lembaran

7
LAMPIRAN SENI KATA LAGU BANGAU OH BANGAU Bangau oh bangau Kenapa engkau kurus ? Macam mana aku tak kurus Rumput panjang sangat Rumput oh rumput Kenapa engkau panjang ? Macam mana aku tak panjang Kerbau tak makan aku Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput ? Macam mana aku nak makan Perut aku sakit Perut oh perut Kenapa engkau sakit ? Macam mana aku tak sakit Makan nasi mentah Nasi oh nasi Kenapa engkau mentah ? Macam mana aku tak mentah Kayu api basah Kayu oh kayu Kenapa engkau basah ? Macam mana aku tak basah Hujan timpa aku Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu ? Macam mana aku tak timpa Katak panggil aku Katak oh katak Kenapa kau panggil hujan ? Macam mana aku tak panggil Ular nak makan aku Ular oh ular Kenapa nak makan katak ? Macam mana aku tak makan Itu makanan aku.

Upload: nunggandennis

Post on 30-Jul-2015

438 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lembaran

LAMPIRAN

SENI KATA LAGU BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau

Kenapa engkau kurus ?

Macam mana aku tak kurus

Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput

Kenapa engkau panjang ?

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau

Kenapa tak makan rumput ?

Macam mana aku nak makan

Perut aku sakit

Perut oh perut

Kenapa engkau sakit ?

Macam mana aku tak sakit

Makan nasi mentah

Nasi oh nasi

Kenapa engkau mentah ?

Macam mana aku tak mentah

Kayu api basah

Kayu oh kayu

Kenapa engkau basah ?

Macam mana aku tak basah

Hujan timpa aku

Hujan oh hujan

Kenapa kau timpa kayu ?

Macam mana aku tak timpa

Katak panggil aku

Katak oh katak

Kenapa kau panggil hujan ?

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku

Ular oh ular

Kenapa nak makan katak ?

Macam mana aku tak makan

Itu makanan aku.

Page 2: Lembaran

Petikan Dialog

Aman : Selamat pagi, Johan. Awak hendak ke mana?

Johan : Selamat pagi, eh awak rupanya Aman. Saya hendak pergi ke

sekolah. Ada perjumpaan persatuan. Awak pula hendak ke mana?

Aman : Oh begitu. Saya juga hendak pergi ke sekolah. Ada kelas tambahan

matapelajaran Matematik. Pukul berapakah perjumpaan awak akan tamat?

Johan : Kalau begitu tujuan kita samalah nampaknya. Berkemungkinan

perjumpaan saya akan tamat pada pukul 5.30 petang. Kenapa?

Aman : Kelas tambahan saya juga akan tamat pada pukul 5.30 petang. Bagaimana

kalau selepas selesai urusan kita petang ini, kita pergi bermain bola di

padang permainan taman saya. Setuju?

Johan : Elok benar cadangan awak itu. Saya pun sudah lama tidak bermain bola.

Kalau begitu, jumpa awak petang ini saja, ya?

Aman : Baiklah kalau begitu saya tunggu awak di rumah petang ini. Nampaknya

kita pun sudah sampai ke sekolah. Saya hendak masuk kelas dulu. Jumpa

awak petang ini, jangan lupa ya. Selamat jalan…

Johan : Okey. Jumpa awak petang ini. Selamat jalan….Man

Page 3: Lembaran

Dialog dari buku teks

Nabila : Johan, muka kamu pucat. Mengapa?

Johan : Saya pening dan berasa hendak muntah.

Nabila : Mari kakak rasa dahi kamu. Panasnya, kamu demam.

Johan : Mata saya pun berasa perit, kakak.

Nabila : Mari baring di sini. Biar kakak basah tuala dan demah dahi kamu.

Johan : Ha, macam inilah yang ibu buat semasa saya demam dulu.

Nabila ke dapur untuk memberitahu Mak Jah tentang Johan.

Nabila : Mak Jah, adik saya demam.

Mak Jah : Ha, demam? Biar Mak Jah tengok.

Setelah melihat keadaan Johan, Mak Jah segera menelefon Puan Arfah untuk

memberitahu keadaan Johan. Tidak lama kemudian, Puan Arfah datang ke pusat jagaan

kanak-kanak itu.

Ibu : Bagaimana keadaan adik kamu, Nabila?

Nabila : Badannya panas, ibu. Sebentar tadi dia muntah. Dia kelihatan lemah.

Ibu : Ambil beg dan pakaian kamu. Kemudian masukkan ke dalam kereta. Kita

akan bawa adik ke klinik.

Page 4: Lembaran

SOALAN:

Menurun

1. Cara menambah ilmu.

5. Sama maksud dengan tekun.

7. Bersatu kita _______ bercerai kita roboh.

8. Kasih sayang sesama makhluk.

Melintang

1. Kemalangan kerap berlaku kerana kita _________ semasa memandu.

2. Tidak bohong atau bercakap benar.

3. Harus bercakap secara _______ dengan orang tua.

4. Pertolongan yang tidak mengharapkan balasan.

Page 5: Lembaran

PENDIDIKAN JARAK JAUH

AMBILAN MAC 2011

_____________________________________________________

TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH:

TAJUK:

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PEMBELAJARAN MAKRO

NAMA : DENNIS ANAK NUNGGAN ( D20102042085 )

PROGRAM : PROGRAM PENSISWZAHAN GURU ( PPG )