litar pengguna 1 fasa

43

Upload: md-emran-saidi

Post on 19-Jun-2015

37.909 views

Category:

Education


15 download

DESCRIPTION

Perkongsian informasi menjana teknologi mencerna kreativiti mencetus inovasi demi suatu transformasi mengungguli generasi MADANI....http://www.facebook.com/elektrikduniaku

TRANSCRIPT

Page 1: LITAR PENGGUNA 1 FASA
Page 2: LITAR PENGGUNA 1 FASA
Page 3: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Perlindungan dari bahaya renjatan elektrik Terdapat berbagai-bagai keadah perlindungan daripada

bahaya renjatan elektrik. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan pemutus litar bocor kebumi.

Perlindungan bahaya arus lebih Perlindungan ini bertujuan mengelakan pengguna daripada

menerima arus yang berlebihan yang akan merosakan pendawaian dan peralatan . Arus lebih ini disebabkan oleh pertambahan beban atau litar pintas atau pertambahan arus bekalan. Terdapat berbagai-bagai jenis peranti yang digunakan seperti fius atau pemutus litar kenit (mcb).

Pemencil dan suis suis utama atau pemencil mestilah berupa suis pautan

( pemutus litar pautan ). Pemencil atau suis ini mestilah berupaya memutuskan semua litar pengalir hidup setiap pemasangan daripada bekalan.

Page 4: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan:

1. Pengasingan dan penyuisan2. Perlindungan arus lebihan3. Perlindungan kebocoran arus kebumi

Page 5: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Semua suis kutub tunggal pada sistem TN dan TT disambung kepada pengalir fasa sahaja

2. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada:

(a) Suis utama; atau(b) Alat perkakas pemanas(c) Pengubah auto lampu discas dan suis yang

digunakan jenis berangkai.

Page 6: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral/bumi dalam sistem TN dan TT.

2. Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan mestilah dari jenis:

(a) Mengendali litar secara automatik pada kadar yang ditetapkan;

(b) Berkeupayaan untuk memutus dan jika perlu ia berkeupayaan meyambung semula;

(c) Direka bentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila dikendalikan tanpa bahaya.

Page 7: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Semua bahagian pengalir yang terdedah perlu dibumikan dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan yang bersesuaian atau pemutus litar bocor kebumi kendalian arus.

Page 8: LITAR PENGGUNA 1 FASA

FIUS PERKHIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRALPerlindungan arus lebihanIa merupakan peralatan pertama bekalan sampai ke

pengguna. Tujuannya ialah untuk menghadkan jumlah arus yang masuk ke pengguna contoh 30A, 60A, 80A, 100A dan sebagainya mengikut permintaan pengguna.

JANGKA KILOWAT JAMMeter KWJ digunakan untuk mengukur tenaga yang

digunakan oleh penggunaTenaga = kuasa (watt ) x masa ( jam )Meter yang digunakan bergantung kepada bekalan

pengguna samada satu fasa atau tiga fasa. Ia merupakan hakmilik pihak pembekal.

Page 9: LITAR PENGGUNA 1 FASA

SUIS UTAMAPengasing dan perlindungan arus lebihanSuis utama terbahagi kepada dua bahagian

iaitu suis ( bertujuan sebagai pengasing ) dan fius ( bertujuan melindungi dari berlaku litar pintas dan menghadkan arus ). Suis utama ini jenis dua kutub dan 3 kutub dan saiz fius yang digunakan 30A, 60A, 80A, 100A dll.

PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMIPengasing dan perlindungan arus bocor kebumiIa merupakan alat perlindungan dari bahaya

arus bocor. Terdapat berbagai-bagai jenis alat perlindungan jenis ini seperti ELCB/RCCB/RCD dan sebagainya. Alat pelindung ini ada dua jenis iaitu dua pole ( satu fasa ) dan empat pole ( tiga fasa )

Page 10: LITAR PENGGUNA 1 FASA

PAPAN AGIHANPengagihan litar akhir dan perlindungan arus

lebihanIa merupakan bahagian yang terakhir dalam

susunan litar kawalan turutan pengguna. Ia juga merupakan tempat pembahagian litar kecil akhir. Peralatanya seperti fius/mcb. Kadaran fius atau mcb yang dipasang bergantung pada beban litar kecil akhirnya

Page 11: LITAR PENGGUNA 1 FASA

LIT

AR

AK

HIR

KE

CIL

LIT

AR

AK

HIR

KE

CIL

RCCB In 63A4P / 63A / 0.1A

RCCB In 63A4P / 63A / 0.03A

KWH

Main Switch 4P / 63A

M L M L M L M L

BEKALAN TNB

IN IN IN N

OUT OUT OUT N

1 3 5 N

1 4 6 N

1 3 5 N

2 4 6 N

Page 12: LITAR PENGGUNA 1 FASA

LITAR AKHIR KECIL

LIT

AR

AK

HIR

KE

CIL

RCCB In 63A2P / 63A / 0.1A

RCCB In 63A2P / 63A / 0.03A

KWH

Main Switch 2P / 63A

M L M L

BEKALAN TNB

IN N

OUT N

N

N

N

N

Page 13: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.

Tujuan:◦ Mengelak bahaya apabila kerosakan;◦ Pemeriksaan/penyenggaraan/Ujian;◦ Mengelak kerosakan menganggu litar lain.

Page 14: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Saiz Alat Perlindun

g

Saiz Kabel

Jumlah punca

6A 1.5mm2

10 bil mata lampu + kipas@ TCL tidak lebih 1kW

16A 2.5mm2

1 bil 13A ssak

20A 2.5mm2

2 bil 13A ssak

32A (ring) 2.5mm2

10 bil 13A ssak kawasan lebih daripada 100m2

32A (radial)

4.0mm2

6 bil 13A ssak

16A 2.5mm2

1 bil ccu tidak lebih 3kW

32A 4.0mm2

1 bil ccu tidak lebih 8kW

16A 4.0mm2

1 bil 1.5kW water heater

16A 4.0mm2

1 bil 1.5hp pendingin udara

32A 6.0mm2

1 bil 1¾hp hingga 2½hp pendingin udara

Page 15: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Bagi pepasangan yang mempunyai lebih dari satu litar kecil akhir mestilah disambungkan kepada fius atau pemutus litar yang berasingan;

2. Pendawaian litar kecil akhir mestilah diasingkan (secara elektrik).Pengalir neutral dalam pfa disambung sama seperti pengalir fasa;

3. Kapasiti arus kabel tidak kurang arus nominal alat perlindungan kecuali bagi litar gelang.

Page 16: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. 1 mata lampu 100W – jadual 4A dan bilangan boleh disambung ialah 10 unit

2. Bagi menentukan litar akhir lampu discas jumlah permintaan arus mestilah didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar

3. Kapsiti membawa arus kabel tidak boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan

Page 17: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Pada amnya tiap-tiap satu poin lampu dihadkan permintaan menimumnya pada 100W tiap- tiap satu. Jadi sebuah lampu mempunyai arus sebanyak:-

I = W / V = 100 / 240 = 0.42 A Oleh itu sebuah lampu diperlukan 0.4 A. Contoh: m.c.b litar akhir dihadkan kepada 6A bagi

bekalan 240V, A.U. Berapakah bilangan lampu yang boleh dipasang◦ Sebuah lampu perlu 0.4A◦ Arus 6A boleh membekalkan 6 / 0.4 = 15

buah lampu.

Page 18: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Saiz minima kabel yang boleh digunakan mestilah tidak kurang daripada 1.5mm2 PVC / PVC dan wayer mudah lentur (flexible) yang digunakan untuk mengantung lampu mestilah tidak kurang daripada 24 / 0.2mm. 6amp

Saiz pelindungan yang digunakan untuk melindungi litar lampu di atas mestilah tidak melebihi 6 A ( m.c.b ) dan 5A ( Fius ).

Walau bagaimanapun pemasangan litar lampu digalakan menggunakan lebih daripada satu litar sekiranya salah satu litar rosak, litar yang satu lagi boleh memberikan cahaya di dalam rumah berkenaan.

Page 19: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Biasanya kuasa sesebuah lampu mungkin 300 watt, 500 watt, 1000 watt dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15Amp dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2 PVC dan saiz ini mungkin terpaksa dibesarkan sedikit ini kerana poin yang hendak dipasang berada jauh daripada papan agihan (bertujuan mengurangkan voltan susut dalam kabel)

Page 20: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Undang-undang untuk pemasangan lampu jenis ini adalah sama dengan lampu pijar cuma apabila mengira jumlah beban sebenar yang digunakan oleh lampu ini agak berbeza kerana beberapa faktor mesti diutamakan.

Pengguanan Cok (choke) dalam lampu ini boleh menyebabkan penggunaan arus yang berlebihan dalam litar berkenaan, ini disebabkan oleh kehilangan kuasa pada suis yang digunakan dalam litar .

Page 21: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Kadar ketahanan suis yang digunakan untuk mengawal litar lampu discas sekurang-kurangnya mestilah 2 kali ganda kadar arus lampu yang dikawal .Untuk mencari jumlah beban sesebuah lampu jenis discas ini kuasa lampu (lamp wattage) mestilah didarabkan dengan faktor yang tidak kurang daripada 1.8 ( faktor ini berdasarkan pada faktor kuasa yang tidak kurang daripada 0.85 menyusul ) beranggapan faktor kuasa litar lampu telah diperbaiki ketahap tidak kurang 0.85.

Page 22: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Berapakah jumlah arus yang diambil oleh lampu kalimantang berkembar ( 2x40 w ) jika dipasang pada bekalan 240V 50Hz.

P = VI x PF. I = P x PF V I = 2 x 40 x 1.8 240 I = 0.6 Amp.

Page 23: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Pemegang lampu ( lamp holder) dan ros siling tidak boleh digunakan pada voltan yang melebihi 250V.

Penebat pemegang lampu mestilah diperbuat dari bahan tahan panas sehingga pada suhu lebih daripada 135º

Terdapat tiga jenis pemegang lampu:◦ Pangkal Kilas ( bayonet cap ) – untuk kuasa sehingga 150W◦ Skru Edison - untuk kuasa sehingga 200W◦ Skru Goliath - untuk kuasa melebihi 200W

Page 24: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Wayar mudah lentur (flexible) yang digunakan pada ros siling mestilah tidak boleh melebihi daripada satu, kecuali siling yang direka khas untuk ‘multiple pandant’ penggunaan yang lebih daripad satu tujuan.

Berat beban yang digantung pada setiap wayar tidak melebihi had kilogram yang ditetapkan dalam jadual.

Semua pemasangan pencahayaan dan lampu pada tempat-tempat yang mudah terbakar mestilah dilengkapan dengan guarded (pelindungan) supaya tidak menimbulkan kebakaran. Shade dan guard yang digunakan untuk tujuan ini mestilah mempunyai ketahanan pada haba yang terhasil apabila lampu menyala.

Page 25: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Pemegang lampu dalam bilik mandi ketinggiannya kurang daripada 2.5 meter mestilah dilengkapkan dengan perisai khas (shield) untuk mengelakan persentuhan penutup lampu.

Apabila menggunakan pemegang lampu jenis Edison screw pengalir kecuali (neutral ) mestilah disambung di bahagian luar dan wayar hidup dari suis disambung di bahagian tengah.

Page 26: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Jenis Fitting Soket alir keluar ( surface wiring )

Ketinggian 145 cm. Soket alir keluar ( concealed wiring )

Ketinggian 30 cm. Suis lampu

Ketinggian 145 cm Wall mounted fitting

Ketinggian 205 cm Surpended ceiling fitting

Ketinggian 240 cm Kotak fius agihan (DFB)

Ketinggian 205 cm

Page 27: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Bagi menentukan jumlah dan saiz pengalir berpandukan Jadual A 5;

2. Bilangan soket outlet tidak terhad;3. Kelonggaran kepelbagaian tidak boleh

digunakan bagi sak BS 4343;4. Bagi sistem TT, sak dilindungi ELCB

dengan arus kendalian tidak melebihi 30mA

Page 28: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Saiz Pengalir Min

JenisAlat

PerlindunganKadar Jenis

PVC Kuprum

mm2

PVCAluminium

mm2

MICCmm2

Luas Lantai Makm2

Gelang

30A SebarangAtau32A

2.5 4.0 1.5 100

Jejari

30A HRC Atau

32A P/Litar

4.0 6.0 2.550

Jejari20A Sebarang

2.5 4.0 1.5 20

Page 29: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Setiap pengalir bermula dari satu punca dan berakhir dipunca sama di pfa;

2. Pengalir pelindung disambung sama seperti pengalir fasa;

3. Iz tidak kurang daripada 0.67 In;4. Apabila terdapat 2 atau lebih litar gelang

dalam bangunan yang sama mesti diagihkan sama banyak;

5. Alat tetap yang dipasang melalui sulur berfius dengan kadaran fius tidak lebih 13A;

6. Alat pemanas lebih 15 liter dan pemanas immersion tidak boleh disambung pada litar gelang. Litar berasingan diperlukan.

Page 30: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Sulur tidak berfius: Disambung pada: sak, peti sambungan, papan

agihan. Iz mestilah lebih atau sama dengan pengalir litar

gelang Bilangan boleh sambung:

◦ 1 bil sak◦ 1 bil sak berkembar◦ 1 alat pegun

Jumlah sulur tidak melebihi jumlah sak litar gelang.

Page 31: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Sulur berfius: Jumlah tidak terhad Dsambung pada peti berfius In tidak lebih Iz @ tidak melebihi 13A Saiz minimum pengalir:

◦ 1.5mm2 – kabel pvc; kuprum◦ 2.5mm2 – kabel pvc pelapik kuprum pengalir

aluminium◦ 1.0mm2 - MICC

Page 32: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Dibuat hanya untuk palam berfius2. In mak 32A3. Semua sulur berfius tidak melebihi

16A4. Bilangan tidak terhad tetapi

mampu mengendalikan alat perlindungan

5. Tidak dibenarkan kelonggaran kepelbagaian

Page 33: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Kecuali jenis 16A mestilah mempunyai litar berasingan

2. Bagi sak 16A bilangan sak tidak terhad dengan syarat ia mampu mengendalikan alat perlindungan

3. In maksimum tidak melebihi 20A4. Iz tidak kurang In5. Beban 16A boleh dikira kepelbagaian

Page 34: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Alat pemasak lebih daripada 4 kW tidak boleh dianggap alat mudahalih

Alat pemasak lebih 3kW boleh disambung dengan menggunakan litar akhir tersendiri.

Page 35: LITAR PENGGUNA 1 FASA

1. Bagi menentukan permintaan arus:(a) 10 A pertama(b) + 30% lebihan jumlah arus beban(c) + 5A jika terdapa sak bersama ccu

2. Litar 15A atau 50A boleh membekalkan dua atau lebih alat pemasak dalam sebuah bilik

3. Jarak suis tidak lebih 2 meter dalam bilik yang sama.

Page 36: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Litar akhir alat pegun yang lebih daripada 3 kW tidak boleh disambung kepada sak

Peraturan IEE1. Hanya satu beban sahaja yang

dibenarkan disambung dari litar akhir alat pegun dan anggapan permintaan beban adalah sama dengan kadar arus beban

2. Kapasiti membawa arus kabel tidak boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan

Page 37: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Pendingin udara beroperasi dengan penggunaan 2 motor elektrik iaitu untuk penghembus udara (blower fan) dan pemampat (compressor).

Terdiri daripada jenis:- a) Split unit ( Pair system –Fan coil (indoor) unit & Condensing

(outdoor) unit ( Multi-system- Fan coil (indoor)unit (2unit) dan Condensing

(outdoor) unit). b) Unit Jendela (Window) Dari peraturan I.E.E / JKR telah mengkhususkan bahawa setiap

motor yang berkadar lebih daripada 0.37kW hingga 3.7kW mestilah mempunyai penghidup motor yang membolehkan ia dimula dan dihentikan.

Page 38: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Sebuah penghidup yang paling mudah ialah Pemula talian terus (Direct On Line Starter). Tujuan penghidup ini dipasang adalah :-

a.menghadkan atau mengelakan motor dari beban lampau.

b.Mengelakan motor hidup dengan sendiri selepas kegagalan bekalan.c.Memberhenti dan menghidupkan semula motor serta kawalan remote.

Soket alir keluar 15Amp adalah punca kuasa yang disambungkan kepada pendingin udara. Alat ini mengadakan kemudahan pengasinggan bagi kerja-kerja baik pulih yang mungkin dilakukan kepada alat pendingin udara.

Untuk pemasangan unit pendingin udara peraturan I.E.E / JKR menetapkan:◦ 16 Amp m.c.b. 4 mm2 kabel. 1 bilangan 1.5 K.K

pendingin udara.◦ 32 Amp m.c.b. 6 mm2 kabel. 1 bilangan 1 ¾ .K.K

hingga 2 ½ K.K pendingin udara.◦ (Dan tiap unit pendingin udara dikawal oleh litar sendiri)

Page 39: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Pemasangan pemanas air mestilah mengikut peraturan yang betul seperti tercatit dalam peraturan I.E.E / S.J.T kerana risikonya adalah terlalu tinggi sekiranya berlaku kebocoran alat pemanas dan akan menyebabkan air yang keluar akan mengalir bersama arus letrik yang mana menyebabkan renjatan pada pengguna.

PENERANGAN:◦ Untuk pemasangan unit pemanas air mestilah diambil

dari satu litar akhir kecil atau dari soket 15 Amp :◦ 1- Bilangan 1.5 kW Pemanas air.◦ Saiz kabel - kabel 4mm2 ◦ Saiz m.c.b – 16 Amp◦ E.L.C.B – 40Amp / Trip10 mA (0.01A)

Page 40: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Terdapat 2 jenis pemanas air satu fasa yang digunakan iaitu:

1. Jenis kawalan Termostatik ( thermostatic ) 2. Jenis segera ( instantaneous )

Jenis termostatik ( pemanas air lengkap dengan paip air masuk / keluar.)

a. Alat ini mesti dikawal oleh suis dua kutub yang dilengkapkan dengan alat kawalan lebihan arus .

b. Lapisan luar atau bingkai alat ini mestilah dibumikan dengan mnggunakan saiz kabel

yang tidak kurang dari saiz kabel pengalir.

Page 41: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Jenis segera ( instantaneous ) Pemanas jenis ini semakin bertambah dari masa

kesemasa kerana kerja pemasangan agak mudah jika dibandingkan dengan alat yang sama jenis termostatik dan penggunaan tenaga eletrik juga tidak membazir.

Alat ini dikawal oleh pengaliran air yang melaluinya iaitu apabila paip air dibuka. Suis pengesan pengaliran air ( flow switch senser ) akan berfungsi dengan menyambungkan bekalan kepada eleman pemanas dan seterusnya, air yang melalui elemen itu akan menjadi panas, masa yang diperlukan untuk menaikan suhu air bergantung kepada kandungan air.

Sekiranya air dibuka perlahan, suhu air akan bertambah dengan cepat., untuk mengelakan dari suhu panas berlebihan alat ini mesti dilengkapkan dengan suis kawalan suhu ( temperature cut out senser ) untuk tujuan memutuskan bekalan kedalam elemen sekiranya suhu terlampau panas .

Page 42: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Saiz alat pemanas jenis ini telah ditetapkan iaitu 3kW atau 6kW. Bagi pemanas 3kW penyambungan boleh diambil dari soket 15 Amp.

Bagi pemanas 6kW pula bekalan mestilah disambung dari papan agihan dan dikawal oleh suis berasingan ( suis dua kutub). Pemanas ini tidak sesuai digunakan bagi bekalan air yang bercampur garam kerana boleh menambahkan kebucuran arus kebingkai logam alat berkenaan.

Oleh demikian sebelum pemasangan dibuat, perundingan dan kelulusan dari pihak berkuasa bekalan air adalah mustahak. Semua bahagian logam alat ini mestilah dicantum ( bonded) ke paip air dan seterusnya ke eletrod bumi secara berasingan.

Page 43: LITAR PENGGUNA 1 FASA

Oleh demikian sebelum pemasangan dibuat, perundingan dan kelulusan dari pihak berkuasa bekalan air adalah mustahak. Semua bahagian logam alat ini mestilah dicantum ( bonded) kepaip air dan seterusnya keletrod bumi secara berasingan.

Selain daripada itu alat jenis ini mestilah dikawal oleh suis dua kutub dan sekiranya alat ini tidak dilengkapkan dengan suis maka suis tambahan mestilah dipasang bersebelahan dan mesti tidak boleh dicapai oleh pengguna.

Tidak dibenarkan sama sekali memasang fius, pemutus litar tanpa link atau suis satu kutub pada pengalir neutral kerana sekiranya pemgalir tersebut terputus, semua bahagian logam alat ini akan menjadi hidup (live) yang mana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.