lesson plan diinovasikan

11
NAMA KURSUS TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER TAJUK MODUL MEMASANG PERKAKASAN KOMPUTER TAJUK SUB MODUL MENGENALI PERKAKASAN UNIT SISTEM KOMPUTER OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO) Mengenalpasti, menerangkan dan menjelaskan perkakasan sistem komputer, jenis-jenis perkakasan, fungsi-fungsi perkakasan dan spesifikasi perkakasan dengan betul KOD RUJUKAN GM/KS/SW/04.02/LP MUKA: 1 DRPD: 10 TEMPAT: BILIK KULIAH KOMPUTER TEMPOH : 1 JAM 30 MINIT TAJUK : PERKAKASAN KOMPUTER TUJUAN PENGAJARAN : ( Instructional Aims ) Di akhir pembelajaran, pelajar-pelajar mestilah boleh menyediakan, menyenaraikan dan menerangkan perkakasan komputer, jenis-jenis perkakasan komputer dan fungsi- fungsi perkakasan komputer dengan betul mengikut spesifikasi yang ditetapkan. PERKARA ITEM NO. KOD / KUANTITI BAHAN PEMBELAJARAN BERTULIS (WIM) Helaian penerangan Helaian tugasan HP HT ALAT BANTUAN MENGAJAR (ABM) White board Power Point Adobe Flash CS4 WB PP PERALATAN, PERKAKASAN, BAHAN Marker pen Duster LCD projector Laptop 1 1 1 1 PELAN MENGAJAR – TEORI (Lesson Plan – Theory) (Lesson Plan – Theory)

Upload: azmiaina

Post on 30-Sep-2015

56 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PELAN MENGAJAR TEORI (Lesson Plan Theory)

NAMA KURSUSTEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER

TAJUK MODULMEMASANG PERKAKASAN KOMPUTER

TAJUK SUB MODULMENGENALI PERKAKASAN UNIT SISTEM KOMPUTER

OBJEKTIF PRESTASI /Performance Objective (PO)Mengenalpasti, menerangkan dan menjelaskan perkakasan sistem komputer, jenis-jenis perkakasan, fungsi-fungsi perkakasan dan spesifikasi perkakasan dengan betul

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 1 DRPD: 10

TEMPAT:BILIK KULIAH KOMPUTERTEMPOH :1 JAM 30 MINIT

TAJUK : PERKAKASAN KOMPUTER

TUJUAN PENGAJARAN :( Instructional Aims )

Di akhir pembelajaran, pelajar-pelajar mestilah boleh menyediakan, menyenaraikan dan menerangkan perkakasan komputer, jenis-jenis perkakasan komputer dan fungsi-fungsi perkakasan komputer dengan betul mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

PERKARAITEMNO. KOD/ KUANTITI

BAHAN PEMBELAJARAN BERTULIS (WIM)

Helaian peneranganHelaian tugasan

HPHT

ALAT BANTUAN MENGAJAR (ABM)

White boardPower PointAdobe Flash CS4

WBPP

PERALATAN, PERKAKASAN, BAHAN

Marker penDusterLCD projectorLaptop1111

MUKA: 2 DRPD: 10Kursus / BidangTeknologi Sistem Komputer

Tarikh30 Mac 2015 ( Isnin )

Masa08.30 pg - 10.30 pg ( 90 minit )

Jumlah pelajar20 orang

Modul04 Memasang Perkakasan Komputer

Sub-Modul 4.2.1 Mengenali Perkakasan Unit Sistem Komputer

Hasil pembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :i. Menyatakan secara lisan perkakasan komputer yang digunakan untuk pemasangan sesebuah sistem komputer.ii. Menjelaskan secara bertulis jenis, fungsi dan spesifikasi setiap perkakasan komputer yang digunakan dengan betuliii. Memadankan perkakasan dengan peranti-peranti input, proses dan output dengan betul.

Pengalaman lepas / pengetahuan sedia adaPelajar - pelajar amnya telah mengetahui dan memahami tentang :Konsep asas sistem komputer dimana ia terdiri daripada perkakasan- perkakasan mengikut jenis dan peranti yang betul.

Nilai-nilai murnii. Hormat kepada tenaga pengajar dan rakan-rakanii. Bekerjasama dan bertanggungjawabiii. Keadilan dan Rasionaliv. Memastikan senarai semak dan langkah-langkah keselamatan

Sumber pengajaran dan pembelajaran i. Enjin carian Googleii. Slaidiii. Gambariv. Borang pengurusan grafik (banding beza)v. Model perkakasan sebenar

Kemahiran generiki. Kemahiran berfikir dan saintifikii. Mengecam perhubunganiii. Menyusun aturiv. Mengaplikasi

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 3 DRPD: 10

AKTIVITI PENGAJARANABM/WIMMASA

PERSEDIAAN SEBELUM SESI MENGAJAR :

( Pre-Preparation - Set Induksi)

1. Pasang LCD Projector dan Laptop

PERSEDIAAN SEMASA SESI MENGAJAR :( Preparation )

1. Beri salam. Assalammualaikum. Salam sejahtera. Tulis tarikh, kursus dan tahap di white board .2. Semak senarai kehadiran pelatih.3. Tekankan aspek disiplin , kerjasama, pakaian, telefon bimbit, tata tertib.4. Set Induksi / Permulaan /Mencungkil idea5. Montaj perkaitan pancaindera manusia dengan unit sistem Komputer

6. Timbulkan minat pelajar. Bawa pelajar kepada tajuk pembelajaran.7. Nyatakan kepentingan dan tujuan pembelajaran serta kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar

WBSLIDE PPLCDLAPTOP

8.30am 8.35am (5 minit)

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 4 DRPD: 10

TOPIK PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARANABM / WIMMASA

PENYAMPAIAN :

Langkah 1

( Presentation )Syarahan

Pengenalan kepada komponen perkakasan komputer dan kategori unit sistem komputer.

InputOutputProsesStoran

Aktiviti Guru

Guru membuat tayangan slide tentang unit sistem komputer.

Guru membimbing dan menerangkan komponen dan kategori unit sistem komputer.

Guru akan bertanyakan beberapa soalan untuk menilai tahap kefahaman pelajar.

Aktiviti Pelajar

Pelajar akan melihat dengan teliti slide yang dipaparkan.

Pelajar memberikan perhatian kepada penerangan yang disampaikan oleh guru.

Pelajar bertanya kepada guru jika mereka kurang faham dengan apa yang guru sampaikan.

Pelajar memberikan pandangan mereka dengan berpandukan soalan yang diajukan oleh guru.

WBSLIDE PPLCDLAPTOP

8.35am 8.45am (10 minit)

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 5 DRPD: 10

TOPIK PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARANABM / WIMMASA

PENYAMPAIAN :

Langkah 2

( Presentation )Syarahan

Penerangan lengkap sistem unit komputer, jenis-jenis perkakasan dan fungsinya mengikut spesifikasi yang betul

Aktiviti Guru

Guru memaparkan slide komponen sistem unit komputer dan perkakasannya kepada pelajar..

Kemudian guru akan memberi penerangan penuh kepada pelajar dalam mengetahui dengan jelas spesifikasi perkakasan komputer yang betul dan fungsinya.

Guru akan minta pelajar untuk menyenaraikan semua jenis-jenis perkakasan komputer dan fungsinya..

Aktiviti Pelajar

Pelajar akan memerhati dan meneliti setiap paparan slaid yang ditayangkan.

Pelajar fokus dan memberikan tumpuan kepada penerangan guru.

Pelajar akan cuba mengkategorikan jenis perkakasan tersebut dan melaksanakan arahan guru seperti berikut :

a. Jenis perkakasanb. Kategori Unit Sistemc. Fungsi perkakasan

WBSLIDE PPLCDLAPTOP

8.45am 9.15am (30 minit)

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 6 DRPD: 10

TOPIK PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARANABM / WIMMASA

AKTIVITI-AKTIVITI :

Langkah 3

( Sumbangsaran )Aktiviti Berpusatkan Pelajar

Menyenaraikan, mengkategorikan perkakasan komputer dan fungsinya berdasarkan kad warna yang diberi dalam aktiviti berkumpulan.

InputOutputProsesStoran

Aktiviti Guru

Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 4 orang.

Kemudian, guru mengedarkan kad warna dengan menyuruh salah seorang anggota drpd keempat-empat kumpulan untuk memilihnya secara rambang.

Guru memberi penerangan kepada pelajar untuk menyenaraikan perkakasan komputer dan fungsinya berdasarkan kategori pada kad warna yang diberi.

Selepas aktiviti kad warna, guru akan memberi penilaian & peneguhan kepada pelajar

Aktiviti Pelajar

Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing.

Pelajar akan mendapatkan kad warna daripada guru.

Pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengenalpasti jenis dan fungsi perkakasan komputer dan menulisnya pada kad warna yang telah disediakan. Kemudian menyerahkannya kepada guru.

Kumpulan-kumpulan yang jawapannya tepat akan menerima ganjaran daripada guru.

WBSLIDE PPLCDLAPTOPKad Warna

9.15am 9.30am (15 minit)

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 7 DRPD: 10

TOPIK PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARANABM / WIMMASA

PENILAIAN :

Langkah 4

( Penilaian Berterusan )Amali dan Teori

Melaksanakan ujian dan kuiz

Aktiviti Guru

Guru menjalankan ujian bagi menilai dan mengukur tahap pencapaian dan kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar. Ujian yang dijalankan adalah seperti berikut

a.) Penilaian Berterusan Teori (10 minit)

b.) Penilaian Berterusan Amali (10 minit) Guru akan memantau dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar jika perlu.

Aktiviti Pelajar

Pelajar akan berada dan bersedia ditempat masing-masing.

Pelajar akan mendapatkan set soalan penilaian daripada guru.

Pelajar akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab dengan baik terhadap ujian penilaian yang guru berikan

Pelajar mengemukakan soalan jika terdapat kemusykilan atau kurang jelas terhadap soalan yang diberikan.

Kertas SoalanPen MarkerWhite Board

9.30am 9.50am (20 minit)

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 8 DRPD: 10

TOPIK PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARANABM / WIMMASA

PENUTUP :

Langkah 5

( Kesimpulan )Rumusan Keseluruhan Pembelajaran

Mengimbas kembali pelajaran pada hari ini dengan mengadakan perbincangan dengan pelajar tentang topik yang diajar.

i. Kategori Unit Sistem Komputerii. Jenis-jenis Perkakasan Komputeriii. Fungsi Perkakasan Komputeriv. Spesifikasi perkakasan komputer yang betul

Aktiviti Guru

Guru membuat rumusan aktiviti pembelajaran pada hari ini.

Guru berbincang dengan pelajar tentang jenis-jenis perkakasan komputer dan fungsinya.

Guru akan menggalakkan pelajar-pelajar memberi pandangan secara sumbangsaran dan menutup pelajaran hari ini.

Guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar diatas kerjasama yang diberikan.

Aktiviti Pelajar

Pelajar memberikan perhatian kepada guru

Pelajar akan memberikan pandangan masing-masing secara sumbangsaran.

Pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru

Pelajar melakukan aktiviti seterusnya setelah kelas berakhir.

WBSLIDE PPLCDLAPTOP

9.50am 9.55am (5 minit)

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.02/LPMUKA: 9 DRPD: 10

TOPIK PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARANABM / WIMMASA

TINDAKAN SUSULAN :

Langkah 6

( Kesimpulan )Rumusan Keseluruhan Pembelajaran

Guru memberikan tugasan kepada pelajar agar topik pembelajaran ini difahami pelajar dengan lebih berkesan.

Aktiviti Guru

Guru memberikan tugasan kepada pelajar berkaitan aktiviti pembelajaran pada hari ini.

Guru akan memberi kerja secara berkumpulan dan menyuruh mereka membentangkannya dalam peta minda didalam kelas.

Guru akan memberi penghargaan dan peneguhan kepada setiap isi yang diberi oleh pelajar pada sesi pembelajaran yang akan datang.

Guru mengingatkan pelajar agar bersedia dengan tajuk seterusnya untuk sesi pembelajaran yang akan datang.

Aktiviti Pelajar

Pelajar memberikan perhatian kepada apa yang dikehendaki oleh guru.

Pelajar dalam kumpulan akan membincangkan tajuk tugasan yang diberikan oleh guru.

Pelajar akan mempersembahkannya dalam bentuk peta minda didalam kelas pada sesi pembelajaran yang akan datang

Pelajar akan mencatat segala pesanan yang disampaikan oleh guru

WBSLIDE PPLCDLAPTOP

9.55am 10.00am (5 minit)

KOD RUJUKANGM/KS/SW/04.01/LPMUKA: 10 DRP: 10

AKTIVITI PENGAJARANABM / WIMMASA

PENGGUNAAN : ( Application )

1. Edarkan helaian penerangan2. Arahkan pelatih menyemak helaian setiap mukasurat kertas penerangan.3. Beri pelatih masa untuk mereka membaca dan memahami kertas penerangan yang diberikan.4. Uji kefahaman pelatih dengan menyoal soalan.S : J : Perbetulkan jawapan yang salah dan beri pujian jika jawapan yang diberi betul.5. Ulang semula penerangan secara ringkas.

PENGESAHAN : ( Confirmation )

1. Edarkan helaian tugasan.2. Arahkan pelatih menyemak setiap mukasurat helaian tugasan.3. Beri arahan tentang apa yang perlu pelatih buat. Jawab semua soalan. Tarikh hantar.4. Beri peluang kepada pelatih untuk bertanyakan soalan atau mendapatkan penjelasan.5. Minta pelajar bersedia untuk tajuk akan datang. Spesifikasi Komputer.6. Ucapkan salam.7. Beredar dari kelas.

HP

HT

REFLEKSI : Kekuatan Pada akhir pembelajaran saya dapati 18 orang daripada 20 orang murid mencapai objektif dalam topik yang diajar. Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan dalam pembelajaran. Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi. Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan. Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kesemua pelajar didalam kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempooh masa yang ditetapkan. Kebanyakan pelajar dapat menguasai kemahiran yang diterapkan ini. Lembaran kerja dan tugasan diedarkan sebagai penilaian kepada pelajar. Melalui lembaran kerja ini saya dapat menilai keberkesanan pengajaran saya dan mengukur tahap kefahaman pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Pada sesi penutup saya telah membuat kesimpulan tentang pelajaran dengan bersoal jawab dengan pelajar. Hasil kerja pelajar yang betul dan baik dipamerkan di hadapan kelas sebagai contoh kepada pelajar lain. Ia juga sebagai satu langkah peneguhan positif kepada pelajar yang hasil kerjanya dipamerkan.

Kelemahan Setelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya agak perlahan. Ini menyebabkan keseluruhan pelajar tidak dapat mendengar suara saya dengan jelas. Saya juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti pengalaman sendiri pelajar. Saya juga mencadangkan aktiviti susulan yang mungkin membebankan pelajar. Lembaran kerja yang disediakan juga tidak mengikut aras kebolehan pelajar.

Kaedah PembelajaranSaya telah menggunakan pembelajaran masteri iaitu suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Keupayaan dan kebolehan seseorang individu adalah berbeza yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar. Saya telah mengenal pasti keupayaan pelajar bagi merancang kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Saya telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran. Di samping itu pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan bersesuaian denagan pendekatan yang boleh digunakan. Saya juga menggunakan strategi berpusatkan guru dengan memberi penerangan, penjelasan dan huraian setiap bahagian dalam huraian sukatan pelajaran. Ini kerana peranan guru bertindak sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran dengan elemen berikut :

a) Menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar. b) Menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai.c) Mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara. d) Menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar.

Saya juga mempraktikkan strategi berpusatkan murid melalui kaedah soal jawab, perbincangan, aktiviti berkumpulan dan ujian penilaian. Dengan strategi berpusatkan pelajar ini, mereka akan lebih berdikari yang mana boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dengan memberikan kaedah tertentu, pelajar dapat belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain. Saya juga telah menilai pelajar sebagai proses unuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian mereka. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Saya boleh mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan lembaran kerja kepada pelajar. Ini bertindak sebagai maklum balas kepada saya berkenaan untuk memperbaiki kaedah, strategi dan gaya pembelajaran supaya lebih berkesan. Antara tujuan lain penilaian adalah :

i) mengesan pencapaian pelajarii) mengenal pasti jenis pelajariii) mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belumiv) mengenal pasti sebab kelemahan pelajar dalam sesuatu unit pembelajaranv) menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan