laporan tahunan mycc 2013 copy

80
laporan tahunan 2 13 MENGGALAKKAN PERSAINGAN, MELINDUNGI ANDA SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA

Upload: phungtram

Post on 28-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

laporan tahunan

2 13

MENGGALAKKAN

PERSAINGAN,MELINDUNGI ANDA

SURUHANJAYAPERSAINGANMALAYSIA

Page 2: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy
Page 3: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

rasionalkulit depan

Rekabentuk Laporan Tahunan 2013 MyCC diilhamkan dari imejan gear presisi yang menggambarkan peranan penting MyCC dalam persekitaran perniagaan Malaysia yang kompleks dan sangat saling berkait. Gear merupakan komponen mekanikal yang sangat penting untuk memindahkan gerakan dalam teras kebanyakan mesin yang kompleks. MyCC memainkan peranan yang sama pentingnya dalam mendorong transformasi landskap persaingan kita melalui penguatkuasaan undang-undang persaingan.

MENGGALAKKAN PERSAINGAN, MELINDUNGI ANDA.

MENGGALAKKAN

PERSAINGAN,MELINDUNGI ANDA

Page 4: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

03ANGGOTA MyCC 26

STRUKTUR ORGANISASI 31

kandungan

01KATA-KATA PENDAHULUAN MENTERI 06

MESEJ PENGERUSI 08 Bangkit Untuk Menghadapi Cabaran 09 Tahun Berikut 10

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 12 2013: Tahun Pencapaian 13 Keutamaan Strategik Bagi Tahun 2014 14

02

MENGENAI SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA 18

VISI DAN MISI 19

AKTA PERSAINGAN 2010 20

Skop 20

Tindakan Oleh MyCC 21

Pelanggaran Dan Penalti 21

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC) 22

Page 5: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

04

05DALAM BERITA 54

PENYATA KEWANGAN 59

ULASAN TAHUNAN 34

PERTUMBUHAN ORGANISASI 34

MEMBERI NASIHAT DASAR 35

MENYOKONG PERSAINGAN MELALUI PENYELIDIKAN AKADEMIK 35

KAJIAN PASARAN 35

KAJIAN GARIS DASAR MENGENAI KESEDARAN TERHADAP AP 2010 36

ADVOKASI DAN DIALOG: PINTU DUA-HALA 36 Tumpuan Advokasi: Manfaat Dan Implikasi Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) 39 Tumpuan Advokasi: Tipuan Bida 41

AKTIVITI PENGUATKUASAAN 41 Keputusan Yang Dicadangkan Terhadap MAS-AirAsia 42 Langkah Interim Yang Dicadangkan Terhadap PMLOA 42 Keputusan Yang Dicadangkan Terhadap Megasteel 43 Perintah Pengecualian Blok Bagi Perjanjian Pelayaran Tetap 43

MEMIMPIN JALAN MENUJU PEMATUHAN 43 Akta Persaingan 2010: Panduan Bagi Perniagaan 44 Akta Persaingan 2010: Garis Panduan Pematuhan 44

PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN YANG PERTAMA ANJURAN MYCC 44

KERJASAMA DAN PERKONGSIAN PENGETAHUAN 45 Aktiviti Latihan Dan Bengkel 46 Program Sangkutan 46 Lawatan Ke MyCC 46 Lawatan Kerja MyCC 47 Mesyuarat Antarabangsa 48 Penglibatan Lain 49

DETIK-DETIK PENTING 2013 50

Page 6: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

4

Page 7: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

5

MEMACU EKONOMI PENGGUNA YANG SIHAT

Undang-undang persaingan memanfaatkan

pengguna pada akhirnya. Persaingan yang

adil dan terbuka membawa kepada pasaran

yang sihat dengan harga yang kompetitif,

di mana lebih banyak barangan dan

perkhidmatan sampai kepada lebih ramai

pengguna.

Page 8: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

6

kata-kata pendahuluan

menteriYB DATO’ SRI HASAN BIN MALEKMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Page 9: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

7

Sejak Akta Persaingan 2010 (AP 2010) berkuatkuasa pada 1 Januari 2012, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah berkembang maju sebagai penguatkuasa undang-undang persaingan di Malaysia.

Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, telah memperkukuhkan MyCC yang diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memastikan pematuhan kepada AP 2010, menyiasat aduan mengenai tingkah laku antipersaingan, menjalankan kajian pasaran dan mendenda syarikat-syarikat yang melanggar peraturan. Pelaksanaan AP 2010 adalah satu daripada Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives, SRI) yang telah dikenalpasti di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Plan, ETP), yang bertujuan untuk menggalakkan persaingan yang sihat dan berkembang maju dalam ekonomi Malaysia.

Dengan mewujudkan persekitaran yang bebas daripada aktiviti-aktiviti antipersaingan yang melibatkan syarikat-syarikat tempatan, hasrat kita adalah bahawa penguatkuasaan AP 2010 akan mewujudkan sebuah ekonomi yang menggalakkan perkembangan inovasi. Pasaran yang lebih sihat dan berdaya saing ini akan menawarkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada rakyat dan pada harga yang kompetitif manakala syarikat-syarikat Malaysia yang berinovatif akan menghasilkan produk

Dengan mewujudkan persekitaran yang bebas daripada aktiviti-aktiviti

antipersaingan yang melibatkan syarikat-syarikat tempatan, hasrat

kita adalah bahawa penguatkuasaan AP 2010 akan mewujudkan sebuah

ekonomi yang menggalakkan perkembangan inovasi.

dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa.

Melalui peranannya sebagai penguatkuasa AP 2010, MyCC telah bertindak dalam mempromosi dan memudahkan budaya persaingan yang sihat di Malaysia. Dalam melaksanakan mandatnya, MyCC telah memperoleh banyak pencapaian yang membanggakan dalam tahun 2013 terutama apabila ia mengeluarkan dua Keputusan Yang Dicadangkan dan menerbitkan Garis Panduan bagi membantu syarikat-syarikat mematuhi AP 2010. MyCC juga berjaya menganjurkan persidangan undang-undang persaingan Malaysia yang pertama untuk membangunkan lagi suasana undang-undang persaingan di negara ini. Melalui aktiviti penyiasatan, penguatkuasaan, advokasi dan program bantuan kemasyarakatan, MyCC juga memainkan peranan penting dalam mengubah minda perniagaan Malaysia dan memacu budaya persaingan. Saya menasihatkan syarikat-syarikat besar atau kecil untuk mengambil perhatian mengenai penguatkuasaan tegas AP 2010 oleh MyCC, kerana langkah-langkah antipersaingan tidak lagi akan dibiarkan berterusan dalam pasaran.

Dengan kemunculan AP 2010, Malaysia telah menyertai barisan 140 badan berkuasa lain yang mempunyai undang-undang persaingan nasional. Saya bangga untuk menyatakan bahawa Malaysia, melalui MyCC, telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang telah berjaya melaksanakan undang-undang ini. Pengiktirafan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Shila Dorai Raj sebagai salah seorang daripada 100 wanita teratas dalam bidang Antitrust memberi banyak makna. Pada masa ini, MyCC adalah peneraju bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk memenuhi piawaian antarabangsa melalui pematuhan undang-undang persaingan. Berdasarkan kepada kerja keras dan ketekunan MyCC dalam tahun 2013, saya percaya bahawa MyCC akan terus menempa kejayaan dalam tahun yang akan datang.

DATO’ SRI HASAN BIN MALEKMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Page 10: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

8

mesej pengerusiTAN SRI DATO’ SERI SITI NORMA YAAKOBPengerusi

Page 11: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

9

BANGKIT UNTUK MENGHADAPI CABARAN

Tahun 2013 menandakan tahun kedua Akta Persaingan 2010 (AP 2010) telah berkuatkuasa dan saya berbesar hati untuk melaporkan bahawa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mula menekankan kepada perniagaan-perniagaan, dan kepada masyarakat umum, mengenai pentingnya mematuhi AP 2010. Sejak penubuhan MyCC pada pertengahan tahun 2011, ia telah memberi tumpuan secara berterusan dalam melaksanakan dan mempromosikan AP 2010 melalui aktivitinya, keputusannya dan perbincangannya dengan pihak-pihak yang berkepentingan, sambil berkembang dalam saiz dan tanggungjawab.

Pertumbuhan berterusan MyCC setimpal dengan peningkatan kepentingan undang-undang persaingan dalam usaha membina negara yang berdaya saing di peringkat global. Kerajaan Malaysia telah mewujudkan AP 2010 bagi memastikan bahawa syarikat-syarikat kecil dan besar dilindungi daripada amalan yang tidak adil. Dengan memperjuangkan hak perniagaan untuk beroperasi dalam persekitaran persaingan yang adil, AP 2010 akan membantu mengukuhkan ekonomi berasaskan kualiti, kecekapan dan kepiawaian. Beberapa cabaran sahaja yang tinggal untuk diatasi. Mengesan dan menyiasat kes-kes memerlukan

Apabila lebih banyak perniagaan mendapat tahu tentang faedah-faedah pasaran yang adil dan berdaya saing dengan bantuan MyCC, mereka akan menjadi

lebih inovatif, cekap dan mampu bersaing di peringkat global.

kepakaran ekonomi dan perundangan yang tinggi; oleh itu MyCC terus menghadapi kekangan dengan sumbernya yang terhad.

Mujurlah, keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) menyediakan platform penting bagi kerjasama dalam bidang undang-undang dan dasar persaingan. Melalui pelbagai kerjasama yang merentas sempadan dan aktiviti membina kapasiti, MyCC telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang perkara-perkara teknikal dan kesukaran dalam menguatkuasakan AP 2010.

Kerjasama yang lebih besar antara negara-negara anggota ASEAN telah datang tepat pada masanya. ASEAN telah mensasarkan tahun 2015 untuk menyelaraskan kesemua sepuluh negara anggota dengan pelaksanaan dasar-dasar persaingan nasional. Sebelum akhir tahun 2015, perniagaan-perniagaan Malaysia akan menghadapi cabaran akibat integrasi ekonomi serantau dalam bentuk Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area, AFTA) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community, AEC). AEC akan membawa aliran bebas barangan dan perkhidmatan daripada syarikat-syarikat asing, yang seterusnya akan memberi kesan kepada harga di seluruh rangkaian bekalan bagi semua syarikat tempatan.

Setelah menjangka kesan-kesan ini ke atas persekitaran perniagaan Malaysia, kami dapat meramalkan perlunya untuk kesedaran yang lebih tinggi di kalangan perusahaan besar dan kecil, serta persatuan-persatuan perniagaan. Ramai orang menyatakan mereka tidak tahu tentang AP 2010, manakala yang lain masih mempunyai salah tanggapan bahawa MyCC adalah bertentangan dengan perniagaan. Inilah cabaran-cabaran utama yang kami perlu atasi melalui advokasi. Pertaruhan adalah tinggi, kerana kejayaan pelaksanaan undang-undang persaingan adalah salah satu bahagian penting dalam transformasi ekonomi negara kita. Apabila lebih banyak perniagaan mendapat tahu tentang faedah-faedah pasaran yang adil dan berdaya

Page 12: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

10

saing dengan bantuan MyCC, mereka akan menjadi lebih inovatif, cekap dan mampu bersaing di peringkat global.

Usaha-usaha advokasi kami adalah sebahagian daripada proses yang berterusan, dan masih banyak yang perlu dilakukan untuk berkomunikasi tentang kepentingan AP 2010 kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan awam. Kami telah menerbitkan dua buku panduan baharu pada tahun lepas, Akta Persaingan 2010: Panduan untuk Perniagaan, dan Akta Persaingan 2010: Garis Panduan Pematuhan. Buku-buku panduan ini akan ditambah kepada koleksi garis panduan sedia ada mengenai AP 2010 dan merupakan alat yang tidak ternilai untuk perniagaan yang mahu memahami AP 2010.

Sebagai suatu Suruhanjaya yang agak baharu, kami masih mempunyai perjalanan yang panjang. Pihak-pihak yang berkepentingan mempunyai harapan tinggi terhadap apa yang boleh dicapai oleh MyCC dalam masa yang singkat, meskipun kapasiti kami terhad. Walau bagaimanapun, dalam tahun 2013 kami telah mengambil langkah ke depan dalam menguatkuasakan AP 2010. Antara pencapaian penting yang paling signifikan setakat ini, MyCC telah mengeluarkan dua Keputusan Yang Dicadangkan memandangkan terdapatnya amalan antipersaingan yang berpotensi memberi impak besar kepada pengguna. Ini menunjukkan komitmen kami untuk membantu dan melindungi persaingan untuk semua pihak. Media massa telah mengambil perhatian kepada kes-kes ini dan telah memberi sokongan kuat dalam menyampaikan mandat penguatkuasaan kami kepada orang awam.

Selain itu, saya berpuas hati untuk menyatakan bahawa Kajian Persaingan Global (Global Competition Review, GCR) telah mengiktiraf Ketua Pegawai Eksekutif kita untuk kerja-kerja cemerlang beliau. Shila Dorai Raj telah diprofilkan sebagai salah satu daripada 100 wanita signifikan dalam Antitrust dalam keluaran GRC 2013 Wanita dalam Antitrust.

TAHUN BERIKUT

Dalam tahun 2014, kami akan mengekalkan tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran pengguna dan kumpulan perniagaan tertentu, mendidik pihak-pihak yang berkepentingan tentang implikasi tipuan bida, dan meneruskan penguatkuasaan, terutama sekali dalam kes-kes yang melibatkan firma yang mempunyai kesan besar kepada pengguna. Untuk mencapai matlamat kami, MyCC juga perlu membina kapasiti yang lebih dan mengejar pengetahuan dan kepakaran dalam undang-undang persaingan melalui usaha perangkaian.

Saya terutamanya bersyukur atas dedikasi yang berterusan daripada para warga kerja MyCC dalam menyokong kami melalui cabaran-cabaran dalam tahun-tahun awal ini, dan saya percaya mereka akan terus menjadi asas kepada kejayaan kami pada masa depan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja saya atas nasihat dan pandangan mereka yang tidak ternilai dalam membimbing MyCC, dan pasukan pengurusan atas sokongan dan kerja keras mereka. Juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atas sokongan mereka yang amat diperlukan, dan kepada para pihak yang berkepentingan kami dan orang awam kerana memberi sokongan dan maklum balas mereka. Dengan kerjasama dan sokongan semua pihak yang berkepentingan, saya yakin bahawa kami dapat mencapai matlamat kami untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing di peringkat global.

TAN SRI DATO’ SERI SITI NORMA YAAKOBPengerusi

Page 13: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

11

Dalam tahun 2013, MyCC telah mengeluarkan dua Keputusan Yang Dicadangkan memandangkan terdapatnya amalan antipersaingan yang berpotensi memberi impak besar kepada pengguna.

Page 14: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

12

mesej

ketua pegawai eksekutifSHILA DORAI RAJKetua Pegawai Eksekutif

Page 15: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

13

2013: TAHUN PENCAPAIAN

Tahun 2013 menandakan tahun penuh kedua bagi penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 (AP 2010), serta tahun ketiga yang mana Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) beroperasi. Kerja kami tetap mencabar dalam memenuhi jangkaan orang awam untuk tindakan cepat serta tahap kesedaran yang rendah tentang AP 2010 dalam beberapa segmen. Walaupun begitu, MyCC telah mengalami satu tahun yang produktif, membangunkan landskap persaingan di negara ini, dengan pencapaian penting dalam penguatkuasaan, advokasi, kajian pasaran, penerbitan Garis Panduan, dan pembinaan kapasiti dan perkongsian pengetahuan.

Pencapaian penting yang paling menonjol pada 2013 termasuk pengeluaran dua Keputusan Yang Dicadangkan: satu terhadap Malaysia Airlines Berhad dan AirAsia Berhad pada 6 September 2013, dan satu lagi terhadap Megasteel Sdn Bhd pada 1 November 2013. MyCC juga telah mengeluarkan Langkah Interim terhadap Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia (PMLOA) kerana penetapan harga pada 20 September 2013. Tindakan tegas penguatkuasaan MyCC patut dilihat sebagai satu petunjuk komitmen teguh kami untuk menegakkan AP 2010 dan bertindak terhadap pelanggaran AP

MyCC menjalankan perundingan awam dalam kebanyakan

prosesnya untuk memastikan bahawa maklum balas dari pihak yang berkepentingan didengar,

diterima dan dipertimbangkan demi kepentingan komuniti perniagaan

dan rakyat secara amnya.

2010, bagaimanapun kami akan terus mengamalkan dengan teliti analisis undang-undang dan ekonomi dalam mengkaji fakta-fakta setiap kes, tanpa tergesa-gesa dengan tidak wajar. Selaras dengan ini, MyCC menjalankan perundingan awam dalam kebanyakan prosesnya untuk memastikan bahawa maklum balas dari pihak yang berkepentingan didengar, diterima dan dipertimbangkan demi kepentingan komuniti perniagaan dan rakyat secara amnya. Untuk tahun 2013, satu siri perundingan awam berkenaan Perintah Pengecualian Blok (Block Exemption Order, BEO) yang dicadangkan bagi pelayaran tetap telah diadakan di seluruh negara sebelum satu BEO bersyarat dibenarkan di bawah Seksyen 8 AP 2010.

Selain itu MyCC juga mencapai kemajuan yang patut dipuji dalam meningkatkan kesedaran tentang undang-undang persaingan dalam tahun 2013. Kami telah menjalankan sebanyak 30 program advokasi, yang terdiri daripada 10 program yang disasarkan kepada pegawai awam dan 20 program yang disasarkan kepada dewan perniagaan, persatuan pengguna, pemain industri dan universiti. Walau bagaimanapun, banyak lagi yang perlu dilakukan dalam bidang advokasi. Hasil kajian garis dasar mengenai kesedaran dalam bulan Julai 2013 menunjukkan tahap kesedaran sebanyak tujuh peratus dalam tahun 2012, menekankan keperluan untuk lebih banyak program bagi meningkatkan kesedaran tentang AP 2010 dan tentang MyCC.

Sebagai salah satu aktiviti MyCC yang dimandatkan di bawah AP 2010, Kajian Pasaran kekal sebagai alat penting untuk mengenal pasti elemen-elemen antipersaingan dalam pasaran tertentu. Detik penting utama MyCC dalam bidang Kajian Pasaran adalah kajian mengenai penetapan harga dalam industri perkhidmatan profesional, yang dijalankan dalam Kajian Pasaran pada Julai 2013. Tambahan lagi, MyCC mencapai dua detik penting utama dengan menghasilkan penerbitan yang disasarkan untuk membantu perniagaan memahami keperluan AP 2010. ‘Akta Persaingan 2010: Panduan untuk

Page 16: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

14

Perniagaan’ memberi penjelasan mudah tentang peristilahan undang-undang AP 2010, manakala ‘Akta Persaingan 2010: Garis Panduan Pematuhan’ membantu pemilik perniagaan dalam melaksanakan program pematuhan undang-undang persaingan. Penerbitan telah disediakan untuk dimuat turun daripada laman web MyCC, yang kekal sebagai pusat rujukan untuk semua pihak yang berminat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang persaingan. Kami juga mengembangkan penglibatan dengan orang awam melalui platform media sosial, yang telah memudahkan lagi akses kepada maklumat mengenai AP 2010 dan MyCC.

Misi kami untuk memajukan budaya persaingan dan mendidik pihak-pihak yang berkepentingan mencapai saat mercu tanda apabila kami menganjurkan persidangan pertama kami berkenaan undang-undang persaingan. Pada 25 September 2013, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin melancarkan Persidangan Undang-undang Persaingan MyCC yang pertama, satu acara detik penting untuk saling bertukar pengetahuan dalam undang-undang persaingan dan isu-isu persaingan. Persidangan dua hari ini, yang bertemakan ‘Piawaian Baharu Menjalankan Perniagaan di Malaysia’ (New Standards of Doing Business in Malaysia) telah menemukan pakar-pakar

daripada seluruh dunia dengan peserta industri untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu semasa persaingan dan pengalaman yang berbeza untuk mencapai pematuhan.

Sebahagian daripada aktiviti pertumbuhan dan perkongsian pengetahuan MyCC adalah mengambil bahagian secara aktif dalam lawatan, bengkel dan mesyuarat antarabangsa serta program kaitan. Penglibatan kami dalam aktiviti-aktiviti ini telah memberi warga MyCC pandangan dan kemahiran yang berharga untuk beroperasi dalam persekitaran persaingan yang berubah-ubah.

KEUTAMAAN STRATEGIK BAGI TAHUN 2014

Tumpuan strategik berterusan MyCC sebahagian besarnya akan kekal tidak berubah dalam tahun 2014, dengan itu memastikan bahawa program strategik kami yang berterusan akan mempunyai kesan yang berkekalan. Kami perlu melakukan penumpuan semula menggunakan sumber-sumber yang sedia ada untuk memastikan hasil yang maksimum dalam bidang-bidang utama.

Program advokasi kami akan terus disasarkan ke bidang-bidang utama ini, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta persatuan perdagangan yang masih tidak menyedari tentang pentingnya mematuhi AP 2010. Usaha MyCC adalah amat penting dalam menunjukkan kepada PKS tempatan bagaimana AP 2010 melindungi mereka, dengan hasil akhirnya PKS akan mematuhi AP 2010 dan mempunyai daya saing yang lebih.

Begitu juga, kehadiran dalam media akan menjadi satu lagi bidang tumpuan. Penglibatan yang berterusan dengan orang awam melalui media adalah penting untuk menangani kekurangan kesedaran dan mewujudkan budaya pematuhan dalam landskap ekonomi Malaysia. Dalam tahun 2013, kami telah menjalankan sesi latihan media yang direka khas

Usaha MyCC adalah amat penting dalam menunjukkan kepada

PKS tempatan bagaimana Akta ini melindungi mereka, dengan

memberi hasil bahawa PKS akan mencapai pematuhan dan

mempunyai daya saing yang lebih.

Page 17: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

15

dengan CUTS Institute for Regulation and Competition (CIRC). Untuk tahun yang akan datang, kami akan terus membina hubungan baik dengan media dan menumpukan perhatian kepada membangunkan kehadiran kami di media serta pengetahuan media tentang AP 2010.

MyCC juga akan terus memberi tumpuan kepada tipuan bida, salah satu daripada isu persaingan paling serius yang dihadapi oleh ekonomi-ekonomi di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa Malaysia boleh menjimatkan sebanyak USD2.8 bilion dengan menghapuskan tipuan bida daripada pemerolehan awam. Berdasarkan ini, garis panduan OECD berkenaan tipuan bida sedang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dan sedang disunting untuk digunakan di seluruh sektor awam.

Tumpuan MyCC kepada penyelidikan akademik melalui Program Geran Penyelidikan telah berjaya menarik para penyelidik ke dalam bidang undang-undang dan dasar persaingan, dan tumpuan ini akan diteruskan dalam tahun 2014.

Manakala setiap bidang penting ini memerlukan perhatian kami untuk mara ke depan, penguatkuasaan akan tetap menjadi aktiviti teras MyCC. Berikutan penyusunan semula pasukan penguatkuasaan kami, kami akan terus memberi penekanan kepada latihan dan pembinaan kapasiti. Kami akan menyasarkan kes-kes yang melibatkan perniagaan yang mempunyai kesan yang besar pada pengguna dan ekonomi. Sementara itu, pengadu dalam kes-kes lain akan diberi kesedaran tentang hak-hak tindakan persendirian yang berkaitan dengan mereka. MyCC juga akan menerbitkan satu garis panduan tentang rejim kelonggaran kami untuk menggalakkan pemberi maklumat untuk bekerjasama dalam siasatan.

Kami juga menjangka bahawa pertumbuhan organisasi yang lebih besar adalah diperlukan untuk memastikan operasi berjalan lancar semasa kami memenuhi permintaan yang bertambah

terhadap peranan kami sebagai penguatkuasa AP 2010. Pembangunan kemahiran warga kerja dan penyediaan persekitaran yang menyokong akan terus menjadi keutamaan dalam tahun 2014.

Melangkah ke hadapan, MyCC akan bekerja bersungguh-sungguh ke arah ekonomi yang lebih berdaya saing seperti yang dimaksudkan oleh AP 2010. Berikutan detik penting Keputusan Yang Dicadangkan kami yang dilaporkan secara meluas dalam tahun 2013, rakyat Malaysia semakin memberi perhatian kepada aktiviti-aktiviti kami. Saya percaya dengan sokongan pihak-pihak yang berkepentingan kami, pencapaian yang lebih besar bakal ada.

SHILA DORAI RAJKetua Pegawai Eksekutif

Page 18: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

16

Page 19: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

17

BERSAING DENGAN SAKSAMA

Undang-undang persaingan

menyamaratakan keadaan bagi semua

perniagaan, besar dan kecil. Perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) mendapat

manfaat sebanyak mana yang didapati oleh

syarikat-syarikat besar, kerana mereka

dilindungi daripada amalan yang tidak adil

oleh pemain dominan dalam mana-mana

pasaran.

Page 20: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

18

Mengenai Suruhanjaya Persaingan Malaysia

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utama MyCC adalah untuk melindungi keutuhan proses persaingan bagi faedah perniagaan, pelanggan dan ekonomi secara amnya.

Page 21: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

19

Visi Dan Misi

VISI

Kami adalah pihak yang berkuasa untuk menerap dan menerajui budaya persaingan yang sihat.

Kami adalah pihak berkuasa dan juga rakan kongsi yang berwibawa, boleh dipercayai serta berkecekapan dan diiktiraf dari segi kekuatan organisasi serta keupayaan bagi memperbaharui persekitaran perniagaan dari segi persaingan.

MISI

Mewujudkan budaya persaingan sihat yang selaras dengan amalan terbaik tahap antarabangsa. Kami akan menerap serta menerajui budaya ini dengan memandu arah pihak-pihak berkepentingan dan melaksanakan undang-undang persaingan dengan berkesan tanpa keraguan atau pilih kasih.

Page 22: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

20

Akta Persaingan 2010

AP 2010 meliputi semua aktiviti komersial – di dalam dan luar Malaysia – yang mempunyai kesan negatif atau anti-persaingan kepada apa-apa pasaran di Malaysia.

Akta Persaingan 2010 (AP 2010) dan Akta Suruhanjaya Persaingan telah diwartakan pada 10 Jun 2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Akta-akta ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara dengan melindungi proses persaingan dalam pasaran dan seterusnya melindungi kepentingan pengguna. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 pada 1 April 2011 bagi menyelia peruntukan-peruntukan AP 2010.

SKOP

Akta Persaingan 2010 meliputi semua aktiviti komersial – di dalam dan luar Malaysia – yang mempunyai kesan terhadap persaingan di mana-mana pasaran di Malaysia. Perjanjian antipersaingan yang dilarang oleh AP 2010 terdiri daripada antara lain penetapan harga, berkongsi pasaran atau sumber bekalan, mengehadkan atau mengawal pengeluaran, dan tipuan bida.

Selain melarang perjanjian antipersaingan, AP 2010 juga meliputi amalan oleh perusahaan dominan yang sengaja bertujuan untuk memaksa pesaing keluar dari pasaran. Dalam kes perusahaan yang telah mendapat bahagian pasaran terbesar, AP 2010 melarang tingkah laku oleh perusahaan itu yang membawa kepada penyalahgunaan kedudukan dominannya, seperti diskriminasi harga, kelakuan pemangsa, keengganan untuk membekal, jualan terikat, dan membeli semua barangan atau sumber yang sukar didapati.

AP 2010 mengecualikan aktiviti-aktiviti tertentu, termasuk:

kerajaan.

perpaduan.

tidak bertujuan untuk dijual semula atau pembekalan semula.

undang.

bersama di antara majikan dan kesatuan sekerja bagi pihak warga kerja.

Page 23: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

21

ekonomi umum, meliputi kemudahan awam, atau yang mempunyai ciri-ciri monopoli yang menghasilkan pulangan.

AP 2010 tidak meliputi aktiviti-aktiviti komersial yang dikawal selia oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.

TINDAKAN OLEH MyCC

AP 2010 memberi kuasa kepada MyCC untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap syarikat yang terlibat dalam amalan antipersaingan. Penyiasatan mungkin dilakukan oleh MyCC apabila diarahkan oleh Menteri, apabila disyaki terdapat pelanggaran oleh sesuatu perusahaan, atau daripada aduan yang dikemukakan oleh orang awam.

Aduan hendaklah diserahkan kepada MyCC menggunakan borang aduan rasmi yang boleh dimuat turun dari laman web MyCC (www.mycc.gov.my) dan boleh dihantar melalui e-mel ke [email protected]. Semua maklumat yang diterima oleh MyCC adalah dianggap sulit.

PELANGGARAN DAN PENALTI

Sekiranya MyCC mendapati bahawa syarikat telah melanggar AP 2010, ia boleh meminta perusahaan untuk menghentikan pelanggaran serta-merta dan mengambil sebarang tindakan lain sebagaimana yang ditentukan oleh MyCC. Perusahaan itu juga boleh didenda sehingga maksimum 10% daripada perolehan seluruh dunia dalam tempoh sepanjang pelanggaran itu berlaku.

Page 24: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

22

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Ditubuhkan pada bulan April 2011, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010) dan ia ditadbir oleh Akta Suruhanjaya Persaingan 2010. Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.

MyCC adalah terdiri daripada seorang Pengerusi dan wakil-wakil kerajaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. MyCC juga mempunyai lima orang anggota daripada sektor swasta. Anggota MyCC adalah terdiri daripada pakar dalam beberapa bidang seperti bidang undang-undang, ekonomi, perniagaan, industri, perdagangan, pentadbiran awam, persaingan serta perlindungan pengguna. Semua usaha telah dilakukan untuk memastikan pelbagai sektor diwakili bagi membolehkan MyCC mencapai aspirasinya.

MyCC telah membentuk enam jawatankuasa kerja untuk membantu dalam melaksanakan fungsi utamanya:

(Internal Guidelines)

(External Guidelines)

Sejak penubuhannya, MyCC telah aktif dalam menjalankan tugasnya. MyCC menggalakkan sektor awam dan swasta supaya mengamalkan persaingan. MyCC juga menerbitkan garis panduan tentang pelaksanaan dan penguatkuasaan AP 2010, menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi Malaysia atau sektor-sektor ekonomi tertentu, dan mendidik dan meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam tentang penguatkuasaan AP 2010 dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada negara.

MyCC diberi kuasa oleh Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk memastikan pematuhan kepada AP 2010, menyiasat aduan mengenai tingkah laku antipersaingan, menjalankan kajian pasaran dan mengenakan penalti ke atas syarikat-syarikat yang didapati melanggar undang-undang persaingan. Ia juga mempunyai kuasa untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang disediakan; memberi pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada warga kerjanya; bekerjasama dengan mana-mana badan korporat atau agensi kerajaan dan meminta maklumat daripada perusahaan untuk membantu dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya; atau melaksanakan apa-apa tugas yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Page 25: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

23

Fungsi utama MyCC adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.

Page 26: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

24

Page 27: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

25

MEMPERKUKUHKAN

PERNIAGAAN

Program yang berkesan terhadap

pematuhan kepada undang-undang

persaingan merupakan komponen

penting dalam tadbir urus korporat, yang

kemudiannya akan meningkatkan profil

perniagaan itu di pentas antarabangsa.

Page 28: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

26

anggota MyCC

Duduk dari kiri ke kanan Berdiri dari kiri ke kanan

TAN SRI DATO’ DR. MICHAEL O.K. YEOH

DATO’ SARIPUDDIN KASIM

DATUK DR. REBECCA FATIMA STA MARIA

PROF. DATO’ DR. SOTHI RACHAGAN

RAGUNATH KESAVAN

TAN SRI DATO’ SERI SITI NORMA YAAKOBPengerusi

Page 29: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

27

TAN SRI ABDUL GANI PATAIL

DATUK DR. RAHAMAT BIVI YUSOFF

PROF. DATIN DR. HASNAH HARON

ABD MALEK AHMAD

Page 30: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

28

TAN SRI DATO’ SERI SITI NORMA YAAKOBPengerusi

Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma telah memegang jawatan Hakim Besar Malaya dari 2005 hingga 2007 dan merupakan perintis bagi wanita di Malaysia. Selain menjadi Hakim Besar Malaya wanita yang pertama, beliau juga merupakan wanita yang pertama dinaikkan taraf ke Mahkamah Tinggi pada 1983, wanita pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 1994 dan Hakim wanita yang pertama di Mahkamah Persekutuan. Beliau juga berkhidmat sebagai hakim wanita yang pertama di Mahkamah-mahkamah Dubai International Financial Center (DIFC).

Beliau mengikuti kursus undang-undang di London dan lulus sebagai Barrister-at-Law of the Honourable Society of Gray’s Inn pada 1962. Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Federation of Women Lawyers dan Presiden Judicial and Legal Service Officers Association. Beliau juga seorang Pro-Canselor Universiti Malaya. Beliau dianugerahi Fellowship oleh Women Development Institute pada 1988, suatu anugerah antarabangsa sebagai seorang Fellow Eisenhower Exchange pada 1990, dan Anugerah Nur Gemilang 2001 – Guaman pada 2001 oleh Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga dan Association of Women Graduates Malaysia.

DATO’ SARIPUDDIN KASIM

Dato’ Saripuddin dilantik sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 26 Disember 2011. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau mula menyertai Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada Januari 1982 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan sumber manusia, pengurusan ekonomi dan

Anggota MyCC kewangan.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Korporat) daripada University of Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi daripada Universiti Malaya serta Diploma Pengurusan Awam (Diploma Lepasan Ijazah) daripada INTAN.

TAN SRI ABDUL GANI PATAIL

Tan Sri Abdul Gani Patail menerima pendidikan undang-undang di Universiti Malaya dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1979. Beliau memulakan kerjayanya yang gemilang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1980. Beliau dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan bagi Sabah pada tahun 1985 dan memegang jawatan ini sehingga dilantik sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pada tahun 1994. Semasa berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan, Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa dan Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang.

Pada 1 Januari 2002, beliau telah dilantik sebagai Peguam Negara Malaysia kelapan. Sebagai Peguam Negara beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Malaysian Kuwaiti Investment Co. Sdn. Bhd. dan Pengerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Beliau telah dianugerahi Doctor of Law, honoris causa daripada University of Nottingham pada tahun 2006. Beliau telah lama terlibat dalam hal undang-undang berhubung World Trade Organization (WTO) dan semua perjanjian berkaitan. Kini beliau menerajui rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan pelbagai rakan dialog, terutamanya Malaysia-United States Free Trade Agreement.

Tan Sri Abdul Gani Patail pernah juga tampil di hadapan badan-badan penghukuman, iaitu International Tribunal for the Law of the Sea (ITLOS), International Centre for Settlement of Investment Disputes (ICSID) dan International Court of Justice di The Hague. Beliau telah memastikan bahawa Malaysia menjadi ahli aktif dalam Asian African Legal Consultative Organization (AALCO) dan berkhidmat sebagai seorang ahli AALCO Eminent Persons Group (AALCO-EPG). Beliau telah juga memainkan peranan

Page 31: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

29

penting dalam penubuhan International Centre for Law and Legal Studies (I-CeLLS) dan berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif I-CeLLS. Beliau telah juga berjaya mewujudkan persetujuan perangkaian dengan agensi-agensi rakan sejawat Jabatan Peguam Negara di seluruh dunia.

DATUK DR. RAHAMAT BIVI YUSOFF

Datuk Dr. Rahamat ialah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM). Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha (Bahagian Cukai) di Kementerian Kewangan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan, dan Timbalan Pengarah di Seksyen Ekonomi Makro EPU, JPM.

Beliau mendapat ijazah Bachelor of Social Science (Economics) (Hons) daripada Universiti Malaya dan memegang Ijazah Sarjana (Ekonomi) daripada Western Michigan University, USA. Beliau juga memegang Ijazah Kedoktoran daripada Australian National University.

Beliau turut menjadi ahli lembaga pengarah beberapa agensi seperti FELDA, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), MRT Corporation, Ekuiti Nasional (EKUINAS) dan Malaysia Thailand Joint Authority (MTJA).

DATUK DR. REBECCA FATIMA STA MARIA

Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sebelum memegang jawatan tertinggi ini, beliau pernah menggalas jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) di MITI pada tahun 2006. Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1981 dan telah memegang pelbagai jawatan di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada ketika itu. Pada 1988 beliau telah dipinjamkan kepada ASEAN Plant Quarantine and Training Centre sebagai Ketua Pegawai Pentadbiran dan Perolehan. Pada 2006, beliau mempengerusikan ASEAN Senior Economic Officials Meeting (SEOM) dan juga merupakan Pengerusi Bersama bagi jawatankuasa ASEAN-India Free Trade in Goods Agreement. Kini, beliau merupakan pengerusi ASEAN High Level Task Force

for Economic Integration.

Beliau merupakan lulusan Ijazah B.A. (Hons), English Literature daripada Universiti Malaya. Beliau memperolehi Diploma Pentadbiran Awam daripada Institut Tadbiran Awam, Malaysia pada 1981. Beliau memiliki kelulusan M.S. (Counselling) daripada Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia). Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Ph.D. daripada University of Georgia di Athens, Amerika Syarikat di mana beliau telah dianugerahkan Malcolm Knowles Award bagi disertasi Ph.D. terbaik dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia oleh American Academy of Human Resource Development pada 2000.

TAN SRI DATO’ DR. MICHAEL O.K. YEOH

Tan Sri Dato’ Dr. Yeoh ialah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI). Beliau juga berkhidmat sebagai ahli National Unity Consultative Council dan Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Beliau dilantik oleh Kerajaan Malaysia menjadi Wakil Malaysia bertaraf Duta di ASEAN High Level Task Force on Connectivity. Beliau telah berkhidmat selama dua penggal sebagai Pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Beliau mempunyai Ijazah dalam Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Monash Australia dan telah menjalani program eksekutif kanan di Harvard Business School dan Aresty Institute of Wharton School. Beliau telah dianugerahi Doctorate in Laws (honoraris causa) oleh Universiti Nottingham.

Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman korporat dan merupakan seorang ahli Lembaga Pengarah Pan Malaysia Corporation, Malaysia-China Business Council dan MUI Properties Berhad. Beliau pernah menjadi Pengarah Star Publications dan Institut Jantung Negara. Beliau juga ialah Pengerusi World Chinese Economic Forum dan ASEAN Leadership Forum.

PROF. DATO’ DR. SOTHI RACHAGAN

Profesor Dato’ Dr Sothi Rachagan merupakan pemegang Ijazah B.A. (Malaya), Post-Grad Dip Arts (Otago), M.A (Otago), LL M (Bristol) dan Ph.D. (London). Beliau ialah seorang Barrister-at-Law (Lincolns Inn)

Page 32: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

30

serta seorang Peguam Bela dan Peguam Cara di Mahkamah Tinggi Malaya.

Beliau telah banyak menghasilkan penerbitan dan membentangkan kertas kerja serta memberi ucap utama di persidangan-persidangan kebangsaan dan antarabangsa mengenai pelbagai tajuk termasuk alam sekitar, hak asasi manusia dan undang-undang pilihan raya.

Beliau juga merupakan seorang pensyarah dalam undang-undang pengguna dan persaingan di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya di mana beliau memegang jawatan sebagai Profesor dan Dekan. Beliau juga mengajar di program musim panas dalam bidang undang-undang pengguna di universiti-universiti di Belgium, Kanada, Jerman, India dan Jepun. Beliau telah merangka draf Piagam Pesakit di Malaysia, Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi Malaysia, dan undang-undang pengguna dan persaingan bagi beberapa negara membangun.

Pada tahun 2000 Profesor Rachagan memegang jawatan Pengarah Wilayah bagi Asia dan Pasifik dalam pertubuhan Consumers International. Pada tahun 2005 beliau kembali ke dunia pengajian dan berkhidmat sebagai Naib Presiden (Hal Ehwal Akademik) di Universiti Nilai sehingga pelantikan beliau sebagai Naib Canselor Universiti Perdana pada tahun 2013.

Profesor Rachagan berkhidmat sebagai Vice-Chair-cum-Rapporteur di sesi ke-13 UNCTAD Intergovernmental Group of Experts (IGE) on Competition Law and Policy yang diadakan pada 2013, dan mempengerusikan UNCTAD Ad Hoc Expert Meeting on Competition Law and Policy yang diadakan pada tahun 2014.

Beliau kini seorang ahli UNCTAD Expert Panel mengenai Perlindungan Pengguna dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perkhidmatan Kewangan. Beliau juga kini seorang ahli Lembaga Penasihat bagi Undang-undang Pengguna dan Persaingan di beberapa universiti asing.

PROF. DATIN DR. HASNAH HARON

Prof. Datin Dr. Hasnah ialah Profesor Pengauditan di Graduate School of Business, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau pernah menjadi Pengerusi

Program Perakaunan, Timbalan Dekan Advanced Management Centre, dan Dekan Pengasas Graduate Business School di USM.

Beliau telah dianugerahi Ijazah Ph.D. daripada University of Hull pada 1996 dengan pengkhususan dalam Pengauditan dan mempunyai pengalaman akademik lebih 25 tahun. Beliau ialah seorang ahli Berkanun Institute of Internal Auditors, Malaysia, seorang ahli Profesional Certified Public Accountants, Australia, dan seorang Akauntan Berkanun Malaysian Institute of Accountants. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Malaysian Institute of Accountants dan sebagai ahli Economics and Management Cluster, Majlis Profesor Negara.

Beliau juga terlibat dalam pembangunan Corporate Integrity System Malaysia dengan Institut Integriti Malaysia dan telah berperanan sebagai perunding utama dalam meneliti ‘Keberkesanan Sistem Parol’ dengan Jabatan Penjara Malaysia.

RAGUNATH KESAVAN

Ragunath ialah seorang pengamal undang-undang yang berpengalaman lebih 23 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia dari 2009 hingga 2011. Beliau mempunyai kelulusan sebagai seorang Barrister-at-Law di Gray’s Inn, London dan telah diterima masuk ke Badan Peguam England & Wales pada 1990.

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda (Genetics) daripada Universiti Malaya pada 1985, LLB daripada University of Wales Abertyswyth pada 1989 dan LLM daripada Universiti Malaya pada 1995. Beliau telah dianugerahi Calcott Pryce Award in Public International Law dalam tahun akhir LLB dan tamat dengan Ijazah 2.1.

ABD MALEK AHMAD

Abd Malek ialah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat teknologi maklumat dan perisian animasi 3-D. Beliau seorang bekas pengamal undang-undang.

Beliau menerima Ijazah Sarjana dalam Commercial Law daripada University of Glasgow dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam undang-undang perdagangan antarabangsa dan persaingan.

Page 33: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

31

Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian Perancangan Strategik dan

Hubungan Antarabangsa

Pengerusi & Anggota

Suruhanjaya

Unit Undang-undang

Bahagian Perkhidmatan Pengurusan

Unit Komunikasi Korporat

Ketua Pegawai Eksekutif

struktur organisasiSURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

31

Page 34: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

32

Page 35: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

33

MEMASTIKAN PASARAN YANG CEKAP

Apabila harga ditetapkan atau dikekalkan

secara artifisial, yang menanggung beban

akhirnya ialah para pengguna. Undang-

undang persaingan memastikan bahawa

harga akan ditentukan oleh permintaan dan

penawaran dalam pasaran kompetitif yang

cekap.

Page 36: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

34

Ulasan Tahunan

MEMACU BUDAYA PERSAINGAN

DALAM 2013

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membayangkan suatu budaya persaingan di Malaysia yang akan memastikan wujudnya persekitaran yang bebas daripada aktiviti-aktiviti antipersaingan bagi semua perniagaan, besar atau kecil. MyCC terus berusaha ke arah visi ini pada 2013 dengan menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010) tanpa keraguan atau pilih kasih. Amat ketara, MyCC menarik minat yang luas daripada media massa dan komuniti perniagaan apabila ia mengeluarkan Keputusan Yang Dicadangkan dalam kes-kes Malaysia Airlines Berhad dan AirAsia Berhad serta kes Megasteel Sdn Bhd, masing-masing pada September dan November 2013.

Meskipun penguatkuasaan merupakan aktiviti teras MyCC, MyCC juga memegang tanggungjawab lain dalam misinya bagi menjaga kepentingan persaingan kesemua perniagaan di Malaysia. Dalam tahun yang dikaji, MyCC mengekalkan momentumnya dalam usaha advokasi, menggalakkan pertanyaan akademik, menjalankan kajian pasaran, mengeluarkan garis panduan mengenai aplikasi dan implikasi AP 2010, dan mensasarkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan persatuan perdagangan. Sebagai persediaan bagi menghadapi cabaran yang kian meningkat daripada pasaran-pasaran sokongan yang kompetitif, MyCC meningkatkan kehadiran digital, menambah bilangan warga, menganjurkan persidangan dan bengkel, dan menyertai secara aktif dalam kerjasama dan perkongsian pengetahuan dengan badan-badan berkuasa lain.

PERTUMBUHAN ORGANISASI

Pembukaan rasmi ibu pejabat MyCC di Menara SSM@Sentral, KL Sentral pada 17 Januari 2013 menandakan permulaan satu era baharu dalam operasi agensi ini dan merupakan yang pertama daripada detik-detik penting dalam tahun yang hebat. Selain memulakan operasi di ibu pejabat yang baharu, MyCC terus menambah bilangan warga kerjanya pada tahun 2013 bagi memenuhi keperluan rancangan pengembangannya. MyCC kekal komited kepada matlamatnya untuk menyediakan suasana kerja yang selamat, menyokong dan kondusif bagi warga kerjanya.

Pengembangan organisasi MyCC juga diperluaskan ke ruang digital. MyCC terus menaik taraf laman webnya (www.mycc.gov.my) bagi menyediakan pihak-pihak yang berkepentingan dengan satu pusat rujukan bagi mendapatkan maklumat mengenai undang-undang persaingan dan penguatkuasaannya. MyCC juga meningkatkan lagi penglibatannya dengan orang awam melalui platform media sosial seperti

Page 37: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

35

halaman Facebook MyCC (www.facebook.com/theMyCC) dan saluran YouTube MyCC (www.youtube.com/MyCompetitionNews). Rangkaian-rangkaian laman sosial merupakan alat yang kos efektif dan disasarkan kepada para pihak berkepentingan serta meningkatkan profil penjenamaan MyCC.

MEMBERI NASIHAT DASAR

MyCC menyokong badan-badan kerajaan melalui peranannya sebagai penasihat. Pada 2013, MyCC memberi nasihat dasar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kewangan, Bank Rakyat dan Lembaga Pelabuhan Klang dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan undang-undang persaingan.

MENYOKONG PERSAINGAN MELALUI PENYELIDIKAN AKADEMIK

MyCC mengakui bahawa penyelidikan merupakan komponen penting dalam memupuk budaya persaingan. Bagi menggalakkan pertanyaan ilmiah dalam bidang undang-undang dan dasar persaingan, MyCC telah menjemput penyelidik daripada universiti, institut penyelidikan, kumpulan pemikir dan organisasi masyarakat sivil untuk menyertai

Program Geran Penyelidikan MyCC (Research Grant Programme, RGP). RGP menyediakan geran untuk aktiviti penyelidikan dalam Bidang-bidang Penyelidikan Strategik MyCC, meliputi sektor dan pihak yang berkepentingan yang diberi keutamaan seperti industri makanan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, kewangan, perumahan dan perkhidmatan profesional. MyCC telah menganugerahkan tujuh pemohon yang berjaya daripada sejumlah 23 permohonan yang diterima dalam tahun 2013, setiap pemohon yang berjaya menerima geran bernilai sehingga RM25,000.

Kajian-kajian akademik mereka akan ditambahkan kepada koleksi pengetahuan yang semakin berkembang mengenai persaingan dan, pada masa yang sama, memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai persekitaran persaingan dalam ekonomi Malaysia. Penemuan daripada penyelidikan itu akan juga memberi bukti kukuh bagi membantu MyCC membentuk dasar, undang-undang, strategi dan aktiviti advokasi yang lebih baik berkaitan persaingan.

KAJIAN PASARAN

Sebahagian daripada mandat MyCC di bawah AP 2010 adalah melengkapkan aktiviti penguatkuasaannya dengan kajian pasaran untuk membina satu pangkalan pengetahuan yang akan menyokong penyediaan keputusan yang baik, mengambil kira faktor-faktor ekonomi dan perundangan. MyCC menjalankan satu kajian pasaran tentang amalan penetapan harga di kalangan badan profesional Malaysia pada Julai 2013. Kajian ini adalah sangat bermakna bagi dasar persaingan Malaysia kerana perkhidmatan profesional memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia dan kesemua pengguna menggunakan khidmat mereka pada sesuatu ketika dalam hidup mereka.

MyCC terus menaik taraf laman webnya (www.mycc.gov.my) bagi menyediakan pihak-pihak yang

berkepentingan dengan satu pusat rujukan bagi mendapatkan

maklumat mengenai undang-undang persaingan dan penguatkuasaannya.

Page 38: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

36

Kajian itu dijalankan pada Julai 2013 melibatkan 131 persatuan dalam 34 sektor. Kajian itu merangkumi:

profesional, jika ada;

meletakkan jadual harga; dan

profesional di negara-negara lain.

KAJIAN GARIS DASAR MENGENAI KESEDARAN TERHADAP AP 2010

Dalam bulan Julai 2013, MyCC menjalankan kajian garis dasar mengenai kesedaran AP 2010 merentasi pelbagai perniagaan. Keputusannya menunjukkan bahawa kesedaran tentang AP 2010 dan MyCC adalah pada tahap purata tujuh peratus di negeri-negeri Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, dengan beberapa negeri mencatatkan sifar peratus kesedaran. Keputusan-keputusan ini menekankan perlunya program bantuan kemasyarakatan dan advokasi yang lebih berkesan.

ADVOKASI DAN DIALOG: PINTU DUA-HALA

Sejak mula lagi, MyCC telah ditugaskan untuk menyampaikan manfaat dan peluang AP 2010 kepada

komuniti perniagaan dan orang awam. Program advokasi MyCC adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan AP 2010 dan mengatasi keengganan pihak yang berkepentingan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pematuhan. Pelan strategi advokasi MyCC melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk meyakinkan mereka tentang manfaat AP 2010 serta peranannya dalam menyediakan semua perniagaan dengan tahap perlindungan yang sama terhadap tingkah laku antipersaingan. Pelbagai forum, sesi perbincangan dan satu persidangan dalam tahun 2013 juga menyediakan peserta dengan peluang untuk bertanya soalan-soalan mereka sendiri dan memberi maklum balas. Peluang-peluang untuk dialog dua hala ini membantu mengulangi komitmen MyCC untuk memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada kebimbangan pihak-pihak yang berkepentingan.

MyCC menjalankan program advokasinya melalui sejumlah 30 sesi, yang diadakan di lokasi merentasi lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan. Antara program-program ini adalah yang bertujuan sebagai bantuan kemasyarakatan kepada sektor dan sub-sektor tertentu, termasuk persatuan perdagangan untuk pengilangan, bengkel automobil, insurans, dan lain-lain.

MyCC memandang persatuan-persatuan ini sebagai pembekal penting perkhidmatan kepada ahli-ahli mereka, tetapi peranan mereka sedang berubah dalam era baharu undang-undang persaingan. Pada masa lalu, ada di antara ahli-ahli persatuan telah berkongsi maklumat yang sensitif dan berbincang harga antara satu sama lain di mesyuarat persatuan. Walau bagaimanapun, di bawah AP 2010, aktiviti-aktiviti ini tidak lagi dibenarkan. Dalam tahun 2013, MyCC terus mendekati persatuan-persatuan untuk mendapat sokongan mereka untuk menamatkan amalan-amalan tersebut. Melalui perkongsian dengan persatuan-persatuan untuk mendidik ahli-ahli mereka dalam perkara-perkara pematuhan,

Kajian ini adalah sangat bermakna bagi dasar persaingan Malaysia kerana perkhidmatan profesional

memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia.

ULASAN TAHUNAN

Page 39: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

37

MyCC telah berusaha untuk mewujudkan budaya persaingan yang lebih sihat.

Program advokasi MyCC untuk sektor swasta adalah seperti berikut:

6 Februari: Kuala Lumpur - National Insurance Association of Malaysia.

28 Februari: Shah Alam - Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Selangor.

8 Mac: Federation of Automobile Workshop Owners’ Association (FAWOAM).

Kolej Komuniti, Bera, Pahang.

30 Mei: The International Institute of Public Policy and Management (INPUMA) – ‘Competition Law and Policy in Malaysia.’

11 Jun: Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Kuala Lumpur – ‘Implikasi Akta Persaingan 2010 untuk Usahawan Bumiputera.’

4 Julai: Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur - Malaysia Legal and Corporate Conference 2013 – ‘Competition Law: Its Impact on Business and Legal Practice.’

18 Julai: Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) – ‘Taklimat Mengenai Implikasi Persaingan 2010 ke atas Usahawan Bumiputra dalam Industri Automotif Nasional.’

26 Ogos: PERDASAMA, Sungai Petani, Kedah – ‘Implikasi Akta Persaingan 2010 untuk Usahawan Bumiputera.’

28 Ogos: PERDASAMA, Kelantan – ‘Implikasi Akta Persaingan 2010 untuk Usahawan Bumiputera.’

Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur – Pelancaran Buku Panduan ‘Competition Act 2010: A Guide for Business.’

Untuk ahli akademia, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur – ‘Instituting the Competition Act 2010 – Role of Universities and Academics.’

Page 40: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

38

Persidangan Undang-undang Persaingan MyCC Pertama – Piawaian-piawaian Baru Bagi Perniagaan di Malaysia (‘1st MyCC Competition Law Conference - New Standards for Business in Malaysia’).

Help University, Damansara, Kuala Lumpur – ‘The Competition Act 2010.’

Subang, Selangor - MEF Academy Convention 2013 – ‘The Competition Act 2010 – Compliance Requirement and Implementation.’

14 November: PERDASAMA, Melaka – ‘Implikasi Akta Persaingan 2010 untuk Usahawan Bumiputera.’

28 November: Dewan Perniagaan dan Persatuan, Kuching, Sarawak - Pelancaran Buku Panduan ‘Competition Act 2010: A Guide for Business.’

29 November: Dewan Perniagaan dan Persatuan, Kota Kinabalu, Sabah – Pelancaran Buku Panduan ‘Competition Act 2010: A Guide for Business.’

ULASAN TAHUNAN

Page 41: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

39

3 Disember: Forum Akta Persaingan 2010 Untuk PKS.

12 Disember: Malaysian Pulp and Paper Manufacturers’ Association (MPPMA) – ‘Taklimat dan Sesi Soal Jawab.’

Program advokasi MyCC untuk sektor awam adalah seperti berikut:

5 Februari: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), WP Labuan – ‘Kesedaran Peniaga mengenai Akta Persaingan 2010.’

18 Februari: Bank Pertanian Malaysia Bhd (AGROBANK).

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Pulau Pinang – ‘Taklimat Akta Persaingan 2010.’

INTAN Bukit Kiara - ‘INTAN Executive Talk on Bid-Rigging for Public Officials.’

25-26 Jun: MyCC dan agensi-agensi kerajaan lain – Bengkel Mencegah Tipuan Bida Dalam Perolehan Awam.

26 Jun: SME Corp, Kuching, Sarawak – ‘Taklimat Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah & Kesedaran Mengenai Akta Persaingan 2010 Serta Etika Dalam Perniagaan.’

29 Jun: SME Corp, Likas, Sabah – ‘Taklimat Akta Persaingan 2010.’

Jabatan Kerja Raya (JKR) – ‘Taklimat Mengenai Penguatkuasaan Akta Persaingan 2010.’

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dungun, Terengganu – ‘Taklimat Akta Persaingan 2010.’

26 November: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – ‘Competition Act 2010: Better Business with Competition Compliance.’

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Budaya persaingan yang adil juga akan menjadi satu rahmat kepada PKS. Memandangkan bahawa 97.3 peratus daripada perniagaan di Malaysia adalah PKS, MyCC menyedari kepentingan advokasi yang disasarkan bagi menangani kebimbangan PKS. SME Corporation Malaysia telah mendapati dalam kajiannya dalam tahun 2012 bahawa kesedaran AP

PKS yang mempelajari tentang AP 2010 daripada MyCC dan

melaksanakan pematuhan undang-undang persaingan akan mempunyai

kelebihan daya saing dalam menghadapi cabaran baharu ini.

Page 42: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

40

2010 adalah rendah di kalangan perusahaan kecil dan sederhana, dimana 81 peratus daripada responden iaitu sebanyak 307 orang, tidak sedar akan AP 2010.

Meningkatkan taraf kesedaran adalah kritikal terutamanya ketika definasi PKS sedang diperluaskan untuk mengambil kira perubahan struktur dalam ekonomi dan trend perniagaan yang berubah. Pada 11 Julai 2013, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC) telah mengesahkan satu definisi baharu bagi PKS yang akan berkuatkuasa dalam tahun 2014. Definisi ini menaikkan had kelayakan untuk jumlah jualan dan jumlah warga kerja PKS untuk semua sektor ekonomi. Dalam sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai mempunyai jumlah jualan tidak melebihi RM50 juta atau jumlah warga kerja tidak melebihi 200 orang. Bagi sektor perkhidmatan dan lain-lain, PKS ditakrifkan sebagai mempunyai jumlah jualan tidak melebihi RM20 juta atau jumlah warga kerja tidak melebihi 75 orang. NSDC telah menjangkakan bahawa bahagian PKS berbanding jumlah pertubuhan seluruhnya boleh meningkat kepada 98.5 peratus.

Terdapat beberapa persepsi yang salah yang perlu ditangani mengenai manfaat dan implikasi AP 2010 ke atas PKS. Walaupun PKS mungkin menganggap bahawa mereka dikecualikan daripada undang-undang persaingan kerana saiznya yang lebih kecil dan impaknya yang tidak ketara, hakikatnya adalah bahawa AP 2010 merangkumi aktiviti komersial semua entiti, mahupun besar atau kecil. Tujuan AP 2010 adalah untuk melindungi proses persaingan, dan bukannya pesaing. Tambahan pula, perniagaan-perniagaan kecil adalah yang lebih berkemungkinan untuk mengalami kesan negatif disebabkan amalan-amalan antipersaingan oleh syarikat-syarikat dalam rangkaian pembekal, seperti pembekal huluan atau syarikat pengangkutan.

Terdapat dua aspek di mana AP 2010 melindungi proses persaingan dan menggalakkan keadaan persaingan yang adil, iaitu larangan perjanjian-

perjanjian antipersaingan (Seksyen 4) dan larangan penyalahgunaan kedudukan yang dominan dalam pasaran (Seksyen 10). Undang-undang bertindak sebagai satu pelindung bagi menjaga firma-firma yang dominan dan besar daripada memaksa syarikat-syarikat yang lebih kecil keluar daripada pasaran dengan cara selain daripada proses biasa persaingan. Ia juga mencegah gangguan artifisial daripada menjejaskan daya saingan dan kecekapan PKS dalam peranan mereka sebagai pengeluar atau pengedar di pasaran. Satu pasaran yang lebih berdaya saing juga akan menyebabkan kos input yang lebih rendah bagi PKS.

Manakala AP 2010 mencegah syarikat-syarikat yang lebih besar daripada amalan-amalan antipersaingan, Akta bertindak secara berbeza kepada perniagaan-perniagaan kecil dalam beberapa kes. Apabila dua pihak kepada satu perjanjian adalah pesaing dalam pasaran yang sama dengan gabungan bahagian pasaran sebanyak tidak lebih daripada 20 peratus, atau apabila pihak-pihak tersebut bukan pesaing (seperti kes di mana seorang adalah peruncit dan seorang adalah pemborong) dan setiap pihak memiliki kurang daripada 25 peratus bahagian pasaran, oleh itu perjanjian itu tidak akan mempunyai kesan yang signifikan ke atas persaingan. Ini bererti bahawa perjanjian jual dan beli bersama dan perjanjian pengedaran eksklusif yang tertentu yang memudahkan aktiviti perniagaan PKS mungkin akan dibenarkan kerana pihak-pihak yang terlibat mempunyai bahagian pasaran yang kecil.

Sebagai akibat AP 2010, PKS mempunyai tanggungjawab untuk mendidik warga kerja mereka untuk memastikan supaya mereka tidak terlibat dalam mana-mana tingkah laku antipersaingan. PKS perlu mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan budaya pematuhan persaingan di seluruh syarikat. Sekiranya mereka menemui amalan-amalan antipersaingan oleh firma yang besar dan dominan, PKS digalakkan supaya membuat aduan dengan MyCC.

ULASAN TAHUNAN

Page 43: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

41

Bengkel ini telah menyedarkan peserta tentang isu tipuan bida,

dengan penumpuan kepada cara-cara mereka bentuk tender bagi

mengurangkan risiko tipuan bida, kaedah-kaedah mengenal pasti kemungkinan tipuan bida pada peringkat awal, dan langkah-

langkah yang patut diambil jika tipuan bida dikenalpasti.

MyCC terlibat dengan PKS melalui aktiviti advokasinya dalam tahun 2013, termasuk Forum Akta Persaingan 2010 dengan Perusahaan Kecil & Sederhana yang berlangsung pada 3 Disember,dan artikel akhbar yang memberi tumpuan kepada PKS. Usaha-usaha advokasi MyCC terhadap PKS adalah terutamanya tepat pada masanya memandangkan bahawa integrasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) itu akan berlaku sebelum akhir tahun 2015, mendedahkan negara-negara ahli kepada satu aliran bebas barangan dan perkhidmatan. PKS yang belajar tentang AP 2010 daripada MyCC dan melaksanakan pematuhan undang-undang persaingan akan mempunyai kelebihan daya saing dalam menghadapi cabaran baru ini.

Tipuan bida adalah satu amalan antipersaingan yang sangat berbahaya yang boleh merugikan negara. Amalan pakatan sulit antara pembida untuk kontrak ini menyingkirkan ketidakpastian persaingan dalam pasaran dan secara langsung menentang prinsip perolehan Kerajaan Malaysia iaitu prinsip ‘persaingan yang terbuka dan adil’, ‘ketelusan’ dan ‘nilai terbaik untuk wang’. Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah menganggarkan bahawa dengan menghapuskan tipuan bida sesebuah negara dapat menjimatkan sebanyak satu peratus daripada KDNKnya. Dalam kes Malaysia, ini akan berjumlah USD 2.8 bilion, berdasarkan angka 2012.

Dalam tahun 2013, MyCC telah menganjurkan dua program tentang tipuan bida. Yang pertama adalah Perbincangan Eksekutif INTAN mengenai tipuan bida yang khas untuk pegawai-pegawai awam, yang diadakan pada 22 April 2013. Yang kedua adalah satu bengkel mengenai tipuan bida untuk pegawai-pegawai kerajaan, yang diadakan di Kuala Lumpur dari 25-27 Jun 2013, dianjurkan dengan kerjasama OECD dan Korea Policy Centre (KPC). Bengkel ini telah menyedarkan peserta tentang isu tipuan bida,

dengan penumpuan kepada cara-cara mereka bentuk tender bagi mengurangkan risiko tipuan bida, kaedah-kaedah mengenal pasti kemungkinan tipuan bida pada peringkat awal, dan langkah-langkah yang patut diambil jika tipuan bida dikenalpasti. Bengkel ini adalah satu kejayaan, dan ramai peserta memohon supaya adanya sesi susulan dan seterusnya satu siasatan ke atas kes tipuan bida dipercepatkan untuk menggambarkan kepentingan isu ini kepada orang awam.

MyCC juga kini sedang menterjemahkan garis panduan tentang tipuan bida ke dalam Bahasa Malaysia dan sedang menyuntingnya untuk kegunaan di seluruh sektor awam.

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

Dalam tahun yang dikaji, MyCC memperkukuhkan peranannya dalam penguatkuasaan bagi memastikan persaingan yang sihat dan adil dalam persekitaran perniagaan Malaysia. MyCC mengeluarkan dua Keputusan Yang Dicadangkan dan satu Langkah Interim dalam tempoh ini.

Page 44: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

42

Dalam menjalankan tugasnya menguatkuasakan undang-undang, MyCC terus menghargai kebimbangan rakyat, dengan cara menjalankan rundingan dengan pihak yang berkepentingan dan penghujahan awam bagi memastikan keputusan yang dibuat mengambil kira berbagai-bagai pendapat daripada ramai orang. Rundingan ini juga menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap kepentingan awam sepanjang proses penyiasatan.

AirAsia

Pada 6 September 2013, MyCC mengeluarkan Keputusan Yang Dicadangkan mengenai perjanjian pakatan antara Malaysia Airlines Berhad dan AirAsia Berhad, mendapati kedua-dua pihak itu telah melanggar Seksyen 4(2)(b) AP 2010.

Malaysia Airlines dan AirAsia didapati membuat perjanjian pakatan yang melibatkan pengaturan bagi pembahagian beberapa laluan pengangkutan udara domestik antara syarikat-syarikat tersebut bermula 1 Januari 2012. Perjanjian untuk berkongsi pasaran

dalam sektor perkhidmatan pengangkutan udara ini adalah satu pelanggaran AP 2010. Oleh itu MyCC telah mengenakan denda sebanyak RM10 juta ke atas kedua-dua Malaysia Airlines dan AirAsia.

Penguatkuasaan AP 2010 yang berani dan tepat pada masa oleh MyCC dalam kes ini telah menarik perhatian media massa dan merangsang minat awam kepada akibat melanggar undang-undang persaingan Malaysia.

PMLOA

Pada 11 September 2013, Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia (PMLOA) mengeluarkan kenyataan

ULASAN TAHUNAN

Dalam menjalankan tugusnya menguatkuasakan undang-undang,

MyCC terus mengambil kira kebimbangan rakyat, dengan cara menjalankan rundingan dengan pihak yang berkepentingan dan

penghujahan awam bagi memastikan keputusan yang dibuat mengambil

kira berbagai-bagai pendapat daripada ramai orang.

“Perkongsian pasaran adalah pelanggaran yang serius di bawah

AP 2010 kerana pelanggaran tersebut mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara

signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

Apabila perniagaan bersepakat untuk berkongsi pasaran, mereka

bersetuju untuk tidak bersaing pada kos yang akhirnya mungkin

ditanggung pengguna.”

Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob, Pengerusi MyCC, 6 September 2013.

Page 45: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

43

dalam akhbar tempatan menyatakan bahawa PMLOA sebulat suara memutuskan untuk menaikkan bayaran pengangkutan sebanyak 15 peratus. Memandangkan kenaikan harga ini, pada 20 September 2013, MyCC mengeluarkan Langkah Interim yang dicadangkan terhadap PMLOA. Notis itu dikeluarkan atas sebab kemungkinan pelanggaran terhadap Seksyen 4(2)(a) Akta Persaingan 2010 kerana menyertai persetujuan bagi menetapkan kenaikan bayaran pengangkutan. MyCC telah mengarahkan PMLOA agar tidak melaksanakan kenaikan harga itu, kemudian mengeluarkan arahan terakhir kepada PMLOA untuk meminda Perlembagaannya, bagi menghapuskan sebarang peruntukan mengenai perbincangan dan penetapan harga.

MyCC telah mengeluarkan Keputusan Yang Dicadangkan terhadap Megasteel Sdn Bhd pada November 2013 setelah menentukan bahawa ia berkemungkinan telah melanggar Seksyen 10(1) AP 2010 dengan menyalahgunakan kedudukannya yang dominan dalam pasaran keluli.

MyCC melihat Megasteel sebagai dominan dalam pasaran tempatan bagi gegelung gulung panas (Hot Rolled Coil, HRC) yang mewakili segmen huluan. Megasteel juga terlibat dalam pengeluaran gegelung gulung sejuk (Cold Rolled Coil, CRC) dalam pasaran hiliran. HRC ialah input penting bagi pengilang CRC hiliran.

MyCC mendapati bahawa amalan Megasteel mengenakan harga untuk HRC keluarannya yang tidak setimpal dengan harga jualan CRC yang dikeluarkannya, dan ini adalah sama seperti himpitan margin yang menghasilkan kesan antipersaingan dalam pasaran. Harga CRC yang direndahkan secara palsu yang dikenakan oleh Megasteel mempunyai kesan menghalang, jika tidak mengurangkan, persaingan dalam pasaran hiliran. Oleh kerana perilaku ini merupakan satu pelanggaran Seksyen 10(1) AP 2010, syarikat itu didenda RM4.5 juta dalam

Keputusan Yang Dicadangkan itu.

MyCC memberi kelulusan untuk Perintah Pengecualian Blok bersyarat (conditional Block Exemption Order, BEO) bagi perjanjian pelayaran tetap pada 20 Disember 2013. Pengecualian ini akan dikuatkuasakan selama tiga tahun dari tarikh ia diwartakan di dalam Gazet, atau sehingga ia dibatalkan oleh MyCC.

MyCC meluluskan BEO itu di bawah Seksyen 8 Akta Persaingan 2010 bagi perjanjian berkaitan Perjanjian Perkongsian Vesel dan Perjanjian Perbincangan Sukarela yang dibuat dalam Malaysia atau yang memberi kesan kepada perkhidmatan pelayaran tetap di Malaysia. BEO hanya diguna pakai untuk perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pengendali pelayaran tetap bagi pengangkutan laut, dan tidak termasuk pengangkutan barangan di darat. Pengecualian ini tidak meliputi sebarang elemen penetapan harga atau tarif dalam apa-apa bentuk.

Keputusan untuk meluluskan BEO dibuat ekoran kajian dan perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Rundingan awam di seluruh negara mengenai perkara ini telah diadakan sepanjang beberapa bulan bermula Februari 2013.

MEMIMPIN JALAN MENUJU PEMATUHAN

MyCC terus mengembangkan jumlah kerja yang tersedia mengenai pemakaian dan implikasi Akta Persaingan 2010 melalui penerbitan garis panduan mengenai AP 2010. Pada September 2013, MyCC melancarkan dua buku panduan baharu bagi mempercepatkan kesedaran dan pemahaman yang kian bertambah terhadap undang-undang persaingan di kalangan komuniti perniagaan. Kedua-dua penerbitan itu tersedia untuk dimuat turun daripada laman web MyCC.

Page 46: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

44

Akta Persaingan 2010: Panduan bagi Perniagaan (Competition Act 2010: A Guide for Business) telah dilancarkan pada 2 September 2013 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Hasan bin Malek. Buku panduan ini menerangkan peristilahan mengikut undang-undang dalam AP 2010 dalam cara mudah dan mengambil kira beberapa kebimbangan yang dibangkitkan oleh komuniti perniagaan Malaysia.

Buku panduan Garis Panduan Pematuhan MyCC membantu perniagaan dalam memahami apa yang diperlukan untuk melaksanakan program pematuhan kepada undang-undang persaingan. Program yang komprehensif mengenai pematuhan

kepada undang-undang persaingan akan membantu para pemilik perniagaan memahami perubahan yang perlu dilakukan bagi menjalankan perniagaan tanpa melanggar Akta Persaingan 2010.

PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN YANG PERTAMA ANJURAN MyCC

Persidangan Undang-undang Persaingan MyCC Pertama – Piawaian-piawaian Baru Bagi Perniagaan di Malaysia (1st MyCC Competition Law Conference – ‘New Standards of Doing Business in Malaysia’). MyCC mencapai detik penting utama dalam membangunkan pengetahuan dan kapasiti persaingan nasional apabila ia menganjurkan Persidangan Pertama Undang-undang Persaingan MyCC, yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin pada 25 September 2013. Acara dua hari itu, yang diberi tema ‘New Standards of Doing Business in Malaysia,’ diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Lebih daripada 20 pakar industri dan perundangan dari seluruh dunia berkongsi

ULASAN TAHUNAN

Page 47: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

45

pengetahuan dan pengalaman mereka dalam isu persaingan. Persidangan itu dihadiri oleh lebih 500 peserta, yang terdiri daripada para usahawan, pengamal undang-undang, ahli ekonomi, pegawai kerajaan dan ahli akademik.

Pada acara dua hari itu, para hadirin mendapat pemahaman penting dalam banyak perkara berkaitan dengan dasar persaingan, termasuk gambaran keseluruhan tentang undang-undang persaingan di Malaysia, perbandingan antara pasaran matang dan pasaran baharu, kos berkaitan tipuan bida dan cara menjauhinya, implikasi perjanjian menegak, kajian kes mengenai isu-isu pematuhan dan ketidakpatuhan, mekanisme penetapan harga bagi badan-badan profesional, undang-undang persaingan yang dikaitkan dengan PKS, perjanjian pengedaran dan undang-undang persaingan, kesan Pengekalan Harga Jualan Semula, dan penumpuan undang-undang persaingan dan hak harta intelektual.

Selain itu, buku panduan ‘Competition Act 2010: Compliance Guidelines’ telah dilancarkan secara rasmi pada hari pertama persidangan itu dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Persidangan Undang-undang Persaingan yang pertama kali dianjurkan oleh MyCC ini merupakan satu kejayaan yang amat jelas dan satu pencapaian mercu tanda dalam pendidikan dan advokasi undang-

undang persaingan, bukan sahaja di peringkat nasional, bahkan di peringkat wilayah. MyCC telah dapat memberi para peserta pemahaman yang jelas mengenai AP 2010 bersama pengetahuan terkini mengenai isu-isu persaingan semasa dan perkembangan yang berkenaan.

KERJASAMA DAN PERKONGSIAN PENGETAHUAN

Ketika penguatkuasaan undang-undang persaingan di seluruh dunia semakin agresif dan global, adalah jelas bahawa kustodian undang-undang persaingan Malaysia perlu menaikkan taraf keupayaan pengetahuannya dan bersedia untuk menghadapi pelbagai isu berkenaan persaingan. Dalam tahun 2013, MyCC mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan menambahbaikkan perkongsian pengetahuan dengan badan-badan berkuasa yang lebih mantap melalui menjadi tuan rumah dan mengambil bahagian dalam berbagai-bagai lawatan antarabangsa, mesyuarat dan program sangkutan.

Page 48: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

46

Pada 8-9 Jun, 2013, MyCC dan CUTS Institute for Regulation and Competition (CIRC) menganjurkan satu program latihan mengenai Dasar dan Undang-undang Persaingan, disasarkan untuk pegawai- pegawai dari kementerian dan agensi kerajaan. Acara itu menampilkan penceramah dari CIRC, OECD, dan badan-badan lain yang berbilang pihak, yang telah mengendalikan satu sesi yang bertumpu kepada ekonomi serta satu sesi lain untuk memberi penerangan kepada wakil-wakil media mengenai AP 2010.

ULASAN TAHUNAN

Dalam tahun 2013, MyCC mengukuhkan lagi hubungan

kerjasama dan menambahbaikkan perkongsian pengetahuan dengan badan-badan berkuasa yang lebih

mantap.

Dalam tahun 2013, MyCC telah bekerjasama dengan Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) untuk melaksanakan satu program sangkutan dengan tujuan memperkukuhkan keupayaan MyCC dalam menangani kes-kes dan isu-isu persaingan. Seorang pegawai kanan dari ACCC telah ditempatkan di MyCC dari September hingga Disember 2013 bagi melatih pegawai-pegawai MyCC tentang isu-isu pentakrifan pasaran dan penguatkuasaan, sementara seorang pegawai dari MyCC telah ditempatkan di ACCC dari Ogos ke November 2013 bagi mempelajari kaedah-kaedah penyiasatan dan pengumpulan bukti.

Beberapa tetamu terkenal, tempatan dan asing, telah melawat MyCC pada tahun 2013. Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, En. Shahid M G Kiani melakukan lawatan hormat ke MyCC pada 28 Mac. Sementara itu Ms. Anna Wu Hung-Yuk, Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Hong Kong, melakukan lawatan hormat ke MyCC pada 7 Jun.

Program Latihan Dasar dan Undang-undang Persaingan, 8-9 Jun 2013, (The Majestic Hotel Kuala Lumpur)

Lawatan kerja oleh Y.B Dato’ Sri Hasan bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK) ke ibupejabat MyCC di aras 15, Menara SSM@Sentral, 3 Julai 2013

Page 49: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

47

MyCC melawat CCS pada 30 September dan 2 Disember bagi memperkukuhkan hubungan perangkaian dan menambah kefahaman mengenai penggunaan pangkalan data dan sistem fail.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang baru dilantik, Dato’ Sri Hasan bin Malek, melakukan lawatan kerja pertamanya ke pejabat MyCC pada 3 Julai.

Pada 19 November, satu delegasi daripada Competition Commission of Singapore (CCS) yang diketuai oleh Pengerusi CCS En. Lam Chuan Leong telah berkongsi pemahaman yang bernilai mengenai advokasi dan prosedur penyiasatan dalam lawatan kerja ke MyCC.

Dalam tahun 2013, lawatan kerja MyCC ke luar negara termasuk ke Komisi Pengawas Persaingan Usaha (KPPU); Jakarta, Indonesia (14-15 Februari) dan the Office of Fair Trading (OFT), London, UK (29-30 April).

30 September 2013 - Lawatan kerja ke Competition Commission of Singapore (CCS), di Singapura

2 Disember 2013 - Lawatan kerja ke Competition Commission of Singapore (CCS) mengenai pangkalan data dan sistem fail

14 - 15 Februari - Lawatan kerja MyCC ke Komisi Pengawas Persaingan Usaha (KPPU), di Jakarta, Indonesia

Page 50: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

48

MyCC telah menghadiri banyak mesyuarat antarabangsa untuk membincangkan isu-isu persaingan sepanjang tahun, mengambil bahagian sebagai ahli ASEAN Experts Group on Competition (AEGC), the ASEAN Work Group on Regional Competition Advocacy, Intergovernmental Group of Experts on Competition Law and Policy, dan banyak lagi kumpulan lain. Antaranya ialah:-

25-26 Mac: Mesyuarat ke-11 ASEAN Experts Group on Competition (AEGC) di Manila, Filipina.

27 Mac: Mesyuarat kedua Project Steering Committee (PSC) bagi the ASEAN–GIZ Cooperation Project Competition Policy and Law (CPL) in ASEAN.

Mesyuarat Pertama ASEAN Work Group (WG) on Regional Competition Advocacy.

30-31 Mei: Brainstorming Meeting on AEGC Capacity Building Roadmap di Tagaytay City, Filipina.

17-19 Jun: Mesyuarat kelima FTA Joint Committee bagi The ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade (AANZFTA) di Cairns, Australia.

7-11 Julai: Mesyuarat Intergovernmental Group of Experts on Competition Law and Policy di Geneva, Switzerland.

9-13 Julai: Sesi ke-12 Intergovernmental Group of Experts on Competition Law and Policy di Geneva, Switzerland.

16-17 Julai: Mesyuarat kedua Work Group (WG) on Regional Competition Advocacy (WG Advocacy), di Bali, Indonesia.

Mesyuarat ketiga Work Group (WG) on Regional Competition Advocacy, di Bangkok, Thailand.

12-15 November: 12th Bi-Annual AEGC Meeting di Cebu City, Filipina.

13-14 November: Mesyuarat Pertama ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Agreement Committee on Competition, di Cebu City, Filipina.

ULASAN TAHUNAN

Page 51: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

49

MyCC juga mengambil bahagian sebagai peserta bengkel atau penceramah jemputan di acara-acara berikut:

28 Februari-1 Mac: Organization for Economic Co-Operation and Development (OECD) Global Forum on Competition di Paris, Perancis.

6-8 Mac: Bengkel mengenai Practice and Procedure in Competition Cases di Seoul, Korea.

9-16 Mac: Kursus Economic Partnership Program (EPP) mengenai Capacity Building for Competition Law di Jepun.

Persidangan Tahunan ICN ke-12 di Warsaw, Poland.

20-21 Mei: Sesi meja bulat bersama Prof Richard Whish, Kuala Lumpur.

4-5 Julai: ASEAN Competition Conference ketiga di Singapura.

28 Ogos: East Asia Conference on Competition Law and Policy kelapan di Manila, Filipina.

Bengkel mengenai Indirect Use of Evidence in Cartel Investigations di Seoul, Korea.

The ICN Unilateral Conduct Regional Workshop di Stockholm.

11-15 November: Bengkel bersama CIRC-CREESE Winter School mengenai Role of Economics in Competition Law, di New Delhi, India.

12-13 Disember: The 2013 International Competition Network (ICN) Advocacy Workshop ‘Advocacy-A Driver for Change,’ di Rome.

Sumbangan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Meranti pada 2 Ogos 2013

Retreat Perancangan Strategik MyCC 2014, diadakan pada 5 hingga 8 Disember 2013

Bantuan Mangsa Banjir di Kampung Lamir, Kuantan pada 24 Disember 2013

Page 52: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

50

Detik-detik Penting 2013

2005 20102009

Kabinet meluluskan draf akhir Dasar Amalan Perdagangan Adil (Fair Trade Practices Policy FTPP).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Kementerian) membentuk CG25, satu kumpulan perunding yang terdiri daripada agensi-agensi utama kerajaan, dewan-dewan, persatuan-persatuan dan ahli-ahli masyarakat sivil untuk membincangkan aspek-aspek draf rang undang-undang berdasarkan FTPP. Beberapa aspek rang undang-undang itu dikaji semula berikutan maklum balas daripada perundingan dengan CG25.

Kabinet meluluskan dasar dan rang undang-undang baharu.

Dasar dan rang undang-undang baharu dibentangkan dan dibaca di Dewan Rakyat Parlimen.

2 Jun: Akta Persaingan 2010 (AP 2010) menerima Perkenan Diraja.

10 Jun: AP 2010 diwartakan. Satu tempoh tangguh selama 18 bulan ditetapkan bagi syarikat-syarikat untuk mematuhi undang-undang baharu dan untuk Kementerian menubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Kementerian menubuhkan satu unit interim persaingan bagi menyediakan penubuhan MyCC. Tambahan pula, satu jawatankuasa pelaksanaan persaingan ditubuhkan bagi membantu program-program awal unit interim persaingan, yang merangkumi penubuhan MyCC dan menjalankan program-program advokasi.

Penglibatan dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk membincangkan perubahan akhir kepada FTPP, yang tertumpu hanya kepada persaingan.

Page 53: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

51

2011(Februari-Disember)

2013(Januari-November)

2012(Januari-Disember)

Satu Makmal Persaingan ditubuhkan untuk menilai isu-isu yang dapat mempercepatkan pelaksanaan kukuh AP 2010. Makmal ini terdiri daripada ahli-ahli dari sektor-sektor awam dan swasta.

Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob dilantik sebagai Pengerusi MyCC.

1 Mei: Sembilan anggota lain dilantik ke MyCC.

Jun: Shila Dorai Raj dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pertama MyCC. Pegawai-pegawai MyCC yang lain juga dilantik.

Disember: MyCC mendrafkan tiga garis panduan dan menjalankan enam perundingan awam untuk menilai maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan.

17 Januari: Pembukaan rasmi ibu pejabat MyCC di KL Sentral.

Julai: MyCC mengendali dan melengkapkan satu Kajian Pasaran mengenai penetapan harga oleh badan-badan profesional di Malaysia.

MyCC menjalankan Kajian Garis Dasar tentang tahap kesedaran AP 2010.

Pelancaran Akta Persaingan 2010: Panduan untuk Perniagaan.

Keputusan Yang Dicadangkan terhadap Malaysia Airlines Berhad dan AirAsia kerana perkongsian pasaran.

Langkah interim dikeluarkan terhadap Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia (PMLOA) kerana penetapan harga.

Pelancaran Akta Persaingan 2010: Garis Panduan Pematuhan.

Persidangan Undang-undang Persaingan MyCC yang pertama.

1 November: Keputusan Yang Dicadangkan terhadap Megasteel Sdn Bhd kerana penyalahgunaan kedudukan dominan.

Januari: AP 2010 mula berkuatkuasa.

2 Mei: Garis panduan tentang Prosedur Aduan, Definisi Pasaran dan Perjanjian Antipersaingan disiarkan.

16 Julai: Pelancaran Buku Panduan MyCC untuk Orang Awam.

16 Julai: MyCC menjalankan kajian pasaran ayam daging tempatan.

23 Julai: Siasatan bermula terhadap Cameron Highlands Floriculturist Association (CHFA) kerana penetapan harga.

26 Julai: Garis Panduan Penyalahgunaan Kedudukan Dominan disiarkan.

Keputusan Yang Dicadangkan terhadap CHFA kerana melanggar Seksyen 4(2) AP 2010 dikeluarkan.

6 Disember: Keputusan muktamad yang pertama terhadap CHFA dikeluarkan.

Page 54: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

52

Page 55: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

53

INOVASI BERKEMBANG, PENGGUNA MENANG

Perniagaan yang berada dalam

pasaran kompetitif mestilah sentiasa

menambahbaikkan produk dan

perkhidmatan mereka untuk mendapatkan

bahagian pasaran. Sesuatu pasaran yang

dipacu oleh inovasi akan memberi lebih

banyak manfaat kepada pengguna melalui

pilihan yang lebih banyak dan produk yang

lebih baik.

Page 56: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

54

Dalam Berita

Page 57: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

55

Page 58: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

56

Dalam Berita

Page 59: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

57

Page 60: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

58

Page 61: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

59

PENYATAKEWANGAN

Sijil Ketua Audit Negara 60

Penyata Ahli Lembaga 62

Pengakuan Berkanun 63

Lembaran Imbangan 64

Penyata Pendapatan 65

Penyata Perubahan Ekuiti 66

Penyata Aliran Tunai 67

Nota-nota Kepada Penyata Kewangan 68 2013

Page 62: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

60

Sijil Ketua Audit Negara

Page 63: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

61

Page 64: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

62

Page 65: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

63

Pengakuan Berkanun

Page 66: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

64

2013 2012

ASET Hartanah, Loji dan Peralatan 4 1,428,515 1,115,144 ASET SEMASA Deposit dan Prabayar 5 200,350 218,870 Faedah Terakru 135,936 162,036 Simpanan Tetap 6 18,799,372 18,228,440 Wang Tunai dan Baki Bank 7 7,329,589 5,973,481 Pelbagai Penghutang 171,491 - 26,636,738 24,582,827

LIABILITI SEMASA Pelbagai Pemiutang dan Akruan 531,956 504,489 ASET SEMASA BERSIH 26,104,782 24,078,338 27,533,297 25,193,482 DIBIAYAI OLEH Geran Pelancaran Terkumpul 27,533,297 25,193,482 27,533,297 25,193,482

Page 67: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

65

Penyata Pendapatan

2013 2012

PENDAPATAN Peruntukan Kerajaan Malaysia 14,000,000 25,200,000 Faedah Simpanan Tetap 8 559,080 375,232 Yuran Permohonan Pengecualian 50,000 200,000 Faedah Bank 110,636 96,806 Yuran Seminar 171,490 12,128 Jualan Pelupusan Alat Kelengkapan / Pejabat - 3,640

14,891,206 25,887,806

PERBELANJAAN Emolumen 2,025,920 996,290 Perjalanan dan Penginapan 186,801 143,548 Utiliti dan Komunikasi 143,161 65,007 Sewa 772,630 734,764 Susutnilai 4 188,444 77,416 Perbelanjaan Pentadbiran 9 304,121 1,933,233 Perbelanjaan Perkhidmatan 1,490,620 304,687 Gaji dan Elaun Anggota Suruhanjaya 610,005 698,853 Keraian, Honorarium dan Sumbangan 54,680 38,698 Perbelanjaan Pembangunan 10 6,775,009 3,186,169

8,178,665 LEBIHAN PENDAPATAN 2,339,815 17,709,141

Page 68: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

66

2013 RM Pada 1 Januari 2012 7,484,341 Lebihan Pendapatan 17,709,141

Lebihan Pendapatan 2,339,815

Page 69: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

67

Penyata Aliran Tunai

2013 2012

ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI OPERASI Lebihan Pendapatan 2,339,815 17,709,141 Pelarasan: Susutnilai 188,444 77,416 Faedah Simpanan Tetap dan Faedah Bank (669,716) (472,038)LEBIHAN PENDAPATAN SEBELUM PERUBAHAN DALAM MODAL KERJA 1,858,543 17,314,519 Pertambahan Pelbagai Penghutang (126,871) (344,418)Pertambahan Pelbagai Pemiutang 27,467 420,751 TUNAI BERSIH DARI AKTIVITI OPERASI 1,759,139 17,390,852 ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI PELABURAN Pembelian Hartanah, Loji dan Peralatan (501,815) (824,881)Faedah Simpanan Tetap dan Faedah Bank Diterima 669,716 472,038 TUNAI BERSIH DARI AKTIVITI PELABURAN 167,901 (352,843) PENAMBAHAN BERSIH DALAM TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI 1,927,040 17,038,009 TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 24,201,921 7,163,912 TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 26,128,961 24,201,921 TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI DIWAKILI OLEH: Wang Tunai dan Baki Bank 7,329,589 5,973,481 Simpanan Tetap 18,799,372 18,228,440 26,128,961 24,201,921

Page 70: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

68

Nota-nota Kepada Penyata Kewangan 2013

1.1 Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 Jun 2011 di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan

2010 (Akta 713). 1.2 Penyata Kewangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013 telah diluluskan

melalui Mesyuarat Anggota-anggota Suruhanjaya Bil. 04/2014 pada 15 Mei 2014.

Objektif Utama Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah untuk melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan

Akta Persaingan 2010 serta mendidik orang ramai mengenai cara-cara bagaimana persaingan dapat memberi manfaat kepada pengguna dan ekonomi di Malaysia.

3.1 Asas Perakaunan Penyata kewangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia telah disediakan mengikut kelaziman kos sejarah dan

piawaian perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) untuk entiti persendirian (Piawaian Pelaporan Entiti Persendirian-PERS).

3.2 Suruhanjaya Persaingan Malaysia mendapat geran peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia

Kesepuluh (RMK10) daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM7,000,000 dan peruntukan mengurus sebanyak RM7,000,000 bagi menampung tanggungan kewangan dan perbelanjaan modal Suruhanjaya.

Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos tolak susutnilai terkumpul. Hartanah, loji dan peralatan

disusutnilai mengikut asas garis lurus berdasarkan tempoh anggaran hayat seperti berikut: Kenderaan Bermotor 20% Perabot dan Kelengkapan Pejabat 10% Buku 10% Komputer 10%

Page 71: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

69

Pada setiap tarikh lembaran imbangan, aset akan dinilai sama ada terdapat sebarang tanda susutnilai aset.

Sekiranya terdapat sebarang tanda sedemikian, anggaran bagi jumlah aset yang diperolehi semula akan dilakukan. Kerugian susutnilai nilai akan diiktiraf jika jumlah dibawa sesebuah aset menjana tunainya melebihi jumlah aset yang diperolehi semula.

Jumlah yang diperolehi semula bagi sesuatu aset adalah nilai penggunaan dan harga jualan bersih yang

lebih besar di mana ia diukur dengan menggunakan nilai penggunaan, anggaran aliran tunai masa hadapan didiskaunkan kepada nilai semasanya.

Kerugian susutnilai nilai akan dicaj pada penyata pendapatan, kecuali terdapat pembalikan susutnilai nilai.

Kerugian susutnilai nilai ditimbal balik hanya diiktiraf apabila jumlah aset dibawa tidak melebihi jumlah yang mungkin ditentukan sekiranya tiada kerugian susutnilai.

Tunai dan kesetaraan tunai merangkumi baki tunai dalam tangan, dan bank serta deposit berkecairan tinggi dan mampu ditukar kepada tunai tanpa risiko jangka pendek.

Semua pendapatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia diambil kira dalam Penyata Kewangan mengikut asas

akruan kecuali Peruntukan Kerajaan Malaysia. Pendapatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia terdiri daripada Peruntukan Kerajaan Malaysia, Faedah Simpanan Tetap dan Bank, Yuran Permohonan Pengecualian dan Yuran Seminar.

Peruntukan Kerajaan Malaysia yang diterima bagi tujuan kos projek pembangunan dan perbelanjaan mengurus

dibuat serta diambil kira sebagai pendapatan. Pendapatan faedah diiktiraf berasaskan kepada pembahagian masa dan kadar efektif yang menjangkaui

tempoh matang. Yuran Permohonan Pengecualian yang diterima adalah daripada entiti perniagaan yang memohon pengecualian

daripada Akta Persaingan 2010. Yuran Seminar yang diterima adalah daripada pelaksanaan program seminar yang berkaitan dengan Akta

Persaingan 2010.

Page 72: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

70

3.7 Polisi Pengurusan Risiko Kewangan Polisi pengurusan risiko kewangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia bertujuan memastikan sumber

kewangan dan bukan kewangan mencukupi untuk menjalankan operasinya dengan lancar. Suruhanjaya akan mempertimbangkan dan menilai risiko pengurusan kewangan yang dibangkitkan dari masa ke semasa.

i. Risiko Kadar Faedah Suruhanjaya membiayai operasinya dengan dana dalaman dan oleh itu tidak terdedah kepada risiko kadar

faedah dari pinjaman bank. Suruhanjaya tidak berurus niaga secara kredit yang material dan oleh itu tidak terdedah kepada risiko

kredit. Suruhanjaya tidak mempunyai urus niaga pertukaran mata wang asing dan oleh itu tidak terdedah kepada

risiko pertukaran mata wang asing. iv. Risiko Mudah Tunai Suruhanjaya mengamalkan pengurusan risiko mudah tunai yang berhemah bagi meminimakan

ketidakpadanan aset dan liabiliti kewangan serta untuk mewujudkan tahap tunai dan kesetaraan tunai yang mencukupi bagi memenuhi keperluan modal kerja.

Gaji, elaun, imbuhan, insentif dan sumbangan keselamatan sosial diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun perkhidmatan yang berkaitan diberikan kepada pekerja.

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) wajib dicarumkan mengikut perundangan di Malaysia. Caruman diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam Penyata Pendapatan.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia telah mendapat pengecualian cukai pendapatan daripada Kementerian

Kewangan selama 5 tahun iaitu daripada tahun 2011 hingga 2015.

Page 73: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

71

RM RM RM RM RM Kos Baki pada 1 Januari 2013 519,366 166,450 90,373 440,672 1,216,861 Tambahan Tahun Semasa - 40,763 163,289 297,763 501,815 Baki pada 1 Januari 2013 90,420 3,781 4,078 3,438 101,717 Susutnilai Tahun Semasa 103,873 18,261 11,907 54,403 188,444 Nilai Buku Bersih 325,073 185,171 237,677 680,594 1,428,515

Kos Pada 1 Januari 2012 336,466 22,361 16,988 16,165 391,980 Tambahan Tahun Semasa 182,900 144,089 73,385 424,507 824,881 Pada 1 Januari 2012 23,027 729 25 520 24,301 Susutnilai Tahun Semasa 67,393 3,052 4,053 2,918 77,416 Nilai Buku Bersih 428,946 162,669 86,295 437,234 1,115,144

Page 74: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

LAPORAN TAHUNAN 2013

72

2013 2012 RM RM

Deposit elektrik 71,851 76,851 Lain-lain deposit dan cagaran 124,302 137,821 Prabayar 4,197 4,198 200,350 218,870

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia 3,180,787 8,693,517 Malaysia Building Society Berhad 14,048,585 9,534,923 HwangDBS Investment Bank Berhad 1,570,000 - 18,799,372 18,228,440

Kadar faedah bagi simpanan tetap adalah di antara 3.30% - 3.60% dan tempoh simpanan adalah di antara 1 hingga 12 bulan.

7. Wang Tunai dan Baki Bank Tunai dalam tangan dan bank 5,000 3,000 Akaun Semasa CIMB (Mengurus) 6,889,274 5,970,481 Akaun Semasa CIMB (Pembangunan) 435,315 - 7,329,589 5,973,481

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia 255,877 236,010 Malaysia Building Society Berhad 292,815 139,222 HwangDBS Investment Bank Berhad 10,388 - 559,080 375,232

Page 75: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

73

2013 2012 RM RM

Minyak Petrol 25,203 21,454 Perbelanjaan Pejabat 233,360 1,880,244 Lain-Lain Cukai 44,480 25,557 Alat Ganti Kelengkapan Pejabat 1,078 - Duti Setem - 5,978 304,121 1,933,233

Latihan Pembangunan Kapasiti 1,409,505 543,329 Program Advokasi 1,478,836 732,688 Pembangunan ICT dan Laman Web 187,298 231,851 Perancangan Media dan Komunikasi 2,632,879 1,120,607 Penyelidikan 1,066,491 557,694 6,775,009 3,186,169

Page 76: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong

Page 77: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong

Page 78: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong

Page 79: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy
Page 80: Laporan Tahunan MyCC 2013 copy

Aras 15, Menara SSM@Sentral, No.7 Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur.Tel: +603 2273 2277 Faks: +603 2272 2293

Emel: [email protected]

www.facebook.com/theMyCC

www.youtube.com/MyCompetitionNews

www.mycc.gov.my