laporan tahunan

43
LAPORAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM Laporan Unit Beruniform Pengakap BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo. Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Upload: azieeizara

Post on 20-Jul-2015

289 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan tahunan

LAPORAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM

Laporan Unit Beruniform Pengakap

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau

lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ,

kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak

pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada

1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad

seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari.

Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula

menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan

Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura

bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut

juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Page 2: Laporan tahunan

Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia

(Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha

Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan

penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.

2.

Visi & Misi

Melengkapi perkhidmatan kepada masyarakat dan pasukan, dan melengkapi ahli-ahli dengan cabaran

dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan

berfaedah.

3.

Objektif

Mewujudkan ahli yang boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan juga

menghormati diri sendiri dan orang lain.

Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan

bermasyarat

Page 3: Laporan tahunan

4.

Nama Guru Penasihat

Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid

Hamdan bin Haji Mohd Nor

5.

Jumlah Ahli

300 orang ahli

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Perjumpaan Unit √

2 Kursus Kepimpinan Manikayu

3 Ekspedisi Berakit Antarabangsa

Sungai Pahang √

4 Jambori 1Belia 1Malaysia √

5

Kursus Lencana Keris Emas kanak-

kanak & Kursus Lencana Kemahiran Pengakap Kelana

6 Kursus ketua patrol & skim lencana pengakap muda & remaja

7 Mesyuarat tidak formal dan sambutan

hari lahir √ √

8 Kursus Skim Lencana pengembaraan

Pengakap kelana

9 Kursus Skim Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana

10 Kursus Skim Lencana Kemahiran Pengakap Kelana

Page 4: Laporan tahunan

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

1. Kursus Jatidiri

2. Uji kemahiran ikatan

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Keseragaman kawad kaki

2. Kerjasama antara ahli persatuan

3. Semangat jitu ahli persatuan.

Kelemahan

1. Tidak semua ahli mahu mengaktifkan diri dalam pertandingan

9.

Cadangan penambahbaikan

Membuat aktiviti di setiap awal dan hujung tahun untuk mengumpul lebih banyak dana bagi

menjalankan aktiviti persatuan selain daripada bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara

ahli persatuan.

Page 5: Laporan tahunan

10.

Penutup/ Kesimpulan

Aktivit dalam persatuan pengakap dapat meningkatkan keyakinan diri dan membantu murid lebih

cerdas dalam pelajaran.

Laporan Unit Beruniform BBSM

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum

merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British

sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun

telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam

kemiskinan dan penderitaan. Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam

perenggan penutup dan mencatatkan: " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang

teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat

semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah

banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan

berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Page 6: Laporan tahunan

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa

cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu

permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu

pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya

menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah

ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang

Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

Page 7: Laporan tahunan

2.

Visi & Misi

Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusian yang unggul, diperingkat kebangsaan dan berkhidmat

kepada yang memerlukan dengan berkesan.

3.

Objektif

Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.Ini akan

membawa keseronokan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul dan memenuhi

masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri pelajar

Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan membolehkan pelajar

berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain.

4.

Nama Guru Penasihat

Mejar Pn Rohana Mat Isa

Kapten pn Shariza Sharin

Cik Nurhidahyatul Syahira

5.

Jumlah Ahli

250 orang ahli

Page 8: Laporan tahunan

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Pendaftaran Ahli PBSM √

2 Perjumpaan Unit √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

3 Sambutan Hari PBSM √

4 Hari Bendera Peringkat Sekolah √

5 Ujian Lencana Kecekapan √

6 First Aid in Every Home √

7 Pep. Pertolongan Cemas & Pend. BSM √

8 Hari KOKO dan Keusahawanan √

9 Perkhemahan √

10 Latihan Kawad Kaki √ √ √ √ √ √

11 Khidmat Pertolongan Cemas √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

12 Kem Remaja Sihat dan Sejahtera Tanpa Aids √

13 Kembara bersama keretapi Tanah Melayu √

14 Kursus Rawatan Sukan √

15 Kursus Bencana Alam √

16 Jamuan Akhir Tahun √

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

1. Penyertaan dalam karnival anti dadah

2. Kempen Derma Darah Perdana

3. Pengisian Rohani

Page 9: Laporan tahunan

8.

Pencapaian

Peringkat Daerah

Johan pertandingan Kawad kaki NGO peringkat daerah LMS (2000-2004)

Bertugas sebagai anggota paramedik di kejohanan Olahraga/Sukan/Permainan sekolah-sekolah

di sekitar LMS

Ahli-ahli PBSM telah melibatkan diri secara aktif di dalam apa jua aktiviti anjuran PBSM

Daerah seperti :

o Hari Bendera

o Jamuan Amal

o Gotong royong

Peringkat Negeri

Johan pertandingan Kawad kaki NGO peringkat negeri Perak (2000-2004)

Menjadi ketua platun terbaik NGO (puteri) di pertandingan kawad kaki peringkat Negeri Perak

2 pelajar terpilih menyertai perkhemahan Lencana Kecekapan PBSM peringkat negeri Perak di

Pusat Kurikulum JPN di P. Pangkor

Page 10: Laporan tahunan

Peringkat Kebangsaan

Menyertai Pertandingan Kawat Kaki NGO (Puteri) Peringkat Kebangsaan (2000-2004)

Tempat ke 3 Kawat Kaki NGO Kebangsaan (2000)

5 pelajar terpilih sebagai anggota paramedik di Perkhemahan Perdana Kokurikulum Sekolah

Peringkat Kebangsaan di Pangkor Perak

9.

Cadangan penambahbaikan

Membuat aktivi untuk tujuan mengumpul dana supaya membolehkan setiap ahli yang

berkelayakan mempunyai first aid kits mereka sendiri supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan

yang mereka perolehi ketika keadaan memerlukan.

10.

Penutup/ Kesimpulan

Pengetahuan yang diperolehi dari aktiviti persatuan dapat diaplikasikan ketika keadaan mendesak

sekaligus aktiviti dari persatuan ini dapat memupuk minat menceburi bidang kedoktoran.

Page 11: Laporan tahunan

Laporan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah

Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali

sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan

Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada

pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang

yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik,

berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke

arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA

KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah

menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah

menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah

dibentangkan.

Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini

Page 12: Laporan tahunan

telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun

nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah.

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah

Bahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr.

Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar

kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum

sama ada pelajar lelaki atau perempuan.

Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20

Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia

di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

2.

Visi & Misi

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak muliah, berilmu dan berketrampilan selaras

dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan

2020.

3.

Objektif

Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,

berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan

juvana.

Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan

Page 13: Laporan tahunan

negara.

4.

Nama Guru Penasihat

En. Mohd Kamarul B. Yunus

Pn. Nor Fadilah Bt. Saat

5.

Jumlah Ahli

300 orang ahli

6. Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Perjumpaan & Pengenalan kepada KRS √

2

Kerohanian Moral

Ketatanegaraan √

keagamaan √

3

Ketahanan Diri

Ikatan

Ikhtiar Hidup

Bantu Mula

Perkhemahan

√ √

Kompas

Ikatan Tali

Cadangan

4 Kebudayaan, Keusahawanan √ √ √ √

5 Kawad √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

6 Alam Sekitar dan Keusahawanan

√ √ √

Page 14: Laporan tahunan

7

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

1. Mencipta bunga kawad kaki formasi

2. Aktivit keusahawanan siber

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Komitmen guru penasihat dan ahli persatuan.

Kelemahan

1. Kebanyakan ahli kurang kreativiti mewujudkan ciptaan yang baru

9.

Cadangan penambahbaikan

Mengadakan seminar untuk membuka minda murid supaya mampu berfikir di luar kotak

lantas mampu mencipta sesuatu yang baru.

10.

Penutup/ Kesimpulan

Aktiviti dalam persatuan melahirkan insan yang baik dari segi mental dan fizikal, rohani dan jasmani.

Page 15: Laporan tahunan

LAPORAN TAHUNAN KELAB/PERSATUAN

Laporan Kelab Catur

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu

permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan

perang yang abstrak; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan diri" menggunakan minda dan

mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan

secara rekreasi dan kompetitif di kelab-kelab, pertandingan, dalam talian, dan dengan surat-

menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi permainan catur dimainkan di dunia. Yang paling

popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain,

adalah xiangqi di China, shogi di Jepun, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.

Setiap pemain yang masih baharu dalam permainan catur ini haruslah mengenali terlebih dahulu

peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah dirangkakan oleh

pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan

pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus memerangkap dirinya sendiri.

2.

Visi & Misi

Melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta memupuk kesedaran pelajar

terhadap kepentingan beriadah secara lebih bermakna

Page 16: Laporan tahunan

3.

Objektif

Berfikir dan merancang untuk membuat keputusan dalam masa-masa terdesak dan tertekan

Berupaya berfikir dan merancang

4.

Nama Guru Penasihat

En. Amryzal bin Abdul Manap

En. Mohd Syahid bin Sukor

Pn. Asliza bt. Selamat

5.

Jumlah Ahli

150 orang ahli

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Pendaftaran Ahli √

2 Mesyuarat Agung √

3 Latihan permainan Intensif √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

4 Pertandingan Catur Terbuka √ √

5 Pertandingan menghasilkan set catur tercantik

√ √

6 Lawatan dan pertandingan persahabatan dengan sekolah berasrama penuh

√ √

Page 17: Laporan tahunan

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

Tiada

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Aktiviti mudah dijalankan kerana tidak melibatkan banyak kos.

Kelemahan

1. Belum ada kaedah kreatif untuk menarik minat murid yang tidak berpengetahuan dan

pengalaman untuk menyertai kelab catur.

9.

Cadangan penambahbaikan

Mengadakan seminar / bengkel untuk mempelajari cara bermain catur kepada yang belum

pernah bermain catur.

Mengadakan sesi teknik “skor catur game” kepada ahli kelab supaya pencapaian mereka

dalam permainan catur meningkat.

Page 18: Laporan tahunan

10.

Penutup/ Kesimpulan

Kelab ini membuka ruang kepada peminat permainan catur bertemu dengan individu yang mempunyai

minat yang sama seperti mereka. Jesteru perkara ini membuatkan mereka merasa bakat dan

pengetahuan dalam permainan ini adalah istimewa dan berharga.

Laporan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka dan

mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Satu

daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas "Kaunselor Sebaya". Dengan ini, konsep

"Kaunselor Sebaya" (sekarang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi

tidak diperkembangkan dalam kalangan murid secara sistematik dan menyeluruh.

Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak

formal melalui projek perintis "Kaunselor Sebaya" yang dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul

Rahman, Ketua Jabatan di Institut Aminuddin Baki.

Pada tahun 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah

Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru

Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab

Page 19: Laporan tahunan

Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing Rakan Sebaya diterima secara rasmi. Hasil dari

seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep falsafah, rasional

dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.

Pada November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus Pengurusan dan Latihan Program

Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah

UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia

Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pengawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan

Pensyarah Maktab Perguruan.

Pada Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan

dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.

Pada September 2988, mensyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah

dipersetujui bahawa kursus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan

kandungan kursus yang sama iaitu :

a) Pengenalan Konsep Falsafah dan Matlamat Program PRS

b) Teknik tafsiran latihan

c) Teknik penilaian program

d) Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling

Page 20: Laporan tahunan

dan kemahiran lanjutan yang spesifik.

f) PRS dari perspektif Islam

Pada 1989, IAB dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan satu bengkel penelitian

semula modul latihan PRS bertajuk Bengkel Membina Instrumen Kajian Keberkesanan Pelaksanaan

Program Pembimbing Rakan Sebaya untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di sekolah-

sekolah terlibat dan hasil daripada kajian telah dibentang dalam Seminar Status dan Halatuju Program

Pembimbing Rakan Sebaya pada 16-19 Disember 1990.

Pada Jun 1991, kursus intensif Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing Rakan Sebaya

telah diadakan di bawah pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan

kaunseling yang hadir. Hasil daripada bengkel tersebut, pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya

menerbitkan buku modul bertajuk "Pembimbing Rakan Sebaya : Modul Latihan Asas".

Pada 2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan nyanyian lagu dan lirik Pembimbing

Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor diikuti dengan pelancaran pemakaian 'vest' PRS oleh

Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.

Pada November 2008, Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein telah memperkenalkan e-PRS dalam

Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka.

Page 21: Laporan tahunan

Pada Ogos 2011, draf Modul PRS KPM telah dibuat semakan bacaan (Proof Reading) di Kuala

Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

2.

Visi & Misi

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

3.

Objektif

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.

Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada

kepercayaan kepada Tuhan.

Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa,

rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

4.

Nama Guru Penasihat

Pn. Salamiah Bt. Hasan

5.

Jumlah Ahli

350 orang ahli

Page 22: Laporan tahunan

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI BULAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1. Perjumpaan & Mesyuarat √

2. Kem pembangunan minda bagi ahli baru

√ √ √

3. Program Maju Diri

√ √ √

4. Lawatan ke Universiti Pilihan

√ √ √

√ √ √

5. Karnival personaliti dan Kerjaya

√ √

6. Menyediakan dan memberi hadiah hari lahir pada guru

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

7. Membuka gerai jualan

√ √ √

8. Menyertai aktiviti-aktiviti anjuran unit bimbingan dan kaunseling

√ √ √

9. Mengemaskini laman blog √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

10. Jamuan Akhir Tahun

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

Tiada.

Page 23: Laporan tahunan

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Aktiviti mudah dijalankan kerana kelab ini mempunyai pengaruh unit bimbingan dan

kaunseling sekolah.

Kelemahan

1. Ahli kurang menonjol dari segi kaunseling kepada rakan sebaya.

9.

Cadangan penambahbaikan

Mengumpul dana dalam sebahagian aktiviti yang di jalankan.

10.

Penutup/ Kesimpulan

Bimbingan dan kaunseling penting dalam kehidupan, kerana adakalanya manusia perlukan pandangan

dan bantuan orang ketiga dalam usaha membuat keputusan.

Page 24: Laporan tahunan

LAPORAN TAHUNAN SUKAN/PERMAINAN

Laporan Sukan Bola Baling

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada

permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman.

Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu

masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain

sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini

diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman

oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan

ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada

sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai

Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya.

Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari

unit Pendidikan Jasmani dan Sukan.

Page 25: Laporan tahunan

Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling

(aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan untuk

mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli

gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke

seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat

kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini

diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan.

Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling

antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada

Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola

Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus

kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

2.

Visi & Misi

Membentuk pasukan yang mantap bagi membentuk amalan bekerjasama, tolong-menolong, percaya-

mempercayai antara satu sama lain serta hormat-menghormati serta membentuk generasi

berketerampilan, disiplin, bersefahaman serta memperkukuhkan kualiti diripelajar serta sahsiah

mereka.

Page 26: Laporan tahunan

3.

Objektif

Melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, mempunyai perwatakan yang mulia, emosi yang

stabil danperibadi yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi diri dalam aktiviti yang betul dengan

bersistematikdan ada kesinambungan

4.

Nama Guru Penasihat

Ahmad asarudin asri

Mohamad Aiziudin

5.

Jumlah Ahli

100 orang ahli.

Page 27: Laporan tahunan

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Pendaftaran Ahli dan mesyuarat agung

2 Pengenalan terhadap sukan bola baling

3

Latihan kemahiran asas

Menangkap dan menerima Bola

Menghantar Bola

Menggelecek

√ √

Mengacah

Menjaring

Mengadang

Penjaga gol

4 Mengelola pertandingan antara kumpulan dalam kelab

√ √

5 Pertandingan antara kumpulan

√ √

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

Tiada.

Page 28: Laporan tahunan

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Kawasan latihan yang kondusif.

Kelemahan

1. Kurang tenaga pengajar

2. Kekangan masa latihan

9.

Cadangan penambahbaikan

Menggunakan khidmat bantuan pelajar yang berkemahiran dalam permainan bola baling untuk

melatih pelajar lain.

10.

Penutup/ Kesimpulan

Sukan adalah penting untuk kecerdasan fizikal and jasmani.

Page 29: Laporan tahunan

Laporan Sukan Takraw

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan

oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan

tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola

raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah

kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN:

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini

dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya

itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah

pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran

menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam

pusingan tersebut ditamatkan.

Page 30: Laporan tahunan

Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur

pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan

menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali

dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya

membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw.

Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan

badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan

mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan

gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

ASAL-USUL SEPAK TAKRAW

Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud menendang bola. Ia

terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai ‘takraw’ dalam Thai. Dahulu

ia dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila

bola itu terjatuh pusingan itu tamat.

Page 31: Laporan tahunan

Pada 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua

pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia.

CARA BERMAIN

Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu ‘belakang’ yang berdiri di belakang, sartu

‘kanan dalam’ yang berdiri di kanan dan yang terakhir adalah ‘kiri dalam’ yang berdiri di kiri. Sebuah

bulatan di dilukis ditengah gelanggang.

1.Membaling syling dan siapa yang mmenang akan dapat pilih untuk memulakan dahulu atau memilih

gelanggang mana mereka mahu.

2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau kepala mereka.

3.Untuk pasukan itu memenaagi sebuah mata , penentang mereka harus tidak dapat membawa

kembali bola itu.

2.

Visi & Misi

Menambah bilangan ahli kelab juga menarik minat dan mengembangkan bakat pelajar serta

membuktikan bidang bola sepak sebagai kerjaya professional

Page 32: Laporan tahunan

3.

Objektif

Membentuk semangat kesukanan dan disiplin pelajar di luar kelas Melatih pelajar menjalankan

aktiviti secara sistematik dan berperaturan . Menyemai kemahiran interpersonal dan kepimpinan di

kalangan pelajar

4.

Nama Guru Penasihat

En. Rithuwan Bin Nasir En. Khairul Azirin

5.

Jumlah Ahli

95 orang ahli

Page 33: Laporan tahunan

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Mesyuarat perancangan √

2 Pemilihan Pemain √ √

3 Pendedahan peraturan

√ √

4 Pendedahan teknikal

√ √

5 Menonton video

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

6 Latihan mingguan

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

7 Perlawanan persahabatan

√ √ √ √ √ √ √ √

8 Motivasi Pemain

√ √ √

9 Pertandingan

√ √ √ √

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

Tiada.

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Komitmen ahli kelab mengikuti latihan.

2. Jurulatih yang mahir memanipulasi mental dan emosi pelajar.

Page 34: Laporan tahunan

Kelemahan

1. Kekangan masa latihan kerana pertembungan dengan program kecemerlangan akademik

2. Sikap/komitmen pemain yang mungkin merasakan tertinggal dalam pelajaran sekiranya terlalu

aktif

9.

Cadangan penambahbaikan

10.

Penutup/ Kesimpulan

Laporan Sukan Bola Sepak

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak

Page 35: Laporan tahunan

abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan

Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara

permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya

juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang

berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football

Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya

menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian

berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak

Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan

mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland,

Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh

Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu

industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-

stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta

peminat biasanya pergi ke stadiumbola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala

berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga

Page 36: Laporan tahunan

bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan

pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang

biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya

yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan

tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan

yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia

merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan

Kenangan Dunia Lalu.

2.

Visi & Misi

Menyemai disiplin melalui latihan bola sepak serta membantu kemajuan mental dan kekuatan fizikal.

3.

Objektif

Memberi latihan dan kemahiran asas.

Mendedahkan tentang peraturan bola sepak mengikut FIFA.

Pelajar boleh mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah, daerah, negeri dan

kebangsaan

Page 37: Laporan tahunan

Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.

Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan oleh

masyarakat dan negara

4.

Nama Guru Penasihat

Asfarahannie Azman

Maya Karina

5.

Jumlah Ahli

200 orang ahli.

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Mesyuarat perancangan √

2 Pemilihan Pemain √ √

3 Pendedahan peraturan

√ √

4 Pendedahan teknikal

√ √

5 Menonton video

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

6 Latihan mingguan

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

7 Perlawanan persahabatan

√ √ √ √ √ √ √ √

8 Motivasi Pemain

√ √ √

9 Pertandingan

√ √ √ √

Page 38: Laporan tahunan

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

Tiada.

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Jurulatih yang berdedikasi.

Kelemahan

1. Pasaran pemain berkebolehan adalah terhad

2. Padang permainan tidak memenuhi spesifikasi pertandingan

3. Penggunaan padang secara ‘multi-purpose’ dan tidak berjadual

4. Gangguan orang awam dan masyarakat tempatan

9.

Cadangan penambahbaikan

Operasi pagar dan tanam rumput

Penyelenggaraan dan sewaan padang berjadual

Latihan sepanjang tahun

Page 39: Laporan tahunan

Klinik kemahiran Bola Sepak

Mendapatkan sokongan PIBG dan agensi luar

10.

Penutup/ Kesimpulan

Tuntasnya, kelab ini mampu melahirkan individu yang berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni

sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara

Laporan Sukan Hoki

BIL PERKARA CATATAN

1.

Pengenalan/Latar Belakang

Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-

orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini

kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus

sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.

Ini telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain,

permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang merbahaya kepada para

pemain

Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula

direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan

dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan

Page 40: Laporan tahunan

mempelajarinya.

Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan

nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet.

Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey.

Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian. Permainan ini tidak hanya

dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut mengambil bahagian dalam permainan

hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1840 dan Kelab Blackheath di

Selatan London merupakan kelab hoki pertama yang ditubuhkan pada tahun 1861. Kelab ini turut

memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil,

kawasan permainan dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesilapan.

Pada tahun 1875, undang-undang hoki telah digubal dalam satu mesyuarat di London.

Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang kemas untuk permainan ini pada

tahun 1883. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia.

Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat, Eropah

dan juga di Malaysia.

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh

askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di

kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad, penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan

meminati permainan ini.

Page 41: Laporan tahunan

Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan

persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas

itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan

mengadakan permainan persahabatan di sana.

2.

Visi & Misi

Melahirkan insan yang cemerlang dan berdaya maju dengan menjadikan hoki sumber inspirasi.

3.

Objektif

Membentuk pasukan yang berkemahiran dan semangat tinggi

Menjuarai pertandingan di peringkat daerah pada tahun kedua

Menyesuaikan diri dalam pertandingan pada semua keadaan dan tempat

4.

Nama Guru Penasihat

Akasyah Hasbullah

5.

Jumlah Ahli

150 orang ahli.

Page 42: Laporan tahunan

6.

Aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

1 Mesyuarat Agung dan pendaftaran Ahli

√ √

2 Pengenalan terhadap Hoki

√ √

3 Latihan Menggelecek

√ √

4 Latihan Memukul

√ √

5 Latihan Menghadang

√ √

7.

Aktiviti yang tidak dapat

dijalankan sepanjang tahun

Tiada.

8.

Refleksi

Kekuatan

1. Jurulatih berkaliber.

2. Komitmen ahli kelab berlatih.

Page 43: Laporan tahunan

Kelemahan

1. Mendapat kecederaan semasa latihan atau perlawanan

2. Masalah keluarga yang mendesak pemain supaya meninggalkan kegiatan tersebut

9.

Cadangan penambahbaikan

Memohon gantian peralatan hoki yang rosak atau hilang

Penyelenggaraan padang yang rosak dan tidak terurus

Sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap pencapaian pasukan dari semasa ke semasa

Memberi pendedahan tentang taktik perlawanan bukan sahaja peringkat negeri malah di

peringkat kebangsaan

10.

Penutup/ Kesimpulan

Individu yang cerdas dan cergas mampu cemerlang dalam pelbagai bidang.