lembaga hasil dalam negeri malaysia -...

9
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 SOALAN LAZIM CP204 S1 : Anggaran yang telah dibuat oleh syarikat adalah RM100,000 bagi Tahun Taksiran 2001. Apabila syarikat mengemukakan Borang C, cukai yang disifatkan adalah RM 300,000 dan ia adalah lebih 30% daripada anggaran . Walau bagaimanapun, syarikat telah membuat pembayaran ansuran Tahun Taksiran 2001 melebihi daripada anggaran seperti dalam CP 204 dengan tambahan sebanyak RM 150,000 dimana jumlah bayaran adalah sebanyak RM 250,000 sebelum Borang C dihantar. Adakah penalti 30% akan diambilkira? J1 : Denda dibawah seksyen 107C(10) tetap akan dikenakan walaupun bayaran telah dibuat sebelum Borang C dihantar. Ini adalah kerana sistem akan membuat bandingan 30% antara anggaran di CP 204 dan Cukai yang disifatkan.Walau bagaimanapun , pembayar cukai boleh membuat rayuan penalti ke Cawangan Pungutan. S2 : Adakah perlu kemukakan alasan bagi anggaran yang dikurangkan pada bulan ke 6? J2 : Pindaan anggaran yang ke 6 adalah secara automatik dan ini tidak memerlukan alasan. S3 : Bagi kes anggaran cukai kurang daripada RM600, perlu atau tidak hantar CP 204? J3: Masih perlu hantar CP 204 walaupun kurang daripada RM 600 ataupun tiada anggaran pendapatan. Walau bagaimanapun, syarikat ada kelonggaran samada memilih bayaran secara ansuran atau sekaligus .Tiada denda akan dikenakan bagi kes-kes kurang daripada RM 600. S4 : Boleh atau tidak menggunakan salinan photostat CP 204 atau pun CP 204B untuk dikemukakan kepada LHDN? J4 : Boleh . Iaitu menggunakan borang yang diphotostat, bukannya keseluruhan maklumat diphotostat iaitu termasuk tandatangan pengarah. S5. Syarikat telah menukar tempoh perakaunan dan mengakibatkan tempoh asas syarikat tersebut bagi Tahun Taksiran 2002 diperpanjangkan kepada 18 bulan. Boleh atau tidak syarikat menghantar satu pindaan lagi selepas bulan ke 6 tempoh asas? J5. Pindaan otomatik tetap pada bulan ke 6 tempoh asas walaupun tempoh asas diperpanjangkan ke 18 bulan. Walaubagaimana pun, sekiranya syarikat ingin membuat pindaan anggaran lagi selepas bulan ke 6 tempoh asas, ia boleh kemukakan surat rayuan dengan memberi alasan yang kukuh disertai dengan dokumen sokongan yang berkaitan.(*Syarikat juga telah diberikan pindaan bulan ke 9 oleh Perbendaharaan) S6:Syarikat hantar lewat CP 204 Tahun Taksiran 2002, kemudian syarikat menghantar pindaan bulan ke 6. Boleh atau tidak syarikat mendapatkan peluang ini? J6 : Syarikat telah hilang kelayakan untuk mendapat pindaan secara automatik bulan ke 6 kerana kelewatan menghantar Borang CP 204 tersebut. S7 : Syarikat telah mengemukakan pindaan anggaran cukai dalam bulan ke 12 tempoh asas dengan amaun yang agak tinggi . Ini adalah kerana syarikat telah mendapat kontrak baru di akhir tahun kewangan. Boleh atau tidak LHDN mempertimbangkan bayaran ansuran diperpanjangkan ? J7: Syarikat bolehlah mengemukakan rayuan ke Pusat Pemprosesan untuk mempertimbangkan ansuran tersebut walaupun diluar tempoh ansuran tetapi ansuran tersebut tidak boleh melangkaui tarikh pengemukaan Borang C. S8:Syarikat ada masalah kewangan dipertengahan tempoh ansuran, syarikat memohon penjadualan semula dibuat dan ianya mengikut jadual yang dicadangkan oleh syarikat Walau bagaimanapun pembayaran ansuran ini masih mengikut bilangan bulan dalam tempoh asas . Boleh atau tidak syarikat memohon penjadualan semula ini ?

Upload: vuongnguyet

Post on 06-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

1

SOALAN LAZIM CP204

S1 : Anggaran yang telah dibuat oleh syarikat adalah RM100,000 bagi Tahun Taksiran 2001. Apabila syarikat mengemukakan Borang C, cukai yang disifatkan adalah RM 300,000 dan ia adalah lebih 30% daripada anggaran . Walau bagaimanapun, syarikat telah membuat pembayaran ansuran Tahun Taksiran 2001 melebihi daripada anggaran seperti dalam CP 204 dengan tambahan sebanyak RM 150,000 dimana jumlah bayaran adalah sebanyak RM 250,000 sebelum Borang C dihantar. Adakah penalti 30% akan diambilkira?

J1 : Denda dibawah seksyen 107C(10) tetap akan dikenakan walaupun bayaran telah dibuat sebelum Borang C dihantar. Ini adalah kerana sistem akan membuat bandingan 30% antara anggaran di CP 204 dan Cukai yang disifatkan.Walau bagaimanapun , pembayar cukai boleh membuat rayuan penalti ke Cawangan Pungutan.

S2 : Adakah perlu kemukakan alasan bagi anggaran yang dikurangkan pada bulan ke 6?

J2 : Pindaan anggaran yang ke 6 adalah secara automatik dan ini tidak memerlukan alasan.

S3 : Bagi kes anggaran cukai kurang daripada RM600, perlu atau tidak hantar CP 204?

J3: Masih perlu hantar CP 204 walaupun kurang daripada RM 600 ataupun tiada anggaran pendapatan. Walau bagaimanapun, syarikat ada kelonggaran samada memilih bayaran secara ansuran atau sekaligus .Tiada denda akan dikenakan bagi kes-kes kurang daripada RM 600.

S4 : Boleh atau tidak menggunakan salinan photostat CP 204 atau pun CP 204B untuk dikemukakan kepada LHDN?

J4 : Boleh . Iaitu menggunakan borang yang diphotostat, bukannya keseluruhan maklumat diphotostat iaitu termasuk tandatangan pengarah.

S5. Syarikat telah menukar tempoh perakaunan dan mengakibatkan tempoh asas syarikat tersebut bagi Tahun Taksiran 2002 diperpanjangkan kepada 18 bulan. Boleh atau tidak syarikat menghantar satu pindaan lagi selepas bulan ke 6 tempoh asas?

J5. Pindaan otomatik tetap pada bulan ke 6 tempoh asas walaupun tempoh asas diperpanjangkan ke 18 bulan. Walaubagaimana pun, sekiranya syarikat ingin membuat pindaan anggaran lagi selepas bulan ke 6 tempoh asas, ia boleh kemukakan surat rayuan dengan memberi alasan yang kukuh disertai dengan dokumen sokongan yang berkaitan.(*Syarikat juga telah diberikan pindaan bulan ke 9 oleh Perbendaharaan)

S6:Syarikat hantar lewat CP 204 Tahun Taksiran 2002, kemudian syarikat menghantar pindaan bulan ke 6. Boleh atau tidak syarikat mendapatkan peluang ini?

J6 : Syarikat telah hilang kelayakan untuk mendapat pindaan secara automatik bulan ke 6 kerana kelewatan menghantar Borang CP 204 tersebut.

S7 : Syarikat telah mengemukakan pindaan anggaran cukai dalam bulan ke 12 tempoh asas dengan amaun yang agak tinggi . Ini adalah kerana syarikat telah mendapat kontrak baru di akhir tahun kewangan. Boleh atau tidak LHDN mempertimbangkan bayaran ansuran diperpanjangkan ?

J7: Syarikat bolehlah mengemukakan rayuan ke Pusat Pemprosesan untuk mempertimbangkan ansuran tersebut walaupun diluar tempoh ansuran tetapi ansuran tersebut tidak boleh melangkaui tarikh pengemukaan Borang C.

S8:Syarikat ada masalah kewangan dipertengahan tempoh ansuran, syarikat memohon penjadualan semula dibuat dan ianya mengikut jadual yang dicadangkan oleh syarikat Walau bagaimanapun pembayaran ansuran ini masih mengikut bilangan bulan dalam tempoh asas . Boleh atau tidak syarikat memohon penjadualan semula ini ?

Page 2: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

2

J8: LHDN boleh mempertimbangkan penjadualan semula ansuran ini, tetapi sekiranya permohonan tersebut dipersetujui, tiada ansuran diberi lagi selepas ansuran terakhir.

S9: Syarikat mempunyai baki kredit dalam akaun di LHDN , boleh atau tidak jumlah ini digunakan bagi bayaran ansuran yang sedang dikenakan dibawah seksyen 107C?

J9 : Tidak boleh,jumlah baki kredit ini akan dikembalikan setelah kesemua taksiran sehingga tahun taksiran terkini diselesaikan dan didebitkan dalam lejer berkenaan.

S10:Anggaran cukai kena dibayar untuk T/T 2001 telah dibuat berasaskan cukai untuk T/T 1999. Cukai syarikat untuk T/T 2000 (STTS) telah ditaksir dan cukai adalah lebih rendah daripada cukai untuk T/T 1999. Bolehkah syarikat menganggarkan cukai untuk T/T 2002 berasaskan cukai yang ditaksir untuk T/T 2000 (STTS)?

J10: Seksyen 107C(3) menghendaki anggaran cukai yang dikemukakan oleh syarikat tidak boleh kurang daripada anggaran cukai yang kena dibayar bagi Tahun Taksiran sebelumnya. Walau bagaimanapun , LHDN akan mempertimbangkan permohonan pembayar cukai sekiranya anggaran cukai yang kurang itu disertakan dengan surat rayuan dan alasan-alasan serta dokumen sokongan . Sekiranya permohonan tersebut diluluskan , pembayar cukai boleh menggunakan anggaran tersebut sebagai anggaran yang kena dibayar untuk tahun taksiran tersebut. Sekiranya gagal , jumlah anggaran yang dibenarkan adalah anggaran cukai kena dibayar untuk tahun taksiran yang sebelumnyaa dan BUKAN berasaskan cukai yang ditaksir untuk tahun taksiran yang sebelumnya.

S11: Permohonan syarikat untuk pindaan anggaran cukai yang lebih rendah untuk Tahun Taksiran 2002 telah diluluskan oleh Pusat Pemprosesan. Syarikat telah membuat bayaran yang lebih, bolehkah syarikat mendapatkan pulangan bayaran kredit tersebut ataupun menggunakan kredit tersebut untuk "offset" anggaran cukai untuk Tahun Taksiran 2003?

J11: Tidak. Bayaran ansuran yang dibuat untuk T/T 2002 tidak boleh digunakan untuk "off-set" dengan apa-apa bayaran cukai yang lain setakat ini. Permintaan bayaran balik kredit cukai tersebut hanya boleh dilakukan selepas Borang C T/T 2002 dikemukakan dan jumlah cukai yang dikenakan di debitkan dalam akaun pembayar cukai.

S12:Syarikat baru akan mengemukakan anggaran cukai dalam masa 3 bulan selepas operasi perniagaan dimulakan dan mula membayar ansuran dalam bulan ke enam. Bagaimana dengan anggaran pindaan?

J12:Pindaan bulan ke enam untuk syarikat baru, Seksyen 107C(7) masih terpakai. Ini bermakna anggaran pindaan adalah pada bulan ke enam tempoh asas.

S13:Bagaimana sekiranya tempoh asas syarikat baru tersebut kurang daripada enam bulan?

J13: Sekiranya tempoh asas untuk syarikat baru adalah kurang daripada 6 bulan, maka pindaan anggaran cukai dalam bulan ke enam adalah tidak terpakai. Akan tetapi, syarikat masih boleh mengemukakan pindaan anggaran cukai melalui surat rayuan dengan memberi alasan yang kukuh dan spesifik berserta dengan dokumen sokongan sebagai bukti.Bagi syarikat baru ini, S107C(6) adalah tidak terpakai dan ia diberi pilihan untuk membayar cukai dalam satu bayaran sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran Borang C.

S14: Syarikat dengan tahun kewangan berakhir pada 31/12/2001 telah mengemukakan Borang CP 204 untuk T/T 2001 dengan anggaran cukai RM200 sahaja pada 30/11/2000. Apabila akaun syarikat ditutup pada 31/12/2001 dalam Februari 2002, cukai yang kena dibayar didapati berjumlah RM10,000. Syarikat telah membuat bayaran RM9,800 dengan segera iaitu sebelum tarikh akhir bayaran baki cukai. Adakah syarikat dikenakan tambahan taksiran di bawah S107C(10) akibat memberi anggaran cukai yang kurang memandangkan ia telah membayar baki cukainya sebelum pengemukaan Borang C? Atau pun bolehkah syarikat membuat rayuan untuk mengurangkan tambahan taksiran tersebut?

J14: Syarikat akan dikenakan tambahan dalam taksiran di bawah S107C(10) akibat daripada anggaran cukai yang kurang. Perbandingan akan dibuat di antara anggaran cukai yang dipinda, ataupun dengan anggaran cukai yang asal sekiranya tiada anggaran cukai pindaan dikemukakan, dan BUKAN dengan amaun cukai yang dibayar. Fakta bahawa syarikat hanya membayar lebihan cukai tersebut selepas tarikh tutup akaun sebenarnya tidak memberi impak positif yang banyak ke atas rayuan nanti. Walau bagaimanapun, sekiranya syarikat dapat mengetahui peningkatan cukainya sebelum tarikh tutup akaun dan mengemukakan rayuan dan diikuti dengan bayaran dengan serta merta pada ketika itu, maka ia akan menjadikan asas yang baik untuk syarikat membuat rayuan nanti apabila S107C(10) dikenakan.

Page 3: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

3

S15: Sebuah syarikat baru menyediakan akaun yang kurang daripada 12 bulan dan berakhir pada 31 Disember. Tarikh tutup akaun adalah tidak mengikut tarikh perakaunan untuk syarikat dalam kumpulan yang sama. Di bawah para 3.5.3. Ketetapan Umum 7/2001, tempoh asas untuk tahun taksiran akan mengikut tahun kalender sehingga satu set akaun yang meliputi 12 bulan disediakan. Ini akan mengakibatkan tempoh bertindih bagi 2 Tahun Taksiran seperti yang ditunjukkan dalam contoh berikut di mana syarikat tutup akaun pada 31/03/2001.

Tempoh perakaunan Tempoh asas Tahun Taksiran

01/05/2000 - 31/03/2001 01/05/2000 - 31/12/2000 2000 (STTS)

01/01/2001 - 31/12/2001 2001

01/04/2001 - 31/03/2002 01/04/2001 - 31/03/2002 2002

Tempoh 01/04/2001 - 31/12/2001 adalah bertindih dalam T/T 2001 dan 2002. Para 3.8 Ketetapan Umum 7/2001 menyatakan bahawa apabila berlakunya tempoh bertindih, pendapatan/kerugian larasan untuk tempoh yang berkenaan adalah diabaikan dalam tahun taksiran yang kedua.

Sa) Bilakah tarikh akhir pengemukaan CP 204 bagi Tahun Taksiran 2001 dan 2002?

Ja)Tarikh akhir pengemukaan ialah 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas.

T/T 2001 - pada atau sebelum 1 Disember 2000

T/T 2002 - pada atau sebelum 1 Mac 2001 (bukan 1 Disember 2001)

Sb) Adakah bayaran ansuran seperti berikut?

T/T 2001 - 10 Februari 2001 hingga 10 Januari 2002 (12 ansuran)

T/T 2002 - 10 Februari 2002 hingga 10 April 2002 (3 ansuran)

Jb) Pembayaran ansuran yang sebenar adalah seperti berikut:

T/T 2001 - 10/02/2001 hingga 10/01/2002 (12 ansuran ) - anggaran cukai untuk tempoh 12 bulan dari 01/01/2001 hingga 31/12/2001.

T/T 2002 - 10/05/2001 hingga 10/04/2002 (12 ansuran) - anggaran cukai untuk tempoh 3 bulan (01/01/2002 hingga 31/03/2002).

Sc) Adakah anggaran cukai yang sepatutnya dikemukakan seperti berikut:

T/T 2001 - tidak kurang daripada cukai kena dibayar untuk T/T 1999.

T/T 2002 - tidak kurang daripada anggaran cukai T/T 2001, oleh kerana secara efektifnya hanya terdapat 3 bulan pendapatan yang ditaksirkan dalam T/T 2002, bolehkah syarikat menbahagikan anggaran cukai tersebut kepada 3 bulan sahaja dan bagaimana dengan jumlah bagi Tahun Taksiran tersebut dimana jumlah anggaran kurang daripada Tahun Taksiran sebelumnya?

Jc) Cukai anggaran yang sebenarnya adalah seperti berikut:

T/T 2001 - tidak kurang daripada cukai kena dibayar untuk T/T 1999

T/T 2002 - tidak kurang daripada anggaran cukai T/T 2001. Walaupun syarikat hanya mengambilkira jumlah pendapatan bercukai bagi tempoh 3 bulan sahaja, syarikat boleh membahagikan anggaran cukai tersebut kepada 12 bulan kerana tempoh asas bagi T/T tersebut masih lagi 12 bulan. Untuk mengelakkan sistem daripada menolak amaun yang lebih rendah ini, syarikat hendaklah mengemukakan surat rayuan bersama dengan CP 204 untuk menjelaskan amaun anggaran cukai yang lebih rendah akibat daripada tempoh bertindih tersebut.

S16: Sebuah syarikat baru memulakan perniagaan pada 15 Mei 2001 dan menutup tempoh perakaunan pertamanya pada 31 Mac 2002 dan pada 31 Mac tiap-tiap tahun selepas itu. Syarikat ingin melaporkan cukai pendapatannya serta memulakan bayaran ansuran bulanannya. Sila berikan nasihat bagaimana pendapatan anggaran perlu dilaporkan?

Page 4: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

4

J16:. Untuk sebuah syarikat yang baru memulakan perniagaan, ia hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut bagi maksud pematuhan cukai di bawah STS:

i. Mendaftarkan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan

Membuat permohonan ke Bahagian Index, Cawangan Syarikat/Penaksiran , untuk mendapatkan nombor rujukan cukai pendapatan C. Permohonan tersebut hendaklah disertai dengan Sijil Pendaftaran Perniagaan, M & A serta lain-lain dokumen yang berkaitan.

ii. Menentukan Tempoh Asas Mengikut Ketetapan Umum 7/2001

Mengikut Ketetapan Umum 7/2001, tempoh-tempoh asas syarikat di atas adalah ditentukan seperti berikut:

Tahun Taksiran 2001 - 15/05/2001 - 31/12/2001

Tahun Taksiran 2002 - 01/01/2002 - 31/12/2002

Tahun Taksiran 2003 - 01/04/2002 - 31/03/2003

Penentuan tempoh asas untuk syarikat baru adalah penting demi pematuhan Seksyen 107C.

iii. Pematuhan Seksyen 107C - Anggaran Cukai Dibayar dan Bayaran Ansuran Oleh Syarikat.

Tahun Taksiran 2001

- Tarikh akhir pengemukaan CP 204, iaitu dalam tempoh 3 bulan selepas perniagaan dimulakan : 15 Ogos 2001

- Jumlah ansuran yang diperolehi : 8 Ansuran

- Bayaran ansuran yang pertama, iaitu bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas : 10 Oktober 2001

- Tarikh akhir pengemukaan CP 204A iaitu pindaan Anggaran cukai dalam bulan ke 6 tempoh asas : 31 Oktober 2001

- Tarikh akhir pengemukaan Borang C & R (8 bulan selepas 31/03/2002 dengan surat kelulusan lanjutan masa dari Pusat Pemprosesan) : 30 November 2002

- Tarikh bayaran baki cukai yang kena dibayar dan hutang kepada kerajaan : 30 November 2002

Tahun Taksiran 2002

- Tarikh akhir pengemukaan CP 204, iaitu 30 hari sebelum Bermulanya tempoh asas : 1 Disember 2001

- Jumlah ansuran yang diperolehi : 12 Ansuran

- Bayaran ansuran yang pertama, iaitu bermula pada bulan ke 2 dalam tempoh asas : 10 Februari 2002

- Tarikh akhir pengemukaan CP 204A iaitu pindaan Anggaran cukai dalam bulan ke 6 tempoh asas : 30 Jun 2002

- Tarikh akhir pengemukaan Borang C & R (7 bulan selepas 31/03/2003 dengan surat kelulusan Lanjutan masa dari Pusat Pemprosesan) : 31 Oktober 2003

- Tarikh bayaran untuk baki cukai yang kena dibayar dan hutang kepada kerajaan : 31 Oktober 2003

Tahun Taksiran 2003

- Tarikh akhir pengemukaan CP 204, iaitu 30 hari sebelum Bermulanya tempoh asas : 1 Mac 2002

- Jumlah ansuran yang diperolehi : 12 Ansuran

- Bayaran ansuran yang pertama, iaitu bermula pada bulan ke 2 dalam tempoh asas : 10 Mei 2002

- Tarikh akhir pengemukaan CP 204A iaitu pindaan anggaran cukai dalam bulan ke 6 tempoh asas : 30 September 2002

Page 5: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

5

- Tarikh akhir pengemukaan Borang C & R (7 bulan selepas 31/03/2003) : 31 Oktober 2003

- Tarikh bayaran untuk baki cukai yang kena dibayar dan hutang kepada kerajaan : 31 Oktober 2003

Syarat Untuk Pengemukaan CP 204 (Anggaran Cukai)

A) Hendaklah dikemukakan sebelum tempoh yang ditetapkan, iaitu 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas tahun taksiran yang berkenaan. Kegagalan mematuhi syarat ini akan mengakibatkan syarikat ditolak daripada membuat pindaan anggaran cukai dalam bulan keenam.

B) Amaun anggaran cukai tidak boleh kurang daripada anggaran cukai pindaan untuk tahun taksiran yang sebelumnya, sekiranya tiada anggaran cukai pindaan dikemukakan, maka anggaran cukai tidak boleh kurang daripada anggaran cukai asal yang dikemukakan.

S17: Syarikat baru memulakan perniagaan pada 01/04/2002. Tempoh perakaunannya ialah dari 01/04/2002 hingga 31/03/2003. Syarikat masih belum memperolehi nombor rujukan cukai pendapatan, bolehkah syarikat mengemukakan Borang CP 204 dan bagaimana syarikat hendak membuat bayaran ansuran sekiranya ia masih belum memperolehi nombor rujukan fail dalam bulan ke 6 tempoh asas?

J17: Syarikat boleh mengemukakan CP 204 dengan menggunakan nombor rujukan sementara iaitu rujukan IV/C dan diikuti dengan nombor pendaftaran syarikat sebelum 30/06/2002. Pada masa yang sama, syarikat hendaklah membuat permohonan untuk mendapatkan nombor rujukan C dari Cawangan Syarikat, apabila syarikat memperolehi nombor rujukan C, ia hendaklah memberitahu Pusat Pemprosesan supaya CP 205 boleh dikeluarkan berdasarkan jumlah baki bulan yang masih tinggal dalam tempoh asas. Contohnya:

Sekiranya nombor rujukan C diperolehi dalam bulan Disember 2002, maka bayaran ansuran akan bermulakan dari 10/12/2002 hingga 10/08/2003, iaitu 9 ansuran sahaja dengan berasaskan bilangan bulan yang masih tinggal.

S18: Syarikat mula perniagaan pada 1/11/2001 dan menutup akaun yang pertama pada 31/12/2001.Tempoh asas syarikat bagi Tahun Taksiran 2001 adalah 1/11/2001 hingga 31/12/2001 dan Tahun Taksiran 2002 ialah pada 1/1/2002-31/12/2002. Kalau mengikut seksyen 107C(4) syarikat ini perlu mengemukakan CP 204 Tahun Taksiran 2001 dalam masa 3 bulan selepas syarikat mula beroperasi iaitu sebelum 31.1.2002 sedangkan CP 204 Tahun Taksiran 2002 adalah tidak lewat daripada 30 hari sebelum tempoh asas bermula iaitu pada 1.12.2001. Sila jelaskan bila sebenarnya syarikat perlu hantar CP 204 bagi Tahun Taksiran 2001, adakah selepas penyerahan CP 204 Tahun Taksiran 2002? Bagaimana pula berkenaan dengan pembayaran ?

J18 : Dalam kes yang di atas adalah dinasihatkan syarikat mengemukakan borang CP 204 bagi kedua-dua Tahun Taksiran serentak. Ini bermakna syarikat boleh menghantar borang CP 204 tersebut pada 1.12.2001.Bayaran ansuran bagi Tahun Taksiran 2001 akan bermula pada bulan ke 6 syarikat beroperasi iaitu pada 10.4.2002 sebanyak 2 ansuran dan bayaran ansuran Tahun Taksiran 2002 bermula pada 10.2.2002.Walau bagaimanapun bagi kes tempoh asas kurang daripada 6 bulan mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran , samada bayaran sekaligus secara pendahuluan ataupun semasa tarikh akhir penghantaran Borang C, ataupun bayaran secara ansuran.

S19:Di bawah Seksyen Akta Cukai Pendapatan 1967 manakah yang menyatakan bahawa syarikat tidak boleh membuat pindaan anggaran cukai dalam bulan ke 6 tempoh asas sekiranya ia gagal mengemukakan Borang CP 204 dalam tempoh masa yang ditetapkan?

J19:Menurut Seksyen 107C(7), ACP 1967 " A company may in the sixth month of the basis period for a year of assessment furnish to the Director General a revised estimate of its tax payable for that year in the prescribed form..." Perkataan anggaran pindaan (revised estimate) yang tersebut di atas telah membawa implikasi bahawa pindaan anggaran tidak wujud sekiranya tiada anggaran asal, pindaan anggaran adalah berdasarkan anggaran cukai yang kena dibayar yang dikemukakan. Seksyen 107C(3), ACP 1967 hendaklah dibaca bersama dalam menerangkan perkara ini, iaitu, anggaran cukai yang kena dibayar untuk sesuatu tahun taksiran hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas untuk tahun taksiran yang berkenaan.

S20:Syarikat telah gagal mengemukakan Borang CP 204 dalam tempoh masa yang ditetapkan, adalah difahamkan bahawa syarikat akan ditolak daripada membuat pindaan anggaran cukai dalam bulan ke 6 tempoh asas. Adakah syarikat masih boleh membuat rayuan untuk membuat pindaan anggaran cukai, bagaimanakah caranya?

J20:Walaupun syarikat tidak boleh membuat pindaan anggaran cukai otomatik dalam bulan ke 6 tempoh asas, syarikat masih boleh membuat rayuan kepada Pusat Pemprosesan supaya pindaan anggaran cukai diberi pertimbangan dengan syarat:

a) Kemukakan surat rayuan dengan menyatakan alasan yang kukuh dan spesifik.

b) Kepilkan bersama dengan dokumen-dokumen berbukti yang berkenaan untuk menyokong alasan-alasan yang diberikan.

Page 6: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

6

S21:Syarikat adalah dibawah pembubaran. Tempoh perakaunan sebelum pembubaran adalah ialah 01/04/2000 hingga 31/03/2001.Tarikh pembubaran adalah pada 1.4.2001 Memandangkan syarikat adalah dibawah pembubaran, tiada akaun disediakan, tetapi syarikat masih menerima pendapatan faedah dan dividen. Bagaimanakah CP 204 patut diisi?

J21:Sebaik sahaja syarikat mula dibubarkan, pembubar (liquidator) akan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan (Borang 75) setiap 6 bulan seperti berikut:

01/04/2001 - 30/09/2001

01/10/2001 - 31/03/2002

Dalam kes ini, tempoh asas tahun taksiran 2002 ialah 01/04/2001 - 31/03/2002 dan CP 204 hendaklah dikemukakan 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas untuk T/T 2002, iaitu sebelum 01/03/2001 , anggaran cukai hendaklah berasaskan pendapatan yang dijangka akan diterima dalam tempoh tersebut.

S22: Sebuah syarikat tidak bermastautin yang membayar cukai pegangan dibawah seksyen 107(A) telah menerima CP 205 untuk T/T 2002, bolehkah syarikat tersebut mengenepikan CP 205 tersebut?

J22:Tidak boleh. Syarikat tidak boleh mengenepikan CP205 tersebut.Sekiranya syarikat tidak bersetuju dengan jadual yang ditunjukkan di dalam CP205 tersebut, syarikat perlulah mengemukakan surat rayuan pindaan anggaran baru dengan mengemukakan bukti kukuh. Sekiranya dipersetujui , barulah jadual bayaran akan dipinda mengikut anggaran baru tersebut. Surat rayuan tersebut mestilah diproses sebelum bayaran ansuran pertama bermula , ini adalah untuk mengelakkan kenaikan dibawah seksyen 107C (9) ACP 1967.

S23:Syarikat telah mengemukakan surat rayuan ke Cawangan Pungutan berkenaan CP 205 yang diterima dan belum mendapat sebarang balasan sehingga kini.

S23: Segala rayuan ke atas CP 204 dan CP 205 hendaklah dikemukakan ke Pusat Pemprosesan. Surat rayuan tersebut akan diproses oleh Pusat Pemprosesan dan CP 205 pindaan ataupun surat jawapan akan dikeluarkan.

S24:Pada awalnya syarikat mempunyai anggaran cukai kosong kemudian pada bulan ke 6 syarikat mengemukakan CP 204A dengan jumlah anggaran RM20,000. Slip ansuran CP 207 yang mana patut syarikat gunakan , ansuran no. 1 atau no. 6?

J24: Syarikat boleh menggunakan mana-mana bilangan ansuran dislip pembayaran CP 207 kerana sistem boleh menerimanya. Walau bagaimanapun syarikat digalakkan menggunakan slip yang ke 5 atau ke 6 mengikut keadaan.

S25:Jumlah Ansuran Yang Dipendekkan

Bolehkah syarikat membayar anggaran cukai yang kena dibayar di bawah Seksyen 107C dengan 6 ansuran dan bukan 12 ansuran seperti mana yang diberikan? syarikat ingin menjelaskan kesemua bayaran ansurannya dalam tempoh 6 bulan yang pertama.

J25:Untuk syarikat yang telah mengemukakan CP 204 dalam tempoh yang telah ditetapkan, sistem akan mewujudkan suatu jadual bayaran 12 ansuran. Sekiranya syarikat ingin mendapatkan 6 ansuran, ia boleh membuat peraturan sendiri dan membayar lebih selagi syarikat boleh memastikan ia telah membuat bayaran yang mencukupi dalam akaunnya pada atau sebelum tarikh akhir pembayaran ansuran.

S26:Tarikh Akhir Pengemukaan CP 204B

Bilakah tarikh akhir untuk syarikat mengemukakan Borang CP 204B jika berlakunya pertukaran tempoh perakaunan?

J26:Syarikat dikehendaki mengemukakan CP 204B dengan serta merta sebaik sahaja pertukaran tempoh perakuanan di sahkan. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya syarikat mengemukakan CP 204B dalam bulan selain daripada bulan ke 6 tempoh asas, amaun anggaran bulanan baru secara purata, adalah tidak boleh kurang daripada anggaran bulanan dahulu, contohnya:

Tempoh perakaunan lama syarikat : 01/07/2001 - 30/06/2002 dan anggaran cukai yang telah dikemukakan ialah RM 12,000 (RM1,000 sebulan). Pada 01/03/2002, syarikat tukar tempoh perakaunan dan akaun ditutup pada 31/12/2002. Maka tempoh asas baru T/T 2002 telah diperpanjangkan kepada 18 bulan iaitu dari 01/07/2001 - 31/12/2002 (18 bulan),oleh itu, anggaran cukai baru yang kena dinyatakan dalam CP 204B ialah tidak boleh kurang daripada RM18,000 (RM1,000 x 18 bulan).

S27:Bayaran Kenaikan Cukai di Bawah Seksyen 107C (10)

Syarikat telah membuat anggaran cukai yang terkurang dan dikenakan kenaikan cukai di bawah Seksyen 107C (10), bilakah tarikh akhir untuk membuat bayaran untuk kenaikan cukai tersebut?

J27:Peruntukan Seksyen 107C(10) tidak menghendaki LHDN menghantar notis tuntutan. Kenaikan cukai ini hanya boleh ditentukan apabila cukai sebenar diketahui. Bagi Borang C yang diterima dalam tempoh ditetapkan tarikh taksiran ialah tarikh Borang tersebut dihantar kepada Ketua Pengarah. Oleh itu, kenaikan cukai akan dikenakan apabila Borang C dihantar kepada LHDN dan tarikh akhir

Page 7: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

7

membuat bayaran tersebut ialah pada tarikh tersebut. Oleh itu, syarikat hendaklah mengira sendiri kenaikan cukai dan membuat bayaran kepada LHDN.

S28:Bayaran Kenaikan Cukai Di Bawah Seksyen 107C(9)

Syarikat telah lewat membuat pembayaran ansuran S107C seperti yang dijadualkan dalam CP 204/205, adakah kenaikan cukai dikenakan di bawah Seksyen 107C (9) dan bilakah tarikh akhir untuk pembayaran kenaikan cukai tersebut?

J28: Amaun kenaikan cukai akan dikenakan ialah 10% dari amaun yang tidak dibayar/kurang dibayar pada tarikh ditetapkan. Syarikat hendaklah mengira sendiri kenaikan cukai tersebut dan membuat bayaran kepada LHDN sebaik sahaja tamat tempoh ditetapkan bagi bayaran ansuran. Walau bagaimana pun LHDN akan mengeluarkan notis permintaan kenaikan cukai tersebut. Jika bayaran telah dibuat, syarikat boleh mengabaikan tuntutan tersebut.

S29: Pindaan Jadual Bayaran Ansuran Akibat Daripada Pertukaran Tempoh Perakaunan Sebuah syarikat menutup akaun biasa pada 31 Mac dan bertukar tarikh penutupan akaunnya pada 31 Disember seperti berikut:

01/04/2000 - 31/03/2001

01/04/2001 - 31/12/2001

01/01/2002 - 31/12/2002

Tempoh asas yang ditentukan adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran Tempoh Asas

2001 01/04/2000 - 31/03/2001

2002 01/04/2001 - 31/12/2002

i) Untuk T/T 2002, syarikat telah mengemukakan CP 204 dengan anggaran cukai sejumlah RM18,000 untuk tempoh asas 12 bulan dan bayaran ansuran bulanan ialah RM1,500 (Mei 2001 hingga April 2002).

Dalam bulan Julai 2001, syarikat telah kemukakan CP 204B dengan anggaran cukai yang kena dibayar sejumlah RM24,000 untuk T/T 2002 akibat pertukaran tempoh perakaunan, iaitu tempoh asas dari 01/04/2001 hingga 31/12/2002 (21 bulan).

Syarikat telah membayar RM1,500 x 3 bulan = RM4,500 ( Ansuran Mei - Julai). Oleh itu, baki anggaran cukai ialah RM24,000 - RM4,500 = RM19,500. Skim manakah yang harus syarikat patuhi? Skim A ataupun Skim B? Skim B adalah dikira mengikut peraturan dalam CP 204B di mana syarikat dikehendaki mengikut bayaran ansuran yang sama untuk tempoh asas yang dipanjangkan, jumlah bayaran ansuran tersebut adalah tidak boleh kurang daripada bayaran ansuran bulanan yang asal.

ii) Bolehkah syarikat dibenarkan untuk membuat pindaan anggaran cukai dalambulan ke 10 tempoh asas (untuk tempoh asas 21 bulan)?

iii) Sekiranya anggaran cukai yang kena dibayar untuk T/T 2002 ialah RM24,000 untuk tempoh asas 21 bulan, bolehkah syarikat mengemukakan CP 204 dengan anggaran cukai yang kurang daripada RM24,000 untuk T/T 2003 di mana tempoh asasnya hanya mengandungi 12 bulan?

No. Ansuran Skim A (RM) Skim B (RM) Tarikh Bayaran

1 1,500 1,500 Mei 2001

2 1,500 1,500 Jun 2001

3 1,500 1,500 Julai 2001

4 1,500 1,500 Ogos 2001

5 1,500 1,500 Sept 2001

6 1,500 1,500 Okt 2001

7 1,500 1,500 Nov 2001

Page 8: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

8

8 1,500 1,500 Dis 2001

9 1,500 1,500 Jan 2002

10 1,500 1,500 Feb 2002

11 1,500 1,500 Mar 2002

12 1,500 1,500 Apr 2002

13 1,500 1,500 Mei 2002

14 1,500 1,500 Jun 2002

15 1,500 1,500 Julai 2002

16 1,500 1,500 Ogos 2002

17 - 1,500 Sept 2002

18 - 1,500 Okt 2002

19 - 1,500 Nov 2002

20 - 1,500 Dis 2002

21 - 1,500 Jan 2003

___________ ___________

24,000 31,500

J29. i) Syarikat dikehendaki mengikut Skim B atas alasan berikut:

Memandangkan syarikat telah mengemukakan CP 204B dalam Julai 2001, iaitu pada bulan ke 4 tempoh asas dengan suatu anggaran cukai pindaan RM24,000. Surat rayuan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan pindaan ini, jika tidak, bayaran ansuran bulanan RM1,500 hendaklah dipatuhi sehingga akhir tempoh asas yang baru. Iaitu mengikut jadual bayaran Skim B. Untuk kes ini, katakan syarikat telah mengemukakan surat rayuan untuk meminda anggaran cukai dari RM18,000 ke RM24,000 bersama-sama dengan CP 204B dalam Julai 2001 dan rayuan tersebut telah diluluskan, maka syarikat akan diberi jadual bayaran seperti yang berikut:

RM24,000 - 4,500 = RM 19,500/18 bulan

= RM 1083 sebulan untuk 17 bulan dan RM1089 untuk bulan terakhir.

Sebenarnya, dalam kes ini, syarikat dinasihatkan supaya mengemukakan CP 204B bersama-sama dengan CP 204A dalam bulan ke 6 tempoh asas, iaitu September 2001. Pindaan anggaran cukai ke RM24,000 akan diluluskan secara automatik dengan itu syarikat akan diberikan jadual bayaran seperti berikut:

Mei 2001 hingga Sept 2001 dengan bayaran RM1,500 sebulan = RM 7,500

Okt 2001 hingga Dec 2002 dengan bayaran RM 1,031 sebulan = 15,465

Bayaran terakhir pada Jan 2003 = 1,035

___________

24,000

==========

ii) Untuk syarikat yang memanjangkan tempoh asas yang melebihi 12 bulan. Pindaan bulan ke 6 dalam tempoh asas masih tetap pada tempoh yang sama, iaitu, bulan ke 6 tempoh asas (September 2001). Tiada pindaan automatik yang lain akan diberikan kepada syarikat yang mempunyai tempoh asas yang melebihi 12 bulan.

Page 9: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA - lampiran2.hasil…lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQCP204.pdf · LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1 ... cukai boleh membuat rayuan penalti

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

9

Sebarang pindaan anggaran cukai yang dibuat selain daripada bulan ke 6 tempoh asas hendaklah dalam bentuk surat rayuan dengan memberi alasan yang kukuh disertai dengan dokumen sokongan.

iii) Untuk anggaran cukai T/T 2003, syarikat tidak boleh mengemukakan anggaran cukai yang kurang daripada RM24,000. Oleh itu, syarikat hendak melampirkan bersama surat rayuan dengan CP204 untuk menerangkan bahawa anggaran cukai yang lebih rendah disebabkan oleh tempoh bertindih.