latihan kata adjektif bagi murid lemah

2
Latihan Kata Adjektif Salam semua murid-murid.Hari ini cikgu telah menyiapkan satu latihan untuk diselesaikan oleh murid-murid.Latihan ini sangat mudah dan murid-murid mesti boleh melakukannya.selamat mencuba. B. Garis kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.Pakaian yang tersidai itu masih lembab. 2.Jamilah membalut luka pada kaki adiknya itu dengan menggunakan kain nipis. 3.Gulai kari yang dimasak oleh kakak itu sangat masin. 4.Kamal terpaksa tinggal di hospital selama beberapa hari kerana kakinya patah. 5.”Jangan gunakan pisau yang sumbing itu untuk memotong bawang , “kata ibu kepada Halim. 6.Tiang telefon itu condong kerana dilanggar lori pada petang semalam. 7.”Kita memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan ini,” kata Abu kepada Jamil. 8.Haniza menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak sempena dengan kedatangan keluarganya. 9.Datuk saya yang sudah tidak bergigi itu gemar makan nasi yang dimasak lembik .

Upload: suri

Post on 24-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kata adjektif merupakan sifat bagi sesuatu benda.

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Kata Adjektif bagi murid lemah

Latihan Kata Adjektif

Salam semua murid-murid.Hari ini cikgu telah menyiapkan satu latihan untuk diselesaikan oleh murid-murid.Latihan ini sangat mudah dan murid-murid mesti boleh melakukannya.selamat mencuba.

B. Garis kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.Pakaian yang tersidai itu masih lembab.

2.Jamilah membalut luka pada kaki adiknya itu dengan menggunakan kain nipis.

3.Gulai kari yang dimasak oleh kakak itu sangat masin.

4.Kamal terpaksa tinggal di hospital selama beberapa hari kerana kakinya patah.

5.”Jangan gunakan pisau yang sumbing itu untuk memotong bawang , “kata ibu kepada Halim.

6.Tiang telefon itu condong kerana dilanggar lori pada petang semalam.

7.”Kita memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan ini,” kata Abu kepada Jamil.

8.Haniza menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak sempena dengan kedatangan keluarganya.

9.Datuk saya yang sudah tidak bergigi itu gemar makan nasi yang dimasak lembik .

10.Jam tangan Julia lambat lima belas minit.

11.Ayah memakai baju melayu bewarna biru semasa hendak bersembahyang Jumaat di masjid

12.Kaki kami terasa lenguh setelah berjalan sejauh lima kilometer ke tapak perkhemahan.

Page 2: Latihan Kata Adjektif bagi murid lemah