laporan program photosighter - ftmb.uthm.edu.my...laporan program photosighter tarikh : 9 disember...

7
LAPORAN PROGRAM PHOTOSIGHTER Tarikh : 9 Disember 2017 Tempat : 1) Saiful Nang Academy, Bangi 2) Big Bad Wolf Book Fair, MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) Pada 9 Disember 2017, seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pengrusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) dan juga Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) telah berjaya melibatkan diri sebagai peserta Program Photosighter termasuk seorang pensyarah pengiring iaitu Dr. Fadillah Binti Ismail selaku penasihat Kelab Prop-C. Peserta dan pensyarah pengiring berkumpul jam 4.00 pagi dan bertolak ke Saiful Nang Academy, Bangi tepat pada jam 4.30 pagi. Pada jam 6.00 pagi berhenti di kawasan Rehat Pagoh (RnR Pagoh) untuk menunaikan solat subuh serta bersarapan pagi.

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PROGRAM PHOTOSIGHTER

    Tarikh : 9 Disember 2017

    Tempat : 1) Saiful Nang Academy, Bangi

    2) Big Bad Wolf Book Fair, MINES International Exhibition

    & Convention Centre (MIECC)

    Pada 9 Disember 2017, seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada

    pelajar Fakulti Pengrusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) dan juga Fakulti

    Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) telah berjaya melibatkan diri sebagai

    peserta Program Photosighter termasuk seorang pensyarah pengiring iaitu Dr.

    Fadillah Binti Ismail selaku penasihat Kelab Prop-C. Peserta dan pensyarah

    pengiring berkumpul jam 4.00 pagi dan bertolak ke Saiful Nang Academy, Bangi

    tepat pada jam 4.30 pagi. Pada jam 6.00 pagi berhenti di kawasan Rehat Pagoh

    (RnR Pagoh) untuk menunaikan solat subuh serta bersarapan pagi.

  • Seterusnya, tiba di Saiful Nang Academy, Bangi pada jam 8.45 pagi peserta

    membuat pendaftaran diri. Objetif utama ke Saiful Nang Academy ini adalah bagi

    mendapatkan pendedahan teknik yang betul berkenaan mengambil gambar dengan

    menggunakan smartphone serta memberi pengalaman kepada peserta dalam

    bidang fotografi yang sebenar. Kelas yang dijalankan selama 4 jam ini dikenali

    sebagai ‘Kelas Mini Asas Smartphone’ yang diajar oleh seorang tenaga pengajar

    professional dalam fotografi iaitu Encik Syibli Fakih. Setiap peserta memperoleh

    banyak manfaat daripada kelas berkenaan berikutan pengisian teori serta praktikal

    yang padat dan berguna.

    Saiful Nang Academy telah ditubuhkan dari tahun 2007 bermula dengan

    Kelas Asas Fotografi, Kelas Zero To Pro dan kini program sepenuh untuk mereka

    yang mahu menjadi jurugambar professional dan juga pengarah atau penerbit filem

    dalam industri penerbitan media. Pada tahun 2012, Tuan Haji Saiful Nang dan Encik

    Syibli Fakih bersama-sama mengasaskan Saiful Nang Academy bertindak

    mewakafkan seluruh keuntungan Saiful Nang Academy kepada badan kebajikan

    anak yatim dan asnaf. Dalam pada masa yang sama, mereka terus mentadbir Saiful

    Nang Academy sehingga hari ini.

  • Sesi praktikal di luar kelas.

    Antara teknik-teknik yang diajar oleh Encik Syibli

    Fakih sepanjang kelas teori dan praktikal adalah

    jenis-jenis komposisi gambar yang menarik

    seperti; Rule of Third, Leading Line, Framing

    dan Reflection. Sebelum berakhirnya kelas,

    sedikit sumbangan daripada UTHM kepada

    pihak Saiful Nang Academy.

  • Selepas tamatnya Kelas Mini Asas Smartphone, tepat jam 2.00 petang kami

    bertolak ke Big Bad Wolf Book Fair yang bertempat di MINES International Exhibition

    & Convention Centre (MIECC). Pesta jualan buku Big Bad Wolf ialah satu pesta

    jualan buku terbesar di Malaysia yang menawarkan potongan harga buku dari 75%

    hingga 95%. Ia dimulakan pada tahun 2009 oleh pemilik kedai buku BookXcess,

    Andrew Yap dan pasangannya Jacqueline Ng. Ia kini menjadi acara tahunan dan

    dikendalikan oleh syarikat Big Bad Wolf Sdn. Bhd.

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukuhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

  • Di Big Bad Wolf Book Fair yang bertempat di MINES International Exhibition

    & Convention Centre (MIECC) para peserta yang terlibat dapat meluangkan masa

    melihat pameran buku yang dijual disitu serta berpeluang membeli buku-buku dan

    juga novel pilihan mereka dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Di

    pameran ini juga mengadakan jualan buku yang sangat murah berbanding harga

    pasaran

    Selain itu, pada masa para peserta sedang asyik melihat buku-buku para

    peserta juga dikehendaki menyertai pertandingan mobilegraphy yang di anjurkan

    oleh kelab prop-c kepada para peserta. Para peserta dikehendaki mengambil

    gambar dengan mengunakan smartphone mereka dan mengunakan kreativiti

    mereka serta mempraktikkan apa yang telah mereka belajar di Saiful Nang

    Academy.

    Pada pukul 5.30 petang kami bertolak balik ke UTHM. Dalam Perjalanan

    pulang, para peserta diharuskan menghantar satu sahaja gambar yang paling

    menarik untuk menjayakan pertandingan yang dianjurkan kelab Prop-C. Antara

    gambar-gambar yang diambil oleh peserta:

  • Pada pukul 10 malam kami tiba di perkarangan Dataran Penyu, DTMI UTHM.

    Sebelum kami bersurai, Dr. Fadilah Binti Ismail selaku pensyarah pengiring

    merangkap penasihat Kelab Prop-C menyampaikan hadiah kepada dua orang

    pemenang ‘Pertandingan Mobilegraphy’. Pemenang tersebut ialah Nur Syuhada Binti

    Adnan dan Abdul Hadi Bin Mohamad Noraini.

    Hasil gambar Nur Syuhada Binti Adnan

    Hasil gambar Abdul Hadi Bin Mohamad Noraini