lokasi: surau al-kauthar, smk alam megah 2, selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai...

13
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017) 153 Rajah 1: Landskap sebagai suatu daya tarikan Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kolaborasi panitia merupakan di antara suatu pendekatan dalam menghasilkan sesebuah landskap yang cantik. Melalui pembahagian sudut kepada panitia-panita sekolah dapat melahirkan pelbagai idea yang menarik bergantung pada kreativiti setiap guru-guru. Melalui pendekatan ini, tanggungjawab dalam bahagian pengurusan fizikal tidak menjadi bebanan kepada satu pihak sahaja. Ia perlu dilaksanakan dengan melibatkan ramai pihak supaya lebih banyak idea yang dapat dikumpulkan, lebih mudah untuk menghasilkan landskap. Sesetengah surau sekolah juga bekerjasama dengan ibu bapa pelajar bagi menghasilkan sesuatu landskap di kawasan surau. Ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni bina bangunan dan landskap merupakan suatu bonus dalam membantu pihak pengurusan surau menghasilkan sesuatu idea. Keterlibatan ibu bapa dalam program sekolah secara langsung atau tidak langsung mempunyai hubung kait dengan pencapaian pelajar-pelajar. Suhanim Abdullah & Rosnaini Hamid (2006) dalam kajiannya, ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di sekolah diambil kira dalam pelbagai bentuk penyertaan. Ibu bapa boleh memberi sokongan terhadap persekolahan anak-anak dengan menghadirkan diri dalam majlis dan program di sekolah. 4.1.2 Replika Berdasarkan dapatan pengkaji mendapati setiap sekolah menyediakan replika di sudut luar kawasan surau kecuali Surau al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor yang meletakkan replika sebagai pameran di dalam surau. Replika dibina di kawasan luar surau seperti replika Kaabah, kubur, tongkat Istiwa’ dan jam matahari. Penggunaan replika Kaabah dan kubur antara replika yang paling banyak ditunjukkan oleh kebanyakan surau sekolah. Sebanyak empat buah surau sekolah yang meletakkan replika Kaabah di kawasan luar surau iaitu Surau Insaniah, SMK Dato’ Harun, Selangor, Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor, Surau al-Muttaqin, SMA Mahmudiah, Terengganu dan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Terengganu. Surau-surau sekolah ini telah membina sudut khas taman haji di kawasan perkarangan surau sebagai tempat amali bagi program simulasi dan Eksplorasi Haji untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor dan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Terengganu menyediakan replika Jamratul Aula, Jamratul Wustha, Jamratul Aqabah dan Makan Nabi Ibrahim. Selain itu turut dipaparkan juga Replika Bukit Safa’ dan Marwah. Penggunaan replika kubur juga adalah satu inisiatif untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai pengurusan jenazah. Secara keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika Kaabah dan Jamrah dilihat memberi manfaat kepada para pelajar sebagai suatu gambaran melaksanakan ibadah haji. Mereka berpeluang melakukan secara praktikal amali ibadah haji termasuk

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

153

Rajah 1: Landskap sebagai suatu daya tarikan

Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kolaborasi panitia merupakan di antara suatu pendekatan dalam

menghasilkan sesebuah landskap yang cantik. Melalui pembahagian sudut kepada panitia-panita sekolah dapat

melahirkan pelbagai idea yang menarik bergantung pada kreativiti setiap guru-guru. Melalui pendekatan ini,

tanggungjawab dalam bahagian pengurusan fizikal tidak menjadi bebanan kepada satu pihak sahaja. Ia perlu

dilaksanakan dengan melibatkan ramai pihak supaya lebih banyak idea yang dapat dikumpulkan, lebih mudah

untuk menghasilkan landskap. Sesetengah surau sekolah juga bekerjasama dengan ibu bapa pelajar bagi

menghasilkan sesuatu landskap di kawasan surau. Ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni

bina bangunan dan landskap merupakan suatu bonus dalam membantu pihak pengurusan surau menghasilkan

sesuatu idea. Keterlibatan ibu bapa dalam program sekolah secara langsung atau tidak langsung mempunyai

hubung kait dengan pencapaian pelajar-pelajar. Suhanim Abdullah & Rosnaini Hamid (2006) dalam kajiannya,

ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Penglibatan

ibu bapa dalam pendidikan di sekolah diambil kira dalam pelbagai bentuk penyertaan. Ibu bapa boleh memberi

sokongan terhadap persekolahan anak-anak dengan menghadirkan diri dalam majlis dan program di sekolah.

4.1.2 Replika

Berdasarkan dapatan pengkaji mendapati setiap sekolah menyediakan replika di sudut luar kawasan surau kecuali

Surau al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor yang meletakkan replika sebagai pameran di dalam surau. Replika dibina

di kawasan luar surau seperti replika Kaabah, kubur, tongkat Istiwa’ dan jam matahari. Penggunaan replika

Kaabah dan kubur antara replika yang paling banyak ditunjukkan oleh kebanyakan surau sekolah. Sebanyak

empat buah surau sekolah yang meletakkan replika Kaabah di kawasan luar surau iaitu Surau Insaniah, SMK

Dato’ Harun, Selangor, Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor, Surau al-Muttaqin, SMA Mahmudiah,

Terengganu dan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Terengganu. Surau-surau sekolah ini telah membina sudut

khas taman haji di kawasan perkarangan surau sebagai tempat amali bagi program simulasi dan Eksplorasi Haji

untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor dan Surau al-Ikhlas,

SMK Sultan Omar, Terengganu menyediakan replika Jamratul Aula, Jamratul Wustha, Jamratul Aqabah dan

Makan Nabi Ibrahim. Selain itu turut dipaparkan juga Replika Bukit Safa’ dan Marwah. Penggunaan replika

kubur juga adalah satu inisiatif untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai pengurusan jenazah. Secara

keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali.

Penggunaan replika Kaabah dan Jamrah dilihat memberi manfaat kepada para pelajar sebagai suatu

gambaran melaksanakan ibadah haji. Mereka berpeluang melakukan secara praktikal amali ibadah haji termasuk

Page 2: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

154

memakai kain ihram, melontar ketiga-tiga jamrah, bertawaf mengelilingi Kaabah dan bersaei. Selain itu turut

didedahkan amalan sunat dan perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram. Penggunaan replika amali haji

dan umrah sangat membantu para pelajar memahami sesuatu teori pembelajaran. Oleh yang demikian,

penggunaan replika ini dianggap satu kaedah bagi memudahkan proses pembelajaran.

Rajah 2: Replika Kaabah untuk eksplorasi haji

Lokasi: Perkarangan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Dungun

4.1.3 Tulisan khat atau zukhruf

Perhiasan dinding menggunakan tulisan khat atau zukhruf dilihat ada yang dilakarkan sendiri oleh para pelajar

dan ada yang menggunakan tulisan kaligrafi yang telah siap. Sebagai contoh di surah al-Falah, SMK Sri Kukup,

Johor menggalakkan para pelajar menunjukkan bakat seni dengan melukis tulisan khat dan mural dinding surau

dan diberi nama al-Falah Walk. Al-Qur’an dapat diserlahkan melalui seni khat.

Rajah 3: Pelajar sedang melakarkan tulisan khat dan mural

Sumber: http://alfalahsmksk.weebly.com/galeri.html

4.2 Surau An-Nur, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuff, Batu Gajah, Perak

Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuff terletak di Jalan Ilmu Batu Gajah, Perak. Musolla di

sekolah ini diwujudkan pada tahun 2003 dengan menggunakan dua buah bilik darjah Pendidikan Khas.

Berdasarkan anugerah yang dimenangi, surau ini telah melahirkan impak yang dianggap suatu kejayaan yang

Page 3: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

155

besar. Seorang pelajar Non-Muslim bernama Chyr Wei Lun telah meminati program-program yang dianjurkan

oleh pihak surau. Ini membuktikan program yang dianjurkan dapat menarik hati pelajar bukan Islam untuk turut

sama terlibat dalam dakwah Islam. Berdasarkan temubual Responden 4, antara program yang turut disertai oleh

Chyr Wei Lun adalah menyertai puasa di bulan Ramadan dan sering mendengar tazkirah agama yang dianjurkan

oleh pihak surau. Penganjuran program ini merupakan satu pendekatan dakwah bukan sahaja untuk pelajar

Muslim tetapi juga dapat menarik pelajar bukan Islam.

Rajah 4: Lokasi arah hadapan Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017

Rajah 5: Ruang dewan solat utama

Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Sumber: Facebook Surau An-nur SMK Sultan Yusuff

Page 4: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

156

Rajah 6: Ruang diskusi

Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017

Rajah 7: Kelas Kemahiran al-Qur’an (KKQ)

Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017

4.2.1 Inovasi kitar semula air wudu’

Inovasi kitar semula air wudu` ini dibina pada bulan September 2015 yang melibatkan pelajar sekolah dan guru-

guru. Berdasarkan temubual Responden 4, idea asal adalah daripada Ustazah Ainon Mardziah binti Elias yang

merupakan guru yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan hal-hal surau. Dana yang diperuntukkan

untuk membina inovasi ini adalah lebih daripada RM10,000. Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan adalah

seperti pam air, saluran pengaliran air, penapis air, tempat takungan air, haiwan-haiwan peliharaan seperti arnab

dan ikan keli, makanan haiwan, benih-benih tanaman, barang-barang untuk cucuk tanam dan sebagainya. Dalam

menghasilkan inovasi ini, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi sebagai contoh semasa proses membina

kolam takungan air, berlaku kebocoran saluran paip bawah tanah. Hal ini telah mengakibatkan pihak surau

mengeluarkan kos untuk membaiki kebocoran tersebut.

Page 5: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

157

Rajah 8: Carta alir pengaliran kitar semula air wudu’ surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Pam 1

Air yang bertakung

akan disedut dan masuk

ke pam

Kolam Ternakan

Ikan keli

Tandas Kebun Sayuran Peliharaan Arnab

Tempat Wudu`

Air akan ditapis untuk

mengeluarkan kotoran

Filter

Parit

Pam 2

Pam akan menyalurkan

air ke tempat-tempat

projek

Page 6: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

158

Inovasi ini dibina adalah kerana masalah pengaliran air yang tidak bersistematik. Longkang di sekeliling

surau tidak mampu mengalirkan air keluar dan menyebabkan air bertakung. Hal ini mendorong guru-guru

mengambil inisiatif mencari idea bagi membendung masalah tersebut. Oleh yang demikian, lahirnya inovasi kitar

semula air ini yang mampu memanfaat lebihan air wudu` ke beberapa buah projek yang mendatangkan hasil

kepada warga sekolah. Saluran air berkenaan akan dialirkan ke projek penanaman sayur, tempat peliharaan arnab

dan ternakan ikan keli. Selebihnya akan disalurkan ke tandas. Proses kitar semula air, dilakukan tiga kali setiap

hari iaitu waktu solat Subuh, Zuhur dan Asar. Air lebihan wudu` akan dipam dan mengalir ke bahagian tapisan.

Air yang sudah ditapis dialirkan ke projek penanaman sayur, tempat peliharaan arnab dan ternakan ikan keli. Air

selebihnya disalurkan ke tangki tandas. Rajah 8 menjelaskan aliran air keluar dan masuk ke pam.

4.2.2 Projek ternakan ikan keli

Rajah 9: Hadapan projek ternakan ikan Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

Projek ternakan ikan keli ini dibahagikan kepada dua kolam. Kedua-dua kolam diletakkan kuantiti dan

jenis ikan yang sama. Kolam pertama diletakkan air paip biasa manakala kolam kedua disalurkan air yang telah

dikitar semula daripada air lebihan wudu’. Setiap hari pelajar-pelajar yang tinggal di asrama secara bergilir-gilir

memberi makanan kepada ikan-ikan. Hasil kajian mendapati keadaan ikan di kolam pertama berebut-rebut ketika

diberi makanan manakala keadaan ikan di kolam kedua kelihatan tenang dan baik.

Rajah 10: Dua kolam ikan berbeza saiz /bentuk di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

Page 7: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

159

Rajah 11: Hasil ternakan ikan keli di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

4.2.3 Projek peliharaan arnab

Rajah 12: Projek ternakan arnab di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

Rajah 13: Hasil ternakan arnab di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff

Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

Page 8: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

160

Lebihan air wudu’ yang dikitar semula disalurkan ke projek peliharaan arnab sebagai minuman arnab.

Air ditapis kotoran terlebih dahulu, kemudian disalurkan melalui tiub. Arnab-arnab tersebut mendapatkan air

tersebut melalui air yang keluar daripada tiub. Arnab diberi makanan setiap hari oleh pelajar-pelajar yang tinggal

di asrama. Arnab-arnab ini sentiasa membiak menjadikan ia semakin banyak dan memenuhi ruang sangkar.

Projek ini memberi satu pendekatan kepada pelajar untuk sesi penyembelihan binatan ternakan mengikut syarak

dan merupakan suatu ilmu kepada mereka. Arnab yang cukup matang, akan menyembelih dan dagingnya

dimasak dijadikan salah satu sumber makanan di asrama.

4.2.4 Projek penanaman sayur

Rajah 14: Penanaman sayur

Sumber: Kajian Lapangan 15 Mac 2017

4.3 Surau Insaniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Harun

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu

8, Jalan Bernam, Tanjung Karang Selangor. Surau sekolah ini menghasilkan inovasi pengurusan fail yang

sistematik. Fail yang dimaksudkan ialah berkaitan fail aktiviti surau, fail pentadbiran surau dan fail pengurusan

kewangan yang cekap lagi berhemah.

4.4 Surau al-Kauthar, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2

Antara inovasi yang dihasilkan ialah penggunaan arang sebagai nyah bauan.

4.4.1 Inovasi penggunaan arang sebagai nyah bauan

Projek inovasi nyahbau merupakan projek meneutralkan bau busuk yang kurang menyenangkan. Arang

mempunyai keupayaan untuk menyerap bau. Serbuk kayu arang juga dimanfaatkan sebagai agen menstabil dan

menyuling dalam industri air mineral. Arang juga dipakai secara meluas sebagai bahan pembersih dalam kerja-

kerja penyelenggaraan penyaman udara. Keistimewaanya kos adalah murah. Arang mudah diperolehi di mana-

mana kedai runcit dan kedai hardware. Ia mampu menyerap bau busuk untuk satu jangka masa yang lama.

Page 9: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

161

Rajah 15: Penggunaan arang sebagai nyah bauan A

Sumber: Kajian lapangan 7 April 2017

Rajah 16: Penggunaan arang sebagai Nyah bauan B

Sumber: Kajian lapangan 7 April 2017

Meskipun masyarakat telah menggunakan arang kayu sejak ribuan tahun, namun kegunaannya lebih

banyak untuk bahan bakar memasak. Ini kerana perkembangan teknologi yang memanfaatkan sumber gas alam

dan elektrik sebagai bahan bakar, sehingga menyebabkan penggunaan terhadap arang semakin berkurang.

Bahkan, akhir-akhir ini permintaan arang kayu di pasaran dalam dan luar negeri semakin menurun kerana

masyarakat sudah banyak yang beralih kepada bahan bakar gas dan elektrik. Setelah diabaikan selama beberapa

tahun terakhir, kini munculnya penemuan baru produk arang yang banyak memberi manfaatnya bagi kehidupan

manusia. Kemajuan teknologi moden telah meningkatkan ilmu pengetahuan untuk meneliti manfaat arang bagi

kepentingan manusia dengan pelbagai kegunaan. Hasil penelitian di Jepun menyatakan, arang yang mengandungi

karbon dapat diolah menjadi pelbagai produk yang berkhasiat bagi kesihatan. Di samping digunakan untuk bahan

campuran pakaian dan pertanian. Arang mempunyai banyak ciri menarik seperti mempunyai rongga-rongga kecil

yang sangat banyak arah sehingga 1 gram arang mempunyai luas permukaan sekitar 250 meter persegi. Rongga-

rongga ini dapat melekatkan zat-zat yang berlainan pada dindingnya, yang kemudiannya dilepaskan. Arang

menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada keadaan udara yang kering sehingga berfungsi

sebagai pengatur kelembapan yang baik. Selain itu, arang juga mempunyai manfaat menyerap bau ruangan yang

tidak sedap dan zat yang merugikan. Arang menghasilkan ion negatif yang membuat orang lebih santai. Infra

merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan efek bagi kelancaran peredaran darah, penjernihan air,

alat untuk menjaga sayur dan makanan sentiasa segar, penambah kualiti tanah, pengatur kelembapan dinding dan

lantai rumah dan ubat penyah bau. Arang yang digunakan adalah dari kayu keras. Sementara itu, arang buluh

Page 10: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

162

mempunyai lebih banyak rongga, sehingga dapat menyerap banyak bau dan air daripada arang kayu. Sedangkan

cuka kayu, cairan yang dibuat dengan mendinginkan titisan air dari asap tempat pembakaran, digunakan mulai

dari alat untuk antibakteria, pembasmi ulat di tapak pertanian hingga ubat penghilang bau serta bahan tambahan

untuk mandi dan produk-produk yang dapat meningkatkan kecantikan.

Arang yang digunakan untuk penjernih air, dicuci dulu lalu disteril dalam air mendidih, kemudian

dikeringkan dibawah matahari. Jika menggunakan arang sebagai pengatur kelembapan dan menyerap bau, maka

memerlukan 8 kg untuk ruangan yang luasnya sekitar 10 hingga 13 meter persegi. Kemajuan teknologi moden

telah mengangkat peningkatan produktiviti ilmu pengetahuan untuk meneliti penggunaan arang memberi

pemanfaatan kepada manusia. Misalnya arang menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada

kondisi yang kering. Sehingga membuatnya berfungsi menjadi pengatur kelembapan yang baik. Selain itu, arang

juga mempunyai manfaat menyerap bau busuk pada ruangan dalam rumah atau sebagainya. Arang menghasilkan

ion-ion negatif yang membuat orang lebih santai. Infra merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan

efek bagi kelancaran peredaran darah.

4.5 Surau al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup

4.5.1 Penentuan arah kiblat menggunakan tongkat Istiwa`

SMK Seri Kukup merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai laman cerap falak syarie serta kemampuan

pelajar-pelajar dalam mempraktik simulasi penentukan arah kiblat menggunakan tongkat Istiwa`. Ilmu Falak

adalah penentuan arah kiblat, arah waktu waktu solat, kalender awal bulan Qamariah dan gerhana. Oleh yang

demikian, ilmu Falak mempunyai hubung kait dengan persoalan ibadah. Penentuan arah kiblat merupakan suatu

projek inovasi yang telah dilaksanakan pada tahun 2014. Pemilihan pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek ini

adalah hasil pemilihan pelajar yang berjaya dipilih daripada program Imam Remaja. Pelajar-pelajar yang

berminat diajar ilmu penentuan arah kiblat yang melibatkan pengiraan tertentu. Perkongsian ilmu adalah

kerjasama dengan Bahagian Falak Syarie, Jabatan Agama Islam Johor. Projek ini dianggap suatu perkongsian

ilmu yang murni kerana ia memartabatkan ilmu falak di kalangan pelajar. Ilmu falak merupakan suatu ilmu yang

sangat besar dalam tamadun manusia dan dipelopori oleh sarjana Islam teragung seperti al-Khawarizmi. Aktiviti

cerapan ini telah bermula sejak zaman silam lagi. Sejak zaman Nabi dan sahabat, penentuan arah kiblat

dikembangkan teori menggunakan sesuatu benda yang berada di langit sebagai pertunjuk. Semasa Nabi berada di

Madinah, baginda berijtihad bahawa solat mestilah mengadap ke selatan. Posisi Madinah yang berada di utara

dan Mekah di posisi arah ke ka`bah mengadap ke selatan. Merujuk kepada hadis Riwayat al-Tirmidzi nombor

313, Nabi SAW menyatakan antara timur dan barat adalah kiblat. Berdasarkan temubual Responden 2,

mengatakan idea melaksanakan program inovasi adalah daripada seorang guru Pendidikan Islam iaitu Ustaz

Rozamli bin Mohd Rozak. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 2000.00.

4.5.2 Kaedah tradisi penggunaan tongkat Istiwa` matahari

Merujuk kepada laman blog http://bagan beachboy.blogspot. my/2014/10/ membuat-penandaan- arah-kiblat. html

dimana sebelum seorang itu menandakan arah kiblat, langkah pertama perlu diambil ialah menandakan arah

Timur dan Barat pada kawasan tersebut berpandukan bayang dari cahaya matahari. Sebelum itu, tapak surau

berkenaan perlu diratakan dan diterangkan. Sebatang kayu yang panjang di antara 1 hingga 2 meter dipacakkan

ke dalam tanah. Cara yang terbaik adalah kayu tersebut ditimbang air atau digantung plum bob dengan benang di

sebelahnya supaya kayu yang terpacak itu tegak tidak condong. Selepas itu, bulatan perlu dibuat berjejari radius

1 meter dikeliling kayu tersebut.

Page 11: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

163

Rajah 17: Mengukur objek bayang matahari

Pada waktu pagi, bayang kayu itu yang mencecah garisan bulatan tadi perlu ditandai dengan kayu

pendek dan dilakukan pada waktu petang. Maka akan didapati dua tanda bayang matahari pada dua waktu yang

berbeza. Seterusnya garisan lurus dibuat bagi menyambung kedua-dua tanda kayu pendek tersebut. Dengan

adanya garisan itu pengkaji dapat menentukan arah Timur dan Barat bagi kayu tinggi yang telah dipacakkan. Ia

akan dapat dihasilkan seperti Rajah 18 di bawah. Setelah selesai menandakan garisan bagi arah Timur dan Barat,

kayu panjang akan dikeluarkan dan dipacakkan di atas garisan tersebut. Jarak sebanyak 5 meter panjang dari

kayu tersebut ke arah Barat diukur dan ditandakan. Pengiraan matematik mudah dengan formula perlu dilakukan.

Bearing arah kiblat perlu dirujuk dalam laman sesawang e-Solat JAKIM. Sebagai contoh pengiraan daerah

Klang, Selangor.

Rajah 18: Objek bayang

Panjang garisan x dalam gambar rajah di atas adalah seperti berikut:

X = tan (22 darjah 20 minit 35 saat) x 5 meter

X = 2.055 meter

Setelah mengetahui panjang garisan X, pembaris sesiku diperlukan untuk membuat garisan menuju ke

arah utara yang bersudut tepat dengan jarak 2.055 meter. Selepas itu, satu garisan dari kayu tinggi perlu dibuat

dan disambungkan ke penghujung garisan X tersebut. Garisan dari kayu tinggi yang bersambung dengan hujung

garisan X itulah merupakan arah kiblat. Oleh itu, selesai kerja penandaan arah kiblat secara manual dengan

berpandukan bayang-bayang dari cahaya matahari.

Page 12: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

164

Rajah 19: Tongkat kayu Istiwa’

Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 20: Tapak tempat penentuan arah kiblat

Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 21: Gambaran yang dihasilkan dalam menentukan arah kiblat

Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Page 13: Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor · keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali. Penggunaan replika

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

165

Rajah 22: Pelajar-pelajar sedang membuat pengiraan arah kiblat A

Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 23: Pelajar-pelajar sedang membincang pengiraan arah kiblat B

Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

4.5.3 Radio al-Falah FM

Idea menghasilkan radio al-Falah FM adalah daripada guru-guru untuk menggalakkan pelajar mencari

pengalaman sebagai DJ Radio. Radio ini bersiaran setiap hari bermula pukul 7.00 pagi sehingga 7.15 pagi

berdurasi selama 15 minit. Pemilihan DJ radio adalah di kalangan pelajar yang memiliki bakat sebagai seorang

DJ. Pihak sekolah memperuntukkan RM 5000.00 untuk menyediakan peralatan sistem seperti mikrofon, PA

sistem, radio, speaker dan sebagainya. Program ini dijalankan secara spontan iaitu semasa perhimpunan pelajar

tanpa mempunyai perancangan yang bersistematik. Selepas itu, guru-guru sekolah meneruskan tradisi

perkongsian idea ini dengan menubuhkan sebuah konti radio khas. Pengisian dan perkongsian maklumat adalah

berbeza-beza mengikut hari yang ditetapkan oleh guru-guru Pendidikan Islam. Di antara pengisian yang

dikongsikan seperti nyanyian Asma ul-Husna, bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, perkongsian hadis-hadis dan

huraiannya, jadual waktu solat, tazkirah pendek, nasyid dan sebagai salah satu inovasi dalam berdakwah

menggunakan bakat suara.