living heritage village - sabah

5
LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 Jabatan Muzium Sabah akan menganjurkan satu program khusus yang akan memberi peluang kepada para pelawat untuk berinteraksi dan mempelajari pelbagai adat-istiadat kehidupan pelbagai etnik di Sabah di rumah-rumah warisan yang terdapat di Kampung Warisan Muzium Sabah. Di antara lain tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pengunjung tempatan dan luar negara untuk merasai suasana dan kehidupan masyarakat di kampung. Generasi masa kini tidak berpeluang untuk merasai suasana kehidupan di kampung satu ketika dahulu. Rumah-rumah replika yang terdapat di kompleks Muzium Sabah adalah sangat unik di mana ianya dibina berdasarkan rekabentuk dan struktur asal pelbagai etnik di Sabah dengan mengambil kira sumber-sumber semulajadi yang terdapat di alam sekitar mereka untuk tujuan koleksi dan pendokumentasian Jabatan Muzium Sabah. Pameran dan program khusus berkonsepkan amalan dan kepercayaan etnik-etnik ini juga dapat memberikan peluang kepada generasi muda dan para pelawat untuk melihat dan menghargai keunikan suasana kehidupan serta amalan budaya peninggalan nenek moyang suatu ketika dahulu. Secara tidak langsung program ini juga dapat memupuk semangat saling hormat menghormati dan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Sabah khasnya dan Malaysia amnya. Program ini akan diadakan di Rumah Panjang Rungus, Rumah Bambu Tambunan dan acara kemuncak akan diadakan di Rumah Panjang Murut iaitu perkahwinan yang dipanggil Tinauh. Acara ini adalah untuk memaparkan salah satu daripada adat- istiadat yang sangat unik dan masih lagi diamalkan sehingga kini. Tinauh bermaksud

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LIVING HERITAGE VILLAGE - Sabah

LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 Jabatan Muzium Sabah akan

menganjurkan satu program khusus yang akan memberi peluang kepada para

pelawat untuk berinteraksi dan mempelajari pelbagai adat-istiadat kehidupan

pelbagai etnik di Sabah di rumah-rumah warisan yang terdapat di Kampung Warisan

Muzium Sabah. Di antara lain tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan

dan pengalaman kepada para pengunjung tempatan dan luar negara untuk merasai

suasana dan kehidupan masyarakat di kampung. Generasi masa kini tidak berpeluang

untuk merasai suasana kehidupan di kampung satu ketika dahulu. Rumah-rumah

replika yang terdapat di kompleks Muzium Sabah adalah sangat unik di mana ianya

dibina berdasarkan rekabentuk dan struktur asal pelbagai etnik di Sabah dengan

mengambil kira sumber-sumber semulajadi yang terdapat di alam sekitar mereka

untuk tujuan koleksi dan pendokumentasian Jabatan Muzium Sabah.

Pameran dan program khusus berkonsepkan amalan dan kepercayaan etnik-etnik ini

juga dapat memberikan peluang kepada generasi muda dan para pelawat untuk

melihat dan menghargai keunikan suasana kehidupan serta amalan budaya

peninggalan nenek moyang suatu ketika dahulu. Secara tidak langsung program ini

juga dapat memupuk semangat saling hormat menghormati dan perpaduan di

kalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Program ini akan diadakan di Rumah Panjang Rungus, Rumah Bambu Tambunan dan

acara kemuncak akan diadakan di Rumah Panjang Murut iaitu perkahwinan yang

dipanggil Tinauh. Acara ini adalah untuk memaparkan salah satu daripada adat-

istiadat yang sangat unik dan masih lagi diamalkan sehingga kini. Tinauh bermaksud

Page 2: LIVING HERITAGE VILLAGE - Sabah

pembayaran hantaran berian yang tertunda atau pun terakhir apabila si suami dan

keluarganya telah bersepakat dan mempunyai cukup dana untuk melangsungkan

acara kemuncak perkahwinan yang kebiasaannya diadakan secara beramai-ramai

setelah sekian lama tertunda. Lazimnya acara Tinauh ini diadakan di rumah keluarga

pengantin perempuan. Kadangkala acara ini berlangsung apabila kedua-dua suami

isteri telahpun berkahwin lebih daripada 10 ataupun 20 tahun kerana tidak mampu

membayar beriannya. Lazimnya acara ini dilangsungkan dengan penuh adat istiadat

dengan meriah selama lima hari.

NIGHT SAFARI ATNIGHT SAFARI ATNIGHT SAFARI ATNIGHT SAFARI AT THE SABAH MUSEUMTHE SABAH MUSEUMTHE SABAH MUSEUMTHE SABAH MUSEUM

“Night safari” di Muzium Sabah adalah satu program khusus yang disediakan bagi

memberi peluang kepada orang ramai, terutama remaja (dalam lingkungan umur 13

hingga 17 tahun), melalui pengalaman hidup yang biasa dialami oleh remaja-remaja

suatu ketika dulu. Pemodenan yang kita lalui masa kini membawa kepada bentuk

kehidupan serba mewah. Pelbagai alat dan kelengkapan hidup senang diperolehi dan

remaja-remaja masa kini tidak pernah tahu bagaimana agaknya kehidupan remaja

terdahulu. Sebelum pembangunan menyerlah, khasnya bekalan tenaga elektrik

dengan kemudahan televesyen, kawasan perkampungan biasanya dalam keadaan gelap

dan sunyi pada waktu malam dan kadangkala hanya bergantung kepada cahaya bulan.

Perjalananan ke rumah jiran pada waktu malam gelap gulita, contohnya, memberi

seribu satu macam pengalaman yang sangat mencabar. Kadang kala melalui tanah

perkuburan dan kawasan hutan dengan hanya ada lampu suluh yang kecil. Melalui

program ini juga, orang ramai, terutama remaja masa kini, berpeluang untuk merasai

pengalaman tidur di rumah-rumah tradisi yang biasanya hanya diterangi oleh cahaya

bulan dan bintang melalui celah-celah dinding. Suasana malam lebih ketara dirasai

apabila hendak ke tandas yang terletak jauh di luar rumah.

Page 3: LIVING HERITAGE VILLAGE - Sabah

Tarikh dan masa:

27 – 28 Mac 2014 (Khamis - Jumaat)

Jam 3.00 petang hingga jam 9.00 pagi

Program:

Bagi mempelbagaikan pengalaman dan untuk menjadikan program ini menyeronokkan,

acara dikendalikan dalam bentuk “Mencari Harta Karun” (Treasure Hunt) dalam

kumpulan kecil (3 orang).

Acara 1:

Melawat ke galeri-galeri pameran terpilih d Bangunan Utama. Berpandukan

pembayang-pembayang yang diberi, peserta boleh mendapatkan jawapan terhadap

soalan-soalan yang diajukan di galeri-galeri yang dilawati.

Acara 2:

Trail tracking ke Taman Etnobotani melalui trail yang ditetapkan. Dengan

berbekalkan lampu suluh dan pembayang-pembayang, peserta boleh mendapatkan

jawapan terhadap soalan-soalan yang diajukan di sepanjang trail. Mendengar bunyi

binatang atau terserempak dengan binatang liar atau binatang buas, atau melalui

kawasan perkuburan adalah sesuatu yang mencabar.

Acara 3:

Tidur di rumah-rumah tradisional dalam suasana gelap, tanpa tilam dengan tandas

terletak di luar bangunan, pastinya menjanjikan pengalaman unik yang tersendiri.

Page 4: LIVING HERITAGE VILLAGE - Sabah

Majlis perasmian Living Heritage Village & Night Safari At The Sabah Museum akan

diadakan pada 27 Mac 2014 (Khamis), jam 4.30 petang bertempat di Kampung

Warisan Fasa I, Kompleks Muzium Sabah yang akan disempurnakan oleh YB. Datuk

Kamarlin Hj. Ombi, Pembantu Menteri, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan &

Alam Sekitar Sabah. Program ini akan berakhir pada 28 Mac 2014 (Jumaat).

Orang ramai dijemput hadir.

Page 5: LIVING HERITAGE VILLAGE - Sabah