lompat tinggi

50
DAYANG NURSHAFIQA ABG AHMAD PPISMP PRASEKOLAH SEM2 (BM/PJ/MUZIK) IPG KAMPUS KENT 1

Upload: fifi-epi

Post on 04-Jul-2015

2.033 views

Category:

Documents


165 download

TRANSCRIPT

Page 1: LOMPAT TINGGI

DAYANG NURSHAFIQA ABG AHMADPPISMP PRASEKOLAH SEM2

(BM/PJ/MUZIK)IPG KAMPUS KENT

1

Page 2: LOMPAT TINGGI

LOMPAT TINGGI

2

PENGENALANIa merupakan salah satu acara padang yang

memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah

peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan.

Dalam abad ke-19, peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang.

Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta.

Page 3: LOMPAT TINGGI

3

Gaya yang paling kerap diaplikasikan oleh para atlet bertaraf antarabangsa ialah gaya Fosbury. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi.

Gaya Fosbury dicipta oleh Dick Fosbury pada tahun 1968.

Gaya Pelana paling mudah dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah dan kedua berkesan dari aspek kejayaan para atlet.

Page 4: LOMPAT TINGGI

FASA LOMPAT TINGGI

4

i. Penujuan (run-up) – Larian menghala ke palang

ii. Lompatan/ lonjakan (take – off) – tindakan kaki untuk menaikkan badan

iii. Melepasi palang / layangan (clearence) – Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.

iv. Pendaratan (landing) – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Page 5: LOMPAT TINGGI

GAYA LOMPAT TINGGI

5

Gaya GuntingGaya PelanaGaya Guling Timur ( Eastern roll)

Gaya Guling Barat (Western roll)

Page 6: LOMPAT TINGGI

Gaya Gunting

6

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang.

Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Page 7: LOMPAT TINGGI

Rajah: Teknik lompatan gaya Gunting

7

Page 8: LOMPAT TINGGI

GAYA GULING TIMUR

8

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90 darjah).

Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

Page 9: LOMPAT TINGGI

Rajah: teknik lompatan gaya Guling Timur

9

Page 10: LOMPAT TINGGI

GAYA GULING BARAT

10

Penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya Gunting.

Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.

Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

Page 11: LOMPAT TINGGI

Rajah: Teknik lompatan gaya Guling Barat

11

Page 12: LOMPAT TINGGI

GAYA PELANA

12

Gaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat.

Pelompat menuju ke palang secara bersudut.

Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

Page 13: LOMPAT TINGGI

Rajah: Teknik Gaya Lompatan Gaya Pelana

13

Page 14: LOMPAT TINGGI

Rajah: Teknik Gaya Pelana Mendarat

14

Rajah: Gaya mendarat- selain pendaratan Rajah: Gaya mendarat- selain pendaratan “tiga titik” ini pelompat boleh berguling di “tiga titik” ini pelompat boleh berguling di atas bahagian belakang badannya.atas bahagian belakang badannya.

Page 15: LOMPAT TINGGI

GAYA FOSBURY FLOP

15

Penujuan ke belakang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung.

Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.

Page 16: LOMPAT TINGGI

RAJAH: GAYA FOSBURY FLOP

16

Page 17: LOMPAT TINGGI

RAJAH: GAYA FOSBURY FLOP SEMASA MENDARAT.

17

Page 18: LOMPAT TINGGI

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA PELANA

18

(a) Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang melonjak menolak badan ke atas.

TUJUAN LATIHAN - untuk melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas dan melonjak.

Page 19: LOMPAT TINGGI

19

(b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun kedua-dua belah tangan. Latihan ini dapat membantu agar lonjakan tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.

Page 20: LOMPAT TINGGI

20

c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu. Berjalan tiga langkah (mulakan dengan kaki lonjak) dan tending kaki bebas ke atas paras tali. Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti didalam latihan (b).

Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.

Page 21: LOMPAT TINGGI

21

(d) Rentangkan tali hingga ke paras pinggang dan ulangi latihan (c). Selepas melonjak dan badan berada di atas paras tali, pusingkan badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat atau tangan dan kaki bebas mencecah kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat melepasi palang atau tali semasa membuat pendaratan.

Page 22: LOMPAT TINGGI

22

(e) Rentangkan tali pada paras pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan baik.

Latihan ini merangkumi semua fasa lompatan. (Empat fasa semuanya)

Page 23: LOMPAT TINGGI

23

(f) Latihan lompat tinggi gaya Pelana menggunakan alatan yang sebenarnya (tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima atau tujuh langkah larian yang pantas.

Page 24: LOMPAT TINGGI

Rajah: Latihan ansur maju (a) dan (b) – latihan menghayun kaki bebas

24

Page 25: LOMPAT TINGGI

Rajah: Latihan ansur maju (c) – bergerak tiga langkah dan melonjak

25

Page 26: LOMPAT TINGGI

Rajah: Latihan ansur maju (d) dan (e)- melepasi tali dan mendarat.

26

Page 27: LOMPAT TINGGI

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA

27

(i) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.

(ii) Badan kiri hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.

(iii) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.

(iv) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang.

(v) Semasa melepasi palang, kaki belakang (kaki lonjak) tidak diangkat

Page 28: LOMPAT TINGGI

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

28

Sebelum memulakan latihan ini, murid-murid mestilah terlebih dahulu dapat menentukan kaki manakah yang akan digunakan untuk membuat lonjakan.

Page 29: LOMPAT TINGGI

29

Berlari anak atau pantas beberapa langkah kehadapan dan kemudian melengkung beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri). Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan, dia haruslah melengkung ke kanan. Latihan ini hendaklah dibuat berulang-ulang.

Page 30: LOMPAT TINGGI

OBJEKTIF LATIHAN

30

Untuk melatih murid-murid ini supaya dapat berlari lurus dan melengkung

Page 31: LOMPAT TINGGI

Rajah: berlari lurus dan melengkung

31

Page 32: LOMPAT TINGGI

Latihan II

32

Seperti dalam latihan I, apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestilah melonjak dengan serta-merta ke atas. Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas (siku dibengkokkan) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.

Latihan ini berupa latihan penujuan, lonjakan dan memusing badan di udara.

Page 33: LOMPAT TINGGI

Rajah: Latihan penujuan, lonjakan dan memusing badan di udara.

33

Page 34: LOMPAT TINGGI

Latihan III

34

Seperti dalam latihan II, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

TUJUAN - untuk melentikkan badan.

Page 35: LOMPAT TINGGI

Rajah: Latihan membetulkan penujuan, lonjakan dan memusing badan.

35

Page 36: LOMPAT TINGGI

  Latihan IV

36

Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan. Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atatu belakang badan.

TUJUAN - untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat

Page 37: LOMPAT TINGGI

Rajah: Latihan melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

37

Page 38: LOMPAT TINGGI

Latihan V

38

Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.

Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk melonjak.

Page 39: LOMPAT TINGGI

Rajah: Latihan berlari pantas dan menentukan tandaan untuk melonjak 

39

Page 40: LOMPAT TINGGI

PRINSIP UTAMA LOMPAT TINGGI

40

1. Peserta hendaklah membuat lompatan menggunakan teknik atau gaya lompatan mengikut keupayaan dan kesesuaian sendiri.

2. Peserta hendaklah mengikuti latihan secukupnya sebelum mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan.

Page 41: LOMPAT TINGGI

41

3. Untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan, selain daripada persediaan dari segi fizikal, peserta juga hendaklah bersedia dari segi mental, kerana semasa pertandingan, peserta harus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada acara itu.

Page 42: LOMPAT TINGGI

42

4. Peserta hendaklah mengambil langkah dengan cukup dan tepat sebelum membuat lonjakan dalam sesuatu lompatan.

5. Peserta hendaklah mengenakan pakaian dan peralatan selengkapnya termasuk kasut atau spikes yang sesuai dan dan mematuhu aturan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk acara ini.

Page 43: LOMPAT TINGGI

43

6. Dalam apa-apa jua keputusan, peserta hendaklah menerima dengan penuh semangat kesukanan, tanpa mempertikaikan keputusan pegawai pertandingan dan keupayaan peserta lain.

7. Peserta boleh mengambil bahagian dalam seberapa banyak pertandingan yang boleh demi meningkatkan prestasi dari masa ke semasa tetapi jangan pula sampai membebankan diri.

Page 44: LOMPAT TINGGI

44

8. Amalkan sikap ingin terus maju setelah melibatkan diri dalam acara ini, dan jika boleh mempunyai cita-cita untuk mencapai kejayaan hingga peringkat yang lebih tinggi

Page 45: LOMPAT TINGGI

PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI

45

I. Peserta mesti melonjak dengan kaki sebelah2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana

ketinggian permulaan yang disukainya.3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika

peserta menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.

Page 46: LOMPAT TINGGI

46

4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan.

5. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya ( walaupun semua peserta yang lain gagal ) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.

Page 47: LOMPAT TINGGI

47

6. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang. Lihat rajah berikut:

Page 48: LOMPAT TINGGI

RUMUSAN

48

Kepentingan latihan dalam sukan termasuklah olahraga padang seperti lompat tinggi merupakan suatu yang seharusnya diberikan perhatian oleh para jurulatih, guru pengawas dan atlet itu sendiri. Ini kerana tanpa latihan yang sistematik, pencapainnya tidak mungkin pada tahap yang maksimum terlaksana. sebenar

Page 49: LOMPAT TINGGI

49

Latihan kemahiran serta fizikal diperlukan oleh setiap atlet. Bentuk dan jenis latihan adalah berbeza-beza mengikut jenis acara serta tahap dan umur atlet.

Dalam melakukan mana-mana aktiviti pergerakan sukan, pemanasan badan mestilah dilakukan terlebih dahulu sebagai langkah pencegahan terutamanya dari segi kekejangan, otot terkoyak atau luka yang mungkin berlaku apabila atlet memasuki latihan atau pertandingan sebenar.

Page 50: LOMPAT TINGGI

SYHIBIN BIN JAPAR JABATAN PJK50

SEKIAN TERIMA KASIH