lembaran kerja

3

Click here to load reader

Upload: nick-aiman

Post on 15-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: lembaran kerja

Nama :Kelas :

Gariskan kata nafi dan kata pembenar yang sesuai.

Ternakan Kupang

Aziz : Betulkah ayah kamu sedang mengusahakan penternakan kerang, Johan?

Johan : Ayah saya (benar / bukan) mengusahakan penternakan kerang tetapi mengusahakan penternakan kupang.

Lisa : Rasanya sudah hampir dua tahun ayah kamu mengusahakan penternakan ini, Johan.

Johan : (Tidak / Ya), Lisa. Ayah saya telah mengusahakan penternakan ini hampir dua tahun.

Lisa : Saya dapati kawasan penternakan kupang ayah kamu agak luas juga. Tentu ayah kamu mempunyai ramai pekerja yang dapat membantunya.

Aziz : Memang (betul / bukan), Lisa. Ayah Johan mempunyai 20 orang pekerja tempatan yang mahir.

Lisa : Bagaimanakah proses menghasilkan kupang ini, Johan?

Johan : Begini, Lisa. Ayah saya meletakkan benih kupang ke dalam air. Kemudian, kupang itu dibiarkan membesar dengan sendiri. Apabila sudah matang, kupang-kupang itu akan dikutip.

Lisa : Saya melihat ayah kamu meletakkan tali ke dalam air. Mengapakah begitu Johan?

Johan : (Betul / Bukan), Lisa. Ayah saya menggunakan sistem rawai untuk menternak kupang.

Aziz : (Tidak / Bukan) kah kupang biasanya diternak secara sistem rakit?

Johan : Menurut kata ayah saya, menternak kupang dengan cara sistem rawai lebih murah kosnya daripada sistem rakit.

Aziz : Tentu ayah kamu memperoleh pendapatan yang lumayan kerana harga kupang di pasaran agak tinggi.

Johan : (Betul / Tidak) juga, Aziz. Kadang-kadang, kami juga mengalami kerugian kerana kupang-kupang ini sering gugur dari rawai sebelum cukup matang. Selain itu, pukulan ombak yang kuat juga akan merosakkan ternakan ini.

Lisa : Janganlah kamu sekeluarga berputus asa. Teruskan usaha untuk menghasilkan kupang yang berkualiti.

Johan : Baiklah Lisa, Aziz. Terima kasih atas sokongan kamu berdua.

Page 2: lembaran kerja

Nama :Kelas :

Isi dialog di bawah menggunakan kata nafi dan kata pembenar yang sesuai.

Effa : Fadzlin, pernahkah awak melihat tiram?

Fadzlin : Adakah maksud kamu tiram yang menghasilkan mutiara?

Effa : (1)__________ , itulah maksud saya.

Fadzlin : Saya (2)__________ pernah melihat tiram tetapi selalu melihat

mutiara yang dijual oleh peniaga. Saya diberitahu bahawa tiram boleh

diternak untuk mendapatkan mutiara.

Effa : (3)__________ , Fadzlin. Terdapat beberapa kaedah yang boleh

digunakan oleh penternak, iaitu menggunakan raga, rakit, pelantar,

bubu, rawai atau ternakan di dasar laut.

Fadzlin : Jika begitu, para penternak mempunyai pelbagai pilihan dalam

menternak tiram. Mereka boleh memilih kaedah yang sesuai dengan

tempat malah dapat menjimatkan kos juga.

Effa : Pendapat kamu itu (4)__________ , Fadzlin. Saya setuju.

Fadzlin : Saya rasa, kaedah ternakan menggunakan rakit lebih murah.

Effa : Sebenarnya kos penggunaan rakit bergantung kepada pelampung

yang digunakan. (5)__________ semua jenis pelampung sesuai untuk

dijadikan rakit.

Fadzlin : Banyak sungguh pengetahuan kamu. Saya berasa sangat kagum.

Effa : Kita mesti banyak membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Barulah

ilmu pengetahuan kita akan bertambah.

Fadzlin : (6)__________ , saya setuju dengan kata-kata kamu itu.