latihan pemahaman

36
LATIHAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU UJIAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang mengganggu kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana ia sebenarnya bukan sejenis penyakit tertentu. Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya. Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebab berlakunya sakit pening kepala di bawah tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi. Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut- paut dengan kepala itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan menimbulkan pening kepala. Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala. Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening

Upload: zaimunah-muhamed

Post on 03-Oct-2015

178 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

LATIHAN PEMAHAMAN

BAHASA MELAYU UJIAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

Soalan 1 hingga Soalan 5Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. Gejala ini menjadi punca yang mengganggu kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan gejala kerana ia sebenarnya bukan sejenis penyakit tertentu.Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebabberlakunya sakit pening kepala di bawah tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan menimbulkan pening kepala.Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala.Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.

1.Mengapakah penyakit pening kepala dikatakan satu gejala?

AKerana separuh daripada orang yang datangberjumpa doktor setiap hari mengadu merekamenghidap pening kepalaBKerana satu perempat daripada kakitangan firmatidak datang bekerja akibat pening kepalaCKerana pening kepala bukan sejenis penyakit yangmengganggu kebanyakan manusiaDKerana pening kepala mengganggu hampir semuaorang sama ada orang awam atau kakitangan firma

2.Mengapakah para doktor mendapati sukar untukmenentukan sebab-sebab pening kepala yang dihidapioleh seseorang pada sesuatu ketika?

AKerana memerlukan kepakaran dan kemahiranyangtinggi dalam ilmu perubatanBKerana doktor terpaksa membuat pengelasan untukmengumpulkan sebab-sebab pening kepalaCKerana para doktor susah hendak mencari sebabyang mengakibatkan pening kepalaDKerana sakit pening kepala dapat dikumpulkankepada tiga kelas, antaranya sebab mekanikal

3.Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?

AApabila mengidap penyakit darah tinggiBApabila tumbuh bengkak pada tengkorakCJika salah makan atau mengambil ubatDApabila seseorang itu banyak makan ubat

4.Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan pening kepala?

AMenjaga makan dan minumBSelalu buang air besar dan kecilCMenjaga kesihatan badanDMengamalkan senaman setiap hari

5.Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?

ATerdapat 203 sebab berlakunya sakit peningkepalaBTekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkanpening kepalaCPening kepala boleh disebabkan oleh tekanandarahDHanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesansebab pening kepala

Soalan 6 hingga Soalan 10Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

10 Jun 1997Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku. Aku diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu Jempul. Rumah mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak ketiga, Salwa, calon SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik bongsunya Fadila, 12 tahun.Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.11 Jun 1997Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku masih dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam dan makmum semua ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah berjemaah bersama ayah dan ibuku.

12 Jun 1997Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka kampung itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan danmengadu untungsebagai petani pula di kampung itu.Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru di Pahang. Mereka lepasan universiti.

21 Jun 1997Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan adik-adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar melepaskan pucuk masing-masing.Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan dalam keluarga.

6.Berikut ialah maklumat yang benar tentang diri aku kecuali

Amenetap di bandarBdatang dari keluarga yang kayaCberusia 22 tahunDmempunyai tiga orang adik

7.Berapa orangkah anak Haji Daud?

A3 orangB5 orangC6 orangD7 orang

8.Apakah yang dilakukan oleh aku pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?

ASembahyang SubuhBMasih enak tidurCMasih berselimutDMasih dalam bilik

9.Mengadu untungdalam petikan di atas bermaksud

AHaji Daud mencuba nasib di kampung ituBHaji Daud dan isterinya membuka kampung ituCHaji Daud mengadu kehidupannya kepada penulisDHaji Daud mencari rezeki di kampung itu

10.Pada pendapat anda, mengapakah aku berasa tidak bahagia ketika bersama keluarganya?

AKerana adik-adiknya tidak menghormati dirinyaBKerana mereka tidak pernah sembahyangberjemaahCKerana ahli keluarganya saling mementingkan haldiriDKerana ayah dan adiknya sibuk mengejar hartaBenda

SOALAN 11 HINGGA SOALAN 15Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hadi: Selamat pagi.

En. Ali: Selamat pagi, sila duduk.

Hadi: Terima kasih. Jika tidak keberatan bolehkahsaya menemu ramah Encik Ali?

En. Ali: Boleh, apa salahnya.

Hadi: Sebelum melanjutkan pertanyaan, saya ucapkantahniah atas kejayaan Encik Ali mendapattempat pertama dalam pertandingan perisiankomputer. Kejayaan tersebut telah menaikkannama Malaysia di peringkat antarabangsa.

En. Ali: Terima kasih. Saya tidak menduga kejayaansaya itu telah mendapatliputanyang meluas oleh akhbar di Malaysia.

Hadi: Hal ini demikian kerana inilah kali pertamaanak Malaysia berjaya dalam pertandinganperisian komputer yang dianjurkan oleh MicroSoftware Inc yang terkenal itu. Sayadifahamkan Encik Ali ialah pelajar tahun akhirdalam bidang perisian komputer di UniversitiLondon. Sebelum itu di manakah Encik Alibelajar?

En. Ali: Selepas SPM saya terus mendapat tempat diITM, Shah Alam. Saya belajar sehinggamendapat diploma dalam bidang komputer.Selepas itu baharulah sayamelanjutkan pelajarandi luar negara.

Hadi: Berbalik kepada perisian yang direka ciptaEncik Ali, apakah nama perisian itu dan tujuanperisian itu?

En. Ali: Perisian itunamanya Solve 2000 dan ia direkauntuk mengatasi masalah pepijat tahun 2000.Pada tahun itu semua komputer dan alat-alatseperti pemain VCD dan mesin basuh tidakdapat bekerja lagi kerana tidak dapatmembaca. Hal ini berlaku kerana kebanyakankomputer telah disetkan tarikh sehingga tahun1999 sahaja.

Hadi: Setahu saya sudah terdapat banyak perisian dipasaran untuk mengatasi masalah pepijattahun 2000 itu, jadi apakah kelebihan perisianyang direka oleh Encik Ali ini?

En. Ali: Kebanyakan perisian itu mahal harganya se-dangkan perisian ciptaan saya ini murah danmudah digunakan. Perisian inijuga berupayamengenali komputer yang menghadapimasalah pepijat tahun 2000 dan mengubahtarikhnya supaya komputer dapat berfungsi.Walau bagaimanapun perisian ini hanya untukkomputer sahaja bukan alat-alat elektrik yanglain.

Hadi: Bolehkah Encik Alimenerangkan kesanpepijat tahun 2000 itu terhadap kehidupankita?

En. Ali: Sekarang ini kita banyak bergantung kepadakomputer. Misalnya kita boleh mengambilwang di bank dengan menggunakan kadsahaja. Kita menggunakan pelbagai perisianuntuk menulis, membuat graf, membina data,melukis dan sebagainya. Kita juga bolehmenghantar surat elektronik atau berhubungdengan kawan menggunakan komputer. Semuahal itu dilakukan dengan menggunakanperisian-perisian tertentu. Seperti yang sayakatakan tadi, kebanyakan perisian itu bolehmembaca hingga tahun 1999 sahaja, jadi pada1 Januari 2000 komputer tidak dapat lagiberbuat demikian kerana tarikh sudah berubah.Inilah yang dikatakan pepijat tahun 2000 itu.Jadi, apabila komputer tidak dapat berfungsitentulah banyak kesan buruknya.

Hadi: Sebelum saya berundur, pertanyaan saya yangakhir ialah adakah semua alat elektrikmenghadapi masalah pepijat tahun 2000 ini?

En. Ali: Oh, tidak! Hanya alat elektrik yang boleh kitajangkakan masa ia akan berfungsi akanterlibat. Misalnya mesin perakam pita video,apabila kita hendak merakamkan sesuatuprogram dari televisyen kita tentukan waktudan tarikh mesin itu befungsi. Alat seperti inidan keluaran yang lama akan menghadapimasalah pepijat tahun 2000.

Hadi: Maksudnya, komputer dan perisian keluaranlama akan menghadapi masalah yang sama?

En. Ali: Ya, begitulah.

Hadi: Saya berundur dulu dan lagi sekali tahniah danterima kasih.

En. Ali: Sama-sama.

11.Siapakah Hadi?

APenemu ramahBPemberitaCPelajar universitiDPelajar ITM

12.Perkataan liputan dalam petikan di atas bermaksud

AlaporanBperbincanganCperbahasanDsanjungan

13.Berikut ialah maklumat yang salah tentang diri Encik Ali?

ABeliau bekas pelajar ITMBBeliau kini belajar dalam negeri dalam bidangkomputerCBeliau telah mereka cipta perisian Solve 2000DBeliau telah mengangkat nama Malaysia di matadunia

14.Mengapakah komputer keluaran lama tidak dapat berfungsi pada 1 Januari 2000?

AKerana komputer itu dijangka rosak secara tiba-tibaBKerana komputer itu tidak dapat membaca padatarikh berkenaanCKerana komputer itu dapat membaca selepas tarikh1999DKerana komputer itu tidak dipasang perisianrekaan Encik Ali

15.Masalah pepijat tahun 2000 akan berlaku kepada

Akomputer dan alat-alat elektrik keluaran lamaBkomputer, perisian lama serta beberapa alatelektrikCperisian dan komputer yang baru dikeluarkansahajaDsemua jenis komputer dan mesin perakam video

....................................................................................................................................................

SOALAN PEMAHAMAN 1Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.55, Jalan Ali 2/8,Taman Dahlia,83200 Kota Tinggi,Johor.18 Ogos 2006.

Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.Saudara,Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga kerana Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model adat istiadat perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh tradisi itu.Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di rumah panjangsejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa keluargadan diketuai oleh Tuai Rumah.Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah keluarga. Di dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan tanju. Tanju digunakan untuk menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai pula ialah tempatberlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain.Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya. Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain.Sekian wassalam.

Sahabatmu,Mira

1. Di manakah Hilmi tinggal?AKota Tinggi, JohorBSarawakCMelakaDResort Ayer Keroh

2. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis perkahwinan itu?AKerana abang Hilmi sukakan tempat itu.BKerana tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.CKerana tiada tempat lain lagi.DKerana tempat itu kediaman keluarga Hilmi.

3. FrasaSemoga berjumpa di lembaran lainmenunjukkanAMira dan Hilmi sering berutus surat.BMira ialah bekas rakan sekolah Hilmi.CMira dan Hilmi mempunyai tali persaudaraan.DMira ialah bekas jiran Hilmi.

4. Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?ANelayanBPenerokaCPegawai KerajaanDPetani

5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis sambutan pelancong itu akan diadakan?ADi petak Tuai RumahBDi ruaiCDi tanjuDDi bilik tamu

SOALAN PERMAHAMAN 2Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Fahmi :Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.

Malik :Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan anak dan isteriku.

Fahmi :Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.

Malik :Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja.

Fahmi :Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku?

Malik :Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau.

Fahmi :Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu.

Malik :Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat.

Fahmi :Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidakentah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,bawa aku sekali.

Malik :Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.

1. Apakah pekerjaan Fahmi dan Malik?APolis MarinBNelayanCPetaniDPenuntut universiti

2. Berapa orangkah ahli keluarga Malik?AEnam orangBEmpat orangCTujuh orangDLima orang

3. Apakah yang berlaku kepada Malik sehari sebelum perbualan di atas?AMalik ditimpa kemalangan jalan raya.BMalik dilanda ombak besar ketika menangkap ikan di laut.b Malik dihalau oleh saudara maranya.DMalik diserang jerung ketika di laut.

4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan Fahmi?AFahmi sangat kaya, manakala Malik sangat miskin.BMereka berdua sangat miskin.CMereka adalah nelayan laut dalam yang kaya.DKais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

5. Pernyataan berikut benar tentang Fahmi,kecualiAFahmi tidak mempunyai anak.BFahmi ialah sahabat baik Malik.CFahmi ialah seorang pemborong ikan.DFahmi ialah seorang yang budiman.

SOALAN PEMAHAMAN 3Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan rumah.Keringatmasih lagi mengalir di dahi.Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah."Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang."Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di tangannya."Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu menuju ke pintu dapur.Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak. Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku katakan pada ibu. Ibu

1. Perkataan keringat dalam petikan di atas bermaksudAtahi lalatBdarahCpeluhDjerawat

2. Apakah pekerjaan ayah penulis?APesawahBPekebun sayurCPembajak sawahDPenoreh getah

3. Apakah punca pendapatan sampingan keluarga penulis?AHasil jualan kuihBHasil jualan buah manggaCHasil jualan padiDHasil upah membajak sawah

4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis,kecualiAPenyayangBBertanggungjawabCPenyabarDSuka menengking

5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas,kecualiAKita mestilah bersabar menghadapi dugaan.BKita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.CKita hendaklah bekerja sambil bersekolah.DKita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.

SOALAN PEMAHAMAN 3Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung,54300 Kuantan,Pahang Darul Makmur._________________________________________________________________________

Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Kuantan,54400 Kuantan,Pahang Darul Makmur. 7JULAI2012

Tuan,

Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan SampahPerkara di atas dirujuki.2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah sekarang.Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat, tetapisekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya dipungutsekali seminggu sahaja.

3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripadasampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjingdan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.

4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanakberiadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.

5. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini.Sekian dimaklumkan,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,Mazlan(MAZLAN ABU BAKAR)

1. Mengapakah surat ini ditulis?AUntuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.BUntuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.CUntuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.DUntuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.

2. Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksudAbersenamBbersembangCberkumpulDberistirehat

3. Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?APengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri TanjungBSetiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri TanjungCPengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran KuantanDYang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

4. Harapan penulis daripada aduan ini adalah agarAlori sampah datang pada waktu malam.Banjing dan kucing liar dapat ditangkap dengan segera.Cmasalah penduduk mendapat perhatian pihak terbabit.Dsampah dapat dikutip setiap hari.

5. Semua pernyataan berikut benar,kecualiAPersatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.BLori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.CMasalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.DKadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.

SOALAN PEMAHAMAN 5Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan perniagaan francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner (DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran Terapung Puteri dekat sini.Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan mampu dieksport ke luar negara.

1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?AMenteri BesarBPengusaha makanan tradisionalCKerajaan NegeriDPelancong asing

2. Apakah matlamat utama kerajaan melancarkan program seperti di atas?AMemajukan industri makanan tradisional.BMenggalakkan kedatangan pelancong asing.CMelariskan Restoran Terapung Puteri.DMempromosikan produk kraftangan Terengganu.

3. Perkataanmempromosikandalam petikan bermaksudAmemartabatkanBmeyakinkanCmengiklankanDmenyelerakan4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha makanan tradisional?AkewanganBpembungkusanCmesin percumaDpenghantaran

5. Apakah harapan Menteri Besar Terengganu dalam petikan di atas?APengusaha makanan Terengganu akan bertambah kaya.BProduk makanan tradisional mampu dieksport ke luar negara.CLebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu.DLebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan.

...........................................................................................................................................................MEMAHAMI PETIKAN CERITA

ARAHAN : BACA PETIKAN DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUTNYA.

Bandar Dungun memang indah. Demikianlah penilaianku selama tiga hari menumpang di rumah kawanku, Ramli. Bandar itu letaknya di pinggir laut. Salah satu pantainya, Pantai Teluk Lipat memanjang hingga ke Tanjung Sura sejauh tiga kilometer.Petang itu aku dan Ramli bersiar-siar di pantai itu. Selari dengan pantai itu terdapat sebatang jalan raya yang lurus.Jalan raya itu berakhir di Tanjung Sura yang berlagun dan dilatari bukit kecil.Kami menapak di pasir pantai yang lembut dan bersih itu sambil melihat orang memancing ikan. Dari situ kami dapat melihat perahu-perahu nelayan keluar masuk ke jeti Kuala Dungun.Jeti itu menjadi pusat pendaratan ikan.Mataku tertumpu kepada pengail-pengail itu. Mereka duduk di atas pelantar jeti lama atau duduk di atas tiang besar itu.Jeti itu tidak digunakan lagi, jelas Ramli. Sebelum ini, jeti itu merupakan tempat pemunggahan bijih besi dari Bukit Besi, sambungnya.Bukit Besi ialah sebuah bandar perlombongan bijih besi. Bandar itu letaknya kira-kira 30 kilometer dari bandar Dungun. Bijih besi dari bandar itu dipunggah ke jeti tersebut menggunakan kereta api.Bijih besi itu dieksport ke luar negara menggunakan kapal. Oleh sebab air laut cetek, kapal-kapal tidak dapat rapat ke tepi jeti itu. Bijih besi terpaksa dipunggah dengan tongkang ke kapal yang berlabuh jauh di laut.Kini bijih besi telah habis dan bandar Bukit Besi telah menjadi bandar mati, kata Ramli.Bagaimana pula dengan landasan kereta apinya? tanya saya.Landasannya telah rosak binasa, balas Ramli.Perkhidmatannya harus dihidupkan kembali untuk menarik minat pelancong, kata saya.Idea yang baik, balas Ramli. Tapi landasannya telahdibongkarorang, tinggal bekasnya sahaja, sambung Ramli.Nampaknya jeti ini sahaja yang masih ada, kataku sambil memandang kepada kumpulan orang yang sedang memancing itu.Tetapi telah uzur benar, lihatlah tiang-tiangnya yang telah senget, malahan banyak yang telah tumbang, tambah Ramli.Sedikit masa lagi semuanya akan berkubur dalam laut, kata saya sambil melihat seorang lelaki tua menyentak kailnya.

1Penulis berpendapat bandar Dungun cantik kerana

Aada jeti lama dan lagunBkedudukannya di tepi lautCmempunyai pantai yang cantikDada jalan raya di tepi pantainya

2Perkataan dibongkar dalam petikan di atas bermaksud

AdicuriBdibukaCdiambilDdirosakkan

3Mengapakah kapal tidak berlabuh di jeti itu?

AKerana air laut dangkalBKerana jeti itu berbahayaCKerana adanya tongkangDKerana kapal berlabuh di tengah laut

4Berikut adalah kenyataan yangBENARtentang tempat-tempat yangdinyatakan dalam petikan di atasKECUALI

ABandar Dungun terletak di tepi lautBKuala Dungun ialah pelabuhan ikanCDungun merupakan pusat utama pendaratan ikanDKereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah dari Bukit Besi keDungun

5Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?

ABukit Besi Bandar BijihBKeindahan Bandar DungunCPercutian Yang MenyeronokkanDDungun Bandar Bersejarah

Latihan pemahaman (2)-->MEMAHAMI RENCANAARAHAN : BACA PETIKAN DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUTNYA. Jalan raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara. Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru dibuka menjadi faktor utama jalan raya dibina di negara kita.Perusahaan ini juga menyebabkan munculnya bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan baru. Pada mulanya, sebelum terbina jalan raya yang berturap tar, jalan tersebut merupakan lorong-lorong di dalam hutan. Jalan itu berlumpur apabila hujan dan berdebu ketika musim kemarau. Kemudian lorong itu bertukar menjadi laluan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan barang-barang ke pengkalan di tepi sungai. Serentak dengan kemajuan perusahaan bijih timah dan getah itu juga jalan raya telah dibina untuk menghubungkan antara bandar-bandar itu. Jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Perlis telah siap dibina pada tahun 1928. Hanya selepas tahun 1945, barulah jalan raya yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan negeri-negeri Pantai Barat siap dibina. Jalan raya dan lebuh raya terus dibina dengan pesat untuk memudahkan perjalanan antara negeri dengan kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan adanya lebuh raya, perjalanan menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Timur - Barat, Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang, Lebuh Raya Kuantan-Segamat dan banyak lagi. Pembinaan jalan raya juga berlaku dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini terdapat tiga batang lebuh raya yang menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di Sabah. Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-Sindumin dan Lebuh Raya Lahad Datu-Semporna. Di Sarawak juga banyak jalan raya baru dibina seperti Jalan Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako dan Jalan Lubuk Antu-Batang Ai.1 Berikut ialah negara di Asia TenggaraKECUALI A Jepun B Thailand C Singapura D Indonesia2 Bagaimanakah keadaan jalan raya sebelum diturap dengan tar? A Jalan itu berlumpur dan berdebu. B Jalan itu merupakan laluan kereta lembu. C Jalan itu letaknya menuju ke tepi sungai. D Jalan itu berupa lorong dalam hutan.3 Pembinaan jalan raya berkait rapat dengan A pertumbuhan bandar-bandar B kemajuan perusahaan bijih timah C kemajuan sesetengah kawasan baru D pembukaan kawasan baru4 Lebuh Raya Utara-Selatan melalui negeri-negeri berikutKECUALI A Johor B Perak C Pahang D Selangor5 Tujuan pembinaan lebuh raya ialah A menghubungkan kawasan baru B memudahkan perjalanan antara negeri C menghubungkan Singapura dengan Perlis D menghubungkan Sarawak dengan Sabah

Latihan pemahaman (3)-->

MEMAHAMI BERITAARAHAN : BACA BERITA DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUTNYA.PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yangberlarutansepanjang malam tadi telah menyebabkan bandar rayaGeorgetowndilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan Jalan Rawak. Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi dengan bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung berkenaan.Mereka ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan. Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit. Akibat banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini menimbulkan masalah kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali yang sedang berlangsung. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu tidak seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar. Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai yang suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah berlaku setiap kali hujan turun. Beliau berharap orang ramai tidakmenuding jarikepada MPPP dalam hal ini. Walau bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir selain daripada masalah sampah.1 Perkataanberlarutandalam petikan bermaksud A semakin lanjut B terus-menerus C berpanjang-panjang D semakin bertambah2 Pihak manakah yang tidak terlibat dalam pemindahan mangsa banjir itu? A Pihak MPPP B Polis marin C Jabatan Pertahanan Awam D Orang kampung3 Apakah kesan banjir itu kepada penganut agama Hindu? A Mereka terpaksa dipindahkan ke sekolah. B Mereka tidak dapat menyambut Deepavali. C Mereka beraya dalam suasana kurang meriah. D Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.4 Berikut ialah punca banjir yang melanda kawasan-kawasan ituKECUALI A sistem perparitan yang kurang baik B aliran air tersekat oleh sampah-sarap C hujan yang turun dengan lebatnya D pengurusan MPPP yang kurang cekap5 Frasa menuding jari bermaksud A menunjuk jari ke arah sesuatu B menuduh pihak tertentu C menfitnah pihak tertentu D membuat kajian terhadap sesuatu