lompat tinggi

35
Isi Kandungan No Tajuk M/s 1 Pengenalan 2 2 Sejarah 2 3 Peralatan 5 4 Ukuran 7 5 Ciri-ciri Umun Lompatan 8 6 Prinsip Aksi Reaksi 12 7 Hukum-hukum Newton 12 8 Fasa Lompatan 14 9 Gaya Lompat Tinggi 14 10 Latiha-latihan Persediaan 23 11 Rumusan 25 1

Upload: rohana-bte-jamaludin

Post on 04-Jul-2015

456 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: lompat tinggi

Isi Kandungan

No Tajuk M/s

1 Pengenalan 2

2 Sejarah 2

3 Peralatan 5

4 Ukuran 7

5 Ciri-ciri Umun Lompatan

8

6 Prinsip Aksi Reaksi 12

7 Hukum-hukum Newton 12

8 Fasa Lompatan 14

9 Gaya Lompat Tinggi

14

10 Latiha-latihan Persediaan

23

11 Rumusan 25

12 Lampiran 26

1

Page 2: lompat tinggi

1. PENGENALAN

Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan

kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang

penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat kijang. Namun begitu, terdapat

juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan

yang istimewa. atlit-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan yang baik

biasanya akan lebih berjaya dalam acara lompat jauh atau lompat kijang berbanding

dengan acara lompat tinggi.

2. SEJARAH

Lompat tinggi merupakan acara padang dalam sukan olahraga. Atlet lompat tinggi

bebas memilih gaya lompatan yang sesuai dengan keupayaan mereka sendiri. Lompat

tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk

sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Mengikut sejarah,

acara lompat tinggi telah bermula seawal Olimpik pada zaman Greece. Rekod pertama

bagi acara lompat tinggi bermula pada abad ke-19 di Scotland, dengan pencapaian

atas 1.68 m oleh peserta ketika itu. Pada abad ini peserta lompat tinggi melompat dan

mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu

dengan cara lunjakkan kaki yang jauh dari palang. Gaya ini mengkehendaki kaki

bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk

berlunjur”. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta.

2

Page 3: lompat tinggi

Namun pada sekitar abad ke-20 gaya gunting telah dimodenkan oleh warga Irish-

America, M.F. Sweeney. Gaya yang dimodenkan ini dikenali sebagai gaya timur. Gaya

ini seakan-akan gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat

melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekesan dan mensipta

rekod pada 1895 dengan ketinggian 1.97 m. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena

dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya pertama diguna oleh Sweeney

yang mendorong kebanyakan orang Pantai Timur Amerika menggunakannya.

Kemudian, pada tahun 1912, gaya barat diperkenalkan oleh seorang lagi warga

Amerika, M.F. Horine. Gaya ini dikatakan lebih efisyen berbanding sebelumnya.

Menerusi gaya ini, M.F. Horine berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun

1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat.

Kemudian, pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan gaya pelana yang menjadi

ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup

popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan

dari gaya-gaya lompatan yang lain. Buktinya, dalam pertandingan Olimpik di Rome

dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang

peserta itu 14 orang menggunakan gaya pelana.

Kemudian, pada Sukan Olimpik 1968, di Mexico Dick Fosbury dari Amerika Syarikat

telah memperkenalkan satu teknik lompatan gaya baru dalam bidang lompat tinggi yang

membolehkannya memenangi pingat emas. Gaya ini telah popular dan dikenali sebagai

3

Page 4: lompat tinggi

gaya Fosbury (atau gaya lentang) di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian

belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan

bahagian tengkuk. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi

digunakan semasa atlet melakukan latihan mahupun ketika pertandingan

dilangsungkan.

Berdasarkan sejarah di atas, jelas menunjukkan bahawa cara dan teknik lompat tinggi

mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Walau

bagaimanapun gaya yang sering menjadi pilihan atlet ialah gaya pelana (straddle) dan

gaya Fosbury.

Ketinggian atlet dan penguasaan teknik lompatan adalah faktor utama untuk

menghasilkan lompatan yang baik. Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta

untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi

palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat

tinggi. Oleh sebab itu, atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi

kebanyakannya mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.

Bagi rekod dunia acara lompat tinggi, rekod tertinggi bagi atlet lelaki dipegang oleh

Javier Sotomayor dari Cuba dengan ketinggian 2.45 m pada 27 Julai 1993 di

Salamanca, Sepanyol manakala wanita pula dipegang oleh Stefka Konstadinova dari

Bulgaria dengan ketinggian 2.09m pada 30 Ogos 1981 di Rome, Itali. Bagi rekod

kebangsaan acara lompat tinggi kategori lelaki dipegang olehLoh Kum Zee dengan

4

Page 5: lompat tinggi

ketinggian 2.24 m pada 14 Disember 1995 di Chiang Mai, Thailand manakala bagi

kategori wanita pula dipegang oleh Nor Aishah Ismail dengan ketinggian 1.77 m pada

15 Julai 1990 di Kuala Lumpur. Antara jaguh-jaguh lompat tinggi Malaysia yang lain

adalah seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, Glady Chai Ng Mei dan

Shabana Khanum.

3. PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk

membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur

sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum

pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti

berikut :-

3.1 Tiang Lompat Tinggi.

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa

pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah

dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua

tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang

ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

3.2 Palang Lompat Tinggi.

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun

bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah

5

Page 6: lompat tinggi

sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan

pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan

atau diturunkan pada tiang.

3.3 Kawsan Mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi

perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik

lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang

sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan

pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir

lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan

tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau

pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat

tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan

peserta.

3.4 Pita Pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh

setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas

palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan

bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

6

Page 7: lompat tinggi

4. UKURAN

4.1 Tiang Lompat Tinggi

Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau

maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

4.2 Palang Lompat Tinggi.

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang

dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang

menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata

dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

4.3 Kawasan Mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut

bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan

1 meter tebal.

4.4 Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh

peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai

pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu

7

Page 8: lompat tinggi

mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada

bahagian tengah palang ke aras tanah.

5. CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN

Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada

atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia,

yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes

mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang

yang mengambil bahagian.Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam

lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan

baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan

akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.Setiap lompatan mengandungi fasa

penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan

pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke

acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan

untuk acara yang lain.

Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan

ringkas :-

5.1 Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-

8

Page 9: lompat tinggi

i)        Pergerakan mendatar (Linear Motion)

ii)       Pergerakan menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada

pergerakan menegak.

A – Pergerakan Mendatar.

B – Pergerakan Menegak.

C – Vektor Resultant

1. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.

2. Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.

3. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan

layangan dalam bentuk parabola C.

5.2 Momentum

Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.

Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang

dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka

momentum jasad itu akan bertambah.

Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan

atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya

9

Page 10: lompat tinggi

dapat menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang

lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

5.3 Daya Sentrifugal

1. Daya Sentrifugal

2. Daya Sentripetal.

3. Daya Ikut Tangen

Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal.

Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk sesuatu bulatan, pada

hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu

lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar

dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-duanya dilaksanakan hanya apabila ada

geseran pada bumi di pusat bulatan.

Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sebagai bertindak kepada pusat bulatan dan

tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan

yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.

Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan

konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal seperti rajah di atas.

5.4 Putaran

Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah

dua jenis iaitu ‘direct’ dan I’indirect’. Putaran direct dicapai semasa atlit ada kontrak

10

Page 11: lompat tinggi

dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan

bumi.

Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah

lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

5.5 Graviti Dan Pusat Graviti

Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan

pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya

supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.

Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat

graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gaya-

gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit

mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

Konsep di atas digambarkan oleh Gambarajah 4. Jasad-jasad a dan b yang

kedudukannya menegak dapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang.

Manakala dalam jasad c, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat graviti

adalah sangat hampir pada palang.

Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan beberapa gaya dalam acara lompat

tinggi yang tidak sempurna dari segi pemindahan pusat supaya mendapat satu

lompatan yang tinggi. Tanda x menunjukkan pusat graviti atlit yang tinggi di atas

palang.

11

Page 12: lompat tinggi

6. PRINSIP AKSI – REAKSI

Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki

meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segeman tertentu dalam badan

secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikuti

itu di angkat.

Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu

gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di  bahagian badan yang

lain.

Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan

akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat

untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi

palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan

inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah.

Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari

tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.

Prinsip-prinsip yang telah dibicangkan ini adalah mustahak bagi seseorang atlit untuk

mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.

7. HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :

7.1 Hukum Inertia (Hukum Pertama)

12

Page 13: lompat tinggi

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan

halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah

keadaannya.

7.2 Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan

pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.

7.3 Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitutnya

tetapi pada arah yang bertentangan.

13

Page 14: lompat tinggi

8. FASA LOMPATAN TINGGI

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : 

a) Penujuan – larian menghala ke palang 

b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan 

c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. 

d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat

9. GAYA LOMPAT TINGGI

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling

barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

9.1 Gaya gunting

pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di

luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk

berlunjur.

14

Page 15: lompat tinggi

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI

Penujuan 

1. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. 

2. Pelompat menggunakan 7-9 langkah. 

3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri,

memulakan larian dengan kaki kanan. 

4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan,

memulakan larian dengan kaki kiri. 

Lonjakan

1. Pelonjak melonjak dengan kaki luar. 

2. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu

untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. 

Layangan 

1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. 

2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. 

3. Kaki lonjak dihayun ke atas. 

15

Page 16: lompat tinggi

Pendaratan 

1. Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki. 

9.2 Gaya timur

pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki

bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang

secara mengiring.

9.3 Gaya guling barat

penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat

melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam

keadaan bengkok semasa pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat

pelepasan.

16

Page 17: lompat tinggi

9.4 Gaya pelana

Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang

secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan

keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI

a) Penujuan

Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke

palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan

17

Page 18: lompat tinggi

terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak

dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

b) Lonjakan

Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat

dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli

dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun

dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan

menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

c) Layangan

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan

hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki

bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala

pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk

membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah

menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

d) Pendaratan

Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas

bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

18

Page 19: lompat tinggi

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA

a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.

b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.

c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.

d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi

palang.

9.5 Gaya Fosbury Flop

Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat

melepasi palang dengan membelakangi palang.

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya

Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting

19

Page 20: lompat tinggi

kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut

prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat

terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan

dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas

sebab-sebab yang lain.

Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang

mempunyai kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pulapelompat yang nahir

dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah

biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan

Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak

persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.

9.5.1 FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI

Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat fasa iaitu :

a)     Fasa Lari Landas.

b)     Fasa Lonjakan.

c)      Fasa Layangan.

d)     Fasa Mendarat.

a) FASA LARI LANDAS

20

Page 21: lompat tinggi

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang

atlit lompat tinggi pada suatu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan

seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :-

1. Kelajuan : Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang

terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang

kerana tinggi palang.

2. Arah : Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20° hingga 30° dari

satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu

mengubah arahnya pada satu lengkungan. Ini dilakukan untuk mendapatkan

daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.

Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut :

1. Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima

seperti Dick Fosbury.

2. Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.

3. Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.

Lari landas melibatkan di antara 7,9 atau 11 langkah yang laju. Untuk mendapat daya

sentrifugal yang unik dalam gaya flop empat langkah terakhir hendaklah dilakukan

dalam garisan satu lengkungan seperti di bawah.

Tempat mula lari landas adalah 70° hingga 80° dari permukaan satah palang seperti

digunakan oleh beberapa atlit ternama.

21

Page 22: lompat tinggi

b) FASA LONJAKAN

Tujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakan mendatar kepada pergerakan 

menengak dan untuk mengangkat pusat graviti atlit ke atas palang. Pada akhir lari

landas kaki lonjakan dihentak pada bumi dengan tumit untuk mendapat daya

tindakbalas yang akan mengangkat badan. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit

ke tengah kaki ke jari kaki sambil menekan bumi. Badan di condong sedikit ke belakang

sambil kedua tangan dihayun ke atas. Serentak dengan ini sejurus sahaja badan

terangkat dari bumi, kaki bebas di angkat sambil dipusing  ke dalam untuk mendapat

daya putaran supaya badan mencapai layangan istimewa flop. Pada masa ini kepala

dihalakan ke palang dan atlit mesti melihat palang. Perkara yang perlu diingati adalah

semasa lonjakan dibuat pusat graviti hendaklah berada di atas kaki lonjakan.

Atlit yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah kanan palang manakala atlit

yang melonjak dengan kaki kanan mula lari landasannya dan melompat dari sebelah

kiri palang lompat tinggi.

c) FASA LAYANGAN

Sekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah semurna, atlit akan mencapai fasa

layangan yang diingini. Dalam fasa layangan ini, tujuannya adalah untuk membawa

pusat graviti melepaskan palang secara ekonomikal dan mudah. Putaran yang

dihasilkan oleh kaki bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa badannya secara

belakang atlit menghadap palang.

22

Page 23: lompat tinggi

Ketika ini kaki masih belum melepasi palang dan pusat graviti masih berada di belakang

dan rendah dari palang. Atlit akan mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat

bahagian bahu. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil

melintas atas palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit.

d) FASA MENDARAT

Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi.

Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah.

Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut

jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah.

Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada bahunya.

Sekiranya tenaga kinetik terlampau ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang

untuk menyerap hentakan impact.

10.LATIHAN –LATIHAN PERSEDIAAN

10.1 Latihan Garisan

Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada

sudut 45° digunakan. Kaki dihayunkan ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi

palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk

peserta yang baru mempelajari gaya ini.

10.2 Latihan Pergerakan Kaki.

23

Page 24: lompat tinggi

Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45° digunakan

untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang

dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan.

(Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang

dan tilam digunakan untuk mendarat).

10.2 Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki

Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat aerta menendang sesuatu objek

yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-

hati kerana ia agak merbahaya.

10.3 Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala

pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat

lonjakan yang lebih bertenaga.

10.4 Latihan Gulingan Badan

Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian

kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat memebuat gulingan badan

pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang

berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.

24

Page 25: lompat tinggi

11.RUMUSAN

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk

semuaacara lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan

keseluruhan asas mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada

arah layangan. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti

keatas atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan

ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen

ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan

25

Page 26: lompat tinggi

12.LAMPIRAN

26