laporan program gotong royong ria smk st. columba

18
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013 LAPORAN GOTONG-ROYONG RIA 2013 SMK ST. COLUMBA Program Gotong Royong Ria 2013 telah dijalankan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba Miri pada hari Rabu bersamaan 19 Jun 2013 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini telah dipengerusikan oleh Puan Robinette Tiong Ai Giek (Pengetua) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program ini. (Rujuk lampiran 1). Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah supaya ianya terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa untuk murid-murid menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah selaras dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibubapa selain meluaskan penglibatan ibubapa dalam kegiatan sekolah. Melaluinya, guru-guru dan ibubapa akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk membantu sekolah mencapai kecemerlangan. Murid-murid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui peningkatan kesedaran mereka terhadap 1

Upload: misskechik

Post on 03-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Jawapan assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

LAPORAN GOTONG-ROYONG RIA 2013

SMK ST. COLUMBA

Program Gotong Royong Ria 2013 telah dijalankan bertempat di Sekolah Menengah

Kebangsaan St. Columba Miri pada hari Rabu bersamaan 19 Jun 2013 bermula dari jam 8.00

pagi hingga 4.00 petang. Program ini telah dipengerusikan oleh Puan Robinette Tiong Ai Giek

(Pengetua) dan dibantu oleh  ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program

ini. (Rujuk lampiran 1). Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan

keindahan kawasan sekolah supaya ianya terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa

untuk murid-murid menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah selaras dengan Program Bersepadu

Sekolah Sihat.

Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibubapa

selain meluaskan penglibatan ibubapa dalam kegiatan sekolah. Melaluinya, guru-guru dan

ibubapa akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk

membantu sekolah mencapai kecemerlangan.

Murid-murid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui

peningkatan kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Murid-murid akan lebih

prihatin dan bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

Seramai 20 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid, 5 orang pekerja kontrak

pembersihan kawasan, 5 orang ibu bapa serta murid Tingkatan 1, 2 telah hadir menyertai

gotong-royong pada hari tersebut. Kehadiran YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan St.

Columba Miri, Encik Juharidan Bin Jaafar memeriahkan lagi program gotong-royong ini.

Dengan kehadiran guru, pembantu pengurusan murid, pekerja kontrak pembersihan kawasan,

dan ibu bapa sangat-sangatlah membantu dalam menjayakan program Gotong-Royong Ria ini.

1

Page 2: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, pengisian program telah disusun seperti

berikut.

MASA AKTIVITI

8.00 pg Berkumpul di Tapak Perhimpunan

8.15 pg  Ucapan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba Miri

8.45 pg Taklimat ringkas dan pembahagian lokasi

9.30 pg Aktiviti gotong royong dimulakan

3.25 ptg Berkumpul dan menyimpan alatan

3.45 ptg Jamuan

Jadual 1.0 : Tentatif program

Pembahagian kumpulan dan kawasan juga telah ditetapkan bagi memastikan program ini

berjalan dengan sistematik.(Rujuk Lampiran 2). Kawasan yang menjadi tumpuan utama dalam

program ini ialah Taman Herba, Taman Bacaan, susur gajah, laluan ilmu, dan bilik stor yang

terdapat di Tingkat 1 bangunan utama sekolah. Segala peralatan bagi menjalankan program ini

telah disediakan oleh pihak sekolah. Perbelanjaan bagi membeli bahan dan alatan adalah

mengikut permintaan bagi setiap kumpulan. (Rujuk lampiran 3). Sebanyak RM250.00 telah

digunakan bagi menjayakan program ini. Sumber kewangan diambil dari peruntukan kewangan

3K.

2

Page 3: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat pada kawasan-kawasan tersebut. (Rujuk

lampiran 4). Perbezaan yang dapat dilihat di Taman Herba ialah papan tanda telah didirikan di

taman ini. Pokok-pokok herba yang terdapat di taman ini juga telah dilabelkan menggunakan

kayu yang ditulis dengan cat. Informasi seperti ini amat berguna kepada warga sekolah dalam

mengenali jenis-jenis pokok herba yang terdapat di muka bumi ini. Kumpulan yang terlibat di

kawasan Taman Bacaan pula telah membahagikan ahlinya dan memecahkan kepada dua tugasan

iaitu mengecat pondok bacaan dan memasang langsir pada setiap kelas. Pondok bacaan telah

dicat dengan warna kuning dan ini menyerlahkan lagi keceriaan pondok tersebut. Dua pondok

telah dicat oleh guru-guru dan dibantu oleh murid-murid. Warna langsir yang dipasang di setiap

kelas mengikut warna tema sekolah iaitu warna hijau dan coraknya adalah seragam bagi setiap

kelas.

Kumpulan yang terlibat di kawasan laluan ilmu bertungkus-lumus mengecat semula lukisan peta

dunia yang terdapat pada dinding laluan ilmu dan ini membuatkan laluan tersebut kelihatan lebih

menarik berbanding sebelum ini. Kumpulan yang terlibat di susur gajah pula memberi tumpuan

kepada susur gajah yang terdapat di pondok pengawal. Kumpulan ini telah menamakan susur

gajah tersebut sebagai Susur Niaga memandangkan susur gajah ini sering digunakan sebagai

tapak jualan bagi Program Pendidikan Khas sekolah ini. Papan tanda “Susur Niaga” telah

digantung di susur gajah tersebut. Skelop juga dipasang dengan menggunakan warna tema

sekolah iaitu warna hijau dengan ditambah dengan sedikit sentuhan skelop berwarna merah.

Meja untuk menjalankan perniagaan juga telah diletakkan di susur gajah ini. Meja tersebut

dibalut dengan sampul meja dan dililit dengan kemas menggunakan kain. Kumpulan yang

membersihkan kawasan stor pula bekerjasama mengasingkan barang-barang yang tidak boleh

digunapakai. Manakala, barang-barang yang masih boleh digunakan diletakkan di tempat yang

sepatutnya. Mereka bertungkus-lumus mengemas dan membersihkan segala kekotoran yang

terdapat pada stor ini.

Sambutan gotong-royong di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba Miri amatlah

membanggakan dan diharap penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang dapat

dipertingkatkan lagi. Pihak penganjur bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar.

3

Page 4: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat kerjasama daripada semua pihak serta

komitmen sepenuhnya terhadap segala perancangan yang telah dibuat dapat mencapai

objektifnya. Diharap agar aktiviti yang berfaedah seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan

datang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong-royong perdana tersebut.

Disediakan oleh :

..................................................................... 22 JUN 2013

(MUHAMMAD BIN SULAIMAN)

Penyelaras Program Bersepadu Sekolah Sihat

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba Miri

4

Page 5: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PROGRAM GOTONG-ROYONG RIA

5

PENGERUSIPengetua

Puan Robinette Tiong Ai Giek

TIMBALAN PENGERUSIGPK HEM

EN.MOHD.SANUSI B. JAMALUDDIN

NAIB PENGERUSIGPK PENTADBIRAN

PN.HJH.HASNAH BT.ABDUL GHANI

NAIB PENGERUSIGPK KOKURIKULUM

EN.MOHAMAD B. ABU SAMAH

PENYELARAS PBSSPN.NORAZIZAH BT MOHAMED

NOROK

AHLI JAWATANKUASA

GURU-GURU PEMBANTU PENGURUSAN MURID

PEKERJA KONTRAK PEMBERSIHAN KAWASAN

Page 6: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

LAMPIRAN 2

PEMBAHAGIAN KUMPULAN DAN KAWASAN GOTONG-ROYONG PERDANA

Bil Nama

Kawasan

Kawasan Cadangan Keceriaan Ahli Kumpulan

1. Taman

Herba

Semua kawasan

yang sebaris dengan

Taman Herba

(Bermula dari pagar

sehingga ke kawasan

yang sebaris dengan

kantin SMKST.CO)

- Melabel nama tumbuhan herba

- Memperbaiki dan menceriakan

papan tanda ‘Taman Herba

1. Pn.Rozilawati Bt.

Mohamad(K)

2.Cik Rokiah Bt Abdul

Hamid

3.Pn.Salma Bt Abdul Rahman

4. En. Mohd Ali B. Abdul

Aziz

5. Pn. Roslizaini Bt Harun

6. Murid Tingkatan 1A

Pemantau :

En. Sanusi Bin Jamaluddin

2. Taman

Bacaan

i. Pondok bacaan

ii.Pentas kantin

- Mengecat pondok

- Menghias pondok dengan

menampal/menggantung bahan

ilmiah pada pondok-pondok

bacaan.

1.Pn.Lizawati Bt Hazali (K)

2.Pn.Fathirah Grace Bt

Abdullah

3.Pn.Nik Jamilah Bt.Nik

6

Page 7: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

- Melabel nama kolam .

- Menceriakan pentas kantin

- Menampal info pemakanan dan

peraturan yang berkaitan

- Membersihkan kolam

Salim

4. En.Zulkifli B Ismail

5. Cik Wan Sakinah Bt. Wan

Ismail

6. Murid Tingkatan 2B

Pemantau :

En. Mohamad Bin Abu

Samah

3. Susur

Gajah

Susur gajah - Menggantung kad imbasan.

- Melabel nama susur gajah.

- Membersihkan kawasan susur

gajah.

- Menanggalkan kad imbasan

lama.

- Menampal kad imbasan baru.

1. Cik Siti Norhafizah Bt

Annuar (K)

2. Pn. Ruzielawati Bt Harun

3. Pn. Kamariah Bt Asari

4. Norazizah Binti Mohamed

Norok

5. Pn. Rosni Bt. Abdul Ghani

6. Pn. Isdanita Bt. Ismail

7. Murid Tingkatan 1B

Pemantau :

Pn. Hasnah Bt Abdul Ghani

7

Page 8: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

4. Laluan

ilmu

Laluan ilmu

(laluan di sebelah

surau)

- Laluan ilmu

Mengecat dinding dan

melukis mural.

1. En.Mohd.Fairuz B Mokhtar

(K)

2. En. Che Sazuandy Bin Che

Mohd. Yassin

3. En. Mohd Ali B. Abdul

Aziz

4. En. Abd. Sidek B. Mohd.

Salleh

5. Cik Maziah Bt Abdullah

6. Aishah Bt. Ismail

7. Murid Tingkatan 1G

Pemantau :

Pn. Hodijah Bt Johari

5. Bilik

Stor

Stor Tingkat 1 - Mengasingkan barang-barang

yang tidak boleh diguna pakai.

-Menyusun perabot.

-Membersihkan lantai dan

- Semua ibu bapa

Pemantau :

En. Muhammad Bin Sulaiman

8

Page 9: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

sawang.

LAMPIRAN 3

PERBELANJAAN

9

Bil

Peralatan Kos (RM)

1.Cat 150.00

2. Berus cat 10.00

4. Form 30.00

5. Rantai penggantung 30.00

6. Lain-lain 30.00

JUMLAH 250.00

Page 10: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

LAMPIRAN 4

A. GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.

SEBELUM SELEPAS

TAMAN HERBA

TAMAN BACAAN

10

Page 11: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

LALUAN ILMU

SUSUR GAJAH

11

Page 12: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

STOR

12

Page 13: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

B. PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.

SEBELUM SELEPAS

TAMAN HERBA

13

Page 14: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

TAMAN BACAAN

BILIK DARJAH

LALUAN ILMU

14

Page 15: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

SUSUR GAJAH

STOR

15

Page 16: Laporan Program Gotong Royong Ria SMK ST. COLUMBA

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

16