laporan teknikal

79
1 BAB I PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan Latihan Industri (LI) atau 'Practical Training' selama 20 minggu (5 bulan) adalah diwajibkan kepada semua pelajar di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) serta semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kursus Latihan Industri merupakan kursus yang WAJIB lulus oleh setiap pelajar Politeknik. Selama tempoh tersebut, pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta dan akan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar program Diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) akan

Upload: iyad-mazlan

Post on 04-Feb-2016

1.181 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

laporan akhir latihan paraktikal

TRANSCRIPT

Page 1: laporan teknikal

1

BAB I

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan Industri (LI) atau 'Practical Training' selama 20 minggu (5 bulan) adalah

diwajibkan kepada semua pelajar di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) serta semua

pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kursus Latihan Industri

merupakan kursus yang WAJIB lulus oleh setiap pelajar Politeknik. Selama tempoh

tersebut, pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta dan akan

didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar.

Pelajar program Diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di Politeknik

Merlimau Melaka (PMM) akan menjalani Latihan Industri pada semester akhir (LISA)

kecuali bagi program DTK Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang akan

menjalani Latihan Industri pada semester empat (LISE).

Page 2: laporan teknikal

2

Penempatan untuk latihan hanya akan dilakukan sekiranya pelajar memenuhi

syarat lulus peperiksaan akhir semester dengan jam kredit terkumpul sebanyak 42 jam

kredit (LISE). Manakala bagi LISA pula penempatan hanya akan dilakukan apabila

pelajar telah lulus semua kursus.

Semasa Latihan Industri, lawatan penyeliaan akan dilakukan oleh pensyarah/

pegawai perhubungan & latihan industri untuk memantau perkembangan dan kemajuan

pelajar di samping memberi peluang kepada firma dan politeknik untuk berbincang

mengenai pelbagai isu berkaitan dengan Latihan Industri pelajar.

Para pelajar juga dikehendaki melengkapkan Refleksi Jurnal dan disahkan oleh

penyelia pada setiap minggu. Setelah tamat latihan, pelejar dikehendaki menulis laporan

lengkap mengenai latihan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan serta membuat

persediaan rapi untuk sesi pembentangan kepada pensyarah penilai.

Page 3: laporan teknikal

3

1.2 Objektif Latihan Industri

Terdapat objektif-objektif yang dapat dimanfaatkan oleh penuntut semasa menjalani

Latihan Industri ini. Di antara objektif Latihan Industri adalah seperti berikut:

i. Professional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan

kaedah-kaedah di dalam organisasi.

ii. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat di firma.

iii. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat

kerja.

iv. Mengamalkan cara bekerja secara berpasukan.

v. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan mengikut format yang

ditetapkan

vi. Menyuntik semangat pelajar untuk lebih minat menceburi bidang yang

diceburi.

Page 4: laporan teknikal

4

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan

industri yang dijalankan sepanjang semester itu . laporan ini mengenai catatan latihan

teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan

industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan

latihan industri:-

i. Laporan latihan industri ini dapat memudahkan pensyarah kerja atau

aktiviti pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.

ii. Membantu pegawai organisasi menilai setiap latihan pelajar yang

menjalani latihan industri ditempat mereka.

iii. Menerangkan secara terperinci setiap langkah yang dilakukan ketika

teknikal.

iv. Dapat merekod atau catat apa yang dilakukan ketika latihan teknikal

dilakukan.

v. Dapat dijadikan bahan rujukan selepas sahaja tamat latihan industri.

Supaya ilmu yang diperlajari tidak di sia-sia begitu sahaja.

vi. Dapat mempraktikan apa yang dipelajari dari semester 1 hingga 3.

Page 5: laporan teknikal

5

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Menjalani latihan industri merupakan pekara yang wajib disempurnakan oleh pelajar

politeknik yang mengikuti apa jua jenis program Diploma. Bagi program DTK Diploma

Kejuruteraan Elektronik (Komputer), wajib menjalani latihan industri pada semester ke

empat (4).

Semasa menjalani Latihan Industri selama 20 minggu (5 bulan), pelajar bukan

sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori

dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara

teori dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri ini juga pelajar dapat

mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar.

Latihan industri juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai

pekerja selepas menamatkan pelajarannya. Latihan industry ini merupakan pendedahan

awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam

dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal

menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja

yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

Latihan industri ini juga penting supaya pelajar tidak takut untuk menghadapi

sebarang kesilapan ketika melakukan kerja. Ini kerana sekiranya pelajar berkenaan telah

melakukan kesilapan, pelajar akan belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak akan

mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Page 6: laporan teknikal

6

BAB II

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

Zul dotCom (ZDC) telah ditubuhkan pada 28hb. Mac 2000 oleh Tn. Hj. Zulkarnain Bin

Hj. Sahat. Dengan dibantu oleh Penolong Pengurus Induk iaitu Cik Norazila binti Abd.

Latif dan Penolong Pengurus Cawangan Cik Ramzuzarina binti Hj Kesmiran dan

seorang Juruteknik En. Abd Halim bin Hj Ahmad. Syarikat ini telah memulakan

operasinya secara rasmi pada 1hb. Mei 2000.

Pada 1hb. Januari 2002 syarikat ini telah ditadbir dengan sepenuhnya oleh Tn.

Hj. Zulkarnain bin Hj. Sahat. Pada masa sekarang beliau merupakan seorang Pengurus

dimana beliau telah dibantu 2 kerani dan 2 juruteknik. 2orang perkerja sebagai Kerani

dan Guru Pengajar. Selain daripada itu syarikat ini juga mempunyai 2 orang juruteknik

yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih komputer. Ada juga

perkerja juruteknik sambilan seramai 4 orang.

Page 7: laporan teknikal

7

Secara keseluruhannya syarikat ini ialah sebuah syarikat perkhidmatan komputer

yang baru berkembang naik selaras dengan perkembangan teknologi sekarang. Syarikat

ini adalah merupakan syarikat 100% milik bumiputera.

2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

2.2.1 Sejarah Awal Perniagaan

Tn. Hj. Zulkarnain bin Hj. Sahat memulakan perniagaan komputer ini pada 11hb.

November 1998, diatas nama perniagaan PBE Computer Mart. Walau bagaimanapun,

nama perniagaan tersebut ditukarkan kepada nama MS-Zul Enterprise pada 1hb.

November 1999. Pada awal penubuhannya, perniagaan ini memakan modal permulaan

sebanyak RM25,000.00 iaitu wang simpanan beliau sendiri dan pinjaman bank CGC.

Pejabat Utama MS-Zul Enterprise merupakan bangunan yang disewa daripada

seorang perniaga berbangsa Cina dengan bayaran sewa RM320.00 sebulan di Sungai

Mati. Manakala pejabat cawangan pula disewa dengan bayaran sewa RM180.00 sebulan

di Bukit Gambir. Oleh kerana pejabat cawangan ini terletak di dalam bangunan kayu,

adalah dirasakan tidak sesuai dengan jenis perniagaan yang dijalankan. Berikut adalah

latar belakang perniagaan beliau terkini atas nama Syarikat ZUL DOT COM:

Page 8: laporan teknikal

8

Nama Perniagaan : ZUL DOT COM

No. Pendaftaran Syarikat : MA 0034880 H

Bentuk Perniagaan : Pemilik Tunggal

Alamat Perniagaan Utama : No. 95, Pekan Sungai Mati,

84400 Ledang, Johor Darul Takzim.

Cawangan Muar : No. 2, Taman Bunga Raya,

Jalan Temenggong Ahmad,

84000 Muar, Johor Darul Takzim.

Cawangan Selangor : No. 33, Jalan ST 1C/6, Medan 88,

Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang,

Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Kuantan : A 3196, Lorong Kubang Buaya 88,

25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

2.2.2 Latar Belakang Pemilik

Beliau berasal dari sebuah keluarga usahawan di mana kebanyakan ahli keluarga beliau

adalah usahawan ataupun ahli perniagaan. Ini disebabkan galakkan daripada ibubapa

dan ahli keluarga yang sejak dari awal adalah pengusaha sebuah kedai makan. Dari

sinilah beliau dan adik-beradiknya didedahkan dalam bidang keusahawanan. Berikut

adalah beberapa maklumat yang berkaitan dengan beliau:

Page 9: laporan teknikal

9

Nama : HJ. ZULKARNAIN BIN HJ. SAHAT

No. K/P : A 2188644 ( Lama )

720318 - 01 - 5989 ( Baru )

Alamat Utama : No. 1, Gerai Bersaudara, 84400 Sungai Mati,

Ledang, Johor Darul Ta’azim.

No. Sijil Kewangan : 357 - 01020015 ( Taraf Bumiputera )

No. Telefon : 606 - 975 3303 & 975 1733

No. Bimbit (hp) : 012 - 631 2646

E-mail : [email protected]

Pendidikan :

i. Diploma Information Technology Computer di North Western Alliance of

Higher Education USA.

ii. Diploma Busines Study & Management UKM.

iii. Sijil Lotus 123 di Ekbase Computer Johor Baharu.

iv. Sijil Latihan Microsoft Office di Pusat CMC PEKOMBEJ.

Kemahiran dan Latihan:

i. Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemasaran.

ii. Kursus Pra Keusahawanan.

iii. Kursus Bengkel E-Dagang di Graha UMNO Melaka.

iv. Seminar IT oleh MARA Negeri Johor.

Kelab dan Persatuan :

i. AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang.

ii. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sg. Mati.

iii. AJK UMNO Cawangan Sg. Mati.

iv. AJK Belia 4B Kawasan Parlimen Ledang Johor.

Page 10: laporan teknikal

10

2.3 Aktiviti Organisasi

Perniagaan Zul Dot Com (ZDC) melakukan pelbagai aktiviti perniagaan seperti:

i. Perkhidmatan & Service Komputer & Baikpulis Komputer (Maintainent)

ii. Latihan/Kelas Komputer:

a) Kelas Belajar Microsoft Office.

b) Kelas Latihan membuat Pembangunan Laman Web.

c) Kelas Rangkaian (Network) dan Internet.

d) Kelas Baikpulih komputer (Maintainent).

iii. Menjual Komputer & Membekal Komputer

iv. Aksesori dan Peralatan Komputer

v. Kertas dan Alatulis komputer

vi. Peralatan Perisian Komputer

vii. Peralatan Elektrik

viii. Kemudahan Digital Awam

ix. Alat Perhubungan & Telekomunikasi

x. Alat Hawa Dingin & Alat Cegar Kebakaran

xi. Peralatan Kejuruteraan & Pertanian

xii. Mesin Pejabat & Bengkel

xiii. kelengkapan Bengkel & Pejabat

xiv. Mesin Kejuruteraan Awam & Bengkel

xv. Pealatan & Perabot Pejabat

xvi. Perkhidmatan Perdaftaran Perniagaan:

a) Lesen Perniagaan.

b) Lesen Majlis Daerah.

c) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (ePerolehan).

d) Perkhidmatan Dalam Pembuat ePerolehan.

e) Perkhidmatan Kad Pintar (My Card) ePerolehan.

Page 11: laporan teknikal

11

2.4 Halatuju Organisasi

Syarikat Zul Dot Com (ZDC) mempunyai halatuju yang tersendiri . Halatuju ini

termaktub dalam Visi, Misi dan Motto.

2.4.1 Visi

Syarikat kami akan berusaha memberi perkhidmatan dan menyelesaikan semua masalah

teknikal yang berkaitan dengan komputer kepada semua pelanggan.

2.4.2 Misi

Zul Dot Com akan menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang berjaya memuaskan hati

pelanggan dalam penjualan produk ICT dan perkhidmatan penyelenggaraan komputer.

2.4.3 Motto

Pihak Syarikat ada mempunyai slogan sebagai motto perniagaan syarikat kami iaitu

“BERKHIDMAT MENUJU KE ARAH TEKNOLOGI“.

2.5 Carta Organisasi

Page 12: laporan teknikal

12

Pada masa sekarang ZDC mempunyai 10 orang kakitangan yang cukup mahir dan

berpengalaman di dalam perkhidmatan perniagaan ini. Mereka yang dimaksudkan ialah:

Page 13: laporan teknikal

13

Page 14: laporan teknikal

14

BAB III

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Latihan industri yang dijalankan di syarikat Zul Dot Com (ZDC) ini telah memberi

pengalaman serta suatu peluang yang berguna kepada saya kerana ianya merupakan satu

firma atau syarikat yang kukuh dan dikenali masyarakat setempat.

Syarikat yang berpontensi besar ini banyak membantu saya mempelajari

pelbagai ilmu pengetahuan kerana perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan

berbeza-beza sekaligus meningkatkan kemahiran saya untuk melakukan pelbagai

tugasan baru. Latihan di sini juga membolehkan saya sentiasa mempelajari sesuatu ilmu

pengetahuan yang baru kerana tidak terikat dengan suatu tugasan sahaja malah

memerlukan saya melakukan pelbagai kerja seperti menaip, burn CD, mencari bahan di

dalam internet, mencetak dan sebagainya.

Di akhir latihan industri saya, saya lebih berkemahiran dalam melakukan segala

jenis tugasan serta dapat menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan cermat.

Page 15: laporan teknikal

15

Berikut merupakan jadual waktu bekerja sayasepanjang menjalani latihan

industri disini :

Hari Waktu Bekerja

Ahad - Khamis 9.00 pagi – 5.00 petang

Rehat 1.00 petang – 2.00 petang

Jadual 3.1: Waktu Menjalani Latihan Industri

Nota : Sekiranya waktu bekerja lebih daripada waktu bekerja yang ditetapkan, syarikat

akan menganggap sebagai “ot”.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Berikut adalah ringkasan aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang menjalani latihan

industri di syarikat Zul Dot Com (ZDC):

i. Minggu 1 dan 2. (21/06/2015 - 02/07/2015)

a) Mula melapor diri di syarikat Zul Dot Com (ZDC).

b) Berkenalan dengan pegawai-pegawai syarikat ZDC.

c) Mendengar beberapa taklimat daripada pegawai yang mengendalikan

pelajar latihan industri seperti peraturan syarikat dan sebagainya.

d) Memasang perisian di komputer riba baru.

e) Menetapkan semula (reset) komputer jenama HP.

f) Menetapkan tetapan pada windows 8 yang baru selesai di format.

g) Format komputer riba Acer Aspire 4738 (windows 7).

h) Burn fail pada cd/dvd.

i) Mengambil laptop daripada pembekal.

j) Servis komputer di SMK Sri Tangkak.

k) Format PC Acer.

Page 16: laporan teknikal

16

ii. Minggu 3 dan 4. (05/07/2015 – 14/07/2015)

a) Memasang perisian printer Canon MP140.

b) Recovery windows 7.

c) Membuang perisian-perisian yang tidak penting atau tidak digunakan.

d) Memasang PC baru untuk pelanggan.

e) Menambah RAM komputer riba (2GB DDR3).

f) Menghantar ink dan toner di MDT.

g) Mengambil barang komputer daripada pembekal.

iii. Minggu 5 dan 6. (19/07/2015 – 30/07/2015)

a) Memasang perisian untuk wireless LAN komputer riba.

b) Memasang perisian di koputer baru di format.

c) Format komputer riba Acer Aspire (windows 7).

d) Membaik pulih akaun pengguna windows 7.

e) Servis printer yang tidak hidup.

f) Memasang perisian anti virus di komputer riba baru.

g) Format PC Acer.

h) Menghantar ink printer di SMK Tengku Mahmud.

iv. Minggu 7 dan 8. (02/08/2015 – 13/08/2015)

a) Format komputer riba Acer Aspire (windows 7).

b) Memasang perisian anti virus (Kaspersky).

c) Factory reset windows 7 komputer riba.

d) Menukar Hard Disk komputer riba.

e) Factory reset PC windows 8.

f) Menganti keyboard komputer riba.

g) Menukar bateri CMOS PC.

h) Format komputer riba Dell (windows 7).

i) Memasang Graphic Card di PC.

j) Memasang connecter RJ45 pada kabel UTP (straight).

Page 17: laporan teknikal

17

v. Minggu 9 dan 10. (16/08/2015 – 27/08/2015)

a) Menambah RAM PC (4GB DDR3).

b) Factory reset windows 7 PC.

c) Membuang perisian yang tidak penting.

d) Factory reset windows 7 komputer riba Acer.

e) Memasang perisian anti virus (Kaspersky).

f) Menukar bateri CMOS komputer riba.

g) Membuang virus shortcut dalam pendrive.

h) Format komputer riba lenovo (windows 7).

vi. Minggu 11 dan 12. (30/08/2015 – 10/09/2015)

a) Servis printer.

b) Mengganti LCD screen komputer riba.

c) Factory reset windows 7 komputer riba Acer.

d) Memasang perisian Microsoft Office 2007.

e) Menukar power supply PC.

f) Memasang perisian pada komputer riba yang baru di format.

g) Membuang perisian tidak penting.

h) Menukar wireless card komputer riba.

i) Burn file to dvd.

vii. Minggu 13 dan 14. (13/09/2015 – 23/09/2015)

a) Menukar keyboard komputer riba Asus.

b) Format komputer riba Ben Q (windows 7).

c) Menukar hard disk PC.

d) Factory reset windows 7 (komputer riba Acer).

e) Memasang perisian anti virus (Kaspersky).

f) Memasang perisian-perisian di komputer riba.

g) Format komputer riba Acer.

h) Membayar duit KWSP di KWSP Muar.

Page 18: laporan teknikal

18

viii. Minggu 15 dan 16. (27/09/2015 – 08/10/2015)

a) Reset windows 8 (komputer riba Acer).

b) Facotry reset windows 7 (komputer riba Acer).

c) Membuat tetapan untuk kongsi fail di rangkaian (windows 7).

d) Reflow graphics processing unit (komputer riba).

e) Memasang perisian anti virus (Kaspersky).

f) Reset counter printer canon MP145 (E27).

g) Menukar RAM PC (8GB DDR3).

h) Memasang PCI LAN card di PC.

i) Memasang solid state drive di PC.

ix. Minggu 17 dan 18. (11/10/2015 – 22/10/2015)

a) Memasang PC baru untuk pelanggan.

b) Memasang modem baru di pejabat pertanian Ledang.

c) Servis PC di pejabat UMNO Ledang.

d) Servis printer di JPPH Muar.

e) Membersihkan habuk dalam perumah PC.

f) Menukar network card PC.

g) Menukar power supply PC.

h) Update perisian anti virus dan scan virus di PC.

x. Minggu 19 dan 20. (25/10/2015 – 05/11/2015)

a) Format komputer riba Acer.

b) Memasang perisian antivirus (kaspersky).

c) Memasang perisian adobe photoshop.

d) Servis printer.

e) Reset windows 8.

f) Memasang perisian microsoft office 2010.

g) Memasang penambahan SSD di komputer riba.

h) Menukar skrin LED komputer riba.

Page 19: laporan teknikal

19

BAB IV

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

4.1.1 Pengenalan Komputer

Komputer merupakan satu alat yang amat penting pada masa kini. Ia banyak digunakan

untuk membantu manusia. Ia mampu melaksanakan berjuta-juta arahan dalam masa

yang singkat dan membantu mempercepatkan urusan yang berkaitan dengannya.

Komputer secara dasarnya adalah suatu alat elektronik yang terdiri

daripada komponen-komponen dan litar-litar elektronik serta peranti-peranti

masukan dan keluaran yang mempunyai tugas-tugas tertentu di mana setiap

perkakasan ini memerlukan antara satu sama lain untuk beroperasi. Ia boleh

dikatakan satu mesin yang menyerupai manusia kerana ia mempunyai memori

yang sama seperti daya ingatan manusia, mikropemproses yang sama seperti

Page 20: laporan teknikal

20

otak manusia, unit masukan yang sama seperti deria manusia dan unit keluaran

yang sama seperti daya tindakan manusia.

Page 21: laporan teknikal

21

Pada masa kini terdapat banyak jenis komputer di dunia ini seperti

mikrokomputer, minikomputer, pelayan atau server, alat pendigit, super

komputer dan sebagainya. Walaubagaimanapun kebanyakkan sistem komputer

yang ada pada masa kini adalah berasaskan sistem untuk kegunaan peribadi

ataupun pejabat yang mana ia lebih dikenali sebagai komputer peribadi

(personal Computer-pc). Sistem komputer ini adalah lebih murah dan amat

mudah untuk digunakan serta menjadi pilihan utama kebanyakkan pengguna

komputer.

4.1.2 Komponen Komputer

Hardware atau dalam bahasa melayu adalah perkakasan. Hardware merujuk kepada

komponen komputer yang boleh dipegang atau disentuh. Peralatan komputer seperti

papan kekunci atau keyboard, mouse, modem, monitor, casing, speaker, scanner, hard

disk, CD-ROM di kelaskan sebagai perkakasan. Selain dari perkakasan luaran,

komponen-komponen seperti cip memori, CPU, papan ibu, kad bunyi, kad grafik, kad

pemecut grafik, kad SCSI juga dikelaskan sebagai perkakasan.

4.1.3 Pemprosesan (Unit Sistem)

Unit sistem terdiri daripada memori utama RAM (Random Access Memori) yang mana

sesuatu data tersebut akan hilang apabila ditutup (off). Ini termasuklah peralatan

elektronik yang lainnya seperti modem dan fax. Komputer memperlihatkan data yang

disimpan dalam bentuk digital melalui penglibatan dua jenis kod berpiawai. Kod-kod

tersebut ialah Kod EBCDIC (Extended Binary Loded Decinual Interchange Code) dan

Kod ASCII (Am Stand-lode for Inf. Interchange).

Page 22: laporan teknikal

22

Apabila medan-medan maklumat digabungkan, akan berlaku pula proses

pembentukan fail. Pengabungan kesemua fail-fail ini akan membentuk sebuah

pangkalan data (Data Base). Manakala pengabungan pangkalan-pangkalan data ini pula

akan membentuk sebuah Bank Data.

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) merupakan sebuah sistem yang terdiri daripada

dua komponen. Unit Kawalan adalah komponen yang pertama yang berkeupayaan

untuk mengkordinasikan serta mengawal kesemua bahagian di dalam sistem komputer.

Di samping itu, ia juga berfungsi untuk mengawal proses pengaliran data dan program

data (keluar dan masuk) dari RAM. Proses ini melibatkan agenda membaca, mentafsir,

register barulah sesuatu arahan tersebut dijalankan.

Unit Aritmetik / logik merupakan komponen yang kedua yang menjalankan

pengoperasian sebenar aritmetik dan logik. Dalam erti kata lain, ia memproses

pengoperasian matematik seperti operasi bahagi, darab, tolak, tambah dan lain-lain.

Selain itu ia juga menjalankan operasi logik akal manusia seperti sistem perbandingan.

Contohnya perbandingan di antara huruf Q dengan Y, angka 8 dengan 15 dan sebagai

berdasarkan kepada sistem kod seperti 100011,0000110,10100 atau sebagainya. Tetapi

ia hanya melibatkan kod I dan 0 sahaja.

4.1.4 Memori

Memori merupakan bagian dari komputer yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan

informasi yang mesti dijaga dengan sebaik-baiknya. Memori juga disebut dengan istilah

computer storage, computer memory atau memory yang merupakan peranti komputer

yang digunakan sebagai media penyimpan data dan maklumat semasa menggunakan

komputer.

Page 23: laporan teknikal

23

Memory merupakan bagian yang penting dalam komputer dan terletak di dalam

CPU (Central Processing Unit). Sebagian besar komputer memiliki hirarki memori yang

terdiri daripada tiga peringkat, iaitu:

i. Physical Register di CPU, berada di peringkat teratas. Maklumat yang berada di

register dapat diakses dalam satu clock cycle CPU.

ii. Primary Memory (executable memory), berada di peringkat pertengahan.

Contohnya, RAM. Primary Memory diukur dengan satu byte dalam satu waktu,

secara relatifnya dapat diakses dengan cepat, dan bersifat tidak tetap (maklumat

akan hilang apabila komputer dimatikan).

iii. Secondary Memory, berada di peringkat bawah. Contohnya, disk. Secondary

Memory diukur sebagai kumpulan dari bytes (block of bytes), aksesnya lambat,

dan bersifat non-volatile (maklumat tetap dan tersimpan ketika komputer

dimatikan).

Terdapat dua jenis memori di komputer iaitu:

a. RAM (Random Access Memory) capaian memori jenis ini menyimpan data dan

arahan yang akan dilaksanakan secara sementara. Ia bersifat meruap (volatile) iaitu

kandungan ingatannya akan terhapus sekiranya tiada arus elektrik. RAM terdiri

daripada dua jenis iaitu Statik RAM (SRAM) dan Dynamic Ram (DRAM). Ukuran

muatan bergantung kepada jumlah bait yang boleh disimpan. Contohnya 8MB, 16MB,

32MB, 64MB, 128MB dan sebagainya.

b. ROM bermaksud ingatan baca sahaja (read only memory) adalah satu

ingatan kekal yang mengandungi arahan operasi komputer. Misalnya, arahan yang

disimpan di dalam ROM akan memberitahu komputer bagaimana untuk mengenal

sesuatu kunci keyboard yang ditekan dan bagaimana untuk memaparkan di skrin. ROM

juga menyimpan program sistem operasi tahap rendah, di mana ia digunakan untuk

POST dan boot komputer.

Page 24: laporan teknikal

24

RAM mempunyai beberapa jenis yang berbeza bentuk, diantaranya (Rajah 1)

Rajah 4.1.4.1: RAM

4.1.5 Motherboard (Papan Induk)

Papan induk merupakan bahagian utama komputer dimana kesemua perkakasan akan

disambungkan rnelalui papan induk agar kesemua perkakasan dapat berkomunikasi

sebelum ianya dapat melaksanakan fungsi sesebuah komputer.

Papan induk (Mathoerboard) juga merupakan jantung bagi setiap komputer.

Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahagian bawah casis unit

system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan "fiberglass" yang

berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang,

kapasitor dan litar elektronik (electronic).

Page 25: laporan teknikal

25

4.1.6 Pemacu Cakera Keras (Hard disk)

Hard disk adalah media storan utama sebuah komputer. Semua perisian dan data

disimpan di dalam hard disk. Hard disk berbeza dan memori di mana hard disk

menyimpan sesuatu data secara kekal. Ingatan pada hard disk tidak akan terpadam

dengan mematikan komputer.

Faktor ukuran adalah kelajuan (dalam unit rpm), kapasiti (dalam unit Mb / Gb /

Tb) dan protokol ATA (ATA-33 / ATA-66 / ATA 100). Ada dua jenis hard disk utama

iaitu IDE dan SCSI. Kelebihan SCSI berbanding IDE ialah beberapa SCSI boleh

beroperasi serentak secara berasingan. Bagi penguna PC, hard disk IDE adalah lebih

sesuai kerana lebih ekonomi.

Pemacu cakera keras dikatakan bersifat semipermanent kerana dengan memberi

arahan tertentu, arahan dan data di dalamnya boleh dihapuskan. Contoh: Delete. Pemacu

cakera boleh untuk menyimpan arahan dan data yang banyak kerana ia mempunyai

ruang kapasiti yang besar.

4.1.7 Cd-Rom

Selain pemacu cakera liut 3.5 inci, kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan

pemacu CD-ROM. Berbanding dengan pemacu cakera liut, pemacu CD-ROM dapat

menyimpan sejumlah data yang besar sehingga 650 MB. Bagaimanapun pengguna

hanya boleh membaca isi kandungan CD-ROM dan tidak boleh menulis ke atasnya.

Kelajuan pemacu (biasanya dilabel sebagai 4X, 6X, 8X, 10X, 16X, 20X, 24X, 40X,

50X) dikira berdasarkan pusingan.

Page 26: laporan teknikal

26

4.1.8 Kad Bunyi (Sound Card)

Kad bunyi pula digunakan untuk menukar gelombang digital kepada analog dan

kemudian dihantar ke speaker. Kualiti kad bunyi pada hari ini adalah lebib baik dari

dahulu. Ukuran sesuatu kad bunyi ditentukan oleh kualiti bunyi yang disokong, ciri

binaan seperti wavetable dan 3D, dan lebar bit (16bit. 64bit, 128bit). Bagi pengunaan

biasa kad bunyi 16bit adalah mencukupi. Jika anda mahu dapatkan kualiti bunyi MIDI

yang lebih baik, dapatkan kad bunyi dengan wavetable dan sokongan bunyi 3D.

4.1.9 Kad Grafik

Kad grafik digunakan untuk menukar isyarat digital kepada analog supaya sesuatu imej

boleh dipaparkan di skrin monitor (Rajah 7).Kad pemecut grafik pula bertindak

mempercepatkan proses penukaran isyarat imej digital (termasuk objek 3D seperti

poligon). Pada hari ini, kebanyakkan kad grafik mengunakan protokol AGP.

4.1.10 Kad Paparan (Display Card)

Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah

komputer. Kad Paparan (Rajah 8) adalah alat yang menghubungkan antara Papan

Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai Banyak

jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan

bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula

bergantung kepada memori kad tersebut

Page 27: laporan teknikal

27

4.1.11 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) merupakan alat yang digunakan sebagai

tempat menulis dan membaca sahaja daripada cakera liut (Floppy Disk) tetapi Cakera

Liut terhad untuk menyimpan data kerana saiznya yang kecil hanya 1.44MB sahaja.

Struktur dalaman pemacu cakera liut mempunyai banyak persamaan dengan struktur

dalaman cakera keras , ia mempunyai bahagian asas yang sama. Kebanyakkan pemacu

cakera keras mempunyai 2 kepala iaitu BACA/TULIS (READ/WRITE) satu kepala

digunakan untuk menulis dan memadam data manakala satu kepala lagi digunakan

untuk membaca data.

4.1.12 Modem

Modem kad berfungsi sebagai alat untuk kita menghubungi atau menggunakan Internet.

Selain melibatkan penggunaan MODEM ini, untuk mengubungi atau menggunakan

Internet satu lagi alatan yang penting adalah talian Telefon, dimana setelah adanya

talian telefon barulah kita dapat menghubungi internet. Modem terbahagi kepada dua

jenis iaitu Modem internel (DaIaman-Rajah 2) dan Modem Externel (Luaran-Rajah 3).

Rajah 4.1.12.1 Rajah 4.1.12.2

Page 28: laporan teknikal

28

4.2 Penyelenggaraan, Pemasangan & Baik Pulih Sistem Komputer

Setiap barangan yang dicipta oleh manusia tidak boleh dielakkan daripada mengalami

kerosakan pada sistem pengoperasiannya. Komputer Juga tidak dapat dielakkan

daripada mengalami kerosakkan. Oleh itu terdapat pelbagai cara untuk pengguna

komputer itu mengesan dan menyelesaikan masalah yang timbul pada komputer yang

digunakan. Seseorang itu perlulah menitik beratkan beberapa perkara penting untuk

memastikan bahawa komputer yang ingin dibaikpulih itu akan dapat dibaikpulihkan

dalam jangka masa dan tempoh yang ditetapkan.

Dalam melakukan pembaik pulihan komputer juga, seseorang itu perlulah

merujuk kepada buku baik pulih komputer yang ada di pasaran, untuk tujuan membantu

kerja-kerja baik pulih komputer. Buku rujukan ini boleh dianggap sebagai keperluan

yang penting bagi membantu serta sebagai penunjuk dalam membaik pulih computer

yang menghadapi masalah untuk beroperasi. Disamping membantu ia juga dapat

menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam penyelenggaraan sistem komputer. Buku

baik pulih komputer juga amat perlu kerana setiap komponen computer sentiasa

berubah teknologinya daripada keluaran yang terdahulu.

4.2.1 Format Komputer Dan Memasang (install) Windows.

Format komputer (Format hard disk) dan install ke dalam komputer biasanya dilakukan

kerana sebab-sebab seperti berikut ;

i. Baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi perlu memasukkan

Operating Sistem (OS) ke dalamnya.

Page 29: laporan teknikal

29

ii. Windows rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan pasang kembali Windows

merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat supaya komputer anda

kembali berfungsi seperti biasa.

iii. Bercadang untuk upgrade windows atau OS anda dari windows xp kepada Vista

atau windows 7. Selain itu, bercadang untuk downgrade windows.

Antara peralatan yang digunakan dalam tugasan ini ialah CD windows 7 yang asli,

PC atau komputer riba. Berikut merupakan cara-cara Format komputer dan memasang

Windows 7:

i. Sebelum melakukan proses format komputer, fail-fail dan data-data yang

penting dimasukkan ke dalam fail backup di pemacu (drive) D yang dinamakan

mengikut tarikh backup dilakukan.

ii. Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7.

*Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD.

Page 30: laporan teknikal

30

iii. Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or

DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.

iv. Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.

v. Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan “Next”.

Page 31: laporan teknikal

31

vi. Pilih partition anda dan tekan “Next”.

vii. Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan

komputer anda akan restart dengan sendiri.

viii. Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”

keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja. Starting windows.

Page 32: laporan teknikal

32

ix. Proses pemasangan akan disambung lagi dan perlu menunggu sehingga selesai.

x. Kemudian, komputer akan restart semula.

xi. Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user

name” dan tekan “Next”.

Page 33: laporan teknikal

33

xii. Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan

“Next”.

xiii. Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.

xiv. Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore”

dan tekan “Next”.

Page 34: laporan teknikal

34

xv. Kini, Windows 7 sudah dipasang dan siap sedia digunakan.

4.2.2 Reset Windows

Reset windows adalah bertujuan untuk menetapkan semula windows tanpa perlu di

format dan memasang driver. Hal ini dilakukan bagi mengatasi masalah kerosakkan

window, masalah virus yang menyebabkan pengoperasiaan windows menjadi lambat.

Berikut merupakan cara-cara untuk menetapkan semula windows (reset windows):

i. Hidupkan komputer terlebih dahulu. Selepas di hidupkan, pergi ke charm bar

windows 8 yang tersorok di bahagian kanan skrin (gerakkan tetikus ke kanan

skrin) dan pilih “setting”.

ii. Kemudian klik pada “Change PC setting”.

iii. Klik “General” dan pada bahagian sebelah kanan cari “Advanced startup” dan

klik “Restart now”.

Page 35: laporan teknikal

35

iv. Setelah itu klik menu Troubleshoot.

Page 36: laporan teknikal

36

4.2.3 Kabel UTP (Rangkaian)

Kabel adalah pengantaraan bagi pergerakan data dari satu peralatan rangkaian ke satu

peralatan rangkaian yang lain. Di dalam kebanyakan rangkaian menggunakan pelbagai

jenis kabel. Jenis kabel yang dipilih untuk rangkaian adalah bergantung kepada

topologi, protokol dan saiz yang digunakan kerana ia berhubung kait dengan rangkaian

dan amat penting untuk membina sesuatu rangkaian komputer yang baik. Terdapat dua

jenis pemasangan kabel UTP:

i. Pemasangan lurus (straight cable).

Pin Warna Pin

Page 37: laporan teknikal

37

1 Putih / Jingga 1

2 Jingga 2

3 Putih / Hijau 3

4 Biru 4

5 Putih / Biru 5

6 Hijau 6

7 Putih / Coklat 7

8 Coklat 8

Rajah 4.2.2.1

ii. Pemasangan terbalik (Cross Cable).

Pin Warna Pin

1 Putih / Hijau 1

2 Hijau 2

3 Putih / Jingga 3

4 Biru 4

5 Putih / Biru 5

6 Jingga 6

7 Putih / Coklat 7

8 Coklat 8

Rajah 4.2.2.2

Antara peralatan yang digunakan bagi tujuan memasang connector RJ45 ialah

Crimping RJ45, cable tester, dan stripper. Berikut merupakan cara-cara memasang

kabel UTP (Straight):

i. Gulungan panjang kabel rangkaian dibuka mengikut keperluan dan menambah

sedikit wayar tambahan, sebagai langkah berjaga-jaga.

Page 38: laporan teknikal

38

ii. Jaket luar kabel ditanggalkan, berhati-hati ketika menanggalkan jaket supaya

tidak terpotong pendawaian dalaman. Satu cara yang baik untuk melakukan ini

adalah dengan memotong memanjang dengan snips atau pisau sepanjang sisi

kabel.

iii. Wayar baru diperiksa untuk memastikan tiada apa-apa wayar yang terpotong

serta tidak nampak tembaganya.

Page 39: laporan teknikal

39

iv. Pasangan wayar diuraikan dan diletakkan rata di antara jari anda. Untuk

pengendalian lebih mudah, potong wayar supaya mereka 3/4 "(19 mm) panjang

dari pangkal jaket dan juga panjang.

v. Wayar disusun berdasarkan spesifikasi pemasangan Straight kabel.

vi. Semua wayar rata ditekan selari antara ibu jari dan jari telunjuk. Warna disahkan

kekal dalam susunan yang betul. Bahagian atas wayar dipotong sama dengan

satu sama lain supaya mereka 1/2 "(12.5 mm) panjang dari pangkal jaket.

Page 40: laporan teknikal

40

vii. Wayar dipastikan rata supaya mudah untuk menolak wayar ke dalam connector

RJ-45. Untuk kepastian wayar telah dimasukkan dengan betul,wayar akan dapat

dilihat di bahagian atas wayar di setiap lubang. Sahkan bahawa urutan wayar

masih betul sebelum crimping.

viii. Connector RJ-45 yang telah disambungkan dengan wayar diletakkan ke dalam

alat crimping. Pemegang ditekan dengan daya yang kuat. Anda akan mendengar

bunyi kekunci connector RJ-45 dikunci. Sebaik sahaja anda telah siap crimp,

lepaskan pemegang untuk menanggalkan dari crimping.

Page 41: laporan teknikal

41

ix. Semua langkah diulang dengan hujung kabel yang satu lagi.

x. Kabel diuji dengan menggunakan Cable Tester untuk memastikan bahawa ia

berfungsi.

4.2.4 Pemasangan Komponen Komputer

Pemasangan komponen komputer atau hardware ini bertujuan mengganti komponen

yang rosak kepada yang baru. Selain itu, pemasangan juga bertujuan menaik taraf

sistem pengoperasian komputer. Berikut adalah cara-cara pemasangan komponen-

komponen (hardware) komputer:

i. Pemasangan Processor. Antara peralatan yang digunakan ialah thermal grease.

Page 42: laporan teknikal

42

Rajah 4.2.3.1

a) Pastikan kedudukan soket processor di motherboard.

b) Buka clamp Processor.

c) Pasangkan processor di soket dengan betul dan berhati-hati.

d) Tutupkan semula clamp dan pastikan ianya dikunci dengan betul.

e) Letakan grease atau silikon pada bahagian atas processor.

f) Pasangkan heatsink dengan betul dengan menyelak atau di skrukan.

ii. Pemasangan RAM PC.

Page 43: laporan teknikal

43

Rajah 4.2.3.2

a) Pastikan kedudukan slot RAM pada motherboard.

b) Pastikan pengunci slot dibuka.

c) Pasangkan RAM dengan menekan RAM supaya masuk di slotnya.

d) Kuncikan RAM dengan penguncinya.

iii. Pemasangan Motherboard PC. Antara peralatan yang digunakan ialah pemutar

skru dan skru.

Page 44: laporan teknikal

44

Rajah 4.2.3.3

a) Sebelum motherboard dimasukan ke dalam perumah PC, pastikan rear

panel telah dipasang pada perumah.

b) Masukan motherboard dengan mengutamakan bahagian rear panel cover

terlebih dahulu.

c) Pastikan kedudukan motherboard dengan memastikan kedudukan lubang

skru motherboard adalah tepat.

d) Pasangkan skru pada motherboard dan ketatkannya dengan

menggunakan pemutar skru.

e) Pastikan semua skru telah dipasang dan diketatkan.

f) Sambungkan kabel-kabel pada motherboard seperti kabel SATA, kabel

kuasa, kabel usb dan sebagainya.

Page 45: laporan teknikal

45

iv. Pemasangan Power Supply PC. Antara peralatan yang digunakan ialah pemutar

skru dan skru.

Rajah 4.2.3.4

a) Masukkan power supply ke dalam perumah PC.

b) Pastikan kedudukan power supply diletakkan dengan betul.

c) Pasangkan skru untuk melekatkan power supply di perumah PC.

d) Pasangkan kabel-kabel yang berkaitan.

e) Pastikan power supply dan kabel telah dipasang dengan betul.

Page 46: laporan teknikal

46

v. Pemasangan Harddisk Drive atau SSD PC. Antara peralatan yang digunakan

ialah pemutar skru dan skru.

Rajah 4.2.3.5

a) Pasangkan harddisk pada pemegang harddisk dan di skrukan.

b) Masukan pemegang tadi ke slotnya di perumah PC.

c) Pastikan ianya di masukan dengan betul dan di kunci.

d) Sambungkan kabel SATA dan kabel kuasa pada bahagian belakang

harddisk.

e) Pastikan kabel-kabel dipasang dengan betul.

Page 47: laporan teknikal

47

vi. Pemasangan CD/DVD ROM driver PC. Antara peralatan yang digunakan ialah

pemutar skru dan skru.

Rajah 4.2.3.6

a) Masukkan dvd driver ke dalam slot cd/dvd driver di perumah pc.

b) Pastikan kedudukannya betul dan di skrukan.

c) Pasangkan atau sambungkan kabel SATA dan kabel kuasa pada bahagian

belakang dvd driver itu.

vii. Pemasangan bateri CMOS.

Page 48: laporan teknikal

48

Rajah 4.2.3.7

a) Pastikan kedudukan bateri CMOS di motherboard.

b) Masukkan bateri ke tempatnya.

c) Tekan bateri itu untuk diselak.

d) Pastikan ianya telah dipasang dengan betul.

viii. Penukaran Skrin komputer riba. Antara peralatan yang digunakan ialah pemutar

skru.

Rajah 4.2.3.8

Page 49: laporan teknikal

49

a) Buka skru yang terdapat di bawah frame komputer riba.

b) Cabutkan frame yang menutup keseluruhan skrin.

c) Buka skru yang mengikat pemegang skrin dengan frame belakang skrin.

d) Pastikan semasa anda memisahkan frame dengan pemegang skrin tiada

lagi skru yang terikat supaya tiada port skru yang akan rosak.

e) Condongkan skrin yang masih terikat dengan pemegangnya dan buka

skru yang mengikat skrin dengan pemegang.

f) Cabutkan kabel penyambung yang menyambungkan led dengan

motherboard.

g) Gantikan skrin yang lama dengan yang baru dan sambungkan

penyambung semula.

h) Teruskan dengan pasang skru kepada pemegang dan ikatkan pemegang

pada frame belakang skrin.

i) Pasang kembali frame hadapan skrin dan pastikan skru yang mengikat

frame dipasang untuk mengelakan frame tercabut.

j) Hidupkan komputer riba untuk memastikan pemasangan yang dipasang

adalah betul.

4.2.5 Perisian Komputer

Perisian komputer adalah program-program yang dibangunkan untuk membolehkan

komputer melakukan sesuatu tugas tertentu. Setiap perisian hanya boleh melakukan apa

yang telah diprogramkan didalamnya. Selain itu, setiap perisian mempunyai perbezaan

dengan perisian lain dari segi kegunaannya. Terdapat 2 jenis perisian iaitu:

i. Perisian aplikasi. Antara perisian aplikasi yang sering dipasang ialah winamp,

real player, microsoft office, photoshop dan sebagainya. Berikut merupakan

contoh cara pemasangan perisian aplikasi iaitu perisian Microsoft office 2010:

Page 50: laporan teknikal

50

a) Pastikan komputer telah dihidupkan kemudian masukkan dvd microsoft

office ke dalam dvd drive.

b) Setelah dimasukan, secara sedirinya akan keluar tertingkap “license

agreement” pemasangan perisian ini. Perlu disetujui bagi meneruskan

pemasangan.

c) Langkah seterusnya perlu memasukan “product key” dan selepas

dimasukkan dan klik “continue”. Product key boleh didapati dalam

bungkusan perisian.

Page 51: laporan teknikal

51

d) Kemudian terdapat 2 pilihan iaitu “install now” jika anda ingin

memasang semua perisian dari Microsoft Office 2010 dan “customize”

jika anda ingin memilih salah satu atau tidak semua yang ingin di

pasang.

e) Selepas itu, proses pemasangan akan berjalan dan perlu menunggu

sehingga siap. Proses ini berkemungkinan mengambil masa yang agak

lama.

Page 52: laporan teknikal

52

f) Selepas proses pemasangan siap, perisian microsoft office sudah boleh

digunkan.

ii. Perisian utiliti. Antara perisian utiliti yang sering dipasang ialah ccleaner, disk

cleanup, antivirus dan sebagainya. Berikut merupakan contoh cara pemasangan

perisian utiliti iaitu perisian antivirus (kaspersky):

a) Pastikan komputer telah dihidupkan dan masukkan dvd perisian

kaspersky di dalam dvd drive.

b) Akan keluar tertingkap pemasangan perisian kaspersky. Pencarian

perisian terbaru akan berlaku dan perlu tunggu sehingga siap dicari.

Page 53: laporan teknikal

53

c) Selepas itu, perlu klik pada “install” untuk meneruskan proses

pemasangan.

d) Proses pemasangan akan berjalan dan perlu menunggu sehingga siap. Selepas proses pemasangan siap, perisian kaspersky akan terbuka dengan sendiri.

e) Seterusnya perlu memasukkan “activation code” di ruang yang

disediakan dan selepas di masukkan, perlu klik “Activate”. Activation

code boleh didapati dalam bungkusan perisian.

f) Pengaktifan perisian kaspersky telah siap dan boleh digunakan.

Page 54: laporan teknikal

54

4.3 Peralatan Membaik Pulih

Dalam membaik-pulih dan mengesan kerosakkan pada sistem computer pengetahuan

yang menyeluruh mengenai alatan baik-pulih dan pengujian. Aturan pengujian juga

perlu dalam menjalankan proses ini dan juga dapat membantu dalam mempercepatkan

kerja. la adalah bertujuan untuk menghindarkan serta mengelakkan perkara yang tidak

diingini seperti kejutan elektrik, kerosakkan pada sistem computer dan juga

menimbulkan masalah kepada peralatan baik-pulih. Pengetahuan ini juga amat perlu

supaya tempoh kerja yang dilakukan dapat dijimatkan dan tidak akan menggangu kerja-

kerja yang akan datang.

Dalam bab ini akan dijelaskan mengenai peralatan-peralatan yang perlu digunakan

dalam kerja-kerja baik-pulih dan mengesan kerosakan pada system komputer. Di antara

peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja baik pulih ialah :

i. Crimping RJ45 dan RJ11.

Page 55: laporan teknikal

55

Alat ini digunakan untuk memotong kabel UTP dan melakukan crimp antara

kabel dengan connector RJ45 atau RJ11. Ianya juga boleh digunakan untuk

membuang penyalut kabel UTP.

ii. Cable Tester.

Alat ini digunakan untuk menguji pemasangan connector yang dipasang adalah

betul dan tidak mempunyai masalah. Selaian itu digunakan untuk mengenalpasti

masalah dalam satu rangkaian.

iii. UTP Cable stripper.

Page 56: laporan teknikal

56

Alat ini digunakan untuk membuang penebat kabel UTP dengan lebih mudah.

Penggunaannya hanya perlu memasukan kabel UTP ke ruangan pemotong dan

pusingkannya.

iv. Pemutar skru.

Alat ini digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru pada perumah PC

atau komputer riba serta skru yang terdapat di komponen komputer. Terdapat

dua jenis pemutar skru iaitu pemutar skru rata dan pemutar skru Philips.

v. Thermal grease.

Adalah sejenis penebat atau konduktif haba yang biasa diletakkan diantara heat

sink dengan sumber haba seperti processer, GPU dan sebagainya.

vi. Long Nose Plier.

Page 57: laporan teknikal

57

Alat ini digunakan untuk mencabut komponen komputer. Selain itu digunakan

untuk membengkok dan memotong dawai halus, memotong kaki komponen,

memegang atau mencapai komponen elektronik di ruang yang sempit.

vii. Multimeter.

Sebuah alat ukur elektronik yang menggabungkan beberapa fungsi pengukuran

dalam satu unit. Ianya digunakan untuk mengukur voltan dan arus yang terdapat

di dalam Motherboard untuk tujuan membaik pulih.

viii. Lampu suluh.

Alat ini digunakan untuk memberi pencahayaan di kawasan yang gelap seperti

di dalam perumah komputer, printer dan sebagainya. Alatan ini sangat

membantu bagi proses mencari sesuatu komponen kecil yang tertanggal dan

bagi proses memasang komponen.

ix. Soldering & Hot Air Rework Station.

Page 58: laporan teknikal

58

Soldering digunakan untuk mencairkan timah bagi tujuan pemasangan dan

pembuangan komponen-komponen elektronik. Manakala hot air juga

mempunyai fungsi yang lebih kurang sama iaitu mencairkan timah tetapi ianya

lebih kepada pencairan untuk pemasangan chipset. Ianya kerap digunakan bagi

tujuan reflow graphics processing unit (GPU) pada motherboard komputer riba.

x. B

4.4 Prosedur Kerja Keselamatan

Kerja membaik-pulih komputer mestilah mengikut prosedur dan langkah-langkah

keselamatan yang betul. Ini bertujuan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini

Page 59: laporan teknikal

59

daripada berlaku dan juga untuk memastikan alatan baik pulih adalah dalam keadaan

yang terbaik.

Perbincangan dalam tajuk ini akan dijelaskan mengenai tiga langkah pengawasan

membaik-pulih komputer. Dalam perbincangan ini terdapat tiga langkah penting iaitu :

i. Sebelum Kerja Membaik Pulih

Sebelum melakukan kerja-kerja baik-pulih, tiga perkara atau langkah asas perlulah

diikuti iaitu :

a) Keadaan persekitaran kerja.

1) Pastikan kawasan kerja adalah selesa.

2) Cahaya tempat kerja terang.

3) Punca bekalan elektrik yang mencukupi.

4) Penebat lantai yang selamat untuk kerja-kerja elektrik.

5) Peralatan baik pulih tersusun rapi.

b) Alatan senggaraan.

1) Mempunyai alatan yang mencukupi dan bersesuaian dengan komponen

yang hendak diselenggarakan.

2) Mempunyai buku panduan yang betul dengan litar.

3) Menggunakan penstabil voltan dan bekalan kuasa sementara.

c) Meja senggaraan

1) Meja adalah bersesuaian dengan kerja baik-pulih yang akan dilakukan.

2) Keadaan yang bersesuain dengan bangku tempat kerja yang dilakukan

Page 60: laporan teknikal

60

ii. Semasa Membaik Pulih

Setelah langkah sebelum kerja telah dipastikan diikuti, langkah yang seterusnya ialah

memastikan juga langkah-langkah pengawasan semasa kerja baik pulih dititik beratkan.

Di antara langkah kerja yang perlu diambil semasa melakukan kerja-kerja baik pulih

komputer ialah :

a) Pastikan tiada sebarang statik semasa membuka perkakasan komputer dan

komponen didalamnya.

b) Menggunakan alatan yang bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan

semasa proses membaik-pulih komputer.

c) Menggunakan pemateri yang mempunyai suhu yang bersesuian ketika membaiki

komputer.

d) Menggunakan penyedut (SUCKER) untuk membuang timah pemateri.

e) Menggunakan rujukan yang betul.

iii. Selepas Kerja Baik Pulih

Langkah pengawasan selepas kerja juga perlu diambil berat agar satu keadaan yang

selesa akan timbul walaupun selepas kerja baik pulih dijalankan. Di antara langkah-

langkah keselamatan yang perlu diambil berat ialah :

a) Pastikan alatan yang digunakan telah disusun semula ke tempat asalnya dengan

kemas dan tersusun agar tidak mendatangkan perkara yang tidak diingini

berlaku.

b) Pastikan tiada lebihan timah pemateri yang tertinggal.

c) Pastikan kawasan kerja dibersihkan semula seperti sediakala.

d) Uji komputer yang telah siap dibaik-pulih itu tadi semula.

4.4.1 peralatan keselamatan

Page 61: laporan teknikal

61

4.5 Kesimpulan