lompat jauh.doc

20

Upload: vasumathy-kaliani-bk

Post on 14-Nov-2015

378 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

ACARA-ACARA OLAHRAGA

Padang

Dalam bahagian padang terdapat dua jenis acara yang dipertandingkan iaitu lompatan, lontaran atau balingan. Pihak penganjur hendaklah memastikan semua peralatan dan persediaan untuk semua acara ini diadakan sebelum memulakan sesuatu pertandingan. Selain itu, jurulatih, bentuk dan kaedah latihan yang diadakan agak berbeza daripada latihan untuk balapan. Dalam olahraga peringkat antarabangsa, jurulatih untuk setiap acara padang disediakan untuk memberikan latihan dan panduan kepada olahragawan yang mengambil bahagian dalam acara-acara ini.

SEJARAH LOMPAT JAUH

Lompat jauh merupakan acara yang melibatkan peserta lelaki dan juga wanita. Lompatan sejauh 7.05 meter oleh Chionis pada tahun 656 S.M membuktikan bahawa acara lompat jauh merupakan salah satu acara olahraga yang terawal. Teknik lompatan telah dicipta dan diubahsuai dari semasa ke semasa dn mengikut kesesuaian ketika dan keadaan. Penyesuaian juga adalah untuk menjadikan lompat jauh sebagai salah satu acara sukan yang diminati oleh semua orang. Pada Sukan olimpik moden pertama yang diadakan pada tahun 1896, acara ini merupakan acara utama dan dijadikan acara tetap dalam perjumpaan yang seterusnya. Rekod lompat jauh dunia ciptaan Mike Powell sejauh 8.95 meter adalah suatu yang amat sukar untuk dipecahkan sehingga kini.

UNDANG-UNDANG LOMPAT JAUH

Setiap acara dalam sukan olahraga mempunyai peraturan dan undang-undangnya tersendiri. Peraturan ini disedia dan disesuaikan mengikut kehendak janitina, peralatan dan jenis acara. Berikut adalah peraturan dan undang-undang acara lompat jauh yang disediakan mengikut kelulusan IAAF.

a) Giliran atau susunan peserta untuk membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.

b) Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh salah satu daripada lompatan yang dibuat.

c) Jika pesertanya lebih daripada lapan orang, setiap peserta diberikan tiga lompatan sahaja. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang. Peserta yang membuat lompatan yang paling jauh tanpa batal dikira pemenang.

d) Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut:

i) Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat.ii) Ketika membuat lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi.

Lompatan yang sah dan batal

iii) Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik di belakang tapak kaki.

iv) Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan.

v) Peserta menggunakan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

vi) Peserta menggunakan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.

e) Peserta membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak.

f) Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat lompatan percubaan atau latihan.

g) Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh melalui pendaratan kaki ataupun sentuhan mana-mana anggota tubuh peserta.

h) Bagi memastikan setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di dalam kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak.

i) Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorongan larian yang disediakan.

j) Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.

PERALATAN DAN KAWASAN LOMPATAN1. LORONG LARIAN Lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melompat hendaklah 1.22 meter lebar dan panjangnya tidak kurang daripada 40 meter.

Lorong ini hendaklah sama ada daripada bitumen, tartan ataupun berumput.

Lorong ini juga hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika membuat lompatan.

2. PAPAN MELONJAK Papan ini digunakan sebagai penanda dan permulaan dalam melakukan lompatan dan memainkan peranan penting dalam lompat jauh.

Peserta akan memijak papan ini sebelum membuat lonjakan. Papan ini diwarnakan dengan warna putih dan saiz biasanya ialah 1.22 meter panjang (mengikut saiz atau lebar lorongan larian) dan 20 cm lebar.

Papan ini diletakkkan pada jarak satu meter daripada hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan.

Papan lonjakan3. PENANDA PLASTISIN Pada setiap Bahagian hadapan papan melonjak dipasangkan plastisin sebagai penanda. Plastisin digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam lompatan yang dibuat oleh peserta. Sebarang kesan tapak kasut atau paku spikes yang terdapat pada plastisin akan membuktikan bahawa lompatan itu harus dibatalkan. Plastisin hendaklah antara 98mm hingga 102mm lebar dari depan ke belakang serta 1.22m panjang mengikut lebar papan melonjak.4. KAWASAN PENDARATAN Kawasan khas untuk setiap peserta mendarat selepas membuat lompatan.

Kawasan ini merupakan kawasan penting kerana jarak lompatan seseorang peserta mula dikira dari sini.

Kawasan ini hendaklah diisikan dengan pasir halus yang agak lembap.

Lebar kawasan ini hendaklah sekurang-kurangnya 2.75 meter dan 9 meter panjang atau sekurang-kurangnya 10 meter daripada bahagian hujung papan melonjak.

Kawasan ini hendaklah terletak pada jarak yang sama di kiri atau kanan lorong larian.

Setiap kali selepas seseorang peserta membuat lompatan-lompatannya itu diukur, kawasan pendaratan ini diratakan kembali pada aras yang sama untuk lompatan seterusnya.

5. PITA PENGUKUR Pita pengukur digunakan untuk menentukan atau mengukur jarak lompatan seseorang peserta.

Jarak sesuatu lompatan harus diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat di tempat pendaratan. Penggunaan pita pengukur dinegara kita masih meluas, sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun kebangsaan.

Penggunaan pita pengukur ini melambatkat kerja-kerja mengukur serta tidak tepat.

Pada peringkat antarabangsa, pita pengukur ini digantikan dengan alat pengukur elektronik yang boleh memudahkan, mempercepat dan mendapatkan ketepatan sewajarnya.

6. BENDERA ISYARAT Bagi memaklumkan kepada pegawai pengukur, pegawai atau pengadil lompatan akan mengibarkan bendera yang dipegang sama ada yang berwarna merah menandakan lompatan itu batal, ataupun bendera berwarna putih menandakan lompatan itu sah.

7. PENGUKUR HALAJU ANGIN Digunakan untuk mengetahui kelajuan tiupan angin semasa acara lompat jauh dilangsungkan.

Ini biasanya disediakan untuk kejohanan olahraga di semua peringkat, yang ada kalanya kederasan lompatan dibentuk oleh kelajuan angin yang bertiup.

Di negara kita, sama ada di peringkat kebangsaan, negeri mahupun yang lebih kecil, peralatan ini digunakan secara meluas.

Bentuk ruang, peralatan dan pegawai bagi acara lompat jauh

TEKNIK ASAS LOMPATAN

Terdapat empat aspek penting yang perlu diberikan perhatian oleh seseorang yang ingin melibatkan diri dalam acara lompat jauh ini iaitu larian, pelepasan, lompatan di udara dan pendaratan.

( LARIAN Kelajuan larian yang betul dapat menentukan lompatan yang kuat dan jarak yang jauh.

Bentuk dan cara larian adalah mengikut kesesuaian, kehendak dan keupayaan seseorang untuk menghubungkaitkan dengan lompatan yang akan dibuat.

Kelajuan larian secara mendatar, stabil dan keras dapat membantu pergerakan lompatan. Untuk memperoleh larian sebegini penumpuan dan ketepatan adalah penting. 18 hingga 22 langkah atau mengikut jarak iaitu antara 25 hingga 40 meter dari permulaan larian hingga ke papan pelepas merupakan larian kebiasaan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta.

Peserta biasanya dapat mengagak jumlah langkah atau jarak yang diperlukan menerusi latihan yang dijalankan. Sebarang kesilapan akan mengakibatkan lompatan tidak dikira atau dibatalkan.

Kaedah tanda uji atau check-mark merupakan satu lagi cara yang digunakan untuk mendapatkan ketetapan di antara permulaan larian dengan pelepasan.

Check-mark digunakan oleh peserta untuk memudahkan serta mendapatkan ketepatan yang lebih tinggi untuk membuat lompatan. Semua kaedah di atas memerlukan kelajuan dalam larian. Tanpa kelajuan yang sebenar, akan menjejaskan keberkesanan lompatan khususnya dalam mendapatkan jarak lompatan yang sesuai.

PELEPASAN Pergerakan peserta selepas membuat larian, yakni untuk mula membuat lompatan dan sentuhan kaki peserta pada papan melonjak untuk melompat.

Pergerakan ini berlaku secara pantas dan ia bergantung kepada kelajuan larian.

Kesesuaian antara kelajuan larian dengan daya konsentrasi yang tinggi menentukan pelepasan yang baik.

Peserta perlu berhati-hati supaya sentuhan kakinya pada papan pelepas tidak terbatal, sama ada menyentuh papan melonjak di bahagian hadapan sehingga kaki memecah tanah ataupun kaki terus memijak tanah di hadapan papan lalu melompat.

Di samping itu, peserta harus dapat menentukan kaki manakah yang akan membuat pelepasan dan larian untuk lompatan hendaklah sesuai dengan kaki yang ditentukan itu.

Terdapat beberapa panduan berikut boleh dijadikan asas dalam melakukan pelepasan seperti:i) Hendaklah ada kordinasi antara kelajuan larian dengan timing ketika sentuhan kaki dengan papan melonjak.

ii) Peserta hendaklah menumpukan perhatian dalam melakukan pelepasan.

iii) Menentukan kaki yang akan membuat melonjak.

iv) Peserta seboleh mungkin tidak boleh memperlahankan larian ketika tiba di papan melonjak.v) Peserta hendaklah menggunakan kedua-dua bahu dan dada untuk membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengan mengangkat bahu dan dada.

LOMPATAN DI UDARA Lombatan di udara bermaksud ketika atau masa seseorang peserta lompat jauh meninggalkan papan melonjak dan berada di udara sebelum membuat pendaratan. Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang peserta semasa berada di udara dan terserahlah kepada peserta untuk menggunakan pergerakan yang sesuai.i) Pergerakan mengayuh di udara (hitch-kick atau running in the air)

ii) Pergerakan belayar di udara (sailing)

iii) Pergerakan ayunan pada punggung pelompat (hip swing) Peserta-peserta wanita selalunya melakukan pergerakan mengayuh di udara dan cara ini mendorong mereka mendarat dengan mudah dan tepat.

Dalam pergerakan udara ini, kordinasi antara tangan, kedudukan badan dan kaki peserta adalah penting.

PENDARATAN

Cara seseorang peserta mendaratkan dirinya selepas melakukan lompatan dan ia merupakan pergerakan akhir dalam acara ini.

Peserta perlu melakukan pendaratan dengan baik dan sempurna supaya lompatannya menjadi sah.

Peserta hendaklah mengunakan kedua-dua belah kakinya dengan bantuan yang kuat daripada ayunan tangan dan pembentukan badan.

Pendaratan yang baik ialah dengan menjejakkan keua-dua belah kaki ke kawasan pendaratan sambil menolak momentum badan ke hadapan bagi mengelakkan diri peserta daripada mendarat kembali pada tangan atau punggungnya.

Teknik pendaratan jack-knifing dilakukan dengan membentukkan ayunan kaki dan tangan ke hadapan. Dengan cara ini, rintangan yang mungkin terdapat pada badan pelompat dipindahkan ke Bahamian kaki dan sebahagian kecilnya pada tangan.

Teknik pendaratan ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan.

PRINSIP ASAS DALAM LOMPAT JAUH

I) Peserta hendaklah melakukan larian menuju ke papan melonjak dengan pantas dan terkawal.

II) Melakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak.

III) Mengayunkan kedua-dua tangan ke atas dengan tujuan membantunya melakukan lonjakan.

IV) Peserta hendaklah menumpukan perhatian pada papan pelepas untuk membuat lonjakan yang bersih dan sempurna.

V) Ketika berada di udara atau pada peringkat layangan, pandangan peserta hendaklah tepat ke hadapan.

VI) Melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia utuk mendarat di kawasan pendaratan.VII) Peserta hendaklah menggerakkan badannya ke hadapan supaya tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan cara mengayunkan tangan ke hadapan dan membengkokkan kaki semasa tumit pelompat mula mencecah pasir.VIII) Berusaha mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan menolakkan badan ke hadapan.

IX) Menunggu sebentar sebelum meninggalkan kawasan pendaratan tetapi tidak boleh meninggalkan kawasan pendaratan melalui bahagian berhampiran dengan papan melonjak.

X) Peserta hendaklah melakukan semua pergerakan dalam lompat jauh ini dengan penuh keyakinan.

Lakuan lompat jauh yang baik adalah hasil daripada pergerakan yang terancang