latihan pemahaman kbkk

Download Latihan Pemahaman KBKK

Post on 27-Oct-2015

3.321 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

  • Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

    CSL2013

    PEMAHAMAN KOMSAS SPM 2013

    SOALAN 2(b) : CERPEN / DRAMA

    1 IBU DAN CEPER (T4)

    1. Pada pendapat anda, wajarkah ibu aku menjerit dan memarahi bapa aku?

    Berikan tiga alasan anda.

    o ya / wajar o bapa aku tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka o bapa aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga o bapa aku lebih mengutamakan hobinya berdenak ketitir daripada menyelesaikan

    masalah tanaman padi yang ditenggelami air

    2. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan

    hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan

    cerpen di atas.

    o berjaya dalam pelajaran o memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan o patuh kepada arahan dan nasihatnya o membantunya ketika ada masa lapanh o tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya

    3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan sungai

    dapat mengekalkan fungsinya?

    o setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air pertanian dan tempat tinggal habitat ikan

    o kempen `Sayangi Sungai Kita` hendaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar akan kepentingan sungai dalam kehidupan manusia

    o pihak berkuasa hendaklah menjadikan sungai sebagai tempat riadah dengan menyediakan kemudahan yang perlu

    4. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada ibu dibandingkan dengan Sungai Ceper yang "memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas

    dari busurnya? o Keistimewaan ibu sangat istimewa kerana tulang empat kerat ibu bertenaga. o Ibu sentiasa cergas dan cekap melakukan kerja-kerja seperti mengejar burung apabila

    padi menguning dan menuai padi.

    o Ibu juga pandai menganyam tikar mengkuang serta bergaul dengan masyarakat semasa kenduri ataupun ada kematian.

    5. Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan? Berikan tiga pendapat.

    o Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan o Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam o Ancaman musuh tanaman dan faktor alam sekitar selalu menjejaskan pendapatan

    petani

  • Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

    CSL2013

    6. Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran anda itu? Nyatakan tiga usaha anda.

    o Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu o Membantu jiran saya berpindah ke pusat pemindahan o Memberikan bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut kemampuan

    7. Pada pendapat anda, apakah kepentingan sungai kepada kehidupan manusia? Nyatakan tiga kepentingannya.

    o Sungai membekalkan sumber protein o Sungai membekalkan sumber bekalan air untuk kegunaan manusia o Sungai menjadi jalan pengangkutan, khususnya di kawasan pedalaman

    8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak membalas jasa ibu bapanya? Kemukakan tiga cadangan anda.

    o Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa o Selalu menziarahi ibu bapa bagi anak yang tinggal berjauhan o Menjaga ibu bapa apabila ibu bapa tua

    9. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan unutk memastikan sungai dapat mengekalkan fungsinya?

    o Setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air pertanina dan tempat tinggal habitat ikan

    o Kempen Sayangi Sungai Kita hendaaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar akan kepentingan sungai dalam kehidupan manusia

    o Pihak berkuasa hendaklah berusaha menjadikan sungai sebagai tempat riadah, dengan menyediakan kemudahan yang perlu, yang menyebabkan masyarakat berusaha untuk

    menjaganya

    10. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak pada zaman sekarang menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua ke rumah kebajikan?

    o Mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa mereka o Mereka malu untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua o Mereka beranggapan menjaga ibu bapa akan membebankan mereka o Mereka beranggapan ibu bapa mereka akan dijaga dengan lebih baik di rumah

    kebajikan

    11. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat hari ini kurang menghargai sungai? Nyatakan tiga sebab.

    o Masyarakat kurang mempunyai kesedaran tentang kepentingan sungai o Masyarakat mengambil jalan mudah dengan membuang kotoran dan sisa industri ke

    dalam sungai

    o Tiada penguatkuasaan undang-undang yang tegas

    12. Penulis menyatakan bahawa dia amat mencintai ibu. Bagaimanakah sewajarnya beliau menunjukkan rasa kecintaan itu?

    o Membantu ibu bekerja di rumah seperti mengemas rumah untuk emlegakan hatinya o Membantu ibu di sawah untuk meringankan tugasnya o Menyediakan makanan atau minuman untuk ibu semasa bekerja di sawah bagi

    memberikan semangat kepadanya

  • Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

    CSL2013

    2. DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG (T5)

    1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan untuk memastikan remaja

    tidak terpengaruh dengan gejala negatif yang datangnya dari negara Barat?

    o kerajaan hendaklah mengawal kemasukan media Barat yang banyak memaparkan unsur negatif

    o ibu bapa hendaklah selalu menegur pelakuan anak, terutama fesyen pakaian anak-anak

    o guru hendaklah menekankan nilai barat yang boleh dicontohi dan yang perlu dihindari

    2. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Man boleh mengeluarkan idea yang bernas

    sedangkan dia hanyalah nelayan biasa?

    o kerana hasil pergaulan dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan pendidikan

    o Pak Man suka berfikir mengenangkan nasib nelayan yang tidak berubah walaupun bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan

    o ramai anaknya sudah berjaya dalam pelajaran dan hidup, dan hasil perbincangan dengan anak-anaknyalah pengetahuannya semakin luas

    3. Wajarkah kakak dan abang Sani tidak pulang apabila keluarga mereka ditimpa musibah?

    Berikan tiga alasan anda.

    o tidak wajar o bapa mereka bertarung nyawa mencari rezeki di lautan o emak mereka bersusah payah membesarkan mereka o menjadi tanggungjawab anak menjenguk keluarga apabila ditimpa musibah

    4. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul meneruskan niatnya untuk pulang bekerja di

    Kuala Lumpur ketika keluarganya berada dalam

    musibah?

    o Tidak wajar o Ayahnya yang hilang di laut belum lagi ditemui o Peristiwa kehilangan ayah kandungnya di laut bukanlah perkara yang boleh dibuat

    main-main

    o Sebagai seorang anak, Shahrul sepatutnya banyak memberi perangsang/semangat kepada ibunya

    o Shahrul tidak sepatutnya membebani ibunya dengan masalah baharu

    5. Pada pendapat anda, apakah bentuk-bentuk bantuan yang sewajarnya dihulurkan kepada

    mangsa-mangsa bencana alam seperti

    banjir dan tsunami? Nyatakan tiga bentuk bantuan itu.

    o Bantuan makanan seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya o Bantuan pakaian kerana pakaian basah, kotor, hilang o Bantuan ubat-ubatan dan alat kebersihan diri o Bantuan kewangan untuk pembelian barang-barang keperluan yang rosak o Bantuan sokongan psikologi/motivasi untuk memulihkan mangsa daripada trauma

    sebagai akibat kesan bencana alam tersebut

  • Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

    CSL2013

    6. Sebagai seorang anak, nyatakan tiga cara untuk membalas jasa ibu bapa.

    o Saya akan menggembirakan hati ibu bapa saya o Saya akan sentiasa menyayangi mereka o Saya akan menjaga mereka semasa mereka tua nanti

    7. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan

    walaupun mengetahui malapetaka yang bakal

    menimpa apabila berada di tengah-tengah laut?

    o Kerana pekerjaan tersebut telah dilakukan sejak remaja, jadi sudah sebati dengan jiwa mereka

    o Golongan ini tiada kemahiran lain untuk bertukar bidang kerja o Mereka yakin hidup dan mati telah ditentukan Allah, jadi masalah tempat bekerja

    bukan menjadi halangan untuk terus mencari rezeki

    8. Sekiranya anda sebagai anak Jimah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan

    untuk membahagiakan ibu bapa anda itu.

    o Selalu menziarahi mereka di kampung o Memberikan bantuan dari segi kewangan dan keperluan lain yang diperlukan oleh

    mereka

    o Membawa mereka ke rumah saya atau melancong ke tempat lain untuk menggembirakan hati mereka

    9. Sebagai pelajar, jelaskan tiga perkara yang dipertimbangkan untuk memenuhi keperluan

    dan keinginan anda dalam kehidupan

    seharian.

    o Saya akan mengambil kira kemampuan diri. o Sebagai contoh, saya membeli pakaian sekolah mengikut kemampuan dan bukan

    keinginan untuk memiliki pakaian yang cantik dan berjenama

    o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan kesan yang akan saya terima

    o Sebagai contoh, saya akan membahagikan masa untuk bermain atau menonton televisyen dengan masa untuk belajar di rumah agar tidak terlalu membuang masa

    o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan peraturan dan undang-undang

    o Sebagai contoh, saya akan memastikan pilihan dan tindakan saya itu tidak menyalahi peraturan dan undang-undang negara

    10. Punca yang menyebabkan berlakunya penggangguran dalam kalangan siswazah di

    negara ini.

    o Sikap memilih pekerjaan o Berlaku lambakan siswazah dalam satu-satu jurusan pengajian di pasaran o Banyak syarikat swasta mengutamakan pekerja yang berkemahiran dan sudah

    berpengalaman bekerja

    o Saingan daripada pekerja asing/upah tenaga kerja asing lebih rendah.

  • Koleksi Soa