lim siet fah · kemahiran-kemahiran yang penting terhadap kerjaya juruteknik bioperubatan daripada...

31
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 07-Feb-2020

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA

JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA

PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA

LIM SIET FAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai
Page 3: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai
Page 4: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA

JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA

PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA

LIM SIET FAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik & Vokasional)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2010

Page 5: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

ii

Page 6: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

ibuku yang tersayang

Ng Jap Moi

Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,

Untuk bapaku yang dihormati,.

Lim Tai Tung

Yang sering memberi dorongan dan semangat,

Kepada semua adik - beradik serta rakan – rakan yang dikasihi,

Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bantuan,

dorongan dan nasihat yang diberikan selama tempoh pengajian di UTM.

Page 7: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

iv

PENGHARGAAN

Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PM. Dr Yahya Bin

Buntat selaku penyelia projek sarjana saya ini. Beliau telah banyak berusaha untuk

membimbing, memberi tunjuk ajar serta sokongan yang sepenuhnya kepada saya

sehingga kertas cadangan ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Saya juga ingin menujukan ucapan jutaan terima kasih kepada keluarga saya

yang telah banyak memberikan sokongan kepada saya sepanjang saya berjauhan dari

rumah.

Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih ini kepada

rakan-rakan yang telah banyak memberikan nasihat dan bantuan serta mereka yang

terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dalam usaha saya menyiapkan kajian

ini.

Page 8: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

v

ABSTRAK

Kejuruteraan bioperubatan merupakan satu bidang kejuruteraan yang telah

diperkenalkan di Malaysia sejak 1960-an lagi. Namun, kemahiran dan kepakaran yang

dimilik oleh juruteknik bioperubatan masih tidak meyakinkan pihak industri. Kajian

yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran

yang penting terhadap kerjaya juruteknik bioperubatan dari perspektif majikan dan

pekerja. Kemahiran-kemahiran yang telah dikaji terdiri daripada kemahiran teknikal

dan kemahiran generik. Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan dua set

soal selidik sebagai instrumen kajian terhadap 186 orang juruteknik bioperubatan

serta 20 orang pengurus yang kini bertugas di hospital-hospital kerajaan Malaysia.

Data yang telah diterima diproses dengan menggunakan program SPSS 12.0 for

Windows yang menjurus kepada kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai.

Ujian t juga digunakan untuk menganalisis data bagi menentukan perbezaan antara

kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik bioperubatan

daripada perspektif majikan dan pekerja. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua

kemahiran teknikal dan generik adalah penting terhadap juruteknik bioperubatan

daripada perspektif majikan. Daripada perspektif pekerja pula, kepentingan kemahiran

teknikal dan generik berada pada tahap sederhana. Dari segi kemahiran teknikal yang

dikuasai, kajian mendapati bahawa ia berada pada tahap rendah manakala kemahiran

generik pula berada pada tahap sederhana. Kemahiran teknikal yang dipelajari di

institusi-institusi latihan pula berada pada tahap sederhana manakala kemahiran

generik berada pada tahap rendah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat

perbezaan di antara kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik

bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.

Page 9: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

vi

ABSTRACT

Biomedical engineering was introduced in Malaysia since the 1960s. However

the skills and expertise of biomedical technicians have not received full confidence

from the industry. Thus, this descriptive study is to identify the important skills for

biomedical technicians from the perspectives of employers and the employees. The

skills to be studied are technical and generic skills. Two sets of questionnaires had

been used for this study and the two groups of respondents were 20 employers and

186 employees who are currently working in Malaysian government hospitals. The

data collected had been analyzed using SPSS 12.0 for Windows which shows the

frequencies, percentage, mean value and standard deviation. T-test had been used to

analyse the data to determine the differences between technical and generic skills

which are important for biomedical technicians from the perspectives of both

employers and employees. Retrieval study shows that both technical and generic skills

are important from the perspective of employers. From the employees’ perspective,

the importance of technical and generic skills is at a moderate level. In terms of the

mastery of technical skills, the study shows that it is at a low level while generic skills

are at a moderate level. Technical skills learnt at training institutes are at a moderate

level while generic skills remain low. This study also discovers that there exists no

difference in the importance of technical and generic skills to biomedical technicians

from the perspectives of both employers and employees.

Page 10: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

MUKA DEPAN i

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

viii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 11

1.8 Kerangka Konsep 11

1.9 Definisi Istilah 16

1.9.1 Profil 16

1.9.2 Kemahiran 17

1.9.3 Kerjaya 17

1.9.4 Juruteknik Bioperubatan 17

1.9.5 Perspektif 18

1.9.6 Majikan 18

1.9.7 Institusi Latihan 19

1.10 Kesimpulan 19

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Perkembangan Amalan Kejuruteraan Bioperubatan 23

di Malaysia

2.3 Kelayakan Juruteknik Bioperubatan 26

2.4 Kemahiran 29

2.4.1 Kemahiran Teknikal 30

2.4.1.1 Pendawaian Domestik 31

2.4.1.2 Pengujian Keselamatan 32

2.4.1.3 Troubleshooting 35

2.4.1.4 Penguat Bioelektrik 36

2.4.1.5 Elektrod Perubatan 36

2.4.1.6 Transduser 37

2.4.1.7 Matematik Kejuruteraan 38

Page 12: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

ix

2.4.1.8 Radiologi 39

2.4.1.9 Peralatan Perubatan Ultrabunyi 40

2.4.1.10 Mesin Pernafasan 41

2.4.1.11 Mesin Dialisis 41

2.4.1.12 Electrosurgical Unit 42

2.4.2 Kemahiran Generik 42

2.4.2.1 Kemahiran Berkomunikasi 45

2.4.2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Dan Menyelesaikan Masalah 46

2.4.2.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 48

2.4.2.4 Pembelajaran Berterusan 49

2.4.2.5 Kemahiran Keusahawanan 51

2.4.2.6 Etika dan Moral Profesional 52

2.4.2.7 Kemahiran Kepimpinan 53

2.4.2.8 Penggunaan Teknologi Maklumat 55

Dan Komunikasi

2.4.2.10 Penggunaan Bahasa Inggeris 59

2.5 Perkembangan Kurikulum 61

2.6 Penilaian Kurikulum 63

2.7 Kajian Berkaitan dengan Penilaian 68

dan Perkembangan Kurikulum

2.8 Kesimpulan 72

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 74

3.2 Rekabentuk Kajian 74

Page 13: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

x

3.3 Tempat Kajian 75

3.4 Populasi dan Persampelan 75

3.5 Instrumen Kajian 79

3.5.1 Kesahan Soal Selidik 83

3.6 Prosedur Kajian 84

3.7 Kajian Rintis 86

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 87

3.9 Analisis Data 87

3.10 Kesimpulan 91

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 93

4.2 Analisis Bahagian A 94

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 94

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 95

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Tempat 97

Berkhidmat

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Nama 98

Syarikat

4.3 Analisis Bahagian B 99

4.3.1(a) Persoalan Kajian 1(a) 100

4.3.1(b) Persoalan Kajian 1(b) 102

4.3.2(a) Persoalan Kajian 2(a) 104

4.3.2(b) Persoalan Kajian 2(b) 106

4.3.3(a) Persoalan Kajian 3(a) 107

4.3.3(b) Persoalan Kajian 3(b) 109

Page 14: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xi

4.3.4(a) Persoalan Kajian 4(a) 111

4.3.4(b) Persoalan Kajian 4(b) 113

4.4 Analisis Bahagian C 116

4.4.1 Kemahiran-kemahiran Lain 116

4.4.2 Cadangan Terhadap Institusi-institusi Latihan 118

4.5 Kesimpulan 119

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 120

5.2 Rumusan Kajian 120

5.3 Perbincangan 122

5.3.1 Profil Kemahiran Yang Penting 123

terhadap Juruteknik Bioperubatan

Daripada Perspektif Majikan

5.3.2 Profil Kemahiran Yang Penting 126

Juruteknik Bioperubatan Daripada

Perspektif Pekerja

5.3.3 Kebolehan Juruteknik Mengusai Kemahiran 129

Teknikal dan Kemahiran Generik

5.3.4 Kemahiran-kemahiran yang Diajar di Instistusi 131

-institusi Latihan

5.3.5 Perbezaan Kemahiran Yang Penting 133

Terhadap Juruteknik Bioperubatan Daripada

Perspektif Majikan dan Pekerja

5.4 Cadangan 133

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 138

5.6 Kesimpulan 139

Page 15: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xii

RUJUKAN 140

LAMPIRAN

Lampiran A 152

Lampiran B 160

Lampiran C 169

Lampiran D 171

Lampiran E 173

Lampiran F 176

Page 16: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Senarai Alat Pengujian Kejuruteraan Bioperubatan 37

3.1 Taburan Populasi dan Sampel Majikan Berdasarkan Nama 76

Syarikat Kejuruteraan Bioperubatan

3.2 Pengiraan Peratus Populasi Pekerja Setiap Strata Syarikat 78

3.3 Pengiraan Sampel Pekerja Setiap Strata Syarikat 78

3.4 Taburan Populasi Pekerja Berdasarkan Nama Syarikat

Kejuruteraan Bioperubatan 79

3.5 Taburan Item Soal Selidik Set A 81

3.6 Taburan Item Soal Selidik Set B 82

3.7 Skala Pemeringkatan 83

3.8 Analisis Data Soalan Terbuka 89

3.9 Ringkasan Analisi Data 90

3.10 Pertimbangan Skor Min 91

Page 17: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xiv

4.1 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Jantina 95

4.2 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Jantina 95

4.3 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Bangsa 96

4.4 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Bangsa 96

4.5 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Tempoh Berkhidmat 97

4.6 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Tempoh Berkhidmat 97

4.7 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Nama Syarikat 98

4.8 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Nama Syarikat 99

4.9.1 Profil Kemahiran Teknikal Yang Penting Daripada Perspektif 100

Majikan

4.9.2 Profil Kemahiran Generik Yang Penting Daripada Perspektif 102

Majikan

4.10.1 Profil Kemahiran Teknikal Yang Penting Daripada Perspektif 104

Pekerja

4.10.2 Profil Kemahiran Generik Yang Penting Daripada Perspektif 106

Pekerja

4.11.1 Kemahiran Teknikal Yang Dikuasai Oleh Juruteknik Bioperubatan 107

4.11.2 Kemahiran Generik Yang Dikuasai Oleh Juruteknik Bioperubatan 109

4.12.1 Kemahiran Teknikal Yang Dipelajari Oleh Juruteknik Bioperubatan 111

Di Instistuis-institusi Latihan

Page 18: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xv

4.12.2 Kemahiran Teknikal Yang Dipelajari Oleh Juruteknik Bioperubatan 113

Di Instistuis-institusi Latihan

4.13.1 Statistik Kumpulan bagi Min Kemahiran Teknikal 115

4.13.2 Statistik Kumpulan bagi Min Kemahiran Generik 115

4.14.1 Kemahiran-kemahiran Lain Yang Penting Terhadap Juruteknik 116

Bioperubatan Daripada Perspektif Majikan

4.14.2 Kemahiran-kemahiran Lain Yang Penting Terhadap Juruteknik 117

Bioperubatan Daripada Perspektif Pekerja

4.15.1 Cadangan Majikan Terhadap Institusi-institusi Latihan 118

4.15.2 Cadangan Pekerja Terhadap Institusi-institusi Latihan 119

Page 19: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 11

1.2 Model Perkembangan Kurikulum 14

Oliva (2005)

1.3 Model Perkembangan Skilbeck (1982) 15

3.1 Carta Alir Proses Kajian 84

Page 20: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xvii

SENARAI SINGKATAN

ACCE - American College of Clinical Engineering

ACE - Academy of Clinical Engineering

BMI - British Malaysia Institute

CT Scan - Computed Tomography Scanner

ECG - Elektrokardiograf

ESU - Electrosurgical Unit

ETA - Electronics Technician Association

HKL - Hospital Kuala Lumpur

HCN - The Health Career Network

ICT - Information Communication Technology

IFMBE - International Federation of Medical and Biological Engineering

ISTE - The International Society for Technology in Education

KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MATC - Milwaukee Area Technical College

NFTA - National Fire Protection Association

PSA - Politeknik Shah Alam

PWTC - Putra World Trade Centre

SMS - Short Message Service

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WHO - World Health Organization

Page 21: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xviii

SENARAI LAMPIRAN

A Set Borang Soal Selidik (Majikan)

B Set Borang Soal Selidik (Juruteknik Bioperubatan)

C Pengesahan Status Pelajar

D Surat Meminta Kebenaran Menjalankan Kajian

E Struktur Kursus PSA

F Jadual Krijcie and Morgan

Page 22: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kejuruteraan bioperubatan merupakan suatu disiplin ilmu khas yang

menggunakan pengetahuan kejuruteraan dan perubatan melalui aktiviti merentas

pelbagai disiplin yang mengintegrasikan sains kejuruteraan, sains bioperubatan serta

amalan klinikal. Menurut Awad Al-Zabe (2006) dari Jabatan Kejuruteraan

Elektronik , Yarmouk University, kejuruteraan elektronik perubatan pula merupakan

satu bahagian kejuruteraan bioperubatan yang menitikberatkan peralatan elektronik

dan kaedah perubatan.

Menurut Webster (2008) pula, kejuruteraan bioperubatan adalah disiplin ilmu

yang mendepani pengetahuan dalam kejuruteraan, biologi dan perubatan serta

mempertingkatkan kesihatan manusia melalui aktiviti merentas disiplin yang

menggabungkan sains kejuruteraan dengan sains bioperubatan dan amalan perubatan.

Di Amerika, golongan jurutera dan juruteknik telah digalakkan untuk

memasuki alam klinikal buat pertama kalinya pada lewat 1960-an sebagai tindak

Page 23: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

2

balas terhadap isu keselamatan elektrikal yang melibatkan pesakit di hospital

(Enderle et al., 2005). Isu tersebut telah mendapat perhatian selepas aktivis

konsumer, Ralph Nader mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 1,200 penduduk

Amerika yang telah terkena kejutan elektrik semasa menjalani diagnostik rutin dan

juga prosedur therapeutik yang lain di hospital. Ekoran daripada itu, suatu industri

baru iaitu Hospital Electrical Safety telah ditubuhkan. Organisasi sepert National

Fire Protection Association (NFTA) telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal

piawaian berkaitan dengan keselamatan elektrikal di hospital.

Pada tahun 1990-an, penilaian terhadap kejuruteraan klinikal sebagai suatu

profesion diteruskan dengan terbentuknya American College of Clinical Engineering

(ACCE) dan Clinical Engineering Division di dalam International Federation of

Medical and Biological Engineering (IFMBE). Maka dengan itu, kejuruteraan

bioperubatan telah wujud sebagai salah satu disiplin atau pecahan kejuruteraan yang

berasaskan kejuruteraan dan sains (Enderle, 2005).

Di Malaysia pula, perkhidmatan kejuruteraan bioperubatan dimulakan apabila

Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) telah membentuk satu Jabatan Kejuruteraan

pada tahun 1960-an. Pada permulaannya, peralatan perubatan nuklear dan radioterapi

disenggara secara in-house manakala peralatan atau mesin perubatan yang lain

diuruskan oleh jurutera serta juruteknik dari Jabatan Kerja Am, Kementerian

Kesihatan Malaysia (Megat,1998).

Bagi menguruskan kesemua aset dengan lebih teratur dan profesional, pihak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk satu Bahagian

Perkhidmatan Kejuruteraan pada tahun 1978 yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, pihak hospital swasta yang bersaiz kecil dan mempunyai

jumlah mesin perubatan yang kurang pula hanya bergantung kepada perkhidmatan

daripada pembekal atau penjual mesin tersebut.

Page 24: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Megat (1998), sejajar dengan perkembangan bidang perubatan,

permintaan terhadap tenaga kerja kejuruteraan bioperubatan semakin meningkat dari

semasa ke semasa di Malaysia. Organisasi seperti hospital atau kontraktor

perkhidmatan sokongan hospital, syarikat pembuat peralatan bioperubatan serta

pembekal perkakas bioperubatan menawarkan banyak peluang pekerjaan terhadap

graduan lulusan kursus kejuruteraan bioperubatan dan bidang-bidang yang berkaitan.

Di Malaysia, kebiasaanya graduan–graduan lulusan Kejuruteraan

Bioperubatan akan berkhidmat sebagai jurutera atau juruteknik bioperubatan di

hospital atau sub-kontraktor hospital seperti Radicare Sdn Bhd, Healthtronics Sdn

Bhd dan Pantai Medivest Sdn Bhd. Terdapat juga graduan yang bekerja sebagai

juruteknik menservis di syarikat pembuat dan pembekal peralatan bioperubatan

seperti Abbott, Advance Pact dan sebagainya (Megat, 1998).

Bagi menampung keperluan terhadap tenaga kerja kejuruteraan bioperubatan,

beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia telah menawarkan kursus berkaitan

kepada pelajar- pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk mengikutinya. Di

peringkat pengajian tinggi, kursus kejuruteraan bioperubatan ditawarkan pada

peringkat sarjana muda dan sarjana. Antaranya universiti yang menawarkan kursus

berkaitan merupakan universiti terulung Malaysia iaitu Universiti Malaya, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia serta Universiti Teknologi

Malaysia. Setakat ini, hanya terdapat sebuah politeknik di Malaysia yang

menawarkan kursus berkaitan yang diberi nama Kejuruteraan Elektronik Perubatan

iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di Shah Alam, Selangor.

Kursus Sijil dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) telah dijalankan di

Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (PSA) sejak Julai 1999. Walau bagaimanapun,

Page 25: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

4

kursus peringkat sijil telah pun dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(PSA, 2008).

Dalam bidang kesihatan hari ini, keperluan terhadap tenaga kerja yang

berpengetahuan terhadap teori operasi, prinsip fisiologi, aplikasi keselamatan

peralatan perubatan merupakan keutamaan pihak hospital dan majikan. Malangnya,

baik di dalam ataupun luar negara, tahap kecekapan juruteknik bioperubatan masih

diragui. Menurut kenyataan Bahagian Penyelidikan Kejuruteraan, Jabatan

Kejuruteraan Bioperubatan, Vanderbilt University (2008) di Amerika, terdapat

banyak wakil industri yang masih ragu-ragu untuk mengambil lulusan kejuruteraan

bioperubatan yang sedia ada kerana kurang yakin lagi dengan latihan yang

disediakan oleh pihak institusi-institusi yang menawarkan kursus tersebut.

Di Malaysia pula, majikan mengakui bahawa juruteknik bioperubatan

tempatan mempunyai pengetahuan teori yang baik tetapi tidak kompeten dari segi

kemahiran hands–on’. Perkara ini telah dinyatakan oleh pengurus syarikat

kejuruteraan bioperubatan Healthtronic Sdn Bhd (M) kawasan Sarawak, En. Martin

Ling melalui satu temubual pengkaji dengan beliau (Rujuk Lampiran G). Beliau

mencadangkan supaya institusi latihan akan memberikan lebih banyak penekanan

terhadap kemahiran teknikal secara praktikal kepada pelatih mereka supaya graduan

mereka lebih mendapat sambutan di pasaran tenaga kerja hari ini.

Seperti bidang kejuruteraan yang lain, bidang kejuruteraan bioperubatan

memerlukan graduannya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan

menumpukan tugas mereka untuk menyelamatkan nyawa dengan membantu doktor,

jururawat serta pesakit di hospital. Kemahiran-kemahiran tersebut termasuklah

kemahiran teknikal dan kemahiran generik. Justeru itu, pihak institusi perlu

memastikan pihak mereka menyediakan kurikulum yang dapat melengkapkan

pelajar-pelajarnya dengan kemahiran teknikal, pengetahuan perubatan serta

pengetahuan keselamatan yang berkesan semasa mengikuti pengajian di institusi.

Page 26: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

5

Kepentingan juruteknik menguasai pelbagai kemahiran dijelaskan oleh

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad di mana pada masa hadapan, Malaysia amat

memerlukan tenaga mahir kerana gaya pekerjaan pada masa hadapan lebih

berorientasikan kemahiran, tidak kira apa bentuk sekalipun pekerjaan tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa tenaga kerja perlu mempunyai kemahiran, inovatif,

kreatif serta berketrampilan (Erdiana, 2006). Selain itu menurut beliau kesedaran

pihak kerajaan bahawa aset yang paling berharga yang dimiliki oleh sesebuah negara

ialah golongan belia dan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang pelbagai

(multiskills).

Dalam ucapan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Sarawak, En Romli

Bin Haji Hassan pada 18 April 2009 sempana majlis menandatangai memorandum

persefahaman antara ILP Kota samarahan dan Persatuan Juruteknik Sibu, beliau telah

mengungkapkan bahawa kerajaan sedar terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi

dalam mengeluarkan modal insan yang betul-betul mahir untuk industri. Dari

perspektif industri, cabaran yang dihadapi ialah ketidaksepadanan kemahiran (skills

mismatch) dan kurang penekanan kepada kemahiran kerja teras. Namun dengan

adanya hubungan kerjasama yang lebih erat di antara institut latihan dan industri di

dalam mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran ini maka sudah pasti ia akan

dapat membantu mengatasi kekurangan dan keperluan tenaga mahir negara. Maka,

pendapat dan komen industri hendaklah diambil kira dalam memperbaiki struktur

kursus dan kurikulum.

Rohani & Zubaidah (2008) pula mengakui bahawa pendidikan dalam

bidang kejuruteraan kini semakin berkembang dan telah memberikan penekanan ke

atas pembangunan sifat-sifat bukan teknikal yang begitu spesifik yang dapat

dipadankan dengan dasar teknikal yang kuat bagi melahirkan seorang graduan

kejuruteraan yang seimbang dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan

tempat kerja yang sentiasa berubah. Antara kemahiran bukan teknikal yang

Page 27: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

6

dimaksudkan termasuklah kemahiran insaniah atau kemahiran generik yang

termasuk kemahiran berkomunikasi, kebolehan bekerja dalam kumpulan,

pengetahuan tentang masyarakat serta isu-isu semasa dan sebagainya.

Hasil daripada kenyataan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa selain

kemahiran teknikal perlu dikuasai oleh juruteknik bioperubatan, mereka juga perlu

menguasai kemahiran lain seperti kemahiran generik yang merangkumi kemahiran

berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, penggunaan teknologi dan sebagainya.

Selain itu, kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris seseorang juruteknik haruslah

diberi perhatian. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Manakul

(2003) untuk mengkaji pengajaran Bahasa Inggeris terhadap pelajar kejuruteraan.

Hasil kajian beliau menunjukkan lebih daripada 80 peratus responden yang

berpendapat bahawa Bahasa Inggeris perlu diajar kepada pelajar kejuruteraan supaya

mereka boleh mempelajari istilah teknikal dalam Bahasa Inggeris.

Merujuk kepada struktur kursus di Politeknik Shah Alam pada Lampiran E,

didapati bahawa belum terdapat elemen-elemen penerapan kemahiran generik dalam

proses latihan juruteknik bioperubatan sedangkan kemahiran tersebut merupakan

elemen penting yang perlu dimiliki oleh seseorang juruteknik bioperubatan.

Tambahan pula, institusi pengajian tinggi tempatan seperti Politeknik Shah

Alam sedang berada dalam proses memperkenalkan kursus kejuruteraan

bioperubatan pada peringkat Advanced Diploma. Hasil kajian sedemikian dapat

memberikan sumber maklumat yang penting terhadap institusi pengajian tinggi untuk

dijadikan rujukan dan membantu mereka dalam memperbaiki kurikulum yang sedia

ada atau dalam usaha merancang program yang baru.

Page 28: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

7

1.3 Pernyataan Masalah

Daripada latar belakang masalah yang telah dihuraikan tadi, didapati bahawa

juruteknik bioperubatan perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Dengan itu,

kajian ini adalah diperlukan untuk mengenalpasti sekiranya kemahiran-kemahiran

yang diperlukan oleh majikan atau industri diajar di institusi-institusi latihan penting

dalam kerjaya juruteknik bioperubatan daripada persepktif majikan dan pekerja yang

meliputi perkara-perkara berikut; iaitu profil kemahiran teknikal dam kemahiran

generik yang penting terhadap juruteknik bioperubatan, kemahiran teknikal dan

kemahiran generik yang dikuasai oleh juruteknik bioperubatan, kemahiran teknikal

dan kemahiran generik yang dipelajari oleh juruteknik di institusi-institusi latihan

serta perbezaan di antara kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap

juruteknik bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.

1.4 Objektif Kajian

Sehubungan dengan itu, secara spesifik objektif kajian ini adalah seperti

berikut:

1. Mengenalpasti profil kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap

juruteknik bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.

2. Mengenalpasti kemahiran teknikal dan generik yang dikuasai oleh juruteknik

bioperubatan.

3. Mengenalpasti kemahiran teknikal dan generik yang dipelajari oleh juruteknik

di institusi-institusi latihan kejuruteraan bioperubatan.

Page 29: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

8

4. Menentukan perbezaan di antara kemahiran teknikal dan generik yang penting

terhadap juruteknik bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah profil kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik

bioperubatan daripada perspektif majikan?

2. Apakah profil kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik

bioperubatan daripada perspektif pekerja?

3. Apakah kemahiran teknikal dan kemahiran generik yang dikuasai oleh

juruteknik bioperubatan?

4. Apakah kemahiran teknikal dan kemahiran generik dipelajari oleh juruteknik

di institusi-institusi latihan kejuruteraan bioperubatan?

5. Adakah terdapat perbezaan di antara kemahiran teknikal dan kemahiran

generik yang penting terhadap juruteknik bioperubatan daripada perspektif

majikan dan pekerja?

1.6 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, pengkaji mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang

diperlukan dalam kerjaya sebagai seorang juruteknik bioperubatan. Melalui hasil

maklum balas majikan, kemahiran-kemahiran yang dikehendaki oleh majikan

Page 30: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

9

terhadap juruteknik-juruteknik bioperubatan serta kemahiran-kemahiran yang

dikuasai oleh juruteknik boleh diketahui. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang

dipelajari oleh mereka semasa menjalankan tugas serta kemahiran-kemahiran yang

dipelajari semasa menjalani latihan di institusi-institusi latihan mereka juga

dikenalpati daripada perspektif juruteknik bioperubatan.

Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada penggubal

kurikulum khususnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hal ini dapat

memastikan pihak penggubal agar menggubal dan menyediakan suatu struktur

kurikulum yang sesuai dan mengikut kehendak majikan dan pekerja.

Selain pihak penggubal kurikulum, kajian ini juga adalah penting kepada

pelaksana iaitu institusi-institusi yang menawarkan kurusus latihan kepada pelatih-

pelatih untuk memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

sama ada di dalam kelas ataupun di dalam bengkel serta menambahbaik kekurangan

yang dapat dikesan. Dalam erti kata yang lain, ia memberi peluang kepada pihak

institusi termasuk pensyarah dan pentadbir dalam membuat pertimbangan dan

keputusan terhadap cara perlaksanaan kursus kejuruteraan bioperubatan pada masa

akan datang mengikut peredaran zaman dan perubahan permintaan majikan dan

industri hari ini. Ini bermakna kajian ini juga dapat merapatkan jurang perbezaan di

antara kemahiran-kemahiran yang dianggap penting oleh majikan serta kemahiran-

kemahiran yang dipelajari oleh pelajar semasa menjalani latihan di institusi latihan.

Kajian ini juga dapat dijadikan rujukan kepada penyelidik-penyelidik lain

yang berminat untuk membuat kajian berkaitan dengan bidang kejuruteraan

bioperubatan dan perkembangan kurikulum. Hasil kajian yang sedia ada

membolehkan mereka mengetahui hala tuju dan jenis-jenis kajian yang boleh mereka

jalankan pada masa akan datang.

Page 31: LIM SIET FAH · KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA LIM SIET FAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai

10

Pendapat daripada juruteknik-juruteknik bioperubatan pula dapat

memberikan suatu gambaran tentang jenis kemahiran-kemahiran yang boleh

diperoleh serta kemahiran-kemahirann yang tidak diperolehi oleh mereka semasa

menjalani latihan. Hasil kajian sedemikian membantu para pelatih atau pelajar yang

sedang menjalani latihan mengenalpasti tahap pencapaian mereka terhadap

kemahiran-kemahiran yang diikehendaki oleh majikan. Ini akan membolehkan

mereka menumpukan lebih perhatian terhadap kemahiran-kemahiran yang

diperlukan di tempat kerja bagi membuat persediaan rapi dan melengkapkan diri

masing-masing dengan kemahiran yang penting agar dapat bersaing di pasaran

pekerjaan kelak. Maklumat tersebut juga membolehkan graduan mengenalpasti

kemahiran-kemahiran penting yang perlu dimasukkan dalam resume serta

kemahiran-kemahiran yang perlu diberi penekanan semasa menghadiri temuduga

pekerjaan dalam bidang berkaitan.

Selain itu, kajian ini turut membekalkan suatu asas dan kaedah yang

digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang khususnya program berbentuk

pendidikan. Kajian sedemikian adalah penting untuk tujuan perkembangan

kurikulum serta pembentukan semula kursus serta memberikan rujukan kepada

pelajar tentang permintaan majikan industri hari ini. Dengan itu, diharapkan usaha ini

akan meningkatkan kualiti struktur kursus kejuruteraan bioperubatan terutamanya

dalam melengkapkan pelajar dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan di tempat kerja selepas menamatkan pengajian mereka. Peningkatan dari

segi kecekapan graduan-graduan juga boleh meyakinkan pihak industri agar

mempercayai dan seterusnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada

graduan-graduan yang akan datang. Secara tidak langsung dapat meningkatkan

martabat institusi-institusi berkaitan dan memberikan sumbangan yang besar kepada

industri berkaitan dengan menyediakan tenaga kerja yang cekap dan mantap.