. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.13. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar.14. Penanda. seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.

Alat-alat.15. Tiang-tiang. Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor / tegar. Cagak-cagk hendaklah dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.16. Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

17. Palang. Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti fiber glass, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 35 mm dan panjang 15 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

Sekian, terima kasih