laporan tahunan masyarakat - penang.uitm.edu.my · prof. madya dr mohd fozi ali rektor uitm...

82

Upload: doandan

Post on 15-Mar-2019

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Laporan Tahunan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

Ketua Editor: Nor Aziyah Bakhari, PhD

Editor Teknikal: Nor Haslinda Othman

Sidang Pengarang:

Alhan Farhanah Abd Rahim, Mah Boon Yih, PhD; Nor Aziyah Bakhari, PhD; Nor Azlan Othman, PhD; Nurul Hayani Abd Rahman; Rosley Jaafar

Laporan Tahunan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017 Ketua Editor: Nor Aziyah Bakhari, PhD Editor Teknikal: Nor Haslinda Othman Sidang Pengarang: Alhan Farhanah Abd Rahim, PhD; Mah Boon Yih, PhD; Nor Aziyah Bakhari, PhD; Nor Azlan Othman, PhD; Nurul Hayani Abd Rahman; Rosley Jaafar Hak cipta © 2017 UiTM Cawangan Pulau Pinang Hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan dalam apa bentuk atau dengan apa-apa cara, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada penerbit. Sebarang pertanyaan berkaitan isi kandungan laporan tahunan ini boleh dirujuk terus kepada Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Dicetak and disunting oleh: Unit Penerbitan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarat & Alumni (PJIM&A) Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, MALAYSIA Contact: 04-3822911 Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkalan-dalam-Penerbitan ISBN : 2600-8025 Dicetak di Malaysia

eISSNeISSN : 2600-8025

Kandungan

Kata-Kata Aluan Rektor ________________________________________________________ 1

Kata-Kata Aluan Timbalan Rektor PJIM&A _________________________________________ 2

Pengenalan _________________________________________________________________ 3

Carta Organisasi _____________________________________________________________ 4

Carta Fungsi ________________________________________________________________ 5

1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) ___________________________________________ 6

2 Unit Jaringan Industri (ICAN) _________________________________________________ 29

3 Unit Penerbitan (UPENA)____________________________________________________ 51

4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) ____________ 60

5 Tunas Mekar _____________________________________________________________ 70

Sidang Penyunting dan Pengarang _____________________________________________ 77

01 Kata-Kata Aluan Rektor

Kata-Kata Aluan Rektor Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, Buku Laporan Tahunan Bahagian Penyelidikan,

Jaringan industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A) 2017 dapat diterbitkan dengan jayanya. Saya

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian PJIM&A atas

usaha mereka merealisasikan penerbitan buku laporan ini.

Pada tahun 2017, PJIM&A terus melaksanakan pelbagai aktiviti dan usaha untuk meningkatkan

kualiti penyelidikan, perundingan, aktiviti khidmat masyarakat, keusahawanan pelajar serta lain-

lain aktiviti yang membantu dalam setiap kecemerlangan yang dicapai. Pencapaian ini hasil

kesepaduan dan keteguhan semua warga PJIM&A khususnya dan warga UiTM Cawangan

Pulau Pinang amnya dalam mengekalkan hala tuju universiti ke peringkat nasional. Tanpa kerja

keras, semangat yang kental dan kerjasama yang padu, saya percaya kejayaan tersebut tidak

dapat dikecapi.

Akhir kata, saya berdoa ke hadrat ilahi agar pencapaian dan kecemerlangan yang diperolehi ini

akan berkekalan dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Semua ini pasti akan tercapai

dengan komitmen semua warga Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni

(PJIM&A).

Prof. Madya Dr Mohd Fozi Ali Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang

02 Kata-Kata Aluan Timbalan Rektor PJIM&A

Kata-Kata Aluan Timbalan Rektor PJIM&A Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan

limpah kurnia-Nya saya diberi kesempatan bersama-sama PJIM&A dalam menghasilkan Buku

Laporan Tahunan 2017. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada sidang

redaksi atas kejayaan penerbitan Buku Laporan Tahunan PJIM&A pada kali ini.

Tahun 2017 telah berakhir dengan kesudahan yang cukup sempurna dan sudah tentu banyak

kejayaan yang kita kecapi pada tahun tersebut. Buku Laporan Tahunan PJIM&A 2017 ini

diterbitkan sebagai penanda aras dan rujukan untuk penambahbaikan program-program yang

akan datang di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Antara program yang dilaksanakan meliputi

aspek pengurusan penyelidikan, perundingan, jaringan kolaborasi industri dan alumni, program

keusahawanan, kemasyarakatan serta kesukarelawanan.

Saya pasti banyak lagi program-program lain yang dijalankan dan memberi impak kepada

masyarakat dan apa yang dinyatakan di sini adalah sebahagian kecil sahaja. Akhir kata, saya

berharap kakitangan PJIM&A dan warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dapat bersatu dalam

mengharungi agenda universiti selari dengan misi dan visi masing-masing. Semoga Allah

merahmati serta mempermudahkan segala usaha baik kita dalam meningkatkan kecemerlangan

universiti.

Dr. Nor Aziyah Bakhari Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang

03 Pengenalan

Pengenalan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A) diketuai oleh

Timbalan Rektor dan dibantu oleh enam (6) orang Koordinator manakala staf sokongan adalah

terdiri daripada seorang (1) Pegawai Eksekutif dan dua (2) orang Pembantu Tadbir. Unit-unit

yang terdapat di bawah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni adalah

Unit Pengurusan Penyelidikan, Unit Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Penerbitan,

MASMED dan Tunas Mekar.

04 Carta Organisasi

Carta Organisasi

05 Carta Fungsi

Carta Fungsi

• Mengendali, mengurus dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan perundingan yang dilaksanakan oleh penyelidik/perunding dan pensyarah.

• Menyedia dan mengedar maklumat mengenai kursus dan latihan berkaitan penyelidikan dan perundingan.

• Mengurus kertas cadangan perundingan dan pelantikan perunding.• Mendapatkan data inovasi & pengkomersialan

Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

• Menguruskan hal-hal berkaitan penerbitan.• Menyimpan dan melaporkan rekod penulisan staf akademik.• Menganjurkan aktiviti-aktiviti Penerbit UiTM.• Mempromosikan/publisiti Penerbit UiTM Cawangan Pulau Pinang

Unit Penerbitan

• Membantu UiTM Cawangan Pulau Pinang melahirkan graduan bercirikan Model Graduan UiTM.• Peranan ini dimainkan menerusi dua penyampaian perkhidmatan utamanya iaitu menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada graduan serta menjalankan aktiviti tahunan graduan.

• Mengendali dan menyelaras program khidmat masyarakat.• Mengendali, mengurus dan menyelaras program jaringan industri untuk Fakulti/Kampus Cawangan, cth : CEO Talk, Interview by Industry,Penyelidikan PPRN

• Pelaporan UCTC dan Laporan kepada BHI

Unit ICAN

• Menyemarakkan percambahan ilmu dalam bidang keusahawanan dan berkongsi kejayaan alumni UiTM yang memilih keusahawanan sebagai satu kerjaya.

• Menggalakkan aktiviti pelajar dalam kelab atau persatuan pelajar dalam bidang keusahawanan.• Menganjurkan lawatan sambil belajar.• Data aktiviti keusahawanan.

MASMED

• Menjalankan rekrutmen• Pelantikan Kaunselor• Pemilihan Graduan• Padanan Pengusaha

• Melaksanakan urusan, kawalan khidmat kaunselor & perunding muda• Padanan Graduan• Padanan kaunselor• Tuntutan perjalanan kaunselor

• Melaksanakan program induksi tunas mekar, mini tunas mekar dan lawatan pengusaha

Tunas Mekar

06 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1 Unit Pengurusan

Penyelidikan (RMU) Alhan Farhanah Abd Rahim,PhD

1.0 Fungsi dan bidang tugas RMU

RMU UiTMPP merupakan satu unit di bawah penyeliaan Pejabat Jaringan Industri dan Akademik (PJIM & A). Unit ini antara lain bertanggungjawab di dalam mengerakkan aktiviti penyelidikan dan perundingan di UiTMPP. Di antara tugasan di bawah unit ini meliputi menghebahkan peluang permohonan geran (dalaman, KPT,MOSTI, industri dan antarabangsa), menguruskan proses permohonan geran-geran, menguruskan hal-hal berkaitan geran penyelidikan dan memantau prestasi projek penyelidikan. Di samping membantu aktiviti penyelidikan, RMU UiTMPP juga bertanggungjawab menguruskan hal pendaftaran, pemantauan dan penutupan projek perundingan. Penyelidik dan perunding digalakkan mendaftarkan hasil penyelidikan dan perundingan mereka di bawah hak cipta terpelihara.

Secara spesifiknya bidang tugas di RMU UiTMPP merangkumi:

1. Membantu PJIM & A mencapai sasaran penyelidikan yang ditetapkan universiti 2. Merangka, melaksana dan menguruskan aktiviti berkaitan penyelidikan 3. Menguruskan aktiviti penyelidikan dan perundingan melalui system IRES, ICONS dan

IRMIS. 4. Membuat hebahan peluang geran penyelidikan dan perundingan 5. Melaksanakan aktiviti bagi menyokong dan mengalakkan penyelidikan, perundingan

dan pengkomersilan. 6. Membantu pemantauan KPI penyelidikan (Penghasilan modal insan dan penerbitan

berindex) bersama Unit Pemantauan IRMI 7. Mengumpul dan menguruskan data penyelidikan dan perundingan bagi pelaporan audit,

dan pihak yang memohon. 8. Menyelaras pembentukan Entiti Kecemerlangan dan memantau aktiviti yang

dilaksanakan 9. Menyelaras kerjasama dalam penyelidikan dengan institusi dan badan-badan lain di

dalam dan di luar Negara 10. Membantu meningkatkan usaha penjanaan harta intelek (paten dan hak cipta) serta

pengkomersilan hasilan penyelidikan dan perundingan.

07 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1.1 Pencapaian Penyelidikan UiTM Cawangan Pulau Pinang

Jadual 1: Statistik bilangan geran diperolehi dari tahun 2014-2017

Jenis Geran Bilangan Projek (Tahun)

2014 2015 2016 2017

E-Science 2 1

FRGS 8 8 6 6

RACE 1 1

RAGS 37

PRGS 1

CREST 1

ARAS 2 15

KTP 3 1

PPRN 11 1

Geran Luar 5 8

JUMLAH 48 17 38 15

Rajah 1: Jumlah nilai geran diperolehi penyelidik UiTM Pulau Pinang

dari tahun 2014- 2017

0

1,000,000

2,000,000

3,000,000

4,000,000

5,000,000

2014 2015 2016 2017

4,055,100

1,467,113

2,206,298 2,003,793

Nila

i G

eran

(R

M)

Tahun

Nilai Geran 2014-2017

08 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1.2 Pencapaian Perundingan UiTM Cawangan Pulau Pinang

Jadual 2: Bilangan Projek Perundingan dan nilainya yang diperolehi

pada tahun 2014-2017

Tahun Bilangan Projek

Perundingan diperolehi

Jumlah nilai Projek (RM)

2014 42 1,443,358.00

2015 55 1,141,039.63

2016 61 599,703.46

2017 101 899,172.82

Rajah 2: Bilangan Projek perundingan yang di perolehi tahun 2017 mengikut fakulti

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

ACIS FKA FKE FKM APB FPHP FKK FF FSK FPP JSG JSKM

1

43

16

13

6

12

1 13 3

02

Bila

nga

n

Fakulti

Bilangan Projek Perundingan 2014

2015

2016

2017

09 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Rajah 3: Nilai Projek perundingan yang di perolehi tahun 2017 mengikut fakulti

1.3 Pencapaian Inovasi UiTM Cawangan Pulau Pinang Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX2017) telah diadakan pada 25 hingga 29 September 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Jadual 3: Senarai Peserta di dalam penyertaan Kontinjen UiTM Pulau Pinang ke IIDEX2017

BIL NAMA

PROJEK/ PRODUK FAKULTI Pencapaian IIDEX2017

1 Nur Ain Mohd Mosqi-Bye Natural Repellent and Moisturizer Lotion

FKK Gold

2 Mohd Asha'ari Seismic Resistant (SR) Joint for Tunnel –Form Structures

FKA Gold

3 Noorsuhada Md An Innovative Crack Classification using AE Technique

FKA Silver

4 Md Rasul Mohamad

POsIMS - Program Outcomes Integrated Management System

FKA Bronze

5 Nor Aminin Innovative Homestay Trip Module: Inni-Tourism Penang Trail

FPP Gold

6 Ainorkhilah High Sensitivity of Undoped Porous GaN MSM Photodetector Using Pt-Assisted Electroless Etching

JSG Silver

0

100,000

200,000

300,000

400,000

500,000

600,000

ACIS FKA FKE FKM APB FPHP FKK FF FSK FPP JSG JSKM

360

92,148

165,239

13,141

51,01832,670

3,180600 5,370

519,947

015,500

Nila

i Pe

run

din

gan

(R

M)

Fakulti

Perundingan 2017

10 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

7 Syarifah Adilah Mohamed

Hybrid Differential Evolution as Feature Selection in Mass Spectrometry based Proteomics for Biomarker Analysis

JSKM Bronze

8 Mohd Hanapiah Portable Power Mover (P-Mover) FKE Silver

9 Mohd Hapiz Model Hirearki Pengambilan Muharramat Dalam Makanan Ketika Darurah

ACIS Silver

10 Muhammad Che Delivering Convenient Service And Better Zakat Distribution Management Through UiTM Pulau Pinang e-Zakat System

ACIS Silver

Jadual 4: Penyertaan individu dari UiTM Pulau Pinang ke IIDEX2017

BIL NAMA

PROJEK/ PRODUK FAKULTI

Pencapaian IIDEX2017

1 HASNAIN BIN ABDULLAH @ IDRIS

Slotted Array on Surface of Hollow Pyramidal Microwave Absorber

FKE Silver

2 HASNAIN BIN ABDULLAH @ IDRIS

Pyramidal Hollow Coconut Shell Granular Microwave Absorber

FKE Silver

3 DAHLAN ABDULLAH

Graduate Research Compentency(GRC) Model

FPHP

Bronze

4 RAJA HASNIDA BINTI RAJA HASHIM

Application of Alternating Current Field in Electrophoretic Deposition of MWCNTs-PPY Nanocomposite Film and the Film Potential as Supercapacitor

Silver

5 SITI RAHIMAH BINTI ROSSELI

POFA:Cement Replacement in Concrete

FKA Gold

6 SHAH RIZZUAN BIN SHAFIE

Poly-Coated Aggregates For Road Pavement: Towards Environmental Friendly And Economic Solutions

FKA Bronze

7 DR. NOR AZLAN OTHMAN

Heuristic Proportional Derivative Model to Elucidate the Functionality of Pancreas that Responses to Glucose Excursions for Type 2 Diabetes

FKE Gold

8 NADIAH BINTI ISMAIL

Semi Automatic Filling Machine FKE Bronze

11 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Rajah 4a Rajah 4b

Rajah 4a & 4b: Peserta IIDEX2017 dari UiTMCPP

Rajah 4c Rajah 4d

Rajah 4c & 4d: Antara projek yang dipertandingkan oleh UiTMCPP di IIDEX2017

12 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1.4 Pendaftaran Harta Intelek UiTM Cawangan Pulau Pinang

Jadual 5: Pendaftaran Harta Intelek dari projek Inovasi Tahun 2017

PENYELIDIK TAJUK

PENYELIDIKAN/HASILAN NO. FAIL KATEGORI

Mohd Farid Jamaludin, Isma Noornisa Ismail, Muriatul Khusmah Musa, Che Nooryohana Zulkifli, Nur Afiqah Abdul Latif

DEVELOPMENT OF MIGOI: MOBILE INTERACTIVE GAME

LY2017001703

Copyright

Woo Pak Yuan, Aslinda Bt. Mohd Shahril, Irina Binti Mohd Akhir, Hafizah Binti Rosli, Ezwani Binti Azmi

MULTIMEDIA INTERACTIVE LEARNING ONLINE (MILO): ENHANCING FRONT OFFICE LEARNING SEAMLESSLY

LY2017001702

Copyright

Jasmin Ilyani Ahmad, Nur Darina Ahmad, Intan Radina Ahmad, Lidyawati Izzaidah Ahmad, Siti Fatimah Ahmad

MUSLIMAH SOLAT KIT (MUSK)

LY2017001708

Copyright

Mohd Hapiz Mahaiyadin, Norhasidah A. Bakar, Wan Naimah, Sofwan Hasbullah

MODEL HIREARKI PENGAMBILAN MUHARRAMAT DALAM MAKANAN KETIKA DARURAH (HPMM-DARURAH)

LY2017001668

Copyright

Che Haslina Abdullah, Sabariah Badrealam, Ainorkhilah Mahmood, Mohd Marbawi Taha

BUKU POKET: WANITA DAN DARAH

LY2017001697

Copyright

Syarifah Masyitah Habib Dzulkarnain, Siti Farizan Mansor, Nurhidayah Sabri, Nurhidayah Ab Rahim, Che Noriah Othman, Nor Raihan Mohammad Shabani

CARRANEEM PLASTERGEL

LY2017001716

Copyright

Hanisah Mohd Yatim, Wong Yuet Yen, Neoh Chin Fen, Lim Seng Hock

HYPERTENSION SELF-MANAGEMENT EDUCATION PROGRAMME KIT

LY2017001667

Copyright

Saiful Nizam Warris, Naemah Abdul Wahab, Rasaya Marimuthu, Jamal Othman, Siti Balqis Mahlan

CORES - AN ONLINE CONFERENCE REGISTRATION SYSTEM

LY2017001674

Copyright

13 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Anas Ibrahim, Muhammad Khusairi Osman, Badrul Nizam Ismail, Basharudin Abdul Hadi, Nor Hafizah Hanis Abdullah

AUTOMATIC SMART SYSTEM OF HIGHWAY MAINTENANCE SCHEME (SSHiMS)

LY2017001692

Copyright

Muhammad Che Saad, Saiful Nizam Warris, Naemah Abdul Wahab, Jamal Othman, Mohd Hisyam Mohd Radzi

eZAKAT UITMPP: CONVENIENT SERVICE AND BETTER ZAKAT DISTRIBUTION MANAGEMENT SYSTEM

LY2017001715

Copyright

Nur Azwa Muhamad Bashar, Salina Alias, Suhaimi Abdul Talib, Mohd Afif Azizan, Yee Hooi Min

LOW COST AND HIGH PERMEABILITY OF NON-BIODEBRADABLE PLASTIC WASTE (N-BPW) AS ALTERNATIVE LANDFILL LINER MATERIALS (NBPW-Liner)

LY2017001713

Copyright

Abdul Malek Saidina Omar, Norhasnelly Anuar, Nur Fadhilah Jamaludin, Sarah Addyani Shamsuddin, Nur Darina Ahmad

AUTOMATIC TEMPERATURE CONTROL FLOORING SYSTEM FOR CHICKEN BROODER

LY2017001681

Copyright

Aimi Idzwan Tajudin, Mohd Hafeez Abu Hassan, Ahmad Asri Abd Samat, Mohd Affandi Shafie, Badrul Hisham Md Tahir

MULTIFUNCTION TRAINER (MFT) OF STARTING METHOD FOR AC INDUCTION MOTOR

LY2017001686

Copyright

Dr. Nik Iswadi Ismail TWIST MORPHING MAV WING

LY2017002198

Copyright

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

APPLICATION OF ALTERNATING CURRENT FIELD IN ELECTROPHORETIC DEPOSITION OF MULTIWALL CARBON NANOTUBES-POLYPYROLE FILM AND THE FILM POTENTIAL AS SUPERCAPACITOR

LY2017002596

Copyright

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ALTERNATING CURRENT ELECTROPHORETIC DEPOSITION OF MWCNTS-PANI SUPERCAPACITOR ELECTRODE

LY2017002597

Copyright

Prof. Madya Dr. Nik Rosli Abdullah, Hazim Syarifuddin Mohamed Zaharin, Najmi Haziq Badrulhisam, Iman

THE EFFECT OF ISO-BUTANOL ADDITIVE IN METHANOL-GASOLINE BLENDS ON ENGINE

LY2017002325 Copyright

14 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Mohd Ihsan Mamat, Aminuddin Zulkifli

PERFORMANCE AND EXHAUST EMISSION USING SPARK IGNITION ENGINE

Saiful Bahri ENTREPRENEURIAL ORIENTATION FOR SMALL AND MEDIUM TRAVEL AGENCIES

LY2016002509

Copyright

Dahlan Abdullah INTERACTIVE HOTEL WEBSITE (I-HOTWEB) MODEL

LY2017004573 Copyright

Najwa Rawaida Ahmad@Ahmad Fauzi, Hasnain Abdullah@Idris, Azizah Ahmad, Noor Azila Ismail, Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali, Ahmad Syahmi Yusof

SLOTTED METHOD ON HOLLOW PYRAMIDAL MICROWAVE ABSORBER

Copyright

Madhiyah Yahaya Bermakai SMART EDUCATOR MULTI-FUNCTION SYSTEM (SEMs)

LY2017004573 Copyright

Md Rasul Muhammad Nor PO’sIMS- PROGRAM OUTCOMES INTEGRATED MANAGEMENT SYSTEM FACULTY OF CIVIL ENGINEERING, UiTM PULAU PINANG

LY2016002128

Copyright

Dr. Siti Noraini Sulaiman, Iza Sazanita Isa, Muzaimi Mustapha, Noor Khariah A. Karim

AUTOMATIC DETECTION OF WHITE MATTER HYPERINTENSITIES (WMH) SEVERITY

CRLY00003457 Patent

1.5 Penubuhan Special Interest Group (SIG)

Di samping perolehan geran penyelidikan, projek perundingan, penghasilan projek inovasi,

pensyarah dan penyelidik di UiTMPP digalakkan mewujudkan dan mendaftarkan Special

Interest Group (SIG). Antara lain objektif penubuhan SIG ini adalah:

i) Mengawal selia projek penyelidikan

ii) Meningkatkan kesarjanaan ahli penyeldik

iii) Menguruskan aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan produk.

iv) Penganjuran kolokium penyelidikan

v) Menganjurkan program khidmat masyarakat kepada komuniti

15 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Jadual 6: Senarai SIG berdaftar di UiTM Pulau Pinang pada tahun 2017

Special Interest Group (SIG) Ketua Fakulti

Sensor and Environmental Research Group (SERG)

Dr. Mohd Zaki Yusoff JSG

Advanced Control System and Computing Research Group (ACSCRG)

Prof. Madya Dr. Zakaria Hussain

FKE

Renewal Energy Management Research Group(REM)

Dr. Nor Azlan Othman FKE

Lifestyle Related Diseases Research And Healing Environment Promotion Group (LSRD)

Che Noriah Othman FF

Environmental and Energy Research group (EEG)

Dr. Chang Siu Hua FKK

Human Capital, Innovation and Social Engagement (HCISE)

Dr. Mohd Subri Tahir FPP

Forensic Engineering (SIGFE) Dr. Yee Hooi Min FKA

Technopreneurship and Management Group (TMG)

Prof. Madya Dr. Song Saw Imm

FPP

Antenna and Microwave Research Group (AMRG)

Dr. Ahmad Rashidy FKE

Materials and Electronics Research Group(MERG)

Dr. Alhan Farhanah Abd Rahim

FKE

Automotive Research and Testing Center (ARTeC)

Dr. Noor Iswadi Ismail FKM

Culinary Arts & Gastronomy Mohd Syafiq Othman FPHP

Embedded System & Intelligent Computing Dr. Zainal Hisham Che Soh FKE

Jadual 7: RIG Tier 5 di UiTM Cawangan Pulau Pinang

RIG Tier 5 Ketua

Talent Development & Innovation (TtDI) Dr. Mohd Subri Tahir (FPP) Hybrid Nanomaterials, Interfaces & Simulation (HYMFAST)

Dr. Nor Aida Zubir (FKK)

Food Processing: Production Research Group En. Mohd Syafiq Othman (FPHP)

16 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1.6 Aktiviti-Aktiviti RMU Pada Tahun 2017 Pada tahun 2017, sebanyak 10 program yang telah dilaksanakan di bawah pengurusan RMU.

Jadual 8: Aktiviti RMU Pada Tahun 2017

Aktiviti Tarikh

Bengkel Perundingan & Pengkomersilan

11 Januari 2017

Taklimat FRGS & PRGS 2017 12 Januari 2017

Taklimat dan Bengkel IRES di UiTM Shah Alam 19-20 Februari 2017

Wacana Research Cultural Enhancement – with ACIS

22 Mac 2017

Penang Invention, Innovation and Research Design Platform (PIID2017)

25-26 April 2017

Taklimat Dana R & D MOSTI 2017 oleh en Ellya Masriq, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dana MOSTI

26 April 2017

Bengkel Geran Antarabangsa & Industry- Grant Hunt

24 Julai 2017

Advancing Your Research Career in Europe: Funding and Fellowship Opportunities for Researchers in Malaysia, Dr Susanne, EURAXESS ASEAN, UniMAP

11 September 2017

Sharing Session bersama FKE

2 Oktober 2017

Taklimat & Bengkel Entiti Kecemerlangan (SIG/RIG)

18 Disember 2017

1.7 Bengkel Perundingan & Pengkomersialan

Pada 11 Januari 2017, RMU telah menganjurkan bengkel Perundingan dan pengkomersilan dengan menjemput Puan Norhasnah M Saheh, Ketua Unit Perundingan, RMC (Research Management Centre) Shah Alam dan Prof. Dr. Nooritawati Md. Tahir, Pengarah RIBU (Research Innovation Business Unit). Puan Norhasnah berkongsi berkaitan dasar perundingan, prosedur pendaftaran dan penamatan projek perundingan, proses-proses kewangan melibatkan urusan projek perundingan dan data perundingan terkini di UiTM Pulau Pinang dan juga UiTM Selangor. Prof. Dr. Nooritawati pula berkongsi mengenai proses pendaftaran harta intelek, peluang geran Sinergi, pengkomersilan dan penubuhan start-up company. Di samping itu, kami turut menjemput Dr. Subri Md Tahir, pensyarah dari UiTM Pulau Pinang yang saban tahun berjaya memperolehi projek perundingan bernilai ratusan ribu untuk berkongsi pengalaman beliau dalam mendapatkan projek perundingan dan juga melaksanakannya.

17 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Rajah 5a Rajah 5b

Rajah 5a 7 5b: Bengkel Perundingan dan pengkomersilan bersama IRMI dan RIBU

1.8 Taklimat FRGS dan PRGS 2017

Pembukaan geran dari kementerian Pendidikan Tinggi telah di war-warkan pada akhir disember 2016. Justeru itu pada 12 Januari 2017, pihak RMU telah menganjurkan taklimat berkenaan permohonan geran FRGS (Fundamental Research Grant Scheme) dan PRGS (Prototype Research Grant Scheme). Dr. Alhan Farhanah, Koordinator RMU telah berkongsi tatacara permohonan, tips-tips bagi “winning proposal” dan perkongsian sampel kertas kerja yang berjaya

dari permohonan terdahulu untuk FRGS dan PRGS 2017. Sebanyak 88 permohonan telah di hantar dan hanya 6 permohonan yang berjaya kali ini. Berikut permohonan yang telah berjaya pada permohonan FRGS 2017.

Rajah 6a Rajah 6b

Rajah 6a & 6b: Taklimat FRGS dan PRGS 2017

18 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Jadual 9: Permohonan FRGS 2017 yang berjaya

Bil Tajuk Projek Ketua Projek Fakulti Peruntukan diluluskan (RM)

1

Formulation of A Robust Image Segmentation

Framework for Micro Bleeds Detection in MRI Images of Cerebrovascular Diseases

Siti Noraini Binti Sulaiman

FKE 75,260

2

A Comprehensive Investigation of Potential

Biomass Bamboo Dielectric Parametric for Microwave

Absorber

Azizah Ahmad FKE 85,860

3

Experimental Characterization and

Analytical Modeling of the Recht-Ipson Type of Ballistic Limit of a Fluid-filled Tank in

Hydrodynamic Ram

Mohd Rozaiman Bin Aziz

FKM 96,672

4

Profiling the Expectation, Preferences, Experience and

Satisfaction of Tourist in Malaysia's Shopping

Landscape

Dr. Azila Azmi FPHP 46,110

5

The Influence of Perceived Interactivity on Customer

Perceived Value and Online Hotel Booking Intention: A

Theoretical Decomposition of Stimulus Organism-Response

Framework

Dahlan Bin Abdullah

FPHP 48,230

6 Formulation of Soil Structure

Interaction of Prestressed Concrete Sleeper (SSi-PCS)

Mohd Ikmal Fazlan Bin

Rozli@Rosli FKA 95,082

JUMLAH

(RM) 447,214.00

1.9 Taklimat dan Bengkel Hands-on Sistem IRES

Pada 20 Februari 2017, seramai 5 wakil dari RMU dan bendahari telah di hantar mengikuti bengkel IRES yang dikendalikan oleh pihak IRMI, UiTM Shah Alam. Pihak UiTMCPP di minta melaksanakan penggunaan system IRES (IRMI Reporting System) sepenuhnya bermula dari geran-geran yang diperolehi pada tahun 2016 ke atas. Ini bagi memudahkan penyelidik menyemak dan mendapatkan penyata perbelanjaan yang betul ketika menyediakan laporan kemajuan projek penyelidikan melalui system IRMIS. Pihak RMU mula menggunapakai system ini bermula Mac 2017.

19 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Rajah 8: Sistem IRES

1.10 Wacana Research Cultural Enhancement

Pada 22 Mac 2017, Koordinator RMU telah di jemput bagi berkongsi tatacara menghasilkan kertas cadangan penyelidikan yang berkualiti dan peluang geran-geran penyelidikan bagi pensyarah dan staf di ACIS UiTM Pulau Pinang. Perkongsian kali ini agak mencabar kerana setakat 2017, belum lagi ada pensyarah dari ACIS yang mempunyai geran penyelidikan. Namun begitu, kepakaran pensyarah ACIS banyak di kongsikan melalui aktiviti perkongsian kepakaran dan perundingan seperti pembangunan system e-zakat dengan Pusat Zakat Pulau Pinang, kaunseling saudara baru bersama JAIP, pakar rujuk Pejabat Mufti Negeri Kedah (Ustaz Dr Mohd Hafiz) dan pakar rujuk Pejabat Mufti Negeri Perlis (Ustaz Hisyam Mohd Radzi). Dr Alhan turut berkongsi tatacara untuk mendaftarkan perundingan dan peluang projek-projek perundingan bagi pensyarah ACIS.

Rajah 7a Rajah 7b

Rajah 7a & 7b: Perkongsian di Wacana Research Cultural Enhancement with ACIS

20 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1.11 Penang Invention, Innovation and Research Design

Platform (PIID2017)

Pada 25 dan 26 April 2017, telah berlangsung acara terbesar anjuran RMU bersama PJI iaitu Penang Invention, Innovation and Design Platform 2017. Penang International Invention Innovation and Research Design Platform 2017 (PIID2017) diadakan bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi membolehkan ahli akademia, industri dan pelajar untuk mengetengahkan inovasi di dalam bidang masing-masing. Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempergiatkan aktiviti inovasi di Malaysia. Program ini merupakan pertandingan penghasilan produk, idea dan rekacipta yang mempunyai ciri-ciri inovasi yang berkualiti. Kesemua penyertaan ini telah diadili oleh para juri dari kalangan akademia dan profesional mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Rajah 8a Rajah 8b

Rajah 8c Rajah 8d

Rajah 8a,8b,8c & 8d: Sekitar PIID2017 pada 25 dan 26 April 2017

21 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Penyertaan PIID2017 mendapat sambutan menggalakkan dengan terdapat penyertaan dari peserta antarabangsa. Terdapat 168 penyertaan kali ini seperti berikut:

Jadual 10: Penyertaan PIID2017

Kategori Bilangan Penyertaan

A – Profesional, Academik IPTA dan IPTS 107

B-Pelajar IPTA dan IPTS 42

C-Pelajar sekolah menengah dan rendah 18

D-Peserta Antarabangsa 3

Rajah 9a Rajah 9b

Rajah 9a & 9b: Peserta antarabangsa bersama Rektor Kampus UiTMCPP

Rajah 10: Analisa keputusan PIID2017

1 1

36

24

1

37

96

2

3331

7

0

5

10

15

20

25

30

35

40

A B C D

BIL

AN

GA

N

KATEGORI

KEPUTUSAN MENGIKUT KATEGORI

BERLIAN

EMAS

PERAK

GANGSA

22 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

43 produk dan projek dipertandingan telah berjaya memperolehi pingat emas, 54 pingat perak dan 71 mendapat pingat gangsa. Di dalam penganjuran kali ini, pihak sekretariat telah mengambil inisiatif membantu peserta yang ingin mendaftarkan produk, karya dan rekacipta untuk pendaftaran hak cipta dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sebanyak 45 permohonan pendaftaran “copyright” telah di hantar oleh pihak secretariat kepada MYIPO.

Rajah 11a Rajah 11b

Rajah 11a & 11b: Pendaftaran Harta Intelek dan pendaftaran peserta PIID2017

1.12 Taklimat Dana R & D MOSTI 2017 Seusai tamatnya PIID2017, pada 26 April 2017, Fakulti Kejuruteraan Kimia dengan dibantu RMU telah menganjurkan taklimat Dana R & D MOSTI 2017 oleh Encik Ellya Masriq, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dana MOSTI. Encik Ellya telah berkongsi peluang dana R & D dari MOSTI. Pembukaan geran dana R & D ini dibuka sepanjang tahun dan boleh dimohon dengan melayari http://edana.mosti.gov.my.

Rajah 12: En Ellya Masriq dari MOSTI berkongsi peluang dana R & D

23 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1.13 Bengkel Geran Antarabangsa & Industri

RMU terus mempergiatkan usaha bagi menggalakkan pensyarah memohon geran-geran penyelidikan dari industri, pihak swasta dan juga geran antarabangsa. Pada 24 Julai 2017, RMU menjemput Dr David Valiyappan, Head of Research Grants Acquisition (International and Private), RMC, IRMI, UiTM Selangor untuk berkongsi peluang dan jenis geran industry dan antarabangsa yang boleh dipohon.

Rajah 13a Rajah 13b

Rajah 13a & 13b: Bengkel geran antarabangsa dan industri 2017

UiTM Pulau Pinang menunjukkan peningkatan perolehan geran industri dan swasta pada tahun 2017 iaitu 1.5 juta berbanding 2016 (1.4 juta), namun perolehan geran antarabangsa masih lagi belum ada yang berjaya.

Jadual 11: Geran industri dan swasta yang diperolehi oleh UiTM Pulau Pinang pada tahun 2017

TAJUK PROJEK KETUA PROJEK

JENIS GERAN PERUNTUKAN (RM)

Improvement Of Chili Giling Shelf Life

Dr. Norfezah Bt Md Nor (FPHP)

PPRN 14,657.40

Program Pelajar Bumiputera Cemerlang Sains 9pbcs-Innovasi)

Sesi 2016/2017

Dr. Mohd Subri Tahir(FPP)

Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM)

480,000.00

Kajian Pembangunan Sosio-Ekonomi

Bumiputera Pulau Pinang

Dr. Mohd Subri Tahir (FPP)

Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM)

100,000.00

Profesional Katering (Pro-Cat)

Encik Zamri Ahmad (FPHP)

Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM)

135,000.00

24 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Program 'Match-Making Higher Education' (I-

Transfor@U)

Encik Muhammad

Firdaus Othman (JSG)

Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM)

100,000.00

Program Pelajar Bumiputera Cemerlang Sains 9pbcs-Innovasi)

Sesi 2016/2017

Encik Adi Izhar Che An i(FKE)

Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM)

100,000.00

Program Pelajar Bumiputera Cemerlang

Sains (Pbcs - Phycomatrics) Sesi

2016/2017

Cik Nurdiana Zainuddin

(FSK)

Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM)

40,000.00

Engagement Of Research Collaborator

For Sediment Monitoring At Selected Rivers, Cameron Highlands

Pahang

Prof. Madya Dr. Shanker Kumar

A/L Sinnakaudan

(FKA)

TNB Research Sdn Bhd 523,780.00

Design And Aerodynamic Performances Of Precision Landing

Unmanned Aerial Vehicle (Uav)

Dr. Noor Iswadi Bin Ismail

(FKM)

IFCON Technology Sdn Bhd

63,142.00

1.14 Seminar “Recipes for Successful Impact Journal Writing and Publication”

Pada 25 Julai 2017, SIG Materials and Electronics Research Grant (MERG) bersama RMU telah mengadakan Seminar “Recipes for Successful Impact Journal Writing and Publication”. Seminar

ini telah diberikan oleh Dr. Zamir Pakhurudin dari Nanooptoelectronics Research Lab, USM. Seminar ini di adakan bagi memberikan tips dan panduan kepada pelajar pasca-siswazah dan juga pensyarah bagi menghasilkan penulisan yang dapat diterbitkan di dalam jurnal berimpak tinggi.

25 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Rajah 14: Dr Zamir bersama peserta di dalam Seminar “Recipes for Successful Impact Journal Writing and Publication”

1.15 Sharing Session bersama FKE

Pensyarah yang telah mendapat peruntukan geran penyelidikan dan pengurusan UiTMPP untuk membentangkan kertas kerja dalam konferensi luar dikehendaki membentangkan semula kertas kerja mereka di kampus. Fakulti Kejuruteraan Eektrik dengan kerjasama RMU telah mengadakan “Sharing session” bagi memberi peluang kepada pensyarah-pensyarah yang telah menghadiri konferensi untuk berkongsi hasil penyelidikan dan pembentangan mereka dengan rakan penyelidik di UiTM Pulau Pinang.

Rajah 15a Rajah 15b

Rajah 15a & 15b: Sharing session bersama FKE

26 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

1.16 “Invited Talk: Unconventional, New Approaches to Inorganic Membrane Manufacturing for Water Production”

Pada 4 Disember 2017 pula, RIG HYMFAST dan Fakulti Kejuruteraan Kimia telah bekerjasama dengan RMU bagi menganjurkan “Invited Talk: Unconventional, New Approaches to Inorganic Membrane Manufacturing for Water Production”. Kursus ini dianjurkan dengan matlamat sebagai

platform untuk menyediakan maklumat dan bahan terkini berkaitan kajian terkini dalam bidang teknologi membrane kepada peserta seminar. Objektif ini adalah seiring dengan dengan visi UiTM yang melestarikan penyelidikan yang berimpak tinggi. Program ini telah disampaikan oleh Dr David Wang dari University of Sydney, Australia. Penganjuran kursus ini diadakan dengan mengambil kesempatan yang ada semasa keberadaan Dr David Wang di FKK ketika menjalankan lawatan kolaborasi penyelidikan.

Rajah 16a Rajah 16b

Rajah 16a & 16b: Invited Talk mengenai teknologi membrane oleh Dr. David, University of Sydney, Australia

1.17 Taklimat dan Bengkel Entiti Kecemerlangan

PJIM&A dan RMU mengakhiri tahun 2017 dengan menganjurkan Taklimat dan Bengkel Entiti Kecemerlangan (SIG/RIG) 2017 pada 18 Disember 2017. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan yang lebih terperinci berkaitan prosedur permohonan entiti kecemerlangan serta membantu perancangan RIG Tier 5 UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam hala tuju setiap RIG.

27 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Rajah 17a Rajah 17b

Rajah 17a & 17b: Prof. Madya Dr. Aidah dan peserta Seminar dan Bengkel Entiti Kecemerlangan

Taklimat dan bengkel ini telah di bahagikan kepada dua sesi dimana sesi pertama Prof. Madya Dr. Aidah Jumahat, Pengarah CoRe FMIA memberikan taklimat halatuju penyelidikan terkini dan tatacara penubuhan Entiti Kecemerlangan Tier 5. Pada sesi kedua, Dr Aidah bersama dengan penyelidik dari EK Tier 5 UiTMPP berbincang mengenai masalah semasa dan perancangan halatuju setiap EK. Bengkel ini di harapkan dapat memberikan input yang jelas kepada penyelidik SIG dan juga RIG di UiTMPP bagi merancang aktiviti dan merangka hala tuju strategik untuk tahun 2018 agar mereka mampu meningkat kebolepasaran dan kemampuan RiG bagi melestarikan penyelidikan dan aktiviti perundingan.

Rajah 18: Strategi Pembangunan Penyelidikan yang dikongsi oleh Prof. Madya Dr. Aidah

28 1 Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

Prof. Madya Dr. Aidah juga mengingatkan kepada penyelidik agar mengambil kira tren mutakhir penyelidikan di dalam perancangan penubuhan EK Tier 5. Terdapat 8 tren terkini yang dikenalpasti iaitu Big Data, Internet of Thins(IOT), Sustainable Development goals(SDG), Niche area, Translational Research, Bottom 40s(B40), Transformasi Nasional 50(TN50) dan 4th Industrial Revolution (IR4.0).

Rajah 19: Tren terkini Penyelidikan

29 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

2 Unit Jaringan Industri

(ICAN) Nor Azlan Othman,PhD; Nor Aziyah Bakhari,PhD

2.0 Latar Belakang

Bagi merealisasikan perancangan Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia ke-10, unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah ditubuhkan bagi merapatkan jurang kerjasama antara pihak Universiti dan Industri/ Komuniti. Kesinambungan kerjasama dan juga kolaborasi berlandaskan pengajaran, penyelidikan dan perundingan di antara Universiti dan Industri mahupun Komuniti terus dilaksanakan agar peranan Universiti selaku tempat himpunan para intelektual akan terus relevan.

Peranan unit ICAN UiTMCPP bukan hanya berpaksikan kepada perjanjian jaringan universiti dan industri yang termeterai menerusi Memorandum Persefahaman atau Memorandum Perjanjian sahaja, unit ini juga dipertanggungjawab untuk mentadbir-urus geran UCTC (University Community Transformation Centre), PPRN (Public Private Research Network) dan KTP (Knowledge Transfer Programme). Penglibatan secara terus bersama masyarakat/ komuniti setempat juga merupakan agenda utama ICAN terutamanya apabila mellibatkan Alumni UiTMCPP. Program-program bersama Alumni dijalankan bukan sekadar untuk meraih dana, ia dilaksanakan bagi merapatkan lagi ukhwah sesama Alumni dan UiTMCPP.

Fungsi dan tugas ICAN merangkumi:

1. Mengurus dan mewujudkan program jaringan professional yang mantap antara kampus dengan industri bagi tujuan pembangunan akademik disamping meningkatkan kebolehpasaran graduan.

2. Bekerjasama dalam mengenalpasti bidang “niche” dan memantapkan lagi perhubungan

antara industri dan universiti. 3. Meningkatkan penglibatan pensyarah dengan industri untuk memastikan silibus selaras

dengan perkembangan teknologi yang terkini serta memenuhi kehendak universiti. 4. Mengadakan lawatan ke industri sekiranya perlu bagi mendapatkan informasi terkini

serta maklumbalas daripada pihak industri mengenai keperluan dan kehendak industri terhadap graduan universiti.

30 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

5. Mencari peluang kerjasama dalam menandatangani perjanjian persefahaman bersama (MoU/ MoA) di antara universiti dan industri sama ada melalui tujuan latihan industri pelajar mahupun pengajaran dan pembelajaran.

6. Bekerjasama dengan pihak industri bagi memenuhi kehendak latihan indsutri pelajar. 7. Mengendali, mengurus dan menyelaras program khidmat masyarakat serta program

jaringan industri untuk Fakulti mahupun Kampus Cawangan (seperti CEO talk, PPRN dan “Walk-in Interview”).

8. Merangka program mahupun aktiviti bersama para Alumni bagi merapatkan lagi hubungan di antara Alumni dan juga pihak pengurusan universiti (seperti “Homecoming

Dinner”). 9. Menerapkan budaya ‘memberi balik’ kepada para Alumni dalam apa jua bentuk

sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit mahupun pekerjaan kepada graduan baru ataupun melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada mahasiswa dan staf.

10. Tadbirurus pengkalan data Alumni UiTMCPP bagi tujuan hubungan dan pemantauan kemajuan Alumni

Jadual 12: Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak ICAN

Bil Aktiviti Tarikh Tempat

1. Taklimat Geran PPRN

(bersama staf/ penyelidik UiTMCPP) 28 Feb 2017 UiTMCPP

2. Bengkel Inovasi bersama Pelajar MRSM Kubang Pasu

10 Mac 2017 PTAR, UiTMCPP

3. Festival Mahasiswa Anak Pulau Pinang

(kerjasama di antara UiTMCPP dan USM)

31 Mac – 2 Apr 2017

USM

4.

Taklimat serta Bengkel Mencatat Permasalahan Industri bagi Geran PPRN

(bersama pihak industri IKS dan penyelidik UiTMCPP)

4 Apr 2017 UiTMCPP

5. Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO 2017) sebagai rakan strategik

14-16 April 2017

Mydin Mall, BM

6. Program Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE) anjuran bersama TNB-UiTM

18 Mei 2017 UiTMCPP

.7 Program Lawatan Akademik ke UiTM Cawangan Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

25 – 28 Jul 2017

UiTMCT & UMT

8. Program Penyerahan Sumbangan kepada Sekolah Pulah Aman

1 Nov 2017 Sekolah Pulau Aman

9. Bengkel Inovasi bersama SMK Sungai Bayor, Selama Perak

2 Nov 2017 UiTMCPP

10. Program “Team-Building” 15 – 17 Nov 2017

Cameron Highlands

31 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

11. Perlawanan Persahabatan Hoki di antara Alumni UiTMCPP & Kelab Hoki UiTMCPP

2 Dis 2017 Stadium Hoki MPSP, Sg Petani Kedah

12. Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera

5 Dis 2017 UiTMCPP

2.1 Taklimat Dan Bengkel PPRN, Program Motivasi Dan

Selangkah Ke UiTM serta Khidmat Masyarakat Di Tawau, Sabah

16-20 Februari 2017, Tawau – UiTM cawangan Pulau Pinang menerima jemputan daripada

usahawan di daerah Tawau, Sabah bagi membantu mereka mendapatkan geran PPRN. Empat

pensyarah UiTM cawangan Pulau Pinang termasuk Rektor dan Timbalan Rektor PJI, serta

seorang wakil MASMED UiTM Shah Alam telah pergi ke Tawau dan menganjurkan Bengkel dan

Taklimat berkaitan geran PPRN. Seramai 27 pengusaha telah hadir dan mereka dibantu oleh

pensyarah-pensyarah untuk mencatat masalah teknikal yang dihadapi. Bagi mengenalpasti

dengan lebih jelas permasalahan yang ada, lawatan ke beberapa industri terpilih turut diadakan.

Selain program berkaitan PPRN, lawatan ini turut disertai dengan program seperti khidmat

Masyarakat, program Motovasi dan Selangkah ke UiTM. Perbelanjaan penganjuran bengkel,

penginapan dan perjalanan delegasi ke Tawau Sabah dibiayai oleh para usahawan di Tawau.

Rajah 20a Rajah 20b

Rajah 20a & 20b: Sebahagian peserta yang mengikuti Bengkel dan Taklimat PPRN

di Hotel Astana, Tawau

32 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 21: Program Motivasi dan Selangkah ke UiTM di SMK Pasir Puteh, Tawau, Sabah.

Rajah 22: Khidmat Masyarakat di Maahad Tahfiz Ashabissyahid Al Hafiz Tawau Sabah

2.2 Bengkel Inovasi Pelajar MRSM

10 Mac 2017, Blok Perdana UiTMCPP – menerima pelajar tingkatan 2 seramai 45 orang dan 2

org guru daripada MRSM Kubang Pasu bagi membantu mereka mendapatkan idea inovasi dan

menyiapkan proposal untuk dipertandingkan dalam Young Inventors Challenge. Para pelajar

dibahagikan mengikut kumpulan dan para pensyarah UiTMCPP menjadi fasilitator bagi

membentangkan idea dan seterusnya menyiapkan proposal projek inovasi mereka. Selain itu,

pelajar dan guru mengambil kesempatan untuk melawat PTAR UiTMCPP.

Rajah 23: Pelajar dan guru bergambar di hadapan PTAR UiTMCPP

33 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

2.3 Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO

2017)

14-16 April 2017– Program “Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO

2017)” merupakan suatu pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh

yang bertujuan untuk mengumpulkan sainstis-saintis muda dari sekolah berasrama penuh dan

sekolah antarabangsa. Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia ini dianjurkan setiap tahun dan Sekolah Menengah Tun Syed Sheikh Shahabudin

telah sekali lagi dipilih menjadi penganjur untuk tahun 2017. MIYIO 2017 telah berlangsung

dengan jayanya di Mydin Mall, Bukit Mertajam. UiTM cawangan Pulau Pinang merupakan

salah satu daripada universiti yang menjadi rakan strategik penganjur, selain daripada USM.

Objektif program ini antara lainnya adalah untuk menyemarak serta membudayakan inovasi dan

penyelidikan di kalangan pelajar sekolah serta memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik

muda ini berkongsi maklumat hasil penyelidikan mereka kepada pihak luar. Pertandingan kali ini

disertai oleh hampir 200 projek inovasi pelajar sekolah berasrama penuh dari seluruh Malaysia,

termasuk lebih 80 projek penyertaan daripada pelajar luar negara, antaranya dari Turkmenistan,

Kyrgyzstan, Nigeria, Indonesia, Tajikistan dan Filipina.

Seramai 60 orang juri daripada Universiti Sains Malaysia, UiTM Cawangan Pulau Pinang,

UNIMAP, iPharm, AMREC, MyIPO dan pihak industri terlibat sebagai juri dalam pertandingan

inovasi ini. Seramai 17 orang pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang dipilih sebagai juri

manakala lebih 10 orang lagi terlibat sebagai penasihat kepada 7 projek inovasi pelajar Sekolah

Menengah Tun Syed Shekih Shahabudin yang turut dipertandingkan dalam MIYIO 2017 ini.

Rajah 24a Rajah 24b

34 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 24c Rajah 24d

Rajah 24e Rajah 24f

Rajah 24a, 24b, 24c, 24d, 24e 7 24f: Sesi persediaan projek pelajar sekolah yang bertanding

diselia oleh pensyarah UiTM cawangan Pulau Pinang

Rajah 25a

Rajah 25b

35 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 25c Rajah 25d

Rajah 25a, 25b, 25c & 25d: Sekitar hari persediaan, hari kejadian dan penyampaian Anugerah

MIYIO 2017

2.4 Perasmian ‘Research Garden’

9 Mei 2017, Blok Perdana UiTMCPP – Perasmian bilik ‘Research Garden’ telah disempurnakan

oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub, Pro Canselor UiTM. Bilik ini akan digunakan oleh pensyarah dan pelajar UiTM cawangan Pulau Pinang untuk perbicangan, seminar, sesi perkongsian dan bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi. Suasana yang lebih santai diharap dapat memaksimakan idea dari kalangan kakitangan dan pelajar yang menggunakan bilik ini.

Rajah 26: Pandangan bilik ‘Research Garden’ dari bahagian luar

36 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 27: Ahli Pengurusan UiTM cawangan Pulau Pinang bergambar bersama YBhg Tan Sri

Dato' Seri Utama Arshad Ayub, Pro Canselor UiTM selepas selesai majlis perasmian

2.5 Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE) TNB – UITM 2017

18 Mei 2017, Dewan Besar UiTMCPP - Satu program khidmat masyarakat telah diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Menyedari kepentingan penggunaan elektrik secara selamat, TNB telah menganjurkan Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE) di 13 cawangan UiTM yang terpilih termasuklah UiTMCPP. Pada awal pengajuran, TNB telah mensasarkan komuniti sekolah sejak sepuluh tahun yang lalu bermula dari tahun 2007. Sebagai perubahan dan transformasi 2017, program seumpama ini telah disasarkan kepada warga universiti.

Tema program iaitu Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE) yang dipilih telah menyedarkan kesemua 390 peserta yang hadir terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan UiTMCPP akan bahaya yang berpunca daripada elektrik. Tiga aktiviti berinteraktif iaitu pengenalan elektrik, langkah mencegah kebakaran (berpunca daripada elektrik) dan pertolongan cemas dan CPR (akibat daripada renjatan elektrik) telah diadakan secara serentak di luar dan dalam dewan. Aktiviti-aktiviti interaktif ini telah memberi impak yang tinggi dalam pemahaman mengenai tahap keselamatan elektrik yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.

KKKE ini merupakan salah satu projek di bawah tanggungjawab korporat (CSR) oleh pihak TNB. Namun, TNB telah melantik UiTM melalui Pejabat ICAEN UiTM Shah Alam selaku pelaksana

37 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

program. Kumpulan SIG Renewable Energy and Enery Management (REM) UiTMCPP telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya di dalam pembinaan Modul Pengajaran baru yang bersesuaian dengan pelajar universiti. REM UiTMCPP juga telah diamanahkan sebagai fasilitator bagi kesemua aktiviti-aktiviti interaktif program KKKE ini.

Program KKKE ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ir. Mohd Afanddi Ismail, Pengurus Kanan (Bisness Support Service) Stesen Janaelektrik Gelugor Bahagian Penjanaan TNB. Antara intipati ucapan beliau yang terkesan ialah TNB akan terus mendidik pengguna untuk senantiasa mengamalkan dan membudayakan keselamatan elektrik. Beliau juga berharap agar kesemua peserta yang hadir dapat bersama-sama membantu dalam pembudayaan kempen ini serta membantu membanteras vandalisma yang boleh mendatangkan masalah kepada keselamatan elektrik.

Secara keseluruhannya, adaptasi program ini akan melahirkan generasi graduan universiti yang berpengetahuan dan berkemahiran berkaitan keselamatan elektrik. Secara tidak langsung, ia turut mengurangkan kadar kemalangan dan kematian yang diakibatkan oleh penggunaan elektrik.

Rajah 28: Perasmian oleh Tuan Haji Ir. Mohd Afanddi Ismail, Pengurus Kanan (Bisness Support Service) Stesen Janaelektrik Gelugor Bahagian Penjanaan TNB disaksikan oleh

Rektor UiTMCPP, Prof Madya Dr Mohd Fozi Ali dan Dr Herwina Rosnan, Timbalan Pengarah Jaringan Komuniti (CNC) UiTM Shah Alam

38 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 29: Sesi fotografi bersama peserta program KKKE 2017

2.6 Lawatan Penanda Aras Ke UiTM Cawangan Terengganu Dan Universiti Malaysia Terengganu

26-27 Julai 2017, Terengganu - Lawatan benchmarking bahagian PJIM&A ke UiTM

cawangan Terengganu dan Universiti Malaysia Trengganu bagi melihat dengan lebih dekat

struktur pengurusan yang melibatkan jaringan industri, masyarakat dan alumni selain

pengurusan penyelidikan dan keusahawanan. Program disertai oleh semua kakitangan PJI

termasuk koordinator-koordinator di bawah PJI. Banyak yang dipelajari terutama projek-

projek keusahawanan dan penjanaan pendapatan, serta langkah-langkah yang boleh

diambil bagi mendekatkan universiti dengan alumni.

39 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 30: Bergambar kenangan dengan warga PJIM&A UiTM cawangan Terengganu

Rajah 31: Bersama kakitangan Pusat Keusahawan dan Kerjaya (CEC), UMT sebelum

memulakan lawatan

40 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

2.7 Program Intel School: Industrial Work Life & Dives into IoT Talk

27 September 2017, Dewan Kuliah 1, Blok Perdana – Program ini diadakan untuk memberi pendekatan bagi semua pelajar kejuruteraan terutamanya bagi para pelajar tahun akhir yang akan berhadapan dengan persekitaran alam pekerjaan dan pendedahan kepada teknologi terkini iaitu Internet of Things (IoT). Program ini penting kerana dapat membantu pelajar untuk mengurangkan jurang kecekapan kemahiran teknikal dan soft-skills antara pelajar dan tenaga kerja industri. Justeru itu, program ini dianjurkan bagi tujuan melengkapkan pengetahuan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan teknologi terkini. Di samping itu, dapat membuka minda dan menambah ilmu pengetahuan dan para pelajar diberi peluang untuk memantapkan lagi kemahiran kebolehpasaraan pelajar itu sendiri. Program dihadiri lebih 400 pelajar ini didedahkan dengan ceramah berkaitan dua topik penting iaitu ‘Future of IoT’ dan ‘Speak off-the –cuff’ oleh

pakar dijemputdaripada Intel (M) Sdn Bhd. iaitu Karena Anum Kamaruzaman dan Beenal Baba.

Rajah 32: Poster Program

41 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 33a Rajah 33b

Rajah 33a & 33b: Penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelajar

2.8 Program Forum Kebolehpasaran Graduan: Isu Dan Perspektif 26 Oktober 2017, Dewan Besar UiTM Caw Pulau Pinang - Program ini diadakan bagi membincangkan isu berkaitan pengangguran di kalangan siswazah yang sering diperkatakan di kalangan masyarakat dan boleh dianggap sebagai satu kegagalan sistem pendidikan peringkat tinggi negara dalam melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri. Walaupun banyak penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran siswazah di IPTA, masih terdapat lagi banyak rungutan yang dikemukakan oleh para majikan tentang kualiti para graduan ini. Antara rungutan yang sering dikemukakan oleh para majikan adalah kelemahan para graduan dalam aspek kemahiran insaniah (soft skills) seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa Inggeris dan sebagainya.

Objektif Forum Kebolehpasaran Graduan UiTM: Isu dan Perspektif ini adalah untuk meningkatkan Indek Kebolehpasaran Graduan UiTM, memberi pengajaran dan pendedahan di kalangan graduan tentang isu dan perspektif Kebolehpasaran Graduan, meningkatkan pengetahuan tentang teknik-teknik dan strategi yang berkesan bagi mendapatkan pekerjaan serta memberikan garispanduan kepada para graduan bagaimana untuk mempertingkatkan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan kebolehpasaran.

42 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 34: Panel Forum terdiri daripada YBhg. Datuk Hj. Shamduddin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF); YBhg. Prof. Dr. Zaini Abdullah,

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM dan Mr. Simon Si, Head of Regional Communiation JobStreet.Com.

Barisan panel Forum terdiri daripada YBhg. Datuk Hj. Shamduddin Bardan, Pengarah Eksekutif

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF); YAB Dato’ Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi

Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Prof. Dr. Zaini Abdullah,

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM dan Mr. Simon Si, Head

of Regional Communiation JobStreet.Com. Peserta program terdiri daripada 1000 orang pelajar

tahun akhir semua fakuti di UiTM cawangan Pulau Pinang.

43 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 35: Sesi bergambar bersama ahli panel dan VIP

2.9 Penyampaian Sumbangan Kepada Sekolah Rendah Pulau Aman 1 November 2017, Sekolah Rendah Pulau Aman – Timbalan Rektor PJIM&A bersama koordinator korporat dan wakil ICAN UiTM cawangan Pulau Pinang menjejak kaki ke Pulau Aman bagi manyampaikan sumbangan warga UiTM caw Pulau Pinang sebanyak RM2000 kepada Sek Ren Pulau Aman untuk tujuan pembelian mesin fotokopi. KPJ Penang juga sama-sama menyampaikan sumbangan pada hari tersebut. Semoga sumbangan ini mampu sedikit sebanyak membantu En Nokman selaku Guru Besar dan guru2 meningkatkan pencapaian sekolah di masa akan datang.

44 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 36: Penyampaian sumbangan kepada Encik Nokman selaku Guru Besar disaksikan

koordinator korporat UiTMCPP

Rajah 37: Sesi bergambar bersama Guru Besar, wakil UiTMCPP, KPJ dan pelajar sekolah

45 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

2.10 Bengkel Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sg.

Bayor, Selama Perak

Pada 2 November 2017, UiTM Cawangan Pulau Pinang menerima kunjungan 40 org pelajar lepasan PT3 dan 5 org guru SM Keb Sg Bayor, Selama Perak. Tujuan kehadiran mereka ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang inovasi dan membantu mereka menyiapkan projek inovasi bg penyertaan dalam pertandingan inovasi April 2018. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diselia oeh pensyarah untuk mendapatkan idea inovasi.

Rajah 38: Bengkel bersama pelajar dan fasilitator UiTMCPP

Rajah 40: Bergambar bersama pelajar SMK Sg. Bayor

46 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

2.11 Program ‘Team Building’

16-17 November 2017, Cameron Highlands – program ‘Team Building’ bagi kakitangan

bahagian PJIM&A dan bahagian Pengurusan disertai seramai 35 orang. Tujuan program ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara pekerja dan meningkatkan semangat kerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk gotong-royong memasak, sukaneka dan aktiviti ‘explore race’.

Rajah 41: Sebahagian peserta bergambar sebelum memulakan ‘explore race’

Rajah 42: Bergambar kenangan semasa lawatan ke Taman Bioteknologi

47 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

2.12 Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera Di

UiTM Cawangan Pulau Pinang

5 Disember 2017, Dewan Besar UiTM Caw Pulau Pinang - Program ini merupakan

program kerjasama UiTMCPP dengan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), sebagai

landasan serta medium bagi memberi kefahaman dan kesedaran serta menerapkan budaya

keusahawanan di kalangan pelajar IPT. Menerusi program ini juga adalah diharapkan agar

penjelasan perjuangan ekonomi Bumiputera dapat disampaikan kepada para pelajar dan

seterusnya meningkatkan penyertaan para pelajar dalam sektor perniagaan. Justeru, pihak

universiti menyokong penuh serta akan turut membantu usaha para pelajar menggilap potensi

diri mereka untuk masa hadapan yang lebih cerah. Job creator dewasa ini menjadi elemen

penting ke arah mencapai negara maju. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara dan

ekonomi dunia yang agak mendebarkan dari hari ke hari.

Program meliputi Ucaptama oleh Pengerusi GABEM YBhg. Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik dan

pembentangan oleh ahli-ahli panel terdiri daripada YBrs. Tuan Haji Sahlan Saruddin, YBhg. Prof.

Madya Dr. Muhammad Rozi Malim dan YBrs. Dr. Baderisang Mohamed.

Rajah 43: Taklimat oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)

‘Satu Keluarga Satu Syarikat (1K1S)’

Pembentang: Encik Mohd Farouk Mohd Sultan

Pegawai Khas, Ketua Pegawai Eksekutif GABEM

48 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 44: Penyampaian Cenderamata kepada Pengerusi GABEM

2.13 Perlawanan Persahabatan Hoki Di Antara Alumni UiTMCPP & Kelab Hoki UiTMCPP

2 Disember 2017, Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah - Perlawanan Persahabatan Hoki di antara Alumni UiTMCPP & Kelab Hoki UiTMCPP telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Episod perlawanan persahabatan yang julung kali diadakan ini mendapat penyertaan yang amat menggalakkan terutamanya dari pihak Alumni. Perlawanan persahabatan kali ini berjaya mendapat penyertaan sebanyak 7 pasukan termasuk 3 pasukan wanita.

Walaupun secara dasarnya, rata-rata pemain yang diwakili oleh para Alumni jauh lebih hebat dari pelajar UiTMCPP, perlawanan persahabatan ini bukanlah berkisar kepada merebut piala pusingan. Ianya lebih menjurus kepada mengeratkan lagi tali silaturrahim antara Alumni dan UiTMCPP disamping memberi tunjuk ajar serta perkongsian pengalaman khususnya kepada para pelajar. Para Alumni juga turut mendedahkan/ mempamerkan serta mengajar teknik permainan hoki yang bagus agar persembahan permainan daripada pemain Kelab Hoki UiTMCPP terus meningkat dan beroleh kejayaan apabila bertanding di perlawanan peringkat Universiti kelak.

Secara keseluruhannya, perlawanan persahabatan edidi pertama ini berjalan dengan lancar.

Para Alumni juga amat berpuashati dengan persembahan permainan yang ditonjolkan oleh

49 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

para pelajar dari Kelab Hoki UiTMCPP dan akan berusaha untuk menyumbang sedikit dana

sama ada wang ringgit mahupun peralatan hoki bagi meningkatan lagi prestasi para pelajar/

pemain UiTMCPP.

Rajah 45: Keratan akhbar daripada Harian Metro bertarikh 12 Disember 2017

Rajah 46: Sesi fotografi barisan pemain daripada pasukan Alumni (merah) dan pelajar dari Kelab Hoki UiTMCPP (biru) sebelum tiup wisel mula

50 2 Unit Jaringan Industri (ICAN)

Rajah 47: Potret kenangan di antara Alumni dan ahli Kelab Hoki UiTMCPP

51 3 Unit Penerbitan (UPENA)

3 Unit Penerbitan (UPENA)

Mah Boon Yih,PhD

3.0 Latar Belakang

Pada 10 Januari 1981, Unit Penerbitan Universiti (UPENA) ditubuhkan bagi meningkatkan

bilangan penulisan akademik di Institut Teknologi MARA (ITM) sebelum dinaiktarafkan sebagai

Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1999. Selepas itu, UPENA ditukarkan nama

menjadi Pusat Penerbitan Universiti pada 15 Julai 2001. Singkatan UPENA adalah mirip dengan

istilah U-PENA yang berasal daripada bahasa Itali dengan membawa maksud “kamu tulislah”.

Visi Unit Penerbitan ialah menjadikan penerbitan universiti berdaya saing dan cemerlang,

manakala misinya ialah meningkatkan penyebaran dan penyampaian ilmu melalui penerbitan.

Antara objektif utama Unit Penerbitan UiTM Cawangan Pulau Pinang ialah menerbitkan jurnal

universiti (ESTEEM Academic Journal dan ESTEEM Journal of Social Sciences and

Technology) yang berkualti, meningkatkan bilangan dan kualiti penerbitan staf akademik,

mevalidasikan rekod penerbitan staf akademik dalam sistem PRISMa, serta menyediakan

program-program kemahiran penulisan.

Dasar kualiti Unit Penerbitan ialah mencapai 30% penglibatan dalam penulisan dan penerbitan

berwasit dalam kalangan pensyarah tetap yang telah disahkan dalam jawatan. Objektif kualiti

staf akademik sehingga tahun 2016 ialah mencapai 120 penulisan dan penerbitan akademik

berwasit setiap tahun. Walau bagaimanapun, bilangan tersebut telah ditingkatkan ke 150 pada

2017 sehingga 2020. Dalam Amanat Tahun Baru Rektor 2017, beliau telah mewajibkan setiap

pensyarah untuk menghasikan sekurang-kurangnya 1 penerbitan setahun.

52 3 Unit Penerbitan (UPENA)

3.1 Pencapaian Penerbitan UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

Objektif kualiti staf (akademik) sehingga 2017 ialah mencapai 150 penulisan dan penerbitan akademik berwasit setiap tahun. Sasaran tersebut berjaya dicapai kerana sebanyak 422 bilangan penulisan dan penerbitan berwasit dicatatkan bagi tahun 2017.

Jadual 13: Bilangan Penulisan & Penerbitan Akademik Pensyarah UiTM Cawangan Pulau

Pinang Tahun 2017 mengikut rekod PRISMa

3.2 Publish4Sure

Publish4Sure ialah satu perancangan strategik yang dicadangkan serta dilaksanakan oleh Unit

Penerbitan sejak 2016 sehingga 2017 untuk meningkatkan bilangan penulisan akademik dengan

melalui 3 inisiatif utama iaitu sistem penganugerahan yang lebih kompetitif, penganjuran

bengkel/seminar dan penerbitan jurnal berlandaskan indeks Scopus. Anugerah Penerbitan

Berprestij & Teraktif ialah initiatif pertama untuk menambahbaikkan sistem penganugerahan

penerbitan staf akademik yang sedia ada pada Hari Kualiti dengan mengambilkira aspek kualiti

(impact factor) dan kuantiti (jenis dan bilangan artikel yang diterbitkan). Let’s Publish Now! ialah initiatif kedua yang merangkumi 2 siri bengkel iaitu penerbitan artikel

jurnal berimpak tinggi dan penerbitan artikel ilmiah selain jurnal. EAJ+Scopus Index ialah initiatif

ketiga untuk menaiktarafkan ESTEEM Academic Journal menjadi jurnal berindeks Scopus.

Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut: 1. Pengkhususan skop jurnal ESTEEM judul 1 dan judul 2 kepada dua jurnal yang berbeza

skop atau pengkhususan, iaitu inovasi dalam sains dan teknologi serta sains social dan

kemanusiaan; 2. Penambahbaikan laman web ESTEEM; 3. Penukaran sistem penghantaran manuskrip dan pengurusan artikel dengan menggunakan

MyJMS; 4. Permohonan indeks Scopus melalu MyJournal & MyCite; dan 5. Pengantarabangsaan anggota sidang penasihat, editor dan pengarang/penulis.

No Publication Types No. of Publications (Permatang Pauh)

No. of Publications (Bertam)

No. of Publications (UiTMCPP)

1 Book / Research Book 7 2 9

2 Chapter in Book / Chapter in Research Book

7 0 7

3 Journal Article 118 16 134

4 Proceeding Paper 204 10 214

5 General Publication 58 0 58

Total: 394 28 422

53 3 Unit Penerbitan (UPENA)

3.3 Bengkel Penulisan Saintifik “Publication in WOS/SCOPUS

Journal: The Editor’s Perspective”

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Unit

Penerbit, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Penulisan Saintifik yang

bertajuk Publication in WOS/SCOPUS Journal: The Editor’s Perspective bertempat di Dewan

Seminar, Kompleks Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Bengkel ini dianjurkan dengan

matlamat untuk memberi satu platform bagi para peserta untuk menulis dan menerbit bahan

penyelidikan terkini dalam jurnal berimpak tinggi. Bengkel ini juga dapat membantu peserta

untuk meningkatkan mutu dan kualiti penulisan manuskrip/artikel mereka. Objektif ini seiring

dengan amanat Rektor UiTM Pulau Pinang iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fozi Ali pada awal tahun

2017 yang menetapkan bahawa setiap pensyarah perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu

penulisan artikel. Program ini julung kalinya disampikan oleh Profesor Dr. Gan Siew Hua dari Pusat Pengajian

Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia. Kursus ini telah dilaksanakan selama 1 hari dan

terbahagi kepada 3 sesi. Setiap sesi dikendalikan selama 1 jam. Antara objektif bagi kursus

tersebut adalah seperti berikut: i. Membantu meningkatkan keupayaan peserta menulis manuskrip yang berkualiti tinggi serta dapat diterbitkan dlam jurnal saintifik yang berimpak tinggi. ii. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta tentang proses keseluruhan

berkenaan penerbitan ilmiah. iii. Menyampaikan maklumat tentang trend penyelidikan terkini dari segi impact ranking,

pengkalan maklumat Scopus dan Web of Sciences. iv. Menyediakan ruang untuk penambaikan penulisan dan format manuskrip/artikel melalui

latihan praktikal dalam setiap sesi secara berkesan.

54 3 Unit Penerbitan (UPENA)

Rajah 48: Brosur Program “Publication in WOS/SCOPUS Journal: The Editor’s Perspective”

Rajah 49: Ceramah Disampaikan oleh Profesor Dr. Gan Siew Hua dari Universiti Sains

Malaysia

55 3 Unit Penerbitan (UPENA)

Rajah 50: Sesi Bergambar Bersama Rektor, Timbalan-timbalan Rektor, Pengerusi Program

dan Para Peserta

3.4 Bengkel Pemindahan Tesis ke Buku (T2B) UiTMCPP dengan kerjasama Penerbit UiTM di UiTM Shah Alam, Selangor telah menganjurkan

Bengkel Pemindahan Tesis ke Buku (T2B) bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Perdana,

UiTM Cawangan Pulau Pinang. Bengkel ini dianjurkan dengan matlamat sebagai platform untuk

menyediakan maklumat dan teknik penulisan dan penerbitan buku di samping latihan hands-on

yang dapat membantu peserta untuk meningkatkan hasil penulisan akademik selain tesis

sarjana dan kedoktoran mereka. Objektif ini adalah seiring dengan amanat bekas Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu

Professor Madya Dr. Mohd Fozi bin Ali supaya setiap staf akademik dapat menghasilkan

sekurang-kurangnya satu penerbitan berwasit. Program yang julung kali diadakan ini telah

disampaikan dengan jayanya oleh Professor Madya Dr Hajah Siti Akmar Abu Samah dari

Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Program ini telah dilaksanakan selama 2 hari dan

terbahagi kepada 4 sesi. Perincian objektif bengkel ini dalah seperti berikut: i. Membantu meningkatkan keupayaan peserta menulis buku berlandaskan tesis yang

berkualiti tinggi serta dapat memperbanyakkan hasil penerbitan dalam bentuk buku. ii. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta tentang proses keseluruhan

berkenaan penerbitan ilmiah. iii. Menyampaikan maklumat tentang trend penulisan terkini dari segi penulisan buku yang

berwasit. iv. Menyediakan ruang untuk penambaikan penulisan dan format melalui latihan praktikal dalam setiap sesi secara berkesan.

56 3 Unit Penerbitan (UPENA)

Borang maklum balas peserta diedarkan melalui emel kepada semua peserta dan sebanyak 21

maklum balas telah diterima. Secara keseluruhannya, peserta berpuas hati dengan program

yang dianjurkan. Peserta telah memberi komen yang positif mengenai penceramah, kandungan,

pengisian serta penganjur secara keseluruhan. Namun demikian, beberapa cadangan

penambahbaikan program pada masa akan datang telah diusulkan. Antaranya termasuk

pemanjangan durasi program supaya bengkel dapat dilengkapkan sehingga proses penerbitan

lengkap. Penambahan bilangan peserta program dan penggunaan dewan yang bersesuaian

kapasiti dengan jumlah peserta juga dicadangkan. Pemakluman terlebih dahulu tentang sesi

hands-on adalah diperlukan.

Rajah 51: Brosur Program “Bengkel Pemindahan Tesis ke Buku (T2B)

57 3 Unit Penerbitan (UPENA)

Rajah 52: Ceramah Disampaikan oleh Professor Madya Dr Hajah Siti Akmar Abu Samah dari

Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

Rajah 53: Sesi Bergambar Bersama Rektor, Timbalan-timbalan Rektor, Pengerusi Program

dan Para Peserta

58 3 Unit Penerbitan (UPENA)

3.5 Anugerah Penerbitan Berprestij & Teraktif 2017

Sistem penilaian bagi Anugerah Penerbitan Staf Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

telah dipersetujui oleh semua wakil fakulti/jabatan/pusat pengajian yang hadir serta diluluskan

dalam Mesyuarat Unit Penerbitan Bil. 3/2017 pada 29/9/2017. Pemberian Anugerah Penerbitan

Staf Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017 mengikut jumlah penerbitan tahun 2016

sahaja. Kesemua hasil penerbitan yang dianugerahkan mesti didaftarkan dalam PRISMa dahulu

serta berjaya disahkan dalam rekod PRISMa sebelum/pada tarikh tutup validasi PRISMa. Sijil

Penerbitan Platinum, Emas, Perak dan Gangsa dianugerahkan kepada semua pemenang

berdasarkan Peruntukan Mata Keseluruhan. Kesemua anugerah dan sijil akan diberi sempena

Hari Inovasi 2017 UiTM Cawangan Pulau Pinang. Berikut ialah senarai objektif Anugerah

Penerbitan Berprestij & Teraktif 2017:

1. Memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis jurnal, prosiding, buku dan bab dalam

buku mengikut kategori, peranan, peringkat serta status (berindeks dan berwasit)

berdasarkan pengesahan rekod PRISMa 2016.

2. Memberi pengiktirafan kepada fakulti/jabatan/pusat pengajian UiTM Cawangan Pulau

Pinang yang mengandungi bilangan pensyarah-pensyarah aktif yang paling banyak

dalam penulisan jurnal, prosiding, buku dan bab dalam buku.

3. Memberi pengiktirafan kepada pensyarah-pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang

secara individu yang paling aktif dalam penulisan semua kategori penerbitan akademik.

4. Memupuk minat dalam penulisan akademik dalam kalangan pensyarah-pensyarah

UiTM Cawangan Pulau Pinang.

5. Menggalakkan pensyarah-pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang supaya lebih aktif

dalam penulisan untuk penerbitan jurnal/prosiding yang berimpak tinggi.

Anugerah Penerbitan Berprestij merangkumi 10 penulis terpilih dalam kedudukan teratas

berdasarkan kategori penerbitan, peranan penulis, peringkat penerbitan serta status berindeks

dan berwasit dalam kategori penerbitan jurnal, prosiding, buku dan bab dalam buku. Anugerah

Penerbitan Fakulti Teraktif merujuk kepada 1 fakulti terpilih berdasarkan jumlah staf yang paling

banyak dalam penerbitan jurnal, prosiding, buku dan bab dalam buku mengikut peratusan purata

(jumlah penerbitan fakulti/jumlah staf fakulti x 100%). Anugerah Penerbitan Individu Teraktif

terdiri daripada 10 penulis terpilih dalam kedudukan teratas yang paling aktif berdasarkan jumlah

penerbitan dalam semua kategori penerbitan akademik. Anugerah Penerbitan Berimpak Tinggi

akan dilaksanakan pada 2018 berdasarkan impak faktor penerbitan artikel dalam

jurnal/prosiding tahun 2016 dan 2017 mengikut sistem peruntukan mata yang akan ditentukan

pada 2018.

59 3 Unit Penerbitan (UPENA)

3.6 ESTEEM Academic Journal (Innovation in Science and

Technologies) dan ESTEEM Journal of Social Sciences and

Humanities

ESTEEM Academic Journal (EAJ) ialah penerbitan rasmi UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

(UiTM) Pulau Pinang. EAJ mula dicetak pertama kalinya pada tahun 2003 dan telah diterbitkan

sebanyak dua isu setahun sejak 2008. Bermula dari 2017, ESTEEM Academic Journal (EAJ)

telah diasingkan kepada 2 edisi iaitu ESTEEM Academic Journal (Innovation in Science and

Technology) dan ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities. ESTEEM Academic

Journal (Innovation in Science and Technology) diterbitkan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada

bulan Jun and Disember; manakala ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities diterbit

sekali setahun pada bulan Oktober. Isu khas juga diterbitkan atas permintaan dengan bayaran

daripada pihak penganjur konferensi pada bulan tertentu seperti Mac dan September.

EAJ memberi peluang kepada ahli akademik dan para penyelidik untuk menyumbang dan

berkongsi pengetahuan, idea, dan pendapat dalam bidang kepakaran masing-masing. Demi

memastikan kualiti jurnal, sidang penyunting and penilai melaksanakan sistem penilaian artikel

secara blind review yang menetapkan dua penilai bagi setiap manuskrip. ESTEEM Academic

Journal (Innovation in Science and Technology) ialah sebuah jurnal akses terbuka yang menerbit

artikel yang asli daripada hasil penyelidikan dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi dalam

bidang-bidang khas seperti Engineering, Computer and Information Sciences, Health and

Medical Sciences, Cognitive and Behavioral Sciences, Applied Sciences dan Application in

Mathematics and Statistics. Pada masa sekarang, EAJ telah berjaya diindeks dalam MyCite

melalui Malaysian Citation Centre (MCC) dan dimasukkan dalam pangkalan data EBSCO.

Antara isu-isu terbitan EAJ pada 2017 adalah seperti berikut:

1. EAJ, Jilid 13, Jun 2017

2. EAJ, Jilid 13, Edisi Khas, Ogos 2017

3. EAJ, Jilid 13, Disember 2017

4. EAJ, Jilid 14, Edisi Khas, Januari 2018

ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities (EAJ SS&H) mula dilancarkan pada tahun

2017 untuk memberi peluang khas kepada staf akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam

bidang sains kemasyarakatan dan kemanusiaan untuk menyumbang dan berkongsi

pengetahuan, idea, dan pendapat dalam skop Education, Language, Linguistics, Islamic

Studies, Law, Economics, Business Management, serta Hotel Management andTourism.

Terbitan EAJ SS&H pada 2017 ialah EAJ SS&H, Jilid 1, November 2017.

60 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

4 Malaysian Academy of

SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Nurul Hayani Abd Rahman

4.0 Seminar Peluang Dan Cabaran Usahawan Siswa

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Kerjaya Kaunseling pada 20 Januari 2017

bertempat di Dewan Seminar Kolej Delima untuk memberikan maklumat dan berkongsi

pengalaman dan kejayaan usahawan siswa yang telah menjalankan aktiviti perniagaan semasa

sedang dalam sesi pengajian. Sesi perkongsian bersama usahawan siswa UiTM Cawangan

Pulau Pinang yang telah bergiat aktif dan berjaya mengekalkan pencapaian akademik yang

seimbang dan cemerlang. Di samping itu, usahawan jemputan juga berkongsi maklumat dan

cabaran sepanjang penglibatan di dalam dunia perniagaan. Dua usahawan siswa, dua

usahawan jemputan dan tujuh puluh enam peserta telah bersama-sama menjayakan program

ini.

Rajah 54: Sesi perkongsi daripada usahawan siswa iaitu Syafiq Azmi

61 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

4.1 Bengkel Teh Kombucha

Bengkel ini telah dilaksanakan oleh kumpulan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan projek

keusahawanan sosial MASMED di peringkat kampus pada 12 Februari 2017. Projek minuman

probiotik teh kombucha ini di ketuai oleh Puan Wan Nordini Hasnor Wan Ismail yang melibatkan

sepuluh orang pelajar dan dua orang pensyarah. Latihan asas penyediaan produk berasaskan

teh kombucha ini melibatkan penglibatan asnaf di Hidayah Centre Pulau Pinang. Golongan

asnaf merupakan kumpulan sasaran yang dilatih untuk menyediakan minuman probiotik teh

kombucha yang boleh dihasilkan sendiri di rumah dan di jual untuk menjana pendapatan

tambahan.

Rajah 55: Para pelajar sedang mempromosi Teh Kombucha kepada warga kampus

4.2 Bengkel Penanaman Herba

Bengkel ini telah dilaksanakan pada 17 Februari 2017 sebagai persediaan pelaksanaan projek

keusahawanan sosial MASMED. Projek produk berasaskan herba iaitu tumbuhan cabai kurap

ini di ketuai oleh Puan Che Noriah Othman yang akan melibatkan pelajar dan kumpulan ibu

tunggal. Latihan asas semaian herba ini telah dilaksanakan di pusat semaian Ecogarden Asia

yang diusahakan oleh alumni UiTM di Sungai Petani. Pendedahan asas ini adalah penting untuk

proses penanaman serta pemilihan daun yang berkualiti untuk penghasilan produk yang akan

dihasilkan.

62 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Rajah 56: Para pelajar yang terlibat dalam projek penanaman cabai kurap

4.3 Street Smart Salesmanship @ Retailing Talk

Program ini dilaksanakan pada 24 Februari 2017 di Bilik Perdana 1 untuk memberikan

pendedahan ilmu pemasaran produk dan perkhidmatan yang akan digunakan dalam

menyediakan perancangan pemasaran.

Rajah 57: Antara peserta yang terlibat dalam program 3SR

63 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

4.4 Program Street Smart Salesmanship @ Retailing (3SR)

Program ini dilaksanakan bagi tujuan membudayakan aktiviti keusahawanan dengan cara

menggalakkan pelajar menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan semasa dalam tempoh

pengajian, serta memberikan pengalaman secara hands on kepada pelajar mengenai risiko dan

strategi pemasaran dalam ajtiviti jual beli secara terus kepada pelanggan. Program ini telah

berlangsung pada 4 Mac 2017 di Mydin Mall Bukit Mertajam dengan melibatkan pelajar daripada

UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam.

Rajah 58: Usahawan kuih bulan bersama Rektor semasa program 3SR di Mydin Mall

4.5 Creative Entrepreneur Exhibition 2017

Program ini telah dilaksanakan pada 9 hingga 10 Mac 2017 di Kompleks Perdana sebagai aktiviti

keusahawanan yang melibatkan pelajar daripada pelbagai fakulti. Pelajar mendapat peluang

untuk mempraktikkan ilmu asas keusahawanan, komunikasi dan pemasaran produk dan

perkhidmatan serta pembangunan ciri-ciri keusahawanan di luar bilik kuliah.

64 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Rajah 59: Antara usahawan yang mengambil bahagian

4.6 MASMED UiTM Social Entrepreneurship (MUSE) Challenge

2016/2017

Program ini telah dianjurkan oleh MASMED UiTM pada 11 hingga 12 Mac 2017 bertempat di

Kinrara Resort, Selangor. Dua projek UiTM Cawangan Pulau Pinang telah terpilih untuk

menyertai program ini. Program keusahawanan ini menggabungjalinkan elemen utama

keusahawanan sosial yang diperlukan untuk membentuk dan mewujudkan usahawan sosial di

kalangan pelajar.

Projek Cabai Kurab yang diketuai oleh Puan Che Noriah yang menerima dana projek bernilai

RM 10,000.00 dengan penglibatan prlajar dan ibu tunggal Kepala Batas telah berjaya

memperolehi tempat kedua. Seterusnya projek Teh Kombucha yang menerima dana bernilai

RNM5,000.00 dengan penglibatan pelajar dan asnaf telah berjaya medapat tempat ketiga.

65 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Rajah 60 : Projek Cabai kurap yang memenangi dana bernilai RM10,000

4.7 UiTM Industrial Internship Peringkat Kampus

Program ini telah dianjurkan oleh MASMED UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 7 April 2017.

Empat projek telah terpilih untuk dibentangkan kepada panel penilai yang terdiri daripada

pensyarah dan pegawai SME Bank Seberang Jaya. Penglibatan seramai 20 pelajar yang terdiri

daripada pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Kejuruteraan Awam serta

Fakulti Kejuruteraan Kimia ini telah berjaya membentang hasil pemerhatian dan temubual yang

telah diperolehi sepanjang tempoh tiga bulan pelaksanaan program.

Rajah 61: Peserta UiTM Industrial Internship Peringkat Kampus

66 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

4.8 UiTM Industrial Internship Program

Pembentangan akhir ini telah dianjurkan oleh MASMED UiTM pada 19 hingga 21 April 2017 di

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Projek yang telah terpilih untuk mewakili UiTM Cawangan

Pulau Pinang melibatkan penyertaan lima pelajar bersama penasihat projek iaitu Encik Hasiful

Fata Bin Talhah daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Rajah 62: Peserta UiTM Industrial Internship Program Peringkat UiTM

4.9 Karnival Online Networking Entrepreneurs Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (ONE-SSM) Pulau Pinang 2017

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan karnival ini pada 19 hingga 21 Mei 2017

bertemoat di Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini diadakan bagi tujuan

memberi penerangan dan kesedaran kepada golongan peniaga atau usahawan yang

menjalankan perniagaan secara atas talian terutamanya tentang kepentingan pendaftaran

perniagaan dengan SSM. Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah turut

serta untuk aktiviti jualan produk makanan khususnya kuih bulan yang dikeluarkan oleh

DapurCikFarah Enterprise. Perniagaan pelajar ini telah berdaftar dengan SSM.

67 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Rajah 63: Usahawan kuih bulan menerangkan tentang produk yang dijual

4.10 Siswapreneur Showcase Siri 4/2017 (Zon Utara)

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama IPT

seluruh Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan produk inovasi dan keusahawanan

pelajar IPT ke pasaran komersial dan lebih berdaya saing. Lima perniagaan pelajar yang telah

berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah terpilih untuk terlibat untuk

menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing bersama dengan semua peserta daripada IPT

di utara. Program ini berlangsung pada 15 hingga 17 September 2017 di Mydin Mall Bukit

Mertajam.

68 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Rajah 64: Pelajar UiTM Caw Pulau Pinang yang mengambil bahagian

4.11 Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) MEGA

2017 Program ini dianjurkan oleh SME Corporation dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) dan pelbagai agensi di Malaysia. MASMED UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dipilih

untuk mewakili UiTM bagi tujuan memberi latihan keusahawanan kepada belia yang terlibat

dengan program ini. Latihan keusahawanan ini melibatkan ceramah, taklimat dan menyediakan

rancangan perniagan peserta yang diadakan di Kem PLKN Bukit Besar, Kulim. Program ini telah

melibatkan pensyarah daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kejuruteraan Kimia dan

Fakulti Farmasi. Peserta yang berjaya melalui dua fasa latihan di kem iaitu latihan fizikal dan

latihan keusahawanan akan menerima geran memulakan perniagaan daripada SME Corp dan

bimbingan usahawan belia bersama pegawai SME Corp bagi tempoh setahun selepas tamat

latihan.

69 4 Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Rajah 65: Majlis perasmian TUBE 2017 oleh YB Datuk Sr Hj Muhammad Farid

70 5 Tunas Mekar

5 Tunas Mekar

Rosley Jaafar

5.0 Pengenalan

Sejak penubuhan program Tunas Mekar siri 1 pada tahun 2005, sehingga tahun 2017, sudah

12 tahun program ini berjalan dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan muda yang baru

di seluruh negara. Banyak cabaran-cabaran yang dilalui oleh MASMED dan semua Koodinator

Tunas Mekar untuk mencapai sasaran setiap kali program Tunas Mekar dijalankan samada

daripada UiTM ataupun ICU-JPM Putrajaya. Banyak perancangan dan strategi yang telah diatur

dan dilaksanakan selaras dengan perkembangan semasa bagi memastikan objektif dan sasaran

program Tunas Mekar dapat dicapai agar kesinambungan program ini dapat diteruskan di masa

akan datang.

Untuk berjaya di dalam dunia perniagaan bukannya mudah dan mungkin akan mengambil masa

yang agak panjang bergantung kepada banyak faktor seperti jenis perniagaan, lokasi serta

kawasan perniagaan dan sebagainya lagi. Selain itu, faktor diri sendiri sebagai seorang yang

bakal bergelar usahawan mestilah cukup ilmunya, berperancangan, cekal dan tidak mudah

berputus asa. Apabila perniagaan sudah berjalan, usahawan perlu mengekalkan perniagaan

mereka supaya tidak mengalami kerugian sehingga ke tahap bangkrap ataupun gulung tikar.

Langkah-langkah pencegahan perlu diambil supaya boleh terus bersaing dengan usahawan lain.

Cabaran dunia perniagaan masa kini tidak sama seperti 20 tahun yang lalu. Teknologi peralatan,

mesin, teknlogi komunikasi dan kaedah perniagaan berubah dengan begitu cepat sekali. Cara

penyelesian sesuatu masalah dalam perniagaan juga perlu berubah, perlu ikut sepertimana

yang disyorkan oleh pakar-pakar perniagaan masa kini.

5.1 Tunas Mekar Siri 6 Sesi Tahun 2016/2017

Kaedah atau model pelaksanaan program Tunas Mekar siri 6 berbeza sedikit daripada siri 1

hingga 5 yang mana objektif utama adalah untuk membantu graduan-graduan yang telah

menceburi bidang perniagaan, memantap dan mengembangkan perniagaan mereka. Peserta

program pula terdiri daripada graduan yang baru memulakan perniagaan atau sudah berniaga

71 5 Tunas Mekar

kurang daripada 5 tahun dan masih terbuka kepada berbagai bidang perniagaan. Sebagai

permulaan, hanya 8 orang peserta sahaja yang diambil mengikuti program ini. Manakala

pengusaha dan perunding perniagaan (nama baru kepada kaunselor perniagaan) pula masing-

masing hanya 3 orang sahaja. Semua pengusaha dan perunding perniagaan akan sama-sama

membantu, membimbing dan memantau 8 orang peserta tersebut.

Mesyuarat bulanan yang dipengerusikan oleh Koordinator Tunas Mekar UiTMCPP atau pegawai

ICU-JPM negeri Pulau Pinang yang mewajibkan tiga pihak tersebut hadir diadakan bagi

melaporkan perkembangan perniagaan peserta program dan perbincangan tiga hala bagi

membantu menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan perniagaan mereka. Tempat

mesyuarat tersebut boleh diadakan samada di UiTMCPP atau ICU-JPM atau pejabat

pengusaha. Laporan bulanan yang perlu dihantar oleh peserta dan juga prunding perniagaan

adalah ringkas iaitu berkaitan dengan hasil jualan, untung rugi, permasalahan, perancangan

perniagaan, cadangan penyelesaian masalah dan komen terhadap peserta. Tempoh program

juga dipendekan daripada setahun kepada 6 bulan sahaja. Elaun peserta program dan

perunding perniagaan masih lagi sama seperti siri yang terdahulu.

Program Tunas Mekar siri 6 negeri Pulau Pinang telah bermula pada 05hb Oktober 2016 dan

tamat pada 04hb April 2017. Senarai peserta, pengusaha dan perunding perniagaan program

Tunas Mekar siri 6 adalah seperti di jadual 14. Bilangan peserta hanya 7 orang sahaja setelah

seorang menarik diri di bulan pertama program berjalan kerana masalah peribadi yang

menyebabkan kurang komitmen ke atas program ini.

Jadual 14: Senarai Peserta, Pengusaha dan Perunding Perniagaan Program Tunas Mekar Siri 6

Bil

Usahawan perantis/peserta Projek

perniagaan Perunding

1 CIK IMTISAL BINTI ZULKURNAIN No 5, Lorong Seri Serdang 2/1, Serdang Villa, Taman Seri Serdang, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang

Jahitan & pembekal tudung

EN. MOHD SAIFULNIZAM ABU BAKAR Jabatan : Sains Komputer & Matematik

2 CIK FARHAN HANANI BINTI AHMAD FUDZI L-G-1 Pangsapuri Uda Tanjung Tokong 10470 Pulau Pinang

Restoran & katering

3 EN. MOHD ALIF BAHARUDIN BIN HASSAN Rb1-17, Taman Tunas Muda Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas P. Pinang

Jahitan baju korporat & pembekal pakaian

72 5 Tunas Mekar

4 EN. MOHAMAD MUZAINI BIN ABD HAMID 4605 Mukim 4 Kampung Pertama 13500 Permatang Pauh P.Pinang

Pembuatan homemade daging burger

EN. MOHD NOOR FAWZI BAHARUM Fakulti; Pengurusan Perniagaan

5

CIK NOOR AZURA BINTI ABD RAHIM 10972 Pmtg Tok Jaya,13800 Butterworth Pulau Pinang

Rekabentuk & pembuatan industri perabut

6 EN. AIYAAD BIN MOHD ZAKARIA No B-1-3-3, Flat Pauh Indah 13500 Permatang Pauh Pulau Pinang

Percetakan & kafe makanan

DR CHE HASLINA BINTI ABDULLAH Jabatan; Akademik Pengajian Islam Kontemporari 7 EN. MOHAMMAD NOOR FARIZ BIN

MOHAMMAD POAAD SB BarberShop, 3211 Jalan Telaga Air 1220 Buttrworth P. Pinang

Barbershop & kafe makanan

Jadual 15: Senarai Pengusaha EN. KHALID BIN RAMALEY Bumi Best Enterprise No 9137 E, Kompleks Bimbingan SME Bank Taman IKS Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam Perniagaan; pengeluar mee sanggul dan pengedar produk bumiputera

EN. ELYSHAVANA BIN JAAFAR Damiral Sdn Bhd No 60 Lorong Perda Utama 1 Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam Perniagaan; kek & bakeri, restoran makanan barat dan kedai farmasi

PN. ROHAYA BINTI CHE ABU BAKAR MTC Advance Marketing Sdn Bhd No 3, Lorong Perda Utama 8, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam Perniagaan; pengeluar kopi 3 in 1 dan madu lebah

5.2 Aktiviti Tunas Mekar Siri 6 Sesi Tahun 2016/2017

Jadual 15 dan Rajah 66 hingga 77 di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan kepada peserta program sepanjang tempoh 6 bulan tersebut. Tujuan utama aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan adalah untuk menambah ilmu serta motivasi perniagaan para peserta, perkongsian ilmu daripada semua pihak, mengeratkan hubungan dengan semua pihak dan membina jaringan perniagaan dengan peserta Tunas Mekar negeri Perak, Kedah dan Perlis.

Jadual 15: Aktiviti-Aktiviti Tunas Mekar Siri 6

Bil

Tarikh

Aktiviti

1 20 Sep 2016 Temuduga calon-calon peserta program Tunas Mekar sesi 1

2 26 Sep 2016 Temuduga calon-calon peserta program Tunas Mekar sesi 2

3 05 Okt 2016 Taklimat dan suaikenal serta perjumpaan bulanan bersama peserta, pengusaha dan perunding kali 1

73 5 Tunas Mekar

Rajah 66: Calon sedang menduduki ujian Rajah 67: Pitching oleh calon

Psikometrik

4 8 – 10 Nov 2016

Majlis pelancaran, kursus induksi peserta program dan kursus perunding perniagaan Tunas Mekar zon utara (Perak, P. Pinang, Kedah & Perlis)

5 24 Nov 2016 Perjumpaan bulanan bersama peserta, pengusaha dan perunding kali 2

6 27 Dis 2016 Perjumpaan bulanan bersama peserta, pengusaha dan perunding kali 3

7 10 -12 Jan 2017

Bengkel pemantapan usahawan perantis Tunas Mekar zon utara (Perak, P. Pinang, Kedah & Perlis)

8

26 Jan 2017 Perjumpaan bulanan bersama peserta, pengusaha dan perunding kali 4

9 22 Feb 2017 Bengkel pembinaan lamanweb peserta PTM siri 6

10 23 Feb 2017 Perjumpaan bulanan bersama peserta, pengusaha dan perunding kali 5

11 03 Apr 2017 Perjumpaan bulanan bersama peserta, pengusaha dan perunding kali 6

74 5 Tunas Mekar

Rajah 68 : Sesi taklimat dan suaikenal Rajah 69: Ucapan oleh Ketua Jabatan MASMED

Rajah 70: Pelancaran PTM siri 6 Rajah 71: Kursus induksi (peserta)

Rajah 72: Kursus induksi (perunding) Rajah 73: Peserta bengkel pemantapan zon

utara

75 5 Tunas Mekar

Rajah 74: Bengkel pemantapan zon utara Rajah 75: Bengkel pembinaan laman web

Rajah 76: Sesi perjumpaan bulanan Rajah 77: Sesi perjumpaan bulanan

Jadual 16 menunjukkan perbezaan prestasi jualan peserta program yang dibandingkan di antara

tiga bulan sebelum menyertai program Tunas Mekar dan lima bulan semasa dalam program

Tunas Mekar. Didapati semua peserta beroleh peningkatan jualan perniagaan masing-masing

kecuali 2 orang peserta sepertimana yang tertera di jadual 3. Ia menunjukkan kesan yang amat

positif dan pencapaian yang amat baik ke atas semua peserta program ini. Pencapaian tersebut

memberi petunjuk bahawa model baru yang baru diperkenalkan telah menghasilkan kejayaan

dan boleh diteruskan untuk siri yang akan datang dan mungkin perlu kepada sedikit

penambahbaikan agar memberikan hasil yang lebih baik lagi.

76 5 Tunas Mekar

Jadual 16: Perbezaan Prestasi Jualan Peserta Program

Nama

Sebelum program TM (3 bulan)

Semasa program TM (5 bulan) Peratus

perbezaan (jualan)

(%)

Catatan Purata jualan (RM)

Purata untung (RM)

Purata jualan (RM)

Purata untung (RM)

Cik Imtisal

1 678 711 1170 536 -30.27

Jualan tinggi sebelum sertai program kerana tempahan semasa hari raya adilfitri

Cik Farhan

6 816 3 730 23 480 6 143 +244.48 Peratusan yang tinggi kerana perolehi banyak tempahan katering

Cik Azura 9 800 6 850 18 610 15 051 +89.90

En Muzaini

8 513 2 554 16 514 6 605 +94.00

En Aliff 2 900 1 566 24 000 11 200 +727.57

Peratusan yang tinggi kerana perolehi tempahan pakaian sekolah tadika

En Aiyaad

50 679 17 603 40 827 8 562 -19.44

Jualan merosot semasa program kerana pindah ke premis baru iaitu tidak berniaga lebih kurang sebulan

En Fariz 6 156 3 705 6 500 4 078 +5.59

77 Sidang Penyunting dan Pengarang

Sidang Penyunting dan Pengarang Prof Madya Dr Mohd

Fozi Ali

Penasihat & Pengarang

Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang

Nor Aziyah Bakhari, PHD Ketua Editor & Pengarang

Timbalan Rektor PJIM&A Pensyarah Kanan Jabatan Sains Gunaan

Mah Boon Yih, PhD

Pengarang

Koordinator Unit Penerbitan & Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa

Nor Haslinda Othman

Editor Teknikal

Pegawai Eksekutif PJIM&A

Nor Azlan Othman, PhD

Pengarang

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Alhan Farhanah Abd Rahim, PhD

Pengarang

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Nurul Hayani Abd Rahman

Pengarang

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Perniagaan

Rosley Jaafar

Pengarang

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PIM&A)

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh

Tel : +604-3822912 Faks : +604-3822913

Laman Web : www.penang.uitm.edu.my/main/