lompat jauh nota

30
LOMPAT JAUH Gaya Lompatan Terdapat tiga gaya lompatan iaitu: Gaya Layar Gaya Gantung Gaya Tendang Kayuh Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada semua teknik adalah hampir sama. Fasa Lompat Jauh Terdapat empat fasa pergerakan iaitu: Fasa Penujuan – lari menuju ke papan lonjak. Fasa Lonjakan – melompat dari papan. Fasa Layangan – badan berada di udara. Fasa Pendaratan – (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.

Upload: thiviyenn-raguraman

Post on 04-Dec-2015

302 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

lompat jauh

TRANSCRIPT

Page 1: Lompat Jauh Nota

LOMPAT JAUH

Gaya Lompatan

Terdapat tiga gaya lompatan iaitu:

Gaya Layar Gaya Gantung Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada semua teknik adalah hampir sama.

Fasa Lompat Jauh

Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:

Fasa Penujuan – lari menuju ke papan lonjak. Fasa Lonjakan – melompat dari papan. Fasa Layangan – badan berada di udara. Fasa Pendaratan – (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan

tempat mendarat.

Fasa penujuan (Approach)

Page 2: Lompat Jauh Nota

Fasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak. Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan

untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

Fasa Lonjakan (Take off)

Page 3: Lompat Jauh Nota

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini memerlukan:

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk

membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang ke

hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu

mencapai lonjakan yang tinggi.

Page 4: Lompat Jauh Nota

Fasa Layangan (Flight)

Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:

Gaya Layar – pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan

badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke hujung kaki.

Gaya Gantung – pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya keatas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat kebelakang.

Gaya Tendang Kayuh – pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.

Page 5: Lompat Jauh Nota

Fasa Pendaratan (Landing)

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.

 Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.

 Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Page 6: Lompat Jauh Nota

PERALATAN

Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.

LORONG LARIAN (RUNAWAY)

Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan.

Page 7: Lompat Jauh Nota

PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.

PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

Page 8: Lompat Jauh Nota

KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)

Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.

Page 9: Lompat Jauh Nota

PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)

Pita pengukur digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

Page 10: Lompat Jauh Nota

PENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.

Page 11: Lompat Jauh Nota

BENDERA ISYARAT (FLAG)

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

Page 12: Lompat Jauh Nota

KASUT BERPAKU (SPIKE)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini

Page 13: Lompat Jauh Nota

Prinsip Asas Lompat Jauh

Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.

Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat ditentukan.

Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya, gaya bada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

Teknik dan Aspek Lompatan

Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan perhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira samada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama melibatkan diri didalamnya.

Kelajuan larian

Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara tersebut:

 Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu lompatan.

 Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.

 Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat

Page 14: Lompat Jauh Nota

semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.

Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan serta memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.

Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensilarian yang telah diukur tadi.

Pelepasan Lompatan

Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik dan berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa pelompat akan berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting untuk menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang batal.

Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan pengurangan momentum ini dikenal sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut hentian yang searas dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan pergerakan daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melaluiaplikasi teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh yang terkemuka peringkat antrabangsa, Teknik berikut disarankan,

1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan.

2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.

3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

Page 15: Lompat Jauh Nota

Semasa Di Udara

Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara ( running in the air ) dan mengayuh ( hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum.

Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pelompat jauh semasa berada di udara.

1. Gaya Layar

2. Gaya Gantung

3.  Gaya Tendang Kayuh

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.

Page 16: Lompat Jauh Nota

1.Teknik Lompat Jauh Gaya Layar

Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan

mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya

dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

Fasa lari landas

=Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal.Lari 21-23 langkah atau jarak

35-45 meter.

=Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan.

=Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah

untuk mengatasi halangan graviti.

Fasa lonjakan

 =Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.

=Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan

menegak.

Fasa layangan

=Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dan ke hadapan.

Fasa mendarat

=Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.

=Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.

=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

Page 17: Lompat Jauh Nota

Gaya Layar

2.Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung

Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak

ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan

dan kaki semasa mendarat.

Fasa lari kandas

=Sama seperti lari landas gaya layar.

Fasa lonjakan

=Lonjak dengan kuasa kaki maksimum

=Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang

sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.

Fasa layangan

=Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan

keadaan seperti tergantung.

=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.

=Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk

persediaan mendarat.

Page 18: Lompat Jauh Nota

Fasa mendarat

=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke

hadapan.

=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan

pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

Gaya Gantung

Page 19: Lompat Jauh Nota

3.Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh

Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana

seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah

langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

Fasa lari landas dan lonjakan

=Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.

Fasa layangan

=Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau dua setengah langkah.

=Pergerakan ‘tendang kayuh’ dua setengah langkah:

>Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.

>Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan

kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke

hadapan.

>Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan

bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

Fasa mendarat

=Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.

=Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.

=Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk

mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

Page 20: Lompat Jauh Nota

Gaya Kayuh

Pendaratan

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.

Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

Page 21: Lompat Jauh Nota

MENENTUKAN KAKI LONJAKAN

Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.Ada beberapa cara

untuk menentukan kaki lonjakan:

>Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara

automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang

kuat untuk lonjakan.

>Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari

belakang tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk

lonjakan.

Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.

 

ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

 

1. Ansur Maju Lari Landas

Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.

B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di

papan lonjak.

Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di

tempat permulaan.

Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke

belakang satu atau dua langkah.

Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua

langkah ke hadapan.

Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Page 22: Lompat Jauh Nota

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas. 

>Kawal kelajuan semasa berlari.

>Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat

penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.

>Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.

>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat

tinggi.

>Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak

empat langkah dari papan lonjakan.

>Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang

terkawal.

>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka

ganjil.

2. Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1:

Lonjak dari papan lonjakan.

Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.

Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.

Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat

dengan rumit.

Ansur maju 2:

Melonjak dari hujung bangku.

Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.

Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.

Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.

Page 23: Lompat Jauh Nota

Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali

Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.

Lari sejauh lima hingga enam langkah.

Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1:

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan

dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:

Mencecah bola dengan hujung tangan.

Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat

dengan ketinggian yang boleh dicapai.

Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.

Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.

Mendarat dengan tumit.

Page 24: Lompat Jauh Nota

Ansur maju 3:

Mencecah bola dengan dahi.

Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat

dengan ketinggian yang boleh disentuh.

Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.

Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.

Cuba sentuh bola dengan dahi.

Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.

Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke

hadapan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH

1. Kawasan Lari Landas

Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan

sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.

Page 25: Lompat Jauh Nota

2 .Papan Lonjakan 

Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga

1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100

milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari

kawasan permulaan mendarat.

3. Papan Penanda Plastesin

Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter

lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang

sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila

melakukan lompatan batal.

4. Kawasan Mendarat

Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di

penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan

mendarat.

Page 26: Lompat Jauh Nota

5. Peraturan Umum

Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali

percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali

percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan

peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi

masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada

lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan

diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.

Contoh tempat mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh