lompat tinggi

54

Click here to load reader

Upload: siti-azlin-iris

Post on 02-Jul-2015

720 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: LOMPAT TINGGI

1

LOMPAT TINGGI

KUMPULAN 4 :MOHD. AKHIRUDEEN B. YAHYA

NURZURANIZA BINTI RAMLISITI AZLIN BINTI IRIS

Page 2: LOMPAT TINGGI

2

SEJARAH OLAHRAGA

• Olahraga merupakan sukan tertua di dunia

• Pada peringkat awal, olahraga hanya dikenali sebagai satu bidang seni (bukan bidang sukan)

• 776 sebelum masihi, sukan olahraga dalam tamadun manusia bermula iaitu di Greece Kuno dalam Sukan Olimpik Kuno

Page 3: LOMPAT TINGGI

SEJARAH OLAHRAGA

• 1896,Sukan Olimpik Moden diperkenalkan di Greece dan di sini olahraga telah menjadi acara wajib.

• Sukan olahraga menjadi terkenal dalam sukan serantau seperti Sukan Sea, Sukan Asia dll

3

Page 4: LOMPAT TINGGI

4

SEJARAH LOMPAT TINGGI

• Lompat tinggi merupakan acara padang dalam sukan olahraga.

• Atlet lompat tinggi bebas memilih gaya lompatan yang sesuai dengan keupayaan mereka sendiri.

• Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon.

Page 5: LOMPAT TINGGI

SEJARAH LOMPAT TINGGI

• Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula abad ke-19 dan mula terkenal pada abad-20.

• Pada abad ke-20, pasir longgokan di tempat mendapat diperkenalkan

• Keadaan ini telah mengurangkan risiko kecederaan kepada peserta.

• Keadaan inilah yang menyebabkab acara ini menjadi terkenal pada abad ke-20.

5

Page 6: LOMPAT TINGGI

6

SEJARAH ACARA

• Tidak dapat dipastikan, lompat tinggi tersenarai dalam sukan Olimpik Kuno seperti mana lompat jauh.

• Terdapat pihak yang berpendapat kemungkinan lompat tinggi pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut.

• Catatan paling awal tentang lompat tinggi adalah pada abad ke-19 di England dan Scotland

• England, apabila suatu pertandingan diadakan untuk menentukan golongan profesinal di England yang mampu melompat tinggi.

• Dalam pertandingan itu, William Tivedale berjaya melompat setinggi 1.83 meter ataupun dengan kata lain setinggi enam kaki.

Page 7: LOMPAT TINGGI

7

SEJARAH ACARA

• Scotland, dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece.

• Rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu.

• Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting.

• Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali (Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”)

Page 8: LOMPAT TINGGI

8

SEJARAH ACARA

• Namun pada sekitar abad ke-20 gaya gunting telah dimodenkan oleh warga Irish-America, M.F. Sweeney.

• Gaya yang dimodenkan ini dikenali sebagai gaya timur.

• Gaya ini seakan-akan gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang.

• Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekesan dan mencipta rekod pada 1895 dengan ketinggian 1.97 m.

Page 9: LOMPAT TINGGI

9

SEJARAH ACARA

• Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia.

• Sebenarnya, inilah gaya pertama diguna oleh Sweeney yang mendorong kebanyakan orang Pantai Timur Amerika menggunakannya.

• Kemudian, pada tahun 1912, gaya barat diperkenalkan oleh seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine.

• Gaya ini dikatakan lebih efisyen berbanding sebelumnya.

• Menerusi gaya ini, M.F. Horine berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat.

Page 10: LOMPAT TINGGI

10

SEJARAH OLAHRAGA

• Kemudian, pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan gaya pelana yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain.

• Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain.

• Buktinya, dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya pelana.

Page 11: LOMPAT TINGGI

11

SEJARAH OLAHRAGA

• Kemudian, pada Sukan Olimpik 1968, di Mexico Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu teknik lompatan gaya baru dalam bidang lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas.

• Gaya ini telah popular dan dikenali sebagai gaya Fosbury (atau gaya lentang) – di mana pelepasan palang di buat dengan

bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk.

Page 12: LOMPAT TINGGI

12

SEJARAH OLAHRAGA

• Bagi rekod dunia acara lompat tinggi, rekod tertinggi bagi atlet lelaki dipegang oleh Javier Sotomayor dari Cuba dengan ketinggian 2.45 m pada 27 Julai 1993 di Salamanca, Sepanyol

• Manakala wanita pula dipegang oleh Stefka Konstadinova dari Bulgaria dengan ketinggian 2.09m pada 30 Ogos 1981 di Rome, Itali.

• Bagi rekod kebangsaan acara lompat tinggi kategori lelaki dipegang olehLoh Kum Zee dengan ketinggian 2.24 m pada 14 Disember 1995 di Chiang Mai, Thailand

• Manakala bagi kategori wanita pula dipegang oleh Nor Aishah Ismail dengan ketinggian 1.77 m pada 15 Julai 1990 di Kuala Lumpur.

• Antara jaguh-jaguh lompat tinggi Malaysia yang lain adalah seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum.

Page 13: LOMPAT TINGGI

13

• Pada peringkat awal sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak.

• Gaya pelana pula mula digunakan oleh peserta Eropah

• Manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu.

• Gaya gunting pula banyak digunakan oleh peserta lompat tinggi dari Asia yang mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.

Page 14: LOMPAT TINGGI

14

Kesimpulan

• Berdasarkan sejarah di atas, jelas menunjukkan bahawa cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop

• Oleh sebab itu, atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi kebanyakannya mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.

• Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga.

Page 15: LOMPAT TINGGI

LOMPAT TINGGI

15

Page 16: LOMPAT TINGGI

16

FASA LOMPATAN

• Fasa penujuan dimana anda perlu membuat larian ke arah palang.

• Fasa lonjakan yang akan menentukan pergerakan kaki untuk menaikkan badan.

• Fasa layangan gaya dan kedudukan badan ketika berasa di udara dan di atas palang.

• Fasa pendaratan adalah fasa akhir dimana bahagian badan akan menyentuh tempat mendarat.

Page 17: LOMPAT TINGGI

17

GAYA LOMPATAN

Page 18: LOMPAT TINGGI

18

Gaya Gunting

• Pelompat perlu berlari menuju ke palang secara bersudut dan mencuba untuk melonjak menggunakan kaki yang sedang berada di luar dari kawasan palang.

• Ketika sedang melepasi palang, anda perlu berada dalam posisi duduk melunjur.

Page 19: LOMPAT TINGGI

19

a) Penujuan

• Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30 darjah.

• Pelompat menggunakan 7-9 langkah.• Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan

akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.

• Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kakan, memulakan larian dengan kaki kiri.

Page 20: LOMPAT TINGGI

20

b) Lonjakan

• Anda perlu melonjak dengan menggunakan kaki luar.

• Ketika lonjakan dibuat, pastikan kaki yang digunakan untuk melonjak berada di depan pinggul dan pinggul bahagian hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

Page 21: LOMPAT TINGGI

21

c) Layangan

• Kaki yang tidak digunakan untuk lonjakan atau bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.

• Bahu berhampiran palang kekal dan tidak condong ke arah palang.

• Kemudian diikuti kaki lonjakan yang kemudiannya dihayun ke atas.

Page 22: LOMPAT TINGGI

22

d) Pendaratan

• Anda perlu mendarat di atas punggung atau menggunakan kedua- dua belah kaki.

Page 23: LOMPAT TINGGI

23

Page 24: LOMPAT TINGGI

24

Gaya Timur

• Ketika penujuan dibuat ke arah palang anda perlu berada lurus dari hadapan (90’).

• Ketika fasa lonjakan dibuat, hayunkan kaki bebas secara tegak ke bahagian hadapan badan dan ketika sedang melepasi palang posisi anda dalam keadaan mengiring.

Page 25: LOMPAT TINGGI

25

Page 26: LOMPAT TINGGI

26

Gaya Guling Barat

• Gaya ini memiliki persamaan dengan gaya gunting dimana anda perlu menuju ke arah palang secara bersudut.

• Anda perlu cuba melonjak dengan menggunakan kaki yang paling hampir dengan palang.

• Pastikan ketika ini kaki lonjakan anda berada dalam keadaan bengkok semasa sedang “berguling” selari dengan palang untuk pelepasan.

Page 27: LOMPAT TINGGI

27

Page 28: LOMPAT TINGGI

28

Gaya Pelana

• Terdapat persamaan dalam gaya ini dimana ianya mirip dengan gaya guling barat.

• Penujuan ke palang juga perlu dibuat secara bersudut.

• Ketika telah melepasi palang pastikan muka anda sedang memandang ke arah bawah dan kedudukan posisi badan seperti sedang meniarap di atas palang.

Page 29: LOMPAT TINGGI

29

Page 30: LOMPAT TINGGI

30

Page 31: LOMPAT TINGGI

31

Latihan Ansur Maju Gaya Pelana

a)Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang melonjak menolak badan ke atas. Tujuan latihan ini ialah untuk melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas dan melonjak.

Page 32: LOMPAT TINGGI

32

b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun kedua- dua belah tangan. Latihan ini dapat membantu agar lonjakan, tindakan kaki, bebas dan hayunan tangan dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.

c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk langkah dari tali itu. Berjalan tiga langkah (mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang kaki bebas ke atas aras tali.

d)Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti di dalam latihan (b).

e) Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.

Page 33: LOMPAT TINGGI

33

• Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan (c,d,e).

• Selepas melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat atau tangan dan kaki bebas mencecah kawasan mendarat.

• Latihan ini akan membantu pelompat melepasi palang atau tali dan semasa membuat pendaratan.

Page 34: LOMPAT TINGGI

34

• Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini merangkumi kesemua fasa lompatan.

• Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang sebenarnya serta membuat lima atau tujuh langkah larian yang pantas.

Page 35: LOMPAT TINGGI

35

Gaya Fosbury Flop

• Gaya ini mula diperkenalkan dalam tahun 1968 oleh Dick Fosbury.

• Gaya yang diperkenalkan ini memerlukan anda melepasi palang menggunakan bahagian belakang bahu terlebih dahulu dan diikuti fasa pendaratan yang menggunakan belakang badan serta hampir dengan bahagian tengkuk.

Page 36: LOMPAT TINGGI

36

a) Penujuan

• Dalam gaya ini ianya memerlukan anda bersedia untuk mengambil langkah dalam kiraan 7-9 langkah dimana langkah larian yang 3 terakhir dilakukan dalam bentuk lengkungan.

• Rasional larian secara lengkungan ini dapat membantu menyediakan anda melepasi palang pada bahagian belakang terlebih dahulu.

Page 37: LOMPAT TINGGI

37

b) Lonjakan

• Lonjakan yang dibuat perlu pantas dan cepat dimana setelah anda mengakhiri larian melengkung tindakan seterusnya ialah melonjak dengan menggukankan kaki luar dan apabila menghampiri tanda pemijak lonjakan perlu dilakukan hampir selari dengan palang.

Page 38: LOMPAT TINGGI

38

• Selepas itu pastikan kedua- dua belah tangan anda dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan.

• Lutut anda perlu dilaraskan secara melintang bagi membantu pusingan badan yang baik ketika berada di udara.

• Tujuan utama lutut dilintangkan adalah bagi memastikan bahu menjadi selari dengan palang.

Page 39: LOMPAT TINGGI

39

c)Layangan

• Ketika sedang berada di udara, anda perlu memalingkan muka ke arah belakang dan memandang ke arah palang sambil melentikkan badannya.

• Lentikan badan ini pula akan membantu bahagian punggung anda untuk melepasi palang.

• Setelah anda telah melepasi bahagian palang pastikan kedua- dua belah kaki anda telah diluruskan serta diangkat secara menegak ke atas.

• Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memastikan kaki tidak tersangkut pada palang dan telah bersedia untuk mendarat.

Page 40: LOMPAT TINGGI

40

d) Pendaratan

• Kaki yang diangkat lurus dan tegak kemudiannya akan diikuti dengan tindakan pantas anda menarik kepala dan dada ke arah kaki.

• Dalam masa yang sama pastikan juga kedua- dua belah tangan anda telah dihayunkan ke atas dan kemudian mendarat sepenuhnya dengan bahagian belakang badan.

Page 41: LOMPAT TINGGI

41

Page 42: LOMPAT TINGGI

42

Menentukan penujuan gaya Fosbury Flop ( contoh bagi pelompat kaki kiri)

Page 43: LOMPAT TINGGI

43

Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop

Latihan 1- Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke

hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri. Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan, dia haruslah melengkok ke kanan. Latihan ini hendaklah dibuat ulang- ulang.

- Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan bengkok.

Page 44: LOMPAT TINGGI

44

Latihan 2

• Apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestilah melonjak dengan serta merta ke atas.

• Kemudian, kedua- dua belah tangannya dihayunkan ke atas dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan.

• Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.

Page 45: LOMPAT TINGGI

45

Latihan 3

• Pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan.

• Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

• Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan.

Page 46: LOMPAT TINGGI

46

Latihan 4

• Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan.

• Pelompat melonjak dengan kedua- dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali.

• Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.

• Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

Page 47: LOMPAT TINGGI

47

Latihan 5

• Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.

• Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk melonjak.

Page 48: LOMPAT TINGGI

48

Peraturan Asas dalam Acara Lompat Tinggi

• Peserta mesti melonjak dengan menggunakan sebelah kaki.

• Peserta boleh mula melompat dari mana- mana ketinggian permulaan yang disukainya.

• Jika anda telah menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang ketika lompatan ataupun telah menyentuh kawasan tempat mendarat semasa lompatan yang tidak berjaya maka kesemua keadaan yang disedari ini akan menyebabkan lompatan anda terbatal.

Page 49: LOMPAT TINGGI

49

• Jika anda gagal untuk melompat dan melintasi palang sebanyak tiga kali berturut- turut maka ini bermakna anda telah terkeluar daripada pertandingan.

• Anda berhak meneruskan lompatan ( walaupun setelah semua peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.

• Pengukuran ketinggian lompatan dibuat secara menegak bermula dari paras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang.

Page 50: LOMPAT TINGGI

50

Page 51: LOMPAT TINGGI

51

Peraturan 171

• Peserta perlu mencabut undi untuk menentukan giliran lompatan.

• Sebelum pertandingan bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya.

• Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang telah ditetapkan.Ini bermakna bahawa pelompat boleh memilih untuk tidak melompat.

Page 52: LOMPAT TINGGI

52

• Selepas gagal percubaan kedua atau ketiga ( selepas gagal percubaan pertama atau kedua)

dan masih lagi layak melompat pada ketinggian yang berikutnya.

Page 53: LOMPAT TINGGI

53

• Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut:

- Sehingga seorang pelompat tertinggal- Terdapat seri pada kedudukan pertama• Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki

sahaja.

Page 54: LOMPAT TINGGI

54

• Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut:

- Palang jatuh.- Sebelum pelompat melepasi palang, semua

kawasan sebelah hadapan tiang disentuh.- Gagal melepasi palang tiga kali berturut- turut.• Landasan larian seharusnya tidak kurang

daripada15m.