lompat galah

71
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN LOMPAT GALAH Lompat galah dipercayai berasal dari benua eropah. Pada waktu, galah digunakan untuk melepasi rintangan atau halangan semulajadi di kawasan berpaya seperti di wilayah Friesland yang terletak di negara Belanda. Kerja-kerja pengeringan di kawasan ini telah menghasilkan jaringan saluran atau parit yang saling bersilang antara satu sama lain. Disebabkan perkara ini, masyarakat pada ketika itu menyimpan galah dirumah masing-masing bagi mengelakkan daripada terkena air semasa menyeberangi parit. Selain itu, mereka juga ingin mengelakkan daripada perjalanan yang membosankan di atas jambatan. Gondola venetian atau pengayuh sampan di venice mengunakan galah untuk mengerakkan sampan mereka dari tebing. Pertandingan lompat galah pada mulanya diukur berdasarkan jarak bukan ketinggian. Pertandingan ini diadakan secara tahunan di kawasan tanah pamah sekitar lautan utara. Pertandingan lompat galah yang mengambil kira ketinggian mula-mula diadakan pada tahun 1843 bertempat di Kelab bola sepak dan kriket Ulverston, Cumbria. Pelompat galah pada masa ini mengunakan galah yang dibuat daripada buluh yang mempunyai hujung yang tajam. Pertandingan ini diadakan di kawasan berumput. Fasa menanam galah dan mendarat dilakukan diatas rumput. Hal ini kerana ketiadaan petak lonjak pada waktu ini. Pertandingan lompat galah seperti yang terdapat pada zaman kini bermula pada 1850 di Jerman. Hal ini terjadi berikutan acara ini

Upload: atieka-liyana

Post on 02-Jul-2015

3.974 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lompat Galah

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN LOMPAT GALAH

Lompat galah dipercayai berasal dari benua eropah. Pada waktu, galah

digunakan untuk melepasi rintangan atau halangan semulajadi di kawasan berpaya

seperti di wilayah Friesland yang terletak di negara Belanda. Kerja-kerja pengeringan di

kawasan ini telah menghasilkan jaringan saluran atau parit yang saling bersilang antara

satu sama lain. Disebabkan perkara ini, masyarakat pada ketika itu menyimpan galah

dirumah masing-masing bagi mengelakkan daripada terkena air semasa menyeberangi

parit. Selain itu, mereka juga ingin mengelakkan daripada perjalanan yang

membosankan di atas jambatan. Gondola venetian atau pengayuh sampan di venice

mengunakan galah untuk mengerakkan sampan mereka dari tebing.

Pertandingan lompat galah pada mulanya diukur berdasarkan jarak bukan

ketinggian. Pertandingan ini diadakan secara tahunan di kawasan tanah pamah sekitar

lautan utara. Pertandingan lompat galah yang mengambil kira ketinggian mula-mula

diadakan pada tahun 1843 bertempat di Kelab bola sepak dan kriket Ulverston,

Cumbria. Pelompat galah pada masa ini mengunakan galah yang dibuat daripada

buluh yang mempunyai hujung yang tajam. Pertandingan ini diadakan di kawasan

berumput. Fasa menanam galah dan mendarat dilakukan diatas rumput. Hal ini kerana

ketiadaan petak lonjak pada waktu ini.

Pertandingan lompat galah seperti yang terdapat pada zaman kini bermula pada 1850

di Jerman. Hal ini terjadi berikutan acara ini telah diambil sebagai salah satu displin

dalam gimnastik oleh kelab gimnastik Turner yang dimiliki oleh Johann C. F. GutsMuths

dan Frederich L. Jahn.

Versi moden bagi sukan lompat galah mula-mula dipertandingkan di Amerika

Syarikat pada hujung abad ke-19. Semasa sukan Olimpik 1896, rekod bagi acara ini

direkodkan iaitu, 3.2m. rekod ini dilakukan dengan mengunakan galah yang diperbuat

daripada buluh.

Disebabkan kemajuan manusia dalam bidang sains, sukan ini telah mengalami

inovasi dari segi pengunaan galah dalam sukan. Kini galah yang digunakan diperbuat

daripada gentian kaca atau karbon. Pengunaan tilam juga digunakan bagi memastikan

Page 2: Lompat Galah

risiko atlet mendapat kecederaan semasa sukan ini dijalankan dapat dikurangkan

seminima yang mungkin.

1.1 Zaman Galah Daripada Keluli

Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, galah daripada keluli

diperkenalkan, iaitu galah yang diubah suai daripada penggunaan aluminium,

yang diuji di Amerika Syarikat. Difahamkan, iaitu aluminium adalah ringan tetapi

mudah patah. Oleh itu penggunaan keluli dapat mengelakkan galah menjadi

mudah patah atau retak. Galah keluli walaupun agak berat sedikit, tetapi mudah

dibengkokkan menjadikan penggunaannya amat sesuai untuk acara lompat

bergalah ini. Lama kelamaan penggunaan galah keluli ini didapati kurang sesuai

lagi, khususnya untuk peserta melakukan lompatan yang lebih tinggi. Ini

menyebabkan para pengeluar dan pencipta galah berusaha untuk menghasilkan

galah daripada bahan lain yang mungkin lebih baik. Maka terhasil pula galah

yang dibuat daripada bahan yang lebih anjal yang sememangnya lebih sesuai

untuk acara ini. Orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan baru ini

ialah seorang jurutera Amerika, iaitu Richard Ganslen.

1.2 Zaman Galah Kaca Gentian

Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun \960-an, dengan

penggunaan galah daripada kaca gentian secara lebih meluas ke seluruh dunia.

Ini bermakna galah yang digunakan kini adalah galah tirtran yang diperbuat

daripada adunan bahan yang menjadikannya lebih anjal dan tidak pula berat.

Penggunaan galah baharu ini menyebabkan lompatan yang dibuat oleh

kebanyakan peserta lebih tinggi dari semasa ke semasa. Galah tiruan ini

membolehkan peserta memegang dengan kemas tanpa menghasilkan tekanan

dan kekuatan yang lebih. Kaedah melepasi palang lompat bergalah juga turut

berubah. Hasil ciptaan yang dilakukan dari semasa ke semasa menjadikan

wujud dua kaedah lompatan baru yang didapati amat sesuai dan digunakan

hingga kini oleh kebanyakan peserta lompat bergalah. Kedua-dua kaedah itu

ialah jack-knife dan fly- away. Dalam kaedah pertama, jack-knife, peserta dapat

melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas sambil menolakkan badannya melepasi

Page 3: Lompat Galah

palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan kedudukan keseluruhan

badannya menegak dengan kaki ke atas. Dalam kaedah kedua pula, peserta

melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya dengan

kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah

ini adalah lebih pantas, dan badannya melepasi palang pada kedudukan hampir

mendatar. Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan

pengubahsuaian dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah

terbaik bagi peserta dalam acara ini. Ketinggian lompatan terus meningkat dan

mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini turut meningkat sehingga

menjadikan acara lompat bergalah sebagai acara olahraga yang menarik serta

mendapat sambutan ramai, walaupun sukar bagi sesetengah orang.

Rajah 1.0 : Cara memegang galah

Page 4: Lompat Galah

2.0 PERATURAN ACARA LOMPAT GALAH

Peraturan bagi acara ini dapat dilihat pada bahagian IV, seksyen IV, peraturan 180,181

dan 183. Seksyen IV dalam peraturan yang terkandung dalam buku peratutan

Persatuan Olahraga Antarabangsa(IAAF) merupakan semua peraturan yang

menerangkan mengenai acara-acara padang. Seksyen ini bermula pada peraturan 180

hingga 193 .Berikut merupakan butiran peraturan 180,181 dan 183 tersebut;

2.1 Peraturan 180

2.1.1Syarat-syarat Am

Memanaskan badan di kawasan pertandingan

1. Di kawasan pertandingan dan sebelum bermula sesuatu acara itu, setiap

peserta boleh diberikan percubaan latihan. Dalam kes acara balingan,

percubaan latihan ini diberikan mengikut giliran sebenar peserta dan

hendaklah sentiasa diawasi hakim-hakim.

2. Sebaik pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenarkan untuk

menggunakan, sebagai latihan,

a. Kawasan latihan

b. Peralatan-peralatan

c. Bulatan atau kawasan dalam sektor sama ada menggunakan

peralatan atau tidak.

Penanda

3.

a) Dalam semua acara padang yang melibatkan larian, penanda-penanda

hendaklah pi diletakkan di sepanjang tepi lorong larian kecuali bagi acara

Lomat Tinggi, penanda boleh diletakkan di atas kawasan larian.

Seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda (yang

disediakan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola) bagi membantu

larian dan lompatannya. Sekiranya penanda tidak disediakan, Beliau

Page 5: Lompat Galah

boleh menggunakan pita berperekat, tetapi bukanlah kapur atau apa jua

bahan yang boleh meninggalkan kesan yang sukar dipadam.

b) Bagi acara lontaran yang dibuat dari bulatan, seorang atlet boleh

menggunakan satu penanda sahaja. Penanda ini hanya boleh diletakkan

diatas lantai,baik saja di belakang atau bersebelahan bulatan. Ia mesti

sementara, berada di situ untuk tempoh setiap peserta membuat

percubaannya sendiri dan mesti tidak menghalang penglihatan Hakim-

hakim. Tiada penanda sendiri( selain daripada yang terdapat dibawah

peraturan 187.21) yang diletakkan didalam atau bersebelahan kawasan

mendarat.

Giliran bertanding

4. Peserta akan bertanding mengikut giliran yang diundi. Sekiranya terdapat

pusingan kelayakan, undian baru hendaklah dibuat untuk pusingan akhir

( lihat juga perenggan 5 dibawah).

Percubaan

5. Dalam semua acara padang, kecuali Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah,

apabila terdapat lebih daripada lapan orang, setiap peserta hendaklah

diberikan tiga percubaan dan lapan orang peserta terbaik yang

mencatatkan pencapaian sah akan diberikan tiga lagi percubaan.

Sekiranya terdapat seri dikedudukan lapan peserta terbaik. Perkara ini

mestilah diselesaikan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 20.

Sekiranya hanya ada lapan orang peserta atau kurang, semua mereka

hendaklah diberikan enam percubaan. Jika lebih dari satu gagal mencapai

percubaan yang sah semasa tiga percubaan pertama, atlet tersebut akan

bertanding dalam pusingan berikut dengan giliran yang pertama. Jika hal

ini tidak berlaku, atlet tersebut akan bertanding berdasarkan undian yang

dibuat pada awal pertandingan. Dalam kedua-dua keadaan ini:

Page 6: Lompat Galah

a) Giliran bertanding untuk tiga percubaan terakhir akan dibuat menyongsang

susunan kedudukan yang dicapai pada tiga percubaan pertama. Untuk

pusingan terakhir, giliran pertandingan haruslah dalam urutan songsang

mengikut kedudukan yang dicapai pada pusingan kelima.

b) Apabila urutan bertanding diubah dan terdapat seri bagi mana-mana

kedudukan atlet-atlet yang seri mesti bertandingmengikut urutan dalam

undian asal.

Peringatan I: Dalam pertandingan di bawah peraturan 1(d) hingga (h) urutan

pertandingan untuk tiga pusingan akhir hendaklah dalam ururtan

songsang mengikut catatan terbaik selepas tiga percubaan

pertama.

Peringatan II:Untuk lompatan ketinggian lihat peraturan 181.2.

6. Kecuali dalam acara Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah, tidak ada

peserta yang akan dibenarkan untuk merekodkan lebih daripada satu

percubaan bagi setiap pusingan pertandingan.

Kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan dibawah Peraturan

1.1(a),(b),(c), penganjur boleh menetapkan untuk menjlankan pertandingan

Lompatan Tegak dengan format yang berlainan daripada peruntukan dalam

peraturan ini, termasuk menghadkan bilangan ketinggian atau bilangan percubaan

yang boleh dibuat oleh seorang atlet.

7. Hakim mesti tidak boleh mengangkat bendera putih untuk menunjukkkan

percubaan yang sah sehingga percubaan itu dilangsai. Langsainya

sesuatu percubaan yang sah ditentukan seperti berikut:-

a) Dalam hal lompatan tegak, sebaik saja hakim pasti tiada kegagalan mengikut

peraturan 182.2, 183.2 atau 183.4.

b) Dalam hal lompatan mendatar, sebaik saja atlet meninggalkan kawasan

mendarat mengikut peraturan 187.17.

Pertandingan kelayakan

Page 7: Lompat Galah

8. Satu pusingan kelayakan hendaklah diadakan bagi acara-acara padang

sekiranya bilangan terlalu ramai untuk membolehkan pertandingan

dijalankan dengan adil. Apabila pusingan kelayakan diadakan semua

peserta hendaklah bertanding, dan melayakkan diri dalam pusingan

tersebut. Pencapaian yang dibuat dalam pusingan kelayakan tidak akan

diambil kira sebagai pencapaian sebenar pertandingan.

9. Peserta-peserta hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan atau lebih.

Kecuali sekiranya kemudahan mencukupi yang membolehkan semua

kumpulan bertanding serentak dalam suasana yang sama, setiap

kumpulan akan memulakan pertandingan sebaik sahaja selesai

pertandingan kumpulan sebelumnya. Setiap kumpulan boleh

memanaskan badan sebaik sahaja selepas kumpulan sebelumnya tamat

10.Adalah dicadangkan, dalam kejohanan yang memakan masa tiga hari

atau lebih, rehat sehari diberikan kepada peserta-peserta lompatan

ketinggian Antara pusingan kelayakan dan pusingan akhir

11.Syarat-syarat kelayakan, standard kelayakan dan bilangan atlet ke

pusingan akhir hendaklah diputuskan oleh wakil-wakil teknik yag dilantik.

Jika wakil Teknikal tidak dilantik, syarat-syarat itu akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Pengelola. Bagi kejohanan mengikut peraturan 1(a),(b) dan

(c), hendaklah ada sekurang-kurangnya 12 orang atlet ke peringkat akhir.

12.Dalam pertandingan kelayakan selain lompat tinggi dan lompat bergalah,

setiap peserta hanya akan diberikan hingga tiga percubaan sahaja.

Sebaik sahaja seorang peserta itu mencapai standard kelayakan, beliau

tidak dibenarkan meneruskan percubaan dalam pusingan seterusnya.

13.Dalam pertandingan kelayakan lompat tinggi dan lompat bergalah,

peserta-peserta, yang tidak dikeluarkan oleh tiga kegagalan berturut-turut,

hendaklah terus bertanding mengikut peraturan 181.2, sehingga ke

penghujung percubaan terakhir,pada ketinggian yang tekah ditetapkan

sebagai standard kelayakan. Sebaik saja seorang peserta telah mencapai

standard kelayakan, beliau tidak akan dibenarkan untuk terus bertanding

Page 8: Lompat Galah

dalam pusingan tersebut melainkan bilangan atlet ke peringkat akhir telah

mencapai seperti Definisi 180.11.

14.Sekiranya tiada atlet, atau terdapat kurang atlet daripada yag diperlukan

untuk ke pusingan akhir yang layak, bilangan hendaklah dicukupkan

dengan menambah atlet-atlet lain berdasarkan pencapaian mereka dalam

pertandingan kelayakan tersebut. Seri di tempat terakhir yang layak untuk

pertandingan akhir hendaklah diselesaikan sama ada seperti yang

diterangkan di perenggan 20 atau peraturan 181.8, mengikut kesesuaian.

15.Apabila pertandingan kelayakan untuk lompat tinggi dan lompat bergalah

dijalankan serentak untuk kumpulan yang berasingan, adalah

dicadangkan palang kedua-dua kumpulan tersebut dinaikkan serentak

bagi setiap ketinggian. Juga dicadangkan, kedua-dua kumpulan

mempunyai bilangan peserta yang lebih kurang sama.

Gangguan

16.Jika, atas sebab-sebab tertentu, seseorang peserta terhalangdalam

percubaannya, refri mempunyai kuasa memberikannya percubaan gentian

Kelewatan

17.Seseorang peserta acara padang yang secara sengaja tanpa sebarang

sebab yang kukuh melengah-lengah percubaannya, boleh menyebabkan

percubaan tersebut tidak dibenarkan dan direkodkan sebagai faul.

Terpulanglah kepada refri untuk menafsirkan sebagai tanpa sebarang

sebab yang kukuh.

Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memaklumkan peserta

segala-galanya telah sedia dan masa dikira dari ketika itu. Kemudian jika

seseorang atlet memutuskan untuk tidak membuat percubaannya,

tindakan ini akan dikira faul apabila tempoh yang dibenarkan

Bagi acara lompat bergalah masa bermula sejurus setelah tiang diubah

atur mengikut kehendak awal atlet. Tiada masa Tambahan dibenarkan

untuk tiang diubah atur lagi

Page 9: Lompat Galah

Sebaliknya, jika tempoh itu berakhir sebaik sahaja peserta berkenan

memutuskan percubaannya, percubaan tersebut hendaklah dibenarkan.

Tempoh masa tersebut lazimnya tidak wajar.

Acara individu

Jumlah atlet yang masih tinggal

dalam pertandingan

Lompat

Tinggi

Lompat

BergalahLain-lain

Lebih dari 3 1 min 1 min 1 min

2atau 3 1.5 min 2 min 1 min1 3 min 5 min -

Percubaan berturut-turut 2 min 3 min 2 min

Acara bercampur

Jumlah atlet yang masih tinggal

dalam pertandingan

Lompat

Tinggi

Lompat

Bergalah Lain-lain

Lebih dari 3 1 min 1 min 1 min

2 atau 3 1.5 min 2 min 1 min

1 2 min* 3 min* -

Percubaan berturut-turut2 min 3 min 2 min

Apabila tinggal hanya seorang sahaja atlet, masa yang disebutkan di atas

adalah hang untuk percubaan yang pertama sahaja jika percubaan itu

dibuat oleh atlet yang sank

Peringatan I: Sebuah jam yang menunjukkan baki masa yang dibenarkan

hendaklah dapat dilihat oleh peserta. Sebagai tambahan,

seorang pegawai hendaklah memberikan isyarat dengan

mengangkat bendera kuning atau dengan kaedah lain yang

dinyatakan, bila baki masa dibenarkan tinggal 15 saat.

Peringatan II: Dalam acara lompat tinggi dan lompat bergalah sebarang

pertukaran dalam masa yang dibenarkan membuat percubaan

tidak boleh digunakan sehingga paling dinaikkan ke satu

Page 10: Lompat Galah

ketinggian baru, kecuali masa tertentu untuk cubaan berturut-

turut akan digunakan apabila sebarang atlet mempunyai dua

atau lebih percubaan berturut-turut.

Peringatan III: Bagi percubaan pertama seorang atlet yang bertanding,

masa yang dibenarkan adalah satu minit.

Peringatan IV: Apabila membilang bilangan peserta yang masih ada dalam

pertandingan, ini mestilah termasuk atlet-atlet yang mungkin

terlibat dalam lompatan penentu untuk tempat pertama.

Meninggalkan Tempat Pertandingan

18.Dalam acara-acara padang, seorang peserta boleh, dengan kebenaran,

dan diiringi seorang Hakim, meninggalkan tapak pemulaan acara semasa

pertandingan sedang berjalan.

Mengubah Kawasan Pertandingan

19.Refri yang berkenaan mempunyai bidang kuasa untuk mengubah tempat

pertandingan jika pada hematnya ada alasan yang kuat untuk dilakukan.

Pengubahan itu, jika terpaksa, hendaklah dilakukan selepas selesai satu

pusingan.

Peringatan: Kekuatan atau pertukaran arah tiupan angin tidak

memadai untuk dijadikan sebab untuk mengubah kawasan pertandingan

Seri .

20.Dalam acara-acara padang, kecuali Lompat Tinggi clan Lompat Bergalah,

pencapaian kedua yang terbaik di antara dua orang peserta yang terikat

hendaklah diambil kira dalam memecahkan ikatan seri. Jika masih lagi

seri, beralih ke tempat ketiga terbaik, dan begitulah seterusnya. Jika

ikatan seri masih juga tidak dapat diselesaikan, dan ia membabitkan

tempat pertama, peserta-peserta berkenaan akan kena bertanding

semula mengikut giliran yang sama sehinggalah ikatan seri tersebut

Page 11: Lompat Galah

diselesaikan.

Peringatan: Untuk Lompatan Ketinggian, sila lihat, juga Peraturan 181.8.

keputusan

21.Setiap peserta akan diberikan keputusan yang terbaik daripada semua

percubaannya, termasuklah pencapaian yang dibuat semasa memecahkan

ikatan seri tempat pertama.

A. LOMPATAN KETINGGIAN

3.0 PERATURAN 181 Syarat-Syarat Am

1. Sebelum pertandingan dimulakan, Ketua Hakim hendaklah mengumumkan

kepada peserta-peserta ketinggian pemulaan dan julat ketinggian palang yang

akan dinaikkan selepas setiap pusingan, sehinggalah tinggal hanya seorang

peserta yang menang, atau terdapat ikatan seri di tempat pertama.

Percubaan

2. seseorang peserta boleh mula melompat pada mana-mana ketinggian yang

telah diumumkan oleh Ketua Hakim tadi dan beliau mempunyai kebebasan untuk

melompat pada mana-mana ketinggian. Tiga kegagalan berturut-turut, tidak

kira di ketinggian mana kegagalan tersebut berlaku, membatalkan peserta

untuk terus melompat, kecuali dalam kes menyelesaikan ikatan seri di tempat

pertama.

Intipati daripada Peraturan ini ialah seseorang peserta boleh melangkaukan

lompatan kedua dan ketiganya pada satu-satu ketinggian (setelah gagal dalam

percubaan pertama atau keduanya) masih boleh melompat pada ketinggian

berikutnya.

Jika seseorang peserta itu melangkau pada ketinggian tertentu, beliau tidak

dibenarkan lagi melompat pada ketinggian tersebut kemudiannya, kecuali

dalam, kes untuk menyelesaikan ikatan seri di tempat pertama.

3. Walaupun setelah semua peserta lain gagal, seseorang peserta itu masih

Page 12: Lompat Galah

berhak meneruskan percubaannya sehinggalah ia sendiri gagal untuk

meneruskan lompatan.

4. Kecuali hanya tinggal seorang peserta, dan beliau telah pun menjadi pemenang:

a. Palang tidak boleh dinaikkan kurang daripada 2sm bagi Lompat Tinggi

dan 5sm bagi lompat bergalah selepas setiap pusingan; dan

b. julat kenaikan palang tidak sekali-kali boleh ditinggikan.

Peraturan 181.4(a) & (b) tidak terpakai apabila hanya seorang peserta yang

tinggal tersebut bersetuju untuk palang dinaikkan terus ke ketinggian Rekod

Dunia.

Selepas seseorang peserta itu memenangi pertandingan tersebut, ketinggian

palang dan julat kenaikan palang terpulanglah kepadanya setelah berunding

dengan Hakim atau Refri yang berkaitan.

Peringatan : Keadaan ini tidak boleh diguna pakai dalam Pertandingan

Acara-Acara Bercampur

Dalam Pertandingan Acara-Acara Bercampur yang dijalankan mengikut

Peraturan (a), (b) dan (c), setiap kali palang dinaikkan hendaklah seragam 3sm

bagi Lompat Tinggi dan 10sm bagi Lompat Bergalah sepanjang pertandingan.

Pengukuran

5. Semua pengukuran hendaklah dibuat, dalam kiraan sentimeter penuh serenjang

dari bumi ke bahagian permukaan atas palang.

6. Sebarang pengukuran ketinggian baru hendaklah dibuat sebelum seseorang

peserta membuat lompatan pada ketinggian tersebut. Dalam hal membuat

lompatan rekod, Hakim-Hakim hendaklah memeriksa ukuran apabila palang

diletakkan di paras ketinggian rekod dan memeriksa semula ukuran

Page 13: Lompat Galah

sebelum setiap percubaan memperbaharui seterus rekod sekiranya palang

telah tersentuh selepas diukur.

Peringatan: Hakim-Hakim hendaklah memastikan, sebelum memulakan

pertandingan,yang bahagian bawah dan depan palang

dapat dibezakan dan dengan demikian, palang hanya akan

diletakkan dengan arah permukaan tadi tidak diubah-ubah.

Palang

7. Palang hendaklah diperbuat daripada kaca gentian atau bahan lain yang

sesuai, bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang

keseluruhan palang hendaklah 4.00m (+-2sm) bagi Lompat Tinggi dan 4.50m

(+-2sm) bagi Lompat Bergalah. Berat maksimumnya ialah 2kg bagi Lompat

Tinggi dan 2.25kg bagi Lompat Bergalah. Garis pusat di bahagian yang bulat

hendaklah 30mm (+-1mm).

Palang mempunyai tiga bahagian-bahagian yang bulat dan bahagian di kedua-

dua hujungnya, setiap satunya selebar 30-35mm dan panjangnya 15-20sm

dibuat supaya diletakkan diletakkan pada sangga tiang.

Kedua-dua bahagian hujung ini hendaklah berbentuk bulat atau separa bulat,

dengan satu sahaja permukaan rata yang ditetapkan yang dapat diletakkan di

sangga tiang. Permukaan rata ini tidak boleh lebih tinggi dari titik pusat muka

keratan bahagian tegak palang. Ianya hendaklah kukuh dan licin.

Ia tidak boleh dibalut dengan getah atau apa-apa bahan lain yang boleh

meningkatkan geseran dengan sangga-sangga tersebut.

Palang tidak boleh melengkung, cuma apabila diletakkan hanya boleh melendut

pada kadar maksimum 2sm, bagi Lompat Tinggi dan 3sm bagi Lompat

Bergalah.

Kawalan keanjalan: Gantung pemberat 3kg di tengah-tengah palang semasa

diletakkan pada sangganya.. la dibenarkan melendut ke

maksimum 7sm bagi lompat tinggi dan 11sm bagi lompat

bergalah.

Page 14: Lompat Galah

Rajah 2: Alternatif lain untuk hujung palang

Seri

8. Ikatan Seri hendaklah diselesaikan seperti berikut:

a. Peserta yang mempunyai lompatan paling sedikit pada ketinggian Seri

tersebut akan diistiharkan pemenang.

b. Jika seri juga, peserta yang mencatatkan jumlah kegagalan yang paling

kurang sepanjang pertandingan tersebut sehingga dan termasuk ketinggian

terakhir yang dilepasi, akan diistiharkan pemenang.

c. Jika seri masih kekal :-

i. Jika ia membabitkan kedudukan tempat pertama, atlet-atlet yang

seri hendaklah diberi satu lompatan pada ketinggian berikutnya

seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 181.1, selepas atlet-atlet

yang seri melepasi ketinggian terakhir dan kiranya keputusan

tidak tercapai, palang itu dinaikkan kalau atlet-atlet itu Berjaya

atau diturunkan kiranya gagal, 2sm untuk Lompat Tinggi dan 5 sm

untuk Lompat Bergalah. Kemudian mereka membuat satu

percubaan pada setiap, ketinggian sehingga seri itu diputuskan.

Atlet-atlet yang berseri itu mesti lompat pada setiap ketinggian

ketika memutuskan Seri (sila lihat contoh).

ii. Bagi kedudukan lain, Seri tidak akan diputuskan, maka kedudukan

yang diperolehi dalam pertandingan itu akan kekal.

Lompat Tinggi - Contoh

Page 15: Lompat Galah

Ketinggian yang diumumkan oleh Ketua Hakim pada permulaan

pertandingan: 1.75m: 1.80m; 1.84m; 1.88m; 1.91m; 1.94m; 1.97m; 1.99m...

Peserta Ketinggian(m) Gagal Lompatan

Ked

1.75 1.80 1.84 1.88

1.91 1.94 1.971.94 1.92 1.94

A O XO 0 XO X XX 2 X 0 X 2

B - XO - X0 - XXX 2 X 0 0 1

C - XO XO XO XXX 2 X X 3

D - XO XO XO XXX 3 4

O= Lepas X= Gagal -= Tidak lompat

A, B, C dan D, semuanya melepasi ketinggian 1.88m.

Peraturan mengenai seri kini kena digunakan, dan Hakim akan mengira jumlah

kegagalan sehingga dan termasuk ketinggian terakhir yang dilepasi, iaitu 1.88m

“D” mempunyai lebih kegagalan berbanding “A”,”B” dan “C”, maka diberikan

tempat keempat. " A " , " B " dan " C " masih Seri dan oleh kerana w melibatkan

tempat pertama, mereka perlu membuat satu lagi lompatan pada ketinggian

1.94m di mana " A ", " B " dan " C " gagal untuk meneruskan lompatan mereka.

Oleh kerana ketiga-tiga atlet yang seri gagal membuat lompatan, palang,

diturunkan ke 1.92m untuk satu lagi lompatan. Oleh kerana " C " gagal melompat

ketinggian tersebut maka masih ada " A " dan " B " untuk meneruskan lompatan

dengan ketinggian yang dinaikkan iaitu 1.94m di mana " B " telah melepasinya

dan diisytiharkan sebagai pemenang.

Kuasa tidak tergolong

9. Bila ia adalah jelas palang itu dijatuhkan oleh kuasa yang tidak berkaitan dengan

peserta (contohnya tiupan angin)

a. Jika palang itu jatuh selepas peserta sudah melompat melepasi palang

tanpa menyentuhnya, Percubaannya akan dikira berjaya, atau

b. Jika palang itu jatuh dalam keadaan yang lain, satu percubaan baru akan

Page 16: Lompat Galah

diberi.

PERATURAN 183

Lompat Bergalah

Pertandingan

1. Peserta-peserta boleh meminta tiang atau sangga dianjak ke arah kawasan

mendarat supaya hujung palang yang berhampiran kepada atlet boleh

diletakkan pada mana-mana tempat dari di atas hujung belakang petak lonjak

kepada satu tempat 80sm ke arah kawasan mendarat. Peserta-peserta

hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab, sebelum

pertandingan mengenai kedudukan tiang dan sangga mengikut kemahuannya

untuk lompatan pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan.

Sekiranya kemudian nanti peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan yang

dimintanya tadi, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pegawai yang

bertanggungjawab,sebelum palangdan sangga tersebut diletakkan seperti

permintaan asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa

membuat lompatannya.

Peringatan : Satu garisan putih selebar 1 sm dan warna yang jelas hendaklah

dibuat bersudut tepat dengan paksi landas lari separas dengan tepi

bahagian dalam permukaan alas petak lonjak. Garisan ini boleh

melanjur sehingga ke luar kawasan tiang. Satu garisan yang

serupa hendaklah berterusan di atas kawasan mendarat dan

berlanjutan sehingga bahagian luar tepi palang.

2. Seseorang peserta itu gagal sekiranya:

a. selepas sesuatu lompatan,Palang jatuh dari pasak penyangkutnya akibat

aksi peserta itu sendiri semasa melompat; atau

b. Peserta tersebut menyentuh bumi, termasuk kawasan mendarat melepas

datar tegak menerusi atas petak lonjak, dengan mana-mana bahagian

badannya atau dengan galahnya, sebelum terlebih dahulu melepasi

palang; atau

Page 17: Lompat Galah

c. Semasa menaik peserta tersebut menukar genggaman tangan pada

galah sama pegangan di bawah dinaikkan ke atas atau menaikkan lagi

pegangan yang di atas.

d. Semasa melompat seseorang peserta itu dengan sengaja memantapkan

atau mengembalikan palang yang mungkin hendak jatuh dengan tangan

atau jarinya.

Peringatan I: Tidak dikira faul sekiranya seseorang peserta itu berlari, pada mana-

mana titik pun, di luar garisan putih yang menandakan landas lari.

Peringatan II: Ia bukan suatu kegagalan kiranya galah menyentuh tilam

mendarat semasa membuat percubaan, setelah mencucuk di

dalam kotak dengan betul

3. Peserta-peserta semasa bertanding dibenarkan meletakkan sesuatu benda pada

tapak tangan atau galahnya untuk memperoleh genggaman yang lebih baik.

Menggunakan pita di tapak tangan atau jari tidak dibenarkan kecuali membalut

luka.

4. Tiada sesiapa dibenarkan menyentuh galah melainkan jika galah tersebut mula

tumbang selepas lompatan. Walau bagaimanapun, jika tersentuh dan pada hemat

Refri jika tidak kerana sentuhan tersebut palang mungkin jatuh juga, lompatan

tersebut hendaklah direkodkan sebagai gaga].

5. Jika dalam usaha seseorang peserta itu melakukan percubaannya, dan jika

galahnya patah, percubaan tadi tidak dikira batal dan beliau hendaklah diberi

satu percubaan baru.

Landas Lari

6. Jarak minimum landas lari ialah 40m dan, di mana keadaan mengizinkan, 45m.

Lebar minimumnya ialah 1.22m+- 0.01m. Landas lari ini kenalah ditandakan

dengan garisan putih selebar 5sm.

Peringatan: Untuk semua balapan yang dibina sebelum I Januari 2004 lebar

landas lari maksimum ialah 1.25m.

Page 18: Lompat Galah

7. Kecerunan maksimum sisi landas lari adalah I : 100 dan kecerunan

keseluruhan landas lari pada arah larian tidak boleh melebihi 1 : 1000.

Alat-Alat

8. Petak Lonjak. Pemulaan melonjak Lompat Bergalah ialah dari petak lonjak. la

hendaklah diperbuat daripada bahan sesuai yang tegap dengan tepi atau bulat

dan, terbenam separas dengan landas lari, mempunyai ukuran tapak membujur

sepanjang 1m, dengan lebarnya 60sm didepannya menirus menjadi 15sm

pada dasar titik penahan. Panjang pemukaan petak ini dan kedalamannya

ditentukan oleh sudut 105 darjah pada dasar titik penahan.

Rajah 3 : Petak Lonjak ( pandangan dari atas dan sisi)

Dasar petak tersebut mencuram dari pangkalnya bertemu dengan dasar titik

penahan Sedalam 20sm. Dasar petak ini juga meruncing dan pada pertemuan

Page 19: Lompat Galah

dengan titik penahan, kecondongannya berada pada, anggaraan 120 darjah di

kedua-dua sisi tapak penahannya.

Jika petak tersebut diperbuat daripada kayu, ia hendaklah dilapiskan dengan

kepingan logam setebal 2.5mm sehingga ke paras 80sm dari pangkalnya.

9. Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan ianya tegap, dan kukuh.

struktur logam di tapaknya dan bahagian tiang hendaklah disalut dengan bahan

sesuai sebagai memberi perlindungan kepada atlet.

10.Sangga Palang. Palang hendaklah terletak di atas pasak penyangkut supaya

apabila tersentuh oleh peserta atau galahnya, ia mudah jatuh ke arah tempat

mendarat. Pasak penyangkut tersebut hendaklah tidak mempunyai takuk atau

sebarang lekuk, mempunyai ketebalan yang seragam keseluruhannya, dan tidak

melebihi 13mm garis pusatnya. Juga, pasak ini tidak boleh menjulur lebih

daripada 55mm daripada tiang dan hendaklah menjulur antara 35mm-40mm ke

atas pasak penyangkut.

Jarak di antara sangga, atau di antara lanjuran tiang, jika digunakan, hendaklah

tidak kurang daripada 4.30m dan tidak melebihi 4.37m.

Pasak penyangkut tidak boleh disalut dengan getah atau apa jua bahan lain

yang akan memberi kesan meningkatkan geserannya dengan permukaan

palang, juga tidak boleh diletakkan sebarang spring.

Peringatan: Bagi mengurangkan kemungkinan peserta tercedera sekiranya

terjatuh ke atas tapak tiang, pasting penyangkut yang menyangga

palang boleti dilekatkan terns kepada lanjuran tiang supaya tiang

dapat dijarakkan lagi tanpa perlu menambah panjang palang (Lihat

Rajah).

Page 20: Lompat Galah

Rajah 4: Sangga palang (Pandangan dari kawasan mendarat dan atas

Galah Lompat

11.Atlet-atlet boleh menggunakan galah sendiri. Mereka tidak dibenarkan

menggunakan galah orang lain kecuali mendapat kebenaran yang empunyanya.

Galah boleh diperbuat daripada sebarang bahan atau campuran bahan-bahan

tertentu, tidak kira panjang atau saiz garis pusatnya, tetapi yang penting

permukaan mesti rata.

Galah boleh mempunyai balutan Pita pelekat pada pemegang dan di penghujung

tapaknya

Walau bagaimanapun sekatan ini tidak terpakai kepada penyalutan pangkal

galah dengan pita sepanjang kira-kira 30sm bagi melindunginya daripada rosak

Page 21: Lompat Galah

apabila diitujahkan ke dalam petak lonjak.

Kawasan Mendarat

12.Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5m x 5m.

Sisinya yang dekat dengan petak lonjak hendaklah dijauhkan sedikit antara

10sm hingga 15sm daripada petak tersebut dan condong keluar kira-kira 30

darjah (Lihat Rajah)

Page 22: Lompat Galah

Rajah 5: Kawasan mendarat Lompat galah( Pandangan dari atas dan sisi)

Bagi pertandingan-pertandingan yang mengikut peraturan 1(a), (b) dan (1), adalah

disarankankan bahawa kawasan mendarat tidak kecil dari 6m panjang. (tidak termasuk

(kedua)bahagian depan)x6m lebar x 0.8m tinggi.(Kedua) Bahagian depan hendaklah

2m panjang.

SENARAI REKOD ACARA LOMPAT GALAH

Acara Rekod Nama Tempat Lahir

Tempat Tarikh

Rekod Malaysia

Rekod Malaysia

Rekod Malaysia

Rekod Malaysia

Rekod Malaysia

Rekod Malaysia

L.Bergalah 5.00m The Weng Chang

Perak Kuala Lumpur

24/03/2002

L.Bergalah 4.40m Roslinda Samsu

Kedah Berentong Spain

15/01/2006

Rekod Asia Rekod Asia Rekod Asia Rekod Asia

Rekod Asia Rekod Asia

Pole Vault 5.90m Grigoriy Yegorov

KAZ Stuttgart 19.08.1993

Pole Vault 5.90m Igor Potapovich

KAZ Nice 10.07.1996

Pole Vault 4.64m Gao Shuying CHN New York 02.06.2007

Rekod Dunia

Rekod Dunia

Rekod Dunia Rekod Dunia

Rekod Dunia

Rekod Dunia

Pole Vault 6.14m Sergey Bubka UKR Sestriere 31/07/1994Pole Vault 5.06m Elena

IsinbaevaRUS Zürich 28/08/2009

Page 23: Lompat Galah

TEKNIK-TEKNIK YANG TERKANDUNG DALAM LOMPAT GALAH

Sebelum seseorang itu memulakan lompatan, terlebih dahulu dia hendaklah

memastikan dia benar-benar bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara ini,

berkesanggupan untuk mengikuti latihan yang dilaksanakan oleh jurulatihnya dan apa

peluang baginya untuk menuniukkan prestasi dan

seterusnya memenangi sesuatu pertandingan. Jika jawapan yang diberikan itu adalah

positif, maka bolehlah seseorang itu belajar dan mengambil bahagian dalam acara ini

yang mungkin sukar dan berisiko tinggi. Setelah bersedia, peserta hendaklah

mendapatkan galah yang sesuai mengikut peringkat umur dan ienis pertandingan yang

bakal disertainya. Jurulatih hendaklah memastikah supaya segala peralatan dan

kelengkapan khusus untuk acara ini disediakan terlebih dahulu. Begitu juga jika untuk

mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan, pihak penganjur hendaklah

menyediakan segala kemudahan sebelum pertandingan bermula. Untuk memudahkan

pembelajaran dan pemahaman, adalah lebih baik jika kita bahagikan teknik atau cara

melakukan lompatan dalam lompat bergalah ini kepada beberapa peringkat atau

pergerakan tertentu. Secara umumnya, terdapat enam peringkat atau pergerakan

dalam cara membuat lompatan dalam lompat bergalah, seperti berikut:

1. Memegang galah dan Menyediakan diri.

2. Membuat larian sambil membawa galah.

3. Menampan galah ke dalam kotak berlepas.

4. Membuat lonjakan daripada kotak pelepas.

5. Melepasi palang serta melepaskan galah di udara.

6. Mendarat di tempat yang disediakan.

Memegang Galah dan Berdiri Sedia

Bagi peserta yang membuat lonjakan pada kaki kiri, hendaklah membawa galah pada

sebelah kanan dengan lengan kiri separuh bengkok untuk menyokong galah dengan

tapak tangan pada tangan yang sama menunjuk ke bawah. Manakala tangan kanan

memegang sambil mencengkam pada galah lebih kurang 60 cm hingga 70 cm lebih

Page 24: Lompat Galah

tinggi, dengan tangan sedikit menolak keluar untuk mendapatkan pegangan Yang

kemas dan baik, adalah lebih baik peserta membiasakan diri dengan pegangan pada

galah ini, kemudian berlatih berlari sambil membawa galah. Cara memegang galah

ialah Peserta hendaklah menegakkan galah sambil berdiri di belakangnya. Tangan

kanan hendaklah diletakkan pada bahagian atas galah sedikit melepasi kepala dengan

ibu jari tangan menunjuk ke atas, manakala tangan kiri diletakkan sedikit di bawah

Page 25: Lompat Galah

Rajah 6 :Teknik melakukan lompatan

a) Membual larian

b) Bersedia untuk memacak galah

tangan kanan. Sebelum memulakan larian, peserta hendaklah bersedia dengan

pegangan galah serta berdiri sedia sambil perhatian dan tumpuan diberikan kepada

acara ini.

Membuat Larlan Sambil Membawa Galah

Dari segi jarak dan teknik, larian dalam acara lompat bergalah ini adalah hampir serupa

dengan larian yang dilakukan untuk acara lompat jauh atau lompat kijang. Apa yang

berbeza ialah larian dalam acara ini adalah bersama galah. Dengan demikian, larian

Page 26: Lompat Galah

yang dibuat sudah tentu menjadi perlahan kerana peserta tidak dapat menggunakan

tangan untuk membuat hayunan. Larian dilakukan setelah peserta dalam kedudukan

sedia bersama galah dan dirinya juga bersedia termasuk daripada aspek mentalnya.

Peserta boleh membawa galah pada sebelah kiri atau kanan, iaitu mengikut

keselesaan. Biasanya peserta membawa galah pada sebelah kanan. Aturan membawa

galah adalah dengan meletakkan aras hujung hadapan galah lebih tinggi daripada

kepala peserta dan mengekalkan pegangan tangan atas di bawah pinggang, serta

menolak ke bawah. Kedua-dua tangan hendaklah dibengkokkan pada siku. Semasa

berlari, tumpuan pandangan peserta hendaklah pada kotak pelepas kerana peserta

akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak. Bagi memudahkan larian, peserta

boleh membuat penanda untuk mendapatkan titik sebenar dalam memulakan larian.

Umumnya peserta yang menggunakan tangan kanan akan memulakan larian pada kaki

kiri dan peserta kiri pula akan memulakan larian dengan kaki kanan. Perkara yang

penting dalam larian membawa galah ini ialah peserta hendaklah memegang kemas

galah sambil melakukan larian. Pada masa yang sama/ keselamatan peserta hendaklah

diberikan perhatian dan bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan, peserta

hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian lompat galah seperti yang

ditetapkan.

Menampan Galah ke dalam Kotak Penahan

Perkara yang akan dilakukan seterusnya ialah menjunamkan galah di kotak penahan.

Peserta hendaklah memastikan ketika mana galah harus dijunamkan. Biasanya apabila

peserta berada tiga langkah dari kotak penahan, dia akan membenamkan galah ke

kotak tersebut. Ini bukanlah suatu kemestian kerana peserta boleh melakukannya

empat atau dua langkah sebelum tiba ke kotak penahan mengikut keselesaan

masingmasing. Apabila peserta memulakan larian untuk menampankan galah di kotak

penahan, masalah yang sering timbul ialah kordinasi antara satu perlakuan dengan

yang lain. Bagi mengelakkan masalah ini, peserta hendaklah berlari pantas, sambil

memastikan galah dapat ditampankan pada kotak mengikut langkah yang dikehendaki.

Seperti yang dinYatakan di atas, biasanya galah ditampankan pada kotak penahan tiga

langkah sebelurn peserta tiba di kotak tersebut. Cara menampan ialah dengan

mengarahkan bahagian penghujung galah menjunam menghala

Page 27: Lompat Galah

Rajah 7: Teknik lompatan semasa fasa lonjakan

c) Menampan

d) Melonjak

e) Melompat

Page 28: Lompat Galah

ke kotak penahan atau kotak penampan. Semasa kaki kanan menyentuh lorong larian

untuk kali terakhir tangan dan lengan peserta hendaklah bersedia untuk membuat

lonjakan. Selepas itu apabila kaki kiri menyentuh lorong larian kali akhir, sebelum

membuat lonjakan, galah hendaklah berada di bawah tangan atas dengan belakang

pada kedudukan mendatar, pinggang meninggi dan paha yang bebas menolak ke

hadapan untukmelakukan lompatan. Seperkara yang harus diberikan perhatian ialah

peserta hendaklah membuat larian yang deras bagi mendapatkan lonjakan dan

tampanan yang baik dan berkesan. Larian yang perlahan akan menjejaskan tampanan

galah pada kotak penampan.

Membuat Lonjakan

Pergerakan seterusnya ialah membuat lonjakan daripada penampanan galah di kotak

penahan, iaitu dalam gerakan ke hadapan dan ke atas. Untuk memastikan dapat

membuat lonjakan dengan betul dan berkesan, peserta hendaklah memastikan

perkara-perkara berikut:

1. Kepantasan larian terutama ketika melakukan lonjakan.

2. Ketinggian pegangan pada galah.

3. Arah pergerakan semasa membuat lonjakan.

4. Sama ada peserta memegang dengan kuat pada galah yakni daripada tangan

hadapan semasa peringkat membuat lonjakan.

5. Pergerakan peserta yang berbezabeza ketika menggabungkan kepantasan

larian dengan detik menjunamkan galah ke dalam kotak penahan.

Bagi mendapatkan lonjakan, peserta perlu membengkokkan galah seboleh mungkin.

Peserta akan melakukan lonjakan betul-betul di bawah tangan atas yang mengawal

galah. Tindakan peserta membengkokkan galah amat bergantung pada larian. Berikut

adalah Antara perkara-perkara yang harus dilakukan apabila proses membengkokkan

galah dilakukan:

1. Semasa menampan galah, peserta hendaklah melakukannya dengan segera.

2. Semasa menampan juga, peserta hendaklah meletakkan lengan pada

kedudukan yang betul. Lengan atas tidak seharusnya terlalu rigid, sebaliknya

harus bersedia menerima tekanan ketika membuat lonjakan.

3. Semasa melonjak, peserta hendaklah mendapatkan postur yang betul.

Page 29: Lompat Galah

4. Semasa melonjak, peserta harus fikirkan lonjakan sebagai pergerakan melantun

ke atas dan ke hadapan.

5. Semasa melonjak juga, peserta hendaklah meletakkan paha yang bebas dalam

kedudukan yang betul.

Melepasi Palang dan Melepaskan Galah

Pergerakan melepasi palang dan pada waktu yang sama melepaskan galah

merupakanan tindakan penting dan utama dalam lompat bergalah. Pergerakan ini bakal

menentukan sama ada semua pergerakan terdahulu terhasil ataupun sebaliknya.

sekiranya peserta dapat melepasi palang dan melepaskan galah dengan sempurna

tanpa menjatuhkan palang, ini bermakna percubaan yang dibuat adalah berjaya. Jika

sebaliknya peserta gagal melakukan lompatan dengan baik dan sempurna, ini

bermakna lompatannya itu dikira sebagai gagal. Pada waktu ini galah berada dalam

kedudukan hampir menegak, manakala peserta pula berada pada kedudukan berdiri

dengan tangan memegang galah. Hal ini menujukkan peserta bersedia untuk

memulakan pergerakan menolak dan melepasi palang. Untuk melakukannya, peserta

hendaklah menolak galah dengan menggunakan tangannya sebaik sahaja berjaya

melepasi palang. Peserta hendaklah memulakan dengan tangan kiri dahulu dan diikuti

tangan kanan. Semasa melepasi palang, peserta hendaklah melepasi palang menerusi

perutnya dan menundukkan kepalanya. Terdapat dua cara untuk melepasi palang iaitu:

1. Cara Jack-knife

2. Cara fly-away

Bagaimanapun, Antara kedua-dua cara ini, tiada yang satu pun melebihi satu lagi dari

segi keberkesanannya. Hal ini terserah berdasarkan kesesuaian atlet tersebut untuk

melepasi palang hadapannya.

Page 30: Lompat Galah

Rajah 8: Teknik melakukan fasa melepasi palang

Page 31: Lompat Galah

Mendarat

Setelah berjaya melepasi palang dengan selesa, peserta kini hanya bersedia untuk

membuat pendaratan yang merupakan pergerakan akhir seseorang peserta lompat

bergalah. Disebabkan ketinggian yang dicapai seseorang peserta terutamanya dalam

kejohanan peringkat antarabangsa agak tinggi, pendaratan yang baik demi

keselamatan peserta itu adalah perlu dan penting. Biasanya peserta akan mendarat

pada bahagian belakangnya yang diikuti pula oleh putaran badan ke hadapan. Selepa

mendarat dengan baik, peserta hendaklah bangun daripada tempat pendaratannya

dengan bahagian belakangnya dan bukan daripada bahagian hadapan.

Page 32: Lompat Galah
Page 33: Lompat Galah

Rajah 9 : Teknik dalam melakukan fasa melepasi palang (h) ,(i) dan (j).

Page 34: Lompat Galah

ASPEK BIOMEKANIK DALAM LOMPAT GALAH

Acara lompat bergalah merupakan acara yang menarik perhatian ramai pihak. Acara ini

memerlukan tahap kemampuan yang tinggi dalam aspek berlari, melompat dan abiliti

dalam melakukan gimnastik. Gambarajah dibawah menunjukkkan aturan pergerakan

atlet lompat bergalah bertaraf dunia.

Rajah 10: Aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia dihasilkan oleh

Ganslen(1979)

Galah mula melentur kesan daripada momentum yang dihasilkan oleh atlet

lompat bergalah semasa atlet tersebut mula mengambil langkah untuk melonjak di

petak lonjak. Pada masa yang sama tenaga kinetik yang terhasil semasa fasa larian

akan bertukar kepada tenaga keupayaan apabila atlet semakin jauh daripada

permukaan bumi. Apabila galah melentur, atlet akan memusingkan bahunya dan

seterusnya menarik galah ke atas supaya bahagian kaki terlebih dahulu melepasi

palang. Kemuncak ketinggian yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet bergantung

kepada jumlah tenaga kinetik yang dihasilkan semasa fasa larian.

Acara lompat bergalah ini merupakan satu acara yang mengunakan prinsip

fizik dalam pertukaran tenaga. Acara ini menunjukkan bagaimana tenaga kinetik

bertukar kepada tenaga keupayaan.Gambarajah dibawah menerangkan bagaimana

proses ini berlaku:

Page 35: Lompat Galah

Rajah 11

Pada mulanya, kedua-dua tenaganya iaitu, kinetik dan keupayaan atlet adalah sifar.

Rajah 12

Tenaga kinetik mula terhasil apabila atlet memulakan larian

Rajah 13

Kemudian, apabila dia memacakkan galahnya ke dalam petak lonjak dan memulakan

lompatan, tenaga kinetiknya berubah kepada tenaga keupayaan.

Page 36: Lompat Galah

. Rajah 14

Apabila galah melentur, ini secara tidak langsung menyebabkan galah tersebut

berupaya menyerap daya kinetik yang dihasilkan oleh atlet kemudian bertindak seperti

spring.

Rajah 15

Atlet tersebut kemudian mengunakan tenaga keupayaan yang dihasilkan oleh galahnya

untuk menaikkan badannya supaya melepasi palang.

Page 37: Lompat Galah

Rajah 16

Semasa kemuncak lompatannya, atlet lompat galah telah menukarkan hampir semua

tenaga kinetiknya kepada tenaga keupayaan. Para saintis telah mengkaji bahawa

seseorang atlet lompat galah boleh melakukan rekod dunia adalah dipengaruhi oleh

dua faktor ini iaitu, seseorang individu meningkatkan kelajuan lariannya. Perkara ini

boleh meningkatkan lagi jumlah tenaga kinetik yang boleh digunakannya. Kedua ialah,

mengunakan tenaga yang dihasilkan dengan efisien, hal ini dapat dilakukan dengan

seseorang atlet berlatih memperbaiki teknik lompatannya.

Selain itu, acara ini juga mementingkan penentuan pusat graviti. Bagi manusia

pusat graviti adalah kompleks dan berubah berdasarkan keadaan tubuh badan

seseorang. Pusat graviti bagi acara ini terletak dibahagian luar badan.

Page 38: Lompat Galah

Rajah 17: Pusat graviti bagi atlet dalam acara lompat bergalah

Atlet dalam acara ini melepasi palang dengan bahagian pusat gravitinya melepasinya.

Penentuan pusat graviti dapat membantu atlet dalam menghasilkan fasa penerbangan

yang baik. Fasa penerbangan yang baik adalah berbentuk parabolik. Bentuk ini

dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu:

I. Kelajuan semasa melakukan lonjakan.

II. Aspek sudut yang dibuat semasa fasa penampan galah.

III. Ketinggian pusat graviti semasa lonjakan.

LATIHAN ACARA LOMPAT GALAH

Prinsip ansur maju dalam lompat bergalah

Peringkat permulaan

Lompat bergalah memerlukan gabungan beberapa aspek iaitu pecutan, lompatan dan

abiliti dalam melakukan gimnastik. Kemahiran alatan gimnastik dan latihannya dapat

membantu dalam pembinaan berkaitan dengan kuasa dan koordinasi dalam acara ini.

Pada peringkat permulaan, latihan untuk gimnastik elok digunakan dalam sebelum

memulakan latihan lompat bergalah.

Page 39: Lompat Galah

Ansur maju yang pertama ialah memanjat tali.aktiviti ini dapat membina kekuatan

bahagian atas badan dan menjadi simulasi semasa proses menolak galah. Gambarajah

dibawah menunjukkan memanjat tali tanpa bantuan kaki. Aktiviti dapat dinaik

kesusahan dengan memegang tali sambil duduk dalam keadaan bersila atau kaki

berbentuk ‘v’ atau sebaliknya dengan cara mengunakan bantuan kaki.

Rajah 18: aktiviti memanjat tali.

Selain itu, aktiviti menghayun tali dengan mengangkat kaki juga boleh digunakan dalam

melatih atlet pada peringkat permulaan. Aktiviti ini dapat menguatkan bahagian

abdomen dan bahagian atas badan.

Page 40: Lompat Galah

Rajah 20: Aktiviti menghayun tali sambil mengangkat kaki.

Latihan juga boleh dilakukan dengan dibantu oleh rakan. Misalnya latihan menghayun

tali dengan bantuan rakan. Latihan ini membolehkan pelatih merasai bagaimana untuk

melonjak dengan galah. Tambahan lagi, latihan ini dapat menguatkan bahagian

kekuatan abdomen dan bahagian atas badan.

Page 41: Lompat Galah

Rajah 19: Aktivit menghayun dan bergayut pada tali dengan bantuan rakan

Pelatih dikehendaki untuk berlari dan kemudian memegang tali seterusnya mengangkat

lutut setinggi yang boleh. Terdapat banyak lagi jenis latihan yang dapat membantu atlet

dalam memahirkan diri dalam kemahiran atau kekuatan yang diperlukan dalam acara

lompat bergalah ini. Antaranya, bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak,

menarik dan berpusing pada tali, melompat dan berpusing pada tiang yang menegak,

berguling daripada dirian tangan, berguling dengan halangan, bangkit tubi berdinamik

bagi melepasi halangan rendah dan banyak lagi.

Page 42: Lompat Galah

Rajah 20: Menghayun dan bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak

Rajah 21: Menarik tali dan berpusing

Page 43: Lompat Galah

Rajah 22:

Rajah 23:

Page 44: Lompat Galah

Rajah 24:

Rajah 25:

Langkah kedua

Langkah kedua ini adalah memastikan atlet atau murid dapat memahirkan diri dengan

galah dengan memperkenalkan murid dengan gaya bergayut dan memutar separuh

galah. Terdapat pelbagai cara atau aktiviti yang boleh dilakukan bagi membolehkan

murid mendapat kemahiran ini. Langkah ini bermula dengan menunjukkan murid

bagaimana mencari arah kelenturan galah. Caranya adalah dengan memegang hujung

galah dan biarkan galah tersebut berputar dengan sendirinya ataupun letakkan galah

pada pagar dan biarkan galah tersebut bergolek dengan sendiri. Kemudian, tandakan

bahagaian bawah lengkung. Perkara ini dilakukan kerana dapat membantu dalam

melakukan lompatan. Apabila seorang atlet lompat galah yang mempunyai tangan

Page 45: Lompat Galah

kanan sebagai dominan melakukan larian sambil memegang galah. Tanda lengkungan

tersebut hendaklah menghadap ke bumi dan bersudut ke arah kanan. Bila galah

dinaikkan, diputarkan dan ditanam ke dalam petak lonjak, tanda tersebut akan mula

menghadap ke depan dan ke kiri. Atlet akan menghayun bahagian dalam lengkungan

dengan galah melengkung daripada kiri atlet. Perkara ini berlaku sebaliknya jika atlet

tersebut mempunyai tangan kiri sebagai dominan.

Selepas mengenal pasti arah lengkungan galah, murid mestilah diajar

bagaimana untuk mengayun galah daripada tempat rendah. Murid dikehendaki berdiri

atas meja dan meletakkan galah pada pasir tempat lompat jauh atau petak lonjak

lompat bergalah. Atlet yang mempunyai tangan kanan sebagai dominan memegang

bahagian hujung galah dengan tangan kiri setinggi bahu atlet dan tangan kanan

memanjang sepenuhnya.

Rajah 26:

Page 46: Lompat Galah

Berikut merupakan turutan latihan bagi menguasai kemahiran pada langkah kedua ini.

Rajah 26: Aktiviti berhayun pada permukaan pasir.

Page 47: Lompat Galah

Rajah 27: Menghayun galah daripada larian pendek

Rajah 28: Cara untuk mengenal pasti tahap capaian tangan .

Page 48: Lompat Galah

Rajah 27 : Latihan lari lima langkah besar untuk atlet tangan kanan

Atlet yang mengunakan tangan kiri, adalah berlawanan dengan apa yang ditunjukkan.

Misalnya jika atlet tanga kanan bermula dengan kaki kiri, hal ini berlaku sebaliknya

terhadap atlet tangan kiri.

Page 49: Lompat Galah

Rajah 28: Aktiviti larian sambil membawa galah

Rajah 29: Menghayun galah dengan kedudukan menegak.

Page 50: Lompat Galah

Rajah 31: Berhayun dengan separuh putaran.

Latihan diatas merupakan aktiviti yang direka bagi memahirkan murid dengan

kemahiran bergayut sambil berputar separuh pada galah.

Apabila langkah kedua telah berjaya dikuasai oleh murid, langkah seterus menyusul.

Langkah yang ketiga adalah mengasah kemahiran sederhana dalam lompat bergalah.

Langkah yang terakhir ini lebih menekankan teknik-teknik bagaimana untuk lompat

bergalah dengan baik. Rajah 32(a) menunjukkan galah dibawa dengan pandangan sisi.

Semakin tinggi atlet mengangkat galah, semakin besar sudut bukaan bagi galah

tersebut. Rajah 32(b) menunjukkkan galah dibawa oleh atlet mengikut pandangan

belakang. Atlet membawa tiang di sisi tubuh dengan ujung tiang diangkat kira-kira

setinggi bahu. Cengkaman lebar membuat galah mudah dibawa. Pelompat tangan

kanan akan menumpukan galah pada ibu jari tangan kiri, yang diletakkan pada

ketinggian pinggang dan pinggul depan. Tangan kanan diputar ke depan dan menekan

telapak ke bawah bagi menyeimbangkan berat galah . Seterusnya ialah berlari sambil

membawa galah. Butiran ialah murid dikehendaki berlari sejauh 15 hingga 20 meter

dengan galah. Semasa berlari, murid seharusnya mengawal rentak larian. Pastikan

Page 51: Lompat Galah

atlet tidak terlalu mengangkat bahu ke depan atau ke belakang. Pastkan atlet menjaga

kawalan galah agar bahagian hujung galah menunjuk lurus ke kepala.

Rajah 32: Dua pandangan yang beza atlet membawa galah.

Aktiviti simulasi penanaman galah dengan 5 langkah larian juga merupakan latihan yang bagi mempertingkatkan tahap kemahiran atlet. Latihan ini mestilah dijalankan diatas permukaan rumput yang rata. Atlet kemudian mesti mensimulasikan fasa penanaman galah pada petak lonjak dengan menekan hujung galah di sepanjang tanah. Pergerakan ini disertakan dengan pergerakan berjalan dan meningkatkan kelajuan secara progresif seterus berlari.

Page 52: Lompat Galah

Rajah 33: Berlatih simulasi fasa penanaman galah daripada 5 langkah larian.

Rajah 34: Berlari sambil membawa galah.

Setelah atlet atau murid menguasai kemahiran berlari sambil membawa galah. Murid tersebut diajar bagaimana untuk melakukan fasa penanaman yang baik. Atlet juga boleh mempraktikkan fasa penanaman galah secara perlahan-lahan dengan mengunakan tiga langkah larian diatas bangku seperti yang ditunjukkan pada rajah 35 untuk memudahkan fasa penanaman dilakukan.Tinggi Tambahan pada bangku membolehkan atlet lebih cepat untuk memperolehi kemahiran penanaman dengan lebih sempurna. Semasa lakuan ini dibuat galah mestilah ditanam ke pasir lompat jauh. Latihan seterusnya adalah dengan mengabungkan kedua-dua kemahiran iaitu berlari dan melompat. Setiap atlet mengukur jarak 5 langkah daripada tempat lonjakan. Turutan adalah seperti berikut.

Atlet meletakkan galah ke dalam petak lonjak, kemudian memegang galah pada posisi lompatan dengan bahagian peha dinaikkan dan bahagian lengan memanjang sepenuhnya. Tandakan posisi kaki kiri atlet. Selepas itu, atlet akan memulakan larian

Page 53: Lompat Galah

daripada penanda yang diletakkan sebentar tadi. Larian dimulakan dengan kaki kiri bagi pelompat tangan kanan dan berlaku sebaliknya bagi pelompat tangan kiri. Murid atau atlet mula berlari lima langkah dan ditandakan langkah yang kelima.

Rajah 35: Latihan menanam dengan mengunakan bangku.

Selepas itu, atlet akan mula berlatih dengan menukarkan latihan di atas dengan gaya larian untuk melonjak dan kemudian menambah jarak langkah dengan mengunakan pita pelekat sebagai penanda. Seterusnya, latihan memahirkan diri atlet dengan gaya semasa melenturkan galah. Latihan ini membantu atlet dalam menyesuaikan antara penanaman galah dengan lakuan dalam melenturkan diri. Latihan ini tidak memerlukan lonjakan dan semua lakuan dilakukan dengan kelajuan tinggi dan memerlukan dua hingga tiga langkah unuk menyempurnakan latihan ini. Kemudian, murid akan melakukan aktiviti bergayut pada galah selepas lonjakan. Turutan latihan adalah seprti berikut.

Page 54: Lompat Galah

Rajah 36: Latihan kemahiran melenturkan galah.

Rajah 37: Latihan bergayut pada galah.

Page 55: Lompat Galah

Rajah 37: Latihan berputar pada galah.

Page 56: Lompat Galah

Rajah 38: Berlatih menolak,berpusing dan menolak galah.

Rajah 39: latihan melepasi palang.

Page 57: Lompat Galah

KESIMPULAN

Acara lompat galah merupakan salah satu acara padang dalam sukan olahraga. Acara ini memerlukan seseorang mempunyai keupayaan dalam melakukan gerakan gimnastik dan juga berlari dengan laju. Acara lompat bergalah merupakan salah satu acara yang tidak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, acara ini dilihat sebagai acara yang berbahaya untuk diberikan latihan di peringkat sekolah. Selain itu, masyarakat tidak mendapat pendedahan mengenai acara ini.