lembaran kerja 090912 ; budi bahasa budaya kita

2
Pantun Budi Bahasa Rendang sungguh pohon kelapa, Hidup subur di tengah laman, Sopan kata jangan dilupa, Budi yang elok kita amalkan. Indah buatannya cincin suasa, Disimpan pula di dalam peti, Kalau kita berbudi bahasa, Mulia di mata indah di hati. Dayung sampan membawa padi, Guni dipikul pemuda sasa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Gembira terasa pabila berjalan, Singgah di kota membeli barang, Budi bahasa jadikan amalan, Barulah kita dihormati orang. Anak Cik Siti menjual pantun, Pantun dibeli si anak nyonya, Baik hati bersopan santun, Itulah insan mulia hatinya. Pantun Budi Bahasa Rendang sungguh pohon kelapa, Hidup subur di tengah laman, Sopan kata jangan dilupa, Budi yang elok kita amalkan. Indah buatannya cincin suasa, Disimpan pula di dalam peti, Kalau kita berbudi bahasa, Mulia di mata indah di hati. Dayung sampan membawa padi, Guni dipikul pemuda sasa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Gembira terasa pabila berjalan, Singgah di kota membeli barang, Budi bahasa jadikan amalan, Barulah kita dihormati orang. Anak Cik Siti menjual pantun, Pantun dibeli si anak nyonya, Baik hati bersopan santun, Itulah insan mulia hatinya.

Upload: halimahtun-saadiah

Post on 25-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

LEMBARAN KERJA 090912 ; Budi Bahasa Budaya Kita.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Lembaran Kerja 090912 ; Budi Bahasa Budaya Kita

Pantun Budi Bahasa

Rendang sungguh pohon kelapa,

Hidup subur di tengah laman,

Sopan kata jangan dilupa,

Budi yang elok kita amalkan.

Indah buatannya cincin suasa,

Disimpan pula di dalam peti,

Kalau kita berbudi bahasa,

Mulia di mata indah di hati.

Dayung sampan membawa padi,

Guni dipikul pemuda sasa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa.

Gembira terasa pabila berjalan,

Singgah di kota membeli barang,

Budi bahasa jadikan amalan,

Barulah kita dihormati orang.

Anak Cik Siti menjual pantun,

Pantun dibeli si anak nyonya,

Baik hati bersopan santun,

Itulah insan mulia hatinya.

Pantun Budi Bahasa

Rendang sungguh pohon kelapa,

Hidup subur di tengah laman,

Sopan kata jangan dilupa,

Budi yang elok kita amalkan.

Indah buatannya cincin suasa,

Disimpan pula di dalam peti,

Kalau kita berbudi bahasa,

Mulia di mata indah di hati.

Dayung sampan membawa padi,

Guni dipikul pemuda sasa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa.

Gembira terasa pabila berjalan,

Singgah di kota membeli barang,

Budi bahasa jadikan amalan,

Barulah kita dihormati orang.

Anak Cik Siti menjual pantun,

Pantun dibeli si anak nyonya,

Baik hati bersopan santun,

Itulah insan mulia hatinya.

Page 2: Lembaran Kerja 090912 ; Budi Bahasa Budaya Kita

ADIBA

Selamat pagi, hai Cristiano, Ronaldo! Selamat datang ke Kampung Bukit Awi.

Ini sahabat karib saya, Keshvnie dan Queenie.

RONALDO

Selamat pagi, hai Adiba, Keshvnie dan Queenie. Kami sungguh gembira kerana dapat berkunjung ke Malaysia.

Udara nyaman, masyarakatnya peramah.

KESHVNIE

Wah, pandainya saudara berbahasa Melayu! Saya pun masih tidak fasih berbahasa Melayu seperti saudara

walaupun saya dilahirkan di Malaysia.

CRISTIANO

Kami mengambil kursus Bahasa Melayu di negara kami. Lagipun kami memang

berminat untuk mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia.

QUEENIE

Oh, begitu! Patutlah saudara berdua fasih berbahasa Melayu. Cara

pemakaian saudara juga memang sesuai berada di Malaysia. Nampaknya saudara berdua betul-betul mendalami

bahasa dan budaya Malaysia.

SHAHIRAH

Masyarakat Malaysia memang unik. Walau di mana-mana sahaja mereka berada, mereka pasti akan berbudi

bahasa dan berperketi mulia. Sebagai contoh, mereka bertiga inilah.

Shahirah pulang ke tanah air untuk menghabiskan cuti semesterya. Dia mengajak kawannya yang berasal daripada England iaitu Ronaldo dan Cristiano untuk menetap di Kampung Bukit Awi. Mereka diperkenalkan dengan adik Shahirah iaitu Adiba dan rakan-rakannya.

Ronaldo dan Cristiano dibawa oleh Shahiran ke rumah Tuk Penghulu untuk menceritakan dengan lebih lanjut tentang masyarakat Malaysia yang menjadikan budi bahasa sebagai budaya.