latih tubi upsr 2015

2
LATIH TUBI UPSR 2015 BAHAGIAN B 1) Soalan: Persatuan Bahasa Melayu seolah a!u telah !en"a#aan $e! Mot%&as% #% suatu te!'at yan" !enar%( Tul%san la'oran tentan" e! terse ut( RANGKA KARANGAN Pendahuluan: Hari - Kem Motivasi 2007 - murid tahun enam - nama tempat Isi-isi Penting a! tiga hari dua malam - tu"uan - mening#at#an sahsiah dan #e$a#inan murid di tahun enam %! tumpuan - murid-murid tahun enam - persediaan mental dan &'i#al se%elum (P)R *! a#tiviti - #ursus dan %eng#el - te#ni# men"a+a% soalan - te#ni# pem%ela"aran %er#esan , pen*eramah luar d! a#tiviti luar dar"ah - lasa# - memupu# semangat perpaduan dan #er"asama Penutup murid $ang *emerlang - seim%ang - rohani dan "asmani , harapan , %er#esan untu# %er"a$a 2) Saha at 'ena an#a %n"%n !en"etahu% tentan" at%&%t% yan" an#a lauan se!asa *ut% seolah( Balas surat saha at 'ena an#a %tu( Rang#a Karangan Pendahuluan %ertan$a#an #ha%arn$a - suratn$a telah diterima - mengu*ap#an terima #asih Isi-isi Penting a! Men$ertai per#hemahan $ang dian"ur#an oleh Pasu#an Penga#ap - dua hari satu malam %! tugas di%ahagi#an sama rata , %e#er"asama mem%ersih#an tapa# #hemah - mendiri#an #hemah - pada se%elah malam diada#an a*ara #e%uda$aan *! hari #edua - a#tiviti men$e%erangi sungai dengan seutas tali merang#a# di %a+ah pagar %erduri - %ertu"uan mengu"i #etahanan diri peserta d! %an$a# .aedah $ang diperoleh - +a"ar diada#an pada musim *uti se#olah Penutup %er#irim salam #epada #eluargan$a

Upload: sitifauziah

Post on 04-Nov-2015

103 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsr

TRANSCRIPT

LATIH TUBI UPSR 2015

BAHAGIAN B

1) Soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Kem Motivasi di suatu tempat yang menarik. Tuliskan laporan tentang kem tersebut.

RANGKA KARANGAN Pendahuluan: Hari - Kem Motivasi 2007 - murid tahun enam - nama tempat

Isi-isi Penting (a) tiga hari dua malam - tujuan - meningkatkan sahsiah dan keyakinan murid di tahun enam (b) tumpuan - murid-murid tahun enam - persediaan mental dan fizikal sebelum UPSR (c) aktiviti - kursus dan bengkel - teknik menjawab soalan - teknik pembelajaran berkesan penceramah luar (d) aktiviti luar darjah - lasak - memupuk semangat perpaduan dan kerjasama

Penutup murid yang cemerlang - seimbang - rohani dan jasmani harapan berkesan untuk berjaya

2) Sahabat pena anda ingin mengetahui tentang aktiviti yang anda lakukan semasa cuti sekolah. Balas surat sahabat pena anda itu.

Rangka Karangan

Pendahuluan bertanyakan khabarnya - suratnya telah diterima - mengucapkan terima kasih

Isi-isi Penting (a) Menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap - dua hari satu malam (b) tugas dibahagikan sama rata bekerjasama membersihkan tapak khemah - mendirikan khemah - pada sebelah malam diadakan acara kebudayaan (c) hari kedua - aktiviti menyeberangi sungai dengan seutas tali, merangkak di bawah pagar berduri - bertujuan menguji ketahanan diri peserta (d) banyak faedah yang diperoleh - wajar diadakan pada musim cuti sekolah

Penutup berkirim salam kepada keluarganya

BAHAGIAN C

1) Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa pulang daripada menjalani latihan sukan, Hasnul terjumpa sebuah telefon bimbit di tepi jalan. Telefon bimbit itu masih baik dan masih boleh berfungsi. Dia membawa telefon bimbit itu pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, dia menceritakan tentang telefon bimbit yang dijumpainya kepada ayahnya. Setelah melihat telefon bimbit tersebut, ayah Hasnul mencadangkan agar telefon bimbit tersebut diserahkan kepada pihak polis. Mereka menghantar telefon bimbit tersebut ke balai polis yang berhampiran. Pihak polis yang menerima telefon bimbit itu mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Pegawai polis itu meminta maklumat Hasnul bagi memudahkan urusan komunikasi.Keesokan harinya, Hasnul dipanggil oleh Guru Besar. Seorang lelaki ingin berjumpa dengannya. Lelaki itu adalah pemilik telefon bimbit yang dijumpai Hasnul. Lelaki itu memberi hadiah dan mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Guru Besar juga sangat berbangga dengan sikap jujur Hasnul. Sikap jujur Hasnul itu telah mengharumkan nama sekolahnya

2) Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan kawan-kawan saya terperangkap dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah untuk tumpang berteduh. Tuan rumah itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami masuk ke rumahnya. Dia berbual-bual mesra dengan kami. Dia memuji sikap kami yang tidak meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan diikuti dengan guruh yang sabung-menyabung.Keadaan sebegini boleh menyebabkan kemalangan, katanya lagi. Pak Abu dengan murah hati menjamu kami minum petang dan hidangan pisang goreng. Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan terima kasih atas budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra walaupun kami bersua dengannya lebih kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami dapat rasakan kemesraan yang ditujukkkan oleh Pak Abu seolah-olah beliau mengenali kami sudah begitu lama. Inilah agaknya yang dikatakan orang hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.